Saturday, May 2, 2009

N.12 PENANTI: ANTARA MENANG ANGIN DAN MENANG HAKIKI

Kadang-kadang dalam kita ghairah, bersemangat kerana sifat kita atau disatukan pula dengan tolakkan dan anjakkan dari pengikut setia kita dalam memperjuangkan sesuatu perkara, maka kita melihat dan memutuskannya adalah terbaik. Tanpa kita memikirkan apakah kesan dan resiko yang jauh lebeh besar dari apa yang kita putus tentangkan dengan menafi dan menidakkan kuasa-kuasa dan peraturan yang mengikat kita di perengkat bawah ini, yang wajib akur dipatuhi.

Justeru saya mengingat iri saya dengan Allah memerintahkan kita umat Islam agar benar-benar bersaudara. Asas persaudaraan dalam Islam, bukanlah sekadar hubungan kekeluargaan, atau suku sakat sesuatu bangsa sahaja, bahkan ia merupakan satu ikatan akidah yang cukup kukuh dan utuh, Firman Allah dalam surah a-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: " Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".

Menang atau tewasnya sesuatu perjuangan atau sesuatu pertandingan, adakala masa ketentuan kalah menangnya dipastikan penyertaan tersebut menerusi pertimbangan dari juri atau hakim yang memutuskan ianya menang atau kalah secara muktamat yang ditauliahkan diawal-awal lagi. Samada ianya disenangai terhadap keputusan hakim dan para juri yang dibuat, itu adalah penerimaan penolakkan atau penerimaan oleh mana-mana pehak.

Termasuklah dalam kategori menang kalau itu, bukanlah kerana kita gah dan berpuas hati selepas kita berjaya menunaikan kehendak nafsu kita dan kumpulan menunjukkan heronya kita, tegar berpendirian, mempertahankan akarumbi, akarserabut dan akartunjang dengan bangga perkasa sebagai pahlawan. Sedangkan tindakkan kita dalam masa yang sama kita sebenarnya mencipta penentangan besar kepada induk negeri dan induk pusat dan dalam pakatan memulihara induk yang lebeh besar dari itu.

Pimpinan yang mewakili PAS Kawasan Permatang Pauh kalau ianya mendapat mandat 100% sokongan ahli sekalipun atau Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendapat juga sokongan 100% dari sokongan AJK Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, maseh jauh ketinggalan sokongan dari sokongan dan dokungan rakyat dan ahli kepada Tok Guru Mursidul Am dan Anggotanya. Sokongan negara kepada Peresiden PAS dan AJAnya disemua Dewan-dewan jauh perbandingan seperti langit dan bumi sokongan yang diperolehi oleh Pimpinan PAS Permatang Pauh dan Ketua Pemuda PAS PP.

Apa yang saya nampak 5 hari ini, kejayaan PAS Permatang Pauh atau Ketua Pemuda PAS PP merupakan kejayaan angin yang gah dengan mendapat sokongan dan galak puji dari musoh. Sedangkan Ketua Pengarah JPP Pusat yang bertanggungjawab mewakili PAS induk pun telah menyatakan keputusan penentangan dengan keputusan solo yang bersifat invidualistik itu ditolak. Sekalipun kita melihat saolah-olah PAS Permatang Pauh dan Ketua DPP PP adalah wira menuntuk dan mempertahankan hak. Dalam masa yang sama sekalipun diatas apa alasan mereka telah bertentangan lawan langsung dengan kepimpinan PAS Negeri Pulau Pinang dan PAS Pusat.

Bentuk dan cara yang berbeza, masa yang berlainan, keperluan dan tuntutan secara terdesak tanpa kita terlebeh awal, mendapatkan maklumat yang tepat dari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, dari S/Agong PAS Pusat atau Penggarah JPP Pusat terlebeh dahulu, sebelum kita membuat keputusan bantahan dan menolak berkaitan penyertaan PRK N.12 Penanti dengan menggunakan saloran media ketika Pakatan Rakyat memerlukan solid keputusan dan tindakkan dalam satu fokas, satu tindakkan, satu selogan dalam mengisi menghadapi PRK N.12 Penanti berlawan bertembong dengan UM No-BN.

Ertinya kepimpinan PAS Permatang Pauh dan Ketua PP PP memutuskan pekara besar PAS diluar kota kebenaran, sokongan dan pengiktirafan dari PAS Pusat disudut menjaga pulihara muslihat negara dan kepentingan keutamaan Pakatan Rakyat yang lebeh utama dari kepentingan PAS dan Pemimpinnya di Permatang Pauh.

Sekarang dihadapan Pimpinan sahabat-sahabatku PAS Permatang Pauh serta Ketua Dewan Pemuda PAS PP, lebeh besar dari yang mereka pertahankan adalah keiklasan perjuangan besar yang berkaitan dengan akhlak dan nafsu terus membara iaitu memohon maaf kepada kepimpinan lebeh tinggi disemua perengkat diatas laju yang lajak, derasnya keputusan dibuat baru-baru ini. Mudah-mudahan keputusan besar itu akan memulihkan penghurmatan tinggi kepada anda semua ditas sifat kita berorgansasi dan ikat mematuhi dalam menjana persafahaman yang lebeh penting kehadapan.

Akhirnya demi semuanya maka kita benamkan sifat sombong dan suka menyebar fitnah serta menghasut dan menghalang seseorang daripada mematuhi pemerintah diputuskan di perengkat negeri dan perengkat pusat. Sikap suka mendedah dan memburuk-burukan keburukan dalaman sehingga membawa kepada permusuhan dan menggugat keharmonian sesama sendiri dalam masyarakat terpinga-pinga. Lebeh jauh dari itu leburkanlah sikap mementingkan diri sendiri dan perasaan tamak sehingga sanggup mengadai dan menjual kepentingan PAS Negeri, PAS Pusat maruah ahli dan rakyat
Catatan sebelum dzuha: IBN ABDULLAH AL AWAB
Semalam 1 Mei 2009. adalah tarikh kelahiran isteriku. Selamat menyambut ulanglahir Ummi ke 45, mudah-mudahan kita berjaya mengharungi gelombang hidup dan kita berada dalam alun ombak besar menimpa negara yang memerlukan perjuangan.
2 Mei 2009 - 7.16pagi