Sunday, September 28, 2008

PIMPINAN PERDANA, PULIHARALAH PAS JAGAILAH IA

LUPAKAH AKAN MEREKA.

Kalau dinisbahkan berat timbangan mungkin 0.001 gm, diukur tinggi barangkali 1cm tingginya, disukat jauh cuma 0.001m; begitulah saya menghukum dalam membuat penilaian akan budi dan jasa yang telah diwakaf saya dan disedekahkan kepangkuan PAS, oleh saya yang amat kerdil ini, tidak bernama dan glamor. Walau apa-apa pun apakah pendukung dan pejuang PAS terdahulu jua kecil peranan mereka dari saya? Anda semua buatlah muhasabah dan berikanlah penilaiannya, negara khususnya khazanah PAS tidak rugi atau menenggelamkan pimpinan semasa.

Tidakkah diatas pengurbanan mereka, istiqamah mereka ianya merupakan asas, paksi dan teras sehingga keadaan dan kedudukan PAS sampai tiba saat ini yang mampu memimpin beberapa negeri membentuk kerajaan dan menjadi komponan penting disetengah negeri selepas PRU12 8 Mac 2008 yang lalu. Tidakkah begitu yang dapat kita memahami dan menerima realitinya? Tempoh lima bulan mutakhir ini, saya nampak kepimpinan utama PAS bergerak, bertindak dengan minda belaga bersekali selari umpama real KTM tetapi hujung dan pangkalnya tidak bercantum sekata, jurang beza pendapat kalau tidak ditangani pantas rakyat lekas jemu dan meluat menyaksikan pemimpin mereka.

Kepimpinan wajar berlapang dada dengan dingin kepala, dalam mana-mana parti politik- siasah yang wujud didunia fana ini, termasuk di negara kita Malaysia punah dan musnah parti difaktorkan kepimpinan belaga minda dan bertaji kuasa menunjuk hala dan haluan untuk bekerjasama memerentah negeri-negara. Sampai saat ini PAS yang telah beberapa kali berdepan dan menghadapi perpecahan bukan disebabkan Mamat yang dulu (1969) panjat pokok nyior setinggi 50' dipucuk sana, ia bangga dengan lelehan air mata mampu pacak dua bendera bulan bintang berkibar megah membelah angkasa. Tanpa diupah walau calar dan melecar dada naikturun berbakti panji-panji partinya (Bulan bintang) megah tinggi dari kibaran parti musuhnya (Kapal layar) ketika itu.

Mamat kini Haji Mamat (2004) dipermatang sawahnya disisi lebuhraya dipohon mempelam dia pacak 10 bendera bulan purnama tetapi kali ini dibantu oleh cucunya berumur 16 tahun. "Pasai apa tokwan teriak bila Udin siap pasang bendera bulan?" Haji Mamat tidak respon pertanyaan cucunya.

Kepangkuan seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong setia PAS yang tidak pernah pasang surut sejak denyutan nadi anda, jadikanlah pemimpin dan pejuang terdahulu yang telah mencorak dan mewarnai Parti Islam Se Malaysia sampai hari ini sebagai obor, kekuatan dan bermuhasabahlah dengan jerit perit mereka selama dan semasa mereka memimpin dan mengemudi PAS khususnya diperengkat negara dan kepimpinan negeri yang silih berganti. Calar mereka yang segenggam janganlah menghukum kesalaham mereka sampai sekoyan. Janganlah dikalangan kita menjatuhkan hukuman keatas sesuatu itu melampaui dan mengatasi keadilan, kebenaran hatta mengatasi hukuman Rasul dan TuhanNya.

Sikerdil ini (http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com) telah 'Allah memberi peluang dan kesempatan bernilai memeluk semua Yang Dipertua Agong PAS/Presiden PAS dan menngucup mencium tangan mereka (pelukan, ciuman itu masih segar hingga saat ini, Inshaallah) kecuali tidak kesempatan untuk memeluk mencium Yang dipertuan Agong PAS Pertama Almarhom TG Haji Ahmad Fuad Hassan. Janganlah sekali-kali generasi yang memimpin PAS sekarang cuba merendah dan menafikan jasa-jasa mereka terdahulu disudut menjaga memulihara memimpin PAS. Janganlah sekali-kali kesalahan kecil pimpinan terdahulu dinafikan keseluruhan perjuangan dan pengabdiannya kepada PAS. Jangan seperti kacang lupakan kulit; seperti padi kering dijemuran seminit terkena hujan basahlah ia.
Sejak PAS ditubuhkan 57 tahun yang lalu ia telah dipimpin oleh Yang Dipertuan Agong/Presiden oleh tujoh (7) pimpinan besar. Membuka gelanggang memimpin adalah Almarhom TG Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Almarhom Dr Haji Abbas Alias (1954-1956), Almarhom Profesor Dr Burhanuddin Al-Helmi (1956-1969), Almarhom TS Datuk Haji Asri Haji Muda (1969-1982), Almarhom TG Haji Yusoff Haji Abdullah Rawa (1982-1989), Almarhom Ustaz Datok Fadzil Noor (1989-2002) - (SAMA-SAMA KITA SEDEKAH AL FATEHAH UNTUK MEREKA SEMUA) dan 2002 hingga sekarang Presiden PAS adalah TG DS Haji Abdul Hadi Haji Awang. Pemimpin datang dan pergi dengan meninggalkan jasa misi dan visi untuk kita melebarkan perjuangan PAS memimpin negeri-negeri dan negara Inshaallah.

Sentiasa saya cuba mendedahkan PAS mengikut kefahaman dan visi yang saya sendiri tempoh dan alami bersama dengan beberapa pemimpin utama dengan tidak semestinya saya terikat dengan apa yang dibicarakan oleh sahabat-sahabat yang lain menurut visi mereka. Ibarat tujoh orang buta yang memperjelaskan rupa saekor gajah mengikut yang dipegang dirasai masing-masing keatas seekor gajah yang sama, menerusi persepsi yang berbeza dijamah dan dipegang.

Semua ini dapat disempurnakan sekiranya musuh utama saya tidak menghampiri dan menganggu saya itu musuh bernama asma-lelah yang keronik. Musuh inilah yang menjadikan Tun Ghafar Baba menjadi aruan dan Allahyarham serta ramai ramai lagi. Berlawan dan berperang penyakit kronik yang sentiasa subur dalam fizikal adalah menyekat kebebasan, sebegitupun amatlah saya bersyukur kehadzrat 'Allah, Alhamdulillah.

AJAK DAN SERU.

Wahai pimpinan PAS semua, sebelum PAS porakperanda (mohon doa minta dijauhkan oleh 'Allah) disemua negeri-negeri sekadar yang mampu diingat disajikan disini mudah-mudahan kita mengenang dan menginsafi pengurbanan mereka sampaikan PAS mampu menghantar anda semua ketahap sekarang tidak seperti Haji Mamat tadi yang tidak pasang cita-cita matlamat bodi kecuali perjuangan sejati.

Marilah kita sama-sama mengenang dan mengingati pemimpin terdahulu yang telah pergi dan diantarnya dijamah usia tua, lama dan senior dalam hidup bergelut dengan pelbagai penyakit fizikal pasaraya. Kemungkinan generasi pelapis PAS negara dan negeri-negeri yang remaja dalam lengkaran umor 30-40 tahun tidak terdedah dan mendapat info sebegini yang saya majukan sehubungan pemimpin mereka, sekadar ingatan orang lama yang tidak ada apa-apa.
RENUNGAN UNTUK KEPIMPINAN PAS PERLIS DARUL SUNAH.

Untuk kepimpinan PAS Perlis bolehkah anda semua mampu untuk menghapus serta melupai akan Almarhom Cikgu Tahrim Utan Aji (mati di Tembak), Almarhom Ustaz Abu Bakar Hamzah (Jenazahnya dimakamkan disisi putrinya di Nilam Puri Kelantan - dengan penghurmatan negeri Kelantan ketika TG Nik Aziz menjadi MB diawal memerentah), Almarhom Cikgu Haji Ahmad Long Batas Liku, Ustaz Haji Ghazali Bongor Kudung, Almarhom Haji Mahamood Haji Mohamad Noor Jejawi, Tuan Haji Hussein Abdul Rahman Pengkalan Asam dan Haji Musa Haji Mohd. Yatim.

Allahyarham Cikgu Shuib Haji Mohamad, Pak Yahya Baginda, Ustaz Mansor Alawiyah, Almarhom Sheikh Abu Bakar, Pak Ya/Yahya Ketua Sungai Berembang, Almarhom Sheikh Mohsien, Cikgu Bakri Hashim, Ustaz Bakar Ismail, Kidin @ Mohd Amin Cikgu Ibni Batu Lima, Almarhon Rahim Faqeh Imam Behor Temak, Allahyarham Cikgu Din Saaid Kuala Perlis, Almarhom Ustaz Halim @ Omar Ismail dan Allahyarham Pak Haron Othman Simpang Sanglang).

Almarhom Paksu Haji Kamaruddin Hj Md Akib Sungai Padang, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Salleh Tambun Tulang, Tuan Haji Adnan Abdullah Sungai Padang, Master Haji Ghazali Hj Adnan Sungai Padang dan ramai lagi. Sebelum berpecah ingatkanlah kepada mereka yang dulunya mereka mewakafkan segala-galanya sampai tahap PAS Perlis sekarang.

PAS KEDAH DARUL AMAN

Untuk kepimpinan Pas Kedah kalau bukan kerana mereka ini, anda tidak bertahta ditempat sekarang. Sahabat semua tintakanlah nama mereka dibuku peringatan dengan nama dan jasa besar kepada PAS, iaitu Almarhom Dato' Abu Bakar Omar, Dato' Sudin Wahab, Ustaz Halim Arshad, Almarhom Pak Ya Joned, Almarhom Ustaz Azhari dan Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Memali.

Allahyarham Khatib Shorbaini Haji Hassan, Ustaz Ahmad Yusof, Ustaz Haji Abu Kasim Lebai Abdullah, Almarhom Cikgu Haji Mustapha Long, Almarhom Ustaz Othman Marzuki, Datuk Mohd Muslim, Haji Said Yassin, Abdul Mutalib Ali Padang Serai, Almarhom Ustaz Mawardi Lebai Teh, Almarhom Ustaz Suhaimi Ahmad, Allahyarham Ustaz Ahmad Shukri (mantan Pengerusi tetap PAS Pusat), Almarhom Datuk Fadzil Nor, terlalu ramai Tokguru Pondok yang menjana PAS dan ramai lagi. Wahai pimpinan PAS Kedah jadikanlah semua mereka sebagai obor menyusuri perjalanan kerjaya politik dan dakwah anda dalam memimpin negeri sekarang, Alhamdulillah.


PAS PULAU PINANG.

PAS yang dinobat dilahirkan di Pulau Pinang di Kelab Melayu Bagan, Butterworth Seberang Perai pada 23 Ogos 1951, yang letak duduknya berhampiran dengan Mesjid Jamik Bagan Dalam sekarang, Butterworth (tapak kelab ini betul-betul tegaknya tiang utama jambatan bertingkat-Ibn Abdullah akan dapatkan gambar Kelab Melayu itu dari mana-mana album usang keluarga) oleh Almarhom TG Haji Ahmad Fuad Hassan, Almarhom Ustaz Haji Zabidi Haji Ali, Almarhom TG Haji Yusoff Haji Abdullah Arrawa, Haji Zainal Saad, Almarhom Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein dan Haji Ahmad Abdul Rahman.

Almarhom Ustaz Haji Ahmad Badawi Bin Abdullah, Almarhom Ustas Haji Hassan Salahuddin Haji Mohd Khalil, Haji Ahmad Sabki Abdullah dan ramai lagi sampailah kepada Haji Mat Sabu, YB Haji Mohd Hamdan, Ustaz Khalid Man, YB Haji Hamdan, Allahyarham Pak Haron, Saudara Jamil Hassan dan ramai lagi yang terawal yang melakar PAS keseluruhannya, ingatkanlah kepada mereka ini semua.


PAS PERAK DARUL REDZUAN.

Untuk kepimpinan PAS Perak apakah nama-nama besar seperti Almarhom Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Almarhom Profesor Dzulkifli Mohamad dan almarhumah Ustazah Asia, Almarhom Prof Dr Burhanuddin Al Helmi Taiping, Almarhom Ustaz Baharuddin Haji Abdul Latif Setiawan, Almarhom Ustaz Othman Hamzah, Almarhom Panglima Jihat PAS Ustaz Haji Hassan Adli Bin Mohd Arshad dan Almarhom TG Haji Abdul Samad Noh.

Almarhom TG Haji Ahmad Sungai Petai, Almarhom TG Haji Mat Arif Grik, Almarhom TG Haji Othman Kati, Haji Abdul Kadir Kahar, Ustaz Ahmad Zawawi Ibrahim Sungai Siput, Haji Mohamad Haji Junid, Haji Ahmad Haji Abdul Majid sampai kini Ustaz Haji Ahmad Awang, Ustaz Idris Haji Ahmad, Ustaz Zakaria Haji Ahmad dan ramai lagi. Jadikanlah mereka sebagai obor mara dalam menyelesaikan masalah, bukan cipta masalah.

PAS KELANTAN DARUL NAIM.

Kelantan serambi Mekah yang ramai melahirkan tokoh negeri dan negara. Sekadar ingatan yang terhad ini saya peturunkan diantara mereka ialah Almarhom TG Hadi Daud Haji Yusoff Meranti, TG Haji Harun Haji Sulung Repek dan bisannya Almarhom TG Haji Hassan Lemal, Almarhom TG Haji Abdul Ghani Kubang Bemban, TG Haji Mokhtar Haji Ismail Siram, Almarhom YB Senator Ustaz Amaluddin Bin Darus dan Almarhom YB Abdul Samad Ghul Bin Ahmad Mianji.

Almarhom YBM Datuk Tengku Zaid Bin Tengku Ahmad Panglima, Almarhom Haji Ahmad Yatim, Almarhom TG Haji Zakaria Ismail Banggol Setol, Almarhom Cikgu Ahmad Fakaruddin, Alamrhom Cikgu Abdul Majid Pohon Buloh dan abangnya Almarhom TG Lebai Abdul Rahman Pohon Buloh, Datuk Mohd Nasir Kubang Bemban, Almarhom Haji Mohd Amin Yaacob Bacuk dan Almarhom Tn Haji Ahmad Prai.

Almarhom TG Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Almarhom TG Haji Mustapha Pasir Tumbuh, Almarhom Ustaz Mustapha Ibrahim Salor, Almarhom Ustaz Abdul Kadir Hassan Tendong, Almarhom Haji Che Hassan Che Ishak Peguam, Alamrhom Pak Nik Lah Arshad, Almarhom Tan Sri Datuk Asri Haji Muda, Almarhom Hai Ishak Lutphi dan Almarhom Haji Saufi Othman Kuchelong.

Almarhom Buniyamin Yaacob, Datuk Nik Man Bunut Payong, Allahyarham Cikgu Musa Salleh Pasir Putih, Almarhom Haji Ismail Abdullah/Che Wil Golok, Wan Mat Semut Api, Almarhom Ustaz Khidzir Khatib, Almarhom Ustaz Ismail Awang MA Tumpat, Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali, Cikgu Wan Ibrahim Wan Abdullah Pintu Geng, Ustaz Salahuddin Abdullah dan Cikgu Daud Ibrahim Sering.

Ustaz Abdul Rahman Haji Ahmad Selising, Almarhom Ustaz Wan Hassan Wan Yusiff Gucil, Almarhom Weil/Ismail Merkit Gua Musang, Mokhtar Bertam, Allahyarham Cikgu Haji Hussein Yaacob Pasir Mas, Allahyarham Shaari Ali Gual Periok, Allahyarham Cikgu Yusoff Isa, Almarhom Haji Abidin Batu Gajah/Jeli, Allahyarham Nik Kamil (mati dalam Kapal terbang disisi Ustaz Ismail Noh mantan MP Pasir Mas) dan ramai lagi kalau mau dibariskan disini.

Nama-nama besar ini sudah cukup untuk pimpinan PAS Kelantan sekarang bermuhasabah dalam semua urusan dan tindakan. Sampailah kepada kepimpinan TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dibawah pimpinannya yang diberkati 'Allah, Alhamdulillah.

PAS TERENGGANU DARUL IMAN.

Dan saya cuma sentuh selembar pandang di Terenggnanu dengan kepimpinan terdahulu seperti, Haji Lukman Abdul Kadir, Almarhom Haji Daud Samad, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Awang Bakar sampailah kepada TG Datuk Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Harun Taib, Ustaz Haji Abdul Wahab Yunus (KP PAS semasa sikerdil ini) Cikgu Pa dan ramai lagi. Mudah-mudahan sengketa kuasa bukanlah punca ketegangan. Tetapi biarlah diatas prinsip dan realiti semasa kita berbeza pendapat dan minda.

(Maaf kerana keperluan khas bersama sahabat jam 1.00 pagi - tajuk ini akan disambung dipanjangkan dalam Ramadan ini juga, Inshaallah)

(Berjuang menghadapi dan berdepan dengan asma-lelah yang kronik adalah penghalang utama untuk menyiapkan tajuk ini. Kesihatan separa baik digagahi untuk menyiapkan tajuk ini yang tertangguh, maaf. Kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minalizin walfaizin)

PAS PAHANG DARUL MAKMUR.

Sesungguhnya saya amat merindui dan teruja dengan sahabat saya Almarhom Haji Mohamed Rusdi Bin Arif, TG Haji Mohd Alwi Bin Haji Abdul Hamid, Peguan Syed Ibrahim Bin Syed Abdul Rahman, YBM Tengku Puji Tengku Abdul Hamid dan ramai lagi sehinggalah kepada pimpinan sekarang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man anak saudara kepada TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat MB Kelantan. PAS Pahang juga pernah dikuatkan oleh sahabat saya saorang peguam iaitu Haji Suhaimi Said yang sentiasa berkelana berpati kini menganggotai PKR.

PAS SELANGOR DARUL EHSAN.

Kepimpinan PAS Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pasti tidak wajar melupai pimpinan seperti Ustaz Haji Hassan Shukri, Almarhom Ustaz Haji Osman Abdullah, Ustaz Haji Jais Anwar, Tuan Haji Subki Haji Abdul Latif, Wan Azman Bin Wan Abdullah, Ibn Muslim Hussein Yaacob, Tuan Haji Sayan Marbin, Sahabatku Tuan Haji Mohsinon Bin Haji Tahir dan ramai lagi sampailah kepada Datuk Dr Haji Hassan Ali, Ir Khalid Samad dan lain-lain lagi.

NATIJAH PRU12 8 MAC 2008.

Kadang-kadang kejayaan PAS dalam menghadapi pilihanraya umum, melahirkan pembahagian kelumpuk berpuak dijanakan oleh kepimpinan perdana PAS itu sendiri. Ahli dan penyokong diperingkat bawah sekadar menyaksikan telatah, mehnah dan kerenah pemimpin mereka. Ahli bawah dan penyokong melihat pemimpin mereka pandai cerdik melebihi pelanduk kancil, ada yang membelit seperti ular lidi dan ular sawa.

Dikalangan pimpinan perdana bijak pandai mampu digadai, lidah petah dan minda bergeliga mengatur dan membariskan fakta dan hukum berhujah, kenapa kita mesti begini, begini, begini dan bagi bini pada orang untuk dengan kumpulan U atau kumpulan P untuk menubuhkan kerajaan. Dalam masa yang sama mereka mampu dan sanggup memburuk dan menfitnah saudara mereka sendiri, demi atas nama perjuangan dan keutuhan parti.

Ramai dikalangan pimpinan utama PAS, ahli bawah dan penyokong kampong melihat mereka telah jadikan PAS yang menghantar mereka menjadi ADR, ADUN dan ADN sebagai alat dan terompah untuk memperagakan untuk menjayakan angan-angan dan cita-cita yang lebig tinggi dan berprestej dari AP untuk tangga Menteri, Timbalan Menteri, S/U Parlimen, Pengerusi Perbadanan, ALP CLC dan pelbagai lagi.

Semua ruang dan sudut diatas mereka telah nampak, yang semua itu ahli PAS penyokong PAS diulu kampong jahil dan buta tentang semua itu. Yang mereka alim adalah pacak bendera bulan dan kini dibebankan beberapa bendera komponan yang lain. Menjadi pecacai mengurus dan menjagai MTD, menadi PACA menentukan calun-calun DN dan DP menang. Dan bila menang MP dan ADN payah berjumpa dengan rakyat kerana mereka mempunyai peranan dan kerja UTAMA untuk ambil alih dan mengisi kepimpinan negara. Tugas ini penting dan lebih mulia dari menadi MP biasa dan WR biasa.

Kepimpinan perdana bertegang semua urat dan rengkong mempertahankan kebenaran hak kewibawaan masing-masing. Mereka tidak segan silu malu kepada petugas-petugas parti yang
bertungkus lumus melaksanakan tugas yang membolehkan mereka berada di Parlimen maupun di Dewan Undangan Negeri. Ramai dikalangan mereka telah pasang gaya, pasang lagak style pakaian. Bahasa mudah bertegur sapa dengan ahli bawah dan penyokong mula renggang, payah dan pertemuan mesti temujani cuma wakil mampu ditemui.

Ahli bawah takut nak tegoq depa tengok saja, nak tegoq macam mana depa TG ahli baca Fatehan lintang pukang. Nak tegoq macammana depa Ir, Peguam tersohor, Dr Pakar Dr Falsafah dan pelbagai profesional lain. Sedangkan ahli ramai-ramai rata-ratanya sekadar pandai guna HP, buta iT dan buta blog dan buta info yang canggih seperti cengkeh. Ahli tidak ada akai minda membina untuk diajak pakat berbicara. Ahli dan penyokong penting dan perlu ketika menjelang dimusim pilihanraya sebagai terompah. Sogok rokok sebatang cukup, topak DG RM30 sudah, sekali jamu kepala ikan sudah berbaloi dan 4 - 5 kita jumpa lagi.

Samada pemimpin perdana menafi atau mengiakan rakyat sedang menyaksi dan melihat telatah pemimpin mereka. Dikalangan semua pehak bersungguh-sungguh berpeluh hingga mengabaikan kawasan masing-masing. Mereka lupa stesyen masing-masing, mereka pacu dan tunggang kenderaan 5,000CC untuk menawan Parlimen menyeberang ke Putraaya. Kadang-kadang mereka lupa pada qadza dan qadar 'Allah, berdoa dan bertawakkal. Saya amat jengkil menyaksikan gejala ini, kenapa?

Saturday, September 27, 2008

MENGIRINGI 1 SYAWAL 1429

MENANTI SYAWAL

Umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal 1429 pada Rabu ini Inshaallah. Ramadan akan pergi dan kalau umur dilanjutkan 'Allah tahun hadapan Ramadan 1430 bertemu lagi. Ramai dikalangan rakyat dan warganegara Malaysia maupun diluar dari ruang lingkup ini juadah santapan adalah tertumpu dan berligar dalam membincang membicarakan masalah politik negara dan menanganinya. Dikalangan kabilah dan penganut UMNO diseluruh negara telah pecah dan belah kepada beberapa kelumpuk kabilah secara terang sebulan purnama dan ada yang secara menyusut dan bersembunyi sokongan. Keputusan paraid peralihan kuasa diantara Presiden UMNO dengan Timbalan Presiden ditentang diperingkat bahagian dan akarumbi dicawangan-cawangan.

Sebelum ini Ahli MK membisu dan mengangguk terhadap kataputus Presiden dan Timbalan Presiden, kini mereka telah bersuara dan menunjukkan sikap dan hak bersuara. Naib Presiden sendiri TS MY gagah perkasa menyanggah dan pinta Presiden turun segera dan digantikan dengan Bahagian menentukan pegantinya. UMNO yang retak menunggu belah, dan belah menuju hancur berkecai, terkini dibahagi dan diregukan kepada beberapa belah kabilah. Kabilah DS Abdullah Badawi bersama TS Anwar Musa, TS Muhd Taib, Datuk Abdul Rashid (Timbalan KP UMNO PP) dan sewaktu dengannya, semua mereka adalah mantan penguasa negeri. Tidak berkuku dan taring sementelah jari juga telah kudong. Pusingan ini bersekali dengan Presiden UMNO DS Abdullah Badawi yang tidak punyai paksi negeri kelebihan dan kemenangan adalah berpehak kepada kabilah DS Najib Tun Razak, disudut menangani menjuarai mula dan penyudah persidangan UMNO sekarang.

DS NTR yang mempunyai tapak dan pengkalan negeri iaitu Pahang yang masih diperentah oleh UMNO, kalau ia berpadu tenaga dengan Naib Presiden TS MY yang masih mempunyai negeri seperti DS NTR iaitu negeri Johor. Maka nyatalah sifir mudah dan congak mudah kemenangan Presiden dan Timbalan Presiden dapatlah difaridkan diantara merka berdua memutuskan jawatan diidam untuk dipertandingkan. Nyatalah Presiden dan kabilahnya khusus Khairi menantu pakmentua akan berputih mata dan berputih tulang sebaik gelanggang dibuka paluan gong dan gendang dipalu menghadapi regu Silat lincah yang Khalifannya bergandingan antara Najib dan Mohiyaddin Yassin. Dua kabilah ini pasti sekiranya seluruh perwakilan UMNO bahagian yang bersidang tidak diugut, dihalang dan pelbagai mehnah dan kerenah dihadapkan kepada mereka akar umbi ini, barang pasti untuk kali terakhir dan penamat Kuli mampu menjadi diantara salah saorang calun Presiden UMNO untuk berdepan dengan DS Najib, ketika ini Pak Lah sudah terkeluar dan terlucut sebagai salah saorang calun presiden.

Wajarlah Kuli untuk sekian kali ini jadikan YB Shafie Apdal sebagai regunya untuk calun Timbalan Presiden. sekiraya tuah menyebelahi mereka cemerlang dan gemilang, maka dapatlah YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menjadi PM Malaysia Ke6 dan mencipta sejarah dan melakar sejarah negara yang Timbalan Perdana Menteri datangnya dari Malaysia Timur yakni Sabah. Ahli UMNO dan luar dari UMNO amat berharap dan berdoa semuga Kuli dan DS NTR mampu mendapat atau melepasi kota 30% pencalunan. Dalam pusingan ini juga nama DS AAB telah tersiseh keluar dari dalam senarai calun. ramai dikalangan teman-teman UMNO meminta pendapat dari saya dan ramai diantara mereka tidak menyanggah pandangan dan hemat yang diketengahkan sekadar bahan perbincangan dan maklumat bersama. Walau apa-apa pun politik Malaysia masakini ianya bukanlah bersifat simpul mati. Ianya masih punyai peluang dan kesempatan keemasan berubah, berputar melawan pusingan jam dengan menafikan semua pandangan diatas. Apakah itu?

PERALIHAN KUASA TERHALANG

UMNO-BN boleeeeeh!!! Takdirlah sekiranya UMNO itu bukan komponan BN dan ianya dari parti pembangkang sudah pasti pengharaman kali kedua telah disempurnakan oleh Pendaftar Pertubuhan disebabkan ianya telah melanggari dan merempuh undang-undang dan syarat yang diwajibkan keatas parti politik kerana menafikan mesyurat agung sekian lama. Saya pasti tentang kenyataan ini. Tetapi pelindungnya adalah Pendaftar Pertubuhan yang jua komponan BN dibawah jagaan selia Menteri Dalam Negeri (anak singa UMNO - Almarhom TS Syed Jaafar Albar), ini adalah kenyataan. Top pimpinan UMNO akan berak kencing diatas UMNO menjadi bahan mangsa pelahap mereka, demi tempat bergayut terakhir denyut nadi politik mereka. Biarkan UMNO hancur jangan pimpinan top hancur. Rakyat dan negara lintangpukang diterokai oleh Pinpinan UMNO sekarang. Ekonomi merudum dan inflasi sampai tahap 8% kejayaan cemerlang dicapai oleh kerajaan BN-UMNO terkini, menghantui rakyat dan negara.

Dengarlah wahai sekelian warganegara, negara bangsa Malaysia!!!!!!!
Bangunlah, sedarlah dari ulik mimpi yang melampaui 50 tahun oleh UMNO-BN ini, gunakanlah akal dan iman yang tuhan allah anugerahkan kepada anda semua dan minda yang merdeka, jawablah soalan cepumas ini, "ADAKAH PIMPINAN UMNO SEKARANG BERJUANG UNTUK RAKYAT DAN NEGARA ATAU BERJUANG UNTUK MENYELAMATKAN PERUT DAN KRONI MEREKA?".

Saya mewakili isteri dan anak-anak tercinta merayu dan berharap semuga vacium lompong kerajaan sekarang yang terdedah ini, wajib dan wajar seluruh rakyat yang menentang dan membantah ISA, OSA, SPR, penyamun tarbus lintah darat dan lanun darat menfarid harta rakyat dan negara: bangun berganding berderap bersama-sama memberi sokongan padu kepada kepimpinan PAKATAN RAKYAT untuk menganti kerajaan BN-UMNO dengan penuh kehormatan dan kepercayaan dari rakyat dan mendapat sokongan dari DYMM SPB YDA dan seluruh jentera kerajaan hendaklah beretika dan profesional. mudah-mudahhan menjelang sebelum 9 Oktober menjadi kenyataan Inshaallah.