Monday, December 16, 2013

NEGARA PENAT DAN TENAT DENGAN FIESTA.


NEGARA PENAT DAN TENAT DENGAN FIESTA.  

Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB
13 SAFAR 1435 (ISNIN)16 DISEMBER 2013

Negara kita tenat dan penat, kini sedang mengalami dan menghadapi cacamerba sengketa ekonomi menuju penghujong jalan mati. Najib telah dan sedang mengintai mencari vaksin yang berada didalam kerengkong rakyat jelata untuk menampong mengurus Negara secara ‘wasatiah’ wak satiah. Najib R promusi  fiesta bN barang Naik bila-bila Naik silih bertindih. Syukur diatas bijaklaksana Najib R merealisasi ekonomi Negara tercinta, dengan belit kata ‘rasionalisasi subsidi’ yakni untuk bersama danyut nadi derita sengsara rakyat yang kian merempat.  

Ia itu fenomina ekonomi merudum yang parah dalam genggaman, sepak terajang PM1Malaysia@1Melayu. Menghadapi kekangan tegang yang cekang, dari bini keduanya WPN DS Dr Hajjah Rosmah Najib. Setelah khazanah Negara ditarah tak kesudah,  dibawah Presiden umNO(Baru) ke3, merangkak jadi PM1Malaysia@1Melayu/MOF. Sebaik tolak Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) beberapa tahun lepas. Jadi bini keduanya R puas hatinya sampai kepuncak.
Hebatnya Najib menjadi PM-MIF kerana bini keduanya gagah disisi. Mampu mengatasi Najib handle umNO(Baru), Kerajaan dan CLC. Sekelian pegampu tegar, pecacai mega, pembodek perdana. Semua mereka, PM1Malaysia@1Melayu telah member tempat selayaknya berada diposisi penting Negara. Diatas perbelanjaan boros, tiris, bocor dan bercelaru dan harubiru, makannya Najib R yang memimpin bN sebagai boneka Najib ke Putrajaya pusingan ke2. Kini beliau cuak melihat kantong perbendaharaan Negara hampir kering-kontang walau Negara berada dalam suasana lemas bah banjir. Risaunya beliau kerana dok perhati tengok kelih, dimana punca dapat duit lagi untuk tampong perbelanjaan isi istana kediaman resmi PM dan TPM. Hidup 1Melayu.

Sama ada PM1Malaysia@1Melayu Presiden umNO(Baru) yang lemah gemalai; atau NR sememangnya sengaja bersekonkol sekelambu dengan sekelian kroni-kroni yang mengenggam dan mengcekam dengan monopoli semua kepentingan  rakyat dalam semua aspek keperluan makan minum, infrastuktur pengangkutan dan sebagainya. Dihadapan Najib, dimata Rosmah dan pecacai yang menganggotai cabinet umNO(Baru)bN non mcA. Mereka bertembong keutamaan dan kepentingan. 

Keutamaan kesejahteraan rakyat marhean jelata? Atau kepentingan segelintir kroni-kroni yang memulihara kepentingan umNO(Baru) dan pemimpin-pemimpin mega perdana mereka tidak merana menderita? Akhirnya Najib R memilih menafikan rakyat jelata 28,000,000 disudut mendapat pembelaan. Jadinya kroni dimatanya bermaharaja silih ganti menganjur dan mengada fiesta. Fiesta apa rakyat marhean jelata?

Wahai sekelian rakyat jelata, iaitu fiesta bN barang Naik. Nyata dan jelas haramjadah (maaf ambil kalimat YAB DS Najib R, masa maki peneroka Felda dulu) sunggoh YAB DS Najib R PM1Malaysia@1Melayu ini, kerana ia akor dan mengalah dengan dua tiga kerat kroni-kroni yang memegang mengurus ekonomi Negara. Najib R sebagai PM dan Menteri Kewangan lebih mengutama kroni taukeh dan menekan rakyat mencekam rakyat. 

Sedangkan rakyat marhean inilah yang berada dikampong-kampong mempertahankan umNO(Baru) dalam PRU13 dan Najib Rdapat jadi PM dan umNO(Baru)bN dapat tuboh kerajaan minority 47%. Najib kata rakyat haramjadah, Najib R kata rakyat pengkhianat, rakyat kampong tersengeh gelak ketawa dan telor tersentot sempoi dan keluar kot mulut. Benarlah kata Tun Dr Mahathir Mohammed “Melayu mudah lupa”.

Sebelum menjelang PRU13 yang lalu, DS Najib Razak bersekali dengan sekelian pecacainya, bersunggoh memperakui bahawasanya barang-barang dan kepentingan lain tidak akan dinaikkan selepas PRU13. Semua itu berkaitan dengan bN Barang Naik adalah haramjadah fitnah dari pembangkang PR. Maaf YAB DS Najib R, andalah PM paling har…dah dilahirkan umNO(Baru). Kerana anda lidah berlapis lidah bercabang bak croc. Satu demi satu anda anjur fiesta Barang Naik. Sedangkan anda PM sekiranya mempunyai kekuatan dan azam murni untuk bersama-sama dengan denyut nadi rakyat, fiesta bN Barang Naik anda tidak izinkan demi rakyat yang sekian banyak menanggong memikul penderitaan hidup dan kehidupan. Dengan menafikan bN Barang Naik menafikan kepentingan dan merealisasi ugutan kehendak kroni-kroni.

Minyak naik harga pasai apa? Gula naik harga pasai apa? Tariff elektrik dan air naik pasai apa? Tol akan naik pasai apa? Jelas Najib kelentong dan memboghongi pengundi-pengundinya di Pekan dan seluroh Negara. Kalau sebelum PRU13 memberi pengakuan dan jaminan harga barang tidak akan naik. Apa dah jadi sekarang? Janji Najib, janji bN Barisan Nasional menjadi Boneka Najib menipu rakyat. Sebaik selesai PRU13 bN Boneka Najib ini menjadi parti pemerentah pusat Barang Naik. Najib mulakan dengan barang niak dengan istilah rasionalisasi subsidi bermaksud untuk menaikkan harga barang berselindung dengan kalimat belit macam cobra “rasionalisasi subsidi”. Yakni menarik kepentingan hak rakyat dapat hak mereka selama ini yang membayar cukai. Dengan mengutamakan kroni-kroni dikekalkan subsidi tanpa rasionalisasi. Maknanya kroni diutamakan, biar rakyat mampus dihimpit penderitaan.
Inilah bahaya dan malangnya menimpa Negara, bila rakyat 47% minority member kepercayaan kepada umNO(Baru)bN non MCA menjadi kerajaan pusat selepas PRU13. Sedangkan yang berada didalam umNO(Baru) lani adalah jenis pemimpin kuda kayu, pemimpin kepala lembu yang bodoh-bodoh dan dungu. Ini bukan aku kata. Tetapi berulang kali kalimat peringatan sakti ini diulang-ulang oleh Dr Mahathir, hampa tak percaya. Yang bodoh-bodoh menjadi pemimpin umNO(Baru). Maka diatas kebodohan itulah mereka jadikan bN parti mungkir dan dusta dengan fiesta barang naik. Ianya akan berterusan.

Tambahlah 10 kali lipat dana pendapatan Negara, selagi orang-orang bodoh lanun penyamun mentadbir Negara, harta sejumlah dimiliki Qurun yang diperkatakan dalam al Quraan itu pun tidak akan mencukupi. Mereka kaya raya rakyat kering menunggu mati.
Apamacam rakyat marhean PRU14? Hidup umNO(Baru)!!! Hidup PM1Malaysia@1Melayu!! Hidup PM1Malaysia@1Melayu!! Hidup PM1Malaysia@1Melayu!! Hidup PM1Malaysia@1Melayu!!

Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB
13 SAFAR 1435 (ISNIN)16 DISEMBER 2013