BERBICARA DENGAN ORANG-ORANG YANG MENGASIHANI.
Ketika berdepan dan menghadapi dengan ganguan serta cabaran, iaitu halangan lebuhraya internet bersekali blog dirumah menjadi aruah, sudah 2 minggu berlalu. Kesannya amat besar dalam berkarya yang medium blog adalah alat kepada saya sebagai penghubung tatapan kepada pembaca dan penyengok blog, termasuk email masuk-keluar kaku. Persepsi dan minda hakiki dari blogger cokia seperti saya, ianya umpama antah didalam beras dikalangan ramai-ramai blogger disisi pelayar dan pembaca budiman dihurmati. Ianya amat saya kasihi dan mengasihani.
Secara pribadi, sesungguhya denyutan urat nadi bicaratinta saya selama ini, samada rencana dan gurindam menjangkau lebeh dari 130 rencana, semuanya menjadi dinding kepada PR. Pembaca dan penyengok blog silalah melihat kembali kebenaran semua rencana-rencana saya terdahulu. Sulit dan sukar untuk orang lama seperti saya, dalam berkarya serta berteman setia dengan penyakit tegar kronik. Pergerakkan dan keupayaan fizikal dan pembiayaan terbatas dan terhad dengan kesempitan. Tidak seperti blogger 5 bintang yang sahabat blogger diluar sana yang lebih semuanya lagi keupayaan. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawazuk, Inshaallah.
Semalam kakak (anak saya) telah ke pekan disamping hajat utamanya membantu saya serta kakak juga mohon dirinya untuk printing isi dukumen dalam menyiapkan Folio Sejarah PMR 2009nya di cybercafe. Saya jua pinta kakak masukkan dua rencana kedalam blog saya. Saya juga harapkan kakak pi jengok A/C di BSN melihat RM talihayat untuk menyambung roh jalorlebar-talian internet telah cukup, atau bagaimana? Matlamatnya adalah untuk kembali menjelaskan fee tertunggak dan semasa telah diterima. Supaya di fungsikan agar memudahkan untuk bila-bila menukilkan apa-apa bila-bila minda memberontak untuk diluahkan kedalam blog untuk tatapan baca pembaca.
Alhamdulillah, sebelum Maghrib kakak pulang dan memaklumkan saya, bahawa kakak telah masokkan dua rencana abah ke blogku dan emailkan kepada sahabat. Kakak maklumkan telah terlebeh dahulu ke BSN lakukan sebagaimana abah suroh dan tidak menunaikannya melalui kad. Jelas menunjukkan sehingga 4 petang Selasa 19 Mei, sumbangan dari sahabat blogger dan pembaca ianya maseh tidak dapat menampong untuk fee bil tonggakkan dan semasa. Apalagi untuk fasa untuk membaiki laptop yang parah. Walauapapun, syukur Alhamdulillah, sumbangan sedikit tidak diusek. Sumbangan sedikit itulah menjana kekuatan untuk saya dulukan rencana disimpan dalam pendrive dan pohon kakak sekali lagi ke cybercafe di taman. Sebagai membalas budi teman yang menghulurkan sumbangan.
Sebaik internekku dirumah kaku menjadi gemulah-aruah, saya pertama kali memohon pertolongan kakak (anak) mungkin petang Khamis yang lepas pinta kakak masukkan dua rencana lagi kedalam blog di cybercafe di taman perumahan kami. Ramai yang perasan dan menyedari mereka sms; dan ramai yang tidak perasan dan tidak menyedari mengikut kakak banyak email yang dihantar kepada ku. Sedangkan email banyak itu telah tidak dapat saya menyemaknya, pohon maaf kepada semua pengirim dan terima kaseh.
Ramai yang SMS memberi sokongan agar saya mesti terus menulis, kerana kata mereka saya adalah konsisten dan tajam dalam mempertahankan PR samada PAS, PKR dan DAP dengan menyentuh isu dan hujah contoh yang menjadi sejarah baru dan pengetahuan baru kepada pembaca. Saya tidak mampu untuk berkarya dalam menyiapkan rencana khususnya politik sekiranya saya pupus dan tidak mempunyai maklumat dipelbagai sudut dari internet, tak mungkin saya dapat menulis. Saya jua bukan budak yang boleh berkejaran ke cybercafe kerana faktor umor dan kesihatan.
SMS keduanya ramai yang mengajukan ucapan terima kaseh mereka kepada saya, kerana mereka katakan saya ini keras, tetapi dalam rencana yang saya buat yang dimasokkan pertama kali ke blog melalui kemudahan internet di cybercafe oleh kakak iaitu KEPANGKUAN SEKELIAN GURU SEMPENA: HARI GURU 16 MEI 2009 – SABTU 21 JAMADIL AWAL 1430. Mereka katakan disebalek keras dan tajam, sebenarnya mereka kata dalam SMS saya jua kerdil jiwanya dan jenis manusia yang amat menghurmati guru dan mengenangi jasa guru dan anak-anak didik kearah itu.
Kakak maklumkan saya ia melihat banyak email terkumpul yang tidak dibuka baca sejak internet rumah ditamatkan. Inshaallah sekiranya kesihatan mengizinkan saya akan mengambil peluang petang Jumaat nanti mengajak teman jiran ke cybercafe ke SP dalam tempoh sejam untuk melihat email dan masokkan rencana ini kedalam blog. Bersekali menurutinya satu rencana semasa yang dalam kegelapan dan gulitanya maklumat dalam semasa, ketika saya menyelesaikan rencana di masukkan kedalam pendrive. Akan difungsi rencana tersimpan ke blogku, Inshaallah.
Dengan rasa rendah diri untuk kali ketiga dan terakhir saya sambungkan rayuan saya sebagaimana anda sahabat dapat sekiranya mau menyumbang dengan perkasa jiwa sebagai tanggungjawab bersama untuk membolehkan saya berkarya tinta dalam blog saya seperti rayuan terdahulu ke A/C No. 152031380740 – ZAKIAH (Maybank) atau A/C No. 0710029851730291 – ZAKIAH (BSN-Giro).
Sekiranya selepas 3 hari yakni Ahad hadapan, saya maseh dibawah sumbangan diterima, maka jalan dihadapan saya adalah saya berhenti dan mengundur diri dulu diarena blog ini, sehinggalah ketentuan mampu dikapai. Umor hampir 60 tahun dan berpenyakit tegar, tak elok untuk saya bebankan anak yang nak hadapi PMR ke cybercafe semata-mata masokkan rencana yang dalam pendrive diblogkan untuk pembaca.
Menyusun jari pohon ampun maaf, kepada penyumbang, sumbangan itu kekal disitu untuk keperluan yang dirayu, Inshaallah usah goyah. Sekali pun hati jiwa memberontak untuk PRK N.12 Penanti, Masalah PR di Perak dan Muktamar Pas Pusat di Stadium Malawati hampir tiba. Semuanya tidak lagi terdaya dan mampu saya berkarya, berencana dan bergurindam. Ampun maaf.
Siap rencana jam 3.55 pagi
20 Mei 2009 Rabu.
Bicara dari : IBN ABDULLAH AL AWAB.