Tuesday, February 10, 2009

PRK P.59 BUKIT GANTANG, PERAK DARUL REDZUAN

Petang tadi saya cadangkan kepangkuan Pemimpin Tertinggi PAS Pusat dan PAS Perak, calun terbaik mewakili PAS dalam PRK P.59 Bukit Gantang mengantikan Allahyarham YB Roslan Shaharum jam 12.00 tengahari tadi adalah YAB DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

Ini adalah penunjuk tepat untuk memberi sokongan undi dalam menterjemahkan suara keramat rakyat dalam terus membara memberi sokongan, Inshaallah. Sekiranya diizinkan Allah saya akan membuat ulasan demi untuk anjakkan kerja dan jejak langkah, jejak pintas dan kilas mati terhadap UMNO-BN dan komponan baru BN-UMNO agar kembali memaki baju tradisi tanpa meminjam atau izinkan orang memakai baju kita.
Mudah-mudahan perkiraan saya pengalaman dan pengamatan, sesungguhnya tidak menjadi kesalahan kepada saya mengeluarkan angka yang berligar dalam minda saya yang tertumpu ke PRK P.59 Bukit Gantang kita jadikan Bukit Jelapan untuk mengurung jembalang belang.
INSHAALLAH MELALUI PENGALAMAN LAMPAU, SASARAN SAYA IBN ABDULLAH AWAB
DALAM PRK P.59 BUKITGANTANG PADA BILA-BILA, SASARAN KELUAR MENGUNDI
79.5% DAN PURATA KOMPOSISI KELUAR UNDI.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KETERGN JUM. PENGUNDI J.K. UNDI M35,213 - C14,849 - I 5,386 - L 22 - JUMLAH
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
55,471 79.5 %
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS-PR 45 % 70 % 60 % 20 %
15,845 10,394 3,231 4 29,474
MAJ (3,478)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UMNO -BN 55 % 30 % 40% 80 %
19,368 4,455 2,155 18 25,996
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan izin Allah sekiranya diantara penguasa Langit sana, bertepatan dengan usaha, istiqamah dalam mempertahankan hak yang kita pertahankan kemenangan kita adalah hampir dan pasti Inshaallah berlaku.
Selasa: 14 Safar 1430 / 10 Februari 2005 - 1.12 pagi

Monday, February 9, 2009

BUKIT GANTANG KITA JADIKAN BUKIT JELAPANG

PRK PARLIMEN BUKIT GANTANG- CALUNNYA ADALAH YAB MB DS NIZAR.
Tanpa sebarang persediaan minda, kerana fizikal berkampong di HDK dan baru tiba kerumah. Santapan ulung adalah melayar. Layaran pertama 2.30 petang adalah di sudut HarakahDaily. Secara fitrah saya berduka dan digandakan duka dengan mendapat berita perginya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.
Iklan

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi. Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.
Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Titi Serong dan Sepetang.
"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.
Saya ingat saya yang sentiasa berulang alik ke H akan pergi dulu menemuiNya. Kesempatan disini saya Ibn Abdullah Awab, Isteri dan anak-anak menyampaikan salam takziah dan simpati sesungguhnya kepangkuan isteri dan anak-anak Allahyarham dan keluarga menghadapi ujian dari 'allah ini. Sama-sama kita membaca Al Fatehan untuk aruah mudah-mudahan roh beliau diletak dan ditempatkan 'Allah bersama-sama dengan roh para Nabi Rasul dan Ambiak.
Ketentuan Allah Mengajar Kita Menghadapi UMNO-BN dan Istana.
Minda dan fizikal saya terbatas sekarang, cukuplah sekadar saya mengeluarkan pandangan yang besar dengan seiklas-iklasnya dan saya merayu kepada PAS Pusat dan PAS Perak, apalah kiranya cadangan dari insan yang uzur ini diambil perhatian. Iaitu calun yang paling utama, calun yang paling layak mewakii PAS di Parlimen Bukit Gantang adalah YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin MB PR Perak.
Kita uji emas, kita sepuh emas, kita canai intan dan berlian di PRK Bukit Gantang dengan meletakkan Wira kita iaitu YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Kepada seluruh pimpinan PR dari PAS, DAP dan PRK medan rakyat dan medan kepercayaan inilah kita leburkan UMNO-BN dan panji-panji kuning yang berjalor biru itu dikembaliakn kewarna asalnya kuning.
13 sAFFAR 1430 / 9 fEBRUARI 2009 JAM 3.01PTG.

Monday, February 2, 2009

KIJANG EMAS DIPIKAT; PELANDUK DILEPAS



Pesanan Yang Relevan.



"Mereka bertanyakan kepadamu tentang hari kiamat, "Bilakah Berlakunya?" katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, Tidak seorang pun yang dapat menjelaskan kedatangannya sampai hari kiamat selain dari Dia, hari kiamat itu amat berat (huruharanya bagi makhluk yang dilangit dan dibumi). Hari kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". - (Al - A'araf : 187)


"Ya Tuhan kami sesungguhnya kami mendengar para pendakwah yang mengajak kami kepada keimanan, berimanlah kamu kepada Tuhanmu, maka berimanlah kami; Wahai Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan buanglah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami berilah kami apa yang telah engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhya engkau tidak menyalahi janji". - (Ali - Imaran : 193 - 194)

"Dan ditiupkan sangkakala maka matilah orang yang di langit dan di bumi, kecuali orang yang dikehendaki 'Allah, kemudian ditiupkan sekali lagi, maka tiba-tiba mereka itu berdiri menunggu keputusan masing-masing". - (Az - Zumar : 68)

'Jika datang hari kiamat,hari kerugian atau hari penyelesalan, maka umatku akan dihalau oleh 'Allah SWT dari kubur mereka menjadi 12 gulongan'. -
(Hadis diriwayatkan dari: Mu'adz Bin Jabal r.a.)


Bahang Lahar Ledakan C4 di PRK P.36 Kuala Terengganu.

Sebaik pengumuman disempurnakan oleh pengurus ganti, Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil PRK P.36 Kuala Terengganu jam 9.30 malam Sabtu: 20 Muharram 1430 / 17 Januari 2009, Encik Wan Mustafa Bin Wan Hassan mengumumkan longlai dan bersahaja diatas kemenangan PAS-PR dengan mengumumkan Calun PAS YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah mendapat jumlah undi 32,883 mengalahkan Calun BN-UMNO Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang mendapat undi 30,252 dengan majoriti 2,631 undi. Manakala calun bebas Encik Azharuddin Mamat mendapat undi 193 dan hilang wang deposit.

Sekali pun tenaga besar, jumlah besar rasuah dilaksanakan serta pembiayaan dan perbelanjaan besar, gunatenaga perkhidmatan awam yang besar oleh UMNO-BN dan Kerajaan BN untuk menghadapi satu PRK berdepan satu lawan satu dengan PAS-PR. Tetapi hasilnya dengan kejayaan besar calun UMNO-BN Datuk Wan ahmad Farid tewas dan kandas. Bukan itu sahaja hatta sampai perengkat perdana usaha untuk menambat hati pengundi tindakan tidak pernah dilakukan selama ini sebelum ini, iaitu;

YAB PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama rombongannya dihari-hari akhir kesempatan untuk berkempen, telah mencemar diri ketanah perkuburan menziarahi kubur Allahyarham Datuk Razali Ismail kematian menjadi penyebab terpaksa PRK P.36 KT diadakan. PM & Co bermurahati dengan tawazuk membaca surah Yassin dan Tahlil untuk Allahyarham Datuk Razali, Alhamdulillah caknanya PM Kita. Pengundi mengerti dan mampu membuat tafsiran politik, penghargaan semasa hidup dan mati keatas Allahyarham umpama anugerah rose dan bunga tahi ayam oleh kepimpinan UMNO Kuala Terengganu.

Sebaik bergema pengumuman tersebut, diluar Stadium Negeri sekelian pengundi setia menunggu, sekelian pekerja pilihanraya PR - PAS, PKR dan DAP dan penyokong seperti ledakan C4 menyambut sahutan bergema sahutan takbir, 'Allahuakbar! 'Allahhuakbar! 'Allahuakbar! (tak tau X) membadai gema memenuhi ruang Stadium Negeri gegaran gemanya berdengung sampai ke kediaman resmi YAB MB Terengganu kira-kira jaraknya 1/2 km. Ramai dikalangan pengundi dan penyokong berpelukkan diantara satu dengan yang lain, dengan sedu tangisan air mata syukur gembira. Tanda bersyukur kepangkuan Illahi diatas penguasaan dan kehendaknya menentukan kemenangan berpehak kepada PAS-PR melalui YB Haji MAWE World (nama MAWE ini ditintakan oleh Ibn Abdllah Awab sehari sebelum penamaan calun 5 Januari 2009 - lihat dalam blog-blog yang lepas).

Kemenangan yang disambut dengan kesyukuran, dan berbaloilah selama 2 minggu anda berkampong di Parlimen Kuala Terengganu merangkumi di 4 DUN. Maka berhak dan layaklah anda semua menyambutnya dengan penuh kehebatan sebagai bayaran penat lelah dan pengurbanan besar anda-anda semua. Surirumah dan sebilangan besar mereka berada ditepi-tepi jalan (dilarut malam) turut merayakan perarakan spontan, motor, kereta dan sebagainya dengan membunyi hon bertali arus. Serta mengibar megah panji-panji bulan purnama berkibaran seluruh bandar, pekan Kuala Terengganu, Alhamdulillah. Sebagai penyokong setia PAS-Aktivasnya yang berkampong di Hospital Besar Kuala Lumpur ketika itu (di Wad Jabatan Nuklear).

Saya amat teruja tanpa disedari airmata mengalir semengalirnya apabila melihat gambar yang amat teruja melihat kasih sayang dari saorang ayah diatas kemenangan anaknya. Iaitu gambar menunjukkan YB TG Haji Abdul Hadi sebaik-baik pengumuman kemenangan dalam suasana airmata bertakung untuk bersalam pelukan dengan YB MAWE. Alhamdulillah! Syukuran (bilakah masanya 'Allah akan izinkan aku Ibn Abdullah Awab untuk berjumpa dengan YB MAWE World, masa dan kesempatan, ku serahkan sepenuhnya kepada 'Allah)

Dalam masa yang sama serentak penerimaan pengumuman keputusan PRK P.36 Kuala Terengganu itu. Tersilap tempat untuk mendengar dan menerima keputusan resmi atau Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK P.36 Kuala Terengganu tidak membuat jemputan resmi hadhir ke Stadium Negeri kepada YAB TPM, YAB MB, Calun UMNO-BN yang tewas dan Pembesar Perdana UMNO Negeri? Atau mengelak dari bertemu dengan berdepan pengundi yang menolak Wan Farid dan menolak total kali kedua Pengarah Pilihanraya PRK BN P.36 Kuala Kuala Terengganu iaitu TPM/MK DS Najib Tun abdul Razak.

Mereka berkampong di Sri Iman kediaman resmi YAB MB Kerajaan Terengganu yang jaraknya kira-kira 500 m tanpa 6,000 polis khas mengawasi mereka lagi. Pasti remuk dan redam perasaan mereka lalui dan menelannya. Mereka telah, sedang dan terus duka menyaksikan kekalahan sekalipun dana besar dicurahkan. Duka mereka pasti akan diterjemahkan dengan apacara tindakan sekalipun. Iaitu perancangan perbuatan untuk mengembalikan maruah dan sokongan rakyat kepada UMNO-BN yang kian pudar.
Hasrat dan matlamat, dan fokas untuk menawan kembali melalui magic pintu belakang dari PR di negeri Perak dan Selangor adalah agenda wahid sentiasa semarak usaha sejak 8 Mac 2008 lagi, sehinggalah kesaat ini. Kerja-kerja untuk menawan Perak dan Selangor hasrat terpendam dan angan-angan tinggi DS Najib tidak dapat disembunyi dan disangkal oleh sesiapa.


Najib-UMNO: Umpama Kapal Berlabuh di Pelabuhan-Enjin Masih Berfungsi.

UMNO-BN khusus dan khasnya TPM/MK/Pengarah PRU-PRK BN DS Najib Tun Razak yang tewas dan tercedera dimedan perjuangan pertempuran pilihanraya, saya perhatikan selepas 8 Mac 2008 lagi langkah dan hasrat DS Najib nak kembali partinya berkuasa di Perak dan Selangor adalah berterusan tanpa jemu sekali pun dikalangan PR kadang-kadang mereka leka dan alpa gerakerja BN untuk menafikan kerajaan PR dengan kawalan waspada dalam bacaan jangkauan politik dan putar belit politik.
Saya sentiasa melihat yang mana TPM DS Najib mengintai Perak dan Selangor didalam usaha-usaha nya samalah seperti sebuah kapal dagang yang berhenti dipelabohan dengan sauh dilabuh; tetapi injinnya masih hidup berfungsi dan semua pekerja meneruskan kerja masing-masing mengikut keadaan dan tempatnya. Itulah hakikat usaha DS Najib dan BN-UMNO untuk menawan Perak dan Selangor.

Bersama-sama penyokong kroni yang sedang berdukanestapa, berdukacita dengan memikirkan kesudahan kedudukan diri masing-masing dan nasib selanjutnya kedudukan parti mereka UMNO-BN. Sembang-sembang mereka dan sidang akhbar lebeh dzaif dan teruk dari sidang akhbar yang di buat di PWTC oleh YAB PM DS Abdullah Ahmad Badawi dengan tidak lebih 20 orang semasa sidang akhbar diadakan yang bertukat menjadi taklimat info di pagi 9 Mac 2008 Ahad dengan keadaan yang pilu dan lesus. Kegirangan dan kegirahan palsu yang disajikan mereka sejak pra penamaan calun semuanya menjunam merudum bermula jam 4.00 petang dihari mengundi 17 Januari yang lepas.


Urutan Kegelisahan.

Untuk pribadi yang bernama TPM/MK/Pengarah Pilihanraya BN PRK P.36 Kuala Terengganu sebelumnya di PRK P.44 Permatang Pauh iaitu YAB DS Najib Tun Razak. Pasti didua kali kekalahan berturut-turut didalam mengetuai sebagai Panglima di medan perang, bagi yang bermaruah dan sedia memikul tanggungjawab dan resiko pasti dia meletakkan jawatan seperti pelepah kelapa. Jenis spesis pelepah pisang yang liat pasti pilihan meletakkan jawatan bukanlah budaya yang terdapat didalam UMNO.

Kerana jawatan dalam UMNO tembak menembak, pembunuhan hatta sekarang ini yang menjadi budaya dan disintuk budayakan rasuah wang, rasuah politik adalah halal dalam UMNO dari perengkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat. Kalau sesama sendiri rasuah adalah budaya UMNO, apalah sekiranya mereka menghadapi didalam PRU dan PRK, rasuah dengan lengkap digunakan untuk menghadapi lawan mereka membeli dan pancing mendapatkan undi. SPR, BPR dan Polis dulu, sekarang dan seterusnya sentiasa tutup dan berpaling pandang seolah-olah rasuah tidak dilakukan oleh UMNO-BN.


Kijang Emas Dipikat Kurong Disangkar.

Pintasan awal dan tindakan pintar licik bermain matarantai politik, iaitu tindakan pintas, pantas secara anak jantan dan terbuka bukan melalui ala pintubelakang tindaktanduk gangstar membawa masuk mantan Pengerusi Felcra Bhd jua ADUN kawasan Bota di Perak, ianya mengejutkan UMNO-BN khususnya YAB DS Najib. Tergamam dan terkapa-kapa dan terkapai kerana niatnya telah diketahuai oleh YB DS Anwar terlebih dahulu untuk mendapat secukup mungkin menerusi pintu belakang bilangan yang cukup Adun PR khasnya dari PKR untuk menyertai UMNO dan BN kembali menawan kerajaan Perak. Itulah percaturan sulit DS Najib yang ditandu oleh Abdi Sumpah Kotak 6. Najib luka dan lara, ia pasti akan menganas mengatasi bijaksana PR tersebut.


Penghijrahan Adun Bota bukti Kerajaan Negeri pertahan Hak Melayu
Harakahdaily Thu Jan 29, 09 9:46:31 am MYT

IPOH, 29 JAN - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) hari ini menjelaskan kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Dato' Nasarudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan ) membuktikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak tetap komited mempertahankan nasib orang Melayu.

Menurut Presidennya, Mohd Hafez Sabri tindakan tersebut juga melenyapkan segala dakwaan kononnya kerajaan negeri sekarang di bawah pimpinan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengikut telunjuk DAP.

"Apa yang berlaku menunjukkan beliau (Dato' Nasaruddin) selesa dengan kerajaan negeri sekarang dan membuktikan kerajaan negeri prihatin terhadap nasib orang Melayu di Negeri Perak" jelas beliau. "Kalau kerajaan negeri sekarang meminggirkan orang Melayu, mengapa beliau sanggup keluar UMNO dan menyertai PKR" tegas beliau lagi. Menurut rekod, Dato' Nasarudin yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Parit memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bota atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,068 undi.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau ditawarkan wang dan jawatan exco untuk menyertai Pakatan Rakyat, beliau menegaskan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali. "Ini kerana beliau sendiri (Dato' Nasarudin) telah membuat pengakuan di hadapan Menteri Besar semalam mengenai niat dan keikhlasan beliau untuk menyertai Pakatan Rakyat" jelas beliau lagi.

Inilah ledakan pintas C4 yang menghadapi UMNO-BN Perak yang menurut broker politiknya mutakhir kerajaan PR Perak akan ditamatkan pemerentahannya sebelum 3 Februari yang lalu menurut sumber berita yang saya menerimanya dari broker mereka yang pernah menjadi KDP PAS salah sebuah negeri di Utara Semenanjung. Kes utama dan amat besar menimpa UMNO-BN Perak sebaik YB Adun Bota menyerti PKR-PR sebagai penghalang angan-angan DS Najib menumbangkan kerajaan PR Perak. Bahananya porakperanda UMNO kesannya amat besar iaitu membawa kepada perubahan struktur UMNO Perak.

DS Tajul Rusli telah dipecat atau meletak jawatan dari semua jawatan-jawatan yang disandang dalam politik negeri Perak dan nasional, kecuali meneruskan menjadi Adun. Dalam masa yang sama dikatakan beberapa Adun UMNO akan berhijrah kedalam PR melalui PKR atau PAS. Tiupan ini sampai ke Putrajaya dan tindakbalas pantas ialah DS Najib mengambilalih Ketua Perhubungan UMNO Perak dan DS Zahid Hamidi menjadi Timbalannya. Sebaik perubahan drastik itu, satu perjumpaan taat setia kepada Najib & Zahid bukan kepada PM DS Abdullah Ahmad Badawi diadakan di Ipoh dan beberapa Adun yang dikaitkan untuk keluar dari UMNO tidak menghadir diri dalam sesi pengakuan setia depan Najib. Dan alasan absent Adun berkenan jua dijelaskan oleh Najib bukan batang tubuh Adun yang absent itu. Taat setia kepala lutut.

Dalam masa yang sama minggu lepas khasnya Isnin UMNO khususnya melibatkan DS Najib telah memikat 2 ekor kijang emas milik PKR dari PR ianya dikhabarkan disangkar dan dikurong dengan kawalan di Pekan Pahang dikatakan di mahligai DS Najib Tun Razak. Kijang-kijang emas tersebut seekornya berumah di Utara Perak iaitu Changkat Jering dan seekor lagi berjaya dipikat di Selatan Perak yakni di Behrang. Kehilangan 2 ekor kijang ini tanpa khabar berita, ianya amat merisaukan keluarga kedua-duanya. Dimana mereka bersembunyi? Kenapa? Dan mengapa? Kerisauan ini tentulah berganda dan amat memberi kesan dan tekanan kepada kerajaan PR khususnya YAB MBnya dari PAS itu. Kerana kesannya besar.

Lima hari berlalu sehingga hari Ahad bayang kijang-kijang ini juga tidak dapat dilihat kelibat mereka. Mereka membisu dan rela disembunyikan sebagai pelarian atau mereka kijang-kijang mangsa penculekkan atau manga pikat biasa. Ketika itu tidak ada keluarga dan tanggungjawab oleh mereka. Tidak ada prihatin kepada tugas dan amanah melunasi perkhidmatan kerja sebagai Exco dengan buta melarikan diru membisu, kemana perginya mereka berlindung? Sampaikan YAB MB memberi kataputus akan melakukan report kepada polis sehubungan kehilangan mereka melebehi 24 jam.

Tup-tup didalam satu progrem resmi kerajaan yakni dihari merayakan Wilayah Persekutuan sehubungan kehilangan 2 ekor kijang PKR ini disahkan oleh PM DS Abdullah Badawi ianya adalah dalam perancangan dan pengetahuan UMNO-BN sebagaimana lebih tiga ADUN Pakatan Rakyat di Perak sertai BN?

Jika benar kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa ada ADUN pembangkang akan sertai UMNO atau BN di Perak. Abdullah tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, bagaimanapun enggan mengesahkan identiti serta bilangan wakil rakyat pembangkang yang dijangka berbuat demikian.“Insya-Allah betul,’’ katanya ketika menjawab soalan pemberita yang meminta beliau mengesahkan laporan terdapat dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak akan menyertai BN.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengingatkan PKR jangan berangan bahawa ada lagi wakil rakyat BN di Perak yang akan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.Ini kerana menurutnya, tindakan tersebut termasuk penghijrahan sekumpulan ahli UMNO di Bota untuk menyertai PKR hanya bersifat sementara.Beliau yang baru diumumkan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak berkata, cita-cita PKR itu juga tidak akan menjadi kenyataan kerana sokongan rakyat terhadap BN masih lagi kukuh.

Bedilan C4 Tepat Mengena.

Kehilangan 2 ekor kijang emas yang pintar tetapi bermasalah moral sebagaimana yang didakwa oleh BPR kini dikenali dengan SPRM yang akan menjejak ke mahkamah. Kesempatan dan teruang ini pawang dan dukun bernama DS Najib bertindak mengurung kijang-kijang emas tersebut untuk disintuk limau dan dilinggirkan dengan limau purut dan mandi bunga dari menghindar membuang sial oleh pawang dan dukun UMNO-BN.

Maka pemburu profesional yang mempunyai lesen madatori, sekiranya beliau pemburu ini melepaskan ledkan C4 pasti ianya mengena mangsa. Sekiranya 2 ekor kijang ini bernasib baik tidak berkecai tetapi dentumannya telah meluluhkan seluruh badannya pasti kijang-kijang ini akan keluar dari sangkar emas. Pemilik sangkar memahami dan amat mengerti sumpahan malapetaka ini. Maka pemburu profesional tersebut memuntahkan ledakan C4nya dan ianya tepat mengena mangsanya.

Speaker: Dua Adun PKR Perak letak jawatan
Feb 1, 09 8:15pm

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya. Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak."Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.Sivakumar tidak menyatakan bagaimana beliau menerima surat peletakan jawatan tersebut.

Dua Adun PKR itu 'hilang' sejak lima hari lalu, sekaligus mencetuskan spekulasi yang mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional. Jamaluddin, 52, dan Osman, 57, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos tahun lalu kerana didakwa menerima rasuah berhubung permohonan satu projek perumahan berharga RM180 di Sri Iskandar di Perak Tengah. Kes mereka akan didengar pada 10 Februari depan.

Profesional Hunter ini mampu mengeluarkan 2 ekor kijang emas dari sangkar perak di Pekan Pahang menyembunyikan diri keluar dari persembunyian. Pemikatnya amat arif dan amat berpengetahuan bahawa kalau pemburu profesional memuntahkan pelurunya tepat kesasaran pasti kijang emas. Respon dari itu kijang-kijang tersebut keluar dari kurungan mereka dengan membuat penafian dan membuat alasan:-

Kijang Emas Bangkit Berkukok.

Jamaluddin: Saya tidak letak jawatan. Bagaimanapun, pengumuman speaker mengenai peletakan jawatan kedua-dua Adun PKR itu dipertikaikan, sekurang-kurangnya oleh Jamaluddin.Menurut laporan The Star Online, Jamaluddin dilaporkan menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai Adun. Beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu.Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing."Saya masih Adun Behrang," Jamaluddin dipetik sebagai berkata.Oleh itu, katanya, beliau dan Osman masih Adun PKR dan tidak pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu atau menjadi wakil bebas, atau hendak menyertai Umno, lapor Bernama.

Ini merupakan kali pertama beliau memperjelaskan keadaan sejak dilaporkan hilang lima hari lalu, di tengah-tengah spekulasi yang mereka menyertai BN.Jamaluddin juga berkata, beliau mengambil cuti sakit sejak hari Rabu, dan menafikan beliau hilang. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan di mana beliau berada semasa dikatakan 'hilang' itu.

Pemburu Profesional pintar tadi, yakni Speaker DUN Perak Darul Redzuan, melangkau langkah bergaya memaklumkan perletakan jawatan sebagai Adun oleh kedua ekor kijang dan menjadi babi hutan itu dan kerusi mereka berdua kuatkuasa sertamerta kosong dan dimaklumkan kepada Pengarah SPR Negeri Perak sebagaimana kenyataan berikut;-

2 DUN kosong: Speaker Perak serah surat kepada SPR
Feb 2, 09 10:43am

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang. Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.

Semalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu. Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini.Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi.Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan tersebut.

Penafian - Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Ahmad Adli yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan menerima surat itu dan akan menyerahkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk tindakan selanjutnya. Menyentuh mengenai kesahihan kedudukan kedua-dua kerusi itu berikutan penafian oleh Jamaluddin dan Mohd Osman, Ahmad Adli berkata beliau menyerahkan kepada pengerusi SPR untuk membuat keputusan tersebut.

"Memandangkan hari ini cuti umum di Putarajaya (sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan), saya jangkakan keputusan akan dibuat esok mengenai kedudukan kedua-dua kerusi itu," katanya.

Jamaluddin dan Osman menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan ermohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah. Perbicaraan kes berkenaan akan bermula di Mahkamah Sesyen di Ipoh selama tiga ari bermula 10 Februari ini.

Tertangguh Seketika.

Nafsu besar UMNO-BN khususnya nafsu membuak-membuak DS Najib Tun Razak dan DS Ahmad Zahid Hamidi dengan mendapat nasehat dari nujum Tahi Sumpah Kotak 6 nampaklah kegagalan strateji dan kegagalan progrem pelaksanaan. Kehadiran kijang yang dipikat dan kijang yang ditangkap paksa dengan kepelbagaian janji di mahligai DS Najib Pekan Pahang, tidak menjadi dan berdayamaju. Sekalipun ianya disahkan oleh YAB PM romus yang disahkan kepada YAB PM oleh juak-juak nujum dan pawang mereka semasa menhadiri hari cuti WP disisi MWP Zul Hasnan Rafeq mengumumkan kemasukan beberapa Adun PR kedalam UMNo dan dialu-alukan, seperti info diawal ini.

Bahawa kijang sentiasa melupai jerat, tetapi jerat sentiasa menunggu dan menanti lintasan kijang. Mereka berdua terupa dan sememangnya mereka lupa dan menafikan kenyataan dan kebenaran terhadap kesan dan kesudahannya. Tindakan Speaker DUN Negeri Perak mengumumkan perletakan sebagai Adun di kawasan masing-masing ianya telah ada jawapan gelap dalam sifir perkiraan UMNO-BN. Gerhana yang melanda itu amat dimengertikan oleh ahli-ahli politik yang matang bahawa hayat kedua-dua kijang itu sebagai Adun yang mempunyai nilai sebuah kerajaan negeri kepada UMNO-Bn Perak sekelip mata ianya menjadi nilai babi hutan yang menjadi beban dihadapi dan akan ditunggang oleh UMNO.

Keputusan Mutlak Di Tangan SPR yang Bersidang 3 Februari 2009. Walau apa-apa pun komen yang panjang yang diperkatakan oleh mereka yang arif dengan undang-undang serta kes serupa sebagai bahan kes. Mantan Speaker DUN Negeri Kelantan memberi padangan bahawa satu PRK di 2 DUN Perak wajar diadakan. Senada pendapat yang dikemukakan oleh Pakar Undang dan Perlembagaan Negara Profesor Dr Aziz Bari.

Tambah mengukuhkan lagi yang kekosongan pasti akan berlaku menurut undang perlembagaan dan undang-undang tuboh kerajaan Perak mantan Pengerusi/mantan Setiausaha SPR yang baru 34 hari melepaskan jawatannya juga berkata semalam sebagaimana dilaporkan. Bahawa satu PRK wajib diadakan oleh SPR untuk kedua-dua kawasan DUN tersebut kerana peristiharan dan pengumuman Speaker DUN egeri tidak boleh dicabar dimana.

Walau apa-apa, saya pasti keputusan sebenar dapat diketahui oleh kita sebaik keputusan resmi dilakukan kira-kira sejam dari sekarang. Saya sudah blog ini dengan pertanyaan. Ada PRK di kedua DUN atau tidak?

7 Muharram 1430 / 3 Februari 2009 : 11.50 pagi

Ibn Abdullah Awab : http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com

Sunday, February 1, 2009

MARILAH KITA BERGANTUNG HARAP DENGAN 'ALLAH

Membelah Minda.


"Dan janganlah kamu sembunyikan saksi, barang siapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang jahat hatinya". - (Al Baqarah : 383)

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan "Tuhan kami ialah 'Allah" kemudian teguh pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan "Jangan kamu merasa takut dan bersedih dan bergembiralah mereka dengan nikmat syurga yang telah dijanjikan 'Allah kepada kamu". - (Al fushshilat : 30)



"Maka ingatkanlah, kerana sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukimin". - (Az - Zariat : 55)

'Aku adalah mengikut prasangka baik hamba-Ku terhadap Aku. Aku bersamanya apabila ia menyebut Aku. Jika dia menyebut-Ku dalam diri-Ku. Jika menyebut-Ku di hadapan kumpulan orang ramai maka Aku akan menyebutkan di hadapan kumpulan orang ramai yang lebih baik darinya. Jika dia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkl, Aku akan mendekatkan kepadanya sehasta, jika dia mendekatkan dirinya kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekatkan sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, aku datang kepadaya berlari'. - (Hadith Qudsi: al-Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)


Kita Tangani Bersama; Berat Sama Dijinjing Ringan Bersama Dijunjung.

Sama-samalah kita panjat doa restu kepangkuan 'Allah, agar 'Allah yang menguasai kerajaan langit dan kerajaan bumi, mudah-mudahan kerja-kerja jahat lagi cemar dan kotor yang dirancang dan diprogremkan oleh musuh-musuh PR-PAS berzaman iaitu UMNO-BN untuk menghancur kerajaan PR Perak Darul Redzuan; agar 'Allah kembali lipatkan balik rancangan kotor cemar dan jahat itu kepangkuan mereka sendiri agar mereka diporakperanda dan dihancurkan oleh 'Allah mengikut kehendakNYA, Inshaallah.

Sesungguhnya penyokong dan seluroh umat Islam wajar wajar mendoakan keselamatan dan perlindungan serta mendirikan solat hajat untuk kerajaan PR Perak ini. Dengan matlamat memohon Rahman dan Rahim dan PerkasaNya untuk melindungi dan memulihara kerajaan PR - Pakatan Rakyat Perak Darul Redzuan agar ketika ini dan saah ini, diusahakan oleh musuh tradisinya untuk menghancurkan. Terutama diharapkan semua pimpinan utama PR khususnya di Negeri Perak PAS, PKR dan DAP now! Mixkan dengan penuh jujur iklas dikalangan pemimpin khususnya dan khasnya setiap individu ADUN PR PAS, PKR dan DAP wajib dengan jiwa yang besar istiqamah yang tinggi dan solid pergantungan dengan 'Allah.
Ambillah iktibar serta pengajaran, ingatlah didalam keadaan dan suasana kritikal ini 'Allah adalah hadapkan kita, maka kita menjadi kecil dan ego sombong pribadi wajar disingkirkan keluar dan buang jauh dari diri kita. Wajib semua usaha digembeling dilakukan sedayaupaya yang mampu, berdoa dan bertawakkal dengan 'Allah itulah jalan keluar yang terbentang. Ingatlah! Disaat berdepan musibah dan kehancuran baik Adun PKR, DAP dan PAS selepas ini bina dan kawallah diri masing-masing disemua sudut dalam semua perkara agar tidak lagi singgung menyinggung selama semasa kita menguruskan kerajaan PR. Ingatlah PAS,DAP dan PKR kita saling lengkap dan melengkapi; saling perlu dan memerlukan untuk melengkapkan perjuangan hakiki rakyat dalam alat lengkap melengkapi.
Bukan bangga diatas banyaknya kerusi didalam DUN. Ingatlah banyak pun kalau tidak dilengkapkan oleh pelengkap yang lain pasti satu kerajaan tidak dapat ditegakkan. Apabila kerajaan ditegak jangan sombong aku banyak kerusi, maka aku!!!!Aku!!!! Aku!!!!!, detik ini semuanya kerdil dan mengharapkan pertolongan 'Allah menerusi doa dan solat hajat, sebagai penganut Islam sejuta peratus saya mempercayai ini sekalipun ianya ghaib. Keiklasan dan kejujuran membantu rakyat Inshaallah pertolongan 'Allah adalah dekat. Pertolongan 'Allah adalah hampir dengan kita. Hanya jiwa yang besar, iman yang kental sahajalah mampu menghadapi berlawan dengan musibah atau kejahatan yang dirancang oleh UMNO-BN sejak 8 Mac 2008 lagi.


Kepada YAB Saudaraku Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang menjawat jawatan MB Perak yang sedang menghadapi ujian getir langsung, bersabarlah. Bersama-samalah anta Akhie YAB DS MB gabungkan tenaga langsung bersama-sama dengan Al Fadzil Ustaz Ahmad Awang, seluroh Adun PAS dan Adun PKR berugama Islam padukanlah senjata mukmin yang diajar Junjungan Muhammad Ibnu Abdullah Rasulallah, yang tidak ada hijab dan dinding antara kita dengan-Nya. Panjatlah doa langsung dan mengadulah kita dengan sesungguhnya kepangkuan 'Allah sebagaimana doa di panjatkan oleh YAB MB Kelantan yang diaminkan sekelian penyokongnya, dan doa itu disambut dan diaminkan dilangit sana. 'Allah sedang melihat kita dan hati dzamir kita, 'Allah Maha mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata. Yakinlah 'Allah tidak meneruskan kita berdukalana, jalan lepas dan jalan keluar ada terbaik, Inshaallah.


Wahai diriku, isteriku dan anak-anakku kita mempunyai tugas berat dan tugas besar yang mampu kita bantu sahabat kita yang memerlukan pertolongan di Perak sana. Disana jembalang dan tangan belang sedang dan berusaha untuk mengigit dan mengugat kerajaan PR Perak dan lukanya telah dikesani. Doa kita adalah senjata supersonic yang tidak ada penghalang diantara dibumi meminta dengan pehak langit dan pintu langit dibuka. Inilah keluarga kita mampu dan berupaya dalam pertolongan langsung kehadzrat kerajaan PR Perak yang diterajui PAS.


Wahai seluroh umat Islam di Malaysia, Indonesia dan Nusantara bantulah dengan doa dan solat hajat agar Kerajaan PR Perak terus dilindungi dan ditegakkan oleh 'Allah. Bangun di 2/3 malam adalah lebih mulia daripada selimut diatas katil tilam empuk untuk solah hajat dab berdoa. Bantuan dan pertolongan yang suci iklas sekalipun dengan 2 rakaat solat hajat dan sekumit baris doa yang suci kudus di 2/3 malam, ianya punyai nilai value besar disisi Allahtaala. Saya berseru bantu dan berdoalah untuk keselamatan dan tegak gagah kerajaan PR Perak Darul Redzuan.


Hebahan Perdana Menteri siang Tadi Tersasar.


Saya mendengar dengan jelas pagi tadi di warta tv, disisi Menteri wilayah Persekutuan YB Datuk Zul Hasnan Rafeq iaitu YAB Perdana Menteri DS Abdullah Badawi, bila wartawan perempuan bertanya "Berapa ramai DS yang nak masuk UMNO dua ke tiga ke lima ke" menyambung kata PM kira-kira "Lima ka duabelas ka atau lima belas dan orang nak masuk UMNO kita terimalah, jangan kira dia dari mana-mana". Ya! Dalam masa yang dekat mereka akan masuk UMNO dan perubahan akan berlaku". Yakinnya PM DS Abdullah mengharapkan Adun PKR masuk UMNO-BN tumbanglah kerajaan PR Perak".


Umno menerusi stail lanun bertindak mencolek yang diketuai dan dipepoluri (saya dikhabarkan bukan saya menuduh) oleh Ketua Perhubungan UMNO Perak yang baru dan Timbalan Ketua Perhubungan yang baru iaitu TPM DS Najib Tun Tazak berganding dengan YB Dr Zahid Hamidi. DS Najib akan gunakan segala ruang kejahatan dan penyelewengan untuk memusnahkan kerajaan PR Perak dengan mencolek 2 Adun/Exco Kerajaan PR PErak dari PKR dan MCA mencolek Adun/Timbalan Speaker. Semua kerja-kerja ini adalah untuk membalas dendam dan menuntut malu besar oleh Jenderal yang putus kaki kiri didalam peperangan konvensional PRK P.44 Permatang Pauh dan kaki kanan putus kudung didalam PRK P.36 Kuala Terengganu.


Dalam 2 peperangan langsung dalam PRK, TPM/MK DS Najib Tun Razak merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil BN dengan mencipta kejayaan besar dengan mencapai kekalahan besar berturut-turut yang memalukan dirinya secara pripadi dan turut sokongan keatasnya menurun seperti daun getah. Untuk menjulang nama dan sokongan kembali ahli UMNO kepada beliau maka beliau akan gunakan semua modium Kerajaan ditungganginya seperti menunggang diatas belakang babi dengan membabi buta serta buta tuli kerja-kerja dijalankan asalkan UMNO-BN kembali berkuasa di Perak sekalipun terpaksa DS Najib menggunakan askar upahan dan askar bantuan dikalangan SPRM, lanun, naga sekalipun pelacur tua di lorong-lorong, asalkan UMNO-BN kembali berkuasa. Usah kira lendir maupun hanyir lendat saja UMNO sudah tidak ada kamus dosa dan pahala.


Diatas keseronakkan Perdana Menteri, kita doakan ianya tidak menjadi kenyataan. Ianya kalau 'Allah menghendakiNya pasti progrem rakus mereka berdepan dengan jalan kandas dan jalan buntu. Mudahan-mudahan dilangit sana melihat siapakah pembela dan pendusta dalam menangani rakyat Perak darul Redzuan sekaran.
Isnin: 6 Safar 1430 / 2 Februari 2009 - 8.40 pagi
Dinukilkan oleh: Ibn Abdullah Awab http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com