Friday, May 8, 2009

Friday, May 8, 2009

PELAKON DAN PELAGA
(Kembalikanlah kepangkal jalan-jangan mudah lupa)


Sejak akhir-akhir ini, saya menyaksikan ramai dikalangan pemimpin-pemimpin PAS sesetengahnya telah menjadi bertukar kepada pelakun diatas pentas. Sesetengahnya sudah tidak beralas dan berlapek ketika semasa mengeluarkan pandangan dan pendapat beralasan semata-mata untuk mendapat tempat menjadi pemimpin dalam mukatmar nanti. Semacam kita berada di Bursa Malaysia. Sedang melihat di Papan 1 atau 2 yang mana sahamnya sedang naik, dan yang mana sahamnya kian merudum.
Tanpa terlebeh awal kita membuat penyelidekkan dan tinjauan tentang kualiti halal haramnya mengikut syarak dan dagangan apakah yang di dagangkan.Begitulah saya melihat diantara pemimoin PAS yang telah menghampiri dan memasuki zon menawarkan diri untuk menjadi pemain dan pelakun dalam pemilihan di muktamar PAS kawasan dan lebeh hebat dalam Muktamar PAS Pusat ke53 di Stadium Melawati nanti. Fenomina fitnah, fenomina berkempen dan mengwujudkan blok-goup kepimpinan sebagai rakit kumpulan untuk mendaki dan menjawat kepimpinan dalam PAS.
Ketika ini, kedengaran galak dan mengelegak suhunya mempersoalkan dari mana datangnya pemimpin itu? Ulamakkah dia? Profesionalkah dia, Koridor cokiakah dia? Tiga kategori ahli-ahli PAS yang dijorong ini, merupakan elemen kearah lemusnahan PAS mejadi perkasa dalam negara.Selepas itu ahli-ahli dibawah melihat bila ramainya profesional dan feudal telah nampak Bukit Uhud ditawan PAS, maka mereka tokoh gergasi berpangkl Profesor, Profesor Madya, Datuk, Datuk Peduka, Datuk Seri, Ir, DR dan sebagainya.
Mereka ghairah membicara fokaskan untuk merebut jawatan dari satu takah ketakah yang lebeh tinggi dari yang disandang kini. Seolah mereka punyai matlamat dan agenda dalam PAS. Saya melihat mereka tidak saja, dalam masa mereka untuk melonjak itu, mereka sanggup siku dan singong kawan, luku kepala dan sepak pungkoq kawan. Kadang-kadang perengkat songkok, kepiah dan serban kawan dipertikaikan.Saya amat pelet dan amat heran diatas terbabas dan terlepas ingat hatta terlepas tindakkan.
Ramai dikalangan pemimpin-pemimpin Perdana PAS, samada mereka dalam kawah ulamak atau mereka dalam periok profesional dan kita dari ahli pengikut koridor cokia yang tak pernah pasang angan-angan dan cita-cita untuk merebut jawatan tersebut yang menjadi buruan kepada Pemimpin Perdana PAS. Kadang-kadang dalam isi-isu yang tertentu, perkara-perkara tertentu di muatkan kedalam dada akhbar perdana milik UM No-BN, diputuskan pemimpin PAS ianya adalah FITNAH dan macam-macam lagi marahnya pemimpin Perdana PAS.
Marah menyinda dan menyala kepada Utusan Melayu/Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3-Media Prima.Akhbar perdana dan media elektronik ini berniat dan bertujuan jahat kepada PAS dan kepada pemimpin, kata depa. Ayuh ajak ahli-ahli pulau dan baikot akhbar-akhbar tersebur dan baokot tok sah tengok lagi tv dan mendengar berita karut, berita palsu fitnah dan sebagainya, cukup hebat penentangan tersebut sngguh tutas. Hatta sanggup buat bantahan demonterasi setengah-setengah pemimpin itu, berkelon asap dan marak api kerana membakar akhbar-akhbar tersebut. Nak tunjuknya marah dan bahayanya akhbar perdana tersebut kepada PAS dan pemimpinnya.
Alhamdulillah, ahli dan rakyat bergembira melihat begitu hebat dan konsistannya pemimpin dalam menjaga maruah parti (PAS) bersekali dengan pemimpinya.Tetapi, dalam musim Pas sedang memasuki zon muktamar untuk pemilihan mencari pemimpin atau apa-apa juga pemimpin untuk menjana masej kepada ahli dan rakyat. Ketika itu pemimpin kita berubah warna dan berubah marah dengan senang.
Mudah lupa dan sengaja terlupa, mereka inilah dulunya yang tanjai bakar UtusanMelayu, bakar Berita Harian, Sinar Harian. Orang yang samalah juga, pemimpin ulamak, pemimpin profesional dan pemimpin feudal ketika mereka bergelut naj jadi calun dalam mendapat mana-mana jawatan yang ada dalam PAS, mereka gunakan medium media Perdana UM No termasuk RTM dan TV3. Mereka tinggalkan HARAKAH sebagai gedung menyalor pendapat mereka.Lambat saja wartawan RTM, TV3 & Media Prima sua mikrofon, maka bijak bicaralah mengeluarkan macam-macam, bla blaaaaaaaaaaaa. Kadang-kadang disitu lah fitnah berpunca.
Mereka dalam nak naik diri mendapat tempat, tak pa nak guna medium yang pernah mereka caci marah dan membakarnya seperti akhbar perdana, RTM, TV3 dan seumpamanya. Jenis apakah ini pemimpin? Kita ada Harakah, pemimpin PAS gnakanlah gelanggang dalam harakah untuk membulat dan perkasakan pemimpin. Bukan memperkasa dan memperkosa dikalangan kita dengan menggunakan lidah musoh kita berada dalam Utusan Melayu, Berita Harian dan RTM serta TV3.Fenomina inilah rakyat koridor cokia dibawah pening menyaksikan fael dan telatah beberapa elit kumpulan pemimpin diatas sedang belakon diatas pentas.
Apa lagi mereka mempunyai jawatan besar dalam kerajaan PR. Ia dijadikan pas-tiket untuk menjadi pemimpin utama. Sampaikan jangan abaikan kita ADUN, AP kepada pengundi dan rakyat. Ini amat merbahaya, sebab 3 taun lagi kita akan menemui pengundi dan rakyat semula. Sat sat boleh, sat sat tak boleh. Tidakkah RTM, TV3-Media Perima itu merupakan juara lembu pelaga, juara pengadu dumba kepada Pemimpi PAS untuk bergasak sesama snedir?
Mereka telah berjaya berperanan dan berkesan melagakan macam kerbau dikalangan pemimpin kita yang ahli pengikut koridor meyaksikan cabaran dan tuduhan membogelkan diri pemimpin sedang live berjalan. Hentikanlah semua ini. Kembalikanlah kepangkal jalan, sama-sama kita berfikir.Tegurun di pagi Jumaat.Maaf dengan teguran Pemimpin-pemimpin.Wasallam.
IBN ABDULLAH AWAB –
7.40pagi 8 Mei 2009
Posted by al 'awab at 7:50 AM