Thursday, October 27, 2016

GURINDAM KITA - NEGARA DI RUNDUNG MALANG



GURINDAM KITA - NEGARA DI RUNDUNG MALANG
Mekar dan kembang, dara berhias di Jerantut
Adat habis santan diperah, hampasnya di buang,
Soalan pembangkang, Najib rimas panas buntut
Perbahasan K Pembangkan, Najib 1MDB tuang.

YB Ustaz Idris Haji Ahmad AP PAS Bukit Gantang
Petah berhujah, berani bijak memberi alasan,
Disisi Najib kleptokrasi, 1MDB menjadi pantang
Jangan pakat gatai mulut, mahukan penjelasan.

Sedulangan hidangan pagi, air jampi secangkir
Air jampi secangkir, dimasokkan pula biji selasih,
AG  Ghani Patail, Najib TAR 1MDB pantas singkir
AG baru Apandi, kompom sah Najib suci bersih.

Minda jiwa yang merdeka, bahasa jiwa bangsa
umNO(b) sekarang berjuang, pekukohkan kantong,
Bukan AG, penjawat lain turut menjadi mangsa
Tembak di Besut, ada disimen sumbat dalam tong.

Kerajaan tua Langkasuka, Merung Mahawangsa
Sayang rajanya mangkat, tersusuk busar panah
Darah bayak yang keluar, pakaian menjadi lusoh,
1MDB puakanya mega, Najib tidak memilih mangsa
Asalkan diri-bini selamat, sekalipun Negara punah.
Bila  suara bertanya, sepantas kilat menjadi musoh.

Dahulu ekonomi Negara menjadi merudum lemah
Ia dkaitkan dengan dalang Yahudi penyangak Soros,
Berbuih mulut Najib ucap, perbelanjaan berhemah
Tapi Rosman bininya hidup mewah berjoli dan boros.

Terlerai sudah, perbalahan di Tanjung Bidara
Puncanya sekawan keluarga, rebut harta pesaka
Pesaka direbut, sebidang tanah seluas sedepa,
Bagan Serai puji tinggi GST, penyelamat Negara
Hakikatnya GST, rakyat marhean menjadi mangsa
Kos barang jadi tinggi, rakyat diundang jadi papa.

Keris dijampi asapkan  kemian, titis limau purut.
Sisa-sisa  tawar mentara, pawang letak kebawah,
Najib kleptokrasi berpesan, rakyat kena ikat perut
Haramjadah, sedang hidup mereka mega mewah.

Seminggu bekwah perdana, gulai daging kawah
Ada makan dibangsal, ramai yang sedang berbaris,
Sedang Najib-Rosmah hidup mereka boros mewah
Harta rakyat disundal, macam harta pesaka diwaris.

Persepsi 1MDB, aktornya mula gundah gulana,
Jiwanya menjadi sengsara, suasana tidak bahagia
Menanggong penderitaan yang sarat dan berat,
Najib TAR menteri kewangan yang bijak laksana
Sambil jadi perdana menteri, sampingan berniaga
1MDB  pusat lanun, transit harta khazanah rakyat.

Asisi syaitan, kudeta kerajaan sah Presiden Morsi
Trajidi burok rakyat Mesir, dunia tidak mengadili,
Nazri menteri pelancongan, dapat stop promusi
Najib 1MDB johan abad ini, Negara sudah dikenali. 
IBN ABDULLAH ALAWAB
27 OKTOBER 2016 – KHAMIS – 12.00 TH.

Tuesday, October 25, 2016

SELOKA BAJET 2017 – BANGKAI MEMBUSONG.

SELOKA BAJET 2017 – BANGKAI MEMBUSONG.

Dulu Khir toyo, hadiahkan penyapu
Tulah, hilang kuasa terbang kerusi,
Kerana ampu, jadikan Najib merapu
Presiden umNO(b) lanun kleptokrasi.

Kangkong merah di hujung kampong
Kelantan kata timun Cina, itulah temikai,
Kong kalikung, umNObN sepakat lindong
Kabinet Najib kleptokrasi menjadi bangkai.

Memikat melamun, tekunnya menenun
Emas perak dan suasa, di canai di lebur,
1MDB syarikat penyamun, jemaah lanun
Najib kleptokrasi, khazanah Negara lebur.

Saka keturunan menganas membara
Rose tundokkan suami, nasi kangkang
Puaka 1MDB, jadi malapetaka Negara,
Najib menuding angkara pembangkang.

Bengkak bengkil, akhirnya menanah
Kepala botak, licin bersinar tanpa uban,
PM kleptokrasi pemimpin pecah amanah
Kebalkan diri, parlimen dijadikan kurban.  

Ahli umnO(b) marah, berpaling tadah
Najib - Rosmah, guna jet mengembara,
PM jadi pemimpin, celaka haramjadah
Jadi barua nafsu pengkhianat Negara.

Menambun tanah di pintu kuala muara
Jadikan dataran, untuk beriadah bersokan,
MP Tambun YB Husni Hanzalah bersuara
Kenapakah 1MDB Najib TAR tubohkan?

Warisan Bugis, lanun di sintok hulubalang
Presiden umNO(baru) lembit, tetapi gagah,
Mantan menteri pitih, dah buka tembelang
Beranikah pecacai, pengampu menyanggah?

Madatori gantong mati pengedar dadah
Masih lagi link pengedar berani dan agas,
Pekong Presiden umNO Husni telah dedah
PDRM, SPRM, KPN, AG silalah jalan tugas.

Taatkan Allah, pulihara Negara adalah wajib
Rakyat Negara bangsa, jangan berbelah bagi,
Husni dulu menteri jaga 1MDB, pertikai Najib
Wahai rakyat marhean bawah, tunggu apa lagi?

YB Hanipa Maidin ahli parlimen Serdang
Musibah sakit kronik,  disembohkan Tuhan
Ramai musoh yang menghina berulang tubi,
Pemimpin parti lama, Najib diberi serandang
Pemimpin lanun penyamun anta petahan
Adakah anta berpandu hadis junjungan Nabi?

Hospital Tjg. Rambutan, kembarnya Tampoi
Penghuninya ceria, ramai mereka peramah,   
Ada menteri cabinet dapor Najib, mulutnya capoi
Legasi Tun DrMahathir, sanggup nak dimusnah?

Melayu Cina India Siam Dayak dan Iban
Ingat Presiden umNO, gelagat spesis kera,
Kalau cabinet Najib, nak ikut cara Taliban
KLCC, KLIA, PWTC, P’jaya letuplah segera?

Unta tunggal sesat di baham serigala
Kata gah gagah, tetapi kepala di kerkah,
Najib nak kambus dosa, dia buat pahala
Duit curi, hantar pegampu pergi Mekah.

IBN ABDULLAH AL AWAB

SELASA: 25 OKTOBER 2016

Monday, October 24, 2016

PANTUN SIDANG PARLIMEN OKTOBER 2016

PANTUN SIDANG PARLIMEN OKTOBER 2016

Karipap Mek Bunga, intinya kentang
Sedap dimakan, kenyang tak terkata,
Bajet sedap telinga, Najib dah bentang
Rosmah tak menteri, dapat RM85 juta.

Menyusu kera dihutan, pelihara panda
Minda Tanjung Rambutan, tangan puaka,
Belanja JPM Najib tambah berlipat ganda
Senang mewah berjoli, belanja ikut suka.

Keranamu 1MDB, ramai Najib sudah cantas
Untuk membendong, mengawal suasana,
Bajet 2017 Najib, smart cantik diatas kertas
Hakikat sebenar, Najib tak mampu laksana.

Dah ramai kerana 1MDB, menjadi mayat
Diperkatakan rakyat di kota di kampong,
Najib1MDB beretorit, perbodohkan rakyat
Ekonomi kukuh, hakikatnya dah lompong.

Nasi dalam periok, air di isi dalam cawan
Dimakan diminum Rosmah gedit berhias,
Heboh  AP pembangkang keluar dewan
Najib jadi kleptokrasi, kenapa tak dibahas?

Oh say men, tukang kayu & tukang simen
Najib Rosmah menteri, pagi raya berdangsa,
AP umnO(b)bN, membela Najib di parlimen
Bukan membela, nasib hidup rakyat bangsa.

Berlenggang berjoget, menari nyonya
Nyanyianya merdu, bersuaranya juara,
Bentang bajet, celoteh Najib bertanya
Siapakah sebenarnya main sendiwara?

Nelayan Kg. Sanglang, petani Kubang Rotan
Pekerjaan warisan diwarisi, cukup serasi,
AhPar pembangkang, jawab respon spontan
Jawab tanya, siapakah MOJ lanun kleptokrasi?

Bunga kebangsaan, bunga melor cempaka
Dipetik di simpan rapi, di dalam upih,
Perbahasan bajet KP, Najib absen tak peka
Inilah namanya, kata dulang paku serpih.

Berok disusu, Najib membela panda
Panda tidak tidor, dibaroh dilembah
Dia beradu diami macam Najib di vila,
RUU 355, sekadar menambah denda
Perkasa mahkamah, merotan ditambah
YB Marang, bacaan kali kedua bila?

Bila air surut, turun kelaut tengok bubu
Ketika pasang, pakat-pakat memancing,
RUU355 di parlimen, dah menjadi kelabu
Mungkin AP Marang, Najib dah kencing?

Boros joli bermewah, Najib Rosmah jadi bala
Rakyat sengsara, kos hidup naik setiap masa
Pemimpin jadi broker, ada yang jadi barua,
Mek Menteri lepas tangan, RUU355 jadi bola
Speaker dah bermadah,  dia tidak ada kuasa
RUU355 MP Marang, untuk baca kali kedua.

Memancing tenggiri, yang dapat kerapu
Tenggiri masak lemak, di campor petula,
Biarkan kita ditipu, jangan PAS jadi penipu
Kerana kena tipu, kita hebat dapat pahala.

IBN ABDULLAH AL AWAB
24 OKTOBER 2016 - ISNIN