Friday, March 24, 2017

KELANTAN KITA LALANIE, SUKAR DIBAIKPULIH, WAJIB DIGANTI SELEPAS PRU 14.


Salam Puan Rohana Hana, Embak Eda, Ummu Anis Abd Rahman dan sahabat seperjuangan yang lain. Ambo sebagai diantara orang lama yang usang lagi terbuang, bersekali dengan teman-teman yang lain. Ramai dikalangan kami yang telah kembali kepangkuan Allah setelah mereka berbakti mewakafkan perjuangan mereka dalam PAN Malaysian Islamic Party-PAS sekian lama. Takdir ketika itu ambo berada diposisi depan sebagai gurkha yang tidak diundang, tidak didendang akan peranan bakti yang disemadi telah  dicurahkan. Ketikamana parti lama kita 40 tahun dulu, ketika itu berdepan dengan fenomina surut dan kemarau PAN Malaysian Islamic Party-PAS untuk mendapat sokongan dari rakyat.


Makanya disitu ambo berada, berpeluang ambo saksi dengan mata ambo, yang  tersurat dan tersirat di premis 1960 Jalan Dato' Pati  Kota Bahru. Termasoklah di Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat, Gua Musang dan Jeli ambo berkelana. Syukur ambo dapat bertentang mata belajar mantik teknikal tektikal politik dari mereka. Ambo dapat dudok berbincang dengan pemimpin dahulu, dihargai dan dipeduli dengan pandangan dan pendapat ambo berkaitan politik semasa ketika itu. Alhamdulillah. Disitulah ambo mengenali pemimpin terdahulu yang fael akhlak mereka tidak macam pemimpin PAN Malaysian Islamic Party-PAS yang mewarisi sekarang. Berkedudukkan tinggi tetapi, lebih tinggi celupar agas ego habis. Mereka menjadi kaya dan berona sebaik Dato’ BS Tuanguru Dato’ Nik Aziz Nik Mat lepas jawatan politik-kerajaan.  Dan sementelah sebaik Tokguru meninggal dunia, menjadi-jadinya mereka.

 

Segan malu silu mula,  telah pupus dan terhakis dikalangan mereka, aduh!!!!!!!! Sedih dukacita ambo kelih tengok, pemimpin parti agama KNK tenggelam dengan kemewahan melampau. Mereka pemuka menjadi pemimpin yang menguasai menunggang parti lama kita selepas PRU 13. PAN Malaysian Islamic Party-PAS sekarang, samada mereka menjadi penunggang turus utama parti bersekali penunggang kuasa penting KNK di Kota Darulnaim sekarang. Rakyat pengundi negeri Kelantan Darulnaim ( Kelantan & yang bekerja bermastautin luar Kelantan) sedang menyaksikan lakonan pentas  mereka dalam melaksanakan perjalanan urustadbir KNK cukup serabut. Penuh dengan mehnah cacamerba dan kongkalikong. Kerana minda yang terkepong serta lompong yang dimiliki oleh Ketua Eksekutif KNK dan para Exconya yang mandom. Mereka sengotinya sekadar hanya harimau kertas dan singa pelastik .

Rakyat sedang scan dan menilai pemimpin di Jalan Dato’ Pati dan di Kota DN yang mana mereka telah gagal urus tadbir telus bersih KNK beramanah. Yang mana HISBAH tidak ada dalam kamus pentadbiran mereka tempat timbangtara. Disudut pembahagian hasil mahsul negeri milik rakyat, ianya berkisar dan beredar dikalangan sesame sendiri yakni kroni, keluarga  dan macai walak setia. Hatta khazanah rakyat negeri Kelantan ini, tergamak kepimpinan pucuk tertinggi PAN Malaysian Islamic Party-PAS berpusat di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur, sanggup bersekonkol dengan pemimpin PAN Malaysian Islamic Party-PAS di Jalan Dato’ Pati Kota Bharu. Mereka macam singa lapar - buaya membedal, pakat bageh lombong di GM siap dengan plan tanda dan solat hajat. Mereka berbalah tentang bagih tanah di RP,  memanjang pakat telanjang londeh panau kurap mereka ke Mahkamah Tinggi Kota Baru, ianya nyata bukan auta.


Penguasaan KNK sekarang, kelemahan yang berligar dipejabat Kota DN, mereka kini berdepan dengan siri saman, tidak cakna dan angkoh dalam mengendali untuk menangani perbincangan-perundingan dengan pihak luar yang membabitkan perjanjian projek. Ego dan angkoh tidak bertempat. Kini mereka KNK kalah memanjang dalam perbicaraan dimahkamah dengan plaintif. KNK sekarang  beriringan dengan akhbar perdana Utusan Melayu yang menjadi lidah resmi PAN Malaysian Islamic Party-PAS kini kalah memanjang dalam saman dan perbicaraan. Diluar sana, mereka sesekali tidak berpakaian malu segan silu dekat rakyat. Mereka  tidak takut dengan rasuah, pecah amanah dengan ikrar janji (baiah) angkat sumpah memegang  jawatan. Mereka tolak ketepi dan khianatinya.

Mereka tidak merasai bersalah dengan jawapan kepada pertanyaan Adun Pembangkang dalam Dun. Jawapan dungu dan diberi. Jujurnya exco menjawab dalam persidangan di  DUN, semuanya berkait rapat  kerana cuai  lalai tidak peka. Dungunya mereka dalam memperinci pekemaskan butiran perjanjian untuk merelisasi sesuatu projek yang dirancang untuk dilaksana. Banyak ending bertemu dengan perkataan tersohor iaitu ‘tergendala dan gagal dilaksana siapkan’. Kerana dari awal dan penamat projek dirancangkan mereka penuh dengan muslihat. Kemungkinan mereka membelakang dan tolak keserambi, peranan Penasihat Undang-undang Negeri dalam perundingan dengan pelabor. Untuk menasihat dan memberi pandangan disudut undang-undang, untuk kepentingan khazanah rakyat negeri dipulihara tidak dikhianati. Mungkin selama ini, perjanjian secara ghaib-misteri jadi keutamaan.



Seingat ambo sah sampai saat dan detik ini, ambo masih ingat teman-teman ambo seluroh jajahan di Kelantan yang mereka adalah saf utama penyokong dan pemimpin tegar PAN Malaysian Islamic Party yang mewakafkan diri mereka hatta tenaga dan wang ringgit. Berkurban untuk parti yang didukongi dengan kerengat air mata. Berdepan denga tribulasi saki baki pemuda UMNO-Pemuda Tahan Lasak sejak zaman Senu Abdul Rahman. Tidak perlu ambo bariskan nama mereka disini. Ketika itu ukhwah cukup erat dengan kasih sayang, diantara satu dengan lain mengerti hadhir program pati tidak ada pitih, dan yang mengerti masokkan pitih kesaku tanpa diminta. Kerana kejujuran dan keiklasan. Ketika itu tidak ramai ustaz lebai dari timor tengah sanggup dan berani terjun menjana perjuangan ini. Kerana mereka lebih empok dan selesa sebagai penjawat awam. Pennsyarah, perguruan, PTD dan sebagainya.

Premis tersebut telah merekodkan sejuta khazanah politik PAN Malaysian Islamic Party - PAS yang tidak direkod secara resmi dijadikan sejarah. Ambo baru 12 tahun tidak diami buminya berada di SK PS. Ambo menyimpan banyak khazanah lama yang ianya sah terpehat menjadi sejarah diri ambo selama semasa babitkan diri dalam parti lama kita. Ambo simpan khazanah-khazanah lama seperti kertas kerja, makalah, majallah khusus, manifesto PRU lama yang ambo simpan. Kerana ambo disitu ketika itu menerangkan butiran manifesto dulu dekat pengundi.

Rupanya pengalaman dan pengetahuan langsong selama membabitkan diri dalam PAM Malaysian Islamic Party, berguna juga bila datang  seorang siswi sedang dalam proses membuat sarjana menemui ambo untuk dapatkan maklumat untuk pengisian thesisnya. Ambo tanya sapa suroh jumpa saya. Sahabat Pak Sheikh yang suroh saya berjumpa. Siapa Prof tersebut? Rupanya Ustaz Kamil Majid adik Ustaz Mahmood Zuhdi menantu gemulah Mufti Haji Ismail yang pinta temui ambo. Ambo yakin pemuka penunggang parti Islam PAN Malaysian Islamic Party yang berada di Jalan Dato' Pati dan di Kota Darulnaim sekarang ini, manifesto yang ambo paparkan ini, mereka tidak memiliki sendiri sekarang. Kecuali kalau nak tunjukkan juga mereka dapat dari sumber lain bukan simpanan mereka, kerana mereka bukan penunggang parti ketika itu dalam menghadapi PRU1978.

 

Detik itu, ambo masih sah ingat Ayah Mat (TS Asri Muda) Dato' Nik Man, Cikgu Ahmad Fakaruddin Abdullah, Cikgu Hussein Yaakob, Cikgu Wan Ibrahim, Cikgu Musa Salleh, Che Weil Golok, Wan Islamil Machang, Salahuddein Abdullah, Nik Mohd Kamil, Haji Saufi Othman, Omar Eletrik WCY, Jack Nik Amin, Peguan Che Hassan Ishak, Wan Suleiman, Wan Ismail, Ishak Lutphi, Cikgu Zain Bachok, Wan Mat Semut Api, Hashim Haji Omar, Haji Abidin Batu Gajah, Pak Nik Lah Arshad, Omar Muhammad, Wan Jamil Wan Mahmood, Ustaz Halim Abdul Rahman, Wan Rahim Wan Abdullah, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Wan Hassan Guchil, Jaafar Rawas, Ustaz Mustapha Ibrahim, Mokhrat Salleh Pulai (maaf betulkan tempatnya di UK), Ismail Market GM dan ramai lagi kalau ambo nak bariskan. Kemungkin pemimpin sekarang telah melupai mereka semua, apa lagi nak ingat kebajikan kepada balu dan anak-anak mereka tanya khabar.

Sahabat-sahabat  semua, dalam ingatan itu, ambo tidak dapat tulis bariskan semua Adun dan AhPar parti lama ambo itu yang bertahta berkuasa sekarang. Sesunggohnya mereka bukan tenaga pelengkap dalam mengharungi cabaran tribulasi UMNO dalam menghadapi PRU 1978 dan PRU 1982. Jadi, kalau lidah mulut mereka biasa kafirkan kita diantara peneroka pekerja parti 1978 dan 1982, nyatalah mereka spesis menesia buta sejarah. Sesunggohnya mereka megah dan agas dalam mewarnai politik Kelantan sekarang dengan pakaian sombong lagi angkoh. Semuga pengikut baru parti lama ambo, usahlah kafirkan kami semua kerana anda bukan wakil tuhan jaulah tuhan semesta alam dok kafirkan ambo dan teman2 ambo.
Dalam manifesto itu, ianya amat comea, tetapi comenya intipati dan saripati manifesto tersebut dan manifesto yang parti lama ambo bakal keluarkan untuk PRU14, ianya amat bergadas dan berlawanan dengan akhlak dan prilaku pemimpin party lama ambo yang ada lalanie. Sekiranya mereka nak lagi sekali bertemu mandat rakyat, pasti rakyat hakim besar PRU 14 akan tolak mereka kesungai Sungai Kelantan. Kerana mereka kini adalah penunggang saudagar agama mix dengan saudagar bangsa mengundang kemusnahan besar kepada rakyat negara bangsa. Maaflah, ini adalah rintihan orang lama dok saksikan sarkas politik parti lama ambo.

Kini, ambo, isteri dan 2 anak, telah tambat dan ikat diri kami, yakni ambo sebagai parti ke 2 terakhir ambo menyertai bersama PARTI AMANAH NEGARA bersama-sama dengan teman-teman ambo yang menubohkan PARTI AMANAH NEGARA. Ambo dan isteri, telah ikat serta simpai perjuangan ini menghadapi sisa2 hidup yang berbaki dalam AMANAH, Insha-Allah. Ambo berdoa, anak ambo 2 orang bakal tamat medic MBBS, ambo ingin mereka berkhidmat dalam kerajaan baru negara dan negeri dibawah kerajaan PAKATAN HARAPAN-PH, Insha-Allah.

Harapan dan permintaan ambo, khususnya kepada Sdrku sahabat lama ambo Cikgu WARWA, Ustaz Muhammad Hussein, Ustaz CIM dan Sdr Husham Musa sendiri. Sebaik-baik dengan izin Allah AMANAH-PH dapat tuboh kerajaan Negeri Kelantan selepas PRU 14 nanti. Usah ambil masa panjang, anjorlah satu program taut kasih budi jasa dikenang. Kalau mereka dan meninggal, jemput balu atau anak-anak mereka. Temukan kembali semua teman-teman lama walau dimamah usia bertungkat berkereta surong. Teman usang dan yang segar yang pernah membanting tulang tenaga kudrat dan samas serial. Jemputlah dalam satu majlis kesyukuran khas untuk mereka. Kerana firasat ambo, parti lama ambo akan kecundang sekadar bertahan dengan 8 KaDun sahaja, maaflah kalau laju membuat keputusan PRU 14.

Maafkanlah ambo, berbicara diluar kotak orang2 muda. Maaf ambo Cikgu WARWA, maafkan ana Ustaz CIM. Maafkan ambo Puan Rohana Hana, maafkan ambo Embak Eda, Ummu Anis Abd Rahman. Marilah kita sama2 bertekad menjadi saksi sesama kita, bahawa kita menjadi saksi dalam perjuangan dengan AMANAH ini adalah perjuangan suci kita menyaksikan sesama kita. Subhanallah.

IBN ABDULLAH AL AWAB
24032017 – JUMAAT

(Edited dari fb semalam jadi rencana pendek).

Thursday, March 9, 2017

Mereka masak tanak akidah untuk rakyat makan walau rakyat terpaksa ikat perut

Salam, sekiranya dikalangan kita cerdik pandai cendikawan yang ramai, diatas kecerdikkan dan kepandaian dan keberadaan dengan ilmu pengetahuan serta kepakaran dengan pengalaman yang melimpah. Serta Allah izin anugerahkan kekayaan yang melimpah. Alhamdulillah.

Tetapi ambo berhemat, sekiranya individu bertaboran itu kekal tegoh sebagai sebilah lidi kelapa, nescahaya rakyat kampong yang dzaif hidup dan kehidupan mereka, sampai mati menjadi tukang tengok lidi yang kukuh hebat itu, tetapi rapoh disudut cakna rakyat marhean.

Alangkah baiknya kini dalam keadaan rakyat sengsara benar-benar sengsara angkara Najib Razak menjadi kepala perompak kepala lanun kleptokrasi, apalah kiranya bilah-bilah lidi yang ambo sebutkan itu, marilah kita himpun lidi-lidi bernilai tinggi itu, kita jadikan seberkas penyapu sebesar lengan.

Pasti penyapu yang terdiri daripada lidi-lidi emas perak itu, mampu dimixkan dengan pemimpin politik yang berjiwa rakyat besama-sama dengan denyut nadi rakyat. Marilah kita mengembeling tenaga, pengalaman, kepakaran dan pengetahuan untuk membangun negeri Kelantan dan negara yang punah kerana rakusnya pemimpin yang nafsu syaitan mengalahkan mereka walau mereka kilit kitab kehulu kehilir.

Nayatalah mereka tidak mampu memmenuhi keperluan asasi rakyat yang mengangkat mereka. Mereka masak tanak akidah untuk rakyat makan walau rakyat terpaksa ikat perut. Tetapi mereka makan gajah rimau. Masa amat suntuk untuk hadapi PRU 14, kita masih tidak memiliki pasokkan yang terbaik dan memiliki jurulatih dan pengurus hakiki untuk bertempor di medan.

Kita masih gagal untuk menjaring gol yang banyak, kerana kasut bola kita pakai, kasut keluaran 1950 dulu.

Nota: Ibn Abdullah AL Awab

09 Mac 2017 – Khamis (1.22 pagi)

Monday, March 6, 2017

NAK SEKEH KEPALA MUFTI KUNUN: KESUDAHANNYA TELOR SENDIRI SANGKUT DI TELINGA.

NAK SEKEH KEPALA MUFTI KUNUN: KESUDAHANNYA  TELOR SENDIRI SANGKUT DI TELINGA.

Yang lepas itu ianya telah menjadi tawarikh, tawarikh itu wajar sentiasa diingatkan, agar manusia ego  berpakaian agama, tidak terus angkoh menghina mangsanya dengan perkataan cemar kesat. Lepas tu, dengan jiwa bapok hunggal dapat mangsanya untuk melutut minta maaf. Kemudian ulang lagi kelakuan burok yang sama terhadap mangsa yang lain. Saya sentiasa ingat pesan Tok Wan saya kira-kira 56 tahun lampau, “Ingatlah kalau kita  menghina dekat orang dengan kata kesat dan jahat, dia macam kita ambik paku belanda, kita ambik merton kita katok paku ditiang seri romah. Lepas tu kita cabut keluaq paku tu, paku dapat cabut. Tetapi kesan lubang dekat tiang terus ada, macam tulah kesan sakitnya hati sesiapa yang mendapat cerca hina”.

Justeru saya angkat bulu tangkis tanggong Mr Somy itu dan returned smash tepat diangle kiri atlit tersebut. Agar ianya menjadi ingatan sebagai sempadan dalam celupar agas itu terdapat racun bisa terbenam disanubari hati nurani menjalar satu negeri rakyatnya berdukacita dan bingkas bertindak kalau silap-silap edar. DNA saya kelahiran kampong Sungai Berembang, Perlis. Makanya pasti terkesan penghinaan Mr Somy dekat MUFTI KNP Darul Sunnah yang mufti itu bukan Ayah Pin yang menguasai Kerajaan langit di Besut. Tetapi MUFTI Dr Asri itu dilantik oleh Kebawah DYMM Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin ibn Almarhom tuanku Syed Putra Jamallullail dengan watikah perlantikkan dengan cop mohor kebesaran raja memerentah negeri Perlis. So, ingat wahai Mr Somy anta bukan nak sekeh kepala Mufti, tetapi hakikatnya keberanian luar biasa mu nak sekeh kepala Tuanku Raja Perlis.

Nampak sangat lalanie pemimpin parti agama beruniform agama, patang nampak mikrofon berdepan penyokong luluhan ribu, gatai berbuih muut untuk bercakap. Walau tanpa  persediaan kerangka ucapan dibuat. Makanya terkeluarlah dari mulut lidah lembek tidak bertulang itu, dengan perkataan dan kalimat yang kesat lagi merapu. Seiring dengan celupar kasarnya presiden parti mereka, bangga dengan ulang sebut anjing babi barua broker salak bukit dan macam-macam lagi kepada sesiapa tidak berkenan dihatinya. Ianya diikuti penoh oleh macai dibawah kerana kenyang sedawa umpan dan dedak yang melimpah. Itu-itulah menjadikan mereka agamawan melalak cukup galak kerana walak pucok pemimpin yang dipuja didewa, sesekali jangan disentoh macam maksum kedudukkannya. Walau terpaksa menghina orang lain untuk membenar egonya yang tunggal itu adalah cakap tuntas yang wajib dipatuhi akor sebagai pedoman hidup oleh macai tegar dibawah.

Sekeh, luku lonyai kepala ‘MUFTI’ ianya percakapan kurang ajar lagi biadap. Kalau-kalau ianya disebut oleh mereka yang mendakwa berotoriti ulamak berpakaian agama dikhalayak ramai? Kenapa sanggup maki sampai tahap itu? Ianya kerana sombong angkoh dan beranggapan dirinyalah sahaja yang alim pintar bijak dari mangsa yang difitnahnya. Bertujuan memalu dan merendahkan kewibawaan sesaorang mufti. Sa lagi kerana beliau diantara pemimpin ulamak muktabar dalam PAN MalaysianIslamic Party yang jutawan. Berdaya mampu tegar kekayaannya untuk hadiah hari jadi bini mudanya walaupun kapal terbang, maupun kapal selam, Adduuhhh!!!!

Angkohnya jawapan ulamak muda pewaris pemimpin PAN Malaysian Islamic Party kini. “Semuanya remeh. kenapa diluar sana ambil pusing dan bising dengan kekayaan dan kemampuan ana?” Alhamdulillah! Kayanya pemimpin ulamak PAN MIP, sejak dedak dari umNO(baru) RM90,000,000.00 yang dibageh ke kantong sesame mereka. Sekarang rakyat dok tunggu saman Hadi Awang dekat SR dan DP Husham Musa. 

Justeru, samada Mr Somy telah bergegar lutut bergegas melutut mohon ampun maaf walau belum hari raya, kata almarhum Ismail Din dalam film Mami Jarum. Samada  terketar ketakutan atau diluar yang kita tidak mampu menyelami hati sanubarinya, tiba-tiba Mr Somy  mulutnya yang celupar agas nak sekeh kepala mufti itu, sekonyong-konyong belum pun mufti tersebut menjawab balas. Tiba-tiba Mr Somy ketuk pintu rumah mufti mangsa sekehnya terhegeh-hegeh untuk minta maaf dekat mufti tersebut.
Kenapa minta maaf wahai Mr Somy kalau anda benar macam sodek? Ertinya kesalahan amat besar anda lakukan keatas seorang mufti sebuah negeri yang berdaulat yang Raja dan Sultannya sendiri melantik batang tuboh itu menjadi mufti untuk negerinya. Bukan kerana batang tuboh itu bernama Dr  Mohd Asri Zainul Abidin, tetapi lebih dari itu. Apa?

Sejak mutakhir ini, celuparnya mulut pemimpin parti agama dok dendang dok canang. Keluar dari jemaah PAS maka keluarlah akidah mereka. Mereka menjadi kafir menjadi murtad. Hatta macam-macam penghinaan diucap sampai tanam di jerat Cina. Sampai saat ini, fenomina celupar ustaz jadian ini menabor fitnah dalam kuehyah dimesjid, tidak sepatah tegoran dan amaran dari Tuan Presiden parti mereka  warning diatas mamat copong celupar dalam mesjid.  Ianya tidak sama dengan Mr Somy nak sekeh kepala mufti yang mufti itu Raja Perlis telah anugerah bintang kebesaran negeri bergelar Dato’ bergelar Perlis yang membawa gelaran Dato’ Arif Perkasa dan  Darjah Kebesaran Seri Sirajuddin Perlis (SSP) bertitle Dato’. Serta  Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H & 1429H. Dan USM sendiri  anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H.

I’m sorry Mr Somy, ambo nak tanya satu soalan sahaja disini, tulong clear jawab senang dan mudah tak perlu pitih juta untuk menjawab.  Dato’ tu anugerah dari negeri mana dalam Malaysia Mr Somy dapat? Bila anugerah itu diberi untuk mampu saya tengok rekod penganugerahan melalui internet. Kerana saya tidak maksum wali keramat dan laduni seperti geng pimpinan parti agama dalam Negara kita. Adakah ianya ianugerah oleh  Sultan atau Raja atau TYT Melaka, PP, Sabah atau Serawak. Anugerah Dato’ dekat Mr Somy Takiri  dapat? Sebab itu guna Dato’ macam Dato’ exco nikah kahwin KNK Singa Kelantan lalanie bergelar Dato’. Jangan-jangan Dato’ beli sudah le, kerana pitih Mr Somy berjuta adanya. Jangan Dato’ yang diberi beli melalui kerajaan raja Lautan Hindi sudahlah.

Pertlingkahan ini kerana satu pihak mohon mendapat penjelasan yang detail dan mendalam. Satu pehak lagi memperthankan dengan sikap ego dan sombong. Jadinya bukan setakat ini mengundang kedamaian dan harmoni kepada rakyat jelata. Tetapi porakperanda keranamu Rang Unggu Unggu 355 setelah dipermain oleh MP Marang bangkit dudok 2 kali tanggoh dalam persidangan parlimen untuk dibahas oleh 222 ahlinya. Malang, Marang bawa RUU 355 ke Padang Merbok untuk paksa sekelian burong untuk sokong dan lulus RUU 355 dalam keadaan cacamerba demi kepentingan politik yang sempit PAN Malaysian Islamis Party yang tersepit bergelumang dengan episod rasuah RM90,000,000.00 dari umNO(baru) Najib Razak kleptokrasi.

Pemimpin tersohor PAN Malaysian Islamic Party – PAS dah berlarutan rempoh setahun pengecut hangit, gagal sampai sekarang untuk pertahan integrity pemimin dan parti mereka saman SR dan DP Husham Musa untuk menegakkan integrity diri dan party kecuali sombong sekadar menafi sumpah tumis sambal bilis tidak menerima. Rakyat Negara dan dunia tidak percayakan jawapan anda.


Ibn Abdullah al Awab  -  Isnin  / 06 - 03 - 2017 

Friday, March 3, 2017

BUKAN KESILAPAN TEKNIKAL, IANYA RANCANGAN MENIPU PEMIMPIN PAN MALAYSIAN ISLAMI PARTY YANG TIDAK CERDIK BERPOLITIK.

BUKAN KESILAPAN TEKNIKAL, IANYA RANCANGAN MENIPU PEMIMPIN PAN MALAYSIAN ISLAMI PARTY YANG TIDAK CERDIK BERPOLITIK.

Hakikat sebenarnya, apa yang disahkan oleh menteri kelainan jantina dari umNO(baru)bN, yang sedang membetulkan - islahkan pembohongan tuntas umNO(baru)bN kepada parti punahsehat PAN M'sian Islamic Party, yang mana Rang Unggu Unggu 355 dilentangkan oleh Marang Hadi Wang ianya satu kesilapan teknikal telah berlaku dipersidangan parlimen yang lepas. Cheh! Cheh!! Cheh!!!

Lingkupnya PAN M'sia Islamic Party dimata rakyat dihati sanubari rakyat diatas penipuan pemimpin umNO(baru) dekat kebodohan sengaja pemimpin PAN M'sian Islamic Party keranamu dedak RM90,000,000.00 menjadi nana nanar. Rang Unggu Unggu 355 inilah yang kesilapan teknikal dalam parlimen seperti disahkan oleh menteri umNO(baru)bN kelainan jantina yang jaga hal ehwal parlimen.

Semedang selepas itu, berapa ramai rakyat Melayu Islam yang tidak bersama Rang Unggu Unggu itu telah dikafir, dimurtad, halal darah wajib dipancong dan macam-macam lagi tudohan kesat mereka hatta kepala mufti pun mereka nak sekeh kepala kerana tak faham akan Rang Unggu Unggu 355 dalam satu fiesta yoya yoya di Padang Merbok padang terkukor kedidi. Wahai macai-macai dan cai kepimpinan PAN Malaysian Islamic Party!!!!!

Dengan wakil Najib umumkan kesalahan teknikal, makanya bab Rang Unggu Unggu 355 menjadi abu angin dan suci dalam debu dan tidak diperkatakan dalam parlimen lagi kerana ancaman komponan bN kepada Najib umNO(baru), memungkinkan umNO(baru) dipecat dari komponan bN seperti pernah berlaku ketika UMNO mati dikaki YAA Hakim Harun Hashim dikamar HMT KL. Presiden MCA LLS menjadi Pengerusi bN ketika itu.

Padan muka Hadi Wang, langkah politik mundornya di hukum umNO(baru) Najib kleptokrasi dalam parlimen menjelang PRU14.

Catatan: Ibn Abdullah al Awab

Jumaat – 03032017.