Tuesday, December 23, 2014

Ambik megah sangat TPM/M Pelajaran TS Mohiyaddin Yassin nak pindah ubah mendadak dari PMR kepada PT



Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB

Tarikh: 22Disember 2014Isnin,

Ambik megah sangat TPM/M Pelajaran TS Mohiyaddin Yassin nak pindah ubah secara mendadak peperiksaan sedia PMR kepada PT3. Hari ini 22 Disember 2014 Isnin, sah dan jelas, yang dua minggu sebelum ini, dikhabarkan secara sulit dan sembunyi dari sumber yang saheh akan keputusan PT3 amat mendukacitakan dan merudum. Petugas LPM bersengkang mata dan memerah otak mencari jalan macamana keputusan sulong PT3 yang burok itu ditengok oleh ibu bapa seolah-olah baru dengan kosmetik.

Benar seperti laksana siang lagi bersuloh. Merudum sunggoh keputusan PT3 yang diumumkan oleh kerajaan dalam keadaan takut dan hambar menghadapi dan berdepan dengan kecaman dari komuniti ibubapa dan waris. Seperti merudumnya saham Felda dan turun mata ringgit Malaysia. Dan seperti harga minyakdunia turun harga merudum, tetapi harga minyak negara kita masih ditakok lama.

Gagalnya pelajar-pelajar menghadapi PT3 adalah kerana ego dan sombongnya Menteri Pelajaran/TPM TS Mohiyaddin Yassin tidak menghirau dan peka dengan menafi dan membelakang serta menolak ketepi teguran, pandangan positif ibu bapa, khasnya warga guru pendidik sendiri yang bengong dengan kehendak menteri pelajaran untuk segera dan pantas tindakan ganti peperiksaan dengan PT3. Mulanya masihku ingat pelajar di tingkatan tiga tidak akan menghadapi peperiksaan seperti PMR tahun 2014.

Tiba-tiba, bila ibu bapa dan sekelian yang peka dengan kemajuan pembelajaran dan belajar keatas anak-anak mereka, kalau dahulu PMR dengan keputusan cemerlang, membolehkan mereka ibu bapa dan waris berangan-angan untuk menghantar anak mereka yang cemerlang dalam PMR setidak-tidaknya berpeluang kesekolah berasrama penuh dan MRSM. Respon dengan keloh kesah dan kebimbangan ibu bapa tiba-tiba adanya pula peperiksaan di tingkatan tiga tahun 2014 yang dinamakan PT3 diadakan.

Tindakan yang mengejut dan gayat itu, seperti serbuan polis untuk mendapatkan pesalah jenayah D7. Pelajar dan sekelian guru-guru menjadi cacamera, badan menjadi haru biru untuk menerima dan melaksanakan kehendak peperiksaan PT3 yang diluar kelengkapan, persediaan dan persiapan rapi untuk menghadapi dan berdepan dengan mehnah dan kerenah serba kekurangan, serba tak ketahuan pengisian, kehendak, tujuan dan matlamat hakiki PT3. Diluar kotak persiapan, kemudahan dan semuanya itu.

Hari ini keputusan PT3 adalah jawapan tuntas kepada Menteri Pelajaran/TPM TS Mohiyaddin Yassin yang ego sombong mengarah dan memaksa sekelian ibubapa dan waris, sekelian warga guru dan pelajar mestilah menerima dan akor dengan perubahan pemansohan PMR kepada peperiksaan baru yang ganjil dan janggal. Ianya menjadi cacamerba PT3. Walau apa-apa halangan dan rintangan sekalipun semua yang terbabit hendaklah jalankan juga peperiksaan PT3, kerana ianya adalah kehendak tuntas TPM/Menteri Pendidikan TS Mohiyaddin Yassin.

Walau terpaksa terlentang dan tertiarap membaham tanah keranamu PT3. Hari ini, keputusan resmi PT3 yang diumumkan. Ianya amat bermakna dan berpehat dihati, didzamir menteri pelajaran/TPM TS Mohiyaddin Yassin puas dan berbangga bila keputusan PT3 telah menjadi mangsa kepada menteri pendidikan/TPM TS Mohiyaddin Yassin. Pelajar yang menjadi pilot project kepada TS Mohiyaddin Yassin telah rebah tersungkor dikaki Mohiyaddin Yassin.

Pelajar-pelajar amat mereka keciwa dan memendam rasa, bila soalan-soalan dalam banyak subjek tidak mereka mempelajari dalam tempoh 4-5 bulan bila diwar-warkan peperiksaan PT3 wajib pelajar tingkatan tiga tahun 2014 menghadapinya. Sekalipun PT3 walau menghadapi kekurangan dan sejuta cabaran kealpaan persediaan. Ibu bapa keciwa yang tidak terkira bila anak mereka telah dijadikan mangsa dan jadikan ujikaji kemahuan nafsu politik oleh TS Mohiyaddin Yassin sebagai menteri pelajaran/TPM kerana susok yang tidak mesra kepada rayuan ibu bapa khususnya dari warga pendidik yang bergelomang dengan medium mengajar, pembelajaran dan sebagainya.

Walau malaikat dari langit turun cuba menasehat TPM/MP TS Mohiyaddin Yassin, beliau tetap berdegil dan keras kepala hendakkan juga PT3 dimulakan secara resmi 2014 PT3 dimulakan. Kalau iapun nak diganti dengan peperiksaan PT3, janganlah dalam keadaan terdesak dan disuasana terburu-buru, kerana PMR itu masih relevan dan berjasa kepada anak bangsa terutamanya kepada gulungan Melayu dan bumiputra..Biarlah ianya dijalankan dengan setelah semuanya bersedia sempurna dan lengkap, pola-pola perubahan dalam semua pekara disemua peringkat keperingkat beres dan tidak tercicir sebarang masalah yangmengundangdan malang mendatang.

Sebaik-baik diadakan peperiksaan percubaan - pilot disetiap negeri disebuah sekolah terpilih sebagai projek percubaan. Selepas itu buatlah kajian menyeluroh hasil keputusan percubaan PT3 yang diadakan. Adakah ianya mampu, berdaya maju untuk diteruskan PT3, barulah melangkah dan mengorak dijalankan peperiksaan keseluroh seluroh Negara dengan tempoh persediaan dan persiapan 5 tahun sekurang-kurangnya.

 Setelah sebaik diyakini 100% kajian dan kaji selidik keatas hasil percubaan pepereksaan PT3 negara. Semua yang muncul dan terundang sebaik kajian dan penilaian menyeluroh selesai tentang baik, buruk masalah dan sebagainya sebagai mampu ditangani dengan tindakan terbaik yang mana semua halangan dan rentangan diselesaikan terlebih dahulu diselesai ditangani terbaik secara positif. Barulah diadakan peperiksaan PT3 nasional bukan secara terburu-buru secara serkap tangkap muat.

Yang mana keputusannya mengharu guru, pelajar waris dan ibu bapa. Jelas dan nyata peperiksaan PT3 2014 diadakan dalam keadaan paksa kepada pelajar mengambilnya tidak bersedia. Manakala para guru dijadikan kuda tunggang oleh TPM/Menteri Pelajaran untuk merealisasi citarasa politik kepartian. Walau terpaksa anak bangsa menjadi mangsa kepada PT3 mengikut kehendak TS Mohiyaddin Yassin.

Sah semua yang menghadapi PT3 dari pelajar, guru dan waris ibu bapa terpaksa menerima peperiksaan PT3 diluar persediaan dan persiapan dengan perasaan hati yang tidak senang dan berlapang dada dengan mengundang tekanan emosi dan tekanaan fizikal. Peperiksaan PT3 2014 diadakan oleh TS Mohiyaddin Yassin, saling tak tumpah seperti memaksa sibuta menonton TV dan kita soal tanyakan kepada sibuta yang menontonnn TV itu, apa yang dia nampak tengok.

Saya respon untuk kawasan Kulim-Bandar Bharu, SMK Sultan Badlishah Kulim adalah SMK SB menjadi tempat kami bergembira bersama-sama merai dan saksikan kejayaan cemerlang berganda keatas pencapaian pelajar-pelajarnya amat cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM sebelum ini (setakat 2013). Kulim -Bandar Bharu meletakan SMK SB di kategori tinggi sebagai kayu pengukor kejayaan.

SMK SB yang berada dipersada tinggi mega untuk negeri Kedah dalam keputusan SPM dan PMR terakhir 2013, hatta mamapu berada sebaris dipersada SMK dalam negara terhadap setiap kali menerima keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Tetapi rekod cemerlang tersebut tersungkur terjelepok menafikan kejayaan cemerlang selama ini dengan malangnya hari ini keranamu PT3. Sejarah telah diukir telah menjadi sejarah burok dan hitam kepada kegemilangan prestasi SMK SB Kulim bila cuma 4 calon pelajar sahaja yang mampu mendapat 6A.

Keputusan merosot dan terhempas. Inilah kejayaan besar wajar diterima dan diraikan oleh TPM/MP TS Mohiyaddin Yassin, diatas kegagalan dan merudum sakan keputusan PT3. Kalau SMK SB Kulim menerima nasib buruk keputusan PT3, apalah takdir dan nasib SMK diseluroh daerah Kulim-Bandar Bharu pasti lebih parah dan lebih teruk mendapat keputusan sulong PT3. Apakah selepas hari ini, menteri pelajaran/TPM akan mengeluarkan senjata sulit dan senjata simpananya yang dzolim dengan menudoh dan menuding kegagalan PT3 itu kerana kecuaian guru-guru. Disebabkan guru-guru yang gagal mengajar memenuhi kehendak PT3.
Kalau itulah senjata TPM/MP TS Mohiyaddin Yassin melontar peluru dan menudoh PT3 adalah kegagalan sekelian guru-guru, Mohiyaddin Yasin hang silap dan pekak. Pasti ini kali, Mohiyaddin Yassin akan berdepan terlebih dahulu dengan sekelian ibu bapa dan waris pelajar sebagai benteng kukoh berdiri dihadapan sekelian guru-guru mempertahankan guru-guru yang mendidik anak-anak kami dari kecaman TPM/MP yang merapu. Kalau kegagalan PT3 yang sulong ini diletakkan kesalahannya kepada guru-guru.

Kesalahannya adalah di kaki dan tangan MP/TPM TS Mohiyaddin Yassin yang rakus bongkak sombong keras keng. Nak sangat-sangat dan bersunggoh-sunggoh untuk melakukan perubahan diluar kotak kemampuan pasarana disemua sudut. Kami waris dan ibu bapa pasti bersama guru-guru sebagai benteng kukoh dalam menghadapi kecaman perdana dari TPM/Menteri Pelajaran kini TS Mohiyaddin Yassin. Kini, PT3 umpama nasi telah menjadi bubor.

Keputusan PT3 tersebut dikalangan semua yang terbabit dalam bidang pendidikan menerimanya seperti gelas kaca terhempas kelantai, jatuh pecah bersepai. Begitulah berkecai dan remuk redamnya hati ibu bapa dan waris menerima keputusan PT3. Ibu bapa waris masih bandingkan telah 3 kakak dan 2 abang sebelum anak menduduki peperiksaan PT3, mampu PMR dicapai dengan 8A dan keatas, apakah malangnya anak bungsu kami, yang dalam pengamatan kami ianya lebih special dari sekelian kakak dan abangnya. Tiba- tiba dia dapat keputusan PT3 cuma 3A, kenapa? Dimana slapnya? Apakah kali ini TPM/MP cuba lepas tangan dan buat-buat kepurusan PT3 2014 dirinya bebas samasekali dalam semua pekara diperkata?

Kalaulah seminggu sebelum PAU 2014, TPM TS Mohiyaddin Yassin hindik dan gasak cukup-cukup untuk mendapat peluang sokongan dalam PAU 2014, makanya Mohiyaddin Yasin gunakan akta rimba kuno yang diwarisi dari penjajah orang putih British AKTA HASUTAN 1948 yang telah diperakui secara resni sebelum PRU13 yang lepas PM1Malaysia DS Najib RM berjanji dengan rakyat jelata negara untuk hapuskan akta lapok AKTA HASUTAN 1948 dan diganti dengan akta harmoni yang baru.

Malangnya Mohiyaddin menjadi juara dalam PAU mengasak dan mendesak dalam pembukaan sidang pemuda, ibu umNO(baru) dan putri kitar semula AKTA HASUTAN 1948. Yang akhirnya dalam pengulungan PAU2014 Presiden umNO(baru) terpaksa menjadi munafiq dan dalam PAU 2014 mengesahkan cadangan dari TPM Timbalan Presiden umNO(baru) makanya AKTA HASUTAN 1948 TERPAKSA NAJIB KEKALKAN. DEMI JAMINAN SOKONGAN POLITIKNYA YANG GENTING DIHUJUNG TELOR.

So, adakah kali ini, TPM/MP TS Mohiyaddin Yassin akan dapat pembelaan dan sokongan seperti kitaran AKTA HASUTAN 1948? Masa dan keadaan yang akan menentukannya. Apa khabar TS Mohiyaddin Yassin? Apa Khabar Ketua Pelajaran Malaysia? Apa khabar Pengarah Peperiksaan Malaysia?Apa khabar ibu bapa dan waris? Apa khabar Pengetua SMS? SM Cemerlang dan Integrasi Tinggi? apa khabar sekelian ahli umNO(baru)?


Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB /Tarikh: 22Disember 2014Isnin, 

Sunday, November 23, 2014

SELOKA 1MDB – ACAH-ACAH PAU 2014

OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
23 November 2014 - Sunday

Mengkuang di layor menjadi layu
Disusun diikat di dagang ke Meru
India, Mamak, Turkey  jadi Melayu
Tipu Melayu tulin dalam umNObaru. 

Malam cerah bulan mengambang
Cahaya bulan di Behor Temak
Janji Najib lidahnya bercabang
Seperti biawak di dalam semak.

Mengacau pulut menjadi wajib
Wajib di dagang di pasaraya
Hapuskan subsidi komitmen Najib
Pelawak rakyat sebelum pilihanraya.

Menimba air menggunakan raga
Letihnya badan lengohnya sendi
Hapus subsidi, minyak naik harga
Cakna Najib, balas budi pengundi.

Panglima Ampu dah dapat kurnia
Kurnia tanah, kontrak runding saham
Juara seloka PAU dah meninggal dunia
Sedekahlah  Fatehah untuk Allahyarham.

Dk Siti Nurhaliza bersuara lemak
Lendik tingkah laku lemah gemalai
Rambut ikal mayang diselit garpu
Setongkang beras untuk ditanak
Sekapal lembu,  ayam untuk digulai
Menjamu perwakilan PAU kaki ampu.

Juruhebah tersohor Nur Aini Ibnu
Orangnya peramah menegor sapa
Lahirnya 1MDB, dari Wang Ihsan Ganu
Pelaboran yang songsang, negara papa?

Berkolek berakit di sungai, mencari lokan
Lokan direbus, di kopek di cincang-cincang
Semua perwakilan PAU saya nak ajukan
Kapal perang tenggelam akan di bincang?

Tanah di bakar jadikan seramik
Seramik dibentuk menyerupai buaya 
Fenomina 1MDB, dah menjadi polimik
Gegar PWTC, gongcangkah Putrajaya?

Najib tinggi, Mohyaddin Yassin rendah
Kedua-dua pemimpin kaki culas
Undi umNObaru bN, berbaloi sudah
Menisan diberi, tuba mereka balas.

Pasar malam Pekan, dipenuhi sampah
Sampah berlunggok tidak larat disapu
Harga barang tak naik, Najib bersumpah
Selesai PRU13, pengundi Melayu Najib tipu.

DS Dr Rosmah MN bergelar hajjah
Wanita Pertama menjadinya wira
Lembutnya gigi Najib RM berhujah
Pelaboran 1MDB untuk rakyat Negara.

Mr Putin Perdana Menteri Rusia
Presiden Amerika Berak Obama
Tun Mahathir balon PM1Malaysia
Tun Daim & Ku Li tumpang sama.

Kulit di kopek, nampaklah batang
Batang ditanggong, Kulup Laksamana
RM700 billion lebih, Najib berhutang
Duit banyak tu, Najib disorok mana?

Lemak manis tepong bungkus wajib
Sebabkan menisan nipah santan kelapa
Mahathir, Daim Ku Li dah sound Najib
Perwakilan PAU2014 dok tunggu apa?

Belalang kupu kupu, tepok amai-amai
Tepok amai-amai, sakit kena sengat lebah
Perwakilan PAU memuja Najib beramai
PRU14 umNO(baru)bN mengundang rebah.

Terengganu kini ditimpa bah
Air naik pantas sampai ke halkum
Tipu rakyat, Najib RM dah gelabah
PRU14 Najib bN rakyat hokum.

Pendatang haram, pelarian Kemboja
Akan digempor polis dan tentera
Keluarga dan kroni di tatang di puja
Menal dan fizikal rakyat Najib RM dera.

Anak gajah disambarnya helang
Diterbang helang jauh ke Tonga
Rakyat di tending, kroni di julang
Dibebankan GST, gula naik harga.

Silat bunga ditari gelanggang ditawar
Sayang makanan basi busok di saji
Najib peka, bela tukang bedai Anwar
Dilantik menteri, duta pengerusi t. haji.

Dari Marakui mengembara ke Sabang
Berjalan  mengembara tidak bersepatu
Terkial-kial takutkan rambut gerbang
Berebut cium tangan, dapatkan restu.

OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

23 November 2014 - Sunday

Wednesday, September 24, 2014

SELOKA PRK PENGKALAN KUBOR: MENANGKAN PAS PARTI KU



SELOKA PRK PENGKALAN KUBOR: MENANGKAN PAS PARTI KU
IBN ABDULLAH ALAWAB: 24 SEPTEMBER 2014 RABU

Berdayung perahu bermudik sampan
Sampan  tenggelam dek panas baran
PRK Pengkalan Kubor PAS berdepan
Ustaz Ahmad Yaakob berdepan cabaran.

Asalnya kapas menjadi benang
 Benang di simpan didalam balang
PRU 13 Pengkalan Kubur umNO(b) menang
PRK esok kita rampas Wan Rosdi dijulang.

Sikap burok adu dumba cah keting
Kerja cah keting seperti syaitan pelesit
Dun Pengkalan Kubor dulunya Geting
umNO pernah hilang wang deposit.

Matlan Bubor terkinja-kinja, aponya kono
Rupanya terkena miangnya padi
Pengkalan Kubor, bukan pengkalan umNO
Pengundi akan bokti menang  Tok Wan Di

Marhaban, Ya ha na na umNO berzanji
Hakikat sebenarnya belakon belawak
Di Pengkalan   Kubur umNO kitar lagi janji
Janji yang pelawak, seperti  lidah biawak.

J Sham menyanyi, No 66 Jalan Tampin
Menuju  Tampin menaiki pedati
Pedati ditarik hulubalang panglima
Bila umNO tandus hujah berkempin
Pentas maksiat tari menari sebagai ganti
Inikah transformasi  umNO jaga agama?   

Usahlah tuan gelabah, janganlah nanar
Penawar  yang mujarab air tuak dan nira
Sah wajah umNO hakikat yang sebenar
Nakkan rakyat undi, halal haram tak kira.

Pentelun panjang, berseluar pandak
Berseluar pandak dudok mencakong
Kata calun umNO, ustaz tahfiz pondak
Redzakah dia, syaitan  jadi pendukong?

Bertanjak berkeris umNO bersampin
Lagak pahlawan sayang, jiwanya kedidi
Tari menari umNO dah nobat isi kempin
Malam ni tambah lagi, buka bon judi?

Menjerang air di dalam kendi
Bila masak dituang kedalam baldi
Duit ambil, undi dekat Tok Wan Di
umNO gelabah, buat maksiat  pancing  undi.


Di berinya betis, di jamahnya peha  
Jangan jadi jagong, ikut resmi padi
Sepakatlah kita, bersatu berusaha
Jangan bermusoh, kita semarak pengundi.

Cik Siti Wan Kembang jelita rupawan
Cintanya perjuangan, amatlah mengharu
Orangnya hebat, tabah lagi bijak laksana
Keputusan PRK Pengkalan Kubor kita tawan
Sokongan padu kepimpinan negeri yang baru.
Seraya legasi Tok Guru, terus lonjak laksana.
IBN ABDULLAH ALAWAB: 24 SEPTEMBER 2014 RABU


Sunday, September 14, 2014

TATAPAN BUKAN RATAPAN: MENGIRINGI PRK N1 PENGKALAN KUBOR. GENDANG DAH DIPALU, BUAH SILAT DITUNGGU



TATAPAN BUKAN RATAPAN: MENGIRINGI PRK N1 PENGKALAN KUBOR. GENDANG DAH DIPALU, BUAH SILAT DITUNGGU.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
19 ZULHIJJAH 1435H (SABTU) 14 SEPTEMBER 2014

Sejarah menkhabarkan kita

Pasti tidak lengkap dan sempurna, sekiranya saya membincangkan sekilas lalu Tok Guru
Nik Aziz bin Nik Mat sebagai Menteri Besar atau mantan MB Kelantan Darul Naim, kalau 
sejarah politik mendahuluinya menjawat senarai MB terdahulu tidak diangkat   untuk pengetahuan anak-anak muda generasi 'Y'. Mereka dalam posisi ‘Y ‘ inilah yang sedang mencorakkan perjalanan politik  negeri Kelantan  dan Negara tercinta sekarang. Mereka membesar di Kelantan bagi mereka yang berusia 30 tahun, mereka ingat PAS sahaja yang membentuk kerajaan negeri dan Tok Guru nik Aziz bin nik Mat, menjadi sebati dan senonim dengan usia mereka membesar.

Justeru, merekalah inilah yakni generasi ‘Y’ yang akan mencorak menentukan pembentukkan kerajaan selepas PRU14 nanti untuk kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ianya amat mencabar dan mendebarkan semua pemimpin parti politik dalam Negara kita. Dan debaran dan cabaran getir itu sedang dilalui oleh semua parti politik.Baik dalam komponan bN dan tidak terlepas hambatan dan himpitan yang melanda PR dan tiga parti yang bernaung didalamnya. Sampai saat ini ianya gagal untuk didaftarkan dipejabat ROS PR dengan simbul tunggal untuk menghadapi PRU14. Dimana silapnya? Jangan menuding kerana dek cending pemimpin.

Sebelum merdeka UMNO menjawat jawatan MB Kelantan melalui ehsan telunjuk British.Mereka yang dilantik adalah TS Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud menyandang dari 
tahun 1944 -1953 . Selepas itu diganti dengan YBM Tengku Hamzah bin Raja Dewa 
Tengku Zainal Abidin 1953 – 1959 iaitu ayahnda YBM Tengku Razaleigh.

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pilihanraya umum pertamaMalaya – Persekutuan Tanah Melayu  diadakan pada tahun 1959. Walau UMNO telah  terap dan merealisasi misi dan visi UMNO selama 15 tahun dibumi Kelantan, menjelang Negara merdeka. Bermodalkan 15 tahun itupun UMNO telah tewas dalam PRU Pertama Kelantan. PAS berjaya  menawan Kelantan. PAS melantik Dato' Bentara Jasa  Haji Ishak Lotfi bin Omar  menjadi MB pertamanya dari tahun 1959-1964. Makanya wujudlah kerajaan PAS. 

Tahun 1964-1973 jawatan MB Kelantan diterajui pula oleh Dato' Seri Peduka Raja Haji 
Mohd Asri bin Muda (1963 - 1973 kerajaan PAS dan 1973 - 1974 kerajaan Champoran 
PAS - UMNO dan jadi BN). 

Ketika mana PAS berada dalam zon perpecahan dan lahirnya BERJASA dipimpin oleh
Dato' Muhamed Nasir. PAS keadaan mandom terpaksa menghadapi pilihanraya dan PAStewas. Tahun 1973 - 1978 Dato' Biji Sura Haji Muhamed bin Nasir kerajaan BERJASA -BN, PAS  kalah dalam PRU selepas darurat diistihar dan TS Hashim Aman setelah berkuasa memperkasa UMNO dengan memberi nafas dan roh jasad membaik pulih dalam mempurkukohkan UMNO.

Sebak bengkak bengil

Detik perpecahan PAS di Muktamar Agong di DBP Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1982 
hari Sabtu, ianya    menjalar sampai ke Kota Bharu bahana gemanya. Satu peristiwa 
besar sekembali dari muktamar, yakni pergolakkan tercetus, meruncing dan menanti belah. Tepatnya pagi Jumaat 29 Oktober 1982 dikuliah pagi Jumaat Dewan Zulkifli dipenuhi dengan penyokong Ustaz Nik Aziz bin Nik Mat. Ramai dikalangan Anggota Dewan 
Harian Pemuda Negeri dan Kawasan berada ketika Ustaz Nik Aziz menyampai kuliahnyayang cukup pedas dan tegas serta tangkas berbicara. Seperti harimau luka dan kepedihan menahan sakit. l

Diantara kalimat-kalimat yang dilafazkan oleh Ustaz Nik Aziz, lanjutan dari ganguan-ganguan calun dalam pilihanraya umum yang dipimpinnya di Kelantan. Disana katanya terdapat tangan-tangan  yang  berbisa mencampuri kerja tugasnya berkaitan memilih calun yang diganggu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan. Tidak pula seperti Pesuruhjaya PAS dinegeri lain yang bebas memilih calunnya.

Jadi ianya meletup didewan Zul pejabat PAS Kelantan No. 1960, Jalan Dato' Pati, Kota 
Bharu. Diantara ucapan kata-kata Ustaz Nik Aziz yang dapat saya ingat dan peturun kira-kira pointnya:"Mana boleh satu kapal ada dua nakhoda, mesti hancor 
lebur. Jadi kawea nak tanya demo, demo nak kawea ka atau demo nak Dato’ Asri?" Sebaik itulah yang diluah dan dihamburkan oleh Ustaz Nik Aziz. Secara spontan tampil menyambut seruan dan cabaran dari Ustaz Nik Aziz selepas itu, bingkas bangun 
tampil kedepan dewan tempat kuliah saf pimpinan pemuda bangun mengangkat tanganberganding, bertakbir sesunggoh-sunggoh hati memecah suasana dewan Zul macam halilintar, memberi sokongan padu kepada Ustaz Nik Aziz.

Mereka pemuda waja ketika itu, saat itu adalah almarhum Ustaz Wan Jamil Wan 
Mahmood TKP PAS, Haji Hashim Omar Pasir Mas, lebih hebat lagi dua pimpinan pelajar dari UM Saudara Husham Musa dan Ustaz Muhammad Hussin Gaal. Diatas kental dan 
pejal mereka tuntas memberi sokongan dekat Ustaz Nik Aziz, makanya selepas itulah 
baru Ustaz Nik Aziz mendapat sokongan berterusan secara terbuka. Payah kerana ahli 
PAS Kelantan lama dibawa Dato' Asri, Dato' Nik Man dan pemimpin sezaman itu yang
berjasa kepada mereka.

Husam Musa yang saya maksudkan adalah Datuk Paduka Haji Husam bin Haji Musa 
yang dari belajar sampai saat diketepi adalah PAS tulen. Manakala Ustaz Muhammad 
Hussein Gaal adalah mantan AhPar Pasir Putih. Sesunggohnya sebelum tahun 1982 
telah saya mengenali mereka ini, dibawah madrasah usrah yang dipimpin oleh 
Almarhum Ustaz Yahya Othman (mantan exco kanan KNK Dato' Haji Yahya Othman danadinya sahabat saya Encik Majid Othman ADO) juga kami bersama-sama dengan 
Paksu Khair dan lain-lain. 

PAS rebah dan kebah

Dengan program yang terancang, maka PRU diadakan untuk memenangkan UMNO. 
Jadi sampailah hajat UMNO menang dan menuboh kerajaan Kelantan. Jadi  1978 –
1990 Dato' Bentara Kanan TS Haji Mohammed bin Yaacob UMNO - BN menuboh 
kerajaan tulen. UMNO ketika itu dengan semboyan   dan strategi tepat mereka, mengumumkan awal-awal calun MB UMNO kalau mereka memenangi dalam PRN Kelantan dengan meletak dan merujuk kepada   Dato’ Mohamed Yaacob menteri 
pelajaran ketika itu yang yang berprifil tinggi mendapat sokongan dalam Negara.  

Selepas itu bilamana UMNO berentap tuntas diantara Dr Mahathir vs Tengku Razaleigh, akhirnya UMNO berpecah dua. Hasil dari perpecahan UMNO tersebut maka lahirlah APU - Angkatan Perpaduan Ummah.  Parti Melayu Semangat 46 pimpinan YBM Ku Li    dan 
BERJASA dibawah Dato' Wan Hashim berganding muafakat politik kerjasama dengan 
PAS untuk menghadapi bertembong      umNO(Baru)bN dalam tahun 1990. APU 
Berjaya dengan cemerlang dalam pilihanraya tersebut. Kelantan ditawan oleh APU. 

Kerajaan umNO(baru)bN TS Mohammed Yaacob tumbang. Cuma dapat bertahan 12 tahun. APU-PAS kembali menjadi pemain penting politik Kelantan  dibawah Ustaz Nik 
Aziz bin Nik Mat dan selepas itu dikenali dengan Tok Guru Nik Aziz Haji Nik Mat Alim 
(saya petik ayat yang selalu Almarhom Haj Saupi Othman  Kuchelong 34 tahun dahulu ketika beliau menjadi pengerusi tak resmi setiap ceramah besar PAS. Paksu Pi cukup glamour ketika itu). Maka tertubohlah kerajaan APU tetapi pemimpin umNO(baru)bN 
masih sebutnya sebagai kerajaan PAS.  

Sepanjang perjalanan dan pengisian 1990-2013 Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat (23 tahun kerajaan PAS juga Barisan Alternatif - BA dan kepada 
Pakatan Rakyat PR). Pasti tempoh 23 tahun Tok Guru telah menempoh menghadapi 
cabaran hebat dari umNO(baru)bN dan dari dalaman partinya sendiri. Semuanya dapat Tok Guru dengan berhemah dapat menghadapi, berdepan dan menyelesaikannya demi untuk rakyat Kelantan dan survival utuh PAS itu sendiri.

Walau ianya mencabar,amatlah mendebarkan satu ketika. Cukup kritikal. Ketika PAS 
menguasai DUN Kelantan. Walau dengan majoriti 1 kerusi 2 majoriti undi, kerajaan 
Tok Guru Nik Aziz telah memecah rekod negeri Kelantan dan negara serta rekod 
kerajaan dunia yang mengamalkan demokerasi, mampu mempertahankan kerajaan 
telor dihujong tandok dengan selamat dan jayanya. Sehingga tamat dengan Parlimen dan DUN Kelantan dibubarkan. Subhanallah.

Nobat dan belajar dari mereka menjadi ADUN kental sejati

Disinilah saya menyaran kepada seluroh sekelian ADUN dan ahli Parlimen PR sekarang, belajarlah dari mereka pahlawan satria ADUN Kelantan  ketika itu. Mereka cukup kental 
dengan perjuangan.Istiqamah dan tolak habuan dunia yang mengejar dan mengamit 
mereka ketika itu. Sekiranya kita bertentang pandangan, jangan sampai kita bertegang urat untuk mencari kemenangan. Marilah sama-sama kita utamakan kebenaran yang telah diukir pemimpin-pemimpin PAS dahulu dan ahli-ahlinya disudut istiqamah dan pengurbanan. Ukhwah dan sebagainya. 

Pada hemat saya mereka ter dahulu lebih dari memiliki skill padu dari pemimpin sekarang. Dan sekarang ini ahli dan penyokong yang banyak berkurban harta dan tenaga dalam mempertahankan PAS dari pemimpin mereka sendiri. 

(Ketika menaip rencana ini airmata berderai kenang saya melayang kepada teman-teman lama di Kelantan seperti Almarhom Cikgu Haji Daud Kemumin, Almarhom Ustaz 
Mustapha Ibrahim Salor, Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Kenali, Almarhom Ustaz Buniyamin Yaacob. Almarhom Ustaz Wan Hassan Guchil, Almarhom Ustz Wan Jamil Wan 
Mahmood, Almarhom Ustaz Ismail Awang Tumpat, Almarhom TG Haji Daud Yusoff 
Meranti Ustaz Ismail Noh dan ramai teman di Pasir Mas. 

Teman yang lain Almarhom Haji Che Hassan Ishak Peguam, Almarhom Cikgu Majid 
Pohon Buloh, Almarhom Haji Che Min, Almarhom Cikgu Musa Pasir Putih, Almarhom CikWil Golok dan anaknya Almarhom Kamaruzaman, Amin Jaafar Rawas dll. AlFatehah).
Temanku yang masih meneruskan perjuangan di Kelantan kini seperti Cikgu Wan 
Rahim Wan Abdullah Dato' Wan Rahim mantan Speaker DUN Kelantan dan AhPar, anakMat Yatim menantu guru politikku Almarhom Amaludin Darus YB Hanifa, Haji Hashim 
Omar, Abang Omar Muhammad (Dato' Omar Mohamad mantan speaker mantan exco), Tok Imam Shaari. Ustaz Idris Ahmad Tawang dan ramai lagi, apa khabar anda semua?

Sekali air bah, pasir turut berubah

Dalam tempoh perkidmatan menjadi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru telah mengabdidiri, ketika mentadbir dan semasa memerentah negeri Kelantan DN, dengan berpandu
kan ilmu yang digalinya dari Al Quraan dan Al Hadis Junjungan Baginda Rasul SAW 
yang dipelajari semasa belajar  di Durbun Lucknow India dan di bumi Bumi  Kinanah 
Mesir. 

Tok Guru telah menerapkan tugas resminya mengikut keberanian dan kemampuannya 
walau berdepan dengan halangan dari kerajaan pusat Putrajaya yang zalim selama 23 
tahun terhadap beliau. Hatta kerajaan pusat di Putrajaya sanggop menoda dengan dosa kerana tuboh kerajaan dalam kerajaan di Kelantan. Sanggup salah belanja duit rakyat Negeri Kelantan difaraid untuk dinikmati olah pemimpin pembangkang Kelantan umNO(baru)bN dan kuncu-kuncu mereka. Dari duit ROYALTI kepada pitih ehsan.

Lebih parah dari itu, kerajaan pusat umNO(Baru)bN Putrajaya sejak jaman Dr Mahathir sampailah kepada zaman DS Najib Rosmah yang kaya dengan retorit dan slogan 
perubahan politik negara, semuanya dengan jawapan kosong sekadar auta  untuk 
dinikmati rakyat Kelantan. Mereka (kerajaan umNO(Baru)bN Putrajaya) telah bertindak menafikan hak-hak beliau untuk mendudoki dalam jawatankuasa perengkat negara 
kapasitinya sebagai MB, untuk mewakili rakyat dan negeri Kelantan termasoklah juga kebawah Duli Tuanku Sultan Mohd V. 

Contohnya pemulangan yang wajib dan hakiki wang berkapita (cukai yang dipungut di
bawa ke kerajaan pusat Putrajaya) mengikut jumlah kepala rakyat negeri selaris 
dikhianati dengan lengahkan pemberian dan tanggoh hatta macam dinafikan wang 
tersebut milik rakyat negeri Kelantan. Inilah bentuk penindasan dan penyelewengan 
yang berterusan amalan kerajaan pusat Putrajaya yang dipimpin umNO(Baru)bN dari DrMahathir, Dolah Badawi sampai kepada DS Najib Rosmah. 

Yakni parti yang solid memperjuang dan memertabatkan Melayu dulu kini dan selama
nya. Hidup Melayu! 

Pengurbanan kasihnya Tok Guru dekat rakyat dan negeri

Tok Guru Nik Aziz selama 23 memegang jawatan MB Kelantan dengan menabor bakti dan meninggalkan jasa yang besar untuk rakyat Kelantan. Tetapi rakyat negeri Kelantan jangan lupa diatas sumbangan tuntas dari gaji dan elaun beliau sebagai YAB MB selama 23 tahun. Jumlah yang besar dikembali dipulangkan kepada kepada rakyat negerinya.  Rekod ini, pasti tidak dapat untuk menyamai apalagi untuk memintas sumbangan dan pengurbanan TOk Guru kepada rakyat dan negeri pimpinannya dikalangan PM, MB dan KM dari umNO(Baru)bN. 

Saya pinta Perkasa, Hasan Jati jalor3 dan Zul Kulom menafikan kenyataan ini. Ianya bukan kerana faktor usia dan faktor sokongan dihadapi oleh Tok Guru. Tetapi faktor kesihatan dan rehat adalah penting, sebagaimana kata Nik Abdoh ketika menziarahi ayahndanya di hospital sebaik kerajaan Kelantan yang baru terbentok. Katanya lebih kurang ingatan saya, "Hari ini, ayahndaku sunggoh-sunggoh berehat dari kerjanya". Tok Guru 
telah melakar kerjaya politiknya cukup manis dan membanggakan sebagai MB yang 
PAS lahir dan persembahkan untuk Kelantan yang bebas dari rasuah dengan selogan
'Membangun Bersama Islam'.

Banyak rahsia yang diperkatakan oleh rakyat umum dan orang ramai, vaksin yang 
mujarab diperkenal dan diterap kedalam dirinya selama 23 tahun Tok Guru Nik Aziz 
menjadi MB cukup humble. Saya mengenali dengan Ustaz Nik Aziz bila saya bermastautin di Kelantan diawal tahun 1974. Saya ingat lagi kereta usang Mercedes AS 66 yang saudara Abdullah sentiasa membantu Ustaz Nik Azizmenjadi pemandunya. Akhirnya saudara Lah menjadi pemandu resmi MB sebaik Tok Guruagak lama juga. 

Saya sentiasa bertembong sama-sama menggunting rambut dikedai gunting Sheikh Hamid dibawah Bangunan PAS, 1960 Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Memecah tradisi tidak mendiami kediaman resmi MB Kelantan di No. 10 Kampong Sireh. Gaji dan elaun hak beliau sebagai MB tidak menjadi keutamaan dan dimasokkan kedalam kantong kerajaan dan PAS (maaf kalau silap).

Selamat berehat dan bersara Tok Ayah Jit Dato' Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Alhamdulillah, bersaranya Tok Guru dengan mewarisi kerajaan yang kukoh dantegak megah tinggi mengawan dengan cemerlang dicahayai oleh bulan purnama. 

Sekali air bah, pasir turut berubah

Selepas PRU13 banyak pihak berkeyakinan bahawa Kelantan akan mendapat Menteri Besar yang baru, bukan kerana rakyat menolak Tok Guru sebagaimana dialami pemimpin yang lain baik dalam PAS apalagi dikalangan umNO(baru)bN. Tetapi ianya berfaktorkan umor yang dimamah   usia. Serta mengalami kesihatan yang sering terganggu. Pastilah
Tok Guru tidak diterus dibebankan dirinya menjadi MB kerana kepentingan politik dan 
Tok Guru dijadikan kurban. Tempoh 23 tahun pasti memegang jawatan MB adalah jangkawaktu yang lama Tok Guru berbakti untuk rakyat dan negerinya. Subhanallah. 



Kini kerajaan PAS-PR Kelantan yang baru dituboh dan dibentok. Ustaz Ahmad Yaakob 
(Dato') dan saf TMB dan Exco exco terutamanya anaknda/adindaku Nasaruddin Tok 
Guru Haji Daud Yusoff Meranti, jagalah kerajaan baik-baik jangan turut PRU14 nanti 
terjadi seperti kerajaan PAS-PR selepas PRU13 pada 5 Mei 2013 dan kerajaan PAS-BA Terengganu. InshaAllah saya akan sambong dengan rencana semasa dengan tajuk:- 
 MEMENTUM PR PRK N1 PENGKALAN KUBOR DAN CABARAN SULONG PEGANTI TOK GURU”.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
19 ZULHIJJAH 1435H (SABTU) 14 SEPTEMBER 2014