Saturday, January 14, 2017

SELOKA PERDANA, MENGASAH MIND

SELOKA PERDANA, MENGASAH MINDA

Orangnya pintar, pandai pula menenun,
Malang sunggoh nasib negaraku terkini
TS Anwar Musa orangnya power berani
Dapat PM, kaki penyamun mantan lanun. 

Burong cenderawasih namanya dijulang
Terbang tinggi, turun hinggap pohon cemara,
Tun Razak PM negarawan yang terbilang
Sayang anaknya Najib, pengkhianat Negara.

Bengkak bengkil lama, akhirnya menanah
Nanah terpancut, warnaya jingga dan ungu,
Lingkup punahnya Najib, keranamu Rosmah
Main bomoh, tundukkan laki menjadi dungu.

Almarhum Tun Razak pemimpin berjasa
Jasa Tun  di kenangan sepanjang masa,
Felda di asas Tun sudah menjadi mangsa
Musnah di tangan Najib, punah di kaki Isa.

Nasi sekawah, gulai sebelanga menjadi basi
Kerana suka menghina pantang dan larang,
Najib dah jual Pengkalan TUDM Sungai Besi 
Pembelinya China komunis, melunasi hutang.

Pesawat jet perdana, mendarat di Ghana
Penumpang perompak termasok anak tiri,
Gandingan Najib Rosmah diami Sri Perdana
Sri Perdana jadi kelab menyanyi dan menari,

Memasang bubu, pukat tarik di Pulau Kencana
Sarat tangkapan, muatan tongkang kapal layar,
Najib menteri kewangan, putar bijak laksana
Berniaga maya, kantoi billion rakyat kena bayar.

Palu gendang gendut, talinya kecapi
Cinta kasih Laila Majnun, dialam maya,
Tok Wakil Melayu Najib tolak ketepi
Mamak makan keliling, Najib percaya.

Putar belit, kong kali kong Pateh Karmawijaya
Sandang pedang, keris khurasani bertatah besi.
Pusat Kerajaan Persekutan kini menjadi Putarjaya
Sebab PM Najib penyamun, juga raja kleptokrasi.

Tebang kekabu, ganti tanam dengan halia
Halia di korek,  Mamat jual di Sungi Baru
Hasil jualan halia, Mamat untung laba berjuta,
Terbang tinggi laju, sampai Negara Australia
Najib anak pinak, suka ria sambut tahun baru
Diatas keringat, air mata darah rakyat jelata.

Ampun Tuanku, maaf zahirkan kurnia
Daulat Tuanku! Allah Huakbar bergema
1 MDB skandal terbesar dalam dunia
Babak skandal baru, akan timbul jelma.

Nukilan : IBN ABDULLAH AL AWAB
14 Januari 2017 – Sabtu (10 minit asah minda)





Sunday, January 1, 2017

KIBARAN PANJI-PANJI AMANAH, JANGAN DENGKI KHIANATI



KIBARAN PANJI-PANJI AMANAH, JANGAN DENGKI KHIANATI

Berkibar dan bertebarlah dirimu panji-panji AMANAH
berdiri megah akor dengan titah kehendak Allah,
berdiri tegoh untuk menabor bakti kebumi pertiwi
Bukan untuk mewarisi jejak langkah petualang
Rakyat malang menderita, dibawah penguasa gila kaya.
Wahai panji-uanji AMANAH di awan tinggi…………..
Tundukkan diri mu menjadi resmi padi bukan jagong.
Wahai panji-panji AMANAH!
Hendaklah kerangka roh jasadmu yang suci
jangan tempah cemari dirimu dengan najis yangdisuci
atas nama agama, disebalik serban dan jubah.   
Wahai panji-panji AMANAH!!!!
Hindar usah bermimpi kamu menjadi barua politik makan keliling;
Jangan berhajat menjadi pecacai broker projek
agen membena nafsu tanpa sempadan gali bumi pupus hutan.
Panji-panji AMANAH!
Setahun kuatkan jasad  perjuangan dipersada di angkasaraya di bumi maya
Panji-panji AMANAH, berjanji berikrarlah kamu
Tegak terpacak menjulang di bumi nyata
Dipinggir rumah pejuang kental Cikgu Ismail Che Long
Lebih 20 tahun ketiadaanmu Cikgu
WARWA Cikgu, gali khazanah wira juang di kenang
Panji-panji AMANAH, tanganilah bumi mega
Kesatlah air mata duka rakyat jelata.
Ringanlah derita sengsara dari cengkaman
Berbisa dari mereka mendakwa penyelamat
Agama bangsa Negaramenjelang PRU 14.

(Cikgu WARWA, Sdrku Ustaz CIM, Sdrku Husham Musa, Sdriku Embak Eda sambut dan teimalah jejambat salam ambo dari SK Padang Serai Kedah).

Dari ambo: Ibn Abdullah AL Awab - SK Padang Serai.

Tarikh : 2 Rabiulakhir 1438 (3.00 Petang) / 1 Januari 2017Bottom of Form