Thursday, December 15, 2016

HIMPUNAN DEMO SONGSANG – NAJIB & HADI KINI MENILAI TAHAP SOKONGAN RAKYAT -DARI PARLIMEN KE KAKI 5.

HIMPUNAN DEMO SONGSANG – NAJIB & HADI KINI MENILAI TAHAP SOKONGAN RAKYAT -DARI PARLIMEN KE KAKI 5.

Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab - Tarikh : 5 Disember 2016 Ahad
Membakar menjana semangat perwakilan.  
PAU yang berlangsung di PWTC telah melabuh tirainya  petang 3 Disember 2016 Sabtu lepas. Presiden umNO(baru) dalam Ucapan Dasar Presiden & Ucapan Penangguhan, Najib bernada tinggi sarat dengan pesanan beremosi, bergegar dewan gegak gempita. Najib sedang bakar semangat perwakilan dan pemerhati agar peduli dan cakna kepada beliau. Wajib melindungi mempertahan dirinya elak di mamah malapetaka oleh tindakkan undang-undang dari dalam dan luar negara. Angkara penyelewengan 1MDB, derma RM2.6B, kleptokrasi dan banyak lagi kes. Kini sedang mengancam serta membelit dirinya sejak 5 tahun yang perit dilalui dirasainya. Terencat tugasan sebagai Presiden umNO(baru) dan menganggu kerjaya PM dan Menteri Kewangan.  
Sekiranya PWTC dibangunkan oleh Tun DMM dan YBM TRH dahulu, dibena dari batang nibung, beratap rumbia berdinding bertam, sah bangunan  itu telah ranap sujud menyembah bumi. Kerana terpukau dan terpaku, lali berlamunan mendengar Najib berucap, dok angkat ekornya yang bergelumang tahi. Perwakilan terlena bila dok memasang telinga mendengar Najib kirap kibas, bertujuan pulihkan semangat perwakilan dan pemerhati untuk berterusan beristiqamah menyokongnya walau tidak dedak di suap kemulut, kecuali dedak kepada pemimpin-pemimpin bertaraf 4 - 5 bintang sahaja berhak menerimanya. Semangat mereka menyala membara macam 1/5 bumi Isreal terbakar baru-baru ini.
Perwakilan dan pemerhati yang berada di PWTC, termasuklah yang mengikuti siaran live dari RTM, MediaPrima TV ¾, perwakilan dan pemerhati kenyang diasak dengan semangat yang berapi membuak-buak diungkap oleh Najib. Semangat mereka mendidih macam lahar gunung berapi yang matang untuk meletup. Benar, bila semangat  mencecah 300 c di kalangan perwakilan - pemerhati macam semangat “Si Pitong” baju pokah seluar pecah. Lantaran asakkan semangat sudah masok ke jasad perwakilan, cukup menjadi dan mujarab. Hebat macam watak hero “Incredeble Hulk”. Najib berjaya menjana semangat ahli parti bani Melayu dipentas PAU yang dipimpin dan di kelentongnya berterusan.  
Sejujurnya, perwakilan PAU menjadi mangsa pukau Najib, bila bola di tengah padang tanpa disedari Najib mampu pukau sembunyi bola tersebut. Hatta tiang gol bersekali dengan padang serta team pengadil dan ketua juri perlawanan semuanya telah digali jentolak, diubah Najib ketempat sulit lagi misteri tak disedari mereka. Najib menafikan tujuan dan matlamat PAU yang hakiki  yang menepati agenda diadakan setiap tahun. Justeru, semangat ahli umNO(baru) yang beku lesu terus negatif. Di bakar jasad tidak tidak mendatangkan kesan hangus, hatta terbang melayang. Jatuh ke Lautan Hindi dan  terdampar di gunung Monggolia. Melantun kembali ke Putarjaya dan Pekan, terus tekan tindas rakyat pembayar cukai.
Sebaik mereka melangkah keluar seusai PAU dari PWTC, andai mereka berselisih dengan musoh politik ciptaan dan  musuh politik bikinan yang Najib garapkan, tentulah mereka akan balun sakai menjadi bangkai dan cincang lumat. Sebab mereka kenyang dengan semangat + dedak  yang diumpankan oleh  Najib, jadikan semangat  mereka tak ketahuan. Tersemat didada dengan azam tinggi untuk membela mempertahankan Najib. Mereka telah Najib sintuk pelimau di PAU di PWTC gelanggang yang keramat, untuk berdepan melawan dengan tuduhan malapetaka dan bala hantu Atantuya, penyelewengan 1MDB, derma Arab gila RM2.6B dan lain-lain yang menganggu dan membelenggu Najib. Bini keduanya dan anak tirinya. Kini Najib menjadi resah, gelisah tak kesudah sejak akhir-akhir ini.  
Termasoklah betapa hebatnya geng ketua baju merah pembela setia Najib, Jamal al Jamban. Perkasa lagi berbisa puak baju merah ni. Naga Tasik Cini mereka seru naik kedarat mengeliat, mereka pakat-pakat sepak terajang, manakala kepalanya pakat pulas luku dan cungkil matanya buat sup. Semuanya bertujuan untuk undang gempaq dan takutan kaum Cina DAP, Tun DMM dan penyokong setianya. Tetapi ianya cuma gempaq keling sahaja termampu Jamal Jamban persembahkan. Najib sanggup kurban dan musnahkan rakyat negara bangsa, untuk selamatkan dirinya. Cheh! Bedebah.
Menjana fitnah, hasutan jadi agenda.
Ucapan Najib yang berasap untuk panas semangat perwakilan, serentak memberi amaran bersifat fitnah tersusun kepada perwakilan dan pemerhati. Najib terus membodohkan minda sekelian bani Melayu dalam realiti demokerasi berparlimen yang berfungsi dalam negara. Tujuan Najib adalah untuk jaminan melindungi keselamatan dirinya. Najib merejam mendomba fitnah betapa bahaya, kejam dan jahatnya Cina DAP kepada bangsa Melayu, kalau mereka berkuasa selepas PRU 14 nanti. Najib menghina dan mencela habis-habisan mantan PM 22 tahun Tun DMM juga mantan Presiden parti yang Najib warisi dan mencabulinya kini.
Najib berganding dengan kuncunya, berjaya 200% menguasai perwakilan PAU menjadi bisu untuk bersuara. Cuma perwakilan ditatih diasuh menjadi  kaki pengampu tegar. Jangan utarakan soalan, pertanyaan yang menjurus menjerot lehir jemala Najib. Jangan bersuara tentang malapetaka 1MDB, derma RM2.6B dari Arab gila  ke akaun Najib. Speaker tetap menghalang perwakilan untuk bincangkan malapetaka membeban negar dibincang dalam PAU. Hau! Hau! Hau! Justeru Najib memaksa agar perwakilan dan semua ahli umNO(baru) wajib walak yakni taat dan setia tuntas kepadanya sebagai pemimpin @ Presiden umNO(baru) tanpa berbelah bagi seperti taat patuh dekat Nabi. Perkataan walak dijadikan tangkal azimat jaga lindungi Najib. Menerima pakai perkataan mencengkam parti bani agama PAN Islamic Party, di pelupor oleh Haji Hadi. Bala menimpa  umat negara, bila pemimpin parti agama dan bani Melayu, berterusan membodoh dan pekuda ahli sendiri, demi kepentingan pribadi mereka.
Inilah untungnya Najib menerima dan mendapat nasihat dari Ulamak Dunia No 2 (anta tulung ana, ana bantu anta fulus wal lulus) wajib taat setia @ walak tuntas kepadanya. Bukan untuk kukuh perkasakan umNO(baru) dan menyelamatkan negara. Selamatkan rakyat dari belenggu tekanan hidup yang melanda akibat pukulan bahana kecelakaan 1MDB. Sekarang rakyat berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang amat perit serta membebankan. Harga barang naik setiap minggu kerana bahana cukai GST. Perasaan emosi fizikal rakyat marhean tertekan. Sedangkan rejim kerajaan Najib terus boros joli seperti sediakala, tanpa tanda Najib cakna untuk memberhenti dari pembaziran wang rakyat pembayar cukai dipergunakan bukan ke tempat yang hak dibelanjakan.
Najib serta bini ke2nya dan jemaah kabinet terus bersuka ria diatas penderitaan rakyat marhean mustaafin. Najib menari dan menyanyi  jadi budaya 5 bintang kehidupan mereka. Yoya yoya, yoya yoya. Shalala shalala macam orang gila. Najib tidak dapat menyelami mengerti dan  bersimpati mendampingi denyut nadi rakyat dulu dan kini. Rakyat benar-benar menderita sengsara dan merempat kerana memiliki seorang Perdana Menteri @ Menteri Kewangan utama tak ubah seperti kepala lanun kepala penyamun. PM1M’sia kini, terkenal di sentaro dunia dengan jolokkan tersohor “PM M’sia Kleptokrasi”. Rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang sempit dan terhimpit. Perbelanjaan keperluan harian dan sekarang menghadapi kos perbelanjaan persekolahan dan pembelajaran anak-anak yang cukup membebankan.
Malang, kini rakyat jelata pembayar cukai, terpaksa menjadi alat perkakas kepada Najib. Rakyat menjadi bank dana untuk menjana perbelanjaan dan pembiaan kerajaan. Setiap ringgit rakyat jelata diperas kerajaan kleptokrasi melalui potongan senyap subsidi peruntukkan untuk rakyat dikurang atau dihapuskan diambilnya secara dzalim kejam untuk menampong perbelanjaan kerajaan. Lebih celaka haramjadah (maaf belanja perkataan Najib sendiri – maaf) rakyat menjadi mangsa Najib, sediakan dana tidak langsung untuk membayar bunga hutang perniagaan  1MDB. Bila Najib share busines dengan spesis jin, syaitan, pelesit. Hantu raya dan hantu Altantuya serta iblis sebagai rakan kongsinya. Makan tak habis pukulan Najib and the geng. Padan muka rakyat, kebodohan kita beri undi kepercayaan kepada Najib umNO(baru)bN sebagai senjata ampuh beracun Najib sembeleh kita, sebiji macam rejim kerajaan Myanmar sembelih rakyatnya dari etnik Rohingya. Manakala Najib sembelih dengan 1MDB kleptokrasi.
Kini semua hak yang wajib diterima dan dinikmati oleh rakyat pembayar cukai telah dikhianati sepenuhnya oleh kerajaan rejim Najib TAR  umNO(baru)bN. Najib beristiqamah, terus menafi dan mencabul mengkhianati subsidi milik rakyat. Lepas satu babak kebabak, babak baru dibuatnya. Sebak lelehan airmata aku untuk menulisnya. Untuk bersama saksi dan kongsi penderitaan rakyat berterusan keranamu  Najib PM kleptokrasi.  
Celaka haram jadah pengkhianat (maafkan saya, pinjam & belanja kata2 Najib sendiri) kepada rakyat negara pembayar cukai. Inilah  rupa dan realiti sebenar, kerja utama  PM1M’sia @ MOF yang bijak laksana sekarang. YAB DS Najib TAR Presiden umNO(baru) Pengerusi bN, mencabuli janji di capati ketika berkempen meyakini rakyat, dan termaktup pula dalam manifesto bN dalam PRU 13 dulu. Hidup Najib!!!!
Najib melakar musuh menjana sokongan.
Najib telah mencaturkan adu dumba, untuk meyakinkan perwakilan dan pemerhati PAU, serta  seluruh bani Melayu dalam negara serta di luar sana yang mengikuti siaran langsung. Iaitu betapa bisa, jahat dan bahayanya si tua bangka 91 tahun, Tun DMM serta pengikut penyokong tegarnya seperti TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal, DS Mukhriz serta DS Husni Handzalah dll. Tun DMM di putar belit oleh Najib dengan mencerca serta menghinanya habis. Tun DMM negarawan ulung itu jadi bahan cacian penghinaan Najib dalam PAU. Najib melontar berdozen tuduhan fitnah berangkai. Bahawa kini, Tun DMM sanggup bersekonkol  duduk semeja  dengan kem politik kafir harbi DAP. Tun sanggup bersama dengan parti pembangkang yang lain dalam PH. Tun DMM menjadi pengkhianat dan penderhaka kepada negara. Dakwa Najib untuk menyakinkan 2.6B% kepercayaan perwakilan PAU kepada dirinya.
Temberang Najib bersungguh-sungguh, sekiranya selepas PRU 14 nanti, DAP berkuasa bersama-sama dengan Tun DMM dalam PH, percayalah kepada percakapan saya (rujuk Najib), “mereka akan hapuskan Raja-raja Melayu, hapuskan Mara Felda dan  sebagainya yang termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan”. Najib terus lepas peluang emas, di depan perwakilan PAU bertindak  untuk membersih dan sucikan dirinya dari semua tohmohan dengan membela dirinya sendiri, bukan mengharapkan macai kenyang dedak untuk membelanya. Najib wajib menangkis dan menepis sendiri dengan menafikan 1,000 km atau 1,000 kg tuduhan rasuah, salah guna kuasa, boros, menyeleweng, derma RM2.6B dari Arab. Malang petualang ini, terus simpan lipat malapetaka 1MDB yang dihadapinya, dibiar terus dan berlanjutan menjadi misteri.
Najib sewajibnya berjiwa besar, tampil dengan bergaya lagi yakin, menafi memberi jawapan dan alasan berfakta secara jantan. Berani menolak semua  itu-itu semua adalah rekaan fitnah untuk hancurkan krebiliti dan integritinya. Sewajarnya Najib guna pintu mahkamah untuk mengadilinya. Najib wajib tunjuk keberanian untuk tegakkan kebenaran. Melalui penyelesaian di mahkamah dalam negara dan dunia. Hakikatnya Najib seorang pengecut, penakut lagi bacul. Sayugia Najib dah bertindak mengheret dan menyaman  semua pembawa fitnah glokal (perkataan ciptaan Najib) ke mahkamah.  Sayang Najib abaikan peluang tersebut terus serabut bermain dikepala hotaknya. Sayang, malang sekali rakyat diajak mempertahankan dirinya pula. Celaka. Kegagalan ketakutan hakiki Najib, jadikan PAU medium larangan haram kepada perwakilan membicarakan malapetaka 1MDB dll. Kecuali PAU menjadi majlis  mengampu, memuji dan memuja Najib, untuk Najibterus bersikap kejam kalau kuasa terus diberi kepada Najib ini.
Samalah juga rejim kerajaan Najib haramkan AhPar membincang DOJ, 1MDB, laporan odit PAC, derma RM2.6B dalam persidangan Dewan Rakyat (DR) untuk dibahas. Tegahan dan haram untuk dibuka perbincangan, kerana semua itu melibatkan aktornya  adalah PM1M’sia @ MOf bijaklaksana yakni Najib sendiri. Jadi, Pendekar Speaker adalah vaksin penyelamat Najib yang mujarab dulu dan kini. Kerajaan Najib juga halang dalam Dewan Rakyat untuk bincang rejim kerajaan Myanmar yang ganas buas membunuh etnik Rohingya. Inilah tanda Najib seorang bacul pengecut dan pondan hakiki, maha takut sampaikan telor peliaq tersentot keperut. Najib pondan dalam Dewan Rakyat, tetapi nak tunjuk jantan kosmatik diluar dikaki lima stadium bergandingan Ulamak Dunia No 2.
Membisu, di Dewan Rakyat, lari berdemo di kaki 5.
Percaya dan yakinlah wahai rakyat negara bangsa pembayar cukai. Tun DMM dan DAP tidak mati diatas ugut balun sakai mencela oleh Najib dalam PAUnya. Tetapi pada 4 Disember 2016 DAP berjaya mengadakan persidangan agung tahunannya dengan jaya serta mendapat sambutan hebat. Semua Presiden dan ketua parti komponan pembangkang dalam PH hadir merai bersama-sama dalam perhimpunan DAP tersebut. Hatta semua ketua parti komponan pembangkng diizin berucap.
Terlebih manis lagi sejarah baru negara tercipta, bila mantan PM 22 tahun, mantan Presiden umNO(baru) yang dilahir oleh Tun DMM yang Tun kali kedua keluar menganggutainya. Turut hadir bersama isteri Tun Dr SAA dan diberi penghurmatan berucap dan sidang media. PAU umNO(baru) tidak mampu adakan peluang seperti ini kepada ketua-ketua komponan dalam bN untuk turut berucap, kerana curiga dan tidak percaya pada kejujuran dan keiklasan orang lain.
Ramai pemerhati dan blogger menyatakan kehadiran peserta dalam “Himpunan Solidari Rohingya” sekitar 10,000 paling nak lebih  pun 17,000 peserta yang hadhir. Sedangkan yang hadir  itu pula  70% - 80% daripadanya  adalah etnik Rohingya sendiri. Mana pergi bani Melayu ahli umNO(baru) dan ahli parti agama PAN Islamic Party?  Kalaulah tidak kerana mulut capoi Jamal al Jamban menyanyi, “a a a, bersih 5 gagal, bersih 5 gagal, bersih 5 gagal” seperti orang terencat akal. Macam Jamal baru keluar Kolej Tampoi. Makanya tidaklah sangat saya berhajat untuk memperinci kehadiran dalam “Himpunan Solidariti Rohinga” anjuran umnO(baru)bN + PAN Islamic Party dan kerajaan Putarjaya.    
Jamal sahkan himpunan  anjuran parti rasuahnya umNO(baru)bN, berganding dengan PAN Islamic Party dan kerajaan sukses. Bila Jamal bandingkan dengan himpunan “Bersih 5” gagal kata Jamal. Sekali pun ketua “Bersih 5” Puan Maria Chin Abdullah, ditangkap di zalami akta ganas SOSMA menjelang  “Bersih 5”. Sebagai individu wanita dalam sel tahanan Najib -Zahid, namun janji 19 November 2016 rakyat sejuta lebih membanjiri memenuhi dengan KL menjadi kuning kerana terus semarak “Bersih 5”. Lebih sejuta rakyat turun dengan berani dan megah  untuk  menyokong penuh himpunan “Bersih 5” dan solidarity dekat Puan Maria Chin yang berada dalam lokap.
Peserta “Bersih 5” terpaksa melalui laluan sukar ke destinasi himpunan. Perjalanan menjadi jauh berganda-ganda kerana sekatan menutup jalan dilakukan Najib. Semua peserta “Bersih 5” berdepan dengan ujian tribulasi halangan sukar. Najib dan kerajaannya berniat jahat secara terancang, bersepadu menghalang kebangkitan kemaraan “Bersih 5” yang fokasnya melawan Najib dan kerajaan bN dengan 5 tuntutan utama ‘Bersih 5’ oleh peserta. Sah tujuannya menghalang menyeksa peserta “Bersih 5”. Halangan perdana itu pun sejuta lebih rakyat menyertai “Bersih 5”secara sukarela. Apa khabar “Himpunan Solidariti Rohingya? Mana 300,000 macai yang anda jaja selama ini Jamal?   
Berbanding dengan ‘Perhimpunan Solidariti Rohingya’ walau ianya telah dihebahkan sediri oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi, ratusan kali dalam beberapa hari di Tv ¾ dan RTM. Hakikatnya kerajaan  sendiri memberi jaminan keamanan dan keselamatan. Tidak seperti halangan kepada “Bersih 5” dikenakan oleh kerajaan umNO(baru)bN dekat peserta “Bersih 5” yang lalu.  Menteri Dalam Negeri menjamin tidak ada-apa halangan sekatan dikenakan untuk umat Islam yang hendak hadir keperhimpunan ‘Himpunan Solidarity Rohingya’, 4 disember 2016 jam 8.30 pagi di Stadium Melawati.  Hatta kenderaan awam dan makan – minum free dihidangkan.
Malang seruan kerajaan pusat dan seruan pemimpin tertinggi umNO(baru)bN yang bergandingan dengan  Ulamak Dunia No 2 Presiden PAN Islamic Party diabai di tolak oleh rakyat, kecuali mendapat sambutan dari etnik Rohingya sebagai pelarian UNCHR berada dalam Negara mendapar perlindungan. Walau di PAU Najib tagih walak dan taat setia, bergema dalam PWTC macam akor bunyinya. Tetapi ianya tidak diterjermahkan diluarnya. Sayang ajakkan seruan misteri himpunan tersebut, rakyat respon menolaknya. Sekalipun tarohan Najib dan Hadi mengepalai himpunan tersebut. Kerana rakyat telah cerdik politik dan menilai scan pemimpin sekarang. Rakyat dok tengok, Najib dagang bangsa, manakala Haji Hadi dagang agama. Rakyat Negara bangsa telah sedar permainan dan percaturan politik murahan seperti itu
Di stadium waktu duha yoya yoya.  
Alasan Issu pembunuhan Rejim dzalim kerajaan Myanmar ini, keatas rakyat minority Rohingya di Myanmar, AhPar AMANAH Kuala Terengganu YBM Dato’ Kamrul Bahrin Shah telah memikul tanggungjawabnya mencadang usul di bawah19(a). Malang usul di cadang oleh KT telah ditolak tuntas oleh speaker Dewan Rakyat. Mengelak serta menghalang ahli parlimen untuk membahas dan membincangnya. Sayang parlimen menerusi DR tempat mulia tertinggi dalam Negara dihina Speaker DR  kerana kerajaan pusat pimpinan Najib bacul lagi penakut, tidak bersedia disegi mental dan fisikal menghadapi impak darinya.
Tolakkan Pendekar Speaker dalam persidangan Dewan Rakyat ianya mewakili suara dan keputusan kerajaan umNO(baru)bN di pimpin  oleh Najib TAR. Tindakkan Speaker dan PM itu, ianya memalukan Negara dan sikap sebenar kerajaan. Hakikatnya rejim kerajaan Najib pandang sepi diatas penyeksaan umat Islam Rohingya dibakar hidup oleh kerajaan Myanmar sendiri. Aneh, mimpi apakah yang melanda dan memberi nilai tambah semangat, Najib nak solidari umat Islam Rohingya Myanmar membukum dikalbu Najib. Najib sebagai Presiden umNO(baru), sebagai ketua Eksekutif Kerajaan @ PM1Malaysia nak turun demo di jalanraya @ stadium, tak ubah seperti hujan naik kelangit. Sedangkan dalam parlimen Najib umNO(baru)bN tolak tendang usul bekaitan.
Tidakkah kuasa besar di dalam genggaman Najib selaku Perdana Menteri. Najib berhak  memanggil Duta Manmyar mengadapnya dan menyatakan bantahan resmi kerajaan dan seluruh ahli parlimen Malaysia yang mewakili rakyar Negara bangsa membantah keras, terhadap kekejaman rejim kerajaan rejim Maynmar membunuh umat Islam Rohingya. Serta memanggil duta kita di Manmyar balik dan putuskan hubungan kerjasama diplomatic Negara dengan Maynmar. Itu adalah kuasa yang berada didalam tangan Najib sebagai PM Malaysia. Tindakkan itu adalah jelas PM berkuasa adakan, kalau Najib mahu dalam erti pembelaan sebenar untuk umat Islam di Myanmar.
Saya seribu kali sayang, Najib yang berjiwa kerdil, bertindak menggunkan peluang dari pintu sempit belakang untuk bertindak. Iaitu Najib bergandingan dengan Hadi Awang, nak mengetuai demo atas issu yang sama dikaki lima?. Inilah PM Malaysia yang gila dan sasau dalam tindakkannya.  Najib terusi  di tertawakan oleh sekelian beruk kera dibelantara yang memalukan Negara dimata dunia. Pada hemat saya, hakikatnya Najib nak test 3,000,000 ahlinya telah disuap semangat diasak dalam PAU, apakah sebenarnya perwakilan PAU dan ahli-ahli umNO(baru) akan bersama dengannya bergandingan turun ke stadium? Begitu juga Presiden PAN Islamic Party, memungkinkah ahlinya akan setengah juta turun?
Najib dan Hadi terkedu umat Islam tak ke stadium, seperti sejuta peserta “Bersih 5”.
Gandingan ulamak dan umarak dengan pemimpin parti lama agama PAN Islamic Party @ Ketua ulama Dunia No 2 Haji Hadi Awang. Ketika tarikh demo itu dibuat ditetapkan, PAU baru labuh tirainya di PWTC. Sudah barang pasti semangat yang mendidih membuak-buak diasak dipasak Najib di PAU, ianya mendapat respon perdana dari 3,000,000 ahli umNO(baru). Dan info tersebut juga pasti sampai kepada sekelian ahli PAN Islamic Party seramai 1,000,000. Barang pasti bila Presiden mereka Ulamak Dunia No2 adalah pemidato ulung dan doa selamat akan diketua oleh KDP PAN Islamic Party. Dahshad! Kalau 10% dari kedua ahli parti, respon dan turun sukarela kestadium. Angan-angan lekas segera Najib untuk bubar Parlimen Mac - April adalah hampir.  
Malang dan malu bukan kepalang. Rancangan Najib dan Hadi untuk pungut laba dan dapatkan keuntungan politik sokongan umat Islam di PRU 14 melalui  “Himpunan Solidariti Rohingya” terbantut, di Satdium Melawati 4 Disember 2016 waktu dhuha kecundang dan gagal menghimpunan kehadiran peserta seperti  rakyat negara bangsa sokong penganjur “Bersih 5” dan turun berhimpun lebih sejuta di ibu negara Kuala Lumpur.  Katakanlah kalau 30 % dari jumlah kehadiran peserta ‘Bersih 5’ sudah dikategorikan cemerlang. Sah Najib & Hadi kecundang. Kerana ahli parti yang mereka pimpin, parti bani Melayu umNO(baru) 3,000,000 ahli dan parti bani agama pimpinan ulamak dunia No 2 PAN Islamic Party ahlinya 1,000,000 orang. Mai kita pakat-pakat guna kaedah ilmu hisab bantu mengira kehadiran demo umNO(baru) + PAN Islamic Party selepas PAU.
Saya buat congakdan kira dengan ilmu hisab lama, tinjau kehadiran kehadiran ahli dari 2 parti, bani agama dan bani Melayu, sekiranya ahli umNO(baru) dari 3,000,000 juta hadir  setakat 10% seramai 300,000 peserta. Ahli PAN Islamic Party hadhir 10% dari 1,000,000 seramai 100,000 peserta. Dan Jamal Jamban yang mendakwa memiliki pengikut setia sentiasa rela berkurban seramai 300,000 dan hadir 50% berjumlah 150,000 ribu. Jadi jumlah kehadiran adalah 550,000 wajib hadhir kerana demo ini dikepalai oleh PM dan ulamak dunia No 2.  Sesungguhnya dengan dentuman satu negara dan satu dunia mendengar dalam ucapan pembukaan dan ucapan penggulungan PAU tersebut, yang api serta peluru semangat telah dimuntahkan oleh Najib TAR Presiden umNO(baru) sebagai hidangan dan sajian kepada azatizah perwakilan, pemerhati dan dzaif jemputan.
Bila Maghrib melutut di Myanmar.
Respon pantas sebaik yoya yoya dan shalala shalala di Stadium Melawati diwaktu dhuha, umarak Preseiden umNO(baru) Najib TAR ketua Kerajaan Malaysia bergandingan dengan Ketua Ulamak Dunia No 2 Presiden parti lama agama PAN Islamic Party Haji Hadi Awang. Di Ranggon ibu negara Myanmar di hadapan kedutaan negara kita puluhan Sami Buddha dan penganut Buddha telah membuat bantahan terhadap Najib diatas sikap dan pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya. Serta menghina Negara kita keranamu Najib.
Ketikamana Haji Hadi disisi dalam ‘himpunan  solidarity Rohingya” Presiden umNO(baru) PM 1Malaysia  DS Najib TAR, pembela umat dunia ditindas, Najib menegaskan beliau tidak akan menutup mata dan berdiam diri berhubung penderitaan Rohingya di Myanmar.  Malaysia akan berjuang rela shahid untuk mempertahankan hak asasi golongan etnik beragama Islam di Myanmar itu.
"Apa mereka nak kita buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan bisu sebab mereka ini mesti kita bela. "Kita bela bukan sahaja mereka seakidah dengan kita. Mereka ini adalah manusia, mereka ada hak. Nyawa mereka bernilai dan kita mesti berjuang habis-habisan!" kata Najib kepada peserta himpunan yang menguasai kehadiran dalam himpunan tersebut.
Malang PM1Malaysia 1MDB kleptokrasi ini, di stadium yoya yoya Shalala Shalala, semangat membuak sembang berdegar bergegar di waktu dhuha di Stadium Melawati, haramjadah (pinjam dan belanja perkataan Najib – maafkan saya kalau terkasar) petang Maghrib melutut sujud hantar wakilnya ke Myanmar, susun jari sepuluh pohon minta ampun maaf apa yang terjadi pagi tadi di Stadium Melawati. Nilailah sendiri jenis PM dari umNO(baru)bN bersekali dengan penasihatnya Ulamak Dunia No 2 @ Presiden PAN Islamic Party.
Baca dan hazam petikkan ini:-
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berada di Myanmar.
Kenyataannya itu susulan akhbar Myanmar Timesyang mendakwa Zulkifeli telah berjumpa dengan pemimpin kanan Myanmar untuk memperbaiki hubungan antara Yanggon dan Kuala Lumpur, berikutan kehadiran Najib pada himpunan solidariti bersama Rohingya, Ahad lalu.
“Ini (kehadiran Zulkifeli) amat bertentangan dengan sikap tegas beliau (Najib) pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur  Ahad lepas.
“Sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembunuhan dan kezaliman kerana negara tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam itu. “Kecuali kehadiran Panglima Angkatan Tentera adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah negara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan Myanmar Times semalam bahawa Zulkifeli bertemu dengan Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing. Mehdi Hasan on Myanmar leader Aung San Suu Kyi turning a blind eye to violence against Muslim Rohingya.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berada di Myanmar. Kenyataannya itu susulan akhbar Myanmar Timesyang mendakwa Zulkifeli telah berjumpa dengan pemimpin kanan Myanmar untuk memperbaiki hubungan antara Yanggon dan Kuala Lumpur, berikutan kehadiran Najib pada himpunan solidariti bersama Rohingya, Ahad lalu.
“Ini (kehadiran Zulkifeli) amat bertentangan dengan sikap tegas beliau (Najib) pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas. “Sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembunuhan dan kezaliman kerana negara tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam itu,. “Kecuali kehadiran Panglima Angkatan Tentera adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah negara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan Myanmar Times semalam bahawa Zulkifeli bertemu dengan Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.
Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab
Tarikh : 5 Disember 2016 Ahad
.
  





















Monday, November 14, 2016

SOLIDARITI DEKAR RAFIZI RAMLI

Rafizi! Kesat air matamu. Sesekali jangan anda biarkan ianya gugur kebumi Allah kerana keciwa dengan hukuman dari kerajaan Firaun moden. Rafizi! Allah sedang uji kamu, Allah sedang uji kamu, Allah sedang uji kamu. Adakah syarahan politik anda yang berani sebaris dengan hati nurani yang sesuci debu2 kaki kuda tentera Uhud. Rafizi! Iman mu yang kental, jiwa mu yang pejal, perjuangan mu yang telah merobek sebahagian umNO(baru)bN telah anda berjaya terjermahkan dalam diri anda dalam perjuangan anda. Berat mata memandang, lebih berat lagi bahu memikul. Rafizi! Rafizi! Rafizi! Anda telah boktikan kepada dunia, anda telah boktikan kepada sekelian pembesar2 PH dari DAP, PKR, AMANAH, BERSATU dan WARISAN betapa anda telah mewakafkan seluroh keranka jasad dan roh yang berbaki itu diatas nama perjuangan sucu ini menjejak sifu dan gurubesar mu DSAI untuk menyertainya merengkok didalam penjara. Ianya bukan kerana anda curi lembu, curi harta khazah negara dijual, anda bukan kerana menjadi kepala lanun kepala penyamun kleptokrasi milik rakyat negara. Anda sebiji menjejak sifu gurubesarmu kerana mengisi isi-isi perjuangan untuk menyelamat rakyat marhean dari kezaliman kerajaan firaun moden perwira Bugis. Wahai diri aku! Wahai Mat Sabu! Wahai Azmin Ali! Wahai LGE! Wahai Antoney Loke! Wahai Mahfuz Omar! Wahai Husham Musa! Wahai Mukhriz Tun DMM! Wahai Steven Sim! Wahai Maria Chin! Wahai anak mendiang Karpal Sing! Wahai Mujahid Yusoff Rawa! Wahai Nasir Mustafa! Wahai Cikgu Azman Nazaruddin, akan kita berpeluk tuboh melihat rejim Najib1MDB Kleptokrasi terus menganas? Ayuh! kita lawan kecelakaan ini dengan 19 November ni beramai2 ajak pengikut masing2 turun ke DATARAN MEREKA UNTUK KITA RAYAKAN RAIKAN BERSIH 5. KALAU TIDAK LEBIH RAMAI LAGI KERAJAAN FIRAUN MODEN INI AKAN TANGKAP DAN PENJARAKAN KITA SEMUA. JANGAN TAKUT DENGAN UGUT JAMAL PONDAN SB ITU.

Friday, November 11, 2016

MENYUSUR KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN – KURANG 14 JAM DARI SEKARANG.

MENYUSUR KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN – KURANG 14 JAM DARI SEKARANG.
Kadang-kadang perjalanan politik, bermain politik dan berpolitik dikalangan PH awalnya DAP, PKR dan AMANAH ianya saya nampak seperti pengurusan dan pengendalian sebuah  pasar borong walau tidak macam mengurus wrestling champions atau tomoi Siam digelanggang. Saya tidak berhajat melabohkan contoh-contoh untuk tambahkan parah PH, kerana rakyat pengundi sedang membuat penilaian dan scan kita akan kemampuan dan mandomnya PH untuk menyertai PRU 14 yang masanya cukup hampir dan mendesak.
Dikala Presiden umNO(baru), Pengerusi bN, AhPar Pekan Najib TAR menjadi PM1Malaysia @ Menteri Kewangan utama, rakyat amat benci kepada NajibRM dan sebagainya dengan cemuhan. Kemuncak kebencian dalam umNO(baru) itu sendiri umNO(baru)telah berpecah dan parah di Johor, Sabah dan beberapa negeri dalam Negara. Disaat itu jugalah kepimpinan dalam PH berlaga dikalangan komponan tidak resmi itu bertinju bergasak. Lebih malang lagi apabila sesama dalam parti kepimpinan tertinggi bertikam depan belakang atas nama bertanggungjawaban, ianya seperti sebilah mancis dibirai setangki petrol.
Sepatutnya setahun yang lepas, sewajarnya (bacaan erti kata wajib) PH telah mementeri dikanun terlebih awal. Berdiri megah dengan ditegakkan oleh PKR, DAP dan AMANAH untuk menentang dan bertembong langsong dengan bN dalam PRU14 nanti. Malangnya harapan dan kehendak rakyat yang tinggi menggunung itu kepada pemimpin PH, mereka lebur dan kubur dengan kurbankan harapan dan permintaan rakyat marhean pengundi untuk menyaksikan penyatuan berdaftar dengan ROS. Kerana pemimpin PR mereka lali dok perati seronak tengok umNO(baru) berpecah, dan kepimpinan utama penting disingkir dari parti dan kerajaan.
Seolah-olah perpecahan yang dialami oleh umNO(baru) dan kerajaan bN, nama PH pandangan dikalangan pemimpin macam PH sekuat parti Demokrat atau Republikan dapat sokongan dan kepercayaan rakyat dengan mudah untuk menang dalam PRU 14. Sebab itulah terdapat segelintir pemimpin dalam PH (tidak resmi itu) air liiur mereka belenja meleleh. Mereka saya berpandangan menyambut dengan permaidani merah Tun DMM, TS Muhyaddin Yassin, DS Mukhriz, DS Shapie Apdal dan lain-liainnya. Kita buka rumah kita kepada mereka siang dan malam ke utara, keselatan, ketimur, kebarat mengaturkan mereka berceramah dalam rumah kita. Saya tengok, kadang-kadang pemimpin kita sendiri kita ketepikan. Tetapi mereka-mereka yang dipecat oleh Najib dari parti dan kerajaan mendapat tempat special, bak menantang minyak yang penuh.
Lalinya pemimpin PH yang tidak resmi itu, melayan dan merai dan menyanjung tinggi kepada bekas ahli-ahli umNO(baru) merai, menyusu dan membendung mereka. Hakikatnya, dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin PH seolah-olah mereka sedang pinggirkan pendaftaran PH secara resmi dan jarang dibincang. Mereka bertali arus pula membuat saranan agar pakat ramai-ramai menyertai BERSATU di Semenanjung dan WARISAN di Sabah. Ada pemimpin yang membuat seruan itu terlupa seru bersama orang ramai menyertai parti yang diwakilinya.
Terbantutnya pendaftaran PH ianya sedikit banyak, disebabkan kehadiran parti baru BERSATU dan WARISAN yang ramai pemimpin PH tengok macam pelangi dikaki langit, terpesona dengan silauan tujoh warnanya. Mereka lupa hakikat sebenarnya, maaf cakap maaf saya tulis. Saya tidak berhajat untuk memperkecilkan semua pemimpin kanan PH dari DAP, PKR dan AMANAH. Kesemua anda sudah pasti tidak mampu untuk selangkah kehadapan atau bersuara tinggi dengan Tun DMM dan TS Muhyaddin Yassin. Pengalaman politik anda dan pengalaman berkerajaan, Tun DMM dan TS Muhayaddin Yassin akan telan anda sekor-sekor. Kerana mereka benar-benar berpengalaman, alim dalam politik dan alim dan khatam sebagai PM dan TPM.
Kehadiran BERSATU dan WARISAN yang dipimpin oleh mantan taikun umNO(baru) dan kerajaan bN itu yang kaya dengan pengalaman. Serta sepak tendang bola politik, padang yang berlopak, berlubang berduri, semuanya dalam minda mereka. Pengalaman dan pengetahuan yang tinggi berpolitik dan pengalaman lama dalam kerajaan. Sudah pasti semua pemimpin PH tidak dapat menafi dan menolak ketepi kenyataan tersebut. Sama ada kita bersetuju atau bersikap tidak bersetuju, tetapi kehadiran mereka mendampingi PH anda semua pasti telah terpersona dengan hujah dan percaturan kerangka politik yang dicanang mereka kerana kita akur dengan pengalaman dan kemampuan mereka memimpin. Justeru kita ternganga terlompong mendengar hujah dan terpaksa mengikut rentak langkah mereka.
Sebab itulah kehadiran mereka tempoh 10 bulan, PH dan pemimpinnya lupa mereka hakikatnya hadir dari DAP, PKR dan AMANAH. Makanya sepi gedi, senyap sepi PH dan seketariatnya lesu tidak bermaya. Mereka pemimpin PH dari DAP, PKR dan AMANAH tenggelam dalam ombak dan badai nama besar Tun Dr Mahathir, TS Muhayaddin Yassin, DS Shapie Apdal, DS Mukhriz dan yang lain-lainnya. Kesempatan Tun DMM, TS Muhyaddin Yassin mendampingi pemimpin PH dan berteduh mencari tapak baru selepas disingkir. Tempoh tidak lama BERSATU dengan Presidennya TS Muhyaddin Yassin sedang mengajar pulihara politik selamatnya untuk BERSATU. Sama ada BERSATU baik dengan PH yang terdiri dari DAP, PKR dan AMANAH atau BERSATU lebih baik dan terserlah mengikut matamatik dan sifir politik labanya lebih bersama dengan PAS dan WARISAN.
Licinnya TS Muhyaddin Yassin Presiden BERSATU, standing licinnya belut maka TS Muhyaddin tanpa memikirkan perasaan pemimpin parti lain, depan belakang beliau berbincang dengan PAS dan saya yakin tawaran dan alternative telah mereka bincang sesamA mereka dan pastilah WARISAN menyertai kem ini. Ini-inilah menjadi kerisauan dan kebimbangan saya yang PH telah menjadi kuda tunggangan dan batu loncatan mereka. Yang selama 10 bulan mereka menumpang rumah kita PH sebagai tapak untuk mendapat sokongan dari penyokong kita.
Seperti Pak Mat Kampong Sentuang Utan Aji, dengan denak dan pipit cup (tiup) pipit kuar, kuar, kuar. Bila banyak burung dapat dipikat, semua burong-burong itu mereka kepak tengkok makan tanpa memlepawa kita untuk makan bersama.
Sebab itulah Konvensyen PH besok 12112016 (Sabtu) kalau sekalipun BERSATU tidak mau menyertai untuk menandatanganinya bersama, sekadar tampil diri untuk berceramah, sah dan nyata kegusaran saya selama ini, ianya ada kebenarannya. Walau alasan-alasan lunak dan halua telinga diberikan oleh TS Muhyaddin Yassin. Adakah DAP, PKR dan AMANAH akan teruskan missi dan vissi rakayat supaya PH ditubohkan secara resmi. Dan besok, adakah DAP, PKR dan AMANAH kepimpinan utama mereka akan menandatangani penubohan resmi PH?
Atau mereka DAP,PKR dan AMANAH – PH sanggup menangis tidak berlagu untuk saksikan dengan melompong yakni penyatuan bertulis PAS, BERSATU dan WARISAN? Perjalanan politik serba mungkin, serba janggal dan ada kalanya kejam.
Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB –
11 November 2016

  

Thursday, October 27, 2016

GURINDAM KITA - NEGARA DI RUNDUNG MALANG



GURINDAM KITA - NEGARA DI RUNDUNG MALANG
Mekar dan kembang, dara berhias di Jerantut
Adat habis santan diperah, hampasnya di buang,
Soalan pembangkang, Najib rimas panas buntut
Perbahasan K Pembangkan, Najib 1MDB tuang.

YB Ustaz Idris Haji Ahmad AP PAS Bukit Gantang
Petah berhujah, berani bijak memberi alasan,
Disisi Najib kleptokrasi, 1MDB menjadi pantang
Jangan pakat gatai mulut, mahukan penjelasan.

Sedulangan hidangan pagi, air jampi secangkir
Air jampi secangkir, dimasokkan pula biji selasih,
AG  Ghani Patail, Najib TAR 1MDB pantas singkir
AG baru Apandi, kompom sah Najib suci bersih.

Minda jiwa yang merdeka, bahasa jiwa bangsa
umNO(b) sekarang berjuang, pekukohkan kantong,
Bukan AG, penjawat lain turut menjadi mangsa
Tembak di Besut, ada disimen sumbat dalam tong.

Kerajaan tua Langkasuka, Merung Mahawangsa
Sayang rajanya mangkat, tersusuk busar panah
Darah bayak yang keluar, pakaian menjadi lusoh,
1MDB puakanya mega, Najib tidak memilih mangsa
Asalkan diri-bini selamat, sekalipun Negara punah.
Bila  suara bertanya, sepantas kilat menjadi musoh.

Dahulu ekonomi Negara menjadi merudum lemah
Ia dkaitkan dengan dalang Yahudi penyangak Soros,
Berbuih mulut Najib ucap, perbelanjaan berhemah
Tapi Rosman bininya hidup mewah berjoli dan boros.

Terlerai sudah, perbalahan di Tanjung Bidara
Puncanya sekawan keluarga, rebut harta pesaka
Pesaka direbut, sebidang tanah seluas sedepa,
Bagan Serai puji tinggi GST, penyelamat Negara
Hakikatnya GST, rakyat marhean menjadi mangsa
Kos barang jadi tinggi, rakyat diundang jadi papa.

Keris dijampi asapkan  kemian, titis limau purut.
Sisa-sisa  tawar mentara, pawang letak kebawah,
Najib kleptokrasi berpesan, rakyat kena ikat perut
Haramjadah, sedang hidup mereka mega mewah.

Seminggu bekwah perdana, gulai daging kawah
Ada makan dibangsal, ramai yang sedang berbaris,
Sedang Najib-Rosmah hidup mereka boros mewah
Harta rakyat disundal, macam harta pesaka diwaris.

Persepsi 1MDB, aktornya mula gundah gulana,
Jiwanya menjadi sengsara, suasana tidak bahagia
Menanggong penderitaan yang sarat dan berat,
Najib TAR menteri kewangan yang bijak laksana
Sambil jadi perdana menteri, sampingan berniaga
1MDB  pusat lanun, transit harta khazanah rakyat.

Asisi syaitan, kudeta kerajaan sah Presiden Morsi
Trajidi burok rakyat Mesir, dunia tidak mengadili,
Nazri menteri pelancongan, dapat stop promusi
Najib 1MDB johan abad ini, Negara sudah dikenali. 
IBN ABDULLAH ALAWAB
27 OKTOBER 2016 – KHAMIS – 12.00 TH.