Monday, July 22, 2013

THE KULIM BALING ROAD TRANSPORT (KBRT): MENDERA MENGABAI PENGGUNA - PIHAK PENGUASA LEPAS PANDANG ATAU BERSEKONGKOL?

RENCANA DAN GAMBAR OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
11 RAMADHAN 1434H - 20 JULAI 2013










Pengenalan

Kelmarin - semalam Jumaat 19 Julai 2013 bersamaan 10 Ramadhan 1434H saya bersama isteri dan anak, sengaja mengambil perkhidmatan awam yang paling tua berfungsi khusus untuk perhubungan perjalanan diantara pekan Kulim dengan pekan Baling. Termasoklah perkhidmatan kepada pendudok - pengguna untuk daerah Baling dan Kulim mungkin mencecah tempoh perkhidmatan 40 tahun lebih. Perkhidmatan yang menghubungkan bandar-bandar kecil dengan kampong. Termasoklah perhuubungan Baling ke Sungai Petani dan sebaliknya, Baling ke Butterworth dan sebaliknya termsoklah perkhidmatan dari Baling ke Kulim dan sebaliknya.

Perkhidmatan awam yang saya maksudkan adalah THE KULIM BALING ROAD TRANSPORT (KBRT). Untuk penduduk - pengguna yang marhaein, di kawasan Baling dan Kulim khususnya dipendalaman, perkhidmatan bus henti-henti adalah pilihan utama dan perkhidmatan tunggal selama ini disamping perkhidmatan awam lain trksidan kereta sewa dan kereta sapu. Tentu pasti perkhidmatan lain dari bus amat membebankan pengguna dengan fee tambang yang cukup tinggi. Disinilah disebalik zahirnya mereka menyumbang perkhidmatan dalam masa yang sama dan serentak mereka (bukan semua) mencekek darah keringat pengguna marhaein berterusan dalam tempoh yang berpanjangan. Sampai bilakah fenomina ini akan berakhir?

Terkejut dan menjadi bengong

Sebaik saya masok kedalam bas (diantara jumlah bas-bas yang buruk dan usang kepunyaan milik KBRT) kerusi - bangku yang terdapat dalam bas tersebut saya teringat macam 40 tahun dulu, kebun nenek saya yang tanamannya terbungkas tertonggeng ranap dan sebagainya. Macam itulah saya dapat saksikan bangku - kerusi dalam bas tersebut tercabut menyembah lantai diantara bangku dan kerusi yang usang. Saya jadi terkejut, heran dan bengong. Seolah-olah saya berada dalam bas dalam tahun 1950han dahulu yang berada dijalan. Bukan itu sahaja ketika dalam perjalanan bus tersebut macam bergoncang dan bergetar, merancang muzik yang dikeluarkan oleh bas buruk tersebut.

Bukan itu sahaja, tingkap bus itu pokah, bertungkat dan ditambah sekeru dan sangkut untuk menutup atau buka tingkap bus. Disahkan terdapat bus KBRT ada yang beroperasi, bila hujan lebat macam pengguna berada dalam rumah atau kajang yang bocor membasah pakaian. Hatta itu air tiris dari atas atau yang tersimbah masok dari tingkap dan pintu yang tak berfungsi. Lebih malang lagi adalah, lantai yang berlubang yang air kotor akan menyimbah masok melalui lubang-lubang tersebut. Bukan sekadar menyiram pengguna, hatta air tersebut memancut sampai kebumbung. Ini bukan fitnah, Tetapi ianya adalah kebenaran yang hakiki.



Mehnah dan kerenah

Disinilah persoalan yang bermain dikepala saya, kenapa keadaan tersebut boleh berlaku dan terjadi sampai tahun 2013 sekarang. Bagaimana keadaan bus yang buruk dan uzur itu masih diizinkan berkhidmat untuk pengguna? Yang pengguna itu adalah manusia bukan ayam itik yang disumbat dengan keadaan lori yang kotor dan sebagainya. Kalau ayam itik itu pun sekiranya berada dalam keadaan lori yang uzur, ayam itik itu akan uzur dan berdepan dengan virus penyakit dan membawa kepada maut. Begitulah juga keadaan bus yang KBRT kemukakan kepada penggunanya.

Pada hemat saya banyak bus-bus KBRT itu layaknya telah ditamatkan perkhidmatan untuk bergerak dijalan raya sejak 10 tahun dahulu lagi atau biarlah dilakukan baik pulih sepenuhnya untuk keselesaan pengguna dan pelanggan yang memberi duti kepada syarikat tersebut. Sering bus brok ini tersadai dimerata-rata tempat rosak. Macam-macak rosak dialami yang memyusahkan pengguna dan menghalang program yang dirancang dan distinasi dituju tergendala dan terbantut, termasok kepada pelangan tetap mereka yang menggunakan perkhidmatan bus tersebut ketempat kerja. Diperkhidmatan awamdandengan swasta menjadi mangsa berpanjangan.

Persoalannya dan tindakkan

Saya difahamkan yang mana pihak kerajaan melalui beberapa agensi telah memberi bantuan dan subsidi kepada pemilik (taukeh) bus untuk membantu penyelenggaraan dan sebagainya kepada mereka. Disini saya ingin bertanya kepada pemilik dan pengurusan KBRT dimanakah dimanfaatkan, dibelanja dan digunakan wang yang diterima tersebut digunakan? Atau subsidi dan bantuan kerajaan tersebut tidak diterima dan diperolehi oleh pemilik dan pengurusan KBRT. Sebab itulah bas-bas KBRT yang berkhidmat kepada pengguna dan pelanggannya saling tak tumpah macam bus Rida yang memberi perkhidmatan kekampong-kampong tempoh 50 tahun dahulu. Rupa-rupanya keadaan bas burok dan cabok itu masih ada lagi sekarang beroperasi dengan bebas untuk penduduk daerah Baling dan Kulim.

Maka saya rasa dengan keadaan bas buruk dan uzur tersebut, barang kali,  barang pasti dan barang tentu ianya mendapat lepas mata dan lepas tangan daripihak penguasa yang mati dan pupus dengan kuatkuasa penguasaan dengan sesuatu halangan barangkali kot. Dimana PUSPAKOM yang masih meluluskan perkhidmatan dengan keadaan bas tersebut yang lulusdalam ujian pelbagainya. JPJnya pula apa hal? Atau SPAD buta dan tidak ada pegawai yang untuk menilai dan membuat perhatian dekat KBRT. Apakah nyawa manusia yang pengguna kepada KBRT tidak menjadi keutamaan berkaitan dengan keselamatan.

Bukan sahaja keselamatan kepada penumpang mungkin dan barangkali, kebajikan dan pembelaan kepada pemandu-pemandu, konduktor tiket dan kakitangan mereka KBRT ini, mereka turut mengabai disudut caruman KWSP atau SOKSO dan sebagainya.

Rupa-rupanya dalam kurun melinium sekarang dengan macam-macam wujud penguasa yang memantau tentang kedudukkan bas dan kepentingan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna terhakis dan dinafikan. 

Wallah hualam.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
11 RAMADHAN 1434H - 20 JULAI 2013








Friday, July 5, 2013

BILA HUSHAM DIKETEPI: JANGAN JADI PAPAN BATU PECAH, KALAM PATAH. LABA TERCICIR RUGI DIPUNGUT??????!!!!!!


RENCANA DAN GAMBAR:  IBN ABDULLAH ALAWAB 
18 SYAABAN 1434H (KHAMIS) 27 JUN 2013 







(Nota: Barangkali anak cucu sekarang maupun mereka yang berusia 60 tahun tidak pernah mengetahui atau nampak 'papan batu' dan kalam'. Warnanya kehitaman saiz biasa papan batu 12"X16" dan tebalnya 2/8" atau lebih nipis dari itu. Ia berbingkai kayu dan mudah pecah kalau terjatoh. Kalam pula bulat panjang tetapi kalau yang baru entah saya tidak pernah nampak dan pasti tidak akan nampak sampai kemati. Papan batu dan kalam yang disimpan oleh nenek ditahun 1950han saya kira-kira 5" panjang kecil sikit dari straw saiz biasa. Saya mula belajar dulu penggunaan papan batu dan kalam telah diganti dengan buku dan pensil. Tetapi papan batu dan kalam itulah berjasa besar untuk diri saya mendapat ilmu yang ditulis dipadam setiap masa. Emak dan abah saya belajar dalam era papan batu. Menerusi belajar menulis dan mengira dipapan batu itu, ingatan mereka cukup hebat. Ketika itu tidak ada buku tulis dan buku teks kecuali sekolah dipekan dan dibandar. Dulu-dulu kalau papan batu itu pecah dan kalam patah umpama zaman sekarang seperti laptop 'Apple' berharga RM6,000 yang sarat dengan maklumat didalamnya jatuh terhempas dan rosak musnah. Khabarnya untuk membeli papan batu - kalam ketika itu amat sukar kerana tekanan hidup, jadi dulu-dulu mereka berkongsi manfaatkannya. Sanak keluarga yang tidak mesra sejarah, kerana kemajuan mengajar mengejar mereka, yang mana barang-barang lama/usang sakit mata mereka memandang dan akhirnya bertindak buang khazanah lama. Begitulah nasib papan batu dan kalam dirumah nenek dipenghujung tahun 1950han. Akhirnya generasi sekarang ibu bapa dan datok nenek yang tua itu pun turut dibuang dan disisih kerumah orang-orang tua atau kerumah-rumah kebajikan. Dengan alasan-alasan yang macam-macam dah menjadi lumrah. Maaf kata, maafkan saya kalau ini celupar).  

Pandangan bukan penangan 

Ketika saya membuat rencana ini, degup jantung yang sekian kali direpair diworkshop kardiologi, semacam memahami apa yang minda saya bergerak oleh kimia-kimia yang bergelombang. Ia berligar menjana berfikir menangkap maklumat kenangan lampau dan pengalaman usang untuk bahan rencana. Apalagi ianya berkaitan dengan peristiwa besar, mencabar yang sukar. Cukup mencakar, menggegar untuk ditejermah, dalam membicaranya dengan penuh beradab tertib dalam sesawang blog, takut tercelincir. Saya berharap jadikan rencana ini, "umpama menarik benang dalam air; benang tidak basah dan air tidak berkocak". Sementelah pembicara ini cuma sang kerdil bertaraf kaki lima, tebing longkang disisi PAS di Jalan Dato' Pati Kota Bharu. Apalagi mereka di Jalan Raja Laut KL. Itu-itu semua, bukanlah menjadi penyebab yang menghalang menulis. Saya lontarkan pandangan sekadar berbincang bukan jadikan suasana itu mengundang tegang dan pincang. 
Sesunggohnya isi butiran pembicaraan saya ini, bebas sepenuhnya dari menjadi pecacai dan macai dari mana-mana pihak dan puak. Atau menerima upah laba. Tidak pula saya menjadi jurubicara dari mana-mana pihak yang terlibat dan berkepentingan apa lagi mendapat untung upahan. Saya bebas dari kedua-dua keadaan tersebut. Jadinya, dengan penuh hemat saya tegaskan apa yang saya utarakan dalam rencana ini, ianya adalah 

pandangan bukan penangan

Mudah-mudahan supaya generasi anak muda bersama kita 'PAS FOR ALL" yakni generasi 'Y' memahami salor galor akan sepak tendang, coner terajang perjalanan politik. Samaada penguasa pemutus, yang menentukan calun-calun bertanding itu berada dipersada yang sebenar dan hak. Atau dicampak akhirnya mereka mengelupur tersungkur diatas mainan politikcsekian lama. 

Diharapkan pandangan bukan penangan dari saya ini, anak-anak muda Y dapat memahami mengikuti dan menerima hakikat manis masin politik berparti. Supaya ianya sebagai faktor melerai yang kusut bukan tambahan kepada bibit-bibit serabut jadi berkecai; umpama  jaguh tok jora laga lembu dan laga ayam anak sembilai. Apa-apa yang telah berlaku di Kelantan, yang tidak dapat memenuhi citarasa dan kehendakmu anak muda dalam pembahagian calun-calun dan sebagainya. Janganlah anak-anak sekelian tersalah pedoman tersilap langkah dan perhitongan. Jangan marah nyamok kelambu dibakar. 

Saya sendiri amat kasih cinta terhadap bumi Kelantan khususnya PAS Kelantan dan seluroh pemimpinnya dahulu sampailah sekarang tak pernah surut dan susut. Ianya tidak pernah pudar dan berkubur, InshaALLAH. Apalagi dua pertiga usia saya adalah bermastautin di Kelantan (Kampong Putih Kota Bharu dan Kubang Panjang/Kubang Bemban Pasir Mas). Semua pemimpin PAS, ahli PAS, penyong PAS adalah kawan kita; bukan lawan kita walau dalam apa-apa keadaan sekali pun kita menghadapi dugaan. 

Jerat dan simpai PRU13

Menjelang lima enam bulan terakhir menghadapi PRU13 yang lepas, saya melihat baik di Kota Darul Naim, di Jalan Dato' Pati KB dan disemua jajahan dan kawasan-kawasan PAS Kelantan. Dikalangan pemain dari pemuka-pemuka saf pimpinan sedang mengatur langkah membuka silat menjana imej mesra rakyat. Mereka saban hari sentiasa topak or line hp tak pernah luak. Sentiasa berfungsi pada setiap detik setiap masa dering dan sms. Tak henti-henti dan jemu pemuka-pemuka ini macam Al Quraan dan Al Hadis didada, mereka menghapal dan macamtulah ingatan nombor hp pengikut dan penyokong dibawah dikhatam dalam ingatan dikepala dengan clear. Ketika itu hati mereka sentiasa dekat dan kepangkuan rakyat. Tangan lembut dan gigi lebih lembut dari lidah mengatur tutur. Hatta mereka cukup pemurah macam dalam suasana merai Ramadan almubaraq.

Segelintir pemuka-pemuka politik yang didalam perjuanganya telah mendapat tempat, berbaloi mereka diangkat menjadi pemimpin PAS kawasan, negeri apalagi diperengkat pusat. Mereka-mereka ini disebalik keiklasan yang ditonjol, silap-silap perkiraan dan silap-silap edar akan menjadi tunggol, dan setidak-tidaknya pelempong nipah bila nama besar mereka tercicir dari menjadi calun. Sebaik itu kita akan dapat menyaksikan sengotinya mereka iklas atau temelarnya pecah membusong. Saat menghadapi pilihanraya, pemuka-pemuka parti berubah wajah dan watak. Mereka menjadi mesra habis dengan rakyat, prihatin sangat dan berada dalam kancah denyut nadi rakyat 28 jam sehari sebelum PRU13. HP, iPad dan macam-macam lagi berfungsi macam air sungai Sungai Kelantan menghadapi bah - banjir dimusim kentujuh.

Dering hp kurang dari dua saat pantas dijawab segera dengan panjang lebar, cukup lekas pantas. Hebat dengan panggilan tersebut satu perjumpaan dapat diadakan. Cakapan dan akuan seperti ok beres, jangan gobar, nanti kawea ajes, demo tak caya kawea (anta tak pecaya dekat ana) ianya basah dibibir manis umpama madu lebah Tualang seenak duku Dewan. Kadang-kadang terdapat juga sekali sekala, deringan menjadi panjang dan kepada sms. Heran, panggilan tidak dijawab dan sms diabai berlaku juga, kenapa ya? Fenomina yang saya rakamkan seperti diatas, sebenarnya wujud dalam mana-mana parti politik dalam negara kita. Manakala pemainnya adalah pemuka-pemuka baru yang berpotensi, penyandang dan berhajat mengulang menjadi penyandang dalam PRU13 dengan matlamat dan berhajat realisasi cita-cita baru. 

Sekalipun kita melihat aplikasi itu macam iklas nampaknya, tetapi bila ianya bersunggoh dan berganda-ganda mesra rakyat ketika nak berdepan dengan pilihanraya. Sedangkan empat tahun setengah yang lepas kurangnya mereka turun kepangkuan rakyat menanya khabar dan pedulikan rakyat. Sekadar melayan menjaga hati kroni penyokong setia sahaja. Jadi nampaklah secara zahirnya macam mereka bermuka-muka pula disudut untuk terus mendapat sokongan dari pengikut dan rakyat bawah. Supaya namanya terangkat menjulang kepucuk. Dek kerana akar tunjang dan akar serabut dah menyokong. Makanya pemuka-pemuka tersebut memasang jerat dan simpai sebagai bahan bokti dan modal. Mereka adalah calun mesra rakyat kehendaki dan seumpamanya. Jerat dan simpai tersebut ramai yang berjaya memikat dan ada yang terlepas. Saya melihat yang berjaya memasang jerat dan simpai, tetapi bila rakyat menolak mereka dan meluat mereka kecundang. Walau mereka dihati Kota Darul Naim dan dimata penghuni di Jalan Dato' Pati.

Tawaran kurban PRU13

Situasi dan kondusi PAS di Kelantan, samaada disanggah atau dicanggah, fenomina kroni dan kekeluargaan ianya menjadi kenyataan dalam saf Dewan Harian Kawasan dan Dewan Harian Negeri, dah lama berlalu dan berterusan. Disinilah pemerhati dari luar memerhati dan menghidu diantara realiti calun yang hakiki mengikut kehendak ahli dan rakyat diperingkat bawah. Bertembong dengan calun pilihan yang diutuskan oleh pemutus calun dan pemutus-pemutus calun itu mereka berkeluarga melalui berbagai cara taut darah daging. Diatas keadaan itulah saya nampak terlalu amat janggal keputusan dibuat oleh pemutus calun di Jalan Dato' Pati Kota Baru dan diendorsed terus oleh pemutus di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Keadaan ini payah untuk disangkal dengan jujur iklas. Kita tidak mempertikai tetapi sekadar mempersoal kewajarannya. Kenapa keputusan pelek dan janggal sentiasa berterusan setiap kali menghadapi pilihanraya umum.  

Pertembongan terjadi dan berlaku diantara bakal calun kesayangan pemimpin (sipembodek pengampu) dari beberapa puak dengan bakal calun pilihan rakyat ramai. Apalagi genggam kuasa pemilihan menentu memilih calun dan kawasan tempat bertanding (Dun/Palimen). Pem berpusat kepada AJK pemilihan yang dikalangan mereka menjadi ikatan keluarga waris warah, darah daging melalui perkahwinan dan sahabat karib. Berakhir dengan kepentingan waris keluarga mengatasi kepentingan parti dan perjuangan itu sendiri. 

Berilah apa-apa alasan sekalipun, saya tetap berpegang dengan kenyataan ini iaitu tawaran kurban PRU13 kepada sesetengah calun. Ianya umpama ada udang disebalik mee seperti Dato' Bentara Setia YB TG Haji Nik Aziz bin Nik Mat sering sebut dahulu, bila dihala kepada umNO(Baru)bN keatas beberapa isu yang dilontar kepada beliau. Hak saya sebagai individu yang melihat percaturan permainan politik itu-itu tidak sihat, bukanlah persepsi lagi. Ianya umpama virus H1N1 yang vaksin penawarnya dalam sifir siasah adalah kejujuran dan keiklasan. Terpancarkah amanah pemegang kuasa dalam membuat keputusan calun tidak samarata atau apa?. Jangan dengar guroh dilangit, air ditempayan dicurah. Kerana gah diangkat A dan B mesti diletakkan demi simbul semangat untuk menang PRU13. Sepanyol yang gah itu pun tersungkor dengan Brazil 3 - 0, jadi jangan isu yang dicipta, maka kita mereliasasinya jadikan kawan macam lawan disembeleh macam lembu kurban. 

Begitulah, bila dimainkan oleh akhbar, blog dan sebagainya dengan bermotif, orang ini diletak disini untuk mencapai kemenangan, maka diluar kajian, makanya gayong bersahut. Terus meletak dan melempar sesetengah individu calun untuk kurban PRU13 direalisasi. Kenapa? Sahlah kita melihat disudut siasah yang tidak bermaruah dan tidak berprestej tinggi, hakiki ianya adalah kurban pilihanraya. Kenapa mereka tidak letakkan diri mereka sendiri bertanding ditempat berpuaka sedangkan kuasa dalam tangan genggaman mereka? Mereka pernah menjadi AhPar Pengkalan Chepa dulu baru bertanding selepas itu ke Dun. Kenapa dikurbankan Cikgu Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah (Dato' Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah) bertanding di KaPar Gua Musang? Tidak adakah calun lain? Apa-apa alasan diberi, saya akan ketengahkan hujah saya menyangkal kenapa dikurbankan Wan Rahim di Gua Musang.

Apabila saya melihat senarai Adun Kelantan PAS dan AhPar PAS selepas PRU13, semua mereka adalah pelapis dan generasi baru yang tidak ada ketika Ustaz Nik Aziz bin Nik Mat bergelut untuk mendapat politik sampai kepada Ustaz Nik Aziz berjaya menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan ketika krisis besar PAS Kelantan 1982. Saya bukan anak Kelantan, tetapi saya menyksikan peristiwa semasa tokoh-tokoh besar PAS Kelantan dahulu seperti Ishak Lutphi, Asri Haji Muda, Muhamad Nasir sampai kepada Nik Aziz dan kini Dato' Ahmad Yaacob dan Ahmad Yaacob umNO(Baru)bN pernah memintas dipentas MB Kelantan.

Yang memintas usia saya adalah Hanifa Ahmad (senonim dengan anak Mat Yatim adik abang Daud Yatimee menantu Amaluddin Darus tokoh besar PAS. Ketika itu hanifa adalah Exco BN (Berjasa) fokasnya dalam tahun 1982 dulu ia sama sekali tidak berbabit dengan PAS. Mohd amar Pak Nik Lah ketika tahun 1982 masih lagi belajar di UKM. Apa lagi Exco-exco yang lain seperti abdul Fatah Mahmood, Che Abdullah Mat Nawi, Md Anizam, Dr Mohamed Fadzli, Mohd Nasaruddin,Muntaz dan Ramli. Ayah Muntaz, baba Ustaz Nassuruddin dan ayah Nik amr sendiri sekitar 1978 kami sama-sama makan garam dalam PAS disuasana susah dan senang. Kesemua anda yang ada dimata saya Wan Rahim lebih kedepan dalam mengadaikan seluroh dirinya dalam PAS. Disaat orang tolak PAS, beliau turun menjadi diantara tulang belakang menegakkan PAS. Sedangkan lepasan UM keluaran sesamanya memegang jawatan besar dalam kerajaan pusat dan negeri. Wan Rahim tidak gila itu semua.

Wan Rahim telah ke Gua Musang bertanding ganti Almarhom Ustaz Khidir Khatib. Kenapa namanya kembali muncul dan dipinta (disingkir) kali ke 3 (maaf kalau tersilap tentang ini) arahkan Wan Rahim ke Gua Musang? Kenapa tidak Amar atau Zulkifli Mamat sendiri ke gua Musang? Saya tidak dapat membaca dan membuat tafsir kewajaran diusianya 60 tahun diletak kembali bertanding di Gua Musang. Faqir sangatkah pimpinan PAS Kawasan Gua Musang ketandusan tokoh? Saya rasa tidak. Sebab itulah kalau Amar dan Zulkifli sendiri takut ke Gua Musang berdepan dengan Ku Li, jangan kurbankan Cikgu Wan Rahim. Wan Rahim Setiausaha Politik awal Ustaz Nik Aziz sebaik menjawat Menteri Besar. Wan Rahim yang bergelomang dari bawah dan menkapai  jawatan penting dalam parti PAS dan Kerajaan. Menjadi Speaker DUN, AP Kota Bharu dan disaat tuanya beliau dinyahkan ke Gua Musang. Saya amat dukacita tentang ini.

Husham diberhenti

Negara terkejut dengan pembunuhan Altantuya dengan ledakkan C4. Tetapi saya lebih terkejut lebih dari itu dan terpaku macam tsunami yang melanda Aceh dulu. Apa kebenda? Iaitu Husham musa diberhenti dari saf Exco Kerajaan negeri Kelantan pada 6 Mei 2013 yang lepas dinafikan sama sekali kewujudan kehadiran dan kepentingan mustahaknya Husham dalam saf eksekutif Exco Kerajaan Kelantan. Semua perlantikkan yang bibuat oleh Kebawah Duli tuanku AL Sultan, Sultan Mohd V samasekali saya tidak mempertikaikan dan saya (patik) menjunjung kasih diatas perkenan Tuanku Sultan. Tetapi persoalannya kenapa dan mengapa Husham dsingkir? Tidakkah Husham Musa manusia yang dalam tahun 1982 disaat Ustaz Nik Aziz merayu sokongan berdepan dengan Dato Asri dulu. 

Husham masih belajar dan Muhammad Hussin masih belajar di UM (saya masih ingat)saya berada didalam Dewan Zul ketika pagi Jumaat itu. Berganding tangan memberi sokongan bulat dekat Ustaz Nik Aziz sedangkan mereka masih belajar. Saf exco sekarang tak usah cakaplah. Kalau 1982 Husam Musa dan Muhammad Husin sebagai pelajar mahasiswa telah memberi sokongan padu dekat PAS khususnya dekat Ustaz Nik Aziz kenapa yang lain tidak turun ketika itu, adakah kerana jawatan disandang jadikan diri mereka penghalang turun kegelanggang. Sedangkan yang lain walau masih belajar atau bekerja tetapi mereka tidak peka dengan perkembangan dan tuntutan PAS ketika itu, menjerit memohon agar cerdik pandai menganggotianya. Tetapi ramai dikalangan yang memimpin kini, mereka datang setelah PAS menyediakan dulang mas dalam persada politik PAS sendiri dan dalam kerajaan negeri. Maka tampillah cerdik pandi macam cendawan kedalam PAS. Maka era orang-orang wak long wak dogol macam kami........   

Sebaik Dato' Bentara Setia Tuan Guru Dato' Nik abdul Aziz bin Nik Mat melepaskan jawatan MB selepas PRU13 berhenti, maka satu-satunya Setiausaha Politik yang akrab sejak 1982 kepimpinan baru tolak ketepi Husham. Apa kurangnya Husham kalau nak dibandingkan dengan saf Exco sekarang? Apa salah Husham selama dan semasa beliau menjadi SU Politik Tok guru dan Exco dulu? Tidakkah anak muda dengan selogan PAS FOR ALL, dengan kedudukkan Husham sampai panjat Naib Presiden PAS dan Husham ini bukan dikalangan taukeh yang mampu beli undi. Kenapa Naib Presiden PAS dihina oleh pemimpin PAS Kelantan sendiri yang jawatan dalam PAS Husham kedepan. Kenapa dan mengapa?

Berguru dengan ketam   

Sejarah dalam UMNO dan jadi umNO(Baru) kerana egonya Dr Mahathir Mohammed takut dengan bayang-bayang sendiri. Beliau takut orang yang lebih cerdik darinya dan mendapat sokongan lebih besar darinya dalam perkiraannya. Maka Dr Mahathir terpaksa cantas dan buang kawannya di jadikan musoh dan barulah dia merasailega dan lapang. Kerana tidak dapat penghalang dan gangguan lagi. Makanya Ku Li -Musa Hitam dibuang. Pak Lah disingkir. Anwar Ibrahim diterajang. Tindakkan itu dilakukan demi keselesaannya mengenggam dan mencorak umNO(Baru) yang dilahirkannya. Apakah kepimpinan PAs Kelantan menghadapi kemaraan Husham dalam Kelantan dan negara menyebabkan beliau disingkir dari saf exco?

Apa-apa pun semuanya telah berlalu dan terjadi. Baik Husham maupun MB Dato' Ahmad Yaakob, Dato' Mohd Amar, Pa menantu Amaluddin Darus khususnya Us Nassuruddin jangan kita runtoh kerajaan PAS-PR Kelantan sekarang. Jangan tersalah haluan pelayaran. Musoh kita adalah umNO(Baru)bN. Amar, Nassuruddin dan Dr Mohamed Fadzli anak berkawan bengan ayahnda anda semua. Haji Hanifa, ana ingat sangat dengan bapa mentua anta Almarhum Amaluddin. Berasa macam semalam ana bersama dengan mereka. Tok Guru Haji Dud Meranti sering makan dirumah. Pak Nik Lah sentiasa bertemu dengan ana di rumah Haji Lah Changkat Jering. Semua mereka dah pergi, Al Fatehah. Masakan saya hendak marah dan berentap dengan anak-anak mereka?
Saya sentiasa doakan Husham Musa, doakan Amar anak Pak Nik Lah, Ustaz Nassuruddin anak Tok Guru Haji Daud Meranti, Ustaz Ahmad Yaakob. Jagalah kerajaan PAs -PR Kelantan dengan baik. Jangan buat perangai dan menjejaki macam PAS-BA di Terengganu dan PAS-PR tumbang di PRU14 nanti.   

Kerajaan baru misi dan visi mertabat jadikan khazanah dan sejarah

Sesunggohnya bangunan PAS Kelantan yang beralamat di 1960 Jalan Dato' Pati, terletak tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu dan usianya lebih tua daripada beberapa Exco KN Kelantan sekarang. Disini, dibangunan PAS Kelantan yang terletak pejabat Perhubungan PAS Kelantan ianya telah menjadi simbul khazanah dan sejarah. Sekiranya saya tercicir maklumat dan ketinggalan informasi, maafkanlah saya sekiranya pengetahuan saya tak terjangkau atau ketinggalan keciciran maklumat. Sekarang, kolaborasi YAB MB Besar Dato' Ustaz Ahmad Yaacob, YB TMB Dato' Nik Amar Nik Abdullah dan saf Exco wajar (dalam makna wajib) berusaha mendiirkan premis bangunan PAS Kelantan yang baru dalam kawasan bandar Kota Bharu. Sebagai simbul dan mercutanda baru PAS Kelantan khususnya anak muda. Kenapa? 

Ianya saling tak tumpah menjadi gudang khazanah politik dengan mengisi lipatan dokumen sejarah PAS negeri dan PAS Pusat dan sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang itu sendiri. Hendaklah diiktiraf setidak-tidaknya oleh ahli-ahli PAS dan penyokong. Khususnya Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dan Dewan Zulkifli Mohd telah melakar sejarah tersendiri sejak semasa Ishak Lutphi Omar, Dato' Asri Haji Muda dan masa Ustaz Nik Aziz Nik Mat. Era baru ulamak kotemporari dipenuhi dengan sarat sebagai dikenali dengan ertinya PRU13 telah selesai dijalankan oleh SPR 56 hari yang lepas. 

Walau rakyat majoriti dan PR menolak keputusan PRU13 dan menuntuk supaya Anggota suruhanjaya SPR semuanya meletak jawatan dan diwujudkan SPR yang baru yang dipindahkan dari belenggu PM di JPM terus kepada pengawasan pengendalian Parlimen. 

Maka saya cadangkan bangunan PAS Kelantan sekarang dijadikan MUZIUM PAS KELANTAN. Segala khazanah dan rekod PAS Negeri dan Kawasan diletakkan disitu dan kita jadikan arkib. Semua dokumen persaorangan berkaitan PAS Kawasan, Negeri dan sebagainya diletakan disitu dimanuskripkan untuk tatapan anak bangsa. Biarkan anak bangsa sekarang melihat PAS dari dekat dengan kepala mata mereka. Kerana generasi kedua dan ketiga masih dapat mengingat peristiwa dilalui oleh ibu bapa mereka datok mereka pejuang terbilang yang telah wakafkan diri mereka dalam perjuangan PAS ini. Dapatkan dari sumber-sumber yang kita yakin.

Mereka ingin melihat gambar Almarhom Samad Gol dikapak dan syahid yang bergelumang dengan darah du Ulu Market KB. Mereka ingin melihat wajah Tengku Zaid Tengku Ahmad (saya akan kenangkan mereka ini dalam tajuk lain). Tok Guru Haji Mokhtar Siram, tentu maklumat dari anaknya Ustad Ahmad Mokhtar dapat diperolehi. Maklumat dan gambar Tok guru Haji Daud dapat diambil dari Ustaz Mansor dan Ustaz Nassu. Jangan smapai smeua sejarah pemimpin PAS yang berjasa dalam PAs dan negeri Kelantan dilupai kerana pemimpin yang mengekorinya alpa.
Kalau bangunan PAS 1960 Jalan Dato Pati dijadikan muzium PAS, tubuhkan JK khas untuk membina menara PAS yang baru, sesuai dengan anak muda kita sekarang.
RENCANA IBN ABDULLAH ALAWAB 
18 SYAABAN 1434H (KHAMIS) 27 JUN 2013