Thursday, July 21, 2016

AZMIN SEKOLAHKAN HADI DAN PAS. ADA MARUAKAH MEREKA?


Selama ini Presiden Pas Haji Hadi Awang beranggapan dan merasai dirinya sebagai Presiden Pas ditakuti dan digeruni oleh Timbalan Presiden PKR juga Dato’ MB Selangor YAB DS Azmin Ali. Sebab itulah ketika  bersama dalam PRU13 dahulu, PAS atas nama PR membekalkan 15 Adun dalam Dun Selangor. Haji Hadi dan kepimpinan ulamak merasai mereka dipuncak dipucuk untuk menjuarai KNS. Pas dalam PR yang bersama dalam KNS, malangnya Pas seolah-olah umpama duri dalam daging dalam pentadbiran.

Pertembongan dalaman Pas yang mengundang bencana besar bila PR mau gantikan MB dahulu TS KI dengan YB Azmin Ali. Disinilah peranan Presiden Pas menjadi batu api dan juara lembu laga dalam PR. Kerajaan PR Selangor menjadi porak peranda kerana Presiden Pas tidak bersama PR tetapi curangnya beliau menyokong TS KI dan bersekonkol dengan umNO(baru). Hadi inilah punca ibu, yang merancang gagasan terpendam kerajaan ‘UG’, dan program UG tidak pernah padam kerana ada broker dan barua politik yang menerus menjalankan hasrat dan niat Hadi tersebut.

Nafsu politik rakus Hadi, TS KI yang bersekonkol dengan umNO(baru) itu, telah dikekang dipalang oleh dua adun dari Pas dengan tindakkan  memintas, mengistihar keluar secara resmi sebagai ahli Pas dan menjadi Adun bebas. Siasah matematik aljibra Hadi menjadi punah tak berharga lagi, bila Pas ada 13 Dun berbaki. Justeru langkah Hadi, TS KI dan umNO(baru) terbantut dan mati akal dan pupus segala ikhtiar dan petua.  Hadi, TS KI dan umNO(baru) terpinga-pinga dan ternganga melihat perancangan mereka terkulai. Dua mantan Adun Pas tersebut menjadi wira yang diundang untuk selamatkan kerajaan PR.

Natijahnya Hadi Awang terkehel rancangannya dan berputih mata. TS KI akhirnya terpaksa melepaskan kerusi MB. Pengalaman dan mantik politik dangkal Hadi tidak membantu TS KI dan umNO(baru) tumbangkan kerajaan PR Selangor. Sebaik selesai YB Azmin Ali dinobatkan menjadi Dato’ MB Selangor yang baru mengantikan TS KI, Pas masih bersama dalam KNS. Tatapi saiz Exconya telah mengecil dari tiga menjadi dua Exco sahaja. Walaupun begitu, Exco KNS dari Pas ini, kadang-kadang nampak cekang dan tegang dalam menghadapi PARTI AMANAH yang baru ditubohkan dan menghidupkan kembali PR dengan PH yang dianggotai PKR, DAP dan PARTI AMANAH.

Saya mengulanginya disini, selepas pemilihan pemimpin dibuat dalam muktamar terakhir di SM KS, kemenangan total seluroh pemimpin yang senada satu suara serakit secai dengan Haji Hadi. Segugus setandan pemimpin professional dan NGO diketuai oleh Saudara Mat Sabu dibungkus dibuang oleh perwakilan. Sekira-kiranya kata Hadi, ”Pemimpin yang ada dipilih pada hari ini adalah pemimpin tapisan pilihan Tuhan”. Sesunggohnya tempoh tidak lama, sekelian kepimpinan Pas kini telah mendapat tapisan dan pilihan Tuhan, mereka tidak tahan dengan keadaan kuku besi, pendapat Hadi tunggal yang mencorak dan mewarnai Pas.

Bahayanya kepada umat Muhammad, bila sesaorang pemimpin itu diangkat dan dinobatkan dengan kedudokkan amat tinggi disanjong dilambong. Sampaikan tidak sesiapa sesama pemimpin yang dipilih menerusi muktamar pun tidak dapat menegor dan memberi pandangan kepada pucuk pimpinan yakni Presiden. Berbeda pandangan dan berbeda pendapat pun, ahli-ahli dibawah yang hingus itu yang didoktrin dengan penoh punah pegangan, mereka muncul sebagai penyelamat dan penyokong setia Hadi. Anta semua lawan Presiden tidak walak kepada kepimpinan ulamak. Ulamak apa?

Ketika tentera Turki gagal dalam cubaan kudeta keatas kerajaan Presiden Erdorgon, kemungkinan diatas sikap sokongan rakyat secara total gagalkan tentera merampas kuasa. Yakni kuasa rakyat ‘people power’ bersama bergandingan dengan Presiden Erdorgon yang mereka pilih melalui PRU dan dilantik menjadi presiden Turki melalui parti AK. Diatas pemerhatian dan reality itulah, keberangkalian makanya TP Pas TITM bersuara agar pembangkang (ditujukan khas kepada partinya snediri yakni Pas) mengadakan “GENCATAN SENJATA”. Kita berganding bersama-sama dalam PRU14 untuk tumbang musok kita sebenar iaitu umNO(baru)bN.

TP Pas TITM sekelip mata sahaja disisi pengikut ahli Pas yang didoktrin oleh Hadi, inilah tidak taat setia dan walak kepada pemimpin yakni Haji Hadi. Mereka telah hambat TP Pas TITM keluar dari Pas. Sedangkan suara hati nurani TP Pas TITM telah mendapat sokongan bulat dari semua Adun Pas dalam Dun Selangor dan AhPar Pas Selangor. Tidakkah semua mereka juga adalah pemimpin dan mempunyai pengikut yang ramai?

Rupa-rupanya walau pandangan dan cadangan GENCATAN SENJATA tersebut diterima dandisokong sepenohnya oleh Adun Selangor dan AhPar Malaysia dari Selangor. Mereka telah secara resmi bersama-sama dengan Naib Presiden ke3 jua PSJ dan Exco menandatangai surat sokongan bersama menyokong TP Pas TITM dimajukan kepada Presiden Pas Haji Hadi Awang. Sah kini berjemaah rupanya mereka yang lawan dan tidak walak taat dekat Hadi, datangnya dari TP Pas sendiri, dari Naib Presiden ke3nya, PSJ Selangor dan semua Adun dan AhPar. Apakah tindakkan selepas ini akan Pas lakukan kepada mereka yang lawan tidak walak dekat Hadi?

Detik inilah, ketika Pas dalam keadaan bercempera dan porak peranda inilah dalam membina ketaatan kepada pemimpin yang membelakang rakyat dan menyantuni rakyat. Makanya ketika yang tepat, waktunya yang mengena, Dato’ MB Selangor De, YAB DS Azmin Haji Ali telah mengajar ABCDEF, 123456 dan Alif Ba Tha Tsa Jin mantik politik dan siasah kepada Hadi Awang dan Pas itu sendiri. Semalam – kelmarin selaku Ketua Eksekutif KNS DS Azmin Ali telah secara hurmat pinta Adun Pas yang berjawatan Exco sila keluar dari pejabat masing-masing dengan cara terhurmat. Begitulah diikuti dengan penjawat politik kerajaan yang lain, berambus dari Kerajaan PH sekarang.

Disinilah Tuhan akan sekali lagi tapis, sekelian muka-muka Adun Pas yang jadi Exco KNS, pemuka-pemuka Pas yang duduk dalam CLC dan sebagainya adakah mereka ada maruah dan nilai harga diri? Adakah mereka pants dan tangkas keluar dari kerajaan PH yang telah tidak dikehendaki oleh KNS sekarang?

Inilah kemenangan berterusan Hadi sebagai Presiden Pas yang pasti Pas akan terus mengecil dan terpencil.

Rencana oleh: Ibn Abdullah al Awab

Tarikh: 21 July 2016 - Khamis

Wednesday, July 20, 2016

PEMIMPIN PAS: TERUS BERTEMPOR DAN GEMPOR.

PEMIMPIN PAS: TERUS BERTEMPOR DAN GEMPOR.

Ketika mana muktamar Pas terakhir di SM Kuala Selangor yang lepas, dipenghujung muktamar, sebaik dibekalkan keputusan pemilihan AJK yang mendapat pertolongan kehendak Allah, itulah pandangan ramai para perwakilan, mereka amat berbangga akan keputusan mereka buat secara cai. Ya! Mereka telah nyahkan segugus, setandan tokoh pemimpin yang lebih 35 tahun mengabdi diri dalam mewarnai jalor pengisian perjuangan hala tuju Pas dahulu. Terdapat ramai perwakilan belum lahir ketika pemimpin yang ditudoh dengan pelbagai tudohan itu, telah sebati dalam Pas. Tindakkan perwakilan solid menolak pemimpin professional dan NGO. Ianya selari dengan slogan dihajati oleh Hadi Haron yang lama dijaja.

Detik itu, seolah-olah sidang perwakilan muktamar macam tersampok hysteria, mabuk air daun ketum. Mereka meraikan kegembiraan dalam dewan muktamar, kerana kini hanya terdapat pemimpin bersih dari menentang kepimpinan ulamak. Bilamana tercapai dah, dua tahun mereka bekerja bersunggoh-sunggoh untuk menyingkir pemimpin yang tidak ulamak yakni Yang Profesional dan NGO. Saya masih ingat, pendengaran saya belum lumpuh sekarang. Sebaik segugus pemimpin Pas tersingkir dalam pemilihan, makanya bermadahlah Haji Hadi Presiden Pas sekira-kira, “Semua pemimpin terpilih pada hari ini, ianya pemilihan lepasan tapisan Tuhan”.

Sayang 2.6B% kali sayang, terbayang siang dan malam, sekelian pemimpin yang Hadi Awang dakwa ketika itu telah mendapat restu dan tapisan dari Tuhan adalah tidak benar dan tersasar jauh ke Lautan Hindi. Sayang madah dan pendapat Presiden Pas Hadi Awang tidak tepat seperti tetap busar panah kedada musoh. Realitinya sekarang, dan pasti, ianya akan berlarutan tidak mampu untuk dibendong dikongkong lagi. Spesis pemimpin akan protes serta berbeda pandangan hatta tindakkan akan berterusan dan berkembang, serta mendapat sambutan, saya pasti keadaan ini berkembang biak.  Wujud pemimpin, ahli selepas Hadi Haron, Abdoh Khalil dan beberapa kerat yang lain, mereka bertindak tidak walak kepada Haji Haji.

Tentu sekali fenomina tersebut tak mampu dikawal oleh Hadi, tak terdaya dibendong oleh Haron. Kerana factor masa serta keadaan dan tuntutan keadaan reality semasa. Rakyat serta ahli celek politik realiti. Jelas keyakinan Haji Hadi mula meleset dan tersasar jauh. Mana mungkin kalau Tuhan Allah telah tapis pemimpin Pas seperti Haji Hadi kata, kini ada yang menentang beliau?

Setidak-tidaknya peristiwa kudeta di Turki yang gagal kerana kuasa rakyat, yang kuasa rakyat telah bertindak mengaggalkan pihak tentera merampas kuasa. Kerana factor kepimpinan dan pribadi tinggi Presidennya Erdorgon. Walau tidak canang Islam, tidak berseruan walak tidak berserban berjubah, tetapi beliau telah menterjermahkan Islam yang hakiki dalam perjuangannya. Lantas dan tuntas rakyat bangsanya meyakini tinggi kepada Erdorgon. Tetapi tidak kepada melebalkan mereka ulamak, tetapi rakyat semak dengan mehnah dan kerenah mereka.

Kini rakyat, khususnya ahli-ahli Pas penyokong tegar Presiden Haji Hadi Awang perengkat bawah dan penyokong, sedang scan dan meneliti sepenohnya gerakgeri setiap pemimpin yang cuba-cuba sanggah dan canggah Presiden. Yakni slogan popular “tidak walak pemimpin”. Pemimpin dalam kamus harian Pas Cuma Haji Hadi seorang sahaja yang wajib ditaat dan walak yang telah didoktrin ketika ini. Selain pemimpin selepas Hadi terlucut walak atau taat patoh setia kepimpinan. Sehebat TP Pas TITM pun telah dihambat dan dihina oleh wali-wali Hadi Haron nyah dai Pas. Inilah sikap Pas sekarang berdepan dan menghadapi pemimpin yang berbeda pendapat dengan Hadi.

Pada hemat saya, pandangan dan keputusan Haron Din, terhadap status peranan Pas dalam KNSDE diputuskan pada Syawal (Syawal dah hampir setengah, Haron gagal kota katanya), ianya mengelisah dan seribu masalah difikirkan oleh TP Pas TITM bakal menimpa Pas. Maka terdetik dirinya sebagai pemimpin No 2 kanan dalam Pas yang dipilih dalam muktamar. Kerana semua pemimpin Pas kini telah ditapis oleh Tuhan, makanya TP Pas TITM menganjurkan “GENCATAN SENJATA” dikalangan pembangkang. Pandangan TP Pas TITM itu, pantas dan tuntas disanggah oleh pemimpin kanan dan ketua sayap terkanan dalam Pas yang mereka sama-sama menjadi pemimpin Pas setelah mendapat tapisan Tuhan, tetapi terdapat berbeda pandangan, pendapat dan tindakkan.

Untuk tenang dan redakan keadaan berganda kusut mengundang porak peranda, dengan dukacita sedihnya itu adalah pandangan ‘PENDAPAT PRIBADI AMBOA’. Sama ada ianya ‘pendapat pribadi’, tetapi ianya menjadi lukadan berparut kepada ahli Pas. Kerana yang membuka mulut secara jelas lagi terang adalah Timbalan Presiden Pas TITM yang melepasi tapisah Tuhan dalam pemilihan telah meluahkan bengkak bengkil, kusam kesumat selama lebih setahun beliau menjadi TP Pas. TITM tidak bertahan lama macam TP terdahulu Mat Sabu yang sabar menghadapi mehnah dan kerenah Haji Hadi dalam mengemudi Pas yang membelakangkan AJK agong yang dipilih oleh muktamar.

Sebarang pendapat, samada ianya bentuk pribadi atau mencerminkan Pas, ianya tetap mendapat perhatian dari ahli atau diluar dari ahli. Pasti diluar sana, mereka membuat koreksi dan memberi pandangan. Kerana dalam system demokerasi Pas sebagai parti politk menyertai PRK dan PRU ianya memerlukan manusia sebagai pengundi untuk memangkah calun yang diketengahkan. Bukan Pas mengharapkan spesis malaikat dan jin didaftarkan sebaga pengundi untuk mengundi calunnya yang tak nampak kelih dan payah berurusan.

Pandangan TITM bersabit gencatan senjata pembangkang, yang beliau fokaskan adalah untuk mengatasi situasi kerajaan PH Selangor yang Pas menjadi sebahagian anggota KNSDE tetapi tidak menjadi komponan dalam PH. Kan itunya amat pelek dan amat ajaib bukan? Penyelesain yang TITM carikan. Jelas pandangan TP Pas TITM sebagai penguasa parti Pas haraki kedua, TP TITM tidak kesaorangan. Kenyataan dan pandangan beliau disokong bulat oleh PSJ Selangor juga Naib Presiden Pas ke3 juga beliau adalah Exco KNSDE. PSJ Selangor tidak kesaorang rupanya melawan arus menentang ulamak walak kepada Hadi digugatkan dengan menyokong TPP TITM.

Sambutan baik Naib Presiden ke3 Pas @ PSJ Pas Selangor telah disanggah dan dihina oleh beberapa pimpinan kanan Pas yang lain bersekali dengan TP Pas TITM. Sebagai jawapan balas kepada penghinaan dan penolakkan pemimpin Pas kepada TP Pas TITM dan Naib Presiden Pas ke3 juga PSJ Pas Selangor, TITM dan Iskandar tidak berdua yang tidak walak kepada pucuk pemimpin Pas yakni dekat Hadi Awang. TITM dan Iskandar mendapat sokongan padu dan solid dari semua AhPar dan Adun Pas termasok yang memperbaharui baiahnya baru-baru ini sebagai calun KaPar Sungai Besar jua tandatangan bersama-sama tidak walak dengan presiden. apa habar penyokong kental tuntas Haji Hadi?

Selepas ini, apa kesudahannya akan menimpa Pas dibawah penguasaan dan keputusan tuntas dari Hadi Awang.

Rencana oleh : Ibn Abdullah al Awab
20 July 2016 - Rabu