Thursday, May 14, 2009

HARI GURU 16 MEI 2009 – SABTU 21 JAMADIL AWAL 1430

KEPANGKUAN SEKELIAN GURU SEMPENA:

HARI GURU 16 MEI 2009 – SABTU 21 JAMADIL AWAL 1430



Saya mengambil kesempatan dengan rasa rendah diri kepangkuan semua guru-guru saya, yang sedang berkhidmatan khususnya, yang telah pencen dan guru-guru yang telah meninggal dunia dengan sama-sama kita luhur budi mengenangkan jasa Almarhom guru-guru dengan membaca surah Al Fatehah. Kepangkuan guru-guru yang sedang mengajar anak-anak saya di SK, SMK, dan di IPTA, saya mewakili anak-anak menyusun memohon ampun maaf kepada guru-guru, diatas setiap salah silap, keterlanjuran budi pekerti dan akhlak anak-anak saya yang guru-guru semua tersinggong. Maafkanlah kepada mereka cikgu. Marah dan durhakakan guru adalah bala kepada pelajar dan murid.

Anak-anakku! Marah guru adalah doa. Ringan tulang membantu guru adalah doanya. Senyum guru adalah doa. Pukul dan pulas telinga guru kepada kamu adalah doa anak-anakku. Setiap patah ayat diajar, setiap ucapan kapada mu anak-anakku adalah doa. Sesungguhnya, Allah meletak dan memertabatkan guru sungguh tinggi nilai dan kedudukkannya. Selepas ketaatan kepada Ummi dan Abah maka selayaknya guru-gurumu yang wajar anaknda memohon doa restu dan pohon menghalalkan dan meredzakan ilmu yang didapati dari guru-guru untuk keselamatan, kebahagian, keberkatan sekalipun guru kita tidak sebangsa dan seugama.

Anak-anakku! Janganlah melakukan sesuatu perkara yang kelakuan kita itu menyebabkan guru kita terasa hati, kecil hati dan menitis air matanya kerana kenakalan dan kita tidak menjadi muridnya yang terbaik. Setitik air mata guru yang mengalir kerana marah dan kesal tanpa murid memohon ampun maaf kepangkuan gurunya tersebut, yakinlah dalam meniti hari-hari berikutnya didalam keadaan malang pelajat menitinya. Kesempatan jua disini, sebagai seorang bapa yang menjangkau umor 60 tahun, saya memohon dan merayu kepada guru-guru semua, sabarlah berdepanan dengan murid dan pelajar kita yang macam pelesit. Walau apa-apa pun Cikgu sekiranya daya kesabaran cikgu tinggi dan mencapai tahap laduni. USAHLAH SAMPAI SUMPAH MEREKA ANAK MURIDMU. Itulah harapan dan permintaan saya kepangkuan guru, SELAMAT HARI GURU 2009 pada 16 Mei Sabtu 2009.


Saya rasa untuk seorang pelajar yang tegar degil maupun segelintir terdapat guru-guru yang culas, malas menafikan hak muridnya mendapt ilmu sewajarnnya dari guru-guru tersebut. Maka sanya, saya berseru wajarlah agar semuanya tidak terus terlanjur bacalah Novel yang dikarangkan oleh pengarang tersohor jua mantan ustaz-guru dan pensyarah, novelis AZIZI HAJI ABDULLAH iaitu MEMOIR SEORANG GURU dengan harga pasaran cuma RM13 sahaja. Saya yakin penyamun dan pelacur pasti terkedu dan menangis sekiranya setiap bait demi bait dibaca dan dihayati yang terkandung didalam novel tersebut, terutamanya di bahagian 1/3 akhir kesah novel tersebut. Alhamdulillah, terima kaseh Ustaz-Cikgu Azizi Abdullah. Mudah-mudahan setiap bekas murid, pelajar dan bekas siswa siswi menerima ilmu dari anda; mereka sentiasa mendoakan anda dan anda mendoakan kembali untuk mereka, Barakallah, Alhamdulillah.

Kemaafan dan keredzaan guru keatas setiap anak murid dan pelajarnya adalah penanda aras setiap murid dan pelajar-pelajar akan mara memanjat kejayaan hakiki yang berkat. Mengejar mendapat ilmu dan pengetahuan selanjutnya didalam keadan redza dan pahala dan azam sengsara akasnya. Dengan doa restu semoga semua guru-guru dan keluarga guru-guru, mendapat perlindungan dari Allah dalam semua pekara dengan mendapat keredzaan Allah. Sesungguhnya semua kejayaan yang direalisasi dan dicipta di bumi Allah yang fana ini, ianya bermula dari ilmu dan tunjuk ajar dari seorang guru-munsyi. Saya mengucapkan sekali lagi selamat menyambut dan menghayati HARI GURU 2009.

Dari seorang gurulah anda menjadi doktor, jurutera, peguam, guru, akauntan dan pelbagai bidang kerja. Maka anda yang sedang mengatasi kerjaya dan pendapatan dari guru-gurumu. Jadi, janganlah dirimu lupa daratan dan lupa serta menafikan guru kita dan memandang rendah keatas kerjayanya. Sekalipun pangkat kita besar dengan gaji berganda lumayan, terserempak dengan gurumu yang sudah tua memamah usia, dalam apa-apa juga suasana dan keadaan, santunilah gurumu, hargailah gurumu, istiharkanlah kepada yang ada ketika itu, inilah guruku yang mengajar saya, hinggakan saya berada ditempat yang saya berada sekarang. Apakah anda sebagai mantan murid dan pelajar mempunyai kekuatan untuk menunaikan apa yang saya nukilkan ini?. Fikir-fikirkanlah ini semua anak-anakku.

Semua kejayaan dan kecemerlangan hidup mu di dunia pasti sumbangan dan pengorbanan dari semua pehak khas khususnya datangnya adalah dari guru-guru. Sumbangan dan pengorbanan guru anda tidak mampu anda membalas jasanya samada di dunia maupun di akhirat. Saya mengiringi hari guru dengan mengambil sebuah hadis yang di Sabdakan Rasulullah s.a.wِ .Maksudnya : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".

Guru segala guru dimuka bumi ini adalah Junjungan Nabi Agong kita. Sirah Rasulullah s.a.w. memaparkan kepada kita baginda s.a.w. juga adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima didikan dan asuhan dari Allah s.w.t. Lantaran itu guru adalah sebagai pendidik dan pada masa yang sama guru juga merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh setiap guru dan segenap lapisan masyarakat. Saya yakin tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.

Selama-lamanya negara bergantung harap disudut merealisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan di era pendidikan canggih kini. Guru berdepan masalah gejala sosial pelajar yang parah, bermula akhlak buruk pelajar dari rumah mereka. Perangai dan sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah. Sebagai seorang Islam semua kita perlu bergandingan dalam menjana tuntutan ilmu pengetahuan, Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah amat diperlukan. Ianya hendaklah disepadukan agar kemajuan yang hendak dicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Saya melihat ramai dikalangan ibu bapa moden sekarang, yang tanpa haluan dan fokas menangi hidup dan kehidupan iaitu , fael dan amalan memisahkan antara pendidikan yang bercorak Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Ciri-ciri ini akan mencorakkan sosial dalam masyarakat yang tempang. Semua kita wajar merujuk dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 18 yang bermaksud:- " Allah menerangkan ( kepada sekelian makhluknya dengan dalil dan bukti ) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu ( mengakui dan menegaskan juga yang demikian ) tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana ".

Walau bagaimana pun kita jua sering mendengar, terdapat segelintir diramai ratusan guru-guru, terdapat guru yang bertitik hitam dalam diri dan akhlaknya serta seolah-olah profesional guru terlucut dari hati nuraninya, justeru janganlah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dalam kita mengajar dan mendidik, wajar sekali, pendapat dan ilmu pengetahuan lama, dari guru-guru terdahulu seperti ditegaskan oleh Almarhum Imam Al-Syafie bahawa ilmu pengetahuan akan dicapai melalui 6 prinsip:-

1. Kecerdekan
2. Kesungguhan
3. Kemajuan
4. Perbelanjaan yang cukup
5. Selalu mendampingi guru
6. Masa yang lama

Sekelian guru-guru, dengan sekilas pandangan dari seorang bapa yang graduan koridor-kaki lima, lagi sekali saya ucapkan SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2009, Sabtu.

Sekian wasallam. 2.30 ptg 13 Mei 2009

KALAM TINTA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB