Monday, August 30, 2010

SETELAH 2T 5B KERAJAAN PR MEMERENTAH KEDAH, JEJAK KAKI KUNJUNGAN SULUNG MEMENUHI UNDANGAN, SAHABAT LAMA (PEGAWAI KANAN KEPADA YAB MB KEDAH DARUL AMA

(BAHAGIAN I)

SETELAH 2T 5B KERAJAAN PR MEMERENTAH KEDAH, JEJAK KAKI KUNJUNGAN SULUNG MEMENUHI UNDANGAN, SAHABAT LAMA (PEGAWAI KANAN KEPADA YAB MB KEDAH DARUL AMAN).

(KU TEMUI SAHABAT LAMA YANG HEBAT, FAELNYA PERANGAINYA MACAM DULU. TETAPI CUKUP KEMAS, UMPH DALAM MENYAMPAIKAN INFO-INFO KEPADA KU. TERIMA KASIH DAN ALHAMDULILLAH DIATAS UNDANGAN).

16 Ramadan 1431 - Khamis - 26 Ogos 2010
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

Ramai pengamal undang-undang diluar sana, serta penganalisa politik profesional yang berkarya dari bilik beku, melakar rencana propoganda dan provokasi mengikut acuan dan skrip telunjuk tuan. Mereka sentiasa berselisih pendapat dalam membuat rumusan dengan penganalisa cokia kaki lima, yang membilang perdu getah dan pengemar politik penyadat nyior sawit. Ketika mana membuat secara sukarela kerja-kerja rotin mengisi masa-masa terluang dengan sembang dan gebang politik di kedai kopi Pak Long Ya di Simpang 4. Secara terdedah dan mudah, mereka terbuka minda yang dipungut dari sumber pelangan setia, serta pengunjung sekali sekala macam-macam dan sarat dengan tepu maklumat rakyat marhaen. Info tersebut asas perhatian dan diperhatikannya, hatta kadang-kadang lebih bertanggungjawab dan hampir dengan realiti semasa dapat direkodkan.

Sedia kita maklum, umNObn selepas PRU12 pada 8 Mac 2009 telah tewas dan tersungkur dibumi Kedah. PR - PAS, PKR dan DAP telah mengambilalih kerajaan Kedah Darul Aman. Kerajaan PR Kedah sebulat persetujuan melantik Menteri Besar dari PAS Ustaz Haji Azizan Bin Haji Abdul Razak (YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak). Kerajaan PR pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak dengan kewibawaan dan jati dirinya bergandingan dengan saf anggota Exco yang kaya dengan pengalaman dan profesional dalam bidang masing-masing selama dan semasa perkhidmatan kerajaan dan swasta dahulu. Turut dibantu oleh kakitangan perkhidmatan negeri dan persekutuan. Kini saya yakin sepenuhnya sebilangan besar penjawat awam, koi-koi memahami, menerima serta berkeyakinan diatas kelainan nilai baik arah, halatuju kerajaan baru dengan memberi sokongan dan dokongan terhadap aspirasi kerajaan negeri. Alhamdulillah.

Kerajaan PR Negeri Kedah Darul Aman dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, telah mencipta beberapa rekod dan sejarah pentadbiran kerajaan negeri yang mana umNObn gagal menangani dan menyelesiakan lebih dari 50 tahun pemerentahan mereka. Kini pasa dan era baru Kerajaan PR memerentah dan mentadbir kerajaan negeri Kedah, dengan fokas dan matlamat urus tadbir memerentah Negeri Kedah dengan makna salam “KEDAH SEJAHTERA” kepada rakyatnya serta negara amnya, Kedah Sejahtera, salam sejahtera anda semua warga negeri Kedah Darul Aman. Sejak PR memerentah dan mendiami Wisam Darul Aman yang telah berumur kira-kira 2 tahun 5 bulan, baru sekali saya memijak kaki bertemankan anak penakan. Kerana melunasi jemputan dari sahabat lama yang berkhidmatan dibawah kepercayaan penuh YAB MB sebagai pegawai kanannya (terima kasih diatas jemput undangan dan menerima kami seadanya, Alhamdulilah).

Tetapi di waktu yang sama, pembangkang negeri Kedah sekarang, iaitu umNObn bersekali seluroh pemimpim mereka masih terus berlanjutan bersikap dungu serta menafikan hakikat. Walau sudah 2 tahun 5 bulan dikalangan pemimpin-pemimpin umNO Kedah dan pusat, terus mamai dan maumau bukan tersasul, tetapi menafikan realiti dengan menipu diri dan ahli serta penyokong umNObn. Mereka masih berperasan macam mereka dok memerentah negeri sedangkan dah menjadi kerajaan aruah sejak 2 tahun 5 bulan yang lepas. Seolah-olah gaji MB dan Exco masih mereka menerima bukannya bertukar dengan pencen persaraan. Lidah pemimin umNObn dan sukusakat yang sakit tertekan itu, sentiasa disasulkan kerana ia menterjermahkan olih ketulan darah beku bernama hati, hati yang keciwa dendam kesumat.

Walau apa-apa pun terdapat mantan pemimpin utama umNO Kedah, memberi sokongan dan galakan kepada kerajaan PR Kedah dengan respon positif dan menyokong. Kini lanie, mereka menyakini diatas ketelusan dan bertanggungjawaban MB Dato’ Seri Ustaz Azizan, ketika menjawat kerusi MB berkhidmat kepada rakyat jelata. Taat setia kebawah DYMM Tuanku Al Sultan, penjawat awam jauh dari itu, kepangkuan disisi Allah Azzajawalla. Laporan agensi kerajaan pusat yang memberi kepujian dan rangsangan baik dalam banyak pekara disudut mentadbir urus negeri dengan telus dan peka. Ianya bertentangan besar dengan siri-siri tohmohan dan rangkaian fitnah kepada kerajaan pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan dan saf Exco seperti dijaja dengan mendapat pulangan dosa oleh pimpinan umNObn Kedah dan pusat.

Laporan-laporan nilai tambah kepada kerajaan PR Kedah, ianya tidak menyenangkan umNObn, bertambah mengecil dan mengundang pupus sokongan kepada umNO dan pemimpinnya. Tergamak diatas keadaan terdesak, mereka umNObn sanggup menggunakan saloran haram dengan menabor berita palsu dan tipu secara bacul sembunyi tangan. Hatta media kerajaan dan hak rakyat turut menjadi alat mencaci bersama-sama media swasta yang mencari makan dibawah tunjuk dan telunjuk umNObn. Justeru disini saya memetik dan bawa disini, sedutan, keluhan, ucapan dan sasulan realiti TKBP umNO Negeri Kedah YB DP Ahmad Bashah Md Hanipah (khabarnya tak tau cakap orang putih jauhlah Arab seperti Ustaz Azizan. Akademik pun cukup rendah agas nak jadi MB kalau umNO dapat tawan Kedah PRU13 nanti, yang pandai seperti Adun Kuah Ir Haji Nawawi nak buang letak dimana?).

“Pemimpin Umno Kedah yang mempunyai banyak kerenah dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik akan dikenakan tindakan kerana sikap mereka menyebabkan pembangkang semakin kuat di negeri ini”. “Jika terdapat pemimpin yang hanya mementingkan diri tanpa menjalankan tugas dengan dedikasi, maka kredibiliti Umno akan terjejas. Saya tahu ada sesetengah pemimpin bawahan sering mempersoalkan macam-macam perkara sedangkan dia sendiri tidak menggerakkan ahli-ahli di bawahnya bagi melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang”.

(Ulasan: Pembangkang kepala otak hampa. PR- PAS, DAP dan PKR adalah kerajaan untuk negeri Kedah. Cerdiklah sikit dan akuilah umNO dan tersungkur dan baham tanah kebumi dihukum rakyat pada 8 Mac 2008 yang lalu. Sejak secara amnya tamat dan berkeputusan umNO tewas pada 8 Mac 2008 maka tertubuhlah kerajaan PR - PAS, PKR dan DAP sebagai Kerajaan Kedah Darul Aman dipilih pengundi rakyat. Fahamlah oooiiiiii pemimpin umNO, umNO adalah pembangkang di Kedah. Jangan tunjuk yang kita memimpin umUM dikalangan jenis pemimpin bertaraf cap ayam, ilmu kerdil dan tidak berpelajaran tinggi).

"Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku,". “Anggota Umno akan teraniaya jika mempunyai pemimpin seperti itu dan Umno akan mengetepikan ketua yang bersikap pentingkan diri tanpa memikirkan kepercayaan yang telah diberikan oleh anggota-anggotanya. Umno perlu bergerak dalam satu pasukan jika mahu mengambil semula pentadbiran negeri Kedah pada pilihan raya akan datang. "Ketepikan perkara-perkara remeh dan bekerjasama dalam pasukan bagi memastikan jentera Umno kukuh dan kuat,".

Selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita unMO Bahagian Alor Setar, diatas kegagalannya menjadi regu isi kuku dengan ketua import, berbekalkan bubunnya yang masih lembek bokbek dan pengikutnya tidak mempedulikan cakapnya, standard siswi tadika Kemas (yang longgar kata Almarhom Ustaz Fadzil Noor), saya akan mengacum pasai-pasai hampa dengan membuat laporan kepada ibu pejabat supaya mereka mengambil tindakan kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu,". Katanya TKBP umNO Negeri Kedah YB DP Ahmad Bashah Md Hanipah. Mutakhir ini, pertentangan dan pertembungan pemimpin-pemimpin unMO Kedah tidak dapat ditudong dan dibedong, ianya amat menjadi-jadi pertembungan dan merebut jawatan.

Ibarat telor itik yang diram beribukan ayam diseron dalam lau, selepas 27 hari ia mau menetas. Dan sebaik selepas menetas anak-anak itik tersebut tahu asal usulnya dari jenis berada dan berendam dalam air dan pandai berenang. Jadi semua anak-anak itik yang baru 2 hari menetas itu pasti terjun keparit untuk dapatkan air, maka tinggalkan konteng-konteng ibu ayam didaratan. Begitulah para pemimpin umNO dengan ahli dan penyokongnya menghadapi fenomina tersebut disemua sudut.

Sekarang rakyat dan pengundi seluroh negeri Kedah dari semua keturunan, terus memerhati dan sedang membuat perbandingan ketelusan kerajaan PR berumur 2 tahun 5 bulan (ketika rencana ini dibikin) memerentah dengan aruah kerajaan umNObn yang memerentah Kedah selama 51 tahun. Baik buruknya tiris tembusnya kerajaan umNObn dahulu dengan kerajaan PR sekarang yang sedang mencipta nama dibibir rakyat dalam semua sudut perancangan dan pelaksanaan menunaikan hasrat dan aspirasi rakyat dengan kamampuan yang ada. Diatas kepungan macam-macam pekara oleh kerajaan pusat umNObn. Kecuali dikalangan umNO tegar yang dulunya menjadikan umNO dan kerajaan tempat mencari makan buat bendang dan menoreh sekali pun secara haram, rasuah dan sebagainya.

Merealisasikan pelaksanaan kerja dalam pengurusan pentadbiran dan membangun iktisas negeri, dalam tempoh 2 tahun 5 bulan kerajaan PR pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak, walau berkunca tohmah dengan deretan fitnah kepada kerajaan bersabit dengan balak dan pembalakkan, disana mengikut Laporan Ketua Audit Negara memperakui Kedah telah cemerlang berjaya meningkatkan hasil balak sebanyak 205% sebelum tahun 2008 hasil dikutip diantara RM7,000,000.00 - RM8,000,000.00 sahaja oleh aruah kerajaan umNObn dahulu . Tetapi dalam tahun 2009 semasa kerajaan PR pimpinan Ustaz Azizan, berjaya kutipan hasil balak melonjak sejumlah RM35,000,000.00 menerusi tender terbuka diluar rasuah dan diluar menjayakan misi kroni. Subhanallah.

Sehubungan dengan pelaburan di Kedah setakat Ogos 2009, negeri Kedah menerima kelulusan pelaburan sejumlah RM837,345,329.00 jauh kehadapan dari negeri-negeri diperentah umNO yang gebang sembangnya kuat kaya bijaksana mentadbirurus seperti Pahang negeri PM sendiri, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah, Perlis, Perak kerajaan Mahkamah, menduduki dalam ranking negeri ke5 selepas negeri-negeri Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Selangor dan Pulau Pinang juga negeri di perentah oleh kerajaan PR. Pelaburan sebanyak USD 680,000,000 (RM2,200,000,000.00) dari First Solar Incorporated dengan menjana peluang pekerjaan kepada 2,500 pekerja disemua peringkat dan keperluan. Kini ke empat-empat kilangnya telah beroperasi penuh di Kulim Hi Tech. Diluar membabit dada, dalam tahun 2008 - 2009 Kedah mendapat mendapat pelaburan sejumlah RM3,407,000,000 dengan peluang kerja 5,790 pekerja.

Dalam menangani serta memenuhi keperluan rakyat marhaen yang miskin, kerajaan PR pimpinan Ustaz Azizan Razak, bertindak bijak dan kehadapan dengan menubohkan Skim Kafalah Kedah. Skim bantuan segera untuk pengurusan kematian - jenazah sebanyak RM500.00 ianya untuk semua bangsa dan agama. Kepada merealisasikan skim Kafalah Kedah ini, untuk tahun 2010 sahaja, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM3,600,000.00 yang sememang sampai kesasaran rakyat sebenar dalam menangani denyut nadi rakyat negeri Kedah Darul Aman. Sesungguhnya sumbangan ini walau sadikit, tetapi disudut penerimanya dikalangan rakyat miskin dan fakir, ianya bernilai tinggi dan bererti sesungguhnya untuk mereka.

Inshaallah sekiranya kesihatan mengizinkan, saya akan sambung rencana ini di BAHAGIAN KE2. Saya bentangkan diblog saya ini, agar anda diluar sana mendapat input berguna demi membandingkan dengan berita disajikan oleh pehak lawan kerajaan PR Kedah khususnya umNObn musuh hakiki kepada PR dan PAS itu sendiri.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

16 Ramadan 1431 - Khamis - 26 Ogos 2010

JADINYA PM6 1MALAYSIA DS NTR KERANA DESAK DAN ASAK TS MY - TURUNNYA PM6 DARI JENAMA YANG SAMA.

JADINYA PM6 1MALAYSIA DS NTR KERANA DESAK DAN ASAK TS MY - TURUNNYA PM6 DARI JENAMA YANG SAMA.

Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB
13 August 2010 - Jumaat - 3 Ramadan 1431

Sikap purba selama-lamanya yang dimiliki secara tegar dikalangan wartawan media pengampu umNObn, sentiasa mendahului tuan besar dan tuan pecacainya dalam menghadapi membantai lawan politik yang ditakuti dan digeruni pada hakikatnya iaitu PAS, DAP dan PKR sejak 15 tahun mutakhir ini. Justeru sikap media-media pengampu tersebut, menjadi merapu 3suku apabila berlaku sedikit sahaja desir kucai sudu dalam cawan dikalangan komponan PR, samada dari PAS, PKR maupun DAP.

Maka seluruh media perdana propoganda umNObn dari jenis citak dan eloktronik, ulang dan ulang sampai rakyat naik jelek dan menyampah dengan propoganda yang keterlaluan tanpa terlebih dahulu mereka mendapat info dan maklumat yang sah, saheh dari lidah resmi komponan PR. Berita longkang dan danor acaq cuba digilap disepuh menjadi harga sebagai halua fitnah kepada rakyat menerimanya.

Bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib2 Presiden dan lelain peringkat pemimpin dalam dan luar umNO bukan main lagi mereka berkukok dengan macam-macam bunyi dan kadangkala ekor bergelomang tahi candu. Telahan, fitnah adu domba tokok tambah menjadi santapan minda fitnah terancang. Menjdikan berita 1inci, 1depa tandu tarik mengeluarkan pendapat sekian-sekian yang negatif kepada PR, gah 1Malaysia.

Pemimpin dalam dan luar umNO bukan main lagi mereka berkukok dengan macam-macam bunyi dan kadangkali ekor bergelomang tahi candu. Telahan, fitnah adu domba tokok tambah menjadi santapan minda fitnah terancang. Menjdikan berita 1inci, 1depa tandu tarik mengeluarkan pendapat sekian-sekian yang negatif kepada PR, gah 1Malaysia. Seperti kata pepatah, umNO ni jenis naga saiz gajah, korap panau dipelupok mata buta, tetapi kuman ameba atom 1,000 km nampak. Selalunya apabila yang digah diwar-warkan itu, itu kebanyakkan berbentuk fitnah dan fitnah itu kembali makan diri umNO sendiri. Bengong terkedu akhirnya membisu, menyepi dan menikus.

Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan mertabat kepimpinan umNO dan umNO itu sendiri, tetapi ianya adalah realiti, setakat ini. Mari sama-sama kita imbau ingat dan mengambil perhatian penuh. Hampir 30 dahulu, pembunuhan senjata api juga berlaku dikalangan diantara pemimpin umNO sesama umNO menyebabkan kematian. Ia itu kes kelasik mantan Ahli Parlimen Tampin-Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Pemuda umNO Malaysia menembak mati Speaker Dun Negeri Sembilan, sebagaimana dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Penembak tertudoh tersebut saya mengenali dan sebaliknya dan mangsa tembakkan saya cuma mengenali nama tidak pernah bersua.

Sering dizaman Almarhum Dato’ Haron Idris saya bersama saudara Haji Baiza Shahurin, Allahyarham Zainal Abidin Husman, Saudara Saidin Thamby Chik, Azhar Alias, saudara ABI - Abdullah bin Ismail dan beberapa lagi. Disatu tempat kami menemui Datu’ Haron dan sering bersua dengan mantan TK Pemuda umNO - Mantan Timbalan Menteri tersebut, secara santai dan membicarakan politik semasa ketika itu dulu. Sekalipun saya sahaja 1satunya yang hadir tidak pernah menyinsing keris bogel didada maupun di pinggang.

Kes yang sama berulang, yakni pembunuhan tembak mati dengan pistol pada 3 Ogos 2010 Selasa lepas. Melibatkan mantan Adun Permatang Dun Selangor, Datuk Aziz bin Mohd Noor berumur 64 tahun masih menjawat AJK umNo Tanjong Karang, dengan tembakan pistol miliknya yang sah. Sehubungan bunuh dan membunuh tersebut, ianya mengundang kemalangan kereta di lebuhraya. Kereta tersebut adalah milik Siti Rohana tetapi dipandu oleh Datuk Aziz, terbabas di Km 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat Shah Alam.

Beliau memanfaatkan sepenuhnya kepakaran menembak tepat dengan 2bedilan kekepala pembantu pribadinya Siti Rohana binti Ismat berumur 43 tahun seorang janda yang juga Naib Ketua Wanita umNO Bahagian Tanjung Karang. Kejadian diluar fitrah dilakukan iaitu bunuh dan membunuh disusuli dengan kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi, disaat seluruh umat-umat Islam negara dan dunia sedang menunggu kehadiran bulan Ramadan karim TH 1431 untuk menyambut datangnya pusa.

umNO menyepi dan seolah-olah mau menafikan yang mati terbunuh dan membunuh dengan pistol itu bukan terdiri dari ahli dan pemimpin parti mereka umNO. Bayangkanlah wahai rakyat pengundi sekelian, sekiranya ianya berlaku dikalangan pemimpin PAS, PKR atau DAP dijaja keliling dunia, meratip siang malam radio tv mengata dengan mengulas taraf dan kualiti yang terdapat dikalangan pemimpin PR, dengan macam-macam andaian. Apakan daya apa nak buat, bunoh dan membunoh itu kejadiannya mengulangi tawarikh lama umNO diberi nafas baru untuk rakyat mendapat tawarikh baru pembunuhan dikalangan sesama pemimpin umNO.

Pemimpin umNO tua dan Kaum Ibu UMno nama lama. umNo Selangor senyap sepi terkedu dan terpukul rebah terterap 2 kali. Terhenti seketika heboh riuh pasai curi pasir di Selangor, hantu toyol sepi seketika. Pasti bunoh dan bunoh dikalangan sesama sendiri pemimpin umNO Bahagian Tanjung Karang, sedikit sebanyak terpalit dan tergamam juga Ketua umNO Bahagian Tanjung Karang sekarang. Sehingga saat saya membuat rencana ini telah masuk puasa hari ke4, belum terdengar Ketua umNO BTK dan jawatankuasanya secara resmi mengadakan khenduri aruah dan doa selamat selepas solat Terawaih untuk kedua-dua mantan pemimpin mereka. Kalau terlepas maklumat saya pohon maaf.

Saya kembali dan fokaskan kepada tajuk yang saya paparkan iaitu JADINYA PM6 MALAYSIA DS NAJIB TUN RAZAK KERANA DESAK DAN ASAK TS MUHYIDDIN YASSIN - TURUNNYA PM6 DARI SPESIS YANG SAMA.TELINGKAH TERJERMAHAN 1MALAYSIA DIANTARA TPM TS MUHYIDDIN YASSIN DENGAN PM DS NAJIB. DIBARAKAN SEMARAK TAK SETUJU DARI TUN MAHATHIR.

Mantan PM4 Wawasan 2020 berganti 0202 Tun Dr Mahathir juga mantan Presiden umNO, bermadah “Melayu mudah lupa”. Kebenarannya ada, tetapi tidak tahap 100% mudah lupa. Saya adalah diantara jenis manusia yang tidak pernah lupa apa yang berlaku dalam umNO maupun PAS sejak saya mengenali ABC - Alif Ba Ta politik kepartian. Saya mengenali kerajaan Perikatan simbul Kapal Layar, menyaksi serta merasai PAS - Kerajaan Champoran dan PAS - Perikatan serta PAS dalam BN, ditendang keluar dan kembali keasal. Saya telah melihat PAS dengan Angkatan Perpaduan Ummah akan kejayaannya. Sampailah temph terkini dalam Pakatan Rakyat - PR dengan melakar kejayaan besar.

Saya mengenali PAS ini diakhir tahun 1960han menerusi Almarhom Ustadz Abu Bakar Hamzah sampai sekarang. Watak-watak dalam PAS maupun dalam umNO seimbanglah saya megenali sebahagian diantaranya kesan dari Kerajaan Champoran tahun 1974 dulu. Apa yang ditiupkan perpaduan Melayu dan perpecahan Melayu, apalagi butangnya ditekan oleh Mufti Perak SS TS DS Harussani Alhaj sebagai point detik sejarah formula keramat penyelamat umNO, menghindarkan agar umNO tidak mengulangi nasib kemusnahannya selepas PRU 1969. Maka gema pecah padu, umNO nampak PASlah mampu menyelamatkan umNO untuk kali ke 2.

Saya menyaksikan baik buruk, untung labanya PAS dalam Kerajaan Champoran, PAS dalam BN. PAS bersama APU bersama gemulah PM Semangat 46. PAS bersama BA - Barisan Alternatif dan dinaikkan taraf menjadi PR - Pakatan Rakyat PAS telah bersama-sama dalam PR menjadi tulangbelakang utama bersama PKR dan DAP (Inshaallah sekiranya kesihatan mengizinkan saya akan jadikan 1tajuk rencana khas tentang PAS membabitkan dirinya sepanjang perjalanannya disamping tokok-tokoh yang masih hidup dari PAS, berjasa sepanjang masa).

Naik turunnya PM Malaysia sejak PM Pertama Almarhom YBM Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj kepada PM Ke2 Almarhom Tun Abdul Razak Hussein. Kepada PM Ke3 Almarhum Tun Hussein Oon kepada PM Ke4 Tun Dr Mahathir. PM Ke5 Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada PM6 1Malaysia DS Najib Tun Razak. Semuanya dari umNO. Naik turunnya mereka adalah melalui sebab dan musabab. Samada ketika menjawat jawatan dan pupus jawatan selain dicanang terbentang, disana masih terdapat rahsia-rahsia tersendiri. Samalah bagaimana PM6 1 Malaysia menjejak kaki ke PWTC dan Putrajaya.

Licik dan licinnya macam belut kadang-kadang bersisik macam tengeling itulah dapat saya katakan watak TPM sekarang TS Muhyiddin Yassin. Kalaulah tidak kerana keberanian dan kelantangannya secara tuntas ketika menjalankan tugas resmi di Singapura. Dari Singapura atau Temasek itulah TS Muhyiddin Yassin melepaskan peluru peledak C4nya melalui Tambak johor menyeberangi Johor Bharu melantun jatuh ke PWTC dan gugur di Putrajaya. Bahana 1ledakkan muntah peluru, gugur 1 dan 2 tampil kepersada.

Apa dia? Peletup C4 jenis manakah bisanya yang dilepaskan dari Temasek itu oleh TS Muhyiddin Yassin? Iaitu peluru berbisa dan beracun yang dilepaskan oleh TS Muhyiddin Yassin ditujukan khusus kepada Presiden umNO ketika itu DS Abdullah ahmad Badawi iaitu SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO. Itulah peluru keramat yang dilepaskan oleh TS Muhyiddin Yassin mendapat sokongan besar dari yang berkepentingan, termasuk seteru musoh politik DS Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan Presiden umNO dan jawatan PM dilepaskan.

SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO. 6 Perkataan tersebut makanya jadilah DS Najib Tun Razak menjawat PM6 Negara dengan retorit 1Malaysia; Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan berkuasa di PWTC dan mencekam Putrajaya. Seiring dengan itu berganding dengan PM6 1Malaysia DS Najib Tun Razak adalah pemegang kotak hikmat SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO yang berani gagah perkasa iaitu TS Muhyiddin Yassin gantikan tempat Najib tinggalkan iaitu TPM. Maka TS Muhyiddin Yassin menuailah apa yang disemainya dari benih SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO, kira-kira 4 bulan sahaja.

Atas nama peralihankuasa dalam umNO atau sesetengah orang kata kudeta-rampasankuasa dalam umNo secara terancang. Jadilah DS Najib Tun Razak Perdana Menteri - Menteri Kewangan dan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri - Menteri Pelajaran. Kedua2 watak ini sejak bergiat dalam umNo sebagai warisan keluarga masing-masing hampir setara menjawat jawatan. Najib pernah menjadi MB Pahang dan Muhyiddin menjadi MB Johor. Najib dan Muhyiddin pernah dan menjawat Menteri Pelajaran. Sama-sama pernah duduk Naib Presiden dan Timbalan Presiden umNO. Lebihnya Najib pernah menjadi Ketua Pemuda umNo tetapi tidak Muhyiddin.

Dipenghujung hayat kuasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden umNo dan PM, ketika itulah TS Muhyiddin Yassin sekiranya tidak dilakukan peralihan kuasa umNO dengan segera ketika itu, katanya “umNO sedang berada dititik titik terakhir hayatnya”. Semboyan benci Pak Lah dan bencinya dekat menantunya Khairi menjadi sunggoh-sunggoh bernilai. Sebarang minta hasrat tercapai. Tempoh setahun dalam pengamatan saya TS Muhyiddin Yassin macam mengiakan telahan dan pendapatnya iaitu umNO sedang berada dititik titik terakhir hayatnya. Sebab itulah beliau kempunan untuk pantas kesempatan ada untuk merasai jawatan PM7 terakhir dari umNO.

Najib dan Muhyiddin mendapat laba dengan ledak peluru yang dilepaskan dari Temasek ketika beliau berurusan disana. Tetapi kali ini ketika PM6 1Malaysia DS Najib keluar berahsia dan senyap sunyi bercuti selama 10 hari diawal August ke Itali dan Perancis bertemu KM Serawak untuk memutuskan PRU Sarawak. Dihari ke3 August Najib PM keluar negara, kombinasi dan strateji TS Muhyiddin Yassin dengan mantan PM5 juga mantan Presiden umNo Tun Dr Mahathir melepaskan 1butir peluru untuk sekor burung dari dalam negara kali ini, ketika PM bercuti tergesa. Katanya semua urusan parti dan negara dijalankan oleh TS Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir berkata, penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia, yang diperkenalkan pentadbiran Najib lebih setahun lalu, wajar diberi bagi mengelak pandangan berbeza di kalangan masyarakat pelbagai kaum. “Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” kata bekas perdana menteri. “Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera. Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera.
Hasil kajian itu berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan. Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu. Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.

Pandangan dan pendapat Tun Mahathir tidak kesaorang. Ianya mendapat respon penuh dari TS Muhyiddin Yassin yang sedang mengorak dan mempersiapkan dirinya meniadi 1 dan no 1negara pula. Kata TS Muhyiddin Yassin, “Saya bersetuju dengan pandangan beliau (Dr Mahathir). Kami tidak mengatakan bahawa dalam tempoh satu tahun setiap orang akan faham slogan 1Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri, tetapi saya yakin bahawa mereka mungkin faham. “Saya percaya bahawa ramai yang belum memahami dengan mendalam makna 1Malaysia,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mengenai pembangunan belia di Perdana Putra di sini.

Bagaimanapun Muhyiddin mempertahankan slogan 1Malaysia sambil menjelaskan bahawa orang ramai memerlukan lebih masa untuk memahaminya. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menambah, sesetengah kumpulan dengan sengaja mensabotaj pelaksanaan konsep 1Malaysia. “Bagaimanapun ada kecenderungan di mana pemahaman dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan tertentu, walaupun dijelaskan oleh perdana menteri bahawa 1Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan negara kita. “Apa jua tafsiran, ia tidak harus lari daripada semangat perlembagaan seperti hak Bumiputera, Bahasa Malaysia, kebudayaan, agama dan raja.

Pertembongan ini akan menjadikan 1Malaysia hasrat Najib dan agenda Melayu diutamakan menjadi hasrat utama dan batu loncatan serta tulang belakang TS Muhyiddin Yassin untuk mendapat tempat dikalangan umNO yang kini sedang melalui detik-detik suram cuka sebagaimana dirasai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, didenai dan dilalui oleh DS Najib. Marilah sama-sama kita melihat episod selanjutnya. Saya yakin jawapannya akan tertunai sebaik selepas PRU negeri Sarawak tidak lama ladi.
Selepas ini tidak ada lagi serunai ditiup, gong dipalu untuk umNo perangkap PAS dengan modal beracun bernama PERPADUAN MELAYU sekalipun ianya datang dari seorang
Mufti. Bagi saya beliau sedang memungut ufti sebagai balasan anugerah TS dan Dr kehormat disemat didadanya dengan kemas keming lagi bersongket sampin menyinseh keris bogel umNO dipinggang. Sebelum mengajak dalam hasrat untuk menjerat PAS hancur dan PR hancur, marilah sama-sama kita imbau kembali rintihan dan pendedahan umNO dan kepimpinannya. Kita jangan mudah lupa, yang umNO ini telah disumpah sendiri oleh TS Muhyiddin Yassin akan ajal usianya, jadinya untuk menghadapi dalam mengelak penyakit umNO mati, maka PASlah tukang penyelamat umNO.

Pada 20 Mac 2009 yang lepas, Bernama melaporkan Naib Presiden umNO TS Muhyiddin Yassin berkata, "Ada orang kata Umno sudah sampai ke persimpangan jalan, saya kata Umno dah sampai ke penghujung jalan. Tempoh yang terakhir adalah empat tahun," katanya dalam temubual. "Bagi saya, kalau ikut tempoh masa pembaharuan ini, kita kena mula sebaik saja selepas perhimpunan agung. Katakanlah dalam tempoh dalam masa sembilan bulan selepas itu kita telah meletakkan asas-asas, pemimpin parti semua dibawa masuk bincang dalam Umno. "Inilah pendekatan yang nak diambil oleh Datuk Seri Najib (Razak), dibantu oleh saya dan rakan-rakan lain.

"Merencanakan jadual-jadual... pertama balik ke 'sekolah politik' iaitu kursus (bagi) semua pemimpin Umno, fahami asas perjuangan Umno supaya kita dilihat telah balik ke pangkal jalan, jangan ada lagi nilai-nilai negatif. Ini bukannya mudah," kata Muhyiddin. Muhyiddin berkata, nilai negatif yang mesti dibuang daripada dalam diri ahli antaranya sikap mengutamakan diri sendiri agar persepsi mereka mengenai ahli dan parti dapat diperbetulkan. "Sebab saya lihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun ni, kita agak lari, banyak orang lihat kita ini self-serving (utamakan diri), apa yang ada... mesti Umno dulu, ada kontrak... Umno dulu, kalau ada projek... Umno dulu.

"Sejarah Umno (semasa) Datuk Onn Jaafar dulu tak macam itu. Ada sesuatu dia bagi yang rakyat dulu. Kita ini sebagai pejuang tak apa , kita hidup papa, yang luar mesti dup selesa. Tambahnya, sikap lama yang mengutamakan ahli untuk pemberian bantuan tertentu misalnya mesti diperbetulkan kerana semua kaum mesti dibantu. "Jadi empat tahun cukup, tapi rakyat akan adili kita," katanya. "Kena ada muafakat antara pimpinan dan ahli tentang apa agenda kita dan dalam proses itu mesti dijelaskan kalau tak buat begini, ini kesannya risiko bagi kita.

"Yang paling bahaya kita hilang kuasa. Jadi kita kena beritahu inilah pilihan kita. Untuk pilihan ini, kamu mesti bersedia untuk berkorban, ubah gaya (lama) yang tidak secocok dengan gaya baru," katanya. Muhyiddin berkata Umno tidak boleh menunggu 10 tahun lagi untuk berubah kerana pada masa itu ia. "Kamu nak terus kuasa dan berubah atau kamu nak hilang kuasa? Tidak ada pilihan. Umno dan BN tidak banyak pilihan," katanya.

Bersama-samalah kita pakat-pakat tengok berapa purnama lagi dapat betahannya 1Malaysia ini.

13 August 2010 - Jumaat - 3 Ramadan 1431
Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB

HASRAT DAN TEKAD KE PUTRAJAYA, ALHAMDULILLAH.

HASRAT DAN TEKAD KE PUTRAJAYA, ALHAMDULILLAH.
JUSTERU PR: PAS, PKR DAN DAP PILIH DIANTARA YANG TERBAIK CALUN PARLIMEN DAN DUN.

CONTOHNYA ADA: REKOD NEGARA DICIPTA OLEH ADUN-ADUN PAS DI DUN KELANTAN DARUL NAIM SESI 2004 - 2008

14 RAMADAN 1431 - SELASA - 24 OGOS 2010
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB

Apabila kepimpinan utama dalam PAKATAN RAKYAT - PR terdiri dari PAS, DAP, PKR dan SUPP berbekalkan dengan kejayaan mengurangkan ego dan sombongnya umNObn menafikan 2/3 majoriti penguasaan di Parlimen selepas PRU13 pada 8 Mac 3008 yang lalu. umNObn tewas di negeri Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor manakala GerakanBN tersungkur di Pulau Pinang. Termasuklah 11 kerusi parlimen dalam Wilayah Persekutuan umNObn cuma mendapat 1kerusi parlimen sahaja.

umNO hampir-hampir kecundang di Negeri Sembilan, sekadar menuboh kerajaan dengan majoriti mudah tidak dua pertiga penguasaan. Tempoh 2 tahun 5 bulan macam-macam angkara yang umNObn lakukan untuk. umNO telah memperalatkan seluruh kekuatan kerajaan dan harta Negara rakyat untuk kepentingan umNO dan mencabuli ketuanan rakyat dan ketuanan negara untuk umNO menghadapi lawan politiknya dari PR. Kemuncak segala pencabulan undang-undang dan Perlembagaan Negara adalah rampasan kuasa - kudeta umNObn yang dikepalai sendiri oleh PM6 1Malaysia sekarang dan gerombolannya.

Satu tinta sejarah telah dicipta oleh PR samada dari PAS, PKR dan PKR kerana mencapai kejayaan cemerlang dalam PRK kawasan Parlimen maupun Dun dan kemungkinan Spetember ini Dun di Kedah Dun Kota Seputih akan disahkan kosong oleh Mahkamah Khas Pilihanraya. Dengan semboyan dan retorit dari PM6 1Malaysia rakyat didahuukan, pencapaian diutamakan. Retorit 1Malaysia ini disanggah snediri oleh TPM TS MY dengan legasinya Melayu dahulu diutama baru 1Malaysia. Hatta mantan PM4 Was-was 0202 juga mantan Presiden umNO tidak memahami dan mengerti hala tuju gagasan retorit 1Malaysia tersebut. Apalagi rakyat jelata.

Diatas terancamnya umNO sendiri diatas retorit 1Malaysia, sebagai alat alas dan hantau untuk umNO tumpang toi hayat usianya menjadi genjor, makanya senjata berbaki adalah mempertajamkan memperjutikan Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan Agama Islam. 3 komponan ini merupakan adunan usang yang menjadi senjata trakhir kepada umNO untuk kembali mendapat simpati pengundi dalam pilihanraya. Justeru mengapaikan Melayu dan ketuanannya maka lampu biru Najib nyalakan dengan mengizinkan penubuhan Perkasa yang Najib sendiri mencemar diri meresmikan Perkasa ini. Perkasa ini adalah NGO umNo yang rata-ratanya mantan segala mantan kepimpinan umNO dan Kerjaan BN dahulu memimpin dan menganggotinya.

Pertamanya dengan segala macam retorit dan sarat dengan propoganda umNObn dalam usaha-usaha terancang, tersusun dan stratejik dilaksanakan serentak seluruh 1Malaysia, nyatalah labanya dibawah dari modal yang dilaborkan. Boktinya umNObn sekadar mencapai kemenangan cuma 2 kali dalam siri-siri PRK yang diadakan untuk Dun dan Parlimen. Hatta kemenangan itu pun dengan majoriti yang sikit.

Keduanya, walau pun dalam apa cara sekalipun umNO mampu membeli macam ayam raga pencen beberapa kerat dan ketoi Adun dan Ahli Parlimen PR dari PKR terutamanya dan DAP. Tetapi sekadar Adun atau ApP itu secara solo sahaja yang umNObn dapat sedangkan pengundi dan rakyat masih setia kepada PR dan parti-parti yang masing-masing menaunginya. Ini adalah hakikat.

Diatas 2 faktor diataslah kepimpinan utama dalam PR yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR itu dengan segala petunjuk dan rangsangan kental dan rakyat seiring bersama-sama dengan PR, dan meninggalkan umNObn. Yang mana sokongan dan keahlian PR bertambah dan meningkat dari masa kesemasa untuk seluroh negara. Faktor-faktor tersebut dan dengan sokongan semasa mood rakyat dan pengundi yang undi istemewa pengundi dan rakyat. Sekalipun sejuta fitnah, seluroh anggota PDRM melaksanakan tugasnya kerana meralisasi tunjuk umNO dan jabatan-jabatan yang lain. Rakyat pengundi tidak gentar untuk terus mengharungi kebejatan dan kezaliman risis yang semarak dikena dan dilaksanakan kepada PR untuk menjalankan tugas parti dalam semua pekara.

Apabila PR bermatlamat untuk ke Putrajaya atau menawan Putrajaya dari terus ditunggangi oleh umNObn, maka dihadapan kita adalah PR mesti menawan tambahkan kerusi di Dun negeri-negeri dan PR wajib mendapat lebih dari separuh dari jumlah kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam PRU13 nanti. Ianya bukan harus dan bukan mustahil PR mampu menewaskan umNObn dalam PRU13 nanti. Berpandukan beberapa petunjuk, pengalaman-pengalaman yang lampau, dengan gerak kerja turun kepadang pemimpin PR menemui rakyat dan pengundi. Sementelah rekod bersih kerajaan-kerajaan di perentah PR, apalagi 2 negeri PR telah mengumumkan bonos kepada kakitang perkidmatan awam masing-masing. Sedangkan Najib dan negeri UMno menerajui kerajaan, hingga saat rencana ini, Najib sebagai PM dan umNO sebagai MB dibeberapa negeri, disaat dakwa ekonomi kuat gagah meningkat, tiba-tiba menterjermahkan negatif dengan semboyan.

PM 1Malaysia dan MB-MB umNObn mereka bisu kelu pasai bonos kepada kakitangan awamnya terkial-kial lip pok lip lip memikirkannya. 1Penginayaan kepada kakitangan awam menafikan 100perkhidmatan jasa mereka kepada kerajaan tidak dihargai. Tanpa Najib memberi bonos kepada kakitangan awam persekutuan, makanya saling tak tumpah umpama Najib memberi hadiah penyapu kepada pekerja perkhidmatan awam, sama seperti yang toyol lakukan di Selangor menjelang sebelum PRU12 berkesudahan umNObn kehilangan negeri paling kaya dalam 1Malaysia iaitu Selangor. Tindakkan Najib menafikan bonos ianya adalah pelengkap dan jerangkap samar untuk umNObn nyah dari Putrajaya sekadar diakib PWTC. Kalau untuk rakyat no? Tetapi untuk kroni darah daging dan bini yes. Ok lah Najib umNObn rakyat adalah tuan hakim dalam PRU13.

Baru-baru ini pada 23 Ogos 2010, - KUK DS Anwar Ibrahim berkata, “KEADILAN yakin parti kini berada di atas landasan yang lebih kukuh dan mantap selepas mengharungi episod getir dan mencabar di mana empat daripada ahli parlimennya melompat parti manakala seorang lagi dipecat keanggotaannya. Sambil mengakui parti menghadapi kesukaran memilih calon yang berwibawa dan setia kepada prinsip perjuangan semasa PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu” DS Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata KEADILAN mempunyai barisan pimpinan yang lebih jitu dan komited.

"Adakah kita telah belajar daripada kesilapan - ya, adakah kita lebih bersedia sekarang - ya, adakah kita kini mempunyai barisan pemimpin yang profesional dan kredibel - ya. Jadi kita rayu kepada semua ahli parti supaya tetap setia dan komited s ebagai satu pasukan yang mantap," kata Anwar ketika bersama ahli KEADILAN Cabang Bayan Baru pada satu majlis dialog baru-baru ini.

"Kalau agama kita pegang untuk tanam kebencian, untuk tegakkan kezaliman, itu bukan agama, itu rangkaian kerangka penjahat-penjahat yang menentang ciri murni agama. Sebab itu saya tidak mahu diganggu dengan hal sebegini dan saya beri nasihat kepada kawan-kawan kita, kita kena terus maju - membujur lalu melentang patah, dengan pendirian ini kita terus mara ke depan," tegas Anwar. Tambah beliau mana-mana perjuangan pasi ada yang kecundang namun yang penting ialah pemahaman yang jelas mengenai objektif dan halatuju perjuangan itu. "Mana ada perjuangan yang tidak ada korban? Lihat sahaja kepada Umno; presiden pertamanya meninggalkan parti, kemudian diikuti presiden kedua dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, presiden ketiga tak sempat sebab meninggal dalam jawatan, presiden keempat, Tun Hussein Onn pun keluar parti.

"Tetapi di sini ada perbezaan - mereka tidak meninggalkan parti disebabkan wang ringgit atau kedudukan, saya mungkin berbeza pandangan dengan mereka atas beberapa isu dasar tetapi saya hormati keyakinan tinggi dan komitmen mereka kepada perjuangan. "PAS juga hadapi masalah yang sama, presiden pertamanya Mohd Fuad, orang Bukit Mertajam tinggalkan PAS, presiden ketiga, Tan Sri Asri Muda tinggalkan PAS. "Kita parti baru, KEADILAN juga hadapi proses ini tetapi kadang-kadang proses ini menyukarkan, ia juga mendewasakan malah ia mematangkan. Ini bermakna dalam proses yang kita akan lalui akan datang kita mesti ingat bahawa parti ini adalah parti yang komited kepada agenda reformasi. Sesiapa yang ingin bersama mesti komited kepada agenda ini," kata mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu. Anwar menegur mereka yang hanya memberikan sokongan kepada beliau berdasarkan apa yang boleh diperolehi sekiranya parti berkuasa kelak.

"Pada 2008 susah nak cari calon, ada yang baik. komited, ada yang terpaksa kita tarik-tarik 'last minute' kerana maklum parti baru dan tak semua yakin kita boleh lawan, ada orang sanggup masuk kalau dia 'secure' nak menang, ada orang dia sokong Anwar kalau Anwar sampai ke Putrajaya, tak jadi ke Putrajaya dia lompat. Itu bukan parti perjuangan, itu parti Putrajaya," ujar beliau.

Kepada kepimpinan PKR dan DAP, berhati-hatilah memilih calun untuk bertanding dalam PRU13 ini, sama ada calun-calun untuk bertanding di Dun maupun di Parlimen. Jangan percaya kepada ampu hebat perjuangan luaran, tetap carilah sehebat wakil-wakil rakyat Dun Kelantan sesi 2004 - 2008 yang didiik di tarbiah oleh PAS khususnya oleh Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru mampu memilih dan melahirkan Adun dikalangan mereka yang pasrah taat kepada parti, patuh menjunjung pemimpin, menunaikan aspirasi rakyat dengan menafikan menjadi petualang celaka sekali pun berdepan dengan tawaran umNObn yang cukup-cukup lumayan. Mereka menolaknya.

Justeru wahai Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP, tidak ruginya kita belajar dengan Tok Guru Nik Aziz dalam mendidik manusia menjadi wakil rakyat sebenar. Jadikanlah sempadan naga dan buaya, biawak dan cicak, mengkarong katak berulang menjadi calun. Sejujurnya PR - PKR dalam kontek Parlimen Padang Serai, AP dari PKR sekarang jangan diletakkan untuk PR tewas di Parlimen Padang Serai, gantilah dengan pejuang tulin, bukan seperti AP Padang Serai dari PKR yang real dilaluinya macam jam balik putar, nampak sangat pengundi dan PKR menjadi alat untuknya kaya dan belagak besar, sombong dan kini menyepi diri kerana orang-orang PAS dah meluat.

Secara pribadi saya dan isteri, sejujurnya kalaulah dalam menghadapi PRU13 ini, PR - PKR masih letakkan juga Gobala sebagai calun, saya dan isteri haramkan undi kami kepada Gobala untuknya. Pasti yang rugi menjadi mangsanya adalah PR - PKR, disebabkan batang tubuh calun yang tercemar.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
14 RAMADAN 1431 - SELASA - 24 OGOS 2010
RANGKAIAN DAN SUSUNAN: PELAN STRATEGIK umNO BERMAIN API, AGAR MELAYU KEMBALI BERSAMA umNO DI PRU13. PR JANGAN LATAH JANGAN LALAI.

BILA MUFTI KALUT, MELALUT JADI TOK AMPU DAN TUKANG KARUT, RAKYAT NEGARA BERCEMPERA. KAMBING TETAP MENGEBEK IA TIDAK AKAN BERKUKUK.

Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
1 RAMADAN 1431 - AHAD - 22 OGOS 2010

Persepsi yang dibiarkan kalau tidak ditangkis dengan buku ruas, akhirnya ia akan menjadi realiti pembohongan kepada rakyat negara mempercayai. Kadang-kadang dalam dunia politik negara kita, segala tepis tangkis dari hujah-hujah yang syaraai dengan dalil dan bokti, sentiasa ditolak ketepi tidak dipandang pun. Kerana ramai rakyat yang tuli memahami dan cuba menggali mendapat sumber berita dari yang samar-samar, mereka cipta sensasi palsu secara borong dengan nilai dua seduit dari sumber kaki5, longkang hatta dari manusia keciwa politik dan pupus kuasa, membolehkan kambing terus mengebek. Beliau sentiasa mengelak dari mengambil langsung fakta dan bokti yang benar. Walau dari sumber longkang dan acar aku dah mampu mengebek, bukan 1kali tetapi dah banyak kali.

Justeru, persepsi tersebut wajar diiringi dengan hujah balas serba pantas buka buku5 dan buku ruas, baru bermakna dan puas mendengar dan disudut menerimanya. Sepertimana telah bertutor kata oleh seorang mufti dalam negara kita, baru-baru ini. “Saya seorang mufti tak kan nak berbohong”, begitulah lebih kurang pembelaan keatas mengesahkan apa yang dilontarkan kedada rakyat. Itunya bukan merupakan sebagai jawapan yang hakiki, tetapi ia merupakan alasan angkat ekor angkat bakul namanya. Disebalik berlindung dengan jawatan keramat mufti, serta bersembunyi dibawah jubah, mengelabah ketika mana mendapat tentangan disini dan disana dari rakyat akan apa yang dikatakannya, harus dipercayai, mustahil dipercayai atau dicampak saja kelongkang.

Kuantiti mufti beberapa orang sahaja tidak seperti kuantiti JKKK atau pemandu teksi dalam negara kita. Mufti, pasti bukan ufti makanya ia tidak maksum, silap-silap daun kesum setidaknya daun ketum. Saya harus tidak menyebut nama mufti tersebut, walau begitu harus anda diluar sana, pentingnya anda disini celek minda pasti tepat pejam celek, lip pok tahulah gerangan mufti tersebut yang dia serabut dengan sekelian bangsa negara sokong PR - PAS, DAP dan PKR khususnya dalam PRU13 nanti. Mengusarkan mufti tersebut kalau-kalau sah umNObn menjadi aruah dalam PRU13 dan diletakkan di Muzium Negara dan disimpan di Arkib Negara, sudahlah beliau nak sesuakan diri dan keadaan ketika itu kot.

Apabila mana-mana mufti dalam negara kita, sudah melangkau diluar sempadan tugas asasinya akan fungsi hakiki, dengan sebelah kaki kanannya melangkah kekancah politik jadi tok ampu tok sapu umNO sebagai tugas sampingan. Jadi dimasa yang sama beliau menghina semua ahli politik telah gagal menjalankan fungsi tugas masing-masing. Sebab itulah perlu dirinya tampil seperti lampu ajaib Aladin macam tikus repair labu. Maka beliau sebelah tangan kirinya memegang, menghunus hatta menjulang keris telanjang dengan melaungkan perpaduan Melayu. Walau diatas apa-apa maksud dan tujuan yang tersurat dan yang tersirat dengan misi menjerat 1pehak iaitu PAS.
Justeru dengan tikaman dan paluan gong dan rebana beliau mufti itu, saya berpendapat mufti tersebut tidak menggunakan akal minda bertahta dikepalanya, tetapi baik keris dihunus dan rebana dipalu itu, ia mengguna dan berfikir dengan mengguna kepala titi yang setiap titi atau jembatan itu, ada 2 kepala, zero akal dan zero minda.

Sesungguhnya titi tidak ada ekor. Makanya mufti tersebut wajar menerima seni-seni bahasa politik, liku dan sekeru politik, beliau akan berhadapan asakan, dan bersedia menggalas memikulnya. Kini baru ku tahu, mufti tersebut telah gagal total berperanan dalam merealisasi jawatan tugasnya sebagai MUFTI untuk negeri Perak dan juga kandas sebagai Ahli Majlis Fatwa. Ilmu Quraan yang ada padanya, ilmu Hadis Junjungan yang ada padanya.

Hatta beralmari kitab-kitab selama beliau belajar, mentelaah diikuti mengajar dan berdakwah, tidak terdaya beliau menterjermahkannya untuk 1Melayu dan 1Islam yang ia mahu dengan perpaduan. Selama beliau mengetuai institusi jabatan MUFTI Perak DR dan sebelumnya di Pulau Pinang zaman MCA Perikatan Ong Pau Nee KM dan semasa GerakanBN sebagai Qadzi. Semua apa yang direalisasinya tidak menjadi dalam menghasilkan kejayaan perpaduan Melayu dan umat Islam secara menyeluruh. Sebagaimana dinukilkan oleh Al Quraan dan Al Hadis. Diatas kegagalan berperanan sebagai mufti dengan segala kapasiti keutamaan dan perdana pandangan rakyat rupa-rupanya Islam bukan alat penyelamat umat oleh mufti itu.

Jadinya, untuk rakyat sebelah sini dan sebelah sana, maka mufti tersebut harus menggunakan gelanggang baru yang lebih diyakini untuk 1Melayu berpadu iaitu jenama politik, kini mufti tu, menjadi juara macam pekaka dan tekukur. Rupa-rupanya beliau nampak lebih baik dan utama dari jawatan mufti kearah ampuh umph dan berkemampuan dalam menyatukan 1Melayu tidaknya Islam yang Al Quraan dan Al Hadis Rasulallah. Tetapi melalui gelanggang politik perkauman Melayu. Kerana selama ini lidah mufti dikeluarkan diatas membar dan digelanggang dakwah mesjid dan surau sia-sia sahaja, maka apa yang beliau semai selama ini; maka itlah yang dituai kini iaitu BILA MUFTI KALUT, MELALUT JADI TOK AMPU dan TUKANG SAPU kepada umNO cap keris telanjang.

Bukan mufti tidak boleh bepolitik, tetapi politik yang macam mana mufti wajar harus, wajib dan haram berada dan merealisasi aspirasi sesabuah agenda parti itu. Ketikamana selepas PRU12 tahun 2004 dengan semboyan Islam Hadhari imamnya DS Abdullah Ahmad Badawi. Mulanya tv jaja habis ulang tayang PM dan Presiden umNO ketika itu mampu menjadi imam solat Maghrib, Isha beberapa kali, selepas itu rupa-rupanya sekadar babak lakon sebagai penghias, penyeri abui mata rakyat pengundi saja. Berbekal itulah dalam PRU12 tersebut umNObn mencapai kejayaan besar. umNO sendiri cukup merasai selesa dan perkasa bukan perkasa Ibrahim Ali lanie. Eksyen umNO meninggi dan rangi. mNO bukan saja lenyet PAS, PKR dan DAP yang tewas dalam penyertaan pilihanraya tersebut. Dengan ramainya bilangan Ahli Parlimen umNO dan Ahli DUN negeri, sombong umNO meninggi dan sanggup sama kencing buli parti komponan sesama BN seperti MCA, Gerakan, PPP dan komponan BN lain. Kerana apa? Pasai apa?

Tuan-tuan dan puan-puan rakyat pengundi sekelian, kerana ketika itu umNO kuat dan kuatnya umNO kerana ramainya AP dan Adun, seolah-olah tidak perlu lagi bantu tolong semangat perkongsian kuasa dengan komponan lain mentadbir mengurus negara. Ketika umNO megah dan juah, sombong dan angkuh dengan kedudukan kuat menguasai dan monopoli keadaan.

Kenapa ketika itu manusia yang sama yang melalak dan menyalak sekarang ini diatas tajuk perpaduan Melayu ketika melihat PAS dan PKR dilenyek dicaci dibuli umNO dalam tempoh tersebut, mufti tersebut menjadi bisu, menjadi buta dan pekak suasana dan perasaan yang mati. Kenapa tu tok peti? Lepas pandang atau bangga dengan gagahnya umNO ketika itu. Tak ku sangka macam tu punya fael tok peti.

Tiba-tiba selepas PRU13 pada 8 Mac 2008 setelah umNO terterap jamah tanah, setelah separih negara ditawan oleh Pakatan Rakyat - PR: PAS, DAP dan PKR. Beliau menyaksikan disaat umNO terkial-kial nyawa-nyawa ikan serta sarat dengan perpecahan dan pertembongan sesama sendiri katok, sakai, tembak bunoh, rasuah dan sebagainya. Ketika mana umNO berada di titik akhir dipinggir liang kubor, dengan jiwa tasauf mufti tersebut demi untuk menyelamatkan umNO yang dirinya separoh disana, dan separuh disini sebagai mufti demi 1tindakkan akhir, maka wajib PAS dan umNO bersatu bukan harus lagi baginya tetapi wajib kali ini untuk hadapi PRU13. Pintar, putar juga nampaknya tok peti ni.

Rakyat pengundi dah kenal gerangan mufti tersebut, beliau mencari untung dan mencari nama dengan mencipta pekara pelek-pelek untuk memusnahkan orang lain, diatas bijaksana dan bijaksini mencetuskan issu. Tak kiralah apa-apa isu sekali pun. Lupakah kita? Atau kita masih segar bugar mengingat, ketika mana tok peti tersebut mencetuskan issu murtad yang didakwa oleh Raja Sherina iaitu segroup orang Melayu akan murtad menganut agama Kristian di Ipoh Perak yakni di gereja Silibin.

Pendedahan berunsur fitnah diluar usul periksa dan menghalusi apa yang diperkata dan dijaja oleh Raja Sherina, lantas disambung oleh lidah mufti tersebut yang pasih dengan cukup sensasi apalagi melibatkan Azhar Mansor (Datuk - anak Padang Katong, Kangar Perlis). Ceramah dan buat CD (haram kerana tak kebenaran dari KDN) gempaq pula, jadikan tali temali memakmurkan fitnah, sensasikan rakyat negara.

Lupakah kita, mufti tersebut cukup tebal dan cukup kebal, PDRM tak panggilnya membuat penjelasan dalam satu siasatan. Tetapi Raja Sherina dipanggil untuk memberi keterangan. Nyatalah kebenaran, kes murtad tersebut mufti tersebut pelawak dan bohong. Tok peti kata dia kata apa yang Raja Sherina kata, tok peti cuci tangan dengan air zam-zam. Berpandukan kes dan fakta diatas, saya telah terlucut kepercayaan dan saya menjunjung dan menghurmati tinggi sebelum peristiwa tersebut.

Kini sama saja mufti tersebut pendek akai dan gopoh, ia sebaris dengan JKKK sahaja. Sebab itulah apa bila mufti tersebut cetuskan pentingnya PAS bersama umNO sekarang, sahlah ianya bermakna dalam. Sedalam liang lehat umNO sedang tuju titik ajalnya. Maka idea usang ialah PAS mampu selamatkan umNO seperti selepas PRU 1969. Era itu dah berlalu, PAS tidak akan masuk lubang biawak untuk kali ke2.

Saya beranggapan salak dan ajak PAS mesti bersama umNO untuk kuatkan Melayu, ianya adalah real baru untuk umNO bergerak dan bernafas. Bila PAS tolak, suara mula akan bergema dari tok peti tersebut, mencanang PAS lah yang menyebabkan Melayu berpecah kerana tidak mahu bersama umNO bersatu dalam PRU13 nanti. Itu adalah matlamat dan hakikat tersembunyi ditabir jubahnya. Bukan harapkan sangat perpaduan. Matlamatnya adalah akan melepas peluru perkauman disaat PRU13 nanti. PRU13 sedang dibicarakan oleh ramai sekarang. Tidak cukup dengan isu murtad tersebut. Beliau sambung tambah dengan issu cukup-cukup sensasi diatas perpaduan Melayu dan cuba memangsakan PAS mesti bersama umNO disaat umNO tinggal gusi, dan gusi itu pun nanah berdarah.

Diatas sifat tidak cermat dan menghalusi berita palsu. Dan yang palsu itu diterima mufti tersebut seperti kita mesti berpegang dan percaya seperti Al Quraan. Maka beliau taborkan garam kunyit diatas luka dan letakkan mancis api cap cabai ke dalam tong petrol untuk menjahanamkan PR dan melingkup negara yang rakyat bena selama ini. Tidak berpada dengan 2 gejala diatas, tergamak dan sanggup tok peti tersebut membuat kenyataan melulu setaraf Mat Kedondong Gunung Reng dengan mendakwa terdapat perlembagaan baru diusahakan oleh lawan umNObn untuk gantikan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

Disini saya tampil mengatakan mufti tersebut terus tambah siri bohongnya dengan berselindung ditabir jubah kuning dan serban birunya. Selagi beliau mufti tersebut tidak keluarkan bokti teks naskah perlembagaan baru serta nama pembikin dan pencitak perlembagaan baru itu, nyatalah tok peti itu melengkapkan khazanah bohongnya kepada rakyat dan negara adanya.

Kalau tidak rakyat tersenyum melihat langkah tempang dan tari songsang tok peti bermain keris telanjang dalam gelanggang. Kerana ganguan jubah dan serban. Elakkanlah supaya biarkan sekerat atau sekadar harus 1Melaya akan percaya sama lu. Tok peti ini juga sempat kelibatnya sentoh pasai doa dan lantas menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.
Haramnya akan doa dibaca oleh khatib jemputan dibeberapa masjid di Pulau Pinang negeri pemerentahannya PR yang di ketuai DAP dengan KMnya YAB LGE. Bingkas pantas tok peti tersebut mengeluarkan hukum.

Eh! Ehhhhh!!! Ehhhhhhh!!! Nyanyok kot tok peti ni, tok peti dah lupa kak, ketikamana PRU P Hulu Selangor baru-baru ini, umNO anjurkan majlis bukan saja berdoa tetapi solat hajat dan baca Yaasin untuk menangkan calun bp umNO dari MIC seorang India tidak Islam iaitu P.Kamalanathan. Apa macam tok peti. Tok peti takat-takat jadi tukang ampu dan tukang sapu, akai dah beku mata jadi kelabu, maka harus ok peti jadi merapu.

(Nota: Khatib jemputan tersebut adalah anak kepada Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai, Taiping. Saya panggilnya dengan penuh hurmat dan kasih sayang dengan panggilan ‘Ya’ tidak bermaksud merendahkan mertabat dirinya, sejak beliau belajar di Nilam Puri sering berjumpa saya di KB. Beliau belajar di Yayasan Tinggi Islam Nilam Puri dan di Al Azhar Mesir, berguru dengan abang-abang mantan siswa dan pensyarah Nilam Puri. Saya sendiri terlebih awal berkawan dengan abang-abangnya iaitu Ustaz Hassan Ahmad (Datuk Hassan Ahmad - Mufti Pulau Pinang) dan Ustaz Salleh Ahmad (Professor Datuk Salleh Ahmad mantan pensyarah UM dan kini pensyarah UIAM). Saya mengenali adik kepada Ustaz Yahya Ahmad ini iaitu Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Malaysia mantan pensyarah UITM. Teman-temanya adalah YB Ustaz Haji Muhammad Hussein, Haji Isa Tok Pulau Perlis LUTH dan ramai lagi kalau mau disebut. Pasti dengan ilmu yang ada didada sahabatku YA ini, dia tidak akan tersasul dalam melafazkan doa. Ya! Cabaran ini adalah pelengkap untuk Allah mematangkan anta, dan peluang anta berdepan dengan sesiapa barisan yang akan bersoal tudoh keatas anta, ana doakan anta, sahabatku!!! Inshaallah).

12 RAMADAN 1431 - AHAD - 22 OGOS 2010
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Friday, August 20, 2010

KEMUNCAK PM6 MALAYSIA DS NAJIB TUN RAZAK KERANA DESAK DAN ASAK TS MUHYIDDIN YASSIN - TURUNNYA PM6 OLEH SPESIS YANG SAMA.

KEMUNCAK PM6 MALAYSIA DS NAJIB TUN RAZAK KERANA DESAK DAN ASAK TS MUHYIDDIN YASSIN - TURUNNYA PM6 OLEH SPESIS YANG SAMA.

TELINGKAH TERJERMAHAN 1MALAYSIA DIANTARA TPM TS MUHYIDDIN YASSIN DENGAN PM DS NAJIB. DIBARAKAN SEMARAK TAK SETUJU DARI TUN MAHATHIR.

MAKANYA HALATUJU 1MALAYSIA MENJADIKAN KOMPONAN PELENGKAP MEMPERCEPATKAN KEHANCURAN umNObn.

Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB
13 August 2010 - Jumaat - 3 Ramadan 1431

Sikap purba selama-lamanya yang dimiliki secara tegar dikalangan wartawan media pengampu umNObn, sentiasa mendahului tuan besar dan tuan pecacainya dalam menghadapi membantai lawan politik yang ditakuti dan digeruni pada hakikatnya iaitu PAS, DAP dan PKR sejak 15 tahun mutakhir ini. Justeru sikap media-media pengampu tersebut, menjadi merapu 3suku apabila berlaku sedikit sahaja desir kucai sudu dalam cawan dikalangan komponan PR, samada dari PAS, PKR maupun DAP.

Maka seluruh media perdana propoganda umNObn dari jenis citak dan eloktronik, ulang dan ulang sampai rakyat naik jelek dan menyampah dengan propoganda yang keterlaluan tanpa terlebih dahulu mereka mendapat info dan maklumat yang sah, saheh dari lidah resmi komponan PR. Berita longkang dan danor acaq cuba digilap disepuh menjadi harga sebagai halua fitnah kepada rakyat menerimanya.

Bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib2 Presiden dan lelain peringkat pemimpin dalam dan luar umNO bukan main lagi mereka berkukok dengan macam-macam bunyi dan kadangkala ekor bergelomang tahi candu. Telahan, fitnah adu domba tokok tambah menjadi santapan minda fitnah terancang. Menjdikan berita 1inci, 1depa tandu tarik mengeluarkan pendapat sekian-sekian yang negatif kepada PR, gah 1Malaysia.
Seperti kata pepatah, umNO ni jenis naga saiz gajah, korap panau dipelupok mata buta, tetapi kuman ameba atom 1,000 km nampak. Selalunya apabila yang digah diwar-warkan itu, itu kebanyakkan berbentuk fitnah dan fitnah itu kembali makan diri umNO sendiri. Bengong terkedu akhirnya membisu, menyepi dan menikus. Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan mertabat kepimpinan umNO dan umNO itu sendiri, tetapi ianya adalah realiti, setakat ini.


Mari sama-sama kita imbau ingat dan mengambil perhatian penuh. Hampir 30 dahulu, pembunuhan senjata api juga berlaku dikalangan diantara pemimpin umNO sesama umNO menyebabkan kematian. Ia itu kes kelasik mantan Ahli Parlimen Tampin-Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Pemuda umNO Malaysia menembak mati Speaker Dun Negeri Sembilan, sebagaimana dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Penembak tertudoh tersebut saya mengenali dan sebaliknya dan mangsa tembakkan saya cuma mengenali nama tidak pernah bersua.

Sering dizaman Almarhum Dato’ Haron Idris saya bersama saudara Haji Baiza Shahurin, Allahyarham Zainal Abidin Husman, Saudara Saidin Thamby Chik, Azhar Alias, saudara ABI-Abdullah bin Ismail dan beberapa lagi. Disatu tempat kami menemui Datu’ Haron dan sering bersua dengan mantan TK Pemuda umNO - Mantan Timbalan Menteri tersebut, secara santai dan membicarakan politik semasa ketika itu dulu, sekalipun saya tidak pernah menyinsing keris bogel didada maupun di pinggang.

Kes yang sama berulang, yakni pembunuhan tembak mati dengan pistol pada 3 Ogos 2010 Selasa lepas. Melibatkan mantan Adun Permatang Dun Selangor, Datuk Aziz bin Mohd Noor berumur 64 tahun masih menjawat AJK umNO Tanjong Karang, dengan tembakan pistol miliknya yang sah. Sehubungan bunuh dan membunuh tersebut, ianya mengundang kemalangan kereta di lebuhraya. Kereta tersebut adalah milik Siti Rohana tetapi dipandu oleh Datuk Aziz, terbabas di Km 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat Shah Alam.

Beliau memanfaatkan sepenuhnya kepakaran menembak tepat seperti penembak negara dalam sukan Olimpik dengan melepas 2bedilan kekepala pembantu pribadinya Siti Rohana binti Ismat berumur 43 tahun seorang janda yang juga Naib Ketua Wanita umNO Bahagian Tanjung Karang. Kejadian diluar fitrah dilakukan iaitu bunuh dan membunuh disusuli dengan kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi, disaat seluruh umat-umat Islam negara dan dunia menunggu kehadiran bulan Ramadan karim TH 1431.

umNO menyepi dan seolah-olah mau menafikan yang mati terbunuh dan membunuh dengan pistol itu bukan terdiri dari ahli dan pemimpin parti mereka umNO. Bayangkanlah wahai rakyat pengundi sekelian, sekiranya ianya berlaku dikalangan pemimpin PAS, PKR atau DAP dijaja keliling dunia, meratip siang malam radio tv mengata dengan mengulas taraf dan kualiti yang terdapat dikalangan pemimpin PR, dengan macam-macam andaian. Apakan daya apa nak buat, bunoh dan membunoh itu kejadiannya mengulangi tawarikh lama umNO diberi nafas baru untuk rakyat mendapat tawarikh baru pembunuhan dikalangan sesama pemimpin umNO. Apa nak jadi! Apa nak jadi!! Apa nak jadi!!!

Pemimpin umNO tua dan Kaum Ibu UMno nama lama. umNo Selangor seyap sepi terkedu dan terpukul rebah terterap 2 kali. Terhenti seketika heboh riuh pasai curi pasir di Selangor, hantu toyol sepi seketika. Pasti bunoh dan bunoh dikalangan sesama sendiri pemimpin umNO Bahagian Tanjung Karang, sedikit sebanyak terpalit dan tergamam juga Ketua umNO Bahagian Tanjung Karang sekarang. Sehingga saat saya membuat rencana ini telah masuk puasa hari ke4, belum terdengar Ketua umNO BTK dan jawatankuasanya secara resmi mengadakan khenduri aruah dan doa selamat selepas solat Terawaih untuk kedua-dua mantan pemimpin mereka. Kalau terlepas maklumat saya pohon maaf.

Saya kembali dan fokaskan kepada tajuk yang saya paparkan iaitu JADINYA PM6 MALAYSIA DS NAJIB TUN RAZAK KERANA DESAK DAN ASAK TS MUHYIDDIN YASSIN - TURUNNYA PM6 DARI SPESIS YANG SAMA.TELINGKAH TERJERMAHAN 1MALAYSIA DIANTARA TPM TS MUHYIDDIN YASSIN DENGAN PM DS NAJIB. DIBARAKAN SEMARAK TAK SETUJU DARI TUN MAHATHIR.

Mantan PM4 Wawasan 2020 jadi 0202 Tun Dr Mahathir juga mantan Presiden umNO, bermadah “Melayu mudah lupa”. Kebenarannya ada, tetapi tidak tahap 100% Melayu mudah lupa. Saya adalah diantara jenis manusia yang tidak pernah lupa apa yang berlaku dalam umNO maupun PAS sejak saya mengenali ABC - Alif Ba Ta politik kepartian. Saya mengenali kerajaan Perikatan Kapal Layar, menyaksi serta merasai PAS hilal dan bintang - Kerajaan Champoran dan PAS - BN. PAS dengan Angkatan Perpaduan Ummah hingga terkini dalam Pakatan Rakyat.

Saya mengenali PAS ini diakhir tahun 1960han menerusi Almarhom Ustadz Abu Bakar Hamzah sampai sekarang. Watak-watak dalam PAS maupun dalam umNO seimbanglah saya megenali sebahagian diantaranya kesan dari Kerajaan Champoran tahun 1974 dulu. Apa yang ditiupkan perpaduan Melayu dan perpecahan Melayu, apalagi butangnya ditekan oleh Mufti Perak SS TS DS Harussani Alhaj sebagai point detik sejarah formula keramat penyelamat umNO, menghindarkan agar umNO tidak mengulangi nasib kemusnahannya selepas PRU 1969. Maka gema pecah padu, umNO nampak PASlah mampu menyelamatkan umNO untuk kali ke 2.

umNO terkini sedang menghadapi cabaran getir samalah seperti pasca PRU 1969 seperti 41 tahun dahulu. Sejak selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 umNO melalui tekanan dalaman dan tekanan ancaman dari parti komponan tua dan baru BN kepada umNo Kedengaran paluan kritikan, ancaman serta kecaman, diutarakan seolah-olah kearah menguat dan mengukuhkan umNO. Tetapi hakikatnya umpama tikus membaiki labu. Dahulu segelintir ahli Umno dikepalai Dr. Mahathir Mohamad telah mendesak Tengku Abdul Rahman meletakkan jawatan sifatnya anak jantan memikul tanggungjawab atas prestasi buruk BN khususnya umNO itu sendiri.

Krisis umNObn kesan PRU1969, sekali lagi umNO tepaksa menghadapi dan menerima ledakkan krisis perdana yang menjadikan umNO parti haram pada tahun 1988 melalui keputusan mahkamah, ianya berkaitan rapat keputusan pemilihan kepimpinan umNO tahun 1987. Perpecahan besar mewujudkan parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang mencabar Dr. Mahathir bagi jawatan Presiden umNO. Sebelumnya gejala malapetaka Datuk Musa Hitam TPM meletak jawatannya pada 1986. Perletakkan jawatan TPM oleh Datuk Musa Hitam terus melemah dan gulanakan umNO menjadi tempoyak budu berpanjangan.

Hasil dari umNO pecah tersebut umNObn dalam PRU1990 kehilangan negeri Kelantan kepada Angkatan Perpaduan Ummah - PAS sebagai komponen utama menubohkan kerajaan Kelantan dengan melantik Tuk Guru Nik Aziz menjadi MB. Dalam keadaan tertekan berterusan umNObn mengalami kemerosotan populariti undi. Tempoh 10 tahun kemudian sekali lagi krisis besar umNO iaitu PM Dr Mahathir memecat TPM/Menteri Kewangan DS Anwar Ibrahim dan menciptareka tuduhan. Kesannya umNO dalam PRU berikutnya turut tewas dan terlepas negeri kaya minyak Terengganu kepada PAS dan TG DS Haji Abdul Hadi Awang menjawat MB.

Ditangan genggaman kuasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMno dan PM di PRU122008 pada 8 Mac BN kehilangan lima negeri termasuk gagal merampas Kelantan. Negeri-negeri lain ialah Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. 10 daripada 11 kerusi Parlimen di WP KL ditawan Pakatan rakyat. PRU 2004, Umno menang 109 kerusi Parlimen dan 302 kerusi DUN. Cuma tepoh 4 tahun berselang umNO hanya menang 79 kerusi Parlimen dan 239 kerusi DUN.

Saya menyaksikan baik buruk, untung labanya PAS dalam Kerajaan Champoran, PAS dalam BN. PAS bersama APU bersama gemulah PM Semangat 46. PAS bersama BA - Barisan Alternatif dan dinaikkan taraf menjadi PR - Pakatan Rakyat PAS telah bersama-sama dalam PR menjadi tulangbelakang utama bersama PKR dan DAP (Inshaallah sekiranya kesihatan mengizinkan saya akan jadikan 1tajuk rencana khas tentang PAS membabitkan dirinya sepanjang perjalanannya disamping tokok-tokoh yang masih hidup dari PAS, berjasa sepanjang masa).

Naik turunnya PM Malaysia sejak PM Pertama Almarhom YBM Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj kepada PM Ke2 Almarhom Tun Abdul Razak Hussein. Kepada PM Ke3 Almarhum Tun Hussein Oon kepada PM Ke4 Tun Dr Mahathir. PM Ke5 Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada PM6 1Malaysia DS Najib Tun Razak. Semuanya dari umNO. Naik turunnya mereka adalah melalui sebab dan musabab. Samada ketika menjawat jawatan dan pupus jawatan selain dicanang terbentang, disana masih terdapat rahsia-rahsia tersendiri. Samalah bagaimana PM6 1 Malaysia menjejak kaki ke PWTC dan Putrajaya.

Licik dan licinnya macam belut kadang-kadang bersisik macam tengeling itulah dapat saya katakan watak TPM sekarang TS Muhyiddin Yassin. Kalaulah tidak kerana keberanian dan kelantangannya secara tuntas ketika menjalankan tugas resmi di Singapura. Dari Singapura atau Temasek itulah TS Muhyiddin Yassin melepaskan peluru peledak C4nya melalui Tambak johor menyeberangi Johor Bharu melantun jatuh ke PWTC dan gugur di Putrajaya. Bahana 1ledakkan muntah peluru, gugur 1 dan 2 tampil kepersada.

Apa dia? Peletup C4 jenis manakah bisanya yang dilepaskan dari Temasek itu oleh TS Muhyiddin Yassin? Iaitu peluru berbisa dan beracun yang dilepaskan oleh TS Muhyiddin Yassin ditujukan khusus kepada Presiden umNO ketika itu DS Abdullah ahmad Badawi iaitu SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO. Itulah peluru keramat yang dilepaskan oleh TS Muhyiddin Yassin mendapat sokongan besar dari yang berkepentingan, termasuk seteru musoh politik DS Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan Presiden umNO dan jawatan PM dilepaskan.

SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO. 6 Perkataan tersebut makanya jadilah DS Najib Tun Razak menjawat PM6 Negara dengan retorit 1Malaysia; Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan berkuasa di PWTC dan mencekam Putrajaya. Seiring dengan itu berganding dengan PM6 1Malaysia DS Najib Tun Razak adalah pemegang kotak hikmat SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO yang berani gagah perkasa iaitu TS Muhyiddin Yassin gantikan tempat Najib tinggalkan iaitu TPM. Maka TS Muhyiddin Yassin menuailah apa yang disemainya dari benih SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO, kira-kira 4 bulan sahaja.

Atas nama peralihankuasa dalam umNO atau sesetengah orang kata kudeta-rampasankuasa dalam umNo secara terancang. Jadilah DS Najib Tun Razak Perdana Menteri - Menteri Kewangan dan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri - Menteri Pelajaran. Kedua2 watak ini sejak bergiat dalam umNo sebagai warisan keluarga masing-masing hampir setara menjawat jawatan. Najib pernah menjadi MB Pahang dan Muhyiddin menjadi MB Johor. Najib dan Muhyiddin pernah dan menjawat Menteri Pelajaran. Sama-sama pernah duduk Naib Presiden dan Timbalan Presiden umNO. Lebihnya Najib pernah menjadi Ketua Pemuda umNo tetapi tidak Muhyiddin.

Dipenghujung hayat kuasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden umNo dan PM, ketika itulah TS Muhyiddin Yassin sekiranya tidak dilakukan peralihan kuasa umNO dengan segera ketika itu, katanya “umNO sedang berada dititik titik terakhir hayatnya”. Semboyan benci Pak Lah dan bencinya dekat menantunya Khairi menjadi sunggoh-sunggoh bernilai. Sebarang minta hasrat tercapai. Tempoh setahun dalam pengamatan saya TS Muhyiddin Yassin macam mengiakan telahan dan pendapatnya iaitu umNO sedang berada dititik titik terakhir hayatnya. Sebab itulah beliau kempunan untuk pantas kesempatan ada untuk merasai jawatan PM7 terakhir dari umNO.

Najib dan Muhyiddin mendapat laba dengan ledak peluru yang dilepaskan dari Temasek ketika beliau berurusan disana. Tetapi kali ini ketika PM6 1Malaysia DS Najib keluar berahsia dan senyap sunyi bercuti selama 10 hari diawal August ke Itali dan Perancis bertemu KM Serawak untuk memutuskan PRU Sarawak. Dihari ke3 August Najib PM keluar negara, kombinasi dan strateji TS Muhyiddin Yassin dengan mantan PM5 juga mantan Presiden umNo Tun Dr Mahathir melepaskan 1butir peluru untuk sekor burung dari dalam negara kali ini, ketika PM bercuti tergesa. Katanya semua urusan parti dan negara dijalankan oleh TS Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir berkata, penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia, yang diperkenalkan pentadbiran Najib lebih setahun lalu, wajar diberi bagi mengelak pandangan berbeza di kalangan masyarakat pelbagai kaum. “Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” kata bekas perdana menteri. “Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera. Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera. Hasil kajian itu berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan. Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu. Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.

Pandangan dan pendapat Tun Mahathir tidak kesaorang. Ianya mendapat respon penuh dari TS Muhyiddin Yassin yang sedang mengorak dan mempersiapkan dirinya menadi 1 dan no 1negara pula. Kata TS Muhyiddin Yassin, “Saya bersetuju dengan pandangan beliau (Dr Mahathir). Kami tidak mengatakan bahawa dalam tempoh satu tahun setiap orang akan faham slogan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri, tetapi saya yakin bahawa mereka mungkin faham. “Saya percaya bahawa ramai yang belum memahami dengan mendalam makna 1 Malaysia,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mengenai pembangunan belia di Perdana Putra di sini.

Bagaimanapun Muhyiddin mempertahankan slogan 1 Malaysia sambil menjelaskan bahawa orang ramai memerlukan lebih masa untuk memahaminya. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menambah, sesetengah kumpulan dengan sengaja mensabotaj pelaksanaan konsep 1 Malaysia. “Bagaimanapun ada kecenderungan di mana pemahaman dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan tertentu, walaupun dijelaskan oleh perdana menteri bahawa 1 Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan negara kita. “Apa jua tafsiran, ia tidak harus lari daripada semangat perlembagaan seperti hak Bumiputera, Bahasa Malaysia, kebudayaan, agama dan raja.

Pertembongan ini akan menjadikan 1Malaysia hasrat Najib dan agenda Melayu diutamakan menjadi hasrat utama dan batu loncatan serta tulang belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapat tempat dikalangan umNO yang kini sedang melalui detik-detik suram cuka sebagaimana dirasai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, didenai dan dilalui oleh DS Najib. Marilah sama-sama kita melihat episod selanjutnya. Saya yakin jawapannya akan tertunai sebaik selepas PRU negeri Sarawak tidak lama ladi.
Selepas ini tidak ada lagi serunai ditiup, gong dipalu untuk umNo perangkap PAS dengan modal beracun bernama PERPADUAN MELAYU sekalipun ianya datang dari seorang Mufti. Bagi saya beliau sedang memungut ufti sebagai balasan anugerah TS dan Dr kehormat disemat didadanya dengan kemas keming lagi bersongket sampin menyinseh keris bogel umNO dipinggang.

Bersama-samalah kita pakat-pakat tengok berapa purnama lagi dapat betahannya 1Malaysia ini.

13 August 2010 - Jumaat - 3 Ramadan 1431
Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB

Sunday, August 15, 2010

BERSATU KITA BERPADU, BULATKAN TEKAD, BERGANDING KONGSI MAKLUMAT - MENDEPANI KEMUNGKARAN umNObn. MANFAAT PRU13.

BERSATU KITA BERPADU, BULATKAN TEKAD, BERGANDING KONGSI MAKLUMAT - MENDEPANI KEMUNGKARAN umNObn. MANFAAT PRU13.

(Rencana susunatur dari minda teman-teman blogger PR dipetik dikutip - Maaf dan Terima kasih- SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN KARIM 1431)

Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB.

11 August 2010-08-11 - Rabu - 1 Ramadan 1431

Saya padukan sebahagian dari saripati minda yang cukup bernilai disudut perjuangan, kebenaran menolak kebatilan dari rencana teman blogger terhormat. Kedalam dalam satu rencana di susunatur bertujuan memudahkan pembaca rakyat kepada kesedaran celik minda, merdeka siasah dan ceria dalam mampu membuat perbandingan bagaimana selama ini umNObn sambil selam sambil minum mentedah kedarah air; iaitu jana reka projek turut sama songlap dana jana masuk kesaku. Setiap rakyat pengundi wajar mendapat maklumat dan buatlah bandingan dari maklumat yang bermatlamat untuk manipulasi rakyat kampong peneroka Felda, mengikut telunjuk, menurut perut pedai umNObn disemua media.

Mulanya saya bercadang mau membuat rencana tersendiri sebagaimana lebih dari 220 rencana yang dihasilkan dalam blog saya. Apabila ditoleh dan dilihat kembali lembaran-lembaran minda yang mantap, bernilai tinggi telah anda teman-teman blogger memerah otak menyiapkan rencana dan dimuatkan ke blog masing-masing, saya kagum dan tabik hurmat dengan anda semua, demi masa yang yang cemburu. Maka saya membuat manfaat berusaha memungut kembali mutiara, emas platinum anda tersebut diambil sebahagian untuk dijadikan sebahagian diatara isi-isi rencana saya kali ini. Kerana saya tidak masa yang banyak, memandangkan keadaan kesihatan saya yang menurun dari masa kesemasa. Minda masih mantap tetapi kudrat dan kemampuan sudah tidak bersama lagi, faktor penyakit tegar.

Disaat menghadapi anugerah Illahi dengan sakit jantung, darah tinggi dan lelah yang kronik melalui ubatan dan rawatan susulan setiap masa, biarkanlah usia yang berbaki dengan kudrat tersisa ini. Walauapacara sekalipun, saya berusaha menulis rencana untuk diblogkan walau dalam keadaan baring, saya tunaikan demi ditelinga saya masih berdengung-dengung dan mata sya terus berkelip-kelip. Mengimbau 27 tahun dahulu di Pustaka Antara dipejabat pemiliknya Almarhom Dato’ Aziz, disatu petang Almarhum Pak Su Hussein Yaacob yakni Ibn Muslim penulis politik tersehor berasal dari Kuala Krai Kelantan dan isterinya Mak Su dari Padang Tok La Pasir Mas Kelantan. Kata Pak Su, “Beranikan diri, iklas menulis dan paparkan kenyataan melafazkan kebenaran dalam mencari kebenaran. Kejayaan kita menulis menghadapi kerajaan yang rakus zalim adalah membawa kepada kerajaan tersebut rebah tersungkur kebumi dari tahta memerentah menekan menipu rakyat dan negara, diganti dengan kerajaan baru”.

Kata-kata Almarhom Ibn Muslim masih mengiang-ngiang ditelinga saya. Sebelum mati walau menerap berserandang untuk menghadapi tikus lap top membuat rencana, sampai hasrat tercapai nampak kelih menjadi hakikat, menjadi realiti iaitu PAKATAN RAKYAT - PAS, DAP dan KEADILAN kepersada mengambil tempat di Putrajaya gantikan umNObn yang zalim itu. (Al Fatehah untuk Pak Su dan Almarhum Datuk Aziz).


1. TUNGGANG FELDA: Kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4,080,000,000.00 pada 2004 kepada hanya RM1,350,000,000.00 pada tahun lalu. jawapan timbalan menteri di JPM Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2,730,000,000.00 di tempoh 5l tahun. PM DS Najib wajib melepaskan cengkamannya ke atas Felda bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional. Kira-kira 50 tahun umNO tanam dan kekang jiwa dan minda peneroka Felda lebih letakkan peneroka-peneroka dijadikan alat sebagai tali hayat akhir pergantungan nasib politik umNO. Terdapat peneroka yang bernafanya umNO, batoknya umNO, kencing beraknya umNO, pantang sesiapa sentoh umNO, maka mereka akan keluar dari sarang, keluar dari kepompong lamun lena ulit mimpi, keluarkan keris bogel bangun mempertahankan pemimpin umNO lebih dari pemimpin umNO menjaga keselamatan dirinya. Sedangkan pemimpin umNO sanggup membunuh dan bunoh diri, bukan keraan perjuangan tetapi kerana pribadi.

Sayangnya pada umNO yang pemimpin umNO kencing berak diatas kepalanya dalam menindas. Kini muncul kesedaran pelapis, disana terdengar suara rungutan penindasan dalam bantuan. umNO tanam dan kekang jiwa dan minda peneroka Felda jadikan mereka umpama simpanan tetap untuk ditunai di PRU dan PRK. Yakni missi khusus menyelamatkan politik umNO. Nampak kejayaan kolektif dalam bentuk lembaga besar Felda yang kaya meliana. Kini penkorbanan peneroka itu dikhianati makanya telah dapat dilihat simbul tanda dikhianati muncul dan timbul dari hari keminggu kebulan. Menerusi tepis tolak, kuntau sepak terajang Najib dan Ahmad Maslan, kununnya Felda melabur pada hakikatnya melebor lebuh mengkhianati RM500,000,000.00 di Boston & Cincinatti di Amerika dalam Twin Rivers INC 3 tahun dulu kini sunyi sepi. Kenapa Felda mengambil keputusan cetusreka bersungguh-sungguh pada projek mega hakikatnya bukan bersungguh-sungguh keperluan.

Mereka beria-ia dan bersungguhnya dan mengutamakan pembaziran perdana untuk mengaut dana sampingan dalam membina bangunan ibu pejabat korporat baru di premis termahal sehingga kosnya melantun, dan melambung. Khabarnya menerusi pengurusan tipupandai dari RM220,000,000.00 melantun melambung kos ke angka RM660,000,000.00 untuk tengek peneroka-peneroka ka? Pitih tu adalah sumbernya titik peluh lebih 100,000 dikalangan warga Felda yang dzaif kehidupannya. Ingatlah Felda gerannya bukanlah milik umNO beribu pejabat di PWTC. Penjelasan PM dan Ahmad Maslan yang makan diri macam keris keramat umNO menusuk perut sendiri, apabila umumkan angka bantuan tanam semual yang bohong dan tipu dibandingkan denga syarikat besar lain. Kini sah dan terbokti cakap berdegar-degar, ekor bergelomang tahi. Wahai pahlawan cangkul Ahmad Maslan apa sudah jadi lanie menikus menyepi macam tikus keturi. Baru-baru ni cukup sibuk-sibuk mereka beriya-iya benar mewar-warkan ingin menyaman akhbar arus perjuangan milik Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan, tiba-tiba kini mereka pula yang dikenakan tindakan tersebut.

Rakyat masih ingat Menteri Felda, Si Ahmad Maslan yang kononnya ingin menjadi jagoan bagi menyakinkan rakyat Felda tidak menganiaya mereka, malah Felda sedikit pun tidak "bankrap" biarpun rizab tunai agensi itu menyusut hampir RM3 bilion mulai tahun 2004 hingga 2009 lalu. Kira-kira seminggu Ahmad Maslan menjadi seperti panglima tahi lembu membuka tari bunga silat digelanggang tahi kerbau mempertahankan Felda dan kedudukkannya bila terpalit PM1Malaysia DS Najib dan dirinya yang mencekam faraid Felda dibawah kuasa mutlaknya. Beliau yang kononnya ingin menyatakan kebenaran dengan lagaknya mengeluarkan kenyataan bahawa Felda akan menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta termasuk juga beberapa orang individu yang dipercayai menjadi dalang untung memalukan agensi itu. Namun anehnya, selepas beberapa ketika tiba-tiba Ahmad Maslan menyepi tanpa berita. Tindakan saman yang diwar-warkan itu langsung tidak kedengaran. Hanya "suara-suara sumbang" mereka sahaja yang masih berbunyi. Malah, ada sebilangan peneroka Felda yang tertanya-tanya mana perginya saman yang diperkatakan itu. Manakala Tungkat Ali Melaka ajak juak-juak berhimpun buat unggun api dengan bakar akhbar SUARA KEADILAN. Apa macam Ali, bakar 1Melaka pun kes Felda pasti menjadi bara dan api yang memanaskan kepada umNObn sampai menjadi abu.

Ahmad Maslan "menikus koro mandom" dan tidak berani, kini dah buat tukaran jantina batang anunya dah sifar". Kini dunia dah terbalik, menteri Felda menjadi pondan. Tiba-tiba anak jantan tulin Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) pimpinan Mazlan Aliman awal-awal lagi mencabar Ahmad Maslan berdebat tentang isu "Felda Bankrap". Namun ditolak oleh Menteri UMNO itu, mungkin takut dengan risiko yang bakal berlaku seperti kes Shabery Chik berdebat dengan Anwar Ibrahim dulu. Maka ditukarkan kepada "berdialog", itu pun tidak mahu dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung oleh TV. Kononnya isu tersebut bukanlah isu yang penting buat rakyat. Semua ini adalah petanda awal yang Felda sebenarnya sudah "menyerah kalah" dek kerana desakan suara rakyat.

Mereka boleh mendabik dada kononnya Suara Keadilan dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat membuat fitnah tentang isu tersebut. Namun, dari sebalik tabir hanya orang-orang tertentu yang mengetahui rahsia sebenar Felda ini. Malah, ramai yang tahu siapakah individu yang telah menghuru-harakan serta "mentekedarah @ merompak" hasil mahsul dan khazanah Felda selama ini. Mereka kenal siapa itu PHD Ahli Sauh Yusof Noor dan siapa itu si Md Bakke yang bertanggungjawab "melingkupkan" agensi tersebut. Malah, mereka juga tahu siapa dibelakang individu terbabit kalau bukan Najib Razak anak kepada bekas PM Tun Razak yang mengilhamkan kewujudan Felda itu sendiri. Soalnya sekarang, kenapa Ahmad Maslan gagal menfailkan tindakan saman RM200 juta seperti yang dihebohkan itu?. Apakah beliau takut berhadapan dengan hujjah-hujjah panas dan bukti-bukti kukuh tentang betapa tenatnya agensi itu sekarang ini. Mungkin juga beliau tidak berani lagi untuk "menegakkan benang yang basah".

Bahkan beliau juga tahu status Felda itu sebenarnya, namun dek kerana "mengampu" dan mahu menjaga "maruah bossnya" maka beliau terpaksa mempertahankan agensi yang kian nazak itu. Tambah "menyedihkan", gara-gara juah kedepan membela Felda dan Najib dengan cakap besar cakap celupar mahu menyaman semua pihak yang mengatakan "Felda Bankrap" termasuk Suara Keadilan akhirnya semalam agensi itu pula disaman RM200 juta oleh 766 orang peneroka dari Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Pasti akan menjadi bualan seperti Felda menipu peneroka di Kemahang ternyata dah sampai keputusan di Mahkamah akhir dalam sistem perundangan negara, sah Felda penipu peneroka di Kemahang Kelantan, sama-sama kita tengok.

2. 430% FDI MALAYSIA MERUDUM - HAKIKAT TERHAKIS KEYAKINAN PELABUR KEATAS INTEGRITI KERAJAAN: Pengurusan ekonomi kerajaan pimpinan PM6 1Malaysia YAB DS Najib Tun Razak juga Menteri Kewangan, telah mencipta dan mencatatkan rekod menjunam, merudum FDI Malaysia sebanyak 430%, sebagaimana laporan dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN. Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.
Malaysia di kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura. Indonesia hanya mengalami kejatuhan sebanyak 91 peratus dengan nilai FDInya masih lebih tinggi dari Malaysia pada 2009 iaitu USD4, 877 juta berbanding USD9, 318 juta pada 2008. Thailand yang bergolak pada tahun lepas pula alami kejatuhan sebanyak 44 peratus iaitu dari USD8, 570 juta pada 2008 kepada USD5, 957 juta pada 2009.

Kerajaan BN melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berbohong dengan rakyat berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009. Datuk Pa tidak bercakap benar, berpusing berbelit dalam memberi alasan remeh. Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura. Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan. Faktor merudum FDI negara diantaranya adalah:-

Pandangan pelabur global dan rakyat peka negara dan keadaan, menyakini bahawa kejatuhan ini berpunca dari beberapa tindakan DS Najib. TPM DS Najib berganding dengan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaik menguasai dan mencengkam umNO Perak dan BN Perak, menjuarai kudeta merampaskuasa dari Kerajaan sah rakyat Pakatan Rakyat. Kesan dari kudeta itu para pelabur mula hilang keyakinan terhadap kestabilan politik di negara ini. PM6 1Malaysia sekarang, ketika menjawat Menteri Pertahanan - TPM DS Najib telah gagal menjamin tahap keselamatan negara, cuai apabila dua enjin pesawat TUDM dicuri. Manakala kapal selam Scorpene yang dibeli gagal berfungsi dengan baik. Apalagi berkumandang rakyat dendang kes rasuah yang turut membabitkan nama PM 1Malaysia sekarang semasa dalam pembelian kapal ini pula mula disiasat Perancis akhir tahun lepas dan ini mencemarkan imej negara kerana kes ini mulai memasuki mahkamah tahun ini.

Bertambah parah apabila bolos buruan politik secara rahsia mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang gagal dikesan Polis Malaysia menimbulkan keraguan kalangan pelabur berkaitan keseriusan kerajaan melindungi negara ini. Malah Malaysia dikatakan menjadi negara transit kepada aktiviti pengedaran dadah, pelacuran, pemerdagangan orang dan pengganas. Imej buruk ini amat menakutkan pelabur asing. Ini tidak termasuk lagi dengan faktor kes jenayah dalam negara. Dilengkapkan lagi dengan dendam kesumat dan ketakutan melampau penguasa PWTC dan Putrajaya kepada mantan TPM-Menteri Kewangan iaituYB DS Anwar Ibrahim dilantik kejawatan Ketua Pembangkang. Makanya klon tektik ulang tayang zaman Mahathir klonkan lengkap kes tatacara tuduh fitnah terancang di heret ke mahkamah dengan isu liwat. Kredibiliti DS Anwar Ibrahim yang dihormati dipersada antarabangsa dan negara menjadi sebab pelaburan asing tertahan melabur.

Hatta penipuan menteri BN dan pemimpin MCA dan umNO dilindungi diatas pembabitan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) juga menjadi tumpuan kerana ia melibatkan aset fasiliti perdagangan negara. Ketirisan yang berlaku dalam projek ini amat menakutkan pelabur asing kerana mereka juga boleh jadi mangsa kebuasan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika melabur dinegara ini. Sikap mengugut rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Bertujuan menakutkan rakyat, tipu pujuk rakyat menerima dasar Kerajaan memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hakikatnya negara akan muflis dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.

3. APCO - HIPOKRIT TIDAK SENSITIF PADA ISLAM: PM 1Malaysia DS Najib memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali. Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia. Hatta lebih parah lagi apabila di sessi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dgn regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, Ketua Pemangkang DS Anwar Ibrahim, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju".

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau. "Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini. Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional. Lebih kuat dari "tidak' utk kerajaan membayar RM77,000,000.00 kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dgn Obama dan kos pengiklanan bini PM Rosnah Mansor 1Malaysia di akhbar The New York Times pd 16 April 2010. Persoalanya, kenapa sikap UMNO yg bermuka2 dan membohongi rakyat khususnya orang Melayu yg sentiasa diberitahu bahawa UMNO menentang yahudi dan membela rakyat Palestin di luar Parlimen, tetapi pada hakikatnya UMNOlah yang melantik firma yahudi dan membayar RM77,000,000.00 kepada APCO Worldwide. Tidakah pimpinan UMNO serta ahli Parlimen UMNO berasa bersalah ? Harap rakyat khususnya orang-orang Islam dan Melayu dapat menilai hakikat sebenar pimpinan UMNO yang muka banyak ini.

4. KHAZANAH KEDAULATAN NEGARA DIGADAI: PAS kesal kerana Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya mengambil masa beberapa jam untuk berbincang dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk memutuskan penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M-S Pte Ltd. Dua hari selepas dijamu makan durian di Pulau Sentosa, Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada Parlimen dan kabinet. Beliau membuat keputusan menerima kerjasama Hsien Loong yang diajukan tanpa sebarang kertas cadangan dan kajian rasmi. Keputusan ini dicurigai rakyat yang menganggap Najib gadai tanah KTMB dengan sebiji buah durian sahaja!

271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%. Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas PM1Malaysia DS Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%. Inilah rakyat negara ditekan.

5. MENGKHIANATI KHAZANAH RAKYAT NEGARA PETRONAS: Rakyat berhak dimaklumkan tentang sumbangan PETRONAS sebanyak RM592,000,000,000.00 kepada kerajaan sejak ditubuhkan pada tahun 1974 demi ketelusan dan akauntabiliti. Tahun 2008, PETRONAS membayar RM61,600,000,000.00 , manakala tahun 2009 sebanyak RM74,000,000,000.00 telah dibayar. Pada tahun ini 2010 walaupun ia merosot sebanyak RM16,400,000,000.00 , jumlah sumbangan PETRONAS kepada kerajaan masih berjumlah RM58,300,000,000.00 termasuk RM30,000,000,000.00 billion sebagai dividen. Demi mengelakkan rasuah dan jumlah harta Negara tidak tertumpu menjadi longgukan kepada segelintir kroni, adalah tanggungjawab kerajaan mengumumkan bagaimana kekayaan atau khazanah Negara tersebut diurus dan ditadbirkan. Kesian sungguh ahli UMNO totok di kampung-kampung. Pemimpin UMNO kebas berbilion ringgit, ahli UMNO yang lain masih menjulang pemimpin yang menipu mereka.

CIMB, yang dipengerusikan oleh adik Najib bernama Nazir Razak adalah diantara rakyat Malaysia yang terkaya di negara ini. Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama pernah memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri. Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar. Nazir dilaporkan memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69. Manakala isterinya Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71. Kini, Petronas digunakan untuk terus membesarkan tembolok harta keluarga Najib..

6. PENYELEWENGAN DAN PEMBAZIRAN DANA NEGARA RAKYAT: Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan Negara mengalami kerugian RM28,000,000,000.00 setiap tahun akibat penyelewengan, ketirisan dan pemborosan pengurusan kewangan agensi dan Jabatan-jabatan kerajaan dibawah pimpinan BN. Perbelanjaan mengurus JPM meningkat 150% dari RM1,500,000,000.00 menjadi RM4,000,000,000.00 dalam tempoh 8 tahun. Perbelanjaan JPM telah meningkat sebanyak RM2,500,000,000.00 dalam tempoh 8 tahun sahaja sejak tahun 2003 untuk jumlah kakitangan di Jabatan Perdana Menteri telah meningkat dari 21,045 menjadi 43,544 orang dalam tempoh 8 tahun.
Jumlah kos pengurusan jabatan tersebut juga meningkat dari RM1,500,000,0000 setahun menjadi RM4,000,000,000.00 Setahun. Tiris dan jolinya JPM belanja hora wang rakyat negara.

Ajaib, pelik cukup gila babi ketika pengumuman ini dibuat oleh PM DS Najib Tun Razak, beliau dengan rasa bangga menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik dalam dekad ini . Kemudian mengumumkan pula kenaikan harga petrol dan gula. Apa makna kepada rakyat kalau kononnya pertumbuhan ekonomi sebanyak itu tetapi harga barang naik. Kerajaan pada hari ini terlalu dhaif dalam menguruskan ekonomi sehingga terpaksa menaikan harga petrol dan gula. Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat. Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan saman ekor.

DS Najib mengumumkan dengan kenaikan harga gula dan petrol kerajaan dapat jimat wang RM24 bilion. PAS merasa bangga dengan kebolehan dan kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di empat negeri, dimana pemimpinnya siang malam memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat bukan membebankan rakyat. Dengan kemampuan yang minima pendapatan di bawah kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mampu mengurus tadbir dengan baik, contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun.

Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol dan eletrik. PAS menyeru kalau kerajaan BN sudah bangkrap idea untuk membantu rakyat, sila serahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk kami mentadbir. Biar rakyat boleh banding kemampuan Pakatan Rakyat dengan BN di negara ini. PAS menyeru semua jentera penerangan PAS sila naikkan kain rentang di pelusuk kampung terutamanya sebagai tanda protes, supaya rakyat mengetahui untuk ajar pemimpin negara ini ialah dengan bahasa undi sahaja. Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BARANG NAIK yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini.

7. SCANDAL SCORPENE: Menteri Pertahanan, DS Zahid Hamidi mendedahkan Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6,700,000,000.00) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah. Kes rasuah yang turut membabitkan nama Perdana Menteri Malaysia sekarang semasa dalam pembelian kapal ini pula mula disiasat Perancis akhir tahun lepas dan ini mencemarkan imej negara kerana kes ini mulai memasuki mahkamah tahun ini. Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, individu mempunyai kaitan rapat dengan PM DS Najib Razak.Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4,850,000,000.00).

Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. 100 Juta Euro untuk melatih 500 Crew Kapal Selam? Tetapi menurut Wikipedia, dalam kontrak perjanjian atau kontrak pembelian Kapal Selam ini hanya 150 Anggota TLDM akan dilatih sepenuhnya di Perancis.. Yang mana satu betul ni? 500 Orang atau 150 Orang? Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. "Saya ingin tahu 500 anggota ini dilatih untuk apa? Adakah untuk menyelenggara atau mengendalikan kapal selam Scorpene sedangkan menurut spesifikasinya ianya hanya memerlukan 20 orang untuk mengendalikannya. "Jumlah tersebut tidak munasabah dan kita juga ingin tahu di mana dan mengapa dan yang begitu besar perlu untuk tujuan latihan itu?," soal Tian Chua.

Kata Tian Chua lagi, pada pandangannya 100 juta euro itu sebenarnya kemungkinan besar adalah komisen yang telah dibayar kepada pihak terbabit termasuk bayaran kepada ahli politik di Perancis yang terlibat dalam proses jual beli kapal selam tersebut. "Kes kapal selam ini sekarang di bawah siasatan pendakwaraya Perancis dan kita juga dimaklumkan oleh pihak Perancis tiga minggu yang lalu, satu tindakan tergempar merampas dokumen mengenai kapal selam Scorpene ini daripada pengilangnya, DCN di Paris," tegas beliau. Tambah Tian Chua lagi, kertas siasatan tersebut telah dibuka dan dimulakan dan beliau berharap kerajaan Umno-Barisan Nasional telus untuk menjawab isu ini dan bagaimana wang itu diagihkan sebagai komisyen.-Suara Keadilan -Dari Wikipedia

8. BUTA TULIKAN RASUAH SARAWAK PERDANA, JANJI BN OK: Membiarkan rasuah perdana dijalankan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya memiliki hartanah bernilai lebih C$100,000,000 (RM320,000,000.00) di Kanada. Memiliki kompleks mewah - Preston Square dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa. Menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib. Syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.
Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada. Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah. Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28,000,000.00 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibu negara Kanada.

9. FOBIA, MISTERI DAN KUASA: Keluarga mendiang Kes pembunuhan gadis Monggolia dengan peledak C4 Altantuya apabila saman sivil ke atas kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, dan dua pembunuhnya akan dibicarakan di mahkamah. Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu memberitahu beliau telah mendapat pengesahan daripada kerajaan Mongolia bahawa mereka akan membayar RM70,000 sebagai wang jaminan dan kos perundangan sebelum kes itu dibicarakan kenyataan melalui peguamnya Munkhsaruul Mijiddorj di Ulaanbaatar. Pada Mac lalu, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, bersetuju mengurangkan jumlah kos sekuriti daripada RM1.25 juta kepada RM60,000, selepas mendengar permohonan daripada peguamnya di Malaysia, Karpal Singh. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaleha Yusof bersetuju menetapkan jaminan sekuriti RM30,000 setiap satu bagi kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

10. BN Enggan Bayar Royalti, Telaga Minyak Diberi Pada Negara Lain Secara Percuma
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap tindakan Kerajaan BN menyerahkan dua telaga minyak di medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei secara percuma sebagai satu penderhakaan yang nyata kepada rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara negara ini. Keputusan itu hanya dibuat melalui keputusan kabinet tanpa melalui Parlimen dan perkenan Yang DiPertuan Agong. Disini rakyat boleh mempersoalkan sikap BN terhadap Yang Dipertuan Agong, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas membelakangkan kuasa yang dipertua agong dan hak rakyat melalui wakil mereka di Parlimen.
Walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi memulakan perjanjian pada 11 Februari 2009, namun Najib secara rasminya menandatangani MOU itu selepas mengambil alih pada 16 Mac 2009. Siapa pun yang jadi Perdana Menteri yang jelas, BN jugalah parti yang khianati rakyat dan layak dipanggil penderhaka. Ini bukan soal bagi kambing atau lembu kepada negara jiran. Ini soal bagi khazanah bernilai RM 320 bilion. Dalam keadaan dunia berebut pemilikan telaga minyak, Kerajaan BN senang-senang memberikannya kepada negara jiran.
Isu Penyerahan Blok L dan M kepada Kerajaan Brunei merupakan malapetaka paling serius dalam sejarah pemerintahan UMNO Barisan Nasional. Tragedi ini lebih buruk bilamana pihak kerajaan cuba merahsiakan isu sebenar di sebalik penyerahan kedua-dua blok yang mempunyai hasil lebih dari RM320 billion. Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) apa yang mendukacitakan ialah penyerahan kedua-dua blok ini hanya diumum sepintas lalu, seolah-olah ianya bukanlah perkara besar yang perlu diketahui oleh rakyat.
Sikap baik sangka rakyat terhadap kenyataan PM pada waktu itu, bahawa pertukaran surat dibuat bagi menyelesaikan tuntutan bertindih antara kedua-dua negara, dan lebih meyakinkan bilamana ia dianggap jalan baik “win-win situation” bagi menyelesaikan isu tuntutan Limbang oleh Kerajaan Brunei. Pertikaian sempadan wilayah adalah perkara biasa dialami oleh mana-mana negara di dunia, apatah lagi bila ianya melibatkan kawasan ZEE.
Lantaran itu penyelesaiannya akan mengambil masa yang panjang dan pelbagai jalan dilakukan bagi mempertahankan hak negara. Kita boleh bandingkan negara berhak mengambil tindakan ketenteraan bilamana perairan atau ruang udara diceroboh. Itulah makna kedaulatan negara. Amat malang bilamana pemimpin hanya mengadakan perbincangan di peringkat kabinet, dan membuat keputusan menyerahkan wilayah sendiri sebegitu mudah.
"Kita memahami deklarasi yang dibuat, Namun ianya bukanlah bermakna kita terus tunduk tanpa membuat apa-apa usaha. Tragedi ini adalah kali ketiga negara menghadapi situasi kehilangan wilayah. Bermula dengan penyerahan Singapura, kemudian melalui mahkamah antarabangsa kita kehilangan Batu Putih, dan hanya melalui mesyuarat kebinet kita hilang dua blok minyak. Apakah selepas ini kita akan hilang lagi kedaulatan mana-mana wilayah kita?

Dengan sikap pimpinan BN yang ada semuanya tidak mustahil. Rakyat kini menuntut satu tindakan ke atas semua pemimpin yang terlibat dengan tragedi malang ini" kata beliau. "Kita sangat sedih dengan kehilangan ini. Namun lebih dukacita bilamana pemimpin seolah-olah melihat isu ini sebagai perkara remeh temeh, dan rakyat pula disibukkan dengan kempen Piala Dunia yang diulang setiap kali selepas berita utama.
Andainya isu sebegini berlaku di negara lain, kita yakin kerajaan BN sudah hilang dari persada politik tanahair; bahkan mungkin pimpinannya sedang termenung di sebalik tabir besi. Ternyata sebenarnya rakyat semakin hilang petrotisma; sehingga kehilangan wilayah sebesar ini pun tidak menjadi satu isu yang membangkitkan amarah rakyat" tambah Dato' Tuan lagi.

11. BILA PEGUAM NEGARA DILUTUT PM: Peguam Negara lemah merealisasi laporan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah (SCC) bahawa timbalan pendakwaraya (DPP) yang ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh membuat keputusan dalam siasatan kes-kes biasa sahaja, manakala kes-kes sensitif dan berprofail tinggi, perlu dirujukkan kepada Pejabat Peguam Negara. Kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang berkuasa mutlak. Maka tersangat penting ia dilaksanakan secara terbuka, telus dan tidak meragukan. Daripada laporan SCC terdapat peraturan berlainan digunakan untuk 'kes-kes biasa rasuah' dan 'kes sensitif dan berprofail tinggi'.

Rasuah tidak ada kes biasa atau kes sensitif atau berprofail tinggi. Tindakan mesti diambil terhadap semua kes-kes di mana siasatan mendapati ada bukti berlaku amalan rasuah. SPRM hanya dilihat pada kuasanya untuk menjalankan siasatan dan tiada kuasa untuk mendakwa. Inilah negara kita ia memberi tanggapan bahawa terdapat kes-kes di mana siasatan mendedahkan berlaku amalan rasuah tetapi tiada pendakwaan dibuat. Makanya wajar (baca wajib) hendaklah kuasa mendakwa SPRM, bebas daripada Peguam Negara. Badan yang kepalai jabatan utama negara hendaklah komited sepenuhnya terhadap usaha memerangi rasuah, berdasarkan pemerhatian SCC dalam laporannya. Banyak kes mengapa Peguam Negara sendiri berdiam diri, tetapi utama untuk tuduh KP Parlimen DS Anwar Ibrahim disumbat ke penjara, serta menjadi wak yek memangsakan pimpinan PR.

12. FITNAH TERANCANG UNTUK DS ANWAR: Pimpinan Umno, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia telah halalkan fitnah jahat demi menggambarkan DS Anwar Ibrahim yang terdesak dan sanggup menjadi talibarut CIA. Laporan akhbar bertarikh 11hb Julai 2010 telah memuatkan laporan yang bertajuk “Penulis Blog AS Dedah Anwar Alat CIA” dan juga memintal pembohongan kononnya DS Anwar Ibrahim membuat bayaran kepada Cable News Network(CNN) untuk muncul di ruangan Connect The World. Utusan Malaysia milik umNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan lebarkan fitnah kempen yang berakarkan kebencian. Walaubagaimanapun pada 13 Julai 2010, pihak Cable News Network (CNN) telah menafikan bahawa DS Anwar Ibrahim membuat sebarang bayaran kepada organisasi media tersebut untuk muncul di ruangan Connect The World.

Penafian ini sekaligus membuktikan tuduhan yang dilemparkan pimpinan umNObn terhadap DS Anwar Ibrahim melalui akhbar Utusan Malaysia merupakan satu fitnah yang jahat dan dangkal. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Tindakan Utusan merupakan satu kecurangan yang nyata dari amalan kewartawanan yang bermaruah dan bebas.

13. SEMARAKAN JUDI: Dalam jawaban bertulis di Parlimen Najib selaku Menteri Kewangan menjawab lesen itu belum dikeluarkan lagi kerana masih menerima maklum balas dari berbagai pihak. Manakala Vicent Tan yang diberikan lesen judi menerusi syarikat Berjaya Corp pula mengatakan lesen itu sudah pun diluluskan kepadanya. Beliau siap untuk menderma hasil judi haram dimanipulasi sebagai kebajikan sebanyak RM525,000,000.00 hasil dari wang berkenaan. Jadi, apakah PM DS Najib berbohong ataupun Vicent Tan yang benar, atau sebaliknya?

14. SPRM BERANI DALAM NEGARA, PENGECUT DILUAR NEGARA: Bekas penyiasat persendirian P.Balasubramaniam dan barisan peguamnya melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan rancangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan keterangannya di sini. Balasubramaniam telah sampai di sini dari India selepas pegawai SPRM menghubungi peguamnya untuk menyampaikan hasrat mengambil keterangannya mengenai perakuan sumpah yang ditarik balik berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbu. Dalam sidang akhbar di Hotel Holiday Villa di sini pada Rabu, Balasubramaniam bersama barisan tiga peguamnya berkata: "kini semuanya terletak di tangan SPRM". "Kami ingin menegaskan bahawa kami kini berada di sini dan anak guam kami, Balasubramaniam sentiasa bersedia dan sanggup membantu SPRM jika mereka mahu menemubualnya,"" kata peguam Americk Sidhu.

"Sekiranya SPRM ingin menemubual Balasubramaniam maka kali ini mereka perlu mematuhi syarat kami sepenuhnya kerana mereka terlepas peluang keemasan," katanya. Americk mendakwa SPRM bimbang untuk datang ke London bagi mendengar kisah sebenarnya. Menurut salah seorang peguam, Manjeet Singh Dhillon, bahawa pihaknya berhasrat supaya Balasubramaniam menonjolkan kisah keseluruhan yang berkisar dalam hal Altantunya jika pegawai SPRM datang ke sini. Manjeet berkata polis telah merekodkan tidak kurang lima kenyataan daripada Balasubramaniam. Balasubramaniam merupakan penyiasat yang diupah oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda selepas Altantunya didakwa mengganggu dia untuk tuntutan bayaran komisen selepas pembelian kapal selam. Abdul Razak didakwa bersuhabat dalam pembunuhan wanita itu tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt 2008, selepas hakim mendapati tiada kes prima facie terhadapnya. Selepas kematian Altantunya, Balasubramiam membuat perakuan sumpah berhubung pembunuhan itu tetapi menarik balik perakuan itu sehari selepas itu menerusi perakuan sumpah keduannya.

"Cara Balasubramaniam dilayan selepas perakuan sumpah pertama pada 3 Julai, 2008, dia segera ditahan, disuap, dipujuk, diugut dan dibuang dari Malaysia," kata Manjeet. Balasubramaniam mengakui bahawa beliau bimbang untuk kembali ke Malaysia dan mendakwa beliau mungkin ditahan. Katanya beliau akan disoal oleh pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai ini berhubung bayaran komisen bagi pembelian kapal selam itu sebelum kembali ke India untuk bertafakur di pergunungan Himalaya. "Apabila SPRM meminta saya datang ke London, saya datang.



15. SELEWENG KUROP DI SIME DARBY BERHAD: Wajar lagi bermaruah sebagai anak jantan negarawan bukan nanacendawan Pengerusi Sime Darby Berhad, Tun Musa Hitam dan keseluruhan ahli lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan serta-merta, memikul tanggungjawab kerana kerugian perdana ditangan pengurusan pengendalian mereka memikul amanah rakyat negara. Lebor kerugian di 2 projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007 tetapi mulanya syarikat tepis silat menafikannya. Maknanya ALP dan team Pengurusan Sime Darby bukan sahaja membohongi pemegang-pemegang sahamnya malah ia juga menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, khususnya negara dan rakyat.

Cara-cara kunu umNObn dulu, lanie dan bila-bila akan memangsakan CEOnya sahaja iaitu Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid sahaja dan bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pengurusan kanan yang lain yang turut terlibat dalam membuat keputusan terlepas. Perlantikan Mohd Bakke Salleh menerajui Sime Darby amatlah mengejutkan. Tambahan pula beliau bukanlah orang yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut. Perlantikkannya jelas sekali merupakan satu penghinaan kepada syarikat konglomerat yang telah rugi berbilion ringgit itu. Mengikut rekod dan sejarah, Bakke Salleh telah gagal ketika menerajui Tabung Haji dan kemudian terbaru beliau antara orang yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian Felda Holdings. Soalnya, kenapa beliau dilantik menerajui Sime Darby pula. Apakah motifnya?. Adakah kerana beliau itu sahabat karib BN (Bini Najib) si Rosmah Mansor?.

16. HAK ASASI MANUSIA YANG BURUK: Setahun menerajui negara njadi PM 1Malaysia DS Najib Razak mencemari cipta rekod buruk dalam menangani hak asasi manusia, seperti di laporkan oleh Suaram 2009. Pencabulan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang diterajui BN keatas kerajaan negeri pemerentahan PR. Mendakwa salah guna kuasa oleh pegawai agensi penguatkuasaan juga semakin menjadi-jadi. Salah guna itu bukan sahaja oleh polis tetapi juga agensi lain seperti SPRM dan terbaru oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. Sauram laporkan 8 kematian dalam tahanan pihak berkuasa dicatatkan tahun lalu, dengan tujuh daripadanya ketika berada dalam tahanan polis. Kematian kelapan membabitkan setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal-siasat sebagai saksi oleh SPRM.Turut membimbangkan adalah jumlah orang ramai yang ditembak mati oleh polis. Pada 2007 terdapat 13 kematian dan jumlah itu bertambah menjadi 82 pada 2008 dan terus meningkat kepada 88 pada tahun lalu. “Tidak ada seorang pegawai polis yang dipertanggungjawabkan bagi sebarang kematian itu,” katanya.

Hatta kes tidak bertolak ansur dengan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan dasar atau keputusan kerajaan semakin menjadi-jadi. Ramai orang awam ditangkap apabila mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diadakan secara aman. Hampir 1,000 orang ditangkap oleh polis kerana terlibat dengan pelbagai protes yang diadakan secara aman, termasuk upacara memegang lilin, memakai pakaian hitam dan juga mengambil bahagian dengan bermogok lapar. Ketika krisis kerajaan negeri Perak, 167 orang ditangkap pada Mei lalu, manakala 589 orang termasuk mereka yang di bawah umur ditahan pada ralli anti-ISA Ogos lalu. Pada akhir tahun lalu, sembilan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih dikurung tanpa dibawa ke mahkamah , manakala 1,000 lagi orang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat dan juga Akta Dadah Bahaya.

17. HARGA BARANG NAIK - PUTAR BELIT BAHASA: Baru-baru ini PM DS Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat. Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya. BN BARANG NAIK.. BN BARANG NAIK...BN BARANG NAIK...najib marah ke...?Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh PM DS Najib Razak memberi amaran kepada semua media dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka. Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”. Najib bukan pedulikan tentang kesihatan rakyat Malaysia pun.. apa yang difikirkannya ialah bagaimana boleh mendatangkan keuntungan dengan segera kepada Kilang gula yang kini dikuasai Felda Holding.. Kecuali ladang tebu miliknya di Perlis, Pada 31 October 2009 PBB Group yang dikuasai oleh Robert Kuok telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa beliau akan melupuskan pegangannya dalam perusahaan gula yang berjumlah RM1.29Billion kepada Felda Holding. Kenapakah Robert Kuok bertindak menjual kepentingannya begitu saja sedangkan perniagaan itu menjanjikan keuntungan yang berterusan? Kenapa beliau tidak mewariskan sahaja perusahaan itu kepada anak-anaknya? Menurut seorang sahabat yang bertugas didalam industry pengeluaran gula yang pernah dikuasai oleh Robert Kuok itu, sebelum Robert Kuok melepaskan pegangannya itu terdapat banyak tekanan dari agensi kerajaan terhadap perusahaannya itu. Tekanan yang sangat luarbiasa dari berbagai-bagai agensi penguatkuasaan.

Kita telah melihat dalam masa tidak sampai pun setahun Felda Holding menguasai industry pengeluaran gula kenaikkan harga sebagaimana yang disebut Najib meningkat 45 sen.. Kali pertama harganya dinaikkan sebanyak 20 sen menjelang 1 January yang lalu dan kali kedua baru-baru ini sebanyak 25 sen lagi dinaikkan. Dan menurut Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula. 45 Sen harga gula telah dinaikkan bila industry itu dikuasai Felda Holding! Tetapi semasa Robert Kwok menguasai industri pengeluaran gula ini untuk mendapatkan kenaikkan 5 sen bagi setiap Kilogram Gula, beliau telah memohonnya selama lima tahun dari Kerajaan dan hasilnya tiada kebenaran diberikan..menurut sahabat itu juga.

18. UMNO TELIOR KAMPONG BARU: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan juak-juak umNObn kapasitinya atas nama kerajaan BN 1Malaysia, Rakyat ditekan lanun umNO didepan. Makanya sekian lama umNO telior dan meleleh air lior basi yang beracun, melihat Kampong Baru KL, diibaratkan manusia seperti secantik, selawa cute Datuk Siti Nurhaliz dizaman sebelum beliau menjadi isteri kepada jejaka bertuah Datuk Khalid Mohd Jiwa, Tergila-gila dengan kecantikan CT dan kemerduan suara aslinya. Begitulah pandangan maunya Kampong Baru mau diratah oleh pemimpin umNO atas nama pembangunan

Akhirnya samalah formula berbisa yang ada dikepala pemimpin umNObn dan kerajaan mereka diatas nama hantu membangun, berkesudahan tanah milik 100% Melayu itu diatas bijaksana umNO hakikatnya macam singa lapar pantang nampak mangsa. Makanya umNO lesu mata kuyu iklas macam lanun nak membantu dan dipenghujungnya akan jadi seperti projek PKFZ pelabuhan Klang yang malang. Sama nasib tanah Keretapi Tanah Melayu diberi kepada Singapura kong kalikong tup-tup seolah-olah bini kita bagi orang pakai guna. Kayanya menuai diatas belakang Melayu menerusi pembangunan, biasalah kesempatan sebat merembat selam minum air pasti ada. Kalau tidak mampoih lahum itu bukan sifat umNO namanya, caya la pada gua. Dalam matlamat mencapai hasrat umNO oooiiiiii! Cukuplah jangan berbelit sembelit shit untuk berlindung dan memangsa undang-undang.

19. MAHKAMAH SESYEN PUTRAJAYA KATA MANTAN MENTERI MCAbn DISABITKAN PENIPU BERSEKALI KABINETNYA: Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang. Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang. Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku. "Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat. "Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang. “Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri. "Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan," kata Mahfuz. Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa. Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai "Bohong Negara," Mahfuz menyeru rakyat supaya "menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara".

20. KERAJAAN HALANG - MAHKAMAH ARAH KERAJAAN BN DEDAH PERJANJIAN KONSESI AIR: Kerajaan persekutuan mempunyai tujuh hari untuk mendedahkan kandungan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dokumen tersebut - yang diklasifikasikan kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - diumumkan kepada awam. Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail, yang memutuskan bahawa keengganan kerajaan mendedahkan laporan tersebut, tidak mempertimbangkan harapan anggota masyarakat yang terjejas dengan keputusan tersebut.

Menurutnya, keputusan responden membenarkan penswastaan perkhidmatan air dan peningkatan kadar sewenang-wenangnya, dan pada masa yang sama menggunakan OSA, adalah tidak selari dengan tujuan akta tersebut. "Ia juga bertentangan dengan prinsip urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelutsan dan kepentingan rakyat harus didahulukan," katanya dalam hatinya. Hadhariah memutuskan bahawa oleh kerana kerajaan telah gagal memenuhi prinsip-prinsip tersebut, maka mahkamah terpaksa memerintahkannya untuk berbuat demikian. Hadhariah membuat keputusan tersebut dalam kes semakan kehakiman yang dikemukakan oleh presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud dan 13 orang lagi, terhadap kementerian Tenaga, Air, dan Telekomunikasi, dan kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan.

Menurut peguam para Plaintif, Ang Heng Leng, ini adalah keputusan penting yang membolehkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, boleh dicabar demi kepentingan awam dan masyarakat mempunyai hak untuk melihat dokumen tersebut. Keputusan tersebut telah dihalang dengan rayuan, berakhir tertutup maklumat untuk pengetahuan rakyat, dengan alatkan mahkamah demi kepentingan kroni, biar rakyat merempat. Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail. "Penaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5,100,000.00 setahun, RM425,000.00 sebulan. Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam.

21. SAMAN EKOR PUNCA PENDAPATAN KERAJAAN: MDL (KDN), Hishamuddin Hussein suapaya Polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) menimbangkan daripada mengambil tindakan dan kuatkuasakan saman ekor ke atas pemilik kenderaan yang terlibat dialu-alukan. Tetapi minta cadang beliau bukan kerana rakyat dizalim dan diinayai oleh saman ekor yang zalin itu. Tetapi kerana saman ekor tersebut boleh jejaskan undi Rintihan keluar air mata darah sekali pun SAMAN EKOR diteruskan demi rakyat didahulukan menekan. Tindakan zalin dan kejam ole Polis dan JPJ menjalankan kerja-kerja tersebut. Bayaran fee saman ekor adalah pendapatan kerajaan. Bayangkan sejak September 2009, 2.5 juta pesalahan tarfik dikenakan saman dan dari jumlah itu sebanyak 1.07 juta pesalah trafik kereta mereka disenaraihitamkan.

Saya berharap agar SAMAN EKOR ini digarap sepenuhnya menjadi masalah nasional rakyat marhaen yang tertindas dizalami yang kini mangsa-manga dianggarkan mencecah lebih sejuta dan akan meningkat menjelang PRU13 tidak lama lagi. Kita berpadu tenaga berpadu undi dengan mengundi PR dan tolak umNObn dan daparlah kerajaan baru negara dizahirkan KERAJAAN PR MAMPU hapuskan semua denda dari kerajaan umNObn yang diwakili polis dan JPJ. SESUNGGUHNYA KERAJAAN MELALUI POLIS DAN JPJ MEREKA PROJEK MAYA PERDANA, IAITU MENDERA DAN MENYEKSA RAKYAT DENGAN SAMAN EKOR BERLINDUNG DIATAS MEMBENDUNG KESELAMATAN JALANRAYA. HAKIKAT TERSEMBUNYI DISANA umNObn NAMPAK FEE DENDA MELAMPAU SEBAGAI PUNCA KERAJAAN DAPATKAN PUNCA DANA DUIT MUDAH DANA KERAJAAN DAN KRONI.

Mereka harus melunasi jumlah saman sebelum road tax diperbaharui. Jumalah itu bukan sedikit. Lantaran itu ada yang beranggapan penguatkuasaan saman ekor secara tiba-tiba itu kerana kerajaan ketiadaan wang. Jadi jalan mudah untuk kerajaan menambah duit ialah dengan mengikis wang rakyat dengan pelbagai denda dan hukuman atas pelbagai kesalahan. Saman ekor ini dapat dihapuskan dengan semua yang dizalimi baik polis maupun JP dalam PRU13 tidak lama lagi beri undi anda kepada PAKATAN RAKYAT untuk KE PUTRAJAYA.

22. MENGHALANG PENERBITAN AKHBAR PAKATAN RAKYAT: Kerajaan umNObn rakus untuk menghadapi PRU Negeri Sarawak untuk menafikan maklumat benar negara dan negeri khususnya kepada Sarawak dengan ganggu gugat penerbitan HARAKAH, TOKET dan SUARA KEADILAN dengan KDN jadikan beberapa tajuk benar yang mengancam kehancuran umNObn disebabkan dengan fitnah, keselamatan negara dan sebagainya, sedangkan hakikatnya umNObn takut menghadapi hukuman rakyat dan pengundi dengan berita-berita benar dilaporkan akhbar PR. umNObn berpendapat rakyat kini terus menolak media-media kerajaan letronik maupun citak. Walau sekalipun media citak Ulusan Meloya, Kera Heran dll sebagai lidah resmi kerajaan sahaja, namun...........

Sekalipun umNO membabit dada goyang kaki sebagai parti bangka, ramai ahli kaya meliana, sampai saat ini tabloid akhbar yang bernadi dan bernafas umNO tulin sebenarnya tidak ada dan pupus. umNO gagal mengeluarkan akhbarnya sendiri yang beribu pejabat pendaftaran di PWTC, dengan pengarang cap umNO keris telanjang. Pernah dulu saya melihat sekalipun dihargakan RM2, tetapi ianya dicambah diberi free. Dalam free itu pun ianya tidak dibaca oleh sekelian ahli umNO bersekali dengan pemimpin2nya. Kerana akhbar jenis cobra itu berkisar menghentam sesama sendiri, tikam sesama sendiri, akhirnya menjadi aruah setelah 2 atau 3 kali dikeluar baik pemuda umNO maupun umNO bangka. Tabliod umNO gagal memberi maklumat sesama mereka, tetapi mengundang perpecahan dan kemusnahan jauhlah dalam menghadapi lawan. Kerana mereka bergelut jatuh dan naikkan kroni melalui tabloid sendiri.

Diatas sebab-sebab itulah ramai ahli-ahli umNO kalih kepercayaan mendapatkan info maklumat negara, penyelewengan kerajaan umNObn dan cap ayam jenis pemimpin mereka dengan kepercayaan menerusi maklumat tepat melalui dan menerusi HARAKAH, ROKET dan SUARA KEADILAN, inilah punca umNObn peralatkan KDN mengharamkan akhbar keluaran PR. Semua bangsa baca akhbar PR.

ALTERNATIF PRU13 RAKYAT PILIH PR KE PUTRAJAYA: AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.Di zaman Pak Lah, kenaikan harga Petrol dan Diesel menyebabkan beliau `jatuh tersungkur' dari kerusi PM, bahkan kehilangan 5 buah negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Pewarisnya Najib tampil dengan pengakuan kununnya Umno akan berubah dan `Rakyat Didahulukan'.

Saya tidak mahu ulas tentang `Pencapaian Diutamakan' kerana mana ada pencapaian di zaman Najib? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi adalah juga untuk kebaikan rakyat. Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir.

Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30. Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.

11 August 2010-08-11 - Rabu - 1 Ramadan 1431

(Rencana susunatur dari minda teman-teman blogger PR dipetik dikutip)

Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB.