Saturday, May 31, 2014

PRK P.076 TELOK INTAN HARI INI 31 MEI 2014: PR PASANG PELAMPONG MEGA UNTUK DYANA SOFYA



RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB  /  SABTU 31 MEI 2014 9.00PAGI

Pasca Najib, ajaib dan ghaib.

Selepas berakhirnya PRU13, dunia mendapat tambahan  benda ajaib dunia yang telah direkod. Iaitu umNObaruBN menubuhkan kerajaan minoriti 47% hasil usaha keras dan perancangan tersusun sangat-sangat smart oleh SPR. Bersekali ia bersekonkol dengan kuncu-kuncu yang sewaktu sesamanya, dari kabur menjadi clear tetapi malap dan mendap. Kerajaan minority 47% ditubohkan umNObaruBN itu, sarat dengan panau, korap  dan macam-macam lagi penyakit kronik dan virus berjangkit menghinggapnya tanpavaksin penyembuh. Bersekali dengan beberapa kerajaan negeri yang nyawa-nyawa ikan dituboh dengan   simple majoriti dalam Dun, umNObaruBN tercabar mengetar mengigil lutut dibuatnya takut kuasa tercabut. 

Beberapa negeri umNObaruBN sedang bergelora dan berkocak. umNObaruBN berdepan dengan tiupan topan yang kencang yakni krisis ketelusan keyakinan dan kepercayaan. Menghadapitekanan dan asakkan (dari dalamanan umNObaruBN) kerana membida jawatan dan habuan tidak adil. Ianya mampu mengundang padah, membawa rebah pada bila-bila saja beberapa kerajaan negeri. Kalau nahkoda umNObaruBN di PWTC, di Putrajaya tersimpang langkah bertindakan dalam bercator sahlah ia bakal mengugat mengundang masalah dan rebah. umNObaruBN Terengganu masih dibelengu cacamerba kewibawaan yang jitu, menjadikan kerajaan umNObaruBN Terengganu menjadi rapoh dan reput. Disaat itu ledakan C4di Kucing Serawak berselerak dibawah Adnan Satim berdepan dugaan dan ujian. Silap-silap vaksin penawar, BN serawak runtoh. Ianya akan mendapat kesan dan akibat BN di Putrajaya tersungkur. Keranamu perpecahan besar dalam persengketaan komponan BN Serawak.

Paluan gendang rebana retorit kerajaan 1Malaysia, telah melalui gerhana pusingan U. ‘Pemimpin dan kroni diutama diperkasa; rakyat diseksa didera semahunya’. Ianya tersohor rakyat menerima padah  tekanan dan layanan burok YAB DS Najib RM, beliau sedang mengalami dan menghadapi kepelbagaian sindrom penyakit kronik ketika sebelum PRU13 sampai kini. Yakni sindrom dan virus H1N1 boros dan joli dengan memperaga kemewahan melampau dalam Negara dan ketika kunjungan luar negara. Pecah amanah membelanja harta benda rakyat Negara seperti dilaporkan oleh KON, dengan mengutama dan memperkasakan kroni, macai dipenuhi kehendak dan permintaan. Kerana pertolongan dekat BN dalam pilihanraya bukan pertolongan kosong air kencing. Walau pun itu, kabilah umNObaruBN menafikan segala-galanya akan bentuk kezaliman mendera rakyat akan dilakasana  mereka selepas PRU13. Walau semua-semua itu diperjelas, diperkata diperkukohkan oleh PR dengan hujah dan fakta. Apa dah jadi! Apa dah jadi!! Rakyat tertipu sekali lagi dengan umNObaruBN.

umNObaruBN mungkir janji dicapati.

Tetapi sebaik selepas PRU13 mereka membelakang, membohongi  pengundi rakyat Negara. Macam satu fiesta BN jayakan iaitu Barang Naik menjadi agenda utama selepas PRU13 dengan kekuasaan minority 47% sokongan pun bongkak sangat. DNajib RM buka gelanggang balas jasa rakyat 47% mengundi umNObaruBN dengan umumkan harga minyak naik, harga gula naik, tarif elektrik naik dan macam-macam barang naik  sebaik terentuk kerajaan minority selepas PRU13. Kenapa dan mengapa? Semuanya kerana tindakan   kerajaan1Malaysia minority 47% mengambil alternative jalan pintas  untuk dapat duit. Bertujuan  untuk menampong keperluan perbelanjaan Negara yang terhimpit kerana pecah amanah dalam perbelanjaan duit cukai rakyat negara. Dalam zaman DS Najib RM menjadi PM dan menteri kewangan, pintar putar bijaksananya DS Najib RM  mengatasi jauh kehadapan dari 5 PM terdahulu termasuklah ayahndanya sendiri Almarhum Tun Abdul Razak, yang amat cermat dan teliti dalam membelanja harta rakyat. Tetapi DS Najib RM pedulikan fael dan sikap terhurmat yang dimiliki oleh ayahndanya dimusnahkan kerana takut bini dan turut kehendak bini no2nya.  

Sesungguhnya sekelian rakyat jelata memperakui dan mengiktiraf bahawasanya DS Najib RM merupakan PM1Malaysia dan menteri kewangan terhebat dan tersohor. Bijak lagi pandai dengan sikap boros berbelanja mewah bersama-sama dengan bini ke2nya DS Hajjah Dr Rosmah NM pemboros. Apalagi bila mereka dengan jet pribadi harta rakyat keluar Negara setiap masa. Sambil selam sambil minum air; sambil terbang menghimpun menunaikan niat dihati dengan harga yang mahal ditanggong oleh rakyat jelata melalui cukai di kenakan keatas rakyat berjoli sakan dengan mewah membazir.  Handalan sungguh dalam membelanjakan duit rakyat Negara tanpa sempadan dengan semua penyelewengan dilaporkan sepenuhnya oleh Ketua Ordit Negara menerusi laporan tahunan perolehan dan perbelanjaan kerajaan. Sama seperti dunia tampa sempadan yang dicerobohi dengan kecanggih iT, iCT dan medium maya. 

Makanya macam itulah DS Najib RM dan bini ke2nya membelanjakan duit Negara, termasoklah dengan pelbagai kaedah dicipta untuk  diagih kepada macai dan kroni budiman sejati. Timbal balas menjayakan PRU13 lepas, “Hang tulong aku, aku tulong hang”, benar-benar menjadi kenyataan kepada rakyat dan kepada Negara. Akhirnya rakyat menghadapi tekanan dan seksa angkara PM mesra barang naik harga. Jadi rakyat jelata menghadapi dan berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang melambong tinggi dengan pendapatan gaji rendah. Tanpa mendapat simpati dan pembelaan dari kerajaan1Malaysia minority 47% di Putrajaya. Kecuali rakyat diperkuda semahunya, diseksa didera dengan dua pekara. Iaitu barang naik harga angkara desakan kroni dan keduanya bertindak cukai dinaikan serta menzalimi rakyat dengan cukai baru GST yang bersifat zalim dan memeras rakyat jelata dan puak-puak kaya raya terlepas dari paksaan membayar cukai khas. 

Akhirnya jasa taikun taukeh dan kroni terbalas dan terjawab. Najib menjadi hero dan juara diatas kejayaan cemerlang membuat hutang  dari taukeh-taukeh taikun dalam Negara dan taikun pelabur dari Negara luar. Jadi Barang Naik oleh BN. Ertinya kerajaan minoriti 47% mengutamakan sekelian kroni dan keutamaan taukeh yang membiayai PRU13. Akibatnya rakyat Negara dijadikan mangsa, kerana ‘Melayu mudah lupa’. Kerajaan minority 47% umNObaruBN bertindak dengan rakus menafikan rakyat untuk hidup dengan selesa. umNObaruBN jadikan rakyat mengalami hidup dan kehidupan seharian, dengan tekanan jiwa raga dan  terseksahidup. Rakyat marhean dibebani dengan bebanan penyeksaan kos sara hidup tinggi yang membeban dan memeritkan diatas sikap boros dan joli kerajaan1Malaysia dalam pembiayaan penuh dengan misteri penipuan. Fenomina tersebut  menjadikan rakyat kembali menmbah kuantiti Melayu kembali menjadi miskin, hidup menderita walaupun tidak papa kedana. Tetapi gerombolan umNObaruBN dan segala pecacai dan macainya menjadi bertambah kaya meliana. Hidup Melayu!!!!!!!! 

Rakyat pengundi dihina selepas PRU13.

Maka jurang kehidupan dan kekangan ekonomi rakyat marhean cukup mencekam. Sedangkan taukeh dan macai umNObaruBN pantas didepan mata mereka terbela dibelai dengan menzahirkan kekayaan mengila. Pamir kemewahan yang melampau dalam sekelip mata. Kerana mereka pandai membodek cuit, mencari geli pemimpin  umNObaruBN, agar mereka digazet diantara kroni dan macai yang taat setia seadanya. Puak-puak umNObaruBN dengan gaya hidup serba serbi mewah yang melampau. Berpoya-foya dengan pembaziran yang serba canggih lagi moden. Rakyat marhean sedang perhati tengok lagak telatah mereka dengan linangan air mata. Nasib rakyat marhean member undi dekat uMNObaruBN, yang mendapat layanan dan hauan perdana adalah keluarga, taukeh, macai dan pecacai umNObaruBN. Rakyat dapat apa? Rakyat dapat dari BN, barang naik, cukai naik dan GST membelenggu rakyat dengan zalim dan cukup haramjadah.

Bermula dari sifu agong perdana mereka di Putrajaya apa lagi di Sri Perdana, iaitu PM1Malaysia dan bini ke2nya DS Dr Hajjah Rosmah Mansor, sampailah kepada JKKKK kampong yang menguasai kepimpinan umNObaruBN cawangan, kawasan dan negeri. Mereka mendapat lessen besar tanpa had sempadan. Mereka kukur dan kaut kekayaan diatas segala lompongnya diri mereka sebagai manusia yang cemerlang dalam akademik dan kerjaya professional, atau sebagai ahli perdagangan tulin korporat yang memiliki rangkaian mega. Semuanya tidak ada kepada mereka, kecuali menjadi kroni, macai dan pecacai kepada umNObaruBn. Diatas semua itu mereka diiktirah oleh penguasa di PWTC dan Putrajaya. Makanya mereka diiktiraf dibalas dengan bentuk habuan dan kekayaan melampau kerana menjadi penyokong, pengampu kepada pemimpin umNObaruBN di PWTC, Putrajaya dan di negeri-negeri. 

Mereka jutawan segera keranamu umNObaruBN salahguna kuasa. Mereka berbelanja mewah semahu-mahunya akan mereka khianati pecah amanah harta Negara milik rakyat yang membayar cukai. Sekali pun mereka adalah yang bodoh-bodoh setakat SPM 2 kredit sepertimana yang diperkata dan diperkukohkan oleh Tun dr Mahathir Muhammed Kutty beberapa kali mengesahkan keanggotaan yang masok dan memimpin umNObaru adalah dikalangan yang bodoh-bodoh. Kerana yang cerdik pandai yang professional, semuanya mereka masok menganggotai PAS. Seperti doctor, peguam, akitek, mantan general tentera dan mantan pegawai kanan polis dan penjawat awam perengkat Jusa A. Ini Tun Dr Mahathir kata dan mengeshkan.

Cabaran, pukulan dan penangan.  
  
Pukulan dan ujian yang telah, sedang dihadapi dialami mNObaruBN ialah berdepan dengan ujian mandate rakyat dalam PRK yang terpaksa dilalui. Kuala Besut dan Sungai Limau, diantara dua negeri umNObaruBN memerentah dengan minority. PRK membuka gelanggang dengan kematian Adun umNObaruBN di Kuala Besut dan Adun mantan MB Kedah di Sungai Limau. Dalam pertarongan dikedua-dua PRK tersebut, sekelian pemimpin utama umNObaruBN telah kitar dan tambah dengan janji capati baru untuk mendapat undi, untuk mampu mempertahan dan merampas Dun yang terlibat dengan PRK. umNOBN menang PRK di Kuala Besut yang jenderal PRK Kuala Besut dan Sungai Limau ialah TPM TS Mohiyaddin Yassin sendiri. Ketika itu keputusannya seri; umNObaruBN pertahankan Dun Kuala Besut dan PAS – PR dapat kekalkan Dun Sungai Limau. umNobaruBN Kedah menjadi goyah, payah dan bercelaru.

Sebaik itu ledakan yang membingongkan umNObaruBN bila PRK Dun Kajang terpaksa diadakan disebabkan Adunnya meletakkan jawatan dengan ‘Langkah Kajang’. Seperti taufan momontem DS Anwar Ibrahim calun PRK Dun Kajang dan akan menjadi MB baru negeri Selangor mengantikan TS Khalid Ibrahim. PWTC dan Putrajaya menjadi lemah longlai dan terkulai. Makanya jalan pintas dan jalan beranjau berduri yang beracun diguna pakai. Makanya untuk menafikan DS Anwar Ibrahim sebagai calun PRK Dun Kajang, justeru mahkamah rimba dan hakim beruk berfungsi seadanya. Ianya menjadi penyelamat galang ganti sebagai tentera infantry hadapan memulihara menyelamat muka-pungkor umNObaruBN yang terbaki. Makanya Ds anwar Ibrahim disalah dijatuh hukuman penjara dan denda.

Akhirnya berulang lagi yang mana DS Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calun ganti di PRK Dun Kajang, sama seperti PRK Permatang Pauh dahulu. Jawapan kepada tindakan hakim berok dan mahkamah rimba, spekulasi MH370 fitnah umNObaruBN yang mana pilotnya dikaitkan bau macang dengan DS Anwar Ibrahim. Lantas umNObaruBn memintas dengan mencipta membuat fitnah berterusan. Diikuti pula  matinya rakyat Negara seramai 6 orang dalam fiesta syaitan yang mendapat restu kerajaan 1Malaysia 47% minority sempena TMM 2014. Dengan tiga malapetaka tersebut, rakyat menghukum dengan menolak calun yang mewakili umNObaru dalam BN dari MCA. MCA memperjudikan calun terbaik dan special iaitu  Naib Presiden MCA (wanita) yang digemburkan oleh BN sebagai pemimpin yang berkualiti 5 bintang untuk berdepan dengan calun PKR – PR DS Dr Wan Azizah. 

Keputusannya  rakyat mengajar sekolahkan umNObaruBN dengan jawapan yakin dan tuntas. Pengundi Dun Kajang dalam PRK tersebut termasok pengundi Melayu telah beralih member undi menolak calun BNmca. Dengan menang majority besar calun MCAbn tewas tersungkur dikaki DS Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili PKR-PR. Sebelumnya dicerca dihina oleh macai dan pecacai jenis kankung dan lembu kondo. Tewaslah BN dengan agregat 1 BN – 2 PR dengan lesu dan lenang air mata. Kerana Melayu kini telah tolak umNObaruBN, kerana fitnahmu, janji capati serta mencabul hak rakyat dengan menghambat Cina dan India balik kenegara tok nenek asal. Apa orang Cina India mahu? Kami mahu tolak dan runtuhkan kezaliman kekejaman cengkaman penjajahan umNObaruBN dalam PRK dan PRU14. Jawapan kepada keputusan mahkamah rimba dan hakim berok keatas DSAI, ianya seperti susunatur  samada dari planet bumi maupun penguasa di ufuk langit sana. Tiba-tiba tidak semenanya 12.40 malam (pagi berikut) pesawat MH 370 yang menuju ke China hilang dari pemantaun rada. 

Disinilah bermulanya episode spekulasi dari pemimpin Negara dan uMNObaruBN dengan mencipta misteri bersiri, dengan menghebahkan kepada rakyat Negara dan kepengetahuan sentaro dunia berspekulasi mega. Sampailah kepada detik rencana ini akan nasib MH370 anak kapal, penumpang dan isi kargo belum tuntas terjawap. Untung jatuh tengelamtentu nasib mereka. Rakyat menjadi celaru, haru biru ditandu kerajaan1Malaysia 47% minority dikepala DS Najib RM, semasa mengendali kes hilang MH370. Yakni cara-cara dan kaedah DS Najib mengendali mencari MH370 dengan membuat spekulasi dan mencipta misteri. Jadinya Negara dunia dan Negara yang rakyatnya terlibat menjadi penumpang MH370 tersebut tidak percayakan lagi cakap-cakap Putrajaya. Makanya Obama kenegara PM1Malaysia DS Najib RM mengemis ke Cina.

PRK Sungai Limau dan Kajang menyempitkan lagi saloran pernafasan DS Najib RM bersekali dengan umNObaruBN dipimpinnya. Dalam keadaan takut dan gentar menghadapi kuasa dan power rakyat, kemalangan kematian penyandang AhPAr P.051 Bukit Gelugor YB Karpal Singh meninggal dunia dan PRK P.051 wajib diadakan. Belum PRK P.051 Bukit Gelugor diadakan, mati lagi seorang AhPar DAP-PR di P.076 Telok Intan. Makanya sah PRK dikedua-dua KaPar wajib diada dan dikendali oleh SPR. 

umNObaruBN melalui komponannya MCA, tiba-tiba menjadi panic dan pengecut seperti pondan di Chow Keat Road KL. MCAbn mati pucuk dan pupus selara untuk turut serta dalam PRK P.051 Bukit Gelugor. Kerana dari malu berganda bonanza kalah hilang deposit dalam gelanggan menghadapi anak harimau, biarkanlah kalah sebagai pondan lebih baik dari terbang deposit. Itulah sebabnya kenapa dan mengapa MCAumNObaruBN pulau PRK P.051 Bukit Gelugor. Proksi umNObaruBNmca, Parti Cari Makan dan 3 calun bebas yang lain telah hilang deposit. Tidak ada baying pemimpin umNObaruBNmca selama semasa kempin dan mengundi hadhir di Bukit Gelugor. Selesai PRK P.051 Bukit Gelugor maka bala tentera PR berkampong sepenuh masa dan berteluk duduk di Teluk Intan kerana mempertahankan kemenangan DAP-PR dalam PRK P.076 dan hari ini hari mengundinya.

PAS, PKR melaboh rangkaian pelampong untuk Dyana Sofya.

Saya pernah berkata beberapa kali dengan penuh tanggungjawab dalam rencana-rencana saya terdahulu dari ini dalam PRK sebelum PRU13. Apabila parti dalam komponan PR; PAS, DAP dan PKR menghadapi PRK dan meletakkan calun yang dipilih oleh parti terlibat dan dipersepakati oleh pimpinan PR. Makanya tidak ada apa-apa alasan dari sesiapa sahaja untuk meruntuh dan memadamkan calun dipilih dengan melalui apa-apa cara dan kaedah, untuk membantah, engkar memberi sokongan padu kepada calun dengan mencpta alasan-alasan pribadi yang jijik. 

Sesungguhnya, ianya menjadi kewajiban kepada setiap kepimpinan, ahli parti dan penyokong PR turun memberi sokongan padu yang bulat membantu calun untuk kita mncipta kemenangan yang besar dengan maltamat ke Putrajaya. Wajib menghulurkan bantuan pertolongan yang iklas dengan mengangkat pengurbanan perjuangan dan pembiayaan itu sebagai jihad, mengikut kebolehan, kepandaian yang dimiliki oleh setiap kita dalam PR yang wajib kita perkasakan. Jadinya, calun yang telah kita pilih itu, yakni anaknda DYANA SOFYA sebaga calun DAP-PR dalam PRK P.076 hari ini, jangan sekali-kali kita ikatkan dirinya dengan ladung dan sauh untuk tengelam dan menafikan kemenangannya.

Wahai sekelian pendukong dan penyokong PR, sekarang, sekarang, sekarang, keluarkanlah diri anda selurohnya menjadi diantara pelampong-pelampong yang akan timbulkan calun kita DYANA SOFIA timbul mendarat di Parlimen untuk ita kuasai Putrajaya, ianya bermula disini di Teluk Intan yang DAYNA SOFYA adalah simbul kedamaian, simbul sokongan paku rakyat Melayu, Cina, India dll bangsa. Semua kita yang berada di KaPar Telok Intan, cairlah diri anda dengan pengurbana yang iklas. Ringanlah tulang belulang dan kewangan yang ada dalam pakit itu. Dengan satu matlamat, kita adun, kita padu dan kita uli, jadikan ianya dana keramat untuk menjana kemenangan besar DYANA SOFYA dalam PRK P.076 Teluk Iintan. 

Teman dan sahabat-sahabat semua, anda rayalah, sambutlah kemenangan DAYNA SOFYA sebagai MP baru Teluk Intan mewakili kita yang dahagakan politik baru, bermula ia di Telok Intan. Teman, saya telah ke Telok Intan baru-baru ini dengan mmeberi sumbangan mengikut kebolehan yang saya miliki. Jam 4 pagi tadi dari PS siap sedia nak bertolak ke Teluk Intan, malang tiba-tiba sakit mai, bukan kepalang jantung amat sakit saya rasa. Jadinya saya selaku orang tua, saya member sokongan sekadar mengerakkan pengundi, penyokong dan jenter pilihanraya sekadar dengan rencana ini.

















SIAP RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB 
SABTU 31 MEI 2014 9.00 PAGI

Thursday, May 22, 2014

MENGAUMNYA KARPAL SINGH, DISANA TERUKIRNYA KASIH SAYANG.



MENGAUMNYA KARPAL SINGH, DISANA TERUKIRNYA KASIH SAYANG.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB  
TARIKH: 23 APRIL 2014 (SELASA) 23 JAMADIL AKHIR 1435H

Biar gambar mentafsir yang tersirat.

Sebelum saya membicarakan sepintas lalu tentang mendiang YB Karpal Singh, saya memujuk diri saya sendiri bersama-sama dengan anak-anak saya dan ummi mereka, untuk membicarakan detik nostalgia saya bersama dengan anak-anak menemui YB Karpal Singh yang tidak dirancangkan sama sekali. Yakni sebaik saya keluar dari mendapat rawatan jantung dari GH PP terus untuk melihat dan menyertai Konvensyen PR Kali Ke2 di Dewan Melinium Kepala Baras Seberang Prai Pulau Pinang pada Disember 2010 yang lepas.

Sesungguhnya pertemuan saya dan anak-anak dengan Karpal Singh itu, ketika berita kematiannya saya dapat. Lantas detik itulah juga ingatan saya melayang dan  arahan minda saya dan mata saya tiba-tiba terarah ingatan itu kembali kepada Konvensyen PR Kali Ke2 tersebut. Tetapi lintas ingat kenangan itu seolah-olah sedang berlaku pertemuan kami sekarang. Detik terjalinnya pertemuan spontan diantara cucu dengan towan (Tokwan, grandfather), ianya mampu mencuri air mata saya menitik menjadi laju. Sebaik itu saya pinta anak saya yang saya panggil kakak (bercuti belajar perubatan) cari dan dapatkan CD rakaman gambar Konvensyen PR Kali Ke2 tersebut.

Sebaik CD tersebut ditemui, maka diantara ratusan gambar yang diambil, makanya saya muat turun rakaman gambar YB Karpal Singh bersama saya dan cucunya. Saya bertekad untuk menyerah gambar dan nota belangsungkawa itu dikesempatan sekiranya saya berpeluang menziarahi mayat mendiang YB Karpal Singh dikediamannya kepada salah seorang anak-anak mendiang.  
 .
PHOTO INI DIRAKAMKAN DI HARI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KEDUA - DI DM KB PP.
NOTA: 17 APRIL 2014 (KHAMIS) 17 JAMADILAKHIR 1435H


SECARA SPONTAN, SEBAIK SAYA PELOK BAHU YB TUAN KARPAL SINGH, TIDAK DISANGKA ANAK SAYA KETIKA ITU BERUSIA 3T 4B BERSALAM DENGAN YB KS DAN MENCIUM TANGANNYA, MATA MEREKA BERTEMBONG BERMAKNA. SEBAIK MENCIUM TANGANNYA, KATANYA “INI PASTI BUKAN ANAK PKR, PASTI ANAK INI ANAK ORANG PAS”. “INI TOWAN TAU” KATA YB KS KEPADA ANAK SAYA. SEJAK ITULAH SEHINGGA HARI INI BILA ANAK SAYA INI ABDULLAH FAHMI SETIAP KALI NAMPAK GAMBAR YB KS, DALAM HARAKAH, ROKET, KEADILAN DAN SINAR DAN DALAM INTERNET, PASTI ANAK BERKATA, ‘INI GAMBAR TOKWAN’.TERKEDU SAYA.

BILA BANGUN UNTUK SEMBAHYANG SUBOH 17 APRIL 2014 KHAMIS, TERPAKU BILA BEBERAPA LAMAN, MELAPORKAN YB KS MENINGGAL DALAM KEMALANGAN. TERUS SAYA MAKLUMKAN KEPADA ISTERI SAYA ZAKIAH BINTI NOOR (ADIK KEPADA DATUK DR ZAHARI BIN NOOR PAKAR FORENSIK - NOW DI GH PP) BERSIAP UNTUK KESEKOLAH SAYA INFO YANG YB KS MENINGGAL DUNIA KEMALANGAN. SERENTAK SAYA BAGI TAHU ANAK KECIL NAK KESEKOLAH, “TOKWAN SINGH MATI KEMALANGAN JALAN RAYA”. MACAM-MACAM SOALNYA. “ABAH, SAYA NAK PI TENGOK TOKWAN”. INSHAALLAH KITA PI ZIARAH TOKWAN BESOK PAGI JUMAAT”.

 Kehilangan YB Karpal Singh sebagai seorang ahli politik veteran dan orang yang sangat berpengalaman sebagai peguam yang bernilai tinggi dalam PR,  dihormati di seluruh Negara, sukar dicari ganti. Mendiang yang berpaksi  kepada keadilan merentas kaum dan sering menyuarakan dengan lantang pendiriannya terutama dari segi undang-undang dan perlembagaan negara. Memperjuangkan keadilan yang dipertahankannya dengan tegas. Ketabahan mendiang mengharungi pelbagai ujian, tindakan dikenakan ke atas beliau mengajar semua pihak bahawa pejuang yang tidak berani menghadapi risiko tidak akan boleh bertahan atas nama rakyat.
 
“Justeru  saya Ibn Abdullah alAwab, isteri dan anak-anak mengharapkan ahli keluarga mendiang bersabar menghadapi dugaan yang sangat tragis ini. Semoga jasanya akan dikenang oleh seluruh rakyat Negara tanpa mengira sempadan ideologi politik bangsa dan agama”
.

Dewan Rakyat melakar sejarah.  

Saya mendengar suara YB Tuan Karpal Singh kali akhir, adalah ketika perbahasan beliau dalam persidangan parlimen Penggal kedua Parlimen ke 13 2014, pada 10hb April 2014 hari Khamis lepas. Saya mengikuti sepenuhnya perbahasan sidang dewan rakyat menerusi canel TV MPPAS. Sah itulah juga terakhirnya Tuan Speaker dewan rakyat, YB TS Pendekar Amin Mulia menyebut nama YB Tasik Gelugor ketika beliau mencelah sebaik YB Gombak membawa mengemukakan usul persendirian terhadap kes salah laku hakim yang melampau biasnya dalam keadaan luarbiasa untuk dibahaskan. Malangnya tuan speaker telah menolaknya. 

Sebaik AhPar Gombak YB  Mohamed Azmin Ali dihambat keluar oleh Speaker Dewan Rakyat TS Pandikar Amin Mulia sebaik selepas menolak usul yang cuba dibawa oleh YB Mohamed Azmin Ali. Lanjutan dari tindakkan tuan speaker menolak usul persendrian tersebut, makanya ianya mengundang respon balas yang tiba-tiba dan spontan dipehak AhPar PR. Suasana dewan menjadi tegang dan cekang, menjadikan keadaan persidangan kecoh dan gamat, sebaik AhPar Puchong YB Gobind Singh Deo dan AhPar Bukit Gelugor YB Karpal Singh bertindak bangun berhujah mempertahankan AhPar Gombak YB Azmin Ali dari dihambat keluar dengan menafikan hak dirinya berada dalam persidangan penting ketika itu. 

Mungkin nama YB Karpal Singh akan disebut untuk kali akhir secara resminya di persidangan parlimen akan datang, pada Jun atau awal Julai 2014 nanti. Bilamana tuan speaker meminta sekelian warga dewan, ahli dewan rakyat berdiri dan bertafakur seketika, untuk memberi penghurmatan terakhir kepada mendiang YB Karpal Singh, sebelum bersidang. Sebagai simbolik mengingati jasa-jasanya yang banyak selama dan semasa perkhidmatan mendiang sebagai AhPar. AhPar yang aktif membahaskan rang undang-undang dengan serius secara berfakta menerusi homework yang berkualiti. Banyak kali pandangannya disudut perundangan tuan speaker sentiasa merujuk dengan mendiang. Dengan kepercayaan AhPar samaada dipehak BN maupun PR mengianya pandangan disudut undang-undang dan perlembagaan diterangkan oleh mendiang YB Karpal Singh dengan terbuka. 

Pasti dalam persidangan parlimen akan datang, tuan speaker akan turut mengalu-alukan AhPar Tasik Gelugor yang baru. Dah macam pasti anak mendiang Karpal Singh iaitu Ramkarpal Singh nama yang akan disebut untuk melunasi ligasi harimau mendiang bapanya dalam parlimen. Sama-sama kita menyaksikan kesudahannya yang mana Negara dan dewan rakyat dua beradik menjadi AhPar dalam parti yang sama yakni DAP. Abang mewakili KaPar Puchung Selangor dan adiknya menjadi AhPar baru mengantikan mendiang bapa mereka di Bukit Gelugor di Pulau Pinang. Walau kini AhPar di dewan rakyat terdapat dua beradik, tetapi berlawanan parti. Abang mewakili umNObaruBN di Johor Bharu dan adiknya mewakili PAS-PR di Shah Alam.   

YB Karpal Singh adalah anggota dewan rakyat paling senior dalam pengamatan saya berbanding dengan angota yang lain. Walau apa-apa pun hakikat sebenarnya, mendiang lebih awal dari itu dipilih menjadi  Adun di Kedah dalam kawasan majoriti orang Melayu dalam tahun 1974. 

Berita maut kemalangan.

Sejujurnya saya terkejut dan sayu bila mendapat berita kematian YB Karpal Singh, ketikamana saya  melayari internet sebelum suboh  Khamis 17 April  2014. Ya! Allah!!! Tertera maklumat dari sumber  yang diyakini benar, datangnya dari anaknya sendiri dengan mengesahkan bapanya, Karpal Singh pemimpin  veteran DAP juga  Ahli Parlimen Bukit Gelugor maut dalam kemalangan lebuhraya. Karpal Singh mendapat cedera parah dan meninggal dunia ditempat kemalangan di km 301.6 Lebuhraya Utara Selatan, menghala arah keutara dekat Gua Tempurung, Perak kira-kira jam 1.30 pagi. Pembantu peribadi beliau Michael Cornandez turut terkorban. Mendiang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur balik ke Pulau Pinang untuk membuat persediaan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang besoknya. 

Sahlah DAP - PR dan Negara kehilangan seorang peguam  kanan yang berintegriti. Seorang ahli dewan rakyat paling senior. Mendiang amat konsisten dengan idealism perjuangannya yang kental dan pejal semasa memperjuangkan kedaulatan undang-undang mengikut keluhuran perlembagaan Negara. Serta beliau memperjuang keadilan rakyat marhean sejagat sampai keakhir hayatnya, diluar batas sempadan agama dan bangsa dan taraf kehidupan. Banyak diperkatakan secara percuma perkhidmatan peguam diberi dalam kes-kes terdesak dengan fee perkhidmatan dan keadaan kes tertentu diperkatakan. 

Sudah tentu insan yang teramat merasai sedihnya diatas kematian YB Karpal Singh, adalah Ketua Pembangkang Parlimen YB DS Anwar Ibrahim dan keluarganya. Mendiang adalah peguam utama yang bertanggungjawab bertungkus lumus dalam pembelaan kes fitnah umNObaruBn dimahkamah secara percuma selama dan semasa membela kes DS Anwar sejak tahun 1998 lagi. Lebih sedih lagi bila disahkan dokumen fail kes pembelaan DS Anwar Ibrahim dibawanya bersama untuk pemyemakkan susunselia bokti penghujahan untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan 25 April 2014 sama-sama mendapat kemalangan.  

Nostalgia hati nurani.

Sudah tentu pasti PR hilang rakan pemimpin tulin untuk selama-lamanya. Saya jangkakan berita ini juga turut dikongsi bersama oleh mantan MB Kelantan DN , Datuk Bentara Setia YB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Yang detik sejarah dicipta oleh Tok Guru tahun lepas (2013) bila Tok Guru berkunjung hurmat menziarahi kerumah YB Karpal Singh 144A Jalan Utama Kebun Bunga Pulau Pinang. YB Karpal Singh mengetuai keluarganya menyambut dengan penuh santun mesra keatas kunjungan Tok Guru yang bertandang kerumah mereka. 

Berita Tok Guru Nik Aziz menziarah YB Karpal dirumahnya di Pulau Pinang, semua itu telah terpehat menjadi  lengkaran dan lipatan sejarah kepada PAS untuk DAP dan PR khususnya terjalin dan terukir. Kelu lidah musoh-musoh politik Tok Guru Nik Aziz dan YB Karpal Singh menyaksikan apa yang mereka lakukan untuk kebaikkan ummah dan rakyat jelata sejagat. Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang berjiwa besar walau mereka bertembong pendapat dalam masalah HUDUD. Tetapi selain dari itu mereka sepakat seia memperjuangkan keadilan rakyat dengan bergandingan tangan bersama-sama dengan pemimpin PR yang lain. Hebat mereka berdua dan selayaknya rakyat menjunjung dan menjejaki sifat kental perjuangan mereka diteladani sebagai pemimpin PR yang berjiwa besar untuk kita membina Negara Bangsa.

Keluarga Karpal Singh telah beri   layanan persahabatan yang istimewa mengambil kesempatan untuk meraikan menyambut ulang lahir Tok Guru Nik Aziz ke 81 tahun dirumah mereka. Berjiwa besar rupanya mereka. Dan lebih manis dan lemaknya bila Karpal Singh dan keluarga telah menyediakan kek bulan purnama lambang PAS sebagai hadiah untuk meraikan sempena ulang lahir Tok Guru Nik Aziz untuk memotongnya. Dengan sekelian sanak saudara Karpal Singh memerhatinya. Lebih menghiris perasaan Tok Guru, dengan keuzuran berkerusi roda (sedangkan Tok Guru juga tidak sehat juga kerana telah dimamah usia), dengan kerusi beroda itulah Karpal Singh menghantar Tok Guru sampai ke pintu kereta ditepi jalan dihadapan rumahnya dan melambai-lambai. 

Semuanya telah berlalu dan kita semua dapat mengenanginya sampai bila-bila. Apakah kenangan manis serupa itu dapat diteladani, diikutii oleh pemimpin-pemimpin besar PR yang lain sebagai acuan untuk rakyat jelata? Wahai sekelian pemimpin PR boktikanlah anda diposisi seperti mereka berdua (Tok Guru Nik Aziz dan mendiang Karpal Singh). Mereka berdua sama-sama vocal dan tegar dengan idealisma Islam dan mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mereka dapat bersatu dan bertaut dalam banyak pekara yang lain demi kepentingan rakyat majmuk untuk Negara Bangsa kita tercinta.

Benarlah ianya menjadi kenangan pilu mengusik jiwa bagi mereka yang berperasaan kemanusiaan. Saya masih menunggu berita, adakah Tok Guru juga membawa buah tangannya kepada YB Karpal Singh dan keluarganya semasa menziarahi YB Karpal Singh dirumahnya ketika itu. Saya yakin pertemuan yang amat sentimental itu, ianya mengukir kesan yang mendalam kepada diri mereka berdua (Tok Guru & YB Karpal Singh) khususnya bagi pengikut parti masing-masing dan PR menadah tangan dengan doa restu diatas sikap terpuji kedua-dua pemimpin veteran. 

Versi saya dekat Karpal.

Saya tidak terikat dengan sesiapa untuk menulis tentang YB Karpal Singh, “Singa Jelutong” ini, dalam apa-apa perkara dengan bebas terbuka. Semasa hidupnya kurang dari 15  kali saya bertemu dengan mendiang Karpal Singh. Nama besar peguam Karpal Singh ini, saya mendengar dari perbualan almarhum ayahnda saya lebih 40 tahun dahulu bila kami berkunjung kepejabat peguam Tetuan Jaafar & Zahir di Alor Setar. Jaafar adalah senonim dengan panggilan Pengulu Japaq (YAB Dato’ Jaafar bin Hasan Adun Sanglang, kalahkan Ustadz Abu Bakar Hamzah dengan 5 undi) akhirnya menjadi MB Perlis ganti TS Sheik Ahmad bin Mohd Hashim (ayahnda kepada TS Dato’ Radzi, Datuk Redzuan). Manakala Zahir adalah Tun Zahir Ismail dipilih menjawat  speaker dewan rakyat selepas tewas dalam pilihanrya. 

Keterbukaan beliau dengan saya, setiap kali bertemu sepintas masa pasti kami bersapa sejenak dan bersalaman. Pertanyaan beliau kepada saya adalah menanya habar, “Anak-anak maca mana? Pelajaran mereka jangan dilupa, didik jadi peguam dapat bela rakyat”. Tetapi, saya lebih baik dan rapat dengan mendiang SP Chelliah, peguam hebat yang membela Dato’ Haron Idris, menteri besar Selangor yang terlibat tudohan rasuah lanjutan penganjuran perlawanan tinju diantara Muhammad Ali vs joe Bugner dari UK (teringat juga saya dekat Dato’ Zainal Alam yang menjadi juruacara). Semua-semua utuu, sudah lama dah berlalu dengan kenangan pahit manis.

Saya tidak mempunyai ilmu mentadbir sesuatu itu,  termasoklah keadaan kenapa dan mengapa terdapat kebencian tegar sesetengah manusia kepada YB Karpal Singh ketika hayat usianya dan sampai beliau menjadi mendiang. Walau mendiang tegar membincang dan mempertahankan perlembagaan Negara mengikut arif ilmu perundangan yang diamalkannya dan dihazamkan beliau dengan masak. Apa-apa pun saya akan bincangkan dengan rencana lain tentang perkara tersebut selepas rencana ini. Rencana ini saya tujukan terus kepada musoh-musoh Karpal Singh, dan diharapkan keluarga mendiang Karpal Singh turut membaca rencana ini, agar mereka mengenali hatibudi bernama Karpal Singh yang menjadi suami, bapa dan tok wan (grand father) kepada cucu-cucunya seramai 11 orang untuk masa kini.

Sebagaimana diawal awal rencana ini wajah dan suara terakhir YB Ramkarpal Singh secara langsung dalam perbahasan dalam parlimen pada 10 April 2014 hari Khamis, “Jangan main-main dengan Perlembagaan, ikut apa yang ada dalam perlembagaan. Peruntukkan dalam perlembagaan, jangan main-main dengan perlembagaan peruntukkan 127”. Lebih kurang itulah ingatan Karpal Singh yang terpehat dalam hati sanubari saya mungkin untuk tempoh masa yang panjang. Rasa saya, unggapan keramat YB Karpal Singh tersebut payah untuk luput dalam perbendaharaan minda fikir dan ingatan saya.

Tempoh 6 tahun yang terakhir ini kesihatan telah membataskan saya untuk kemana-mana setelah empat kali melalui rawatan dan repair jantung yang menyukarkan saya untuk bergerak dan pergerakkan itu pula amatlah terbatas. Saya tidak mampu dalam travel perjalanan yang jauh dan tanpa sesiapa menemani saya. Dalam tempoh yang lama pengambilan ubat yang banyak kali sehari dan kuantinya yang banyak. Serta pantang larang sebelum dan selepas makan keperluan ubat itulah mengikat saya. Kerana isteri sayalah yang setiap detik masa menyediakan ubat-ubat untuk dimakan diuruskannya. Sekali dengan penerbangan Bayan Lepas Pulau Pinang ke Kucing Sarawak dan ke Johor Bharu. Beberapa kali sahaja dengan kenderaan awam ke Kuala Lumpur ditemani oleh samada isteri atau dengan anak-anak.

Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 2


 


Makanya masa dan kali terakhir kesempatan bertemu dengan YB Karpal Singh adalah sehari selepas saya keluar dari mendapat rawatan lanjutan jantung di GH PP. Besoknya saya ditemani dengan 3 anak menghazirkan diri ke Konvokensyen Kedua PR di Kepala Batas, Pulau Pinang. Kerana agak sudah lama saya tidak turut serta dalam program besar PAS dan PR kerana halangan kesihatan dan keuzuran serta kewangan yang banyak untuk pembiayaan perubatan dan rawatan.

Mudah-mudahan catatan rencana ini, dapatlah teman-teman diluar sana berkogsi maklumat sebagai santapan rencah dan kehidupan kita seharian, kepada Negara kita yang majmuk sifatnya. Rencana  ini amat-amat lewat saya termampu menyiapkannya disebabkan dua factor. Kesihatan tidak mengizinkan dan internet yang meragam bermasalah berpanjangan. Selamat membaca rakan taulan PR. Maafkan saya berbicara.

Siap rencana ini pada: 22 Rejab 1435H bersamaan 22 Mei 2014

GAMBAR YANG DIRAKAMKAN DIPERSEKITARAN DEWAN SRI PENANG. SEBELUM MAYAT MENDIANG DIBAWA UNTUK UPACARA DISEMADIKAN DENGAN MEMBAKAR MAYATNYA.
































Siap rencana ini pada: 22 Rejab 1435H bersamaan 22 Mei 2014