Saturday, June 27, 2009

TERUKIR DAN TERUNGKAILAH IDEA KERAJAAN PERPADUAN

9.30mlm – 23 Jun 2009 Selasa – 29 Jamadil Akhir 1430

TERUKIR DAN TERUNGKAILAH IDEA KERAJAAN PERPADUAN
SEJARAH MEREKODKAN


Petikan dari Harakah Daily (maafkan diatas petikan-pasted terima kaseh) yang dilaporkan Saudara Wan Nordin Wan Yaacob & Foto Wan Zahari Wan Salleh Isnin - 22 Jun 2009 / 28 Jamadil Akhir 1430 Hijrah 3:02:54 pm dengan tajuk :- Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

Majlis Presiden Pakatan Rakyat menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.
Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.
Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan. "Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya. Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.
Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno. Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan. Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann
Semua baris kalimat diatas, serta gambar dirakamkan, ianya menerangkan sebagai pelengkap kepada lipatan sejarah. Sebaik peristiwa diatas berlaku untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Justeru, telah terungkailah isu “idea Kerajaan Perpaduan” dan ianya menjadi satu sejarah dalam PAS berupaya mengelak dari berlaku perpecahan PAS berulangan beberapakali sebagaimana sejarah mencatatkannya. Sesunggohnya sifat lapang dada dan kewarasan dan bijaksana pemimpin dari PAS dan pemimpin PR dari PKR dan DAP menagani dan bertindak selari, seiring dengan permintaan kental dan tuntas ahli-ahli dari PR dari PAS, PKR dan DAP serta penyokong-penyokong dan kelab penyokong dengan tidak menongkah dan canggah arus memontem ledakkan sokongan rakyat berbagai keturunan kepada PR. Khususnya menyinsing berganding membahu untuk menghadapi PRU 13 kurang dari tiga tahun dari sekarang. Setelah mereka memperkasa PR dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu diikuti dengan menerus melebarkan memontem kemenangan besar di PRK 3 Kapar dan 2 Kadun dan Inshaallah akan diikuti mengiringi kemenangan berikutnya di PRK N. 41 Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti. Barangkali di Manik Urai akan terurai dan terbutai perut pedai UM No yang telah kehilangan semua kekuatannya dikeranakan rasuah dalam semua perkara.

Mereka akan pekak dan bisu untuk menghuraikan rasuah dan salahguna kuasa mereka selama lampau 50 tahun. Termasuk dah sebulan rasuah dicambahkan oleh Menteri dan pemimpin UM No dengan cara yang cemar. Lanie pelek dan benar Dato’ Pa dah taut au pakai seluar, coat dan tai. Tok Pa dan pemimpin UM No serba bertukar wajah ini, sentiasa tasbeh ditangan, kain pelikat baju gumbea Melayu dan kepiah putih, tuma tak lilit semutar. Tidak langkah kedepan naik kemimbar berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat. PAS mesti beri peluang pada Tok Pa menjadi khatib dan imam Jumaat dalam Jumaat maseh ada dan biarkanlah makmunya adalah Tok Guru MB Kelantan, sama-sama pengundi nak dengar.

Usahlah janji bulan dan matahari, unta dan eClass UM No kepada pengundi di Manik Urai, kerana bulan dijanjikan itu pengundi dan rakyat Manik Urai tau benar itulah lambing PAS dan lambing itulah akan mereka pangkah pada hari mengundi 14 Juali nanti. Nak jadikan Mabik Urai anak angkat Malaysia. anak tut, anak jati Sabah dan Serawak selama 45 tahun UM No-BN abaikan lebeh dari anak luar nikah melayannya. Cuma layanan kembali ke Sabah sebaik menyedari PRU12 yang lepas, rupa-rupanya rakyat Sabah dan Serawak salah pandang dan salah anggap, sengotinya merekalah anak benar yang membuat simpanan tetap kepada pak tiri di Putrajaya. Ini adalah reality.

Kehadiran TPM TS Mihiyaddin Yassin dan menteri UM No dan semua menteri BN adalah bergerak menjalar bersendikan rasuah. Rasuah perjalanan, rasuah projek dan macam-macam lagi janji rasuah kepada pengundi dan rakyat Manik Urai. Dalam mereka duduk bergelomang rasuah itulah mereka bercakap pembangunan dan kemajuan diumumkan. Ketika mengharapkan Kerajaan Perpaduan yangtelah dijadikan propaganda murah pemimpin UM NO untuk didagangkan di PRK DUN Manik Urai. Ketika kuatnya dengong PM canang dan tibai gong dan gong “Satu Malaysia …… ” dalam UM No sendiri terus bercakaran di beberapa negeri. Hatta komponan pengasas Perikatan dan BN sedang membuat pungutan dari ahli dan penyokongnya untuk keluar dari BN seperti MCA danGerakan. IPF parti ahli sekutu BN pecahan MIC pimpinan mendiang TS Pandithian sedang berbelah macam PPP. Inikah hakikat satunya BN, satunya UM No?

Satulah dulu UM No, satukanlah komponan parti dalam BN, satukan UM No di perengkat negeri-negeri, maka layak dan berhaklah PM dan TPM bercakap Satu Malaysia selepasa rumah dan tangga kita tidak kucar kacir, macam pancing udang tahi diatas kepala. Samalah penjual ubat koridor5 menjual ubat panau dan korap, sedangkan badannya bukan panau dan korap, badang dan puru memenuhi badannya. Itulah UM No yang bertorit dengan menggunakan media rakyat dan media Negara memperag sakan retorit dalam hakikat sebenarnya untuk mengubat dalaman di hadapi UM No MCA, MIC dan BN itu sendiri, secara jarakjauh dan jarak dekat, kerana berhadapan dan berdepanan tidak akan wujud kesapaduan suarahati nurani rakyat dalam BN.

Dengan penolakkan resmi program dan idea Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh YB DS Anwar Ibrahim membaca kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, "Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya. Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.
Sebelum dari itu Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.
Pendukong-pendukong Pakatan Rakyat, Pendukong Refomarsi, ahli-ahli PAS dan Pimpinannya hatta Kelab Penyokong PAS, Ahli-ahli PKR dan Pimpinannya serta Ahli-ahli DAP dan Pimpinannya, mengurut dada yang kencang berombak beralon hampir sebulan, akhirnya ombak dan alon didada menjadi reda, tenang sebagaimana penegasan kata sepakat PAS menolak perbincangan dengan UM No, PAS atas nama PR menolak kelongkang idea KERAJAAN PERPADUAN, Alhamdulillah. Terima kaseh YB DS TG Haji Abdul Hadi Haji Awang dan semua pemimpin PR yang terlibat dalam meja bundar merungkai sebak sesak dada yang kencang melanda selama ini.

Sahlah terserlah PAS memiliki dua batang tuboh pemimpin Tok Guru, sebenar-benar Tok Guru iaitu Presiden PAS TG DS Haji Abdul Hadi Haji Awang dan Mursidul Am PAS YAB Dato’ Tok Guru Nik Aziz Nik Mat merangkap MB Kelantan dan PSJ PAS Kelantan. Kedua-dua Tok Guru ini mempunyai jiwa yang besar, pemimpin ummah dan umat tulin untuk Negara kita khusus dan khasnya sebagai asset utama symbol kekuatan dan symbol perpaduan PR khususnya dikalangan PAS sendiri. Dalam-dalam keadaan inilah ada baiknya pemimpin besar tersohor konsistan DAP dahulu iaitu Yang Berbahagia Dr Chan Man Hin PR mengambil dan menggali pengetahuan dan pengalamanya untuk dilengkapkan dalam pelengkap PR dalam perjalanan mengisi perjuangan, sekarang dan seterusnya kerana ia maseh sehat berada dengan kita sekarang.

Berakhirnya episode “idea Kerajaan Perpaduan”, adakah ianya telah terhenti setakat itu? Berpuas hatikah semua pimpinan PR menangani desak pemberontakkan ahli dan penyokong? (saya akan lanjutkan rencana ini dalam tajuk berikut: MEMANTAP, MEMPERKASA, MENGANGKAT SEPADUKAN PR DALAM KESATUAN, POHON MENCADANGKAN).

Ketika mana keputusan sebulat suara yang dicapai oleh semua pucuk pimpinan PR oleh Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen pada 22 Jun 2009 bersamaan 28 Jamadil Akhir 1430 Hijrah, ketika siding Parlimen berehat. Dan ketika masa yang sama PM, TPM dan Menteri Kanan dan Menteri Kiri serta Timbalan Menteri, Ketua-ketua Jabatan dan sekelian AP PR dan AP BN bersama-sama pemerhati mendengar keputusan menolak perbincangan dengan UM No sehubungan dengan “idea Kerajaan Perpaduan” melalui siding media, maka macam tidak percaya PM, TPM yang baru tadi semalamnya memuji memuja melangit Presiden PAS, iklas jujur bersabit tawaran dan sebagainya dan lpakanlah kesah trajedi lama kerana itu dulu pemimpin UM No, pemimpin UM No lanie yang baru dengan azam baru sesuci debu dapor dicelah tungku.

Tanpa apa-apa syarat segera PAS berbincang dengan UM No. Langkah-langkah pujian beracun, menyambut semawa beranjau, berlapek muslihat burok, lain yang diutarakan oleh TG DS Haji Abdul Hadi Presiden PAS diterima mereka (UM No). Cuma sejengkal berkaitan Kerajaan Perpaduan tetapi laju dan lajak sejemba berlarinya hambatan berita disajikan PM dan TPM umpama UM No menghidang susu beracun kepada PAS. Dicanang seluroh dunia oleh media perdana UM No khususnya menyalahguna media Negara dan rakyat untuk kepentingan UM No menghadapi lawannya. Peranan alu-aluan, sanjongan pujian PM, TPM dan media perdana UM No dan media rakyat dan Negara yang rela menjadi ulat kepada UM No menyakini kali ini isu “idea Kerajaan Perpaduan” PAS akan masuk jerat dan kerat PAS macam mengerat besi karat menjadi merempat.

Sangkaan dan pembacaan UM No kepada PAS tersasar, meleset dan terkial-kial dengan hampa kerana untung laba diharpakkan, berita malang mengundang menafikan geraksaraf, perangsaraf tidak menjadi dan graf mereka menjunam macam menjunamnya pesawat terbang Perancis dalam lautan yang kotak hitam hampir sebulan belun dikesan. Kenapa? Apabila pengumuman YB DS Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat dengan PAS dan PR meledakkan mengulangi ledak C4 yang memeranjatkan PM, TPM dan beberapa pehak khusus apabila PAS dan PR menolak Kerajaan Perpaduan dan sebarang perbincangan dengan UM No. Keputusan tersebut UM No terduduk, terkangkang melentang menerima berita malang dari sidang Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Mereka mencari jawapan, mereka pasti mencipta helah dan mentelah untuk UM No menghadapi PRK N. 41 Manik Urai yang akan menghadapi penamaan calun pada 6 Julai dan pengundian pada 14 Julai ini.

Lihat dan tengoklah bagaimana UM No-BN mendatangkan masalah di Manik Urai menafikan tanpa penyertaan UM No-BN dalam PRK Penanti baru-baru ini, disahkan ianya PRK paling aman dan damai direkodkan oleh SPR dan mendapat pengesahan dari OCPD Bukit Mertajam. Adakah UM No-BN lah penyebab dan musabab setiap PRK UM No menyertai, merekalah dalang dan tulang belakang dengan proksi mereka dihadapan iaitu PDRM dan FRU, SPR dll provokasi keadaan menakutkan pengundi untuk UM No memungut keuntongannya. Pengundi Manik Urai mengerti tentang ini. Inshaallah.

Rencana disiapkan oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

11.40mlm - 23 Jun 2009 Selasa – 29 Jamadil Akhir 1430

Monday, June 22, 2009

JANGAN BIARKAN BULAN PURNAMA GERHANA LANTARAN IDEA ‘KERAJAAN PERPADUAN’

.31ptg – Ahad : 21 Jun 2009-06-21 / 27 Jamadil Akhir 1430

JANGAN BIARKAN BULAN PURNAMA GERHANA
LANTARAN IDEA ‘KERAJAAN PERPADUAN’


Sejarah atau tawarikh ianya merupakan guru kepada kita. Mengajar kita dalam mengambil perhatian serta iktibar, untuk kita membuat penilaian keatas sesuatu isu dan suasana. Kehidupan dan perjuangan adalah putaran sejarah yang akan bertukar ganti melalui pelakon kepada pelakon lain disetiap zaman sampai dunia ini kiamat. Disana sesunggohnya khibrah-pengalaman adalah penting untuk kita menimang sesuatu isu itu, baik atau burok dikemukakan untuk percubaan pelaksanaan. Sekalipun dluar musim dan diluar masa penerimaan. Didalam al Quraan itu sendiri penuh dan sarat dengan peristiwa-peristiwa sejarah lampau dan lampau. Diimbaukan kembali oleh Allah untuk manusia mengetahui dan menjadikan sempadan hidup dan kehidupan.

Lanjutan perbincangan saya terawal berkaitan kemelut idea “Kerajaan Perpaduan” yang telah dicampakkan dalam sidang media setamat penutupan resmi Muktamar PAS Ke 55 baru-baru ini oleh Presiden PAS Yb TG DS Haji Abdul Hadi. Dimana isu atau idea “Kerajaan Perpaduan” tersebut berakhir dan tertutupnya peluang kepada perwakilan untuk respon diatas muntah Presiden akan idea “Kerajaan Perpaduan”. Ianya terus berlarutan diperkatakan dikalangan pemimpin-pemimpin PAS tersendiri yang tidak faham dan keliru dengan idea cadangan TS TG Presiden. Cuma yang arif alim mentafsirkan idea Kerajaan Perpaduan tersebut adalah Timbalan Presiden YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agong Dato’ Mustapha Ali dan beberapa individu yang lain.

Malangnya pertembongan dikalangan blogger. Lebeh buruk lagi blogger sanggup dan terdaya memaki hamun dan sumpah seranah kepada kedua-dua Tok Guru pimpinan utama PAS DS TG Haji Abdul Hadi dan Tok Guru Dato’ Nik Aziz. Saya terlalu sedih, keciwa hati dan pilu dengan idea tersebut. Pemimpin dikalangan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP serta ahli-ahli PAS dan penyokong PR dan Kelab Penyokong PAS kebingongan menerima campak idea Presiden PAS itu. Kenapa sampai begitu bersunggohnya Presiden PAS campak idea itu dan tidak mengemukakan atau mengetengahkan idea itu? Sesuai dengan kalimat campak saya beranggapan ianya kalimat kasar dan cenge. Maka lanjutan kalimat campak itulah saya kembali menyebut dengan respon muntah adalah bersesuaian mengiringi perkataan campak.

Oleh kerana Presiden sendiri telah memperakui ahli-ahli PAS dan rakyat tidak faham untuk menerima campakkan idea Kerajaan Perpaduan tersebut, tetapi satu masa nanti rakyat mesti akan menerimanya. Disini titek bengek pertentangan; kalau dah tau macam tu penolakkan ahli dan rakyat, campak buat apa? Kalau tidak ada agenda dalam muktamar, tengoklah apa dah jadi!!!!!!!!!!!!!!!! Apa dah jadi!!!!!!!!! Apa dah jadiiiiiiiiiiiii Tok Guru Nik Aziz makan hati, rakyat dan ahli berbelah bagi.

Bukan sahaja ahli-ahli PAS dan ahli dalam PR tidak dapat faham dan menyelami falsafah idea Kerajaan Perpaduan. Tetapi sejumlah besar pimpinan kanan PAS dan AJK PAS sendiri tidak faham keatas idea tersebut. Kalau penentangan datangnya dari pengikut cokia kaki5 seperti saya yang Fatehahnya lintang pukang secara solo pasti ianya sekadar gatai gigitan seekor kerengga sahaja penangan campak muntah tersebut. Tetapi ianya adalah istiqamah tuntas dari Mursidul Am PAS YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz yang anak murid dan pengikut setianya merata menyeluroh negara, marahnya kepada Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, bersunggoh serius nak bersama-sama UM No kedalam kawah BN menjayakan poisi pribadi Kerajaan Perpaduan, ianya amat merbahaya. Itu katatuju Tok guru kepada Timbalan Presiden.

Itulah hasil yang cemerlang, gemilang dan tumbang terlentang, menjurus kepada porak peranda pertama dan utama yang dituai oleh PAS keatas laba idea Kerajaan Perpaduan. Kini virus Kerajaan Perpaduan sedang melanda PAS sebaik Presiden Pas campakkan idea Kerajaan Perpaduan tersebut. UM No sekarang sedang menghitong dan memungut laba dan keuntongan buta hasil dagang campak Presiden, itulah realitinya dalam hemat saya.












Saya muatkan paste dari Kedah lanie seperti berikut untuk info dan pengulasan positif dalam menenangkan suasana.













ADMIN - KEDAHLANIE TIME - 4:33 PM
NIK AZIZ - Dah Suka sangat nak buat PERPADUAN dgn UMNO pie masuk UMNO...
Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan. "Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.
"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno." Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas. "Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008. Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka. "Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Ketika PAS berpecah dalam tahun 1982, saya dan teman-teman ketika itu menyaksikan perpecahan PAS dan ianya mengambil masa yang lama dan panjang untuk puleh keadaannya. Pasti ketika itu Naib Presiden PAS sekarang YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa belum berada dalam saf pimpinan PAS di mana-mana negeri mau pun PAS Pusat. Tetapi kami ahli dan penyokong cokia inilah yang mempertahankan Ustaz Nik Aziz menghadapi Yang Dipertua Agong PAS dan pemimpin-pemimpin kanan PAS ketika itu.
Benarlah pendirian Tok Guru cekalnya Tok Guru Nik Aziz pasti mengenali UM No dengan keris bogelnya dan dacing sekarang. Tetapi Tok Guru Nik Aziz maseh mengingati awalnya kapal layar. Bagi pemimpin atau ahli yang masok dan menerima PAS tatkala PAS mendapat tempat, mendapat sanjongan, dan PAS mempunyai sokongan menang dalam PRU dan PRK dimana-mana tempat dan negeri tidak semasa awal dan diawal tahun 70han dan awal 80han. YB Timbalan Presiden kena ingat, banyak air mata, banyak peluh yang memercek, dan banyak wang ringit kami penyokong marhaen kaki5 ini menjana seuanya untuk PAS dan mempertahankan Tok Guru Nik Aziz.

Masoklah anda ke dalam PAS dan pimpinlah kami didalam PAS. Tetapi nak bawak PAS masok lubang bewak kali ke 2, kami tak sudi dan kami tak sea, minta maaflah Ustaz Nasaruddin. Sebutlah apa-apa pun, kematian Samad Gol maseh merah darah mengalir du Ulu Pasar Kota bharu itu kami ingat dan saksikan. Pembunohan di Memali kami tak dapat lupa, kerana kami saksikan semua itu. Sedangkan Ustaz Nasaruddin mungkin ketika itu maseh pelajar atau pegawai kerajaan. Jadi percayalah Tok Guru tidak membenci kerana anta bernama Nasaruddin. Benci marahnya kerana ia adalah Timbalan Presiden PAS juga AP Bachok yang Tok Guru memberi ruang dan peluang yang meluas tempat kepadanya yang selamat untuk ke Parlimen.

Orang Kelantan tidak pernah mengungkit kerusi yang diserahkan kepada orang luar Kelantan untuk mewakili mereka. Tetapi ianya telah diungkit orang No 1 yang memegang tampok kerajaan dan tampok parti memerentah di Kelantan menyeru agar Timbalan Presiden Pas pulangkan kembali Parlimen Bachok, YB mesti faham kemarahan ini. Janganlah kembali keras keng, jadikanlah YB dikalangan pemimpin yang berjiwa besar, pantaslah menemui Tok Guru dan gugurlah sahaja idea Kerajaan Perpaduan. Pasti tindakkan idea Kerajaan Perpaduan itulah puncanya marah Tok Guru Bukan Ustaz Nasaruddin saorang sahaja diberi tempat di Bachok Kelantan. Sejak dulu lagi mereka-mereka mendapat tempat di Kelantan dan nama mereka mewangi di Kelantan.

Nama-nama besar mungkin Ustaz Nasaruddin lupa, iaitu Almarhom Haji Ahmad Prai (AP), almarhom Ustaz Abu Bakat Hamzah (AP – Hatta meninggalnya itulah Tokoh Pertama Tok Guru dan Kerajaan Negeri memberi penghormatan pengkebumian negeri), Almarhom Ustaz Amaluddin Darus (ADN-Senator), Almarhom Ustaz Othman Abdullah (AP), Haji Mat Sabu, Salahuddin Ayoub dan Exco KNK sekarang Dato’ Takayuddin Hassan dan beberapa ramai lagi. Kini yang hidup Cuma 3 sahaja iaitu Mat Sabu, Salahuddin Ayoub dan Dato’ Takayuddin. Ustaz Nasaruddin pi tanya sendiri kepada ke3 pemimpin ini, burokkah Tok Guru Nik Aziz? Bencikah tok Guru kerana kita bukan anak Kelantan?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-


“Islam bermula dengan dagang dan akan kembali sebagai dagang seperti ianya bermula, maka berbahagialah orang-orang yang dagang; iaitu orang-orang yang bekerja dan berjuang untuk membawa Islam kembali memimin, memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh manusia samada dari segi pemikiran, sikap dan tindakan”.

Firman Allah dalam Surah Al-Taubah: 42 yang bermaksud:-

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi, dan perjalanan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi temapt yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka”.

Marah Tok Guru kepada sesiapa sahaja yang cuba membawa PAS kali ke2 ke dalam UM No bersama UM No seperti masok kelubang bewak kali ke 2X, kerana semua peristiwa duka telah dilalu oleh Tok Guru Nik Aziz dan teman-teman diawal 1960han, 70han dan 80han higga kini kerana aku sendiri turut berada ketika itu juga merasainya. Saya megajak anak-anak muda yang berada dalam Pas sekarang atau yang senior umor dan zon pencen menyertai PAS, anda semua wajar membuat penilaian dan koreksi kenapa kita berada dlam PAS tidak UM No? PAS telah menyertai semua PRU yang dianjurkan oleh SPR. PAS telah menempoh dan menyertai semua PRU didalam keadaan 2 zaman didalam 2 peranan besar. Zaman sebelum merdeka sekali (1955) dan zaman selepas merdeka. Peranan sebagai parti Pembangkang dan peranan menjadi Pemerentah. Menjadi Pemerentah negara sekali dalam tahun 1974.

Hasil daripada PRU yang diadakan oleh SPR pada 10 Mei 1969 rakyat dan pengundi telah memberi kekuatan yang diluar bacaan dan dugaan UM No lawan kepada PAS. PAS telah rakyat nobatkan dengan menambahkan kemenangan untuk DUN di beberapa negeri dan menambah kerusi di Dewan Rakyat – Parlimen. Hatta menambah dapat undi popular perengakt negeri-negeri dan negara. Kegagalan dan kekalahan UM No/Perikatan di Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta hampir tumpas dibeberapa negeri, maka negara kita mengalami malapetaka panggongbaru pada 13 Mei 1969. Ini adalah titek hitam untuk negara selepas 13 tahun mencapai kemerdekaan. Dalam situasi tersebut dimana setiap rakyat negara mestilah bertanggongjawab dan memikul untuk kebaikkan negara.

Maka dharurat diistiharkan, perlembagaan negara digantung. Negara diperentah oleh Majlis Gerakkan Negara (Mageran). Demokrasi berparlimen di gantong, semua peranan dan aktiviti parti-parti politik dibeku digantongkan. Selepas tidak lama dharurat ditarek balik dan demokerasi dipulhkan. Maka wujudlan usaha-usaha kearah perdamaianparti-parti politik untuk memelihara suasana dan keadaan. Atas senada keamanan dan ancaman keselamatan. Lepas itu lahirlah Kerajaan Champoran diantara PAS dengan Perikatan cap Kapal Layar diawal tahun 1973. Yang mana kemudianya menjelang PRU 1974 terbentuklah Barisan Nasional, dan PAS juga ikut serta membentuk BN dan menyertai PRU atas nama BN tidak atas nama PAS.

Inilah titik tolak peristiwa yang Tok Guru Nik Aziz tidak lupa kepada UM No. Setelah UM No merasai mereka kuat dalam pengamatan politik mereka. Ketika mana PAS berada dalam BN ahli-ahli PAS diperengkat Kawasan, Cawangan lesu dan kaku, yang nampak hidup adalah kerajaan dan Ahli PAS yang mendukungi kerajaan dalam semua sektor. Ketika itu ABIM mengambil tempat PAS tempat anak muda berjuang kehadapan dan radikal. Maka sekali ia UM No tetaplah UM No selama-lamanya, bila mereka merasa mereka kuat, gagah dan kukoh mendapat sokongan mencengkam kerajaan dan rakyat. Maka diatas semangat sombong dan megah dengan penuh tipudaya, UM No telah tendang dan terajang PAS keluar dari BN pada 17 ‘Disember 1977. Tarikh ini aku sentiasa pahat dan tok Guru bersama-ku mengingati tarikh khianat dan jahat UM No kepada PAS.

Itulah rupa wajah sebenar UM No yang kini menjadi idaman dan kegilaan Priseden Pas, Timbalan Presiden PAS, Setiausaha Agong dan beberapa individu lagi lunak dan nak bawa kali ke2 lubang bewak UM No. Sampai tujuan dan hajat untuk berdakwah, kita masokkan ahli dan pemimpin Pas lain kedalam kawah gulai batang pisang, wajarkah dibenarkah oleh ahli-ahli? Itu mungkin kecil kudis ditanggong Tok Guru Nik Aziz. Mari kita tengok vaksin H1N1 yang telah dirasai sendiri Tok guru di Kelantan Khusus. Disinilah UM No pusat melihat kekuatan UM No Kelantan dengan belit putar dan manipulasi UM No kembali kuat di Kelantan.

Beberapa pehak dikalangan UM No tetapi memakai baju bukan milek UM No telah merancang mengwujudkan keadaan tidak tneteram dan huruhara yang UM No buat menjadi harubiru. Maka Parlimen meluluskan Akta Dharurat di Kelantan yang mencekam memperkukohkan UM No selama 96 hari. Akhirnya DUN Kelantan dibubarkan dan SPR mengadakan Pilihanraya pada 11 Mac 1978 melalui kempen tanpa dibenarkan PAS mengadakan sebarang RAPAT UMUM untuk menerang menemui rakyat selama 2 minggu tempoh berkempen. Aneh bin ajaib keadaan UM No/SPR mengadakan Pilihanraya Negeri Kelantan ketika itu. Perud pedal UM No yang nak disembunyikan pasti tidak dapat ditutup samalah seperti kes Altantuya Shaaribu yang berkecai kena peledak C4 dan cerita kapai selam tu.

Dharurat di Kelantan diadakan kerana keselamatan dan kenteteraman awam tidak terjamin. Selepas 96 hari dharurat ditarek dicabut kembali kerana Kelantan telah kembali aman (Dibuat oleh HASHIM AMAN) yang KESELAMATANNYA KEMBALI TERJAMIN DAN NORMAL UNTUK DAPAT ADAKAN PILIHANRAYA. Sebaik dalam pema dan edah mengadakan pilhanraya Kelantan diadakan oleh SPR. Arahan diluar normal dan tak masok akal, KEMPEN DAN RAPAT UMUM TIDAK DIBENAR DAN DIIZINKAN KERANA ALASANYA ADALAH KEADAAN KESELAMATAN DAN KEADAAN TIDAK TERJAMIN.




Akhirnya dalam UM No menjadi super maka UM No mengarahkan SPR mengadakan pilihanrayu mengejut khusus untuk seluroh negeri Kelantan pada 11 Mac 1978. Maka dalam pertarongan itu yang dalam tipu sebenar dan tipu dalam muslihat akhirnya PAS tumbng. Itu adalah diantara batu tanda penipuan UM No keatas rakyat Kelantan. Inilah namanya jawapan gila babi dan gila sngoti UM No sebenarnya. Semua ini telah menjadi lipatan sejarah. Sejarah tersebut melapor dan mengajar serta mengingat Tok Guru Nik Aziz kepada semua pemimpin dan ahli PAS jangan bawa dan jangan masok lubang bewak UM No kali Ke 2 dan dua kali. Berhati-hati sekali pun atas nama dakwah dan perpaduan Ketuanan Melayu.

Tok Guru Nik Aziz mewakafkan dirinya dalam Pas dan dalam PRU-PRU dengan harga yang mahal dengan memungut bayak khibrah yang dipergunakan Tok Guru sampai sekarang. Kalah menang, masam manis, saat getir dan lazatnya pengalaman yang membentukkan PAS menjadi parti politik dan sekaligus dakwah. Pimpinan tok guru menjanakan pengikutnya yang kaya dengan semangat juang, sampai menemui syahid dan saya fikirkan tidak terdapat parti politik seperti PAS mendidik dan membimbing ahli dan pengikutnya. PAS pernah kalah dan pernah menang dalam penyertaan PRU dan PRK. PAS, ahli dan pemimpinya pernah, telah dan terus diburu dan ditekan oleh UM No-BN sepanjang zaman pemerentahan mereka dalam negara kita.

Wahai anak-anak muda, wahai orang tua yang lupa, bagaimana wajah UM No sebenar yang diputarkan di Kelantan. Ya!!!! UM No-lah empuya nagkara diantara wataknya adalah “King Frog from Gold Send”. Setelah perancangan dimulai dengan demonterasi dan rusohan ciptaan. Maka ianya diikuti dengan Akta Dharurat yang dipaksakan keatas Kelantan oleh UM No diistiharkan oleh Dato’ Hussein On. Ketika itu aku bersama rakyat Kelantan berada didalam keadaan serbasalah serta terping-pinga. Semuanya mengerakkan Kelantan menerusi boneka UM No Kuala Lumpur iaitu Encik Hashim Aman. UM No atas nama dharurat itulah mereka simpai mati PAS dan mereka buka gelanggang baru UM No dengan penuh khianat kepada rakyat.

Dan apbila satu masa UM No hampir masuk lubang kubur dikafankan oleh pengundi dalam, ketika itulah UM No datang melutut memujuk dan merayu kepada Pemimpin PAS marilah kita bersatu atas nama untuk menyelamatkan Melayu. PAS adalah bertunjangkan kepada Akidah Islamiah, panduan kita tak pernah tergelincir dan tak pernah hilang haluan dan kita tak pernah menyimpang. Perjuangan kita terus merentas belantara dan kini kita menjalar dilebuhraya. Perjuangan kita terus pasang dan rakyat memberi sambutan yang memberangsangkan. Kelantan negeri subur dengan ramainya tok guru, ulamak dan pondok. Satu-satunya negeri dalam Malaya dan Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi kebencian dan buruan UM No sejak zaman Dato’ Oon Jaafar.

Mudah-mudahan Tok Guru dilindungi Allah dan terus memimpin, Inshaallah.
Disiapkan rencana ini: IBN ABDULLAH AL AWAB
Sambong siap 230ptg – Isnin : 22 Jun 2009-06-21 / 28 Jamadil Akhir 1430

KERAJAAN PERPADUAN: UMPAMA MARATHON KE GARIS PENAMAT, KAKI DI GODAM. UNDUR KEBELAKANG SEKALIPUN PADAH PESERTA MENENTANG.

2.25pagi - Jumaat 25 Jamadil Akhir 1430 / 19 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN:
UMPAMA MARATHON KE GARIS PENAMAT, KAKI DI GODAM.
UNDUR KEBELAKANG SEKALIPUN PADAH PESERTA MENENTANG.


Idea “Kerajaan Perpaduan” dilontar oleh Presiden PAS (MTB sesi 2009-2011) YB DS TG Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, sebaik tamat muktamar baru-baru ini disisi rostrum di hadapan sekelian perwakilan; cuma diapit dikanannya adalah Timbalan Presiden iaitu YB Ustaz Nasaruddin bin Mat Isa (AP - Bachok) dan dikanannya adalah YB Dato’ Haji Kamaruddin Jaafar (AP - Tumpat) mantan SU Agong. Ketika itu presiden tidak diapit diiringi oleh seluruh Naib-naib Presiden, Ketua-ketua Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat, khususnya Mursidul Am PAS serta timbalannya dan Ahli Jawatankuasa Kerja yang dipilih. Saya menyakini sebilangan besar saf pemimpin dan perwakilan tersentak dan terkejut, terkilan dan tidak senang dengan lontaran terancang presiden sebagai bekalan madu dan racun untuk perwakilan membawa olea-olea sarat idea “Kerajaan Perpaduan”. Pulang kenegeri dan kerumah masing-masing dengan telinga berdesing dan kepala pusing pening.

Benar, YB DS TG Haji Abdul Hadi Haji Awang Presiden PAS, yang baru saja dinobatkan MTB menjawat Presiden PAS. Negara dan dunia mengetahui keputusan tersebut menerusi lebuhraya jalorlebar. Apalagi Tok Guru yang kaya dengan ilmu dan kaya pengalaman lebuhraya internet. Kita perakui dan akor dengan realiti tersebut. Tetapi, langkah dan tidakkan sebelum TG Presiden campak keluar yang terbuku serta terpendam selama ini akan idea “Kerajaan Perpaduan”, pada hemat saya ianya lebih molek dan kondusif, lebih bertanggungjawab dan tertib jelujornya. Dengan cara kaedah berlapek memelihara suasana Muktamar Ke55. Wajarlan terawalnya terlebeh dahulu berbisek dengan kepimpinan kanan yang baru terpilih dan AJK baru. Bahawa dalam sidang media akan dilakukan Presiden sebaik tamat muktamar, akan disebut diangkat idea dan progrem “Kerajaan Perpaduan” kepada semua media dan perwakilan untuk pengetahuan, selepas agenda muktamar berakhir.

Sekiranya bisikkan Presiden kepada kepimpinan kanan akan ledakkan gagasan (Kerajaan Perpadun) yang disimpan Presiden telah mendidih peringkat temperature 200 darjah terpaksa juga dimuntahkan laharnya. Tetapi biarkanlah ianya dalam pengetahuan semua pimpinan kanan yang juga ramai MTB dan yang menang bertanding. Sekiranya mereka berSETUJU ledakkan idea “Kerajaan Perpaduan”, lontarkanlah dan seluruh pimpinan tersebut akan berdiri bergandingan tangan bertakbir tanda bersetuju dan memperakui melindungi ucapan dan ledak muntah Presiden dipertahan diperagakan. Bukan menjadikan saf pimpinan terpinga-pinga dan perwakilan kesal dengan seribu persepsi dan persoalan yang mencengkam minda dan perasaan. Duduk terpaku melihat hang aku yang dimalukan dihadapan perwakilan yang baru mengangkat mengundi kejawatan tertinggi parti.




Kalau tidak mendapat persetujuan dari pemimpin besar selain dari persetujuan Timbalan Presiden, usah kemuka dan muntahkan idea “Kerajaan Perpaduan” setelah muktamar berakhir; batal saja hajat dan usah campakkan idea tersebut. Demi keharmonian PAS dan keutuhan PR dan kerajaan PR dibeberapa negeri. Sebab semua agenda muktamar telah tamat dan selesai sebaik ucapan penangguhan Presiden. Campak dan muntah idea “Kerajaan Perpaduan” dikala perwakilan tidak berpeluang untuk menyatakan menghalang sanggah atau angguk setuju keatas ledakkan idea “Kerajaan Perpaduan”. Ianya merupakan diskriminasi, tidak adil dan tidak saksama kepada perwakilan dalam mendengar, memerhati lippok, liplap sidang media Presiden tersebut tanpa terdaya dan termampu kepada sekelian perwakilan muktamar untuk turut membahaskan; menagkis idea atau menambah sokong.

Secara pribadi saya kesal dengan campakkan idea “Kerajaan Perpaduan” sekali pun diatas kehendak dan konsep dakwah yang berlawan dengan ucapan Ustaz Hadi di Peradong dahulu yang diangkatkan menjadi AMANAT HAJI HADI. Diusahakan oleh sahabat lama saya (yang berniaga kaset di Tingkat 1 Bangunan PAS Kota Bharu, 1960 Jalan Dato’ Pati) USTAZ OMAR KHALID yang kena ISA dan menjadi UM No sebaik dilepaskan dari tahanan ISA. Berlindung mencari makan dengan TNB sebagai tenaga pengajar, mungkin masih di Universiti Tenaga Nasional di Bangi, Walalhualam. Pasti isi ceramah atau Amanat Haji Hadi itu berlaga dan bertembung besar dan bercanggah sakan dengan gagasan idea “Kerajaan Perpaduan” diperkatakan oleh tokoh besar yang sama 30 tahun dahulu. Pandangan tuntas keatas UM No dahulu, meleset dengan idea terkini terhadap kesungguhan pada UM No, sampai tahap sudi dan rela menyaksikan PAS berkecai lantaran muntahan idea “Kerajaan Perpaduan” Presiden PAS.

Tetapi, muntahan campak idea “Kerajaan Perpaduan” Presiden PAS tersebut, ianya tidak tepat dan tidak bersesuaian dengan ketika dan masanya. Ketika mana UM No yang reput dan UM No yang sarat pemimpin-pemimpinnya bergelumang rasuah dan Timbalan Presiden UM No sendiri TS Mohiyaddin Yassin mengatakan UM No telah berada dipenghujung hayat. Dipenghujung hayat UM No yang disahkan oleh pemimpin utama UM No, dikala itu Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dan beberapa lagi telah berusaha sambung dan ulurkan talihayat dan taligayut. Berazam dan bercita-cita besar untuk kedalam gebar dan kelambu UM No berselimut bersama-sama. Mashaallah. Saya berlandaskan fakta hujah realiti ketika itu, sekiranya sekelian pimpinan kanan dan AJK baru mengiakan idea Presiden, PASTI-lah mereka akan bangun mengiringi dan mengelilingi TG Presiden, mengangkat tangan bertakbir dan berpelukkan sakan dengan Presiden, memberi sanjungan dan dokongan special dan mantapnya idea “Kerajaan Perpaduan” Presiden PAS tersebut.

Oleh kerana selepas selesai muktamar, penangan pengat menyengat idea “Kerajaan Perpaduan” dari Presiden YB DS TG Haji Abdul Hadi, persepsinya menjadi busuk dan kian berulat menanah, kalau dibiarkan tanpa vaksin menghadapi penularannya. Maka “Kerajaan Perpaduan” ini juga mecapai tahap 6 sama bahayanya wabak selesema babi Mexico H1N1 kalau silap-silap edar tidak ditangani dengan satu tindakkan tuntas terhadap PAS itu sendiri dan beberapa kerajaan PAKATAN RAKYAT dibeberapa negeri, tergugat dan tergigit. Ianya adalah angkara Presiden, Timbalan Presiden dan SU Agong yang baru menjananya. Sesungguhnya saya tidak mampu dan berupaya untuk melihat peristiwa perpecahan dalam PAS 1982 mengundang berulang. Maka sesuatu langkah wajar diambil demi disiramkan kembali dengan atar dan air zam-zam, kerana masa masih terluang, Inshaallah.

Ketika rencana ini saya terus menyiapkannya, idea “Kerajaan Perpaduan” ini ianya bukan untung serta laba yang diperolehi oleh PAS tetapi sedang menanggung kerugian, dengan modal-modal lingkup dan lesap kalau ianya bahan dagangan; usahlah diharapkan untungnya. Lanjutan idea tersebut kini ahli PAS dan PR seolah-olah semua media perdana laporkan PAS berada diatas bara api. PAS berjaya dibelah dijorong selepas resmi Presiden PAS ledakkan muntahan idea “Kerajaan Perpaduan” tersebut dihadapan Muktamar Ke55 PAS setelah resmi penutupan dilaksanakan. Kini dan lanie, musuh PAS dalam semua bentuk disemua peringkat, termasuklah musuh Pakatan Rakyat di semua bentuk dalam semua pemerhatian sedang merayakan bertepuk tangan, kerana misi tanpa senjata diluar pertemporan perperangan taktik teknik saraf telah memerangkap Presiden dan Timbalan Presiden PAS sendiri dan mereka menang mudah.

UM No-BN berjaya mewujudkan porakperanda, pertentangan dan pertelingkah kerana isu dalaman yang dimuntahkan Presiden sehubungan idea “Kerajaan Perpaduan”. Barangkali, kini Presiden dan Timbalan Presiden bersekali SU Agong tidur nyenyak lenanya seraya turut bergembira dengan laba pribadi dikecapi mereka, walau suasana dalam PAS khasnya respon dari Mursidul Am PAS YAB Dato’ TG Haji Nik Abdul Aziz barangkali akan mereka momokkan sebagai kambing hitam dan penghalang niat besar mereka di tunjuk salahkan kepada Tok Guru Nik Aziz. Perencanaan program Kerajaan Perpadaun yang mendapat sokongan total dari Timbalan Presiden Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan beberapa individu lain sebagaimana diperkatakan oleh orang lain (tidak dari lidah saya) maka saya simpulkan pengamatan saya dengan penuh hemat dengan kiasan.

Iaitu, idea dari YB DS TG Haji Abdul Hadi Presiden PAS terhadap idea “Kerajaan Perpaduan” samalah umpama PENYERTAAN MARATHON PELBAGAI BANGSA DALAM PERSETUJUAN PENGANJORAN, BILA PERLUMBAAN PENYERTAAN HAMPIR TIBA KE GARIS PENAMAT, TIBA-TIBA KAKI PESERTA DI GODAM. PESERTA DIPAKSA MEMINUM AIR DIRAGUKAN HAK HALAL PENGELUAR. HATTA DI AJAK UNDUR KEBELAKANG SEKALIPUN PADAH PESERTA MENENTANG, DENGAN MEMUNGKIRI PERSETUJUAN BERSAMA MENGANJUR MARATHON.

SelurUh pembaca yang membaca blog saya http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/ pasti dapat membuat penilaian dan hukuman keatas setiap rencana saya yang lepas-lepas, sekalipun blogger bertaraf kampong dan kongkang, spesis blogger koridor5 (kaki5) lagi cokia. Sejak dahulu sampailah sekarang, tidak setitik kalam keluar saya membantah dan memaki hamun pemimpin PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat. Apalagi dikalangan ulama dan Tok Guru. Kejahilan saya dan penghormatan saya kepada ulama dan tokguru terserlah. Hatta semasa Tok Guru Ayah Pa Pasir Tumboh, UM No heretnya dengan tuduhan palsu hampir 30 dahulu, cokia inilah dengan teman-teman yang lain sentiasa mengiringi Tok Guru Ayah Pa kemahkamah (YB Ustaz Baihaki Atikullah adalah titeh Tok ayah Pa), saya yakin fakta ini.


Saya tidak akan peroi garam kunyit pada luka, atau hadiahkan cincin kepada sikudung. Tidak berhasrat untuk menjadi juara kepada lembu dan ayam laga sebagai jogha dalam kes idea Kerajaan Perpaduan yang dikeluarkan oleh Presiden. Nyatalah hakikat kini adalah mengundang perpecahan kepada PAS tahapnya lebih tinggi berdepan dengan cadangan untuk berdakwah kepada pihak ketiga. Cadangan Kerajaan Perpaduan menurut real dakwah, dalam yang sama kehancuran, perpecahan, dan pertentangan pendapat hatta peringkat bertegang kerongkong, membujur lalu melintang patah. Apakah untungnya idea “Kerajaan Perpaduan” tersebut? Nyatalah idea selepas Muktamar Ke55 dilontarkan, didalam dalaman PAS sendiri khususnya ahli dan penyokong untungnya cuma SEDEPA, tetapi rugi 100 BATU. Itulah hakikat sebenar yang saya nampak.

Saya mengambil respon positif dengan teguran dan amaran yang dikeluarkan oleh Murshidul Am PAS YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, tuntas fokas terhadap Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin berkaitan dengan 4 perkara pokok dan amaran yang diutarakan oleh Tok Guru:- (1) Fasal Nak heret PAS kedalam Kerajaan Perpaduan dicanangkan (2) Letak Jawatan Timbalan Presiden PAS (3) Keluar dari Pas masok UM No dan (4) Letak jawatan sebagai AP Bachok dan PRK diadakan. Dan pandangan kedua datang dari adindaku mantan Ketua Dewan Pemuda PAS – Naib Presiden (tengah) PAS YB Salahuddin Ayoub, berharap dan merayu agar segera Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin pergi berjumpa mengadap Tok Guru Nik Aziz. Pengamatan dan laduni Tok Guru adalah lebih hampir lagi benar dengan program Ustaz Nasaruddin dan yang semusim dengannya untuk tandu PAS menjayakan memenuhi cita-cita politik pribadi dengan PAS dimangsakan bersekali dengan lain-lain pemimpin dan seluruh sekelian ahli dan penyokong.

Rakyat dan ahli bawah, sesungguhnya tidak pernah menyusah dan memusnahkan PAS, sejak dulu, kini dan bila-bila, Inshaallah. Pengikut dan ahli serta penyokong peringkat bawah sentiasa mendinding dan melindungi PAS dan pemimpinya selama ini. Ahli dan penyokong bawahan sentiasa memberi sokongan kepada pemimpin yang dipilih dan dilantek mereka. Sejak awal penubuhan PAS dalam tahun 1951 di Dewan Club Melayu Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang, maka Presiden dan Timbalan Presidenlah yang menjadi beban, menjadi liabiliti yang dihadapi parti PAS sejak era mula sampaikanlah terkini. Entah dimana salah dan silapnya ahli-ahli dan penyokong dibawah memberi kepercayaan dan mandat memimpin agar longkang dan parit buruk tidak diterjuni. Pertentangan pendapat dan ingin kedepan memimpin dan yang didepan keras kong untuk mengundur diri, ianya berligar dan berkisar dikalangan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Mana-mana parti politik dalam negara kita pemimpin tertinggilah yang menjuarai sesuatu idea sekalipun ianya tidak disenangi, tidak mendapat sokongan dan kepercayaan ahli sesuatu perkara. PAS selepas tamat Ucapan Penutup Presiden dalam Muktamar PAS Ke 55 baru-baru ini. Maka setamat penutupan muktamar maka rasmilah Presiden PAS muntahkan idea yang membawa masalah kepada PAS hatta masalah langsung secara terbuka kepada ahli-ahli dan penyokong. Justeru sebilangan besar dikalangan AJK Kerja dan semua Naib-naib Presiden, Semua ketua-ketua Dewan khususnya tonggak dan tumang paksi tiang seri PAS iaitu Murshidul am PAS dan sebilangan besar ahli-ahli dan penyokong PAS terutama dari negeri yang mempunyai kerajaan PR menentang langsung Presiden dan Naib Presiden dengan gagasan idea idea “Kerajaan Perpaduan”.

Berpandukan sejarah, dan sejarah telah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kita, pertentangan halatuju Presiden dan Timbalan Presiden dengan ahli-ahli PAS dan penyokong, pertembongan minda Presiden dan Timbalan Presiden dengan ahli-ahli dan penyokong-penyokong. Sekiranya Presiden mahupun Timbalan Presiden maseh dan terus keras keng maukan ahli dan penyokong mengiakan projek mereka dengan mengorban dan akikahkan parti yakni PAS. PASTI PAS dan ahli-ahli dan penyokongnya akan sentiasa perkasa gagah berdiri setinggi lambangnya BULAN PURNAMA di atas sana. PASTI kalau niat mau dijana diteruskan idea “Kerajaan Perpaduan” maka jalan pendek dihadapan Presiden, dihadapan Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong, maka ahli dan penyokong telah tunjukkan jalannya seperti berlaku kepada pengasas PAS sendiri, Yang Dipertua Agong PAS Dato’ Asri, telah terpaksa keluar meletakkan jawatan dan tinggalkan PAS.

Sesungguhnya saya tidak mahu itu berlaku dan berulang untuk sejarah terus mencatatnya. Jadi saya merayu dan amat berharap kepada Presiden PAS YB DS TG Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Timbalan Presiden YB Ustaz Nasaruddin bin Mat Isa dan Dato’ Mustapha Ali (Cikgu PA mantan KP kami dahulu) dan dua tiga badan yang lain seperti dimaklumkan. Henti dan buangkanlah sahaja niat untuk bersama-sama UM No dengan idea “Kerajaan Perpaduan” untuk dilaksanakan anda. Kerana ahli dan penyokong menentang walau diatas alasan yang wangi harum, kerana ahli dan penyokong menghidunya macam air danor dan ianya merbahaya untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang macam peledak bomjangka atau lebih bahaya dari Peledak C4 yang menghancur kecaikan gadis Monggolia Altantuya Shaaribu.

Serabutya TP PAS YB Ustaz Nasaruddin menghadapi cabaran dan sanggahan Tok Guru (sebagaimana saya perincikan seperti diatas) hinggakan beliau tidak menghadirkan dirinya dalam persidangan di Parlimen semalam Khamis 18 Jun 2009-06-19. Tok Guru tidak solo dalam menangani menghadapi serta berdepan idea “Kerajaan Perpaduan” isu yang dimuntahkan sebaik selepas mesyurat Exco KNK pada 16 Jun 09 Rabu yang lalu.Saya terkejut kaku apabila dalam slot berita tv (tak ingat chanel mana) selepas tamat mesyuarat mingguan Exco KNK dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh wakil-wakil akhbar perdana dan RTM serta Primaworks melaporkan. Marah sungguh Tok guru kepada YB Ustaz Nasaruddin. Saya mengenali MB ini, sejak 1974 dan kami penyokong setianya dahulu rata-rata memanggilnya dengan kasih sayang Ayah Jit, panggilan itu kadang-kadang saya teruskan dengan penuh hormat sekalipun kini seorang MB, seorang Mursidul am PAS Ke2.

Khabar kencang menjadi tofan sedang bertiup, ada pihak cuba kaiskan Tok Guru ketepi dalam hemat perhati matahati saya. Sesiapa sahaja jangan lakukan perkara keji tersebut. Marahnya Tok Guru kepada Ustaz Nasaruddin, 10 kali ganda nadanya, mimik mukanya tatkala peristiwa perpecahan PAS khususnya pertarongan Tok Guru dengan Yang Dipertua Agong PAS Dato’ Haji Asri Haji Muda juga Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu, yang saya imbau dan rakamkan untuk rencana ini, saya ubahsuai. Secara jujur saya mengimbau kembali peristiwa sejarah besar PAS Kelantan dan Pusat amnya tempoh 27 tahun berlalu disaksikan di Dewan Zulkifle Mohamad pada kira-kira jam 10.00 pagi, Jumaat Oktober 1982 (sekembalinya dari Muktamar di DBP Kuala Lumpur yang menyebabkan Yang Dipertua Agong PAS ketika itu Dato' Asri Muda dan pengikut setianya meletak jawatan masing-masing yang disandang berkesudahan dengan mereka keluar PAS. Tetapi Dato’ Asri masih mengekalkan jawatan sebagai Pesurohjaya PAS Negeri Kelantan.

Diantara intipati luahan perasaan Uztaz Nik Aziz ketika itu adalah "Pas Kelate tak boleh ada dua nakhoda, demo nak ke kawea atau nak ke Dato' Asri, demoe pilih? (Saya nukilkan disini, amat serius dan konsisten dan garang dengan kacamata diatas dahi mengeluarkan kenyataan tersebut) Sepontan ketika itu Exco dan Dewan Harian Pemuda Pas ketika itu yang sememang sediakala penyokong setia kepada Ustaz Nik Aziz Nik Mat bersama pimpinan pelajar universiti, meluru bergandingan tangan secara spontan melahir serta melafazkan sokongan padu dan berdiri teguh mempertahankan Uztaz Nik Aziz untuk menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dihadapan stage dewan, sokongan dan gema takbir menyusul dengan kuat membelah Dewan Zul berulang-ulang dan masing-masing memberi ucapan sokongan yang pendek.

Diantaranya gagah berdada menghulurkan sokongan terbuka adalah saya sendiri Almarhom Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood (Timbalan KPP Kelantan), Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali, Haji Hashim Haji Omar Kubang Bemban, Sdr Husam Musa - UM (kini Exco KNK), Sdr Muhammad Hussein - UM (kini MP Pasir Putih) dan beberapa lagi. Ketua Pemuda Pas Kelantan ketika itu Ustaz Halim Abdul Rahman (MP Pengkalan Chepa - 8 Mac 2008) tidak hadir (saya masih menyimpan gambar keramat tersebut dan baju yang saya pakai ketika itu masih dijagai dengan baik). Insan yang kami sokong dan kami dukung itu tidak salah dan tidak silap kami menghlurkan sokongan kudus kami ketika itu. Kerana tokoh itulah yang telah melepasi 19 tahun menjawat jawatan MB Negeri Kelantan Darul Naim. Hingga kesaat ini, saya tidak pernah sama sekali berdetik dihati apalagi bersuara tinggi dihadapan Ayah Jit ini, kami mengenali dirinya, saya mengenali dirinya.

Sayalah diantara faqir yang sentiasa membeli nasi bungkus/nasi berlauk dan teh o bungkus di kedai makan Sumatera (bungkus cucuk dengan paku) atau pohon pertolongan Pak Teh (ketika itu pemegang kunci-kunci Bangunan PAS - kemungkinan meninggal di Mekah) juga Almarhom Pak Su Pi yang sentiasa memicit badan/belakang Tok Ayah Jit (Haji Saufi Kuchelong), makan bersama-sama. Sudah pasti Almarhum Buniyamin kami makan bersama-sama (ketika itu Buniyamin rumah tumpangnya adalah di Dewan Zulkifle - amat besar hambatan hidup dilalui Bung dan keluarga ketika itu), mungkin YAB TG Datuk Nik Aziz masih ingat ketika detik dan susah kita dahulu. PAS berpecah diatas masalah yang tidak wajar ditelitikan disini. Kini PAS kalau silap gayanya kalau tidak diuruskan buang terus kalimah dan azam idea “Kerajaan Perpaduan”, maka bibit perpecahan adalah terdedah kepada PAS.

Kalau 27 tahun dahulu dalam tahun 1982, diantara puncanya datang dari Yang Dipertua Agong PAS Almarhom Dato’ Asri Haji Muda, maka kali ini ianya juga berpunca dari idea dari Presiden PAS dengan sokongan perkasa dari Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru berpaksikan “Kerajaan Perpaduan” PAS menjadi mangsa kehancuran. Justeru UM No sedang dan terus memasang jerat, dan jeratnya telah mengena. Jerat tersebut telah dipasang dimerata-merata dikawasan PRK di N. 41 Manik Urai. Justeru, wajarlah jalan keluarnya wajiblah pantas diadakan sidang khas membincangkan putusan idea “Kerajaan Perpaduan” dan satu keputusan kepimpinan wajar dikuatkuasakan kerana menyanggah keputusan muktamar menyokong sepenuhnya dalam bersama-sama mempertahankan Pakatan Rakyat.

Mudah-mudahan semuanya menjadi baik, dan PAS untuk semua tetapi tidak bersama UM No-BN, itulah kehendak ahli PAS dan rakyat jelata, penyokong dan pengundi PAKATAN RAKYAT hatta KELAB PENYOKONH PAS dan berbagai NGO yang bersama PAS dan PR termasuk individu tokoh-tokoh penting utama masyarat negara kita. Untuk kebaikkan PAS sekarang wajar kita beriringan dan bersepadu diperengkat ahli-ahli PAS dan Pemimpin PAS perengkat atas berani dan tampil memikul tanggungjawab menangkis dan menolak total untuk tempoh sekarang terhadap idea “Kerajaan Perpaduan” sekalipun ianya bersunggoh-sunggoh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan dua tiga individu demi untuk menyelamatkan PAS dalam PR dan menjaga kepentingan lebeh besar iaitu Kerajaan PR.

Siap menjelang Suboh - 5.12pagi

Rencana dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.

INGATAN KEPANGKUAN ALMARHUM DATO’ USTAZ HAJI FADZIL MOHD NOOR: (23 Jun 2002 jam 10.30 pagi, Ahad di HUKM KL).

2.30pagi - Isnin, 22 Jun 2009 / 28 Jamadil akhir 1430.
INGATAN KEPANGKUAN ALMARHUM DATO’ USTAZ HAJI FADZIL MOHD NOOR: (23 Jun 2002 jam 10.30 pagi, Ahad di HUKM KL).

SUDAH 7 TAHUN MENINGGAL KITA 23 JUN 2009
SELASA BERSAMAAN 29 JAMADIL AKHIR 1430

Nota:

Kepangkuan seluruh keluarga Almarhum Dato’ Ustaz Haji Fadzi Mohd Noor, bertuahlah anda semuanya (balu Almarhom Datin Siti Khadijah Binti Ibrahim dan lapan putra dan putrinya) kerana dikurniakan Allah seorang suami dan saorang baba/ayah, pemimpin ummah. Sekaligus mutiara pemimpin umat dalam negara kita. Hidupnya memberi kebaikkan dan kebajikan umat sejagat apalagi kepada PAS dipimpinnya. Matinya pula sentiasa diingati dan didoakan, khususnya dari ana dan keluarga.

Allah tentukan ana tidak dapat ke HUKM, kerana isteri dalam masa yang sama bergelut di Hospital untuk bersalin anak ke 8 (setelah 3 nya meninggal lepas lahir). 5 anak yang hidup semuanya perempuan. Tanpa melalui scan dan scaning kami menaruh harapan moga-moga anak yang dilahirkan itu seorang lelaki. Allah taqdirkan anak yang dilahirkan itu juga perempuan. Gagallah untuk menamakan Fadzil Mohd Noor sekiranya anak lelaki. 23 Jun 2002 jam 10.50 saya menerima panggilan dari Dr Zahari dari GH- KL maklumkan Ustaz Fadzil telah kembali kepangkuan Allah, kira-kira jam 10. 30 tat sat.

Ana terkedu, hiba kerana situasi menghalang ana untuk ke KL menziarahi Ustaz disaat uzur sharaai. Sedangkan isteri ana berdepan beberapa jam kepayahan melahirkan anak, saya memaklumkan kepadanya, Ustaz Fadzil dah meninggal, Bang E baru called. Ketika itulah terkeluar dari lidah mulut isteri saya dengan sayu, “dah Allah bagi lagi anak perempuan tak pa lah kita namakan anak kita dengan NUR FADZILLAH. Kelahiran anak kami dengan Ustaz meninggal ditarikh yang sama, maka inilah faktornya kenapa Almarhum Ustaz dihati kami, Inshaallah sampai bila-bila.

Kini, anak kami telah berada ditahun 1 SRK bererti umurnya mencecah 7 tahun, dan 7 tahunlah juga Ustaz meninggal kita. Sesungguhnya kelahiran anak kami Nur Fadzilah dan kematian Almarhom Ustaz Fadzil Nor, ianya amat rapat beriring dan berganding doa-doa untuk keduanya. Setiap kali melihat anakku Nur Fadzillah setiap itu acap kali terkenang kepangkuan Almarhum Ustaz khususnya semasa dalam ABIM, dan setiap beliau berkunjung ke Kota Bharu, pasti ia called ana dan kami sering berbincang di kedai Jaafar Rawas, di bilik belakang. Ya! Allah ya Tuhanku! Teimalah Almarhom dikalangan ambiya, mursalin dan syuhada, Inshaallah.


Membedah Peristiwa
Tanggal 23 Jun 2002 jam 10.30 pagi, Ahad, negara kita turut sedih diatas - pemergian kepangkuan Illahi dengan menghembusnya nafas terakhir Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia selepas 13 hari menjalani pembedahan, nazak dan kritikal ketika umurnya 65 tahun. “Dari Allah kita datang, kepada Allah kita Pulang”. Almarhum yang mendapat rawatan di ICU HUKM Cheras. Setelah menjalani pembedahan pintasan koronari pada 10 Jun 2002 diikuti komplikasi angin ahmar.
Almarhom dilahirkan di Kampong seberang Pumpong Alor Star pada 13 Mac 1937. Almarhom meninggalkan saorang isteri yakni sepupunya iaitu Datin Siti Khadijah Binti Ibrahim dan lapan anak putra dan putri ,iaitu Ahmad Fauwaz, Ahmad Anas, Muhammad Faiz, Aiman, Ammar, Huda, Muna ‘Izzah dan Salwa. Jenazah Almarhom Ustaz jam 11.30 dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, ketika ini ribuan rakyat telah memenuhi HUKM. Sejam kemudian 12.30 tengah hari jenazah almarhom Ustaz ke surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras. Tidak lama kemudian jenazah Ustaz diziarahi oleh kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Al Haj.
Solat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya, Subhanallah. Saya masih ingat diantara yang mengimamkan awalnya jenazah Almarhum Ustaz ialah Datuk Ustaz Hashim Yahya (ketika itu Mufti WP, lanie Pensyarah di UIA) dan putra beliau Fawwas dan diikuti oleh beberapa pemimpin yang lain. Jenazahnya turut diziarahi oleh pemimpin politik semua parti dan para menteri dan kenamaan. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules C-130 TUDM dari Pengkalan TUDM Subang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas, Alor Setar dengan ihsan kerajaan.
Tempoh 1973 – 1974 Almarhum diamanahkan menjawat SU Penerangan ABIM seterusnya ABIM perkasakan amanah kepimpinan kepada Almarhom Ustaz dengan memegang jawatan Timbalan Presiden ABIM (serentak menjadi pensyarah syariah di ITK - Institut Teknologi Kebangsaan kemudian UTM) dari tahun 1974 – 1978. Almarhom Ustaz Fadzil yang aktif dalam ABIM dibawah pimpinan akhie Anwar Ibrahim (ketika inilah saya mengenali Ustaz Fadzil dan akhie Anwar). Masa dan keperluan terpaksalah Almarhom kehadapan memikul tanggungjawab penuh dalam memimpin ABIM setelah akhie Anwar Ibrahim ditangkap disumbat kerajaan BN diISAkan di Kemunting. (Catatan dan pengalaman langsung saya yang tersimpan, makanya dapatlah saya muatkan kerencana khas saya ini).
Ketika itu ABIM bertindak kehadapan dalam menjana isu-isu rakyat tempatan dan negara serta perengkat antarabangsa secara redikal. Kerana PAS ketika itu berada dalam zon selesa menjadi komponan kerajaan BN. Dari Kerajaan Champoran kepada BN. Kepimpinan PAS ketika itu diterajui oleh Dato’ Asri Haji Muda pastilah menjadi konservatif kerana berada didalam kerajaan. Apabila BN terajang PAS keluar dan kerajaan BN dalam tahun 1978, maka AlmarhUm Ustaz Fadzil dan sahabat temannya terus meninggalkan kepemimpin dalam ABIM dan melibatkan diri dan kepimpinan PAS untuk negeri Kedah dan PAS Pusat.
(Peristiwa-peristiwa ini saya saksikan didalam dan diluar DBP Kuala Lumpur masIh terbayang dan segar gawatnya Almarhom Ustaz Ahmad Shukri mengendalikan Muktamar PAS 1982 terakhirnya, juga terakhirnya Almarhom Dato’ Asri Haji Muda (Tan Sri semasa UMNO) bersama PAS)
Dalam tahun 1982 takdir Allah telah melakukan perubahan dan peralihan kuasa berikutan dengan perletakkan jawatan dan tergugurnya dalam saf pucok kepimpinan PAS iaitu Dato’ Asri Muda dan teman-teman rapatnya. Saya berkeyakinan sampai hari ini kebangkitan idealisma perjuangan PAS sedikit sebanyak ianya dipengaruhi kejayaan Imam Khomeini dengan Revolusi di Iran dengan menmbangkan Amerika Syarikat melalui papet bonekanya Shah Iran, bukan terpengaruh kepada pegangan Shiah mereka. Tokoh muda Pas ketika itu adalah Almarhum Ustaz Fadzil sendiri, Ustaz Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nakahie Ahmad, mereka bersahabat sejak di madrasah ABIM lagi.
Diatas mengambil ilham dan roh kejayaan Khomeini di Iran, maka gagasan “Kepimpinan Ulama” diperjuangkan. Itulah PAS menikmati sekarang. Almarhom Ustaz Fadzil terus melangkah menjana dirinya sepenuh masa dengan memikul menerajui PAS, menjawat Pemangku Presiden PAS selepas Tuan Haji Yusof Rawa meletak jawatan kerana keuzuran sharaai. Dalam tempoh setahun lebeh kurang di Muktamar PAS Ke 35 pada 31 Mac 1989 Ustaz Fadzil telah sampai kemuncak kepimpinan didalam PAS dengan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PAS Pusat sehingga akhir hayatnya. Almarhom telah cuba beberapa kali bertanding untuk Kadun dan Kapar setiap PRU di Kedah termasuklah PRK, namun nasib tidak menyebelahi beliau dan PAS itu sendiri.


Dalam tahun PRU 1982, 22 April 1982 Almarhom Ustaz Fadzil telah menang untuk Kadun bukit Raya, dan itulah kali pertama Ustaz Fadzil menjadi Adun secara rasmi dalam DUN Kedah. Tetapi beliau maseh kalah untuk Kapar Pendang yang ditandanginya. Sejarah telah melakarkan bagaimana pandangan jauh almarhom dalam menangani mengisi situasi politik semasa dijanakan. Perpecahan dalam UMNO, membawa tertubuhnya Parti Semangat 46 (kini telah aruah) pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah dengan APU-Angkatan Perpaduan Ummah kepada BA-Barisan Alternatif. Diatas semangat APU ianya telah menghasilnya PAS kembali menawan Kelantan dan Terengganu.
Kemuncaknya dalam PRU 1999 Ustaz Fadzil telah memenangi DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang. Seterusnya Ustaz di lantek menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia setelah PAS mencapai kerusi KAPAR mengatasi lain-lain parti pembangkang ketika itu. Saat Pemangku PM-TPM-Menteri Kewangan DS Anwar Ibrahim diterajang dan dihinakan pada 23 September 1998 oleh DR MAHATIR dan UMNO begitu rupa. Maka Almarhom Ustaz Fadzil-lah orang yang pertama menziarahi sahabatnya DS Anwar di rumahnya sebaik dilucutkan semua jawatan politik dan jawatan kerajaan dengan teramat dzolim.
Hikmah pemecatan tersebut ianya mengakibatkan tertubuhlah satu parti politik baru iaitu Parti Keadilan atau seninomnya ADIL. Selepas bersatu dengan Parti Rakyat dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat. Kewujudan kesedaran nasional dikalangan parti-parti pembangkan, maka lahirlah menjelang PRU12 gagasan PR-Pakatan Rakyat. Kemuncaknya dalam PRU 1999 Ustaz Fadzil telah memenangi DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang. Seterusnya Ustaz di lantek menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia setelah PAS mencapai kerusi KAPAR mengatasi lain-lain parti pembangkang ketika itu.

Hari Ini Genap 7 Tahun Almarhom Ustaz Fadzil Meninggal
Maka hari ini 23 Jun 2009 Selasa bersamaan 29 Jamadil Akhir 1430, genaplah 7 tahun Almarhom Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkan Parlimen Malaysia, kembali ke rahmatullah (Al Fatihah untuk Almarhom Ustaz). Ketika mana Almarhom menjawat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, masa yang sama PAS terus memerintah Kelantan diatas nama angkatan Perpaduan Ummah (APU) berganti dengan Barisan Alternatif (BA) dengan Menteri Besar-nya YAB TG Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merangkap Timbalan Presiden PAS (ketika itu) mengemudi kerajaan Terengganu di bawah muafakat politik Barisan Alternatif (BA).
Legasi politik nasional negara telah terdaya mampu dibedah dan diredah oleh Almarhom Ustaz Fadzil. Ianya dihurmati dan diperakui dari pimpinan komponan BA dan lawan dalam negara dan diperengkat global antarabangsa, diatas kreatif dayausahanya melakar sejarah negara. Negara khasnya dikalangan parti-parti pembangkang disudut usaha-usaha besarnya dalam penyatuan parti-parti pembangkang dalam menghadapi PRU maupun PRK. Ahli PAS merasai lompong dan vacium diatas pemergian Almarhom Ustaz. Patah tumbuh hilang berganti, yang berganti tentulah tidak sama. Tetapi semuanya kita redza kepada yang pergi juga terhadap peganti, Inshaallah.
Almarhom Ustaz Fadzil sehingga akhir hayatnya mewangi bak kasturi dalam mengendong perjuangan dengan berpaksikan intregriti berlandaskan konsisten pegangan sepanjang lebuhraya perjuangannya. Almarhom telah mengharungi onak dan duri, asam garam perjuangan yakni tribulasi yang mematangkan Almarhom Ustaz dan PAS dipimpinnya. Saya berhak mengtakan sesuatu penghargaan dan pujian kepangkuan Almarhom Ustaz Fadzil, mengikut acuan yang saya sendiri mengenalinya selama semasa saya mendampingi Almarhom, khususnya kenangan awal semasa dalam ABIM diikuti dengan dalam PAS sejak tarikh keramat tanggal 29 Mac 1982 bergelumangnya dalam rencah ratus berparti.
Sesungguhnya Almarhom Ustaz adalah seorang pendakwah yang berkelibar dan sekaligus terserlah tunjuk sebagai pemimpin besar ummah dan tokoh politik yang tajam pengamatan mantik siasah, dihormati dan disegani oleh rakyat marhen dan elit cerdek pandai. Kerana sepohan pribadinya yang menyantuni, serta tegak perkasa diatas asas pengetahuan yang mendalam dalam agama dan perbandingan mashab dan cakna rakyat. Ianya bermula dari dua ayah bundanya yang warak. Kelebihan Almarhom yang nyata disisi ana, sekalipun ana adalah cokia disudut pandangan ramai pemimpin PAS sekarang, walau pun ana ini cokia, sikap ana dari dahulu sampai kini bukan jenis pandai berkirap berkipas dan mengampu, bodek dan sebagainya.
Tetapi setiap mana ana pencilkan diri, dimana-mana jua, sekiranya beliau ternampak ana pasti beliaulah yang datang menemui ana atau mengamit supaya ana mendapatkannya. Setelah ana menjangkau 50 tahun ia sudah tidak selesa untuk ana mencium tanganya seperti 20 tahun dahulu, kecuali berpeluk dan menanya khabar. Dan ia pasti mengenalkan diri ana yang cokia ini kepada pemimpin PAS yang berada 1990, mereka mungkin tidak mengenali. Pernah beberapa kali beliau memaklumkan untuk menemui ana sebaik sampai ke KB. Ana Ustaz Fadzil meminta pendapat dan pandangan sebelum PRU 1990 di Kedai amin Jaafar Rawas. Pernah amin Jaafar Rawas memaklumkan kepada Ustaz Fadzil, “anta (adalah Ustaz Fadzil) minta pendapat dari sheikh ini, Inshaallah dia tidak akan khianati dalam memberi maklumat.
Ustaz kena ingat dia adalah kawan baik Allahyarham Haji Mat Prai. Dan Pernah menjelang 1999 Ustaz memanggil ana yang cokia ini ke Hotel Ansar, ustaz Fadzil sebilik dengan Ustaz Azizan (ketika itulah ana nampak ustaz sendiri yang menyuntik dos insulin dilengannya sendiri). Ketika beliau menyuntik itulah beliau bertanya ana kedudukan bakal calon-calon Kadun/Kapar. Yang mana ana kata OK semuanya bertanding dan menjadi Exco. Sahlah 6 saya kata tak OK benar-benar tak menjadi calon. (Ustaz Azizan yang dimaksudkan adalah YAB DS Ustaz Haji Azizan MB Kedah sekarang, entahlah YAB MB dah melupainya).

Menuai Kejayaan Berganda
Almarhom Ustaz Fadzil berjiwa besar dan perkasa, kerana diatas nama perjuangan dan sokongan sejagat mampu berkongsi pentas berceramah diatas satu isu sejagat “PALASTIN & KEMANUSIAAN pada 8 Mei 2002 bersama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di DBP (DBP berjasa selama beberapa tahun PAS menggunakannya untuk bermuktamar – Terima kaseh KPDBP dan TK Pengerusi Pengelola DBP). Sekalipun PM Dr Mahathir merapu, melalut dan menyimpang dalam ucapannya. Almarhom tidak melihat kejatuhan kerajaan PAS-BA di Terengganu tidak lama selepas beliau meninggal dunia.
Almarhom juga tidak dapat menyaksikan yang mana garis perpaduan, titek pertemuan dan persefahaman di kalangan kaum Cina dan India dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. PAS parti yang pernah dipimpinnya sebagai Presiden telah berjaya atas nama PR menguasai 5 negeri dan WP. Tiga negeri persetujuan dicapai oleh PR dengan masing-masing menerajui kerajaan di Kelantan Menteri Besar-nya kekal YAB TG Dato’ Nik Aziz Nik Mat, di Kedah Menteri Besarnya YAB DS Ustaz Azizan Razak (semasa Ustaz Azizan mengangkat sumpah jawatan MB Kedah di hadapan Tuanku Sultan, ketika itulah air mata saya berderai mengenangkan lamanya ustaz berjuang dan memimpin. Tetapi kemenangan tidak dapat Almarhom turut melihat hasilnya kecuali pahala yang berganda menunggu di hari pahala itu menjadi berguna dan bernilai) dan di Perak Menteri Besar-nya YAB DS Ir Mohammad Nizar Jamaluddin .
Manakala di Selangor Menteri Besar-nya dari PKR YAB TS Khalid dan di Pulau Pinang Ketua Menteri-nya dari DAP iaitu YAB Tuan Lim Guan Eng.Semua kejayaan yang dicapai oleh PR tersebut, ianya adalah lanjutan pintu hati pemimpin-pemimpin pembangkang dikalangan semua kaum yang telah dirintis, diketuk dibuka dikejutkan dari jumud perjuangan berpecah menghadapi UM No-BN. Justeru, jalan yang dirintis dengan penuh rasa tanggunjawab iklas dan kudus untuk umatnya dengan penuh bertanggungjawab kepada negara dan bangsanya oleh Almarhom Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor. Hidupnya, wadah perjuangannya disaat-saat akhir hayat Almarhom Ustaz Fadzil, ramai cendiakawan, golongan elit telah menyertai PAS dan tampil mereka turut memperkasakan PAS ini. Disamping sejak lama PAS mendapat sokongan dari semua jenis kelas marhean seperti Pak Mat Jawa dan Pak Din Hancur.
Tercetusnya peristiwa pembunuhan di Mamali oleh Kerajaan UM No-BN keatas sahabatnya Asshahid Ustaz Ibrahim Mahmood dan bersama syuhadak yang lain, maka ketika itu Almarhom Ustaz Fadzil-lah yang utama dan pertama mempertahankan sahabatnya, maruah matinya pejuang PAS di Memali adalah MATI SHAHID. Pandangan tuntas Almarhom dan Dewan Ulamak PAS Kedah itu saya menerima dan pegang 100% bahawa pandangan dan keputusan yang dijanakan oleh Almarhom saya menerimanya tanpa was-was. Bahawa sesunggohnya Ustaz Ibrahim Mahmood Libya dan sahabat-sahabnya di bunuh kerajaan BN adalah matinya mereka adalah MATI SHAHID, saya tidak ragu-ragu. BN keluarkanlah kertas biru maupun kertas merah rakyat dan penyokong PAS menolak pandangan BN ke Monggolia sana. Mudah-mudahan allah mencucuri keatas roh Almarhom Ustaz Fadzil.
Rencana ini disiapkan oleh : IBN ABDULLAH AL AWQB
9.05pagi - Isnin, 22 Jun 2009 / 28 Jamadil akhir 1430.

MANTAN ADUN MANIK URAI ALMARHuM HAJI ISMAIL YAACOB.

Dimulakan 2.20pagi - Sabtu 12 Jamadil Akhir 1430 H / 6 Jun 2009

MANTAN ADUN MANIK URAI ALMARHuM HAJI ISMAIL YAACOB.

SOROTAN, PRK DUN N. 41 MANIK URAI - PANDANGAN RAMBANG DAN KENANGAN.

Info:

1. Tatkala rencana ini dimulakan, bererti kian hampirnya tempoh sebulan akan tiba hari penamaan calun untuk PRK N.41 Manik Urai yang akan diadakan pada Isnin - 6 Julai 2009 bersamaan 12 Rejab 1430 H, seperti disahkan oleh Pengerusi SPR pada 28 Mei 2009 yang lepas. Setelah kembalinya ke rahmattullah ADUNnya Haji Ismail bin Yaacob atau ghalidnya pengundi dan rakyat Manik Urai dan Kuala Krai menimang namanya dengan panggilan anak pinak, mudah bahasa, mudah bekira iaitu Pak Su Wea.

2. PAS parti dari komponen Pakatan Rakyat dan Semua Dewan-dewannya pula sedang bermuktamar, telah dan sedang membuat pemilihan kepimpinan untuk perkhidmatan 2009 – 2011. PAS Selangor menjadi tuan rumah dengan beberapa venue digunakan. Selamat bermuktamar! Pilihlah pemimpin usahlah memilih lalang atau duri.


Kenangan.

ADUN Kadun N. 41 Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, dijemput kembali kepangkuaNya ketika berumur 60 tahun. Meninggal dunia selepas subuh Jumaat 27 Jamadil Awal 1430 bersamaan 22 Mei 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu. Almarhum dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki berpenyakit gout dan kencing manis sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu serta berlanjutan menghadapi ujian derita sakit. Almarhom Haji Ismail bin Yaacob adalah ADUN Manik Urai ini, telah berkhidmat selama lima penggal sejak PRU1986, kecuali direhatkan di PRU 11- 2004 (calon pengganti beliau mewakili PAS adalah Ustaz Zamzuri Mat Lazim, tetapi tewas tipis dengan 53 undi dari calon UM No-BN).

Almarhom Haji Ismail Yaacob sinonim dengan panggilan Pak Su Wea, merupakan “wakil rakyat kepada rakyat untuk rakyat”, bukan wakil “tauke” sebagaimana sering diperingatkan oleh Haji Mat Sabu. Almarhum adalah ADUN yang cakna dan mesra pengundi, mesra rakyat dan mesra alam sejagat. Faelnya dengan disaluti watak-watak marhaen, watak wakaf dan watak koridor, hatta watak masjid dan surau. Sakit deman mati dan beranak sampailah beliau disitu. Duduknya sama tinggi dengan berdirinya pengundi dan rakyatnya.


Denyutan nadinya bergelumang dengan permasalahan dan cakna susah rakyat. Tangannya ringan serta lembut dan genggamnya batang pena dan kalam boleh diselit dicelah-celahnya genggamnya; tetapi pen dan kalam itu pasti jatuh kebumi. Dalam PRU12 pada 8 Mac 2009, Pak Su Wea menewaskan Mohamed Zulkifli dari UM No-BN dengan majoriti 1,352 undi ertinya Almarhum telah merampas kembali N. 41 Manik Urai dari UM No-BN menang dan menebus dengan 1,299 undi . Almarhum Haji Ismail Yaacob adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai dan terus kekal memenanginya disaat beliau sakit serta uzur syaraai di hospital masih terus dipilih sebelum kematiannya.

(Saya mengenali Almarhum Haji Ismail Yaacob ini diakhir tahun 1981 pasti Disember 25 Krismas, melalui Mokhtar Lakloh (Pok Tar – Apakah benar info dari kenalan PAS Machang, menjawab pertanyaan saya memaklumkan sahabat saya Mokhtar ini dan 2+ tahun meninggal - kalau benar meninggal Alfatihah untuk Almarhum Mokhtar), Almarhum Ismail Market Gua Musang di Pekan Gua Musang (anak Almarhum Ismail-Weil market ini, mungkin ingatan saya seorang peguam). Kira-kira jam 5 petang kami; saya, Ismail Yaacob, Ismail Market, Mokhtar Lakloh dan sahabat saorang lagi yang telah menetap di Gua Musang hampir 20 tahun berasal dari Chabang Empat Tok Mengah, Tumpat ketika itu.

Kami dengan train petang ke Merapoh kerana malamnya untuk melihat suasana, sambutan ceramah oleh sahabat lama saya Saudara Mohamed Rusdi Arief mantan ADUN Bukit Ibam semasa PAS dalam kerajaan Champoran idea Almarhom Tun Abdul Razak dari UMNO dan Almarhom Dato’ Asri Haji Muda mewakili PAS bersama AJA PAS yang lain. (Hebatnya spesis insan bernama Ismail Yaacob ini, ramai tokoh-tokoh pimpinan tempatan PAS di Merapoh mengenali Ismail Yaacob (disinilah saya mendengar masyarakat PAS Merapoh ramai berasal dari Kelantan turut memanggil Pak Su Wea, tetapi saya memanggilnya Abea Wea) ia sama-sama naik dikenali, dengan Ismail Market Gua Musang yang berjiran dengan Merapoh dikenali mesra.

Hatta polis yang berkhidmat di Balai Kecil Polis Merapoh mengenali Ismail Yaacob – Pak Su Wea ini apa lagi Ismail Market. Barangkali Pekan Merapoh 1981 telah berubah wajah diantara dahulu dan sekarang dalam semua sudut. Kami sengaja menunggu train lewat 8 malam dari Lipis ke Gua Musang. Sebaik train berhenti dihentian kecil Merapoh diantara penumpang seorangnya adalah sahabat saya sememangnya saya mengenalinya bersama dengan dua temannya yang lain, untuk memenuhi undangan ceramah). Sahabat saya ini adalah Mohamed Rusdi Arif yang lama kami mengenali dan bersahabat. PAS-lah yang menjadi jejambat hubung siraturrahim, dalam menambahkan rangkaian sahabat dan kawan dalam satu lengkaran perjuangan.





Saudara Rusdi berpelukan pantas dengan saya mungkin beliau menjangka saya akan pantas naik train itu untuk terus ke Gua Musang atau ke Kuala Krai, sambil bertanya khabar. Cuma saya lupa sama ada ketika itu Saudara Mohamed Rusdi Arif Pesuruhjaya PAS Pahang atau Timbalan PSJ, saya tak pasti ingantan ini. Saya memperkenalkan Ismail Market dan Ismail Yaacob kepada Saudara Rusdi dan sebaliknya. Tujuan kami ke Merapoh adalah untuk menunaikan hajat dan mengiringi Ismail Market turut membawa bersama beban makanan untuk disedekah majlis cerah tersebut dan mendengar ceramah anta (saudara Rusdi). Inilah jenis manusia Ismail Market (ketiga-tiganya Almarhum –Alfatihah untuk mereka).

Dalam perjalanan kira-kira 600m kami berada ditempat ceramah. Cukup hebat kalau hampir 30 tahun dahulu sambutan diberikan hampir 200 yang hadir mendengar dari tempat-tempat yang jauh dengan kepayahan perhubungan. Saya tidak menduga bisikkan Rusdi dengan pengerusi majlis juga SU PAS Cawangan Pekan Merapoh, Rusdi telah mengenakan saya dan saya menjadi Penceramah Pertama, kerana Penceramah asalnya sakit di Lipis dan tidak dapat bersama menyertai dengan rombongan Saudara Rusdi. Ceramah Pertama saya luar dari Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat. Justeru, dengan secangkir ilmu dan pengetahuan yang dapat saya pungut dari ABIM khususnya Ustaz Yahya Othman, Ustaz Muhammad Daud Iraqi (kedua-duanya mantan Exco KNK) Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Yaacob Ismail (Almarhom Abang TG Haji Zakaria Ismail KDUPNK, Repek) dan lain-lain.


PRK DUN N. 41 Manik Urai.
Pastilah pemergian Almarhum Haji Ismail Yaacob, satu pilihanraya kecil wajib diadakan mengikut perlembagaan dan akta pilihanraya. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam persidang khasnya pada 28 Mei 2009, telah menetapkan bahawa tarikh penamaan calon untuk PRK DUN N. 41 Manik Urai adalah pada 6 Julai 2009 hari Isnin. Sekiranya terdapat pertandingan, maka PRK akan diadakan pada 14 Julai 2009 hari Selasa. Jumlah pemilih berdaftar adalah 12,293 pemilih. pengundi biasa 12,268 dan 25 pengundi pos. Pecahan undi mengikut keturunan bangsa; Melayu 99.22%, Cina 0.46% dan India 0.23% sahaja. Bilangan pengundi Cina dan India samasekali tidak mempengaruhi suasana penentuan menang mana-mana calon bertanding.
Adalah dianggarkan sejumlah 90 peratus penduduk-pengundi DUN Manek Urai terdiri dari penduduk yang bermastautin di kawasan Manik Urai dan bekerja sendiri. Kebanyakan pengundi di Manek Urai bekerja sebagai petani, pekerja kampung, peladang, penternak penoreh getah dan hanya 10 peratus bekerja di luar Kelantan atau bekerja dan berkhidmat didalam sektor-sektor lain seperti sektor awam, swasta dan lain-lain. Sukalah saya membuat hemat awal bahawa anggaran pengundi yang akan keluar mengundi adalah diantara 78% - 86%. Tetapi saya lebih berhemat dengan mengambil jalan tengah dengan merumuskan jangkaan pengundi yang akan mengeluar mengundi adalah 82% bererti 10,060 akan keluar mengundi Inshaallah.
Saya mengambil kira semua aspek yang akan saya huraikan selepas ini. Inshaallah diatas beberapa faktor utama yang akan berpihak kepada calon PAS yang sudah tentu menghadapi dari calon UM No-BN. Sesiapa sahaja calon PAS yang dicalonkan untuk menggantikan Almarhum Haji Ismail Yaacob – Pak Su Weil akan memperolehi undi sedia, undi tegar dan undi simpati kepada Almarhom Pak Su Weil dan PAS sendiri sebanyak 59% bererti 5,935 dengan majoriti 1,811 undi. Manakala calun UM No-BN akan mendapat 41% dengan jumlah 4,124 undi. Atau pun paling menurun PAS akan mendapat 57% berjumlah 5,734 undi dengan majoriti 1,409 dan UM No-BN mendapat 43% berjumlah 4,325 undi. Sama-samalah kita menunggu tarikh 6 petang 14 Julai 2009 nanti.

Geografi dan Environment
Tempoh 30 tahun saya mendiami di Kelantan, adalah perjalanan lebuhraya kehidupan membina pengalaman seiring mematangnya saya mengenali politik yang hakiki orang-orang Melayu dan perjuanganya. Ketika mendiami Kampong Putih Kota Bharu, semasa menghadapi PRU1982 pada 22 April 1982, sayalah diantara ahli Dewan Pemuda PAS Kota Bharu bersama sahabat-sahabat terhebat yang lain bersengkang mata membantu siang malam calon PAS yang bertanding di N. 11 Telipok ketika itu, iaitu Mohd Nassim Bin Dato’ Haji Mohd Salleh (Kedua-dua adiknya adalah isteri kepada Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong dan Encik Majid Othman mantan DO iaitu adik kepada Ustaz Yahya Othman mantan Exco KNK dan abang kepada Dato’ Mohd Nadjmi Salleh tokoh korporat-sukan badminton) dengan melibatkan diri dalam urusan PACA, berlawan dengan Ahmad Rastom Bin Dato’ Haji Ahmad Maher calon BN-UM No disamping calon DAP Melayu.
Ahmad Rastom UM No-BN menang dengan mendapat undi 6,462 manakala Mohd Nassim PAS mendapat 4,896 dengan majoriti 1,566 dan calon DAP hilang wang deposit pilihanraya. UM No-BN akhirnya YB Ahmad Rastom (Dato’) saorang peguam anak mantan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan telah dilantik menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan. Jadi, sesiapa sahaja yang yang sihat pengamatanya hatta apa lagi sekiranya penulis atau blogger itu anak Kelantan, pastilah mereka tidak akan membandingkan DUN Manik Urai dengan DUN Pengkalan Pasir. Atau dibanding gandingkan dengan DUN Kota Damansara dan sebagainya. Kekayaan Najib dan adik-adiknya bersama kekayaan Tun Dex dan anak-anaknya serta kekayaan Tun Lah anak menantu pastilah sepsis jenama ini, jauh kayanya mereka dengan keseluruhan harta kekayaan pengundi rakyat yang bermastautin di Kadun Manik Urai ini dikumpul dan disatukan.


Pengundi di Manik Urai ini, mereka tidak ada Public Listed Company, saham yang majoriti atau proxy kepada sesiapa. Mereka tidak ada LAXUC, eClass Mercedes, Daimler dan sebagainya. Tidak ada syarikat kapal tenggelam berniaga dihapus kira hutang NPL oleh ayahnda berkuasa. Mereka tidak ada kapal layar disimpan di dockyard sleepway di Greece atau di Monggolia, Tidak ada singahsana banglo seperti Sri Kembangan atau di Persiaran Gurney. Penduduk disini tidak kenal kasut jenama Balley, Oberman dan macam-macam lagi. Mereka dirumah rata-ratanya ada motor kapcai untuk muat getah, pisang ubi dan sebagainya disamping kekebun dan kesurau dan hantar dan mengambil anak dari SRK atau SMK, mereka tidak kenal helmet-topi keledar tetapi mereka selesa dengan semutar dan kopiah putih yang lusuh.
Tak kenal hotel 5 - 6 bintang padang golf, peletup peledak C4 dan sebagainya. Mereka kenal, pisau toreh, sadak, kelewea, kapak spring. Mereka pintar pikat semua jenis burung, pelanduk, kijang, ayam utan. Orang Manik Urai jahil dengan simpan perempuan, rasuah politik. Menteri yang menorah tu belanja sari hidupnya sama dengan belanja seminggu pengundi rata-ratanya di Manik Urai. Hal ni jangan pelawak. Penat lelah mereka, mereka berehat diatas wakaf, mereka berehat di balasah dan disurau sambil kemut rokok gulung daun nipah tembakau buat sendiri. Penduduk dan pengundi Manik Urai mereka tidak suka dengan undang-undang yang menyekat kebebasan dan kemerdekaan mereka untuk bercuuck tanam, mencari ikan disungai dan sebagainya. Mereka simple, mudah dan senang berkira. Mereka pegang kepada janji simpul mati bukan janji mungkir retorit.
Penduduk pengundi Manik Urai, lama dah moga kenai bulan dan dacing. Mereka orang kampung tetapi celik politik. Pengundi Manik Urai bertanya timbangan alat DACING diharamkan dah lama dibuangkan diganti dengan KILO. Buat apa pula kita susah-susah nak tulung pangkah DACING sedangkan dacing dah punah tak diguna lagi. Kalau dacing nak buat alat timbea tak leh, nak buat kira guana DACING RASUAH nak merentah, tu la pelawak. Lama-lama jadi bewak. Pengundi Manik Urai kenal benar yang mana iklas yang mana munafiq. Buat pa tiba-tiba ada PRK, puak-puak UM No Kota Bharu dan puak-puak UM No-BN Putrajaya, la ni nampak semacea Manik Urai ni. Menterinya, timbalan Menterinya, RTM dan primawork & Co. dah pindah studio bersama-sama pemuka, dan pemungkok UM No di Manik Urai.
Ada yang tidur, ada yang menoreh getah, ada menanam sayur, ada yang bawa Mek Dah, Pak Li gi hospital RTM, TV ikut. Tangan Um No lembut macam sayur bayam. Suara janji demo dekat pengundi Manik Urai macea pondan tua belakang mapus. Hatta demo janji kalau boleh sekelip mata nak bangunkan macam “KUN FA YAKUN” Manik Urai ini sama standard seiring dengan Putrajaya, hebat kae janji plastic tu. Demo UM No-BN janji nak jadi anak angkat “Kerajaan Persekutuan”, jangan jadi anak luar nikah tau!!!!!. Inilah kerja janji rasuah dan munafik dalam berpolitk UM No untuk meraih undi pengundi Manik Urai dalea PRK ni. Tangan kiri UM No hulur, tangan kanan UM No tendang telentang pengundi.
UM No-demo ulur samas demo bedal ratus juta, inilah parti berselogan sakan Satu Malaysia, rakyat diutamakan, sambongnya tak ingat….., tak ingat pun taka pa, batalkah shahadah? tak batai iman, tak jadi kufur. Pengundi Manik Urai pekir, kalau undi PARTI YANG SAH BERGELOMEA RASUAH, SAH TERLIBAT RASUAH bukan kadar terpalit bahkea menjadi behea api neraka. Jalea tar mee segera dan macea-macea. Ini adalah rasuah projek dan projek rasuah. Demo tengak bina atas dasar rasuah UM No Stadium dekat RM 300,000,000.00 jota sembah bumi. Sebelum tu makmal sains juga di Terengganu dll negeri BN lingkok punah, semua ni demo susut dari pengundi Manik Urai. Kalau boleh nak tudung kes ni sekali dengan PKFZ nak tutup.
Cara dan politik purba UM No yang berpaksi rasuah projek segera adalah disegera utama, mendulukan guna secara rasuah lagi haram harta rakyat dan harta Negara macam harta kepala bapak demo puak-puak UM No. Dah sebulan dah Angkasapuri berpindah ke Manik Urai bertukar peranan menjadi Angkababi membuat jana fitnah kepada rakyat untuk menutup semua rasuah dan penyelewengan dekat orang kampong khususnya pengundi Manik Urai. Hatta kentut Tok Pa pun kena kata wangi macam kayu kulit manis. Adik kaka kena gi Tanya, Ketua Penerangan UM No Malaysia, menyungkur tidur pelawak di Manik Urai tu dah buat tuntutan bayaran elaun, pengundi kena gi Tanya. Pelawak sengoti ka dak puak-puak ni, mai masuk kampong Mabik Urai, buat lawak dan pelawak, balik KL-Putrajaya rakyat dan Negara kena fee kerja pelawat itu, gi Tanya?
Walau apa yang kita alami, rakyat dan penyokong wajarlah tampilkan diri pada 6 Julai ini bersama Tok Guru Nik Aziz dan bersama pemimpin PAS dan pemimpin perdana Pakatan Rakyat. Bermatlamat menunjukkan kesatuan dan kesepakatan kita adalah ungugl dalam dikalangan rakyat memperkasakan PAKATAN RAKYAT sebagai menyokong calon PR dari PAS walau sesiapa dicalonkan pengundi N. 41 Manik Urai akan terus memberi kepercayaan untuk menyambungkan kerja tugas seperti dilakukan oleh Almarhum Pak Su Wea. Selamat meraikan dan memeriahkan hari penamaan calon dengan kita tunjukkan sokongan besar kepada Tok Guru Menteri Besar kita dan Murshidul am PAS dihurmati dipercayai kawan dan lawan.
Saya respond dan mengulas dengan apa yang diperkatakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, “Namun beliau menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mentafsirkan pilihan raya kecil DUN Penanti sebagai pilihan raya yang paling aman kerana parti utama, Barisan Nasional tidak bertanding di kawasan tersebut”. Nyatalah aman berlakunya PRK Penanti kerana ianya tidak melibatkan UM No-BN maka amanlah, tenteramlah PRK Penanti tersebut tidak tegang bila UM No-BN bertanding di 2 Bukit, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Nyatalah sekiranya PRK N. 41 Manik Urai ramainya Polis dan FRU, ianya adalah angkara UM No-BN menyertai PRK Manik Urai.

Sekiranya ianya tegang maka ianya adalah difaktorkan tindakkan UM No dan penyokongnya. Kerana damai dan tenteramnya PRK Penanti disahkan oleh Polis dan Pengerusi SPR sendiri kerana tidak UM No-BN menyertai PRK. Antara PRK DUN Penanti yang damai tanpa UM No-Bn menyertainya dan adakah PRK DUN Manik Urai terjadi sebaliknya kerana robosnya UM No? Sama-samalah kita tunggu dan saksikan.
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Siap jam 5.00pagi - Sabtu 12 Jamadil Akhir 1430 H
6 Jun 2009

Thursday, June 4, 2009

MUKTAMAR AGONG PAS KE-55 – PERKASAKAN KEPIMPINAN

MUKTAMAR AGONG PAS KE-55 – PERKASAKAN KEPIMPINAN


KENAPA MAT SABU, Timbalan Presiden PAS?

KENAPA YB SALAHUDDIN AYOUB, Naib Presiden PAS?

KENAPA YB DATO’ WAN RAHIM WAN ABDULLAH, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat?

Fikir-fikirkanlah. Saya menjana pandangan, perwakilanlah hakim memutuskan. Perwakilan budiman pilih-pilihlah, selamat bermuktamar.


Pengumuman, Calon Layak di Muktamar PAS Ke 55
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Ke-55, Dato' Mustapha Ali mengumumkan pada petang 26 Mei 2009 Selasa bersamaan 1 Jamadilakhir 1430 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Berkaitan keputusan calun-calon yang layak bertanding untuk mendapatkan tempat sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan nanti. Beliau juga mengumumkan penjawat-penjawat yang menang tanpa bertanding di peringkat AJK PAS Pusat serta di ketiga-tiga dewan. Kepada pemenang saya ucapkan Subhanallah dan Alhamdulillah, terima dan pikullah amanah dimandatkan oleh ahli-ahli PAS dengan bertanggungjawab sebagai ibadat. Serta menjana PAS ketahap ditempatnya yang hak, dalam mengemudi PAS setiap hari dan pada menghadapi persediaan dan persiapan PRU13 nanti.
Muktamar PAS Ke-55 akan dimulakan dengan persidang ketiga-tiga teras utama – sayap penting iaitu Dewan Ulama’, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 4 Jun 2009 ini. Sebaik ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, DPPP akan kembali bersidang di Dewan Dato’ Fadzil Noor di Taman Melewar yang sejak selepas PRU12 dipinggirkan aktiviti parti dimanfaatkan disini. Ketika inilah nostalgia perwakilan Pemuda dapat mengimbau di sinilah Almarhom Dato’ Ustaz Fadzil Noor berdiri menghadapi orang-orang yang dikasihinya. Manakala di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor pada 5,6 Mei akan berlangsungnya Muktamar (penuh) PAS KE 55 yang akan disempurnakan oleh Presiden PAS YB TG DS Haji Abdul Hadi Awang, diantara kewajiban penting dan utaman adalah dalam agenda membuat pemilehan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.





Muktamar PAS Ke 54 tahun lepas telah diadakan di Stadium Indra Mulia Ipoh Perak, mencatat kejayaan dan meninggalkan kenangan bersejarah. Sebaik selepas PRU12 yang mana Pakatan Rakyat berjaya menubohkan kerajaan PR Negeri Perak dengan menewaskan UM No-BN. PR telah melantik YB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar. Kini KP Perak telah dirampas secara haram dan UM No-BN telah haram menubokan kerajaan haram kudeta UM No-BN dengan melantek MB haram Dr Zambry cambry 500cc. Diharapkan perwakilan yang terhormat lagi budiman, dapatlah diantara anda khususnya perwakilan daripada Negeri Perak membahaskan sepenuhnya tentang rampasan kuasa UM No-BN dan penubuhan kerajaan haram kudeta UM No-BN Perak dan langkah-langkah diambil sekarang.

Pertama kalinya medium Harakah bercetak dan Harakah Daily tidak diizinkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Ke-55, Dato' Mustafa Ali untuk berkempen kepada mana-mana calun oleh penyokong masing-masing. Tetapi, anehnya dibenarkan berkempen melalui akhbar-akhbar yang lain termasuklah akhbar-akhbar perdana. Disinilah saya bertentangan pendirian dan pendapat dengan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS saya dahulu Cikgu Pa yang saya hurmati ini. Ahli-ahli PAS wajib dididik dan wajib minda mereka diberseh cuci bahawa pertentangan dan berlawanan pendapat itu bukanlah permusuhan atau bibit perpecahan. Isu ini wajib difahami dengan jelas dan terang oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS. Justeru usahlah kita membelah dan jorongkan PAS ini mengikut sedap lidah dan nafsu.

Walaupun terlewat menyatakan bantahan tidak bersetujunya pada larangan berkempen menggunakan Harakah, ianya adalah tindakkan tidak tepat dan tidak adil. Bagaimana mungkin medium akhbar lain dari Harakah akan memberi dan menjana baik tambah dalam memperkenalkan calun-calun kita didada-dada akhbar mereka? Kita sendiri menganjurkan pemulauan membaca keatas akhbar-akhbar perdana dan dalam masa yang saya kita mengharapkan akhbar perdana yang sentiasa berniat jahat dengan kita melaporkan berkempen untuk calun-calun PAS yang bertanding menghulurkan keadilan hakiki. Saya tidak nampak kewajaran dalam hal ini. Samalah umpama tangan kanan menghulurkan bantuan; tangan kiri menolak dan meruntuhkannya. Hospital kita bina; kilang arak dan virus HIV kita biakkan.










Langkah Sumbang kearah Tempang.


Saya tidak makan hati dan terasa hati, sekiranya sangkaan buruk dan tuduhan buruk kepada PAS dan kepimpinannya datangnya dari sumber-sumber luar dari PAS. Sememangnya kerja fokas mereka berusaha sepanjang masa serta bermatlamat untuk melihat kepimpinan PAS yang solid kental itu berpecah dan berjaya dibelahkan. Dalam suasana itulah mara dan sokongan rakyat dan pengundi multi racial kepada PAS akan terbantut dan terhenti. Malangnya sangkaan buruk dan tuduhan buruk kepada PAS dan kepimpinannya dari sumber-sumber musoh itu, diambil terima dan dijadikan topic perbincangan dan kita bersambut dengan menjorong, membuat kabilah dan puak. Ketua dan pengikutnya akan terjadi dan berlaku didalam PAS, kalau dibiar dan dipandang sepi.

Gelaran kumpulan ketua dan penyokong ditonjolkan. Usaha yang lebeh besar setelah sejak pemuda dizaman saya 1981 dan kemuncaknya kejayaan besar Dewan Pemuda PAS Pusat, berketuakan Cikgu Pa ketika itu berjaya memisahkan muktamarnya dengan Muktamar Pas Pusat (di DBP KL)yang bersidang di Pondok Masriyah Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1982. (Terkenanglah kepada sahabat lama, Almarhom Ustaz Hassan Salahuddin, mantan Timbalan KD Pemuda PAS Pusat diantara pencetus tenaga usaha membawa kepada PAS dan kepimpinan Ulama’ sebagaimana yang saya pegang dan fahami sehinggalah sekarang – Al Fatehah).

Ianya diperdebat dan diperbincangkan, seolah-olah disahkan wujud seumpama kehendak musoh kita, menerima perancangan kasar untuk menghancurkan. Gejala ini amatlah saya sedeh dan amat dukacita. Sedeh dan dukacita saya berganda apabila cetusan bermatlamat memusnahkan PAS apabila racun berbisa umpama A(H1N1) menjelang beberapa bulan sebelum muktamar api perpecahan, api pertelingkahan dan api kemusnahan untuk PAS disajikan oleh musuh-musuh luar dan ahli-ahli PAS pula mula membicarakannya. Isu Ulamak dan Profesional dalam kepimpinan PAS khususnya dalam memimpin dan corakkan PAS selepas Muktamar KE 55 ini.

Semua yang disajikan musuh atau mendapat sambutan dari dalaman PAS sendiri diketengah untuk dipolimikkan. Semuanya mengundang rugi dan kemusnahan. Kenapa dan mengapa apakah matlamat dan fokas dihidupkan issu “Ulama’ dan Profesional”. Saya dalam sedar, pasti isu yang diperagakan ini bertujuan mengangkat satu pehak dan cuba menjatohkan satu pehak dikalangan kita sendiri dengan mengambil unsur-unsur burok, langkah negative lawan kita dibawa masuk kedalam PAS. Dewan Pemuda PAS tempoh 27 tahun dahulu telah mixkan mengungguli dengan memantap, menjunjung memperkasakan PAS dengan kembalikan kepaksi meletakkan untuk berperanan penuh “ULAMA’ DAN PROFESIONAL”, memimpin PAS.

Almarhom Dr Abbas Alias (pembaca sedekahlah Al Fatehah untuk Almarhom Dr Abbas) pengamal perubatan dan pakar, telah meneraju dan memimpin PAS dahulu lebeh dari 50 tahun mencipta sejarah dan melakarnya. Ulama’-ulama’ besar dalam PAS dan di luar PAS ketika itu, tidak pernah mempertikai, mempersoalkan dan menafikan kepimpinan Dr Abbas akan menyeleweng lari dari landasan halatuju perjuangan pimpinannya. Dr Abbas saorang professional sementelah seorang pakar yang berjaya sekali gus saorang professional yang warak mentadbir dan mengurus PAS. Siapakah diantara perwakilan dalam Muktamar PAS Ke 55 ini berani dengan perkasa menafikan jasa dan pengurbanan Dr Abbas dahulu tidak mendatangkan manfaat besar kepada PAS sekarang?

Ulama’ dan Profesional bersatu berpadu fikrah dan minda bercerai tidak, inilah reality dan hakikatnya wajib diterima oleh semua ahli-ahli PAS sekarang dengan semua tanggungjawab. Diatas tanggungjawab dan kesedaran inilah maka, sebagai orang dulu-dulu yang bersama memikul jatuh bangunnya PAS. Menjadi satu naluri kepada saya memberi sokongan kepada gerakhati untuk menyokong calun yang turut menawarkan diri mereka. Saya tidak akan mewarnakan hitam keatas calun-calun lain yang turut bersaing. Kerana mereka adalah pemimpin-pemimpin yang berjasa kepada PAS. Jangan sesiapa menghina mereka untuk lonjakkan diri anda.

Ya! Mereka pemimpin yang berjasa kepada PAS sekarang. Tetapi demi menghadapi sebagai persiapan dan persediaan menjadi benteng saf utama, mengatur dan mengempur lawan dimedan PRU13 yang tidak lama lagi akan didepani. Makanya pemimpin-pemimpin terbaik dari yang terbaik, pemimpin yang hebat dari kalangan yang hebat serta pemimpin dihati rakyat dan jasad serta hati nurani mereka dekat dengan rakyat. Mereka-mereka ini sahaja yang mampu Inshaallah, untuk membawa PAS standing dan sebaris, dihurmati diyakini dalam PR dengan PKR dan DAP, dengan perkasa dan penuh penghurmatan. Mereka adalah pemimpin utama tempat rujuk PR dan tempat membuat keputusan dalam kes-kes yang besar.


Kita Tangani, Kita Mengangkat Pemimpin


Pasti sememangnya semua perwakilan, semua pemimpin-pemimpin, semua calun-calun yang merebut jawatan bersekali dengan penyokong masing-masing. Mereka masing-masing telah bebaskan 100 % dari sebarang unsur rasuah politik dan rasuah duit, ianya bukanlah menjadi bunga budaya kedalam PAS, dalam memileh pemimpin. Dalam isu ini, mereka yang Pemimpin yang kaya dan elit nafikanlah bernafsu besar menangani pengaroh politik diluar syariat. Malulah dan hindarkanlah upah proksi merealisasi kempen mendapat undi, menawarkan bermatlamat usaha-usaha untuk mendapatkan penyokong dan kuasa.

Berkempen dengan berlapang dada diluar menyentoh, sigong dan sigai lawan kita yang juga pemimpin bersama-sama kita yang selama ini memperkasakan PAS sampai tahap sekarang. Semua calun-calun wajib membuktikan sikap amanah lagi bertanggungjawab. Menguasai diri dan suasana menghindarkan atau menimbulkan bibit-bibit unsur perpecahan di kalangan pemimpin. Pemimpin dan calun-calun jangan bertelagah merebut jawatan, sampai lalai dan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat, ahli dan penyokong menjadi keruan merasa bosan. Fenomina bosan ahli dan penyokong mampu mengugat sokongan kepada PAS dan mereka akan hilang kepercayaan kepada pemimpin. Ingatlah pesanan ini sekalipun pesanan dari blogger cokia.

Pemimpin Pas, para perwakilan di Muktamar PAS Ke 55 dihurmati. Anda semua pemimpin bijak dan pemimpin pandai jauh kehadapan dari saya yang kerdil ini. Tetapi kerdil dan jahil macam mana pun ruang nasehat dari hatinurani saya sentiasa segar dan membuak. Saksikanlah sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana pemimpin yang terlibat dengan politik rasuah wang, rasuah-tamak kuasa. Mereka mengutamakan puak dan keluarga, dan gila betina adalah penyebab utama tumbangnya kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Persoalan besar timbul ialah jika pemimpin sendiri berpecah belah dan terlibat pula dengan amalan-amalan buruk, maka bagaimana ia mahu menyuruh ahli-ahli, rakyat dan penyokong bersatu padu dan berakhlak mulia dibawah pimpinan kita?.

Kepada ahli dan pemimpin-pemimpin PAS, mereka sebenarnya arif dengan tegahan dari Junjungan Rasulullah s.a.w yang meminta-minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa satu ketika Abdul Rahman bin Samurah telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w:



Mafhumnya: “Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan”

Malanglah, sekiranya didapati blogger memperkenalkan calun-calun yang bertanding jawatan di Muktamar PAS Ke 55 nanti, mendapat upah atau pertolongan dipinta oleh individu yang bertanding, semasa memperkenal dan menaikkan dirinya melalui hasil karya blogger. Kepimpinan adalah satu tanggungjawab yang berat, bukan status rebutan untuk mendapatkan pujian sanjungan. Oleh sebab itu, Islam menegaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh ditagih-tagih mengikut desakan naluri dan nafsu semata-mata.
Bahkan, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, karisma dan ciri kepimpinan seperti bertaqwa, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijak melaksanakan tugas. Semuanya mesti kahadapan dari orang yang dipimpinnya.

PAS akan terus selamat sekiranya pemimpin yang ditakdirkan memimpin PAS, mereka adalah dikalangan sebagaimana Allah s.w.t telah mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan sebagaimana yang dilalui tunjukkan untuk dicontohi dari Junjungan Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubat ayat 128:



Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman.”

Menepati perintah larangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Ke-55, Dato' Mustapha Ali yang mana medium Harakah bercetak dan Harakah Daily tidak diizinkan berkempen untuk calon-calon. Mana-mana calon tidak berhak dan haram kepadanya, mengupah atau meminta sesiapa diantara blogger untuk menulis dan mengangkat dirinya untuk dipilih oleh perwakilan, kecuali diri sendiri menulis sendiri, masuk bakul mengangkat sendiri. Tetapi mana-mana pihak tidak terhad menghalang sesiapa sahaja dengan sukarela apalagi diluar pengetahuan calon-calon yang mereka mendapat sokongan dari medium media blog. Justeru saya memilih turut menyokong untuk jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Jawatankuasa Agong, di Muktamar Agong PAS Ke 55.


Calon-calon Disokong.

Timbalan Presiden: 3 Calon, kenapa Mat Sabu?

Terdapat tiga (3) tokoh calon terbaik didapati layak bertanding untuk dipileh oleh seluruh perwakilan. Tetapi saorang sahaja dikalangan mereka untuk disahkan menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS Ke 55 kali ini. Disinilah saya dengan gerakhati memberi sokongan sepenuhnya supaya sidang para perwakilan yang budiman, menjana minda dengan sepenuhnya melihat disudut positif. Bahawa parti kita PAS memerlukan sokongan padu dan gandingan yang seiring tokoh yang konsistan, berani bertempat, mampu berhujah dan patahkan hujah musoh walau berada dimana-mana medium.

Hatta sanggup berdepan dan bersedia menghadapi tribulasi dan menerima resiko. Sesungguhnya TG DS Presiden memerlukan saorang tokoh-pembantu yang serba berkemampuan, menjadi penyandang dan penyokong kepadanya disetiap masa dalam semua keadaan.Telah lama saya fikirkan dengan pengamatan berpandukan pengelihatan, pengalaman langsung, maka pengisian jawatan dengan tokoh yang wajar dipileh untuk Jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini, biarkanlah umpama jawatan dan tokoh seperti ”bolt and nut”, Demi PAS dapat terus mengorak melangkah, sebaris dengan watak keras bertempat, konsisten dalam mempertahankan PAS dan perjuangannya telah terbukti selama 30 tahun atau lebeh pengabdianya didalam kancah PAS.

Dizaman PAS berada secara solo, dalam Kerajaan Champoran, Kerajaan BN, diterajang keluar dari BN, PAS Persendirian, PAS dengan BA dan PAS lanie dalam Pakatan Rakyat. Hampir semua perjalanan panjang PAS telah Mat Sabu berjalan meniti bersama-sama PAS. Sekiranya para perwakilan nan budiman optimis bahawa dikalangan bertiga tersebut yang lebeh berupaya untuk era yang PAS hadapi sekarang dan PAS akan bersama-sama menghadapi, membuat persiapan, persediaan khususnya perbincangan untuk menghadapi PRU13 maka sahkanlah Mat Sabu menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS dimuktamar kali ini. Inilah masa yang terbaik dan masa yang perlu Mat Sabu diberi peluang, Inshaallah.

Bahawa calon yang kehadapan sebagai aset yang sentiasa bernilai tambah layak para perwakilan memilih dan mengundi adalah Yang Berbahagia Haji Mohamad Bin Sabu/Mat Sabu dan senonim dengan jerit kelui oleh rakyat majmuk memanggil dan mengenalinya Bang Mat. Dari anak muda nelayan, perais, pesawah dan petani, pengidap AIDS dan penghisap dadah, pemandu teksi dan lapisan penjawat marhaen mengenali mesra rakyat dan mesra pengundi dengan panggilan Bang Mat. Mat Sabu menjadi ikon kepada anak muda negara di sudut penerimaan multi racial. Mempertahankan hak negara dan hak rakyat, keluar masuk lokap dan menara gading ISA, semuanya dilalui.





Dalam sessi pertemuan rambang saya dibeberapa lokasi yang berlainan (di Kulim, Kuala Ketil, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Pongsu Seribu, Tasek Gelugor, Padang Serai, Bukit Mertajam, Bagan Dalam dan Bagan Luar) dengan 20 Melayu, 20 Ciina, 20 India dan 3 Siam tempoh dua bulan yang lepas (Mac-April 2009), 80 % dikalangan responden yang saya temui dikalangan bermacam posisi kehidupan dan pekerjaan. Tiga respondan keturunan Cina berumor 55 – 65, dua respondan India umur yang sama tidak mengenali Mat Sabu. Selebehnya bukan sekadar mengenali Mat Sabu, hatta mereka mengharapkan dalam pemilehan Muktamar yang akan berlangsung, baik kalau Mat Sabu berjaya menjawat Timbalan Presiden PAS.

Lebeh dari itu respondan Cina, India dan Melayu mengharapkan Mat Sabu wajarlah dipileh bertanding sebagai calun Parlimen PR dari PAS di Tasek Gelugor untuk PRU13 nanti, itu adalah kata, harapan serta pendapat mereka. Dikalangan respondan Melayu lebeh dari separoh Cina dan India, ketiga-ketiga Siam amat mengharapkan supaya Bang Mat mereka dipileh menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS diatas faktor:-

1. Bang Mat/Mat Sabu jujur dalam memperjuangkan nasib orang Melayu, nasib orang Cina/Siam dan India walau berdepan dengan cabaran dan dirinya sendiri di cemuh oleh orang Melayu UM No-BN. Ia kental menghadapi cabaran dan rela dirinya mendapat resiko besar dalam menunaikan amanah tanggungjawab.

2. Bang Mat/Mat Sabu konsisten dalam memperjuangkan demokrasi dan mempertahankan demokrasi. Sanggup mengepalai beberapa demontrasi besar negara. Menghadapi ancaman PRRM/FRU dibelasah dicekup dikilas. Dibasahi air beracun water canen, disumbat kedalam black barua, dikasari ditendang , terajang , dikurung dalam lokap. Semuanya kehadapan untuk tegakkan demokrasi dilaluinya hampir 30 tahun melebihi jangka hidupnya sekarang.

3. Bang Mat/Mat Sabu mampu meletakkan dirinya duduk bersama nelayan berpanas terek merasai sendiri erti itu nelayan mencari rezeki dilaut, bersama penoreh getah, petani dan peladang kerana ibu bapanya adalah petani pesawah dan Mat Sabu hidup celah-celah kemiskinan ini. Mat Sabu mampu sebaris dengan Tok guru Nik Aziz dan Tok Guru beberapa kali memperakui bahawa Mat Sabu adalah orang istimewa (bukan OKU maksudnya) bahan ceramah dan hujahnya adalah mantap dan sentiasa hidup mengikut semasa dan fakta. PAS memerlukan manusia seperti Mat Sabu dihargai terus memimpin PAS dan dianjakkan setakat jawatannya untuk membantu Presiden YB DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang telah menang tanpa bertanding.

4. Bang Mat/Mat Sabu mudah berkira dan mudah rakyat hatta pengundinya untuk berjumpa diluar karpet merah dan temu janji. Bang Mat hemoi dengan rakyat dan pengundi. Sekalipun begitu Mat Sabu juga mampu berada diperingkat pentas antara bangsa. Diantara tokoh awal PAS yang pergi berjumpa dengan Imam Khomeini di Iran sebaik kejayaan Revolusi Iran hancurkan Shah Iran dan Amerika di bumi Farsi, maka Mat Sabu/Bang Mat diantara pemimpin PAS kerdil ketika itu kesana menemui Khomeini dan Hassan Bani Sadar, kalau tidak silap ingatan saya.

5. Bang Mat/Mat Sabu ini, perangai ramah dan menghurmati rakyat dan ahli-ahli PAS samada sahaja, samada bergelar wakil rakyat AP atau sekadar jawatan biasa dalam Parti. Saya terkedu seorang teman Cina (arkitek dari Bagan Dalam – usia akhir 30han) menyuara keberanian pendapatnya, sekiranya PR memutuskan Mat Sabu bertanding di Parlimen Bagan yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina. Sekiranya calon BN itu dari Cina berdepan dengan Mat Sabu, kaum cina pasti memenangkan Mat Sabu diluar kerana bangsa. Tetapi faktor Mat Sabu yang orang istemewa, memperjuangkan rakyat negara, jauh lebeh baik dari ”Satu Malaysia”.

Itu semua adalah pendapat responden yang saya perolehi daripada respondan bebas dan berpehak sebagaimana diatas. Secara pribadi saya melihat dayatahan dan dayauji, khususnya ketaatan, kesetiaan Mat Sabu kepada PAS tidak pernah berubah atau seperti sesetengah pemimpin yang bersifat ’gasing paku longgar’. Ketika mana sahabatnya ketika dulu menyertai UM No pada 29 Mac 1982 iaitu mantan Presiden ABIM Akhie Anwar Ibrahim, kini adalah Ketua Umum PKR juga AP Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Sekiranya ketika itu Mat Sabu turut menyerbang menjual perjuangan kedalam UM No, pasti Anwar Ibrahim bersekali menyiapkan tempatnya samada bertanding di KADUN atau di KAPAR. Pasti ia akan jauh menggorak langkah lebeh besar.


Tetapi Mat Sabu tidak begitu. Hidup matinya adalah bersama dengan pusingan kisaran PAS. Ketentuan Allah-lah, Mat Sabu memileh perjuangan yang berduri dan beranjau, terus bersama PAS. Dan Mat Sabu pertama kali bertanding dalam PRU bersama-sama dengan Anwar Ibrahim calun UM No-BN untuk Parlimen Permatang Pauh di PRU1982 iaitu 22 April 1982. Manakala Mat Sabu menjadi calun PAS untuk KADUN Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh dimasa dan tarekh yang sama. Mat Sabu menjejak kaki ke Parlimen menerusi dirinya kapasiti sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat diberi peluang bertanding di KAPAR Kubang Kerian sebanyak 2 kali dan sekali dan menjadi AP Kuala Kedah sepenggal.

Sejak PRU1982 sehinggalah kepada PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, tidak pernah Mat Sabu tidak dicalunkan oleh PAS mewakilinya walaupun diarahkan bertanding dimana-mana negeri, Mat Sabu tidak menolaknya. Inilah watak mudah Mat Sabu yang setia kepada parti dan setia kepada pemimpin tidak membantah terhadap keputusan yang diputuskan keatas dirinya. Jarang Mat Sabu menolak setiap undangan politik dan undangan sosial dari jemputan dalaman PAS, maupun jemputan dari PR untuk majlis-majlis perengkat negeri dan negara. Hatta undangan kecil dari penyokong, ahli bawahan pasti Mat Sabu memenuhinya, sekalipun dengan kelui atau ajak semasa kebetulan bertemu di pasar Malam.

Inilah bentuk pemimpin khususnya Timbalan Presiden PAS yang PAS perlukan untuk tempoh sekarang sehinggalah menghadapi PRU!3 nanti. Saya mengambil kira geografi dan imbangan jawatan sekarang agar tidak perwakilan melungguk melantek dari sebuah negeri sahaja atau zon dalam negara. Biarkanlah perwakilan bestari dalam meratakan pemimpin hadirnya dari semua negeri demi memperkasakan PAS. Maka wajarlah Timbalan Presiden PAS dipileh dari calun Utara yang terletak Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Sementelah Pas itu sendiri ditubohkan di Kelab Melayu Bagan Dalam Butterworh Pulau Pinang.

Pentingnya Mat Sabu menjawat jawatan Timbalan Presiden adalah dengan mengambil kira untuk mengukuhkan lagi PAS di Kedah, PAS di Perlis dan Pulau Pinang termasuk di Perak, Inshaallah. Mat Sabu mempunyai hubungan dan tanggungjawab langsung, diatas persahabat ikrab, keluarga dan darah daging dengan Pulau Pinang, Kedah, Perlis maupun Perak. Faktor dan fakta ini, perwakilan yang prihatin lagi budiman, wajar membuat kajian, membuat perhatian, serta memberi komitmen utama untuk memperkasakan PAS di Utara yang cukup potensi dan mengharapkan nilai tambah dari Mat Sabu, maka perlulah perwakilan dalam Muktamar PAS Ke 55 memileh dan tidak terlepas pandang memenangkan Mat Sabu untuk menjawat jawatan TIMBALAN PRESIDEN PAS, Inshaallah. Allah huakbar!!!!! Allah huakbar!!!!! Allah huakbar!!!!!




Naib Presiden: 5 Calon, kenapa YB Salahuddin Ayoub 1 diantara 3 Penjawat?

Sehubungan dengan calun Naib Presiden PAS, saya tidak melakukan inisiatif sebagaimana info dan maklumat perlu untuk saya mendapat nilai tambah dalam memberi sokongan dan dorongan perwakilan memileh Mat Sabu. Tetapi saya, Alhamdulillah dapat dengan kaseh sayang hatinurani untuk memberi input berguna kepada sidang perwakilan terhurmat kenapa dan mengapa anda perwakilan wajar (wajib) tidak terlepas pandang dan membuang peluang yang bernilai lagi berharga dihadapan anda untuk menempatkan peluang memberi undi perjuangan undi keramat anda perwakilan untuk menghantar dan meletakkan YB Haji Salahuddin Ayoub menjawat jawatan salah saorang di antara Naib Presiden PAS yang bertiga dipileh tersebut adalah Salahuddin Ayoub.

Kenapa wajar memileh YB Salahuddin Ayoub untuk menjawat Naib Presiden PAS dalam Muktamar PAS Ke 55 ini? Salahuddin Ayoub merupakan diantara tokoh pemimpin Dewan Pemuda PAS Johor di pertengahan tahun 1982. Johor adalah negeri yang dulunya udara dan desiran angin dan semuanya adalah cap keris bogel dan cap dacing. Ketika itulah salahuddin Ayoub menjualkan dirinya di dalam PAS parti yang diyakini beliau sebagaimana saya yakini adalah pilihan yang tepat dan benar dalam mengisi perjuangan didunia dan diakhirat walau berdepan dengan penderitaan. Susah dan payah disudut mendapat limpahan rezeki. Ianya mencekam duri dan api setiap langkah mengekori landasan perjuangan. Tetapi dihadapan ahli sentiasa senyum dan mampu membicarakan masalah penderitaan rakyat, ketika yang sama ia juga berada dizon yang sama.

Ia menelan dan memamah semua penderitaan dan susah payah dalam memimpin, sekali pun diri beliau menunai setiap undangan wajib parti, pernah untuk pulang sebaik tamat mengisi progrem sakunya berbaki RM3, terganggu juga progrem dipenuhi itu memikirkan tambang bas untuk pulang jauh dari cukup. Banyak lagi laluan lebuhraya derita dan airmata yang jenis manusia Salahuddin Ayoub ini berahsia dengan rakyat dan pengundi yang kehadapan dalam hidup darinya. Untuk memenuhi undangan sekiranya menghadapi pembiayaan, dua tiga sahabat dihubungi, sahabat-sahabat tersebut mengerti dalam bahasa perjuangan dan dalam bahasa mengerti membaca panggilan kawan, dan mereka menyelesaikan, untuk membolehkan Salahuddin menyelesaikan permintaan parti walau Salahuddin sendiri dipagari kesempitan.


Dengan istiqamah yang tinggi, dorongan bini dan keluarga yang tinggi dan mewangi kasturi, Salahuddin mendapat tempat dalam saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS diera mula Ustaz Abu Bakar Chek (Datuk Ustaz Abu Bakar Chek), dizaman Mat Sabu, diera Haji Mahfuz Omar (lanie Datuk Haji Mahfuz Omar) akhirnya beliau sendiri Salahuddin Ayoub menerajui Dewan Pemuda PAS Pusat dalam beberapa tempoh dengan duka dan gembira meniti perjuangan dalam menangan dan ujian menerima kekalahan dalam PRU. Almarhom Ayahnda Yussof Rawa dan Almarhom Dato’ Ustaz Fadzil Noor adalah ikon yang beliau sanjungi tidak tolak bandingnya dan Salahuddin tidak akan membandingnya dengan Tok Guru Nik Aziz dan TG DS Haji Abdul Hadi Awang kerana berdua Tok Guru dipersada letak duduk masing-masing.
Diatas kapasitinya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, memandangkan Johor dulu adalah cap keris bogel tulin dan cap dacing, ketika itu PAS tidak ada tempat, tetapi tidak selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. PAS khususnya Pesurohjaya PAS Negeri Kelantan merangkap Mursidul Am PAS Malaysia juga YAB Menteri Besar Kelantan, meneruskan sifat terbukanya, majmuknya terus meneruskan KAPAR Kubang Kerian seolah-olah adalah diperuntukkan kepada calunnya adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Di Kubang Kerian-lah Salahuddin Ayoub mengenali dan menjejak kakinya ke Parlimen sebanyak 3 penggal. Salahuddin tidak boleh sombong dengan orang Kelantan khususnya pengundi di KAPAR Kubang Kerian, hata kepimpinan PAS negeri Kelantan yang menerima baik kedatangan beliau.
Umur kini telah memisahkan beliau YB Salahuddin Ayoub dengan DP PAS Pusat. Ertinya zon pemuda telah dilewatinya dengan cemerlang dan cemerlang. Disinilah seluroh perwakilan, wajar membuat analisis dan panduan dari parti lawan tentang baiknya satu-satunya sahaja contoh dapat kita pungut ambil dari UM No dijanakan. Iaitu mantan Ketua Pemuda mereka dipersadakan mereka terus didalam induk untuk menjana dan berbakti dengan lebeh perkasa lagi kepada parti. Perwakilan hendaklah membuat penilaian semasa dengan keperluan semasa parti kita PAS yang berada dalam PR dan akan menghadapi PRU13.
Pemimpin yang anda pilih hari inilah yang akan memimpin anda dan memimpin PAS dalam mengharongi lebuhraya perjuangan bergandingan dalam PR. Sepanjang Salahuddin Ayoub berada di Parlimen sebagai AP juga Ketua Dewan Pemuda PAS, semua pehak wakil rakyat di Parlimen, baik dikalangan PR PKR, DAP dan PAS sendiri hatta dikalangan AP BN memuji dan memperakui YB Salahuddin sebenarnya AP yang ke Parlimen melalui persediaan dan persiapan homework dan hujah yang berfakta dalam memenuhi sesi perbahasana disemua posisi. Hatta ketika beliau ke Mekah menunaikan ibadat Umrah, ketika itu Parlimen sedang bermesyurat, akhirnya yang tersimpan lama dipemikiran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pendekar Amin Mulia terkeluar dari mikrofon dikerusi speakernya katanya.

”Diantara AP Pakatan Rakyat dan AP BN, saya amat menghurmati dan menyanjung tinggi adalah YB Haji Salehuddin Ayoub KD Pemuda PAS, yang menghurmati saya semasa mempengerusi persidangan. Beliau patuh setiap arahan saya dan beliau berbahas dengan penuh persediaan kalau saya pinta berhenti beliau terus berhenti. Tetapi Yb Salahuddin sekarang bercuti kerana menunaikan Umrah”.
Diatas faktor dan fakta-fakta diatas, beriringi dengan turun padangnya beliau dimana-mana demonterasi untuk bantahan kepada keperluan mengangkat darjat bangsa negara, pasti Salahuddin Ayoub di situ berganding dengan Mat Sabu, Dr Hatta dan lain-lain. Lokap dan dikilas diterajang oleh Polis dan FRU telah lali dirasai oleh Salahuddin. Air beracun water canen FRU seolah menjadi sebati kepada kulitnya menjadi kebal untuk berdepan dan mempertahankan kebenaran, keadlan dalan perjuangan menentang kezaliman UM No-BN. Itulah Salahuddin Ayoub.
Ingatlah potensi dan kepentingan PAS di Johor, setanding dengan anak Johor juga yang menjawat jawatan Naib Presiden UM No iaitu YB Hishamuddin Tun Hussein. Maka amat bertepatanlah mantan Ketua Pemuda PAS diletakkan diatas paksinya yang selayaknya untuk memberi peranan dan menghulurkan sumbangan lebeh kahadapan dan kepercayaan diatas kedudukkannya sebagai salah saorang Naib Presiden PAS. Inshaallah PAS amat berpotensi di Johor berkembang mewangi dan pasti belaiu Salahuddin dalam PRU12 akan bertanding di Parlimen di johor atau menggalas bersekali dengan KADUN di Johor. PAS berpotensi besar di Negeri Sembilan dan Melaka.
Maka perwakilan ambilkiralah wajarlah pimpinan kanan PAS yang menjawat Naib Presiden PAS datangnya dari calun zon Selatan, maka pastilah calunnya adalah YB Salahuddin Ayoub, dipileh satu diantara tiga, Inshaallah. Justeru, wahai sekelian perwakilan dalam Muktamar PAS Ke 55, saya telah berhujah panjang, sudilah apa kiranya sidang Perwakilan terhurmat meletakkan dengan memberi undi keramat dan undi mulia anda dengan tentukan YB Salahuddin Ayoub adalah salah saorang dari 3 NAIB PRESIDEN PAS yang anda pilehkan, Inshaallah. Allah huakbar!!!!!! Allah huakbar!!!!! Allah huakbar!!!!!!






Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – 1/18 Pengisian. Kenapa YB Dato'Wan Abd Rahim Wan Abdullah?
Zaman awalnya sebaik tamt sebagai graduan lepasan Universiti Malaya dengan opsyen pengajiannya dalam pengajian Ekonomi-Iktisas, Wan Rahim Wan Abdullah senonimnya dikenali di panggil dengan panggilan Cikgu Wan Rahim. Pamggilan tersebut sehingga sekarang dipanggil oleh orang ramai terutamanya bekar pelajar dan ibu bapa dan waris kepada pelajarnya. (kecuali saya sehingga sekarang memanggilnya dengan penuh persahabatan Wan Rahim sahaja dan beliau dari dulu sampai sekarang Cuma memanggil saya “Sheikh” sahaja). Beliau bertapak sebagai saorang guru-pendidik di Maktab Kadir Adabi dibawah pimpinan UM No iaitu Datuk Hassan Haron dan Cikgu Elias Hassan (Cikgu Elias sudah pasti mungkin nama bapanya saya lupa). Cikgu Wan Rahim pernah menjadi tenaga pengajar di YIK dan menjadi guru di Mahad Mahamadi.

Saya rakamkan gambar YB Dato'Wan Abd Rahim Wan Abdullah sedang berbincang dengan sahabat lama saya pimpinan kanan PAS Pulau Pinang Ustaz Khalid Man, sedang berbincang barangkali berkaitan % keluar mengundi dan majority yang akan dicapai oleh Dr Mansor Othman, menang pasti menang. Cikgu Wan Rahim tidak mengetahui bahawa gambar yang saya rakamkan sekitar 10 pagi 31 Mei 2009 Ahad lepas di PRK N. 12 Penanti, sebagai gambar terbarunya saya pergunakan untuk kempen dirinya samasekalu diluar pengetahuan Wan Rahim. Mudah-mudahan Cikgu Wan Rahim mendapat tempat dihati perwakilan 1/18 diantara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Saya mengenali beliau diawal 1980han. Wan Rahim bergiat di Kota Bharu dan saya di Pasir Mas. Graduan ekonomi seperti Wan Rahim, sekiranya ketika itu beliau masuk dalam perkhidmatan PTD, saya yakin diatas dedikasi dan komitednya Wan Rahim dengan tugas yang dipikul, pasti beliau akan berada sebaris dengan jawatan Ketua Pengarah atau KSU, kerana ketika itu teman-teman seangkatan beliau yang mewarnai Perkhidmatan Kerajaan. Tetapi Wan Rahim adalah Wan Rahim, beliau terus menjanakan dirinya menghadapi kepayahan dalam hidup suka dan duka, sedangkan teman graduannya ramai telah berkeduudkan tinggi dan bersenang lenang. Beliau telah memileh PAS sebagai wadah perjuangan dirinya.
Dalam membina dan memimpin PAS diperengkat mula, dengan pendapatan yang tidak menentu, perjuangan mesti diteruskan. Diawalnya beliau menjadi pengusaha bersama isterinya membuat sendiri susu soya dan tauhu yang ketika itu amat jarang diusahakan oleh saorang graduan. Tetapi itulah Cikgu Wan Rahim. Beliau amat tajam dalam pembacaan pola pengundian, statistik dan seumpamanya khususnya dalam menghadapi rempah ratus PRU disudut memperlengkap dan memperkasakan PACA. Wan Rahim menerima sumbangan ilm pengetahuan langsung dari Almarhom Cek Hassan Ishak peguam (saya maseh terbayang wajah Cek Hassan tatkala saya menyebut menulis namanya. Orang handsome, berkulit puteh, tegas lagi berhemah dan sentiasa senyum – saya sendiri berguru dengan almarhom Cek Hassan sebagaimana Wan Rahim – al Fatehah untuk almarhom Cek Hassan).
Saya tidak bermaksud mengangkat ekor dan mengangkat bakul yang saya masuki, ilmu saya dalam bidang Pilihanraya dan Statistik pengundi, PACA dan sebagainya adalah setanding kebolehan saya dengan Cikgu Wan Rahim. Beliau juga berguru langsung dengan Almarhom Cikgu Ahmad Fakaruddin Pasir Mas. Saya 10 tahun berdampingan dengan Almarhom Cikgu Ahmad Fakaruddin kerana kami mendiami di Pasir Mas jarak rumah cuma 350-450m sahaja, ini adalah realiti. Setiap kali Ustaz Amaluddin Darus (juga Almarhom – Alfatehah) balek ke Pasir Mas dan kerumah anak/menantunya iaitu Haji Hanipa Mat Yatim (ketika itu Exco KN Kelantan BN dari Berjasa bersama abangnya Haji Daud Yatimi – akhirnya semua mereka adalah kawan dan sahabat saya dalam PAS)).
PAS telah mematang dan memasakkan Cikgu Wan Rahim ertinya dalam berdepan dengan perjuangan hakiki. Beliau Cikgu Wan Rahim berada dalam zaman PAS dibawah Almarhom Dato’ Muhammad Asri Haji Muda, Dato’ Ishak Lutphi dan Dato’ Muhammad Nasir sebagai MB Kelantan. PAS Kelantan dibawah PSJ Dato’ Asri. Pentingnya Wan Rahim juga menyaksikan bagaimana Ustaz Nik Aziz Nik Mat sebaik balek dari Muktamar PAS di BPD KL selepasa Pas tewas merudum !982. Kami menyaksikan sayang kaseh kepada Almarhom Dato’ Asri tetapi keputusan yang tuntas ketika itu maka berlakulah perletakkan jawatan PSJ PAS Kelantan dan diambil aleh oleh Ustaz Nik Aziz. Bermulanya dipersadakan Ulama dan Profesional kembali menerajui PAS Kelantan dan diperengkat Pusat.
Dengan jawatan parti yang beliau pegang khususnya bergandingan dengan Ustaz Halim Abdul Rahman (mantan TMB) terus merancang dan merancang untuk PAS menghadapi PRU. Saya cuma perkatakan ia amat rapat dengan Ustaz Khizir Khatib juga guru saya dalam mengenali politik disamping Amaluddin Darus. Cikgu Wan Rahim-lah mengganti tempat Uctaz Khizir Khatib bertanding di Parlimen Ulu Kelantan selepas almarhom buniyamin Yaacob kalau tidak silap ingatan saya (Parlimen atau state). Cikgu Wan Rahim diamanahkan menjadi Pengarah Pilihanraya PAS dan berdepan dengan PRU1990 dan beliau tidak bertanding samada KAPAR atau KADUN ketika itu. Akhirnya PAS dan APU mencapai kemenangan besar ketika itu.
Cikgu Wan Rahim menjawat Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Pengarah Pillihanraya dan menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada MB YAB TG Dato’ Nik Aziz Nik Mat, ketika ini beliau merasai berbaloilah penant peluh beliu selama semasa mewakafkan dirinya kedalam PAS. Selepas itu menjawat jawatan Speaker DUN Kelantan mungkin tempoh 10 tahun lamanya. Akhirnya dalam jawatan Parti bergandingan dengan mantan/ketua Dewan Pemuda kami dahulu iaitu Cikgu Pa – Dato’ Mustapha Haji Ali sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Timbalannya sampai sekarang adalah Cikgu Wan Rahim - YB Dato'Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Memandangkan posisi dan kedudukkan dirinya yang sendiri layak untuk mendapatkan tempat mengisi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, dengan mengambil kira ramai calun dari Kelantan dikalangan Ustaz dan Ulama’, maka peluang kepada posisi khusus YB Dato'Wan Abd Rahim Wan Abdullah hendaklah perwakilan sekelian mengambil kira kepenting dan keutamaan Cikgu Wan Rahim sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, biarkanlah perwakilan melantek beliau mendapat tempat satu dari 18 kekosongan. Kenapa dan mengapa? Inshaallah saya memandang jauh kehadapan, jawatan yang disandang iaitu Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, memerlukan pengurbanan besar untuk menjayakan jawatannya apalagi sehingga menjelang PRU13 nanti.
Setidak-tidaknya sebagai insan yang jenis sedia berkurban dan terus berkurban, PASTI PAS sekurang-kurang terlepas beban untuk menanggung perbelanjaan besar perjalan melunaskan kerja ke Sabah dan Sarawak. Saya yakin dengan pencen yang dikecapinya dari hasil perkhidmatan sebagai speaker dapatlah YB Dato'Wan Abd Rahim Wan Abdullah mewafafkan pembiayaan penerbangan untuk dirinya sendiri semasa ke Sabah dan Sarawak. Percayalah ramai diantara pemimpin sekalipun baik kerana tekanan ekonomilah mereka menarek diri dipersada kepimpinan kecuali menjadi pendinding PAS yang tegar. Faktor dan fakta ini perwakilan wajar mengambil kira, pembiayaan penerbangan besar untuk menunaikan tugas disana.
Maka wajarlah dengan jawatan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat amat cantek sekali parti dam muktamar perkukuh tambahkan kepercayaan kepada YB Dato'Wan Abd Rahim Wan Abdullah sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, memberi peluang kepercayaan mandat parti PAS suara Parti PAS semasa selama beliau menjalankan tugas-tugasnya di Sabah dan di Sarawak, yang pasti beliau akan sentiasa kesana berkunjung untuk memperkasakan Jabatan Pilihanraya PAS Sabah dan Sarawak untuk menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Justeru sokongan dan pandangan saya supaya perwakilan muktamar budiamn memileh beliau kerana keutamaan dan memangnya memerlukan.
Selamat bermuktamar mudah-mudahan calun saya sokong ini mendapat tempat dan bersesuaian dengan pemikiran dan pemilihan perwakilan semua. Saya yakin Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat iaitu Ahli Parlimen Kota Bharu YB Dato'Wan Abd Rahim Wan Abdullah sekiranya peluang diberikan menjawat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah demi untuk memperkasakan PAS mengikut keperluannya, Inshaallah. Allah huakbar!!!! Allah huakbar!!!! Allah huakbar!!!!
SELAMAT BERMUKATAMAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Isnini - Jam 10.20 pagi
1 Jun 2009 Bersamaan : 7 Jamadilakhir 1430
Rencana disiapkan oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB