Thursday, April 30, 2009

PM & MP - CUCI TANGAN TOLAK ANGIN DI PERAK DR.

PERDANA MENTERI & MENTERI PPERTAHANAN –
CUCI TANGAN TOLAK ANGIN DI PERAK.
ZAMRY KADIR DIMALU & DIBIARKAN.......


Saya menunggu sehingga sekarang, sejak tamatnya MKT UM No dalam persidangan penuh pertama, selepas berlalunya Mesyurat Agong UM No baru-baru ini. Semua MKT hadhir, kecuali yang absennya ialah DS Hishamuddin MDN yang bermesyurat di Unesco menyambing fungsi kementeriannya terdahulu. Mesyurat yang diadakan di PWTC pada 24/04/2009, info terawal saya pungut pada jam 7:48pm sebaik mesyurat tersebut berakhir.

Di kalangan blogger intlek untuk membuat perhatian khusus keatas Pengerusi Perhubungan UM No Negeri di beberapa negeri, berpandukan versi dan aksi panas diperdebatkan. Sebagai blogger cokia, saya tampil mengulas mengikut pandangan hemat versi saya. Semuga letak duduknya hakikat tersembunyi dapat di paparkan, Inshaallah.
Saya cuma fokas meneliti terhadap 2 tokoh lagenda, yang telah melabur saham turbo perdana mereka di pasaran turbo gelap. Pasaran saham haram gelap yang mendapat pengiktirafan haram dari Putrajaya. Semuanya telah mendapat usahakerja terancang dari SPRM, SPR, KHN, PN jelujurnya sampai melibatkan istana dan Paduka Tuanku Sultan diperalatkan. Semata-mata rakus untuk menubuh kerajaan tetapi pengecut menghadapi PRK negeri.
Menerusi ekuiti turbo haram yang di rompak dan diapongkan, mereka caturkan ekuiti haram di rompak itu menjanakan politik cacamerba di Perak, menjadi kalut dan kucar kacir hatta mengundang perpecahan. Sampai dunia kiamat pun sejarah perancangan turbo haram mereka, tidak dapat dilupa dan dipadamkan. Betapa besarnya saham mereka (TPM N M Agama (sebelum kudeta dalam umno) berdua untuk negeri dan rakyat Perak dijanakan, dikenang sampai mati.
Tepat bacaan pengamatan saya sebagai blogger cokia kakilima ini, yang isteri saya membenarkan sebelum perlantek PPUN tiga hari sebelumnya saya telah katakan, “Dalam firasat abang, DS Najib dan DS Ahmad Zahid Hamidi akan lari dari Perak”. Pasai apa? Tanya isteri saya yang pembacaan tanggapan politik 30% dibelakang saya yang laju 70% kahadapan. Sekalipun 25 tahun dia berpengalaman mengajar BI di T6, T5, T4 dan sebagainya.

Sahlah mereka lari setelah mereka membina dan mendiri jamban terbang dan jamban pusing di seluruh negeri Perak termasuk di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, ditinggal kepada MB haram berdepan dan menyelesaikannya. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri sepertimana diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi. Perubahannya adalah negeri Selangor - Datuk Seri Najib Razak, Wilayah Persekutuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin, negeri Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan negeri Pulau Pinang - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Perlakuan pelaksanaan kerja melarikan diri dari Perak secara tidak bertanggungjawab dan beramanah ini, oleh kepala/pembantu perampas kuasa dan dalang menubuhkan kerajaan haram di Perak oleh YAB PM DS Najib dan MP YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, adalah jenis manusia bacul lagi pengecut untuk terus kepada ending-penamat kerajaan haram ditubuhkan Najib dan Ahmad Zahid yang ditolak sebahagian rakyat Perak. Khususnya dalam referendum di PRK P.59 Bukit Gantang, 7 April 2009 yang lepas.
Rakyat tolak terlentang mereka ke longkang, mereka berdua dan boneka mereka tanpa diendahkan terus ditolak. Sekalipun yang memohon restu rakyat itu adalah Perdana Menteri, Menteri Pertahanan yang kedua mereka ketika itu adalah Pengerusi Perhubungan UM No Perak dan Timbalan PPUP. Bersekali kelongkang adalah MB haram hasil usaha PM dan M Pertahanan tersebut. Sekarang, mereka berdua membiarkan tanpa merasai bersalah meninggalkan buta-buta jamban tahi kepada boneka mereka YB Dr Zambry.
Mamak pedukang ini terkial-kial membersihkannya. Naik turun mahkamah tenggelam untuk berdepan dengan rakyat menolak dan menafikan restu dipinta mereka di Bukit Gantang baru-baru ini. Hajat cemar PM dan M Pertahanan berjaya mempermainkan keyakinan sokongan ADUN dan rakyat kebawah DYMM Paduka Tuanku Sultan Perak, hingga tercetusnya kemarahan rakyat dan turut dihala kebawah Duli Tuanku. Dalam keadaan ikan busuk dikepala dan berulat menjadi langau dan tungau.
Demi menjaga dan memulihara nama baik mereka berdua (PM n MP) di perengkat nasional sebagai Pemimpin Utama dan Pemimpin Ke3 penguasaan dalam UM No. Demi untuk mengembalikan agar peledak C4 dan Altantuya tidak menjadi ratib rakyat Perak kepada mereka. Akhirnya pemegang peledak C4 yang bergegar di Ipoh 6 Februari 2009 dulu anak Perak jati dan anak Pahang cabut lari. Sebagai pembacul dan pengecut politik bukan sebagai pejuang rakyat, dengan Perak yang berselerak.
Pupusnya jawatan sebagai PPUNP dan TPPUNP, dengan kuasa veto ditangan dalam genggaman. Supaya mereka berdua tidak lagi menghadapi masalah yang berterusan serta berlanjutan untuk terus memikul bewak-biawak hidup di Perak sekalipun ianya hasil usaha buah fikir/buah tangan mereka. Demi melarikan diri dan mengelak untuk terus mencemar dan menambahkan cemar yang tercemar itu berterusan berdepan dengan bantahan rakyat Perak Darul Redzuan, sanggahan dan sumpah rakyat kepada mereka berdua (PM dan MP).
Maka mereka adalah pemimpin ulung yang pintar dan putar, pandai macam tupai melompat, mereka cuci tangan tinggalkan Perak. Dengan mengugah tahi berak mereka, yang tong tersebut sedang ditatang oleh boneka mereka Mamak Pedukang Pangkor mengelilingi Perak, ke Putrajaya dan naik turun mahkamah Ipoh, KL dan Putrajaya.
Oleh kerana mantan usang lagenda PM22T sentiasa menghina orang Melayu mudah lupa. Maka saya imbaukan saham-saham haram, ekuiti-ekuiti haram yang telah dilaborkan oleh DS Najib dan DS Ahmad ZH kepangkuan rakyat dan negeri Perak Darul Redzuan dengan imbauan dan diletakkan di hadapan mata kita bersama untuk mengingatinya agar kita tidak dilontar dan dilunggukkan dengan fitnah dan menjana fitnah kepada PM dan MP.
Ingatlah, pantasnya ianya berlaku sebaik sahaja pemecatan keatas PPUP Tajul Rusli Ghazali diambil aleh oleh TPM ketika itu. Iaitu DS Najib memegang jawatan baru sebagai PPUP dan melantek anak Perak Bagan Datok bermastautin di KL menjadi Timbalannya iaitu DS Dr Ahmad Zahid Menteri Agama. TPM DS Najib dan DS Dr Ahmad ZH menguasai dan mencekam sepenuhnya pentadbiran urus langsung negeri Perak berpusat di Pejabat TPM di Putrajaya. Dengan segala mereka mendapat anjakkan sokongan dan bantuan penuh dari Immuniti awam, mencolek, mengugut, menawan wakil rakyat dari PKR dan DAP. Maka itulah bermulanya saham dan pasaran haram berjalan sampai menghancurkan Perak ke saat ini.
Semuanya perancangan ini perancangan haram dan tindakkan haram diluar perlembagaan negara, dan keluhuran perlembagaan negeri Perak itu sendiri. Walau UM No-BN mendapat laluan mudah dan kerjasama yang gigih serius dari immunitinya yang rakyat telah sedia termaklum. Immuniti UM No-BN adalah SPR, SPRM, PDRM, KHN, PN, SUK Perak dan banyak jenama lagi. Ingatlah apabila pada 04/02/2009 5:19pm di pejabat TPM, PUTRAJAYA, DS Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.
IaituI berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN. Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PR sebanyak 28 kerusi. Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN.
Termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak. Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. – Utusan
PM ketika itu YAB DS Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Lah) turut untuk merebut untuk mendapat pahala sama diatas kerja-kerja haram tersebut dengan membuat pengesahan, iaitu pada jam 7.56pm 04/02/2009 di pejabat PM di PUTRAJAYA, kata PM DS Abdullah Ahmad Badawi “Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi” .
“Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini hari ini. - Bernama
Berikutnya pada 05/02/2009 di IPOH Najib yang juga Pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Perak, tiba pada pukul 9.49 pagi diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Pengerusi BN Perak. Jam10:40am Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Kinta meminta perkenan baginda agar Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran negeri, sehari selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.
Empat wakil rakyat itu terdiri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim, yang menyertai PKR pada 25 Jan lepas dan kembali semula kepada Umno semalam. Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong BN.

Ketiga-tiga mereka bersama Nasaruddin turut berada di sisi Najib semalam ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan sidang akhbar di Putrajaya untuk membuat pengumuman mengenai sokongan mereka kepada BN. Berikutan perkembangan terkini, BN dan Pakatan masing-masing mempunyai 28 kerusi tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar. — Bernama
Menjelang 12.02pm 05/02/2009 - IPOH 5 Feb. – Sultan Perak sudah disembah maklum mengenai majoriti mudah yang diperoleh Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan baru di negeri itu. Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN termasuk dari Bota yang kembali kepada parti itu serta tiga yang meninggalkan parti masing-masing menjadi ADUN Bebas telah memberi pengakuan menyokong kerajaan BN.Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Perak menitahkan semua ADUN yang menyokong menghadap dan majlis menghadap sudahpun diatur susun dan diterima menghadap.

``Dengan ini terserahlah kepada Sultan Perak membuat keputusan selepas ini.``Tuanku akan buat keputusan secepat mungkin. Kita akan maklumkan sebab ada proses yang perlu diikuti. ``Jadi sebelum MB baru boleh angkat sumpah, Tuanku perlu membuat keputusan sama ada membubarkan DUN atau meminta MB sekarang meletak jawatan,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO di sini hari ini.Ditanya reaksi sekiranya keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Perak tidak memihak kepada BN, Najib menjawab: ``Kita akan hormati apa jua keputusan Tuanku kerana itu hak mutlak Tuanku.’’ – Utusan
Akhirnya dengan bijaksana pedaya tipudaya maka pada 06/02/2009 4:13pm KUALA KANGSAR 6 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Haram Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, sepanjang perjalanan mereka menuju keistana mendapat bantahan halangan dari rakyat yang bertanggungjawab supaya kerja haram jangan dilakukan.
Apa yang saya catatkan diatas adalah rentetan pelaksanaan haram yang telah tercatat dalam negeri Perak, dan ianya telah dicatatkan langsung oleh rekod DUN Perak Darul Redzuan. Lihatlah negara menghasilkan PM dan MP yang melarikan untuk penyudahan dalam memikul tanggungjawab cemar yang tangan mereka hasilkan. Pasti, catur awal mereka bertanggapan, kes ini akan selesai tamat berakhir dalam paling lama 2 minggu mengambil masa bantahan dan halangan. Rupa-rupanya sudah 3 bulan Najib dan Zahid kandas dan terbabas dari perkiraan.

Najib dan Zahid sudah dapat mencium kes ini akan menjadi barah dan parah dan payah mendapat keputusan yang tutas dari mahkamah, melainkan melalui medan pilihanraya dengan membubarkan DUN. Inilah fenomina yang menjadi hantu Altantuya yang aman ngeri lagi menakutkan UM No-BN untuk berdepan rakyat. Kecuali hanya dengan kerja haram merampas kuasa dan menjana MB Haram dengan membelakangkan semua undang-undang dan perlembagaan kerana semuanya adalah telah menjai komponan kepada UM No.Bn.

Akhirnya mereka melarikan diri dari tanggungjawab. PM dan MP melepaskan jawatan utama UM No Perak mlarikan diri dari beban memikul tanggungjawab kepada MB Haram mamak pedukang Pangkor menyelesaikan sendiri, dengan rakyat, dengan Sultan. Untung besi timbul, rugi pelempong tenggelam. Semuanya tong najis yang dijanakan oleh PM dan MP diserahkan tong najis dan baten itu kepada MB haram menyelesai, berhadapan dan menghadapinya. Rakyat bijaksana fikir-fikirkanlah pemimpin licik lagi cerdek ini. Rakyat Perak, timbangkanlah berapa berat kesalahan pemimpin yang melarikan diri dari menyelesaikan tugas.

1.00 pagi – 30 April 2009 Khamis.

Nukilan tidak lupa: IBN ABDULLAH AL AWAB

Tuesday, April 28, 2009

PR SELAMAT BERJUANG

N.12 PENANTI: PAKATAN RAKYAT – PKR, DAP & PAS
SELAMAT BERJUANG – PERTAHANKAN MENJANA KEMENANGAN
GANDAKAN UNDI MAJORITI. INSHAALLAH.

Berkelah bermalam di pinggir kota
Bonda Tun Lah Datuk Hajjah Kailan
Bismillah, Salam Sejahtera pembuka kata
Mengiringi PRK N.12 calun PR dari Keadilan

Permatang Pauh bersawah padi
Padi menjadi di tuai dipunggah
Debaran PRK N.12 Penanti dan menjadi
Muslihat SPRM dan SPR berjaya di sanggah.

Proton Saga, Gen2, Waja dan Wira
Kereta Nasional, aksiden jadi rangka
Mohamad Fairus Khairudin andalah wira
Bukan pembelot tidak mendurhaka.

Lautan dalam samudera di Sunda
Tangkapan laut dalam, pukat tunda
Perkhidmatan anda sejarah di tinda
Inshaallah di depan peluang berganda.

Tapak kerajang berlantai buloh
Tempat menyimpan raga berangan
Anda di sepak terajang, kesel Sg Buloh
Mahalnya harga mutiara perjuangan

Datin Seri Azizah menyalin lampin
Cucu sulung bergandang simen
YB Datuk Seri Ibrahim icon pemimpin
AP Pmtg Pauh, K. Pembangkang Parlimen.

Padi di tuai di bakarlah jerami
Api membara melarat gayat
YAB Tuan Lim Guan Eng KM kami
Memikul amanah melindungi rakyat

Sayor kailan jeruk kemaman
Hidangan marhaen anak menantu
YB Hamdan PSJ PAS Us Salleh Man
Bersama anak buah, jihad membantu

Burung wak-wak mematok padi
Padi Mat candu masak tiga penjuru
Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Abdul Hadi
N.12 Penanti pohon restu, berkat Tok Guru.

Gading gaharu, kas-kas air gamat
Di sapu di balut penyemboh sendi
Bergandinglah bahu, fokaskan matlamat
Pertahankan kemenangan, gandakan undi.

Kediaman resmi MB Seri Mentalun
Tempat pertemuan jamuan perdana
Walaupun UM No-BN tak letak calun
Di letak calun boneka di bagi dana.

Tahan lokah terkena lokan
Ikan pelaga anak seluang
Adakah sesiapa politik cari makan
Nak keluar PKR kunonnya tersasar juang?

Bikin serawa bersama pengat
Jamu penceramah di siang hari
Pemimpin wibawa, rakyat bersemangat
Bersatu hadapi, nyah UM No Najib P. Menteri

Kilang industri IKS di simpang Kuala
Peluang bekerja, taukeh jadi kaya
Pemimpin DAP, PAS, PKR jadi idola
Rakyat bersatu tawan Putrajaya

Pohon meranti berbuah keranji
Pokok ditebang di buat titi
Pengundi N.12 Penanti, kami berjanji
Memberi kemenangan 4,850 majoriti.

Terbang tinggi di langit mengawan
Bertembong langgar jatuh beralun
Kepangkuan PDRM, SPRM, SPR badan Awam
Jangan ganggu majlis permashoran calun

Tiup kelempong meniup belon
Acara majlis mencuit hati
Dr Mansor Othman di angkat calun
Mewakili PR di PRK N.12 Penanti.

Bengkang betek pengat sagu
Gulai Mamak, nasi beriani itik serati
Kemenangan Dr 31 Mei jawatan menunggu
Pertimbangan YAB KM dilantek TKM 1 ganti.

Nukilan selepas Asar: Ibn Abdullah Al Awab.

5.25 ptg – 28 April 2009.

PRK N.12 PENANTI - JAWAB UM No JAWAB

PRK N.12 PENANTI – JAWAB UM No JAWAB, JANGAN TAK JAWAB.


Kelapa parut di timbang kati
Bermacam dibeli borong sakan
Sekali pun takut separoh mati
PRK Penanti SPR dah sahkan.

Mee abu di Pekan Changlun
Di gemari makan muda dan mudi
23 Mei Sabtu penamaan calun
31 hb Mei Ahad hari mengundi.

Selangkah kedepan memanjat sawa
Dakapan terkukur berkuku punai
Benarkah Najib manusia berwibawa
Percakapan di tutur mampu di tunai?

Suspek penjenayah wajib didakwa
Mengelak dari berlarutan ejekkan
Najib Perdana Menteri di luar wibawa
Keputusan kerjanya Tun Det putuskan?

Keladi zabit papaya di pencil
Rebah ditendang denda di palu
Bahadi Najib pilihanraya kecil
Tambah malang gandakan malu.

Kain carek menjadi perca
Di usung lalu kedalam perahu
Menderita di hati sulit di baca
Menanggung malu siapa tahu?

Raden Karno memecut lalu
Pengsan selop bila menyerang
Presiden UM No pengecut melulu
Keputusan tangan di tentu orang?

Dari Permatang kita ke Kuala
Bukit Selambau Ke Bukit Gantang
Lima PRK UM No Najib di timpa bala
PRK DUN Penanti, kan turut telentang


Di rempoh posmen jatuh kekiri
Jatuh sembam kepala terbenam
Tempoh berkempen tujuh hari.
Menghadapi PRK 08-09 kali keenam.

Dari Kota Muda ke Kuala Balah
Kuang berkubang Permatang Tahir
KJ Ketua Pemuda menantu Tun Lah
Di buang tendang arahan Mahathir?

Panglima Batam berilmu sakti
Mati di nibong semasa berdiri
Bayangan kekalahan UM No menanti
Penandaras tunjuk pada Pedana Menteri.

Menikah mula cerai berpisah
Kerana tertarek bini kawan
Perletakkan Fairus Najib gelisah
Dah pupus shahawat nafsu berlawan

Menumbuk padi dalam lesong
Cara lama di buang terpencil
UBN berusaha Penanti tak jadi kosong
Mengelak bertempor di pilihanraya kecil.

Menanam tebu bersama limau
Terkena bena batu payak dipuleh
Najib tak mau, Tun Det kata mau
Jalan mana satu UM No nak pileh?

Mengangkat bakul menbantu kawan
Bakul diisi ketupat dan balang
Hakikat sengoti bacul Najib berlawan
Mendengar Altantuya C4 kan sebut berulang.

Sampah sarap telah di punggah
Sebaik di komplin ke Bandaraya
UM No Permatang Pauh bantah sanggah
Jangan pengecut hadapi pilihanraya.

Balairaya seranti bangunan lama
Seluang sepat di ancam bahana
Pilihanraya Penanti penting utama
Peluang sebat rembat segala dana.
Kelip kelip cahaya samar lampu pelita
Diletak menyala dihulu tepi jendela
Najib dan Tun Det bebunga sengketa
Cadangkan PM bersih diri dahulu dari cela

Bangau terbang hinggap di galah
Tegang galah melentor tulah mematah
Ingau Najib kalahkan ayah, Tun Det Tun Lah
Satu Malaysia, UM No sanggah membantah.

Sedap dan enak masakkan Hailam
Pengunjung di hibur paluan rebana
Demi survival politik PM Najib abaikan Islam
Gadaikan agama, nak sokongan India Cina.

Padi sekoyan, ladang ternak biri-biri
Perusahaan baru minat Tun Jean Tun Lah
Apa nak jadi, semboyan Najib makan diri
Penanti bertarong kalah, pulau bermasalah.

Naga lagenda purba di Tasek Chini
Sang bapok bersanggul pandan
Kita tunggu penamaan 23 Mei Sabtu ini
UM No Najib anak jantan, ka pondan?

Digurimdam oleh: IBN ABFULLAH AWAB

28 April 2009 – Selasa – 11.13pagi

Monday, April 27, 2009

PENANTIAN PENGUMUMAN ANAK BULAN N.12 PENANTI


PENANTIAN PENGUMUMAN ANAK BULAN N.12 PENANTI:
DARI PENGERUSI SPR - 10.30 PAGI ISNIN 27 APRIL 2009


Dalam negara kita serba canggeh dalam semua pengurusan, pasarana kelas utama dunia, dialam iCT, Cyberjaya, system kumunikasi pentadbir urus kelas dunia, sebagaimana didakwa oleh mantan dua Perdana Menteri terdahulu dan Perdana Menteri yang baru menjawat jawatan. Apabila Pengerusi Baru SPR memalukan seluruh SPR kepengetahuan sentaro dunia. Bahawa beliau sebagai Pengerusi SPR (satu suruhanjaya bebas yang mengurus tadbir hal ehwal pilihanraya DUN dan Parlimen) yang mengenggam jawatan Pengerusi SPR menelorkan 2 pekara pelek dan ajaib dalam membuat keputusan yang menyulitkan sebuah negeri iaitu Perak yang telah banyak diperkatakan.

Keduanya apabila dizaman dunia meredah sempadan menjadi kerot dan kecil, dapat dihubung dengan pandang melalui sidang media internet dan seumpamanya. Adalah amat memalukan sebagai saorang Pengerusi SPR yang bertanggungjawab kepada SPBYDA dan rakyat negara, tanpa malu segan dan silu, penagguhan pengumuman kekosongan DUN N.12 Penanti di Pulau Pinang tidak dapat diumumkan oleh beliau, disebabkan kerana pengurusan pentadbiran tidak bers sehubungan perlantekkan Pegawai Pengurus Pilihanraya dan berbagai-bagai yang berkaitan tidak dapat dibereskan katanya Pengerusi SPR baru tersebut. Mashaallah!!! Awat macam ni!!! Tak pernah jadi terok macam ni!!!!

Seterusnya beliau memberi pengakuan pemgumuman resmi kekosongan DUN N.12 Penanti menjadi kosong setelah wakilnya YB FA telah meletak jawatan sebagai ADUN N.12 Penanti maka peristiharan kekosongan tersebut diikuti dengan peristiharan PRK DUN N.12 Penanti wajib diadakan. Pengundi dan rakyat negara dan SPBYDA sedang menunggu kebenaran janji pengerusi SPR jam 10.30 Isnin 27 April 2009 iaitu peristiharan pengumuman resmi dari Pengerusi SPR iaitu PRK N.12 Penanti diadakan, Inshaallah.

Sehingga saat saya menjana rencana blog ini, saya maseh menaroh sangkaan baik kepada Pengerusi SPR. Tetapi permainan sekupu dari komuniti BN iaitu SPRM yang dulunya macam gila babi (di Mexico telah mati 82 kerana wabak virus selesema babi) pantas naik turun, ligan dan hambat TKM 1 PP YB Mohammad Fairus Khairuddin, sampai ketambak Johor. Beliau dimalu dilokapkan, kununnya cukup lengkap keterangan dan dokumen diperolehi termasuk ketika diambil dipejabatnya di Komtar. Tiba dalam masa ini juga SPRM memaklumkan sempena penangguhan Pengerusi SPR akan kekosongan DUN N.12 Penanti dan ditunda. Tup!! Tup!! Tong!!! Tongg!!! YB Mohammad Fairus Khairuddin pehak SPRM tidak akan didakwa kerana kurang asas. Oooi macam ni ka hampa kerja. Macam cokia Chow Kit Road.

Sementelah didului oleh Presiden UM No merangkap PM6 bersin dan batuk sedawa merayu “Tidak bersetuju Fairus meletakkan jawatannya” sebelum pehak SPRM membuat pengumuman penangguhan diandaikan masalah pentadbiran adanya. Sebaik bait yang keluar dan terpacul dari perut pedal Timbalan Pengerusi SPR Dato’ Wan Ahmad Bin Wan Omar sebagaimana tertera dalam lidah perdana citak Media Prima iaitu News Straits Times, hari Jumaat, kurang lebih diperjelaskan TP SPR Dato’ Wan Ahmad Bin Wan Omar bahawa YB Mohammad Fairus Khairuddin masih mempunyai masa sehingga Isnin depan sebelum Pengerusi SPR membuat keputusan muktamad. Beliau masih boleh mengubah pendirian dan membatalkan keputusan mengosongkan kerusi N.12 Penanti disandangnya.

Sebaik menatap NST dirumah jiran guru BI pengalaman 29 mengajar di Tkt6, memperlihatkan saya kerenah dan mehnah SPR. Saya terus hilang kepercayaan kepada SPR dan SPRM, kerana kedua-dua Pengerusi SJ ini adalah menjadi pak kong, pak kua dan menjadi besar sebagai king kong meratah mangsanya diuar UM No/BN, dalam kata erti politik SPR dan SPRM adalah barua sundal kepada UM No/BN, itulah hakikatnya. Walau bagaimanapun sama-sama kita menyaksikan realiti hakiki pada 10.30 pagi Isnini 27 April 2009 ini dari lidah paseh SPR samada berlapis bercabang atau maseh kekal seperti lidah insan kamil yang lain disudut katakota janji.

Nyatalah tempoh penangguhan peristiharan pengumman oleh SPR kepada hari Isnin 27 April 2009, adalah semata-mata memberi ruang, peluang kepada semua agen-afen SPR, SPRM dan Agen UM NO/BN usaha-usaha terakhir dari SPR snediri, SPRM dan rantai rangkainya disudut mengugat dan memaksakan apacara kepada Mohammad Fairus Khairuddin, dengan tekanan dan macam-macam asakan dan janji jangan meletak jawatan. Kenapa? Kerana Najib PM6 takut menghadapi dan berdepan dengan PRK apalagi dalam gelanggang N.12 Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh.

Kepangkuan Pengerusi SPR yang tak mampu dan malu menyebut namanya, seingat saya sejak zaman Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan 4 September 1957, dengan Pengerusi pertama SPR Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan. Sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Sehinggalah kepada Pengerusi SPR yang menyempurnakan perjalanan PRU12 pada 8 Mac 2009 iaitu Y.Berbahagia TS Rashid Abdul Rahaman berpejabat di Putrajaya.
Sejak zaman mundur dengan serba serbi kekurangan, dalam sistem perhubunga telekomunikasi, seingatan saya yang mengikuti setiap pengumuman Pilihanraya Kecil, tidak pernah dizaman mundur dahulu tempoh 30 tahun dahulu, penagguhan dibuat oleh Pengerusi SPR gagal memaklumkan hasil persidangan memutuskan untuk mengadakan PRK ditangguhkan disebabkan faktor pentadbiran dan pengurusan tidak beres dan siap sempurna. Zaman mundur iCT dulu Pengerusi SPR dahulu tidak pula menghadapi pentadbiran tidak beres sebaik keputusan mesyurat ada ditangan, kerana masa cukup diambil oleh SPR dari tempoh perletakkan jawatan kekosongan sesuatu KAPAR atau KADUN diumumkan selalu tidak melalui penangguhan oleh Pengerusi SPR zaman serba canggeh yang memberi alasan yang menerjunkan dirinya yang mengemudi SPR kelembah cemar ddimata rakyat khusus dan khasnya dari lawan UM No/BN.
Besok jam 10.30 pagi Isnin 27 April 2009, akan terbokti sebenarnya yang tersurat dan tersirat menjadi realiti iaitu kong kali kong, kura-kura tongtong tong tong budi hati mereka berpehak kepada UM No/BN atau sebenarnya SPR yang sebagai satu SJ yang menjalankan tugas SPBYDA untuk negara dan rakyat.

Kalam tinta oleh:-

IBN ABDULLAH AL AWAB

Isnin 27 April 2009 jam 5.20 pagi – Menjelang suboh

Sunday, April 26, 2009

SENIFIKAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2009

SENIFIKAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2009 (Welcome to KLIBF 2009)
PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC) KUALA LUMUR.
17 – 26 APRIL 2009

Pengisian dan Mengambil Peluang


Cuma berbaki sejam sahaja lagi terai penutup PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2009 yang dianjur dikelolakan oleh Menteri Pendidkan Malaysia akan berlabuh jam 9.00 malam ini, setelah 10 hari dibuka untuk pengunjung. Ianya membabitkan pengeluar perengkat international publishing community dan pengeluar tempatan.

Penyumbang-penyumbang utama yang menjayakan pesta buku yang bersejarah ini diantaranya adalah:-

(1) Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) Kementerian Pelajaran Malaysia.

(2) Majlis Industri Buku Malaysia.

(3) Persatuan Kontraktor Buku Malaysia.

(4) Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.

(5) Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia dan

(6) Persatuan Penjual Buku Malaysia.

Pesta buku antarabangsa kali ini, ianya seperti biasa turut disertai oleh penerbit dan pengeluar buku-buku ilmiah. Diantara beberapa penerbitan yang tekun, tabah dan berbesar hati mengeluarkan buku-buku serta kitab-kitab yang ditulis dan dikarang oleh pemimpinan utama Parti Islam Malaysia –PAS.

Disaat pemimpin-pemimpin perdana UM No/BN takut dan tulah untuk menghadzirkan diri dimana-mana premis bangunan yang dimiliki oleh PAS di mana-mana negeri, untuk menerima undangan merealisasikan program untuk kebaikkan sejagat bersama ditolak dan dinafikan. Disaat ahli-ahli UM No kurang mengunjung ke bangunan mereka sendiri kecuali setahun sekali. Maka kesempatan dua bulan selepas UM No bersidang pemimpin-pemimpin PAS pula dan penyokong dan ahli-ahli PAS gagah megah masok ke PWTC yang mereka sememang arif mengetahui disitulah letaknya pejabat Agong UMNO Malaysia.

Dalam turut menjayakan pesta Buku antarabangsa tersebut, ianya telah turut serta dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pemimpin-pemimpin Tertinggi PAS mengambil falsafah dari pameran buku perengkat antarabangsa tersebut. Beberapa pemimpin tertinggi PAS dan pemimpin perengkat negeri dan kawasan disemua perengkat silih berganti masa dan hari merempuh masuk kebangunan PWTC milik UM No yang dijadikan gelanggang pameran buku tanpa mampu disekat oleh pemiliknya UM No.

Pemimpin PAS yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Kehadiran mereka tidak luak dan rugi. Hatta mereka mendapat laba dan keuntungan diatas mereka menjana diri kepameran tersebut. Mereka dapat berjumpa dan berintraksi secara langsung dengan pelbagai lapis masyarakat negara dan antarabangsa. Mereka berkebolehan intraksi dengan bahasa dunia BI, bahasa Perdagangan dunia Bahasa Mandrin, bahasa Agama Arab dan Urdu. Mereka tidak tersisih dikalangan tetamu Internasional.

Bermula dengan kehadiran YAB MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz merangkap Mursyidul Am PAS Malaysia, pada 19 April bertujuan untuk melancarkan sebuah buku yang penulisnya adalah isteri kepada Toh Guru sendiri iaitu Datin Tuan Sabariah dengan tajuk “BIDADARI DARI TIMUR” (Memoir Isteri Seorang Pejuang). Mengiringi pelancaran buku tersebut diiringi puluh ribu peminat dan pengunjung mengambil kesempatan menyaksikan pelancaran dan meminta tantatangan pasangan tersebut pada buku yang dibeli oleh pengunjung. Cukup hebat sambutan diberikan. Pemimpin UM No mereka lalai dalam hal ini, ini adalah kenyataan di PWTC di PBAKL98, Alhamdulillah.

Manakala dihari kedua pameran YB DS TG Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS bersama rombongannya tiba diwaktu tengah hari. Lebeh bersetail dan mendapat sokongan dari pengunjung remaja dikalangan putra dan putri, apabila Presiden PAS ini yang sememangnya candu dan tegar internet berbesar hati menyempurnakan laman web kedai buku Nufair Street – www.nu-fairshop.com ianya merupakan anak syarikat kepada akhbar resmi kepada PAS anak syarikat Harakah.

Hari berikutnya 3 serangkai Pemimpin Kanan PAS iaitu Exco KNK DP Haji Husam Haji Musa merangkap Naib Presiden Kanan PAS, bersama Bendahari Agong PAS PUSAT YB Dr Haji Hatta Ramli juga AP Kuala Krai, bersama Ketua Penerangan PAS Pusat YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar juga AP Pokok Sena. Turut mengiring mereka adalah mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Bin Yaakub serta beribu-ribu peminat bersama-sama mereka. Penghurmatan penulis buku “GAHARU – DUIT DI ATAS POKOK” iaitu Dr Rosli Yaakub sendiri, mengundang dan memberi penghurmatan kepada DP Haji Husam melancarkan buku nya secara resmi, Alhamdulillah.


Didapati banyak buku-buku dan kitab yang ditulis oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS samada dikalangan Ulamak dan Profesional. Dalam menjana ilmu dalam menyampaikan ilmu disemua medium yang ada dinegara kita sejak dahulu hinggalah lanie semua pemimpin kanan PAS adalah kehadapan. Tidak terdapat buku besar yang ditulis oleh pemimpin-pemimpin UM No yang kini khayal dengan jawatan yang diundi dipileh oleh ahli-ahli mereka. Ahli-ahli UM No mungkin disembunyi dari fakta, bahawa semua pemimpin UM No sekarang tidak pernah mengarang buku dan kitab agama, kalau adapun siapa?

Sebab dalam ratusribu tajuk buku tidak dijumpai buku yang di tulis oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana dan Naib-naib Presidennya. Disinilah UM No dan Pemimpinnya tidak pentingkan ilmu dan pengetahuan dalam menterbiah dan mendidik ahli-ahli mereka, sampaikan 3 juta ahli UM No jadi sasau dan gila mencari buku-buku dan kitab yang ditulis oleh pemimpin agung tertinggi UM No mereka. Kesian dekat UM No yang pupus pemimpin berkebolehan mengarang dna menulis selain dari karau dan tarek dalam menjalankan kabinet masing-masing.

Saya tidak mau membariskan buku, kitab dan tafsir yang dikarangkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS seperti Mursyidul Am PAS YAB TG Nik Aziz, Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan MA PAS Profesor Dk Dr Haron Din, Ustaz Abdul Ghani Rahman PSJ PAS Melaka, PSJ PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Ustaz Taib Azamuddin mantan Imam Besar Masjid Negara, YB Dr Mujahid Yusoff Rawa, YB Dr Dzulkifli Ahmad AP Kuala Selangor, YB DR Che Rosli Che Mat AP Kuala Langat, DP Haji Husam Musa, DS Azizan Razak dan ramai lagi kalau mau dibariskan. Inilah khazanah ilmu yang dibaca oleh jenerasi pasca internet anak muda yang kan mengundi kali pertama dan kali kedua dalam PRU13.

Mereka mengenali PAS adalah menerusi pembacaan mereka dari buka yang dikarang oleh pemimpin-pemimpin PAS dan mereka melihat pula batang tubuh pemimpin PAS yang menulis itu, sama tulis seperti bikin? Diatas alasan dan faktor inilah UM No kehilangan dan tertinggal penyokong muda putra dan putri kerana mereka tidak mengenali semua pemimpin mereka dan pribadi pemimpin UM No dari lidah ilmu mereka yang ditintakan didalam buku dan kitab. Mereka mengenali pemimpin Perdana UM No melalui dan menerusi kosmetik tampilan yang jauh api dari semanggang akan cakap dan bikin bikin dan laksana.







Disinilah putra dan putri yang menjadi pengundi baru PRU13 membuat perbandingan tuntas diantara Pemimpin PAS dengan Pemimpin UM No. Disinilah letak duduknya ketewasan dan kelemahan pemimpin UM No membudayakan ilmu kepada rakyat, kerana sikap malas pemimpin tertinggi UM No meluangkan masa menulis untuk dibaca oleh anak-anak muda yang dahagakan ilmu yang terpancar dari pemimpin UM No yang ayah ummi mereka mendampingi dan mengundi, berparti dan budaya ilmu ianya bukanlah dari jenis yang boleh di pusakai dan difaraidkan. Inilah UM No telah jauh kebelakang di tinggalkan oleh PAS

Walau apa-apa pun, saya bersetuju dengan pandangan dan cadangan anak-anak saya melalui email berkembar (mereka adalah anak-anak yang belajar di Tkt 1-5 di SMS Tengku Mohd Fariz Petra 2 orang dan di MRSM Pengkalan Chepa 2 orang, yang sempat diakhir penyiapan PUTIK mereka sentiasa menyelinap masuk curi ke Putik mengikuti program besar khususnya di Muktamar Terakhir bersama Almarhom Ustaz Fadzil Nor) yang memberi penegasan. Walau pun pemimpin seperti disebutkan diatas, tetapi anak-anak saya mencadangkan bermula dari sekarang, mengikut kepakaran dan kebolehan profesional masing-masing, wajar semua pemimpin-pemimpin PAS dikalangan seperti dibawah menulis buku untuk tatapan anak-anak muda dengan harga mudah beli mereka. Iaitu:

(1) Semua ADUN, Ahli Parlimen PAS dan Ahli DN

(2) Semua PSJ-PSJ Pas negeri-negeri.

(3) Semua Ketua-ketua Dewan dan AJKnya terutama Dewan Ulamak.

(4) Ahli JK PAS Kawasan.

Bayangkanlah sekiranya setiap tahun dikalangan pemimpin diatas meluangkan masa mereka dan mereka adalah dikalangan pemimpin yang pentingkan ilmu dan cakna ilmu. Berapa banyak khazanah ilmu yang dapat diambil dan diterima dan ditauladani oleh anak-anak putra putri yang kita perlukan mereka untuk memerentah negara Malaysia dalam PRU13 nanti. Justeru marilah sama-samalah kita fikir-fikirkanlah.

Sebaik saya tamat menulis tentang pesta buku AB 2009 dan falsafanya kepada PAS dan pengnjungnya tahun ini, masa penutup resmi pesta tersebut telah berlaku hampir sejam yang lepas.

Direncanakan oleh:-

IBN ABDULLAH AL AWAB

Ahad : ! Jamadilawal 1430 / 26 April 2009 – Jam 9.58malam.

UM No: MENONGKAH ARUS MENDAKI MAYA, MAMPUKAH?

UM No: MENONGKAH ARUS MENDAKI MAYA, MAMPUKAH?


Pandangan dan Tinjauan.

Mengurus dalam mentadbir yakni mengelola serta mengawal selia sesabuah badan parti politik dalam konteks kata pengurusan mentadbir, memerentah negeri dan negara; ianya tidak sama dan serupa sebagaimana pengurusan pentadbiran disajikan dalam sebuah pasukkan bolak sepak. Sekiranya berhadapan dengan pemain tempatan lemah, maka tindakkan mengimpot pemain dilakukan. Begitulah juga sekiranya pengurus dan jurulatehnya tidak berupaya menjalan dan merealisasikan tugas-tugasnya maka pengurus dan jurulateh pantas diputuskan diimport untuk menyelesaikan masalah. Samada untuk jangka pendek maupun untuk penyelesaian jangka panjangnya.

Fenomina selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, kekalahan besar yang mengejut diluar jangkaan kepimpinan perdana UM No-BN, telah melanda musibah dengan mencipta sejarah burok yang tercalar. UM No/BN tewas dengan kekalahan tidak mendapat kepercayaan 2/3 majoriti penguasaan dalam Parlimen. Hatta lebeh parah dan mendatangkan kesan yang mendalam, gawat dan gayatnya UM No-Gerakan/BN apabila mereka tewas di beberapa negeri yang maju dalam semua sektor dalam negara kita. Seperti negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak negeri penduduk Melayu ramai negeri Kedah dan terus tewas dan kandas di Kelantan. Hatta kecundang di Wilayah Persekutuan serta hampir-hampir terlepas pegangan memerentah di Negeri Sembilan sekadar dengan majori mudah.

Sebagai pemerhati luar dari kotak UM No (tetapi dilahirkan dari dalam sulbi UM No sebelah Ummi dan abah. Almarhom abah ketika zaman saya kecil diawal tahun 50han, abah sentiasa membawa saya menemui kawan-kawannya menaiki Kereta Api Tanah Melayu – kuasa arang batu ke Kuala Lumpur). Saya maseh ingat yang mana beberapa tokoh utama Negara dan UMNO ketika itu pernah menjamah kepala saya selepas bersalaman dan mencium tangan mereka dan mereka memberikan saya wang merah $10 cap kerbau mengala dan petani. Diantaranya menjamah kepala saya adalah Captain Razak Husein (panggilan abah kepada Tun Abdul Razak), Syed Jaafar Albar Syed Hassan, Tun Syed Nasir Ismail, TG Haji Ahmad Ahmad Badawi, Haji Suleiman Palastin dll, saya heran dan bertanya kenapa saya tidak menjadi UM No?). Kekalahan UM No dalam menghadapi PRU12 tersebut, ianya berkaitan rapat berpaksi kepada diantaranya ialah:-

Pertama: Keceman dan komen-komen negatif mantan Perdana Menteri 22T secara terbuka kepada YAB Ds Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan beliau menjawat PM. Diatas banyak pekara yang telah menjadi pengetahuan umum sampaikan kepada Tun Dr Mahathir rasa bersalah dan kesal tersalah melantek YB DS Abdullah Ahmad Badawi menggantikan dirinya.

Kedua: Tajaman fokas Tun Mahathir sebaik DS Abdullah Ahmad Badawi menjawat Perdana Menteri sehingga berundur ianya adalah jasausaha besar yang dijanakan oleh Tun Mahathir dengan tumpuan setiap keputusan politik dan projek dilakukan oleh YAB DS Abdullah ianya wajib melalui terlebeh dahulu di Tingkat 4 Perdana Putra yang diketuai oleh menantu PM ketika itu iaitu Khairy Jamaluddin, Naina Merican dan ramai lagi.

Ketiga: Sebaik selesai PRU12 maka bertambah kencang dan berangkainya secara konsisten yang berterusan asakkan dan tajian kepada YAB DS Abdullah Ahmad mestilah bertanggungjawab diatas kekalahan BN-UM No. Salakan dan ngauman Tun Dr Mahathir ini, akhirnya gayung bersahut. Mampunya Tun Mahathir mengkucarkacirkan UM No dicaing-caing dan dijorong-jorong, maka berlaku dan terjadilah mengikut skrip yang dirangka strukturkan oleh Tun Dr Mahathir. Iaitu watak-watak utama yang meyebabkan DS Abdullah Ahmad Badawi terjun dari jawatanya adalah faktor TS Mahyuddin Yassin yang tidak sabar untuk menjadi TPM dan Najib sudah merasai kalau-kalau dipintas oleh mana-mana pehak menjawat jawatan PM. Maka masing-masing menjadi cacing kepanasan, kaduk naik junjung.

Keempat
: Fenomena gelap dan malang menimpa negara kita dalam demokerasi berparlimen iaitu usaha perancangan rakus rampasan kuasa di progremkan di perengkat pusat di Putrajaya. Ianya diketuai dan di dalangi langsung oleh TPM DS Najib ketika itu, terhadap sebuah negeri yang bernaung dalam Persekutuan Tanah Melayu-Malaysia, iaitu negeri Perak Darul Redzuan yang dikuasai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat: didominasi oleh parti-parti PAS, DAP dan PKR dengan UM No/BN merampaskuasa melalui bintu rusok dan pintu belakang menubuhkan kerajaan haram dengan bonekanya merampas menjadi Menteri Besar Haram2 iaitu mamak pedukang Pangkor yang terkial-kial mohon restu sampai lanie tetapi maseh buntu segala tindakkan dan prilaku semua aspek untuk direstui telah diusahakan.

Kelima: Anjakkan dan delimma rampasankuasa tersebut, ianya menjana kuasa dan desakkan disatu pehak, maka UM No terus menghadapi dan berdepan dengan seribu perpecahan yang realitinya. Sekali pun peranan besar dalam menafikan perpecahan iaitupun membedong dan dinafikan perpecahan dan seribu masalahan, barah dan sebagainya oleh seluroh media elotronik, media cetak tetapi mereka gagal dalam medium baru melalui internet yakni blogger. Rakyat umum payah menerimanaya hatta Tun Dr Mahathir terus mengecam dan membantah cara-cara tersebut termasuklah dari YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. Kecuali IMMUNITI yang yang mendinding UM No/Bn adalah SPR, SPRM, PDRM, KHN, PNM dan jabatan sewaktu dengannya dari detik kesaat masa kesemasa.

Walau UM No berusaha sepenuh secara bijak pandai, sepenuh tindakkan dalam merealisasikan untuk UM No kembali dipercayai, diyakini dan diterima oleh rakyat. Setiap itu UM No berdepan dengan masalah baru, tutup lubang A, lubang B ternganga, tutup lubang D lubang E pula yang terlopong dan begitulah selanjutnya. Hati Q terjaga tetapi hati K pula yang terusik dan merajuk merana. Pulihkan hati K maka Q, E pula bangun memeronta, semuanya tak kena, fomomina ini sedang dihadapi oleh UM No sekalipun mesyurat agung UM No selesai dan reform Kabinet rakyat di dulukan telah terbentuk, namun masalah dan penentangan bertubi mendatang, menghalang kerancakkan merealisasikan pembentukkan kerajaan.


Dillema UM No Tidak Kesudahan.


Sekalipun kuatnya kesungguhan berusaha yang bersungguh dikalangan kepimpinan perdana UM No, dalam tampil kehadapan dengan menggunakan semua wadah media dan informasi, dalam membuat penafian dan menyangkal UM NO sedang mengalami barah perpecahan, yang mampu menjurus kepada meruntuhkan struktur UM No itu. Seperti kerja terancang umpama anai-anai atau api didalam sekam, dikalangan dalaman UM No tersendiri dikalangan semua perengkat di semua negeri. Tetapi setiap penafian tersebut dikeluarkan dalam menafi dan pembelaan, maka lebeh kuat dikalangan sebahagian rakyat negara dan dikalangan ahli UM No meyakini UM No kini sebenarnya sedang menghadapi dan menuju jurang perpecahan yang parah. Sulit untuk mendapat pawang, dukun dan mahaguru silat untuk membaiki dan merawat UM No, dalam tempoh masa jangka pendeknya.

Sindrom rakyat dan ahli tidak mempercayai yang kepimpinan PERDANA UM No adalah dikalangan pemimpin yang BERSIH lagi SUCI, melainkan semua mereka terpalit dengan kancah kawah rasuah dan salah guna kuasa. Samalah UM No cuba membasmi benteras dan sifarkan rasuah dalaman UM No. Anehnya maka jalan penyelesaian, maka kaedah menyelesaikan rasuah juga digunakan. Penawar rasuah mejarab menghadapi membedung rasuah, ini adalah hakikat. Baik dipehak Pemimpin UM No yang mencapai kemenangan dalam pemilihan UM No baru-baru ini. Maka tidak ketinggalan juga di pehak pemimpin UM No yang kalah dalam pertandingan jalan rasuah juga dilaksanakan. Majoritinya kepimpinan UM No membesar, menikmati hidup dan kehidupan dengan bergelomang dalam kawah kancah rasuah tegar dalam semua pekara.

Negeri-negeri yang UM No/BN tewas dalam PRU12 yang lepas, kebanyakkan saki baki pemimpin mereka, samada yang bergelar ADUN atau AP, dikalangan mereka telah lesu dan tidak bermaya. Apalagi pemimpin yang menguasai UM No/BN perengkat negeri tidak menjadi ADUN atau APM, maka jurang pertelagahan, persengketaan amatlah luas. Mereka menjadi nana dan tidak keruan. Mereka tidak mampu menjadi pembangkang yang berkesan dan positif, kadang-kadang mereka merasai seolah maseh menjadi kerajaan. Mereka mempersoal dan maseh mencadangkan dikalangan mereka untuk mendapat bintang-bintang kebesaran, maseh mahu menguasai dan meratah semua projek sama seperti mereka menguasai kerajaan dulu.

Manakala negeri-negeri dikuasai UM N0/BN melebehi 2/3 penguasaan dalam DUN dan majoriti mudah seperti di Perlis, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan, UM No terus dihantui olah macam-macam hantu perpecahan dan hantu perbalahan bukan hantu Altantuya sahaja. Inilah UM No, sekiranya mereka tidak mempunyai lawan dalam negeri yang mereka menguasainya, maka mereka menjadi hulubalang mencabut keris dikalang mereka mengajak berentap untuk menjadi mahaguru dan pahlawan segala pahlawan. Semuanya perlawannan mereka, perpecahan mereka dan pertentangan sesama mereka UM No bukanlah kerana dalam kontek jiwa dan raga mereka bersengketa untuk memertabat ekonomi rakyat dan membela rakyat dan negeri.

Mereka, pemimpin-pemimpin dan ketului UM No negeri seperti Perlis, Terenggannu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri merelaisasi pertarongan merebut jawatan untuk menjawat jawatan Menteri Besar dan Exco dikalangan kroni masing-masing bukan perlantekkan dibuat keatas kumpulan A dan keroninya kerana mereka tidak layak yang layak menjawatnya adalah aku dan kumpulan aku. Perebutan mereka adalah kerana memperaga untuk menguasai jawatan, untuk apa? Maka kecam mengecam, tuduh dan menuduh berterusan dengan memperkemaskan panyokong masing-masing hinggakan menjadi perbalahan yang besar. Perbalahan dan tindakkan yang memboleh menghancurkan kerajaan negeri yang sama-sama mereka mengangotai parti UM No, tetapi tindak tanduk mereka seperti musoh Isreal yang dihadapi.

Melalui jawatan yang di cengkam dan digenggam itulah untuk mereka rakus menjadi lanun berterusan untuk membahagi-bahagikan peluang projek dan pembangunan yang diakhirnya mengandungi dana untuk menjana pembangunan tersebut menjadi rebutan mereka. Rebutan-rebutan tersebut bukanlah bertujuan untuk membela rakyat yang mereka pimpin. Semua rakyat dan proses pilihanraya dengan memenangkan mereka untuk menjadi dan menjawat ADUN/APM dengan memegang jawatan MB dan Exco, PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri, disudut pandangan matahati nurani rakyat, jawatan-jawatan tersebut adalah lesen dan teket mereka untuk menjana, mengaut, menglungguk mal, untuk diri dan kroni serta kaum keluarga secara rasuah. Itu adalah pandangan dan pendapat umum yang wajib disangkal oleh UM No lanie.

Sebab itulah samada terima atau menolaknya, negeri-negeri tertentu terpaksa dipimpin oleh Pimpinan Kanan UM No kerana mereka juga adalah Menteri Kanan Kabinet yang dibawah mereka banyak dana peruntukkan. Dengan peruntukkan itulah sebahagianya dapatlah diagehkan kepada sebahagian kroni kepemimpinan di negeri-negeri mereka menjadi Pengerusi Perhubungan disamping hakikatnya untuk tersu mendapat sokongan memperkukuhkan lagi kedudukkan mereka dalam parti. Oleh Presiden sendiri, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden.

Lihatlah bagaiman licit dan belutnya YAB PM DS Najib Tun Razak dan YB DR Ahamd Zahid Hamidi, yang telah menjadi kepala dan timpalan kepala lanun merampaskuasa dan menubuhkan kerahaan haram dii Perak Darul Redzuan. Dengan rakyat tidak restu dan menolak total mereka berdua (PM n AZH), mereka berdua cuba menyuci tangan dan melepas tnagan dan melari dari 1,000 tanggungjawab, seolah-olah apayang dialami dalam negeri Perak tidak kena mengena dengan mereka berdua sebagai penyebab. Membawa kepada mereka mengheret Paduka Sulran Perak bersekonkol dengan mereka pemimpin UM No khasnya Najib dan Zahid. Diatas sebab itulah, mereka berua umpama belut licin dan liat seperti lintah, membiarkan mamak tongkang mamak pedukang Pangkor, terkial-kial menyelesaikan sendiri jamban terbang tahi yang merek lakukan untuk rakyat Perak.

Ya! Mereka berdua PM DS Najib dan DS AZH Menteri Pertahan wajib meneruskan kerja haram dan kerja cemar mereka memegang Ketua dan Timbalan Ketua Badan Perhubungan UM No Perak. Wahai rakyat Perak sekelian, wahai ahli-ahli UM No negeri Perak sekelian, tengokanlah, saksikanlah bagaimana Presiden UM No kamu, bagaimana Naib Presiden UM No kamu anak Perak Bagan Datuk, melarikan diri dan tidak bertanggungjawab untuk memikul kawah tahi yang mereka lakukan untuk negeri Perak. Ya! Mereka melarikan diri dengan senang lenang dan mereka memileh negeri yang kucar kacir untuk dijernihkan tetapi ianya tidak dipalit keseluruhannya dengan najis di jamban terbang.


Branding dan Dinding.


Saya akan sentuh bagaimana parah dan musnahnya UM No dibeberapa negeri yang terpaksa mengimpot ketua mereka dari luar. Kenapakah ini boleh terjadi dan berlaku? Dalam tindakkan UM No menjenamakan semula UM No bibebrapa negeri maka sahlah sebagaimana kenyataan awal dalam nukilan ini yang UM No sedang menghadapi mengurus UM No negeri-negeri samalah kaedah dalam menguatkan pasukan bola sepak sebagaimana saya hujahkan diawal tadi.

Melalui pengurus, pemain impot dapat pastikah pasukan yang lemah tersebut mampu bangun dan mencipta kejayaan dan kegemilangan? UM No negeri-negeri yang mendapat pengurus/ketua baru dan di impot itu mampukah ianya menjai solid? Melalui ketua impot itu akan berjayakah mereka mengemudi UM No negeri-negeri tersebut? Sebagai contoh, sedangkan anak jati Pulau Pinang juga AP Kepala Batas hatta lebeh besar dari itu jawapan cepu mas itu Perdana Menteri yang memegang Ketua Perhubungan UM No Pulau Pinang iaitu ketika itu YAB DS Abdullah Ahmad Badawi, UM No tewas dan runtuh kerajaan BN/Gerakan di Pulau Pinang inikan pula cicka mengkarong mengambil alih menjadi Ketua Perhubungan UM No Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman.

Persoalannya lebeh mampu dan lebeh berupayakah serta lebeh umphkah disudut mendapat sokongan serta kepercayaan keatas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat diterima oleh ahli-ahli UM No Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang. Adakah kelebehan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatasi diri dan batang tuboh Tun DS Abdullah Ahmad Badawi selama memimpin dan menerajui UM No Pulau Pinang. Disinilah kekurangan dan aibnya UM No disudut memileh dan mengentengahkan pemimpin. Sedangkan timbalan yang dilantek iaitu Datuk Zainal Abidin Othman yang telah ditolak dalam PRU12 yang lepas. Perlantekkan Datuk Zainal ini menambahkan jurang perpecahan dan tegangnya dengan pemimpin kanan UM No yang maseh berada dalam DUN Pulau Pinang diabaikan dalam haraki kepimpinan UM No Pulau Pinang.

Dalam telahan dan kaca mata UM No selama-lamanya, bahawa pemimpin mereka hendaklah berkuasa diperengkat pusat dan dengan kuasa ditangan diharapakan dana digenggam dapatlah dicambahkan kepada pemimpin-pemimpin UM No Bahagian dan Cawangan-cawangan untuk mendapat sokongan dan mengembalikan sokongan rakyat dan pengundi kepada UM No. Tanpa duit, tanpa projek, tanpa pangkat jawatan dilantek, maka sudah pasti ketaatan tidak berlaku. Sebab itulah sebagaimana orang ramai berkata termasuklah dikalangan ahli UM No dengan jawatan kanan dalam kabinet sebagai Menteri Pertahanan yang mempunyai nilai dana projek di udara, daratan, lautan dan dalam bumi, maka barulah mereka boleh memimpin, diterima memimpin dikalangan UM No yang dahagakan dana dari perjuangan hakiki sebagaimana di awal-awal perjuangan UMNO dahulu.
Disiapkan oleh: Ibn Abdullah Awab
Ahad: 1 Jamadil awal 1430 / 26 April 2009 - Jam 5.32 ptg

Thursday, April 23, 2009

MENJANA KEPIMPINAN

MENJANA KEPIMPINAN BERAKAUNTABILITI : BERMUKTAMAR DENGAN PANDUAN TUNJUK AGAMA

Sesungguhnya tajuk besar sebagaimana diatas, ianya adalah layak dan umphnya dibicarakan oleh penulis besar dan ulamak haraki yang tinggi ilmunya dan serba lengkap tidak berpehak. Sudah pasti penulis cokia kaki5 blogger seperti saya tentulah pasti diluar keupayaan minda, diluar kemampuan ilmu serta jahil membuat penafsiran untuk memuaskan penerimaan untuk semua yang bernama perwakilan yang mewarnai serta mencorak PAS dan saf kepimpinannya selepas Jun nanti.

PAS, tidak PKR, tidak UM No dan pasti tidak DAP dalam para perwakilan muktamar membuat penilaian, pengamatan yang hakiki dalam semua aspek tatkala menentukan pemimpin mereka. Bukan secara pak turut memileh mengikut selera ramai, kencang tiupan angin, maka sabong menyabonglah kilat diikuti dengan lintaq-petir berentum. Ini bukanlah cara PAS memileh pemimpin untuk mengemudi PAS sebaikt tamat muktamar PAS k3 53 di Stadium Melawati kelak, Inshaallah.

Kepimpinan yang akan dipileh dan dimertabatkan, bukanlah kerana ianya faseh berpidato yang memungkinkan helang yang sedang terbang turut hinggap mendengar ceramah tokoh tersebut hatta pokok kelapa turut condong mendengar kehebatan sipolan sedang hebat berceramah diakhirinya dengan kutipan derma tabung yang banyak diperolehi dari sidang pendengar, penyokong dan lawan kita. Tidak juga kerana perwakilan pandai mengambil hati dan dapat menarek minat sekelian perwakilan kepadanya diatas kepetahan bodek ampu dan pemurahnya.

Pemimpin PAS bukan dipileh kerana ianya adalah saorang peguam terkenal yang licik, dokror pakar yang hebat, jurutera yang berlapang dada dan kepelbagaian professional yang hebat bertaraf lima bintang kehidupan. Dan ramai dikalangan mereka melihat PAS setelah PAS menjadi umpama Bukit Uhud, dan berupaya menawan beberapa bukit. Maka ramailah professional dan cendiakawan bersama bercawat kedalam PAS, Alhamdulillah, itulah PAS, dulu, kini dan lanie.l

Walau apa-apa pun pemimpin dan perwakilan bertaraf cokia, pemimpin kampong yang sentiasa sedekah dan wakafkan jiwaraganya sekalipun sekupang ke dalam tabung infaq, dibalun dan ditibai ketika tenaga dan mereka adalah pelindung kepada pemimpin mereka bila didalam keadaan kritikal seperti mengawal suasana ceramah yang digangu oleh PDRM, Kepala merah dan lain-lain, maka merekalah kedepan. Dimusim pilihanray pemimpin dan perwakilan cokia inilah yang memanjat segala pokok meletakkan panji-panji symbol purnama perjuangan.

Tetapi kini mereka terpaksa juga memikul roket dan mata celek dalam semua bentuk, bendera besar, benna, gambar-gambar calun tanpa perlu diarah, mereka memahami dan mampu diletakkan dimana-mana walaupun berdepan dengan musuh lawan. Maaf! Kadang-kadang mereka ini yang bertungkus lumus, seminggu, dua minggu tidak ada duit belanja dan rumah serta keluarga ditinggalkan selama mewakafkan diri dalam perjuangan memertabatkan PAS jua sekadar ada makan saja. Mereka tidak merungut kepayahan ini sebagai rungutnya pemimpin bertaraf 5 bintang bila kebawah.

Saya adalah blogger cokia. Dikalangan cokialah yang mengenal cokia kerana dikalangan mereka dijalin dan dianyam dipasak nilai kaseh sayang sejati. Umpama aur dengan tebing. Atas lantai, atas sekeping papan mereka apat lelapkan mata menunggu poster calun mereka dan sebagainya, tanpa mengeluh dan komplin, ini adalah reality. Kerenah menangani pemimpin lima bintang, professional ternama 5 bintang apalagi ramai bangsawan bergelar sama-sama dalam bahtera Pas ini, pasti kesesuaian mengambil masa.

Justeru, pemimpin yang perwakilan semua mencari adalah semua aspek-aspek perbedaan kelompok pemimpin, semua gerak kerja dalam semua dimixkan menjadi pemimpin tulin yang mampu membadai, memelihara dan sedia berkorban dalam mempertahankan PAS dari semua ancaman luar dan dalam.

Bohonglah untuk setiap perwakilan atau pengikut bawahan yang tidak mempunyai pemimpin yang disukainya. Begitulah blogger cokia ini. Semua pemimpin saya julang saya amat menghurmati mereka. Walau apa-apa pun di penghujung nukilan tinta blogger cokia ini, saya akan sebutkan pemimpin pilihan saya untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sekalipun satu dua titek bengek, hati saya tergores. Tetapi kepimpinannya dirasakan perlu untuk berdepan suasana politik semasa sekarang. Saya tidak berhajat menjadi tukang kempen beliau tetapi ini adalah ketentuan Allah untuk blogger cokia ini menyebutkannya.

Akauntabiliti, Amanah dalam Kepimpinan

Gaya hidup yang melampau, semangat yang melampau tidak seiirng dengan ilmu, berani diluar gelanggang dan tidak bertempat. Suka menghala tuduhan sianu-sianu tidak waraq, pendidekkan agamanya tidak seberang lautan, serta pengecut yang amat sangat. Maka pemimpin jeis ini ianya jauh dari bersifat akauntabliti, amanah dalam kepimpinan. Setiap prmimping wajib menguasai akauntabliti, amanah serta tanggungjawab dan dipertanggunjawban sebagai pemimpin tulin dalam semua masa disemua keadaan, sekali pun berdepan dengan maut kematian kerana mempertahankan perjuangannya, partinya PAS hatta mampu melindungi ahli-ahli yang dihina dan didepankan dengan seribu pukulan lawan musuh semata-mata kerana ianya mempertahankan PAS dan pemimpinnya.

Sama-samalah kita mengingati Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ahzab ayat 72 :

Bermaksud: “Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

Nyata bahawa akauntabiliti, amanah dalam kepimpinan adalah tugas berat dan mencabar. Pada awal kemunculan Islam di Mekah, Rasulullah S.A.W pernah ditawarkan dengan pelbagai tawaran lumayan seperti pangkat besar, wanita cantik dan harta kekayaan yang melimpah ruah oleh pemimpin Quraisy supaya baginda menghentikan aktiviti dakwahnya. Bagaimanapun Rasulullah S.A.W menolaknya kerana besar akauntabilitinya untuk menjaga amanah Allah S.W.T.

Mau atau kita menolaknya, sesungguhnya kita semuanya adalah pemimpin, mengikut kemampuan kepimpinan masing-masing. Ianya seiring dengan sabda Rasulullah S.A.W :

" ÙƒُÙ„ُّÙƒُÙ…ْ رَاعٍ ÙˆَÙƒُÙ„ُّÙƒُÙ…ْ Ù…َسْئُولٌ عَÙ†ْ رَعِÙŠَّتِÙ‡ِ. "

Bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya."
(Riwayat Muslim)

Untuk perwakilan dan pemimpin bermuktamar cakap dan buat wajib selari dengan apa yang dikata dan dijanjikan agar supaya kita menjadi pemimpin yang disayangi, lagi dihormati. Pemimpin yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli yang dipimpin di dunia dan di akhirat. Hatta anda pemimpin sekelian wajib menginsafi bahawa mengkhianati amanah kepimpinan adalah satu dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.
Sebagai blogger cokia yang jahil ilmu Allah, mungkin seculin ilmu yang ada. Diatas ilmu seculin itulah saya dengan penuh tanggungjawab dan saya bukan barua atau tukang kempen disuruh apalagi diupah untuk menyebut mengetenghakan diantara semuanya berkualiti dan standard. Walau pun begitu, suara hati kecil dan suara hati nurani saya sejak remajanya mengabdikan diri tutas dan istiqamah dalam PAS ini. Ranjau dan duri, peluang kemenangan ketika itu umpama jauh api dari semanggang. Tetapi beliau sejak itu sampai PRU12 8 Mac 2009 terus menyertai pilihanraya sekali pun tewas. Kesetiaannya kepada PAS terus hkan.198 2diperkukuhkan.

Dalam PRU1982 beliau telah bertanding dengan semangat juang yang waja di P 37 Kepala Batas melawan calun UMNO/BN iaitu Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi mendapat 16,759 undi. Serta berdepan dengan calun DAP iaitu Khoo Soo Hoe mendapat 3,589 undi. Calun mewakili PAS adalah Mohamad Bin Sabu mendapat 4,115 undi. Majoriti yang dicapai oleh UMNO/BN adalah 12,644 undi. Itulah kita dan rakyat marhaen dan pneyokong cokia seperti aku mengenalinya dengan MAT SABU dan lebeh muda atau lebeh tua dari Mat Sabu panggilan senonimnya adalah BAN MAT. Manakala Mat Sabu ini panggil aku dengan BANG…………., hampir 10 tahun sengaja aku tidak mendampinginya.

Walau apa-apa pun MAT SABU ini, kalaulah aku menjadi perwakilan pasti aku mencalunkan nama MAT SABU untuk jawatan TIMBALAN PRESIDEN PAS yang baru dalam sesi muktamar sekarang.

Dalam pilhanraya tersebut aku walau pun cokia aku tidak lupa sebagaimana Tun Dex kata Melayu mudah lupa. Daihari yang sama ketika itu, harganya amat besar yang mana kejayaan gemilang mantan Presiden ABIM yang masuk UMNO telah kalahkan Almarhom Tuanguru Ustaz Haji Zabidi Bin Haji Ali yang mendapat 4, 497 undi mewakili PAS. DAP melalui calunnya Tan Ah Huat mendapat 1,825 undi. UMNO/BN melalui calunnya mantan Presiden ABIM mendapat 18,849 undi dengan majority 14,325 undi di P 37 Permatang Pauh.

Saya tidak akan bertikam pendapat, dan bertarong hujjah dengan sesiapa sahaja sehubungan dengan hak mutlak saya, suarahati saya mennyebut MAT SABU layak di calunkan para perwakilan muktamar kawasan sekarang untuk jawatan TIMBALAN PRESIDEN PAS, Inshaallah. Kepada MAT SABU jangan naik tocang dan kelabu dengan penghargaan ini. Anda serahkanlah kepada Allah dan perwakilan meletakkan jatuh duduk jawatan ini.

Dinukilkan oleh : IBN ABDULLAH AWAB
Jam 3.11 pagi Khamis : 27 Rabiulakhir 1430 / 23 April 2009

Tuesday, April 21, 2009

UM No /BN DI PORAKPERANDAKAN - PM6 MENGIGAU


UM No/BN DI PORAK PERANDAKAN – PM6 MENGIGAU
KES FAIRUS LETAK SEBAGAI ADUN N 12 PENANTI

Setelah melepas dan meletak jawatan sebagai YB Mohammad Fairus Khairuddin Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 yang lalu setelah 13 bulan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memerentah. Berikutan dengan perletakkan sebagai TKM 1 PP diikuti pula dengan pengumumannya perletakan jawatanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N 12 Penanti, berkuatkuasa sertamerta pada 16 April 2009. Speaker DUN PP telah maklumkan sehubungan perletakkan sebagai ADUN N 12 Penanti oleh YB Mohammad Fairus Khairuddin Timbalan kepada SPR. Pehak SPR akan mengadakan mesyurat sehubungan perletakkan ADUN tersebut pada Rabu 22 April 2009 ini.
Perletakkan jawatan kembar selang tempoh seminggu oleh YB Mohammad Fairus Khairuddin Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berikutnya melepas dan meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N 12 Penanti. Ianya umpama letupan dan ledakkan berulang C4 yang mengkecaikan wanita Monggolia menjadi mangsa. Kejutan dan badi takut kepada mayat Altantuya dikalangan kepimpinan wahid dalam UM No khususnya dan BN amnya. Perletakkan jawatan Fairus ianya telah mengundang malapetaka, porakperanda dan pertentangan pendapat serta pertembungan hujah dalam menangani perletakkan jawatan dan terpaksa menghadapi PRK N 12 Penanti. Badi ketakutan menghadapi PRK keatas Presiden UM No/Pengerusi BN iaitu YAB DS Najib Tun Razak yang baru menjawat PM6.
Ngeri, badi menghadapi PRK samalah dengan badi mengigil lutut dan mengkocak jantung kalbu, sekiranya nama Altantuya disebut atau terdengar ledakkan berbunyi, maka C4 sahaja yang menghantui, dan mengundang ketakutan yang amat sangat termasuklah nama-nama yang punyai kaitan hubungan dengan altantuya dan badi hantunya diharamkan disebut dalam siaran tv swasta dan tv negara. Kesannya jelas sampai diketahui oleh manusia diperengkat dunia global, sekalipun ucapan itu glokal di Pekan dikhabarkan dayus dan pengecut penakutnya Presiden UM No Malaysia merangkap Pengerusi BN hatta PM^ dan Menteri Kewangan keatas hantu badi PRK, kenapa?
Baculnya sebagai Presiden UM No/Pengerusi BN iaitu YAB DS Najib Tun Razak, ianya telah mendatangkan kemarahan dan penghinaan diatas dayusnya untuk menghadapi PRK N 12 Penanti oleh sifu usang lagendanya TUN che Det, yang nyata lebeh bermaruah dan lebeh berani sebagai pahlawan UM No sejati biarkanlah mati dimedan perjuangan pertandingan menghadapi PRK sebagai Pahlawan dari menjadi pengecut dan pemberani dikalangan gelanggang sendiri di rumahtangga UM No/BN.

Nyatalah semboyan PM6 untuk menjadikan ONE MALAYSIA – SATU MALAYSIA, sekadar menjadi buaian untuk cucunya dibuai hayun. Bagaimana hendak wujudkan Satu Malaysia – One Malaysia, sedangkan diatas perletakkan dan kekosongan kerusi N 12 Penanti, dikalangan pemimpin UM No sendiri dan di kalangan pemimpin kom[onan BN bertelagah sesama sendiri atau tepatnya dalam kes ini UM No/BN tidak One Malaysia-Satu Malaysia diputuskan. Jadi sekecil PRK perengkat DUN pun tidak satu tidak one keputusan dikalangan UM No dan BN bagaimana nak ajak seluroh rakyat menjadi One Malaysia – Satu Malaysia yang sebahagianya adalah dikalangan Pakatan Rakyat yang mempunyai pemimpin dan vesinya untuk negara tercinta ini.
PM6 YAB DS Najib dayus tidak mau melibatkan diri atau kata tutasnya memulaukan PRK N 12 Penanti. Bermakna biarkan PR melalui calun PKR menang tidak bertanding. Sedangkan sifu lagenda usang besi buruk telah mencabar dan memperlekehkan hatta melecea mertabat pengecut kepada Najib kerana koro dan dayus menghadapi pilihanraya. Dengan alasan ianya merugikan dan membazir dan membuang masa. Kerana PRK yang diadakan bukannya disebabkan kematian atau keperluan. Tetapi ianya adalah bertujuan test market selanjutnya untuk memerangkap UM No/BN khususnya menguji Najib sendiri sebagai PM^ dan sokongannya dikalangan rakyat dan pengundi. Ehhhhh!! Eeeeehhhh!! Kesian Sifu lagenda bertarong bertelagah keputusan dalam PRK N 12 Penanti.
Rupa-rupanya pertelingkahan samada menyertai atau memulaukan PRK N 12 Penanti ianya akan melakarkan sejarahnya tersendiri dikalangan pemimpin-pemimpin UM No. N 12 Penanti ini pula adalah negeri bekas mantan PM5 Tun Lah Badawi. Hatta N 12 Penanti ini berada dalam Parlimen Permatang Pauh yang Mpnya adalah mantan Pemangku PM, MP Permatang Pauh, Ketua Umum PKR serta Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia DS Anwar Ibrahim. Ertinya PRK N 12, sesiapa pun yang menjadi calun mewakili PR-PKR N 12 Meranti ianya adalah pertembongan besar pengaroh dan keyakinan rakyat di antara PR dan BN, inilah hakikatnya yang sabenar.
Pertembongan dalam pro vs kontra dan atas angin dalam menghadapi atau memulau PRK N 12 Penanti masing-masing sehingga hari ini masing-masin terdapat pengikut dan penyokong tegar samada berpehak kepada PM6 Najib atau mantan PM Lagenda Usang Tun Che Det.
Pengikut dan penyokong mantan Lagenda Usang PM Tun Che Det UM No/BN wajib menyertai PRK N 12 Penanti, adalah:-
(1) - Menteri di JPM, DS Mohamed Nazri Aziz berkata, tiada sebab untuk BN memberikan kemenangan percuma kerana tidak semua pengundi di DUN Penanti bersetuju dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Kalau tidak bertanding kita macam sudah mengaku kalah”.

(2) - Presiden MIC, DS S. Samy Vellu berkata, BN mesti menyertai pilihan raya itu bagi mempertahankan integriti, prestij dan imejnya."Sebagai parti pemerintah sejak negara mencapai kemerdekaan, tindakan menarik diri daripada pilihan raya akan memberi gambaran BN kini gentar untuk berdepan dengan pembangkang".

(3) - Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, UUM, Prof. Dr. Mohamed Mustapha Ishak menganggap pilihan raya kecil itu adalah peluang terbaik BN memberi penjelasan kepada rakyat. "BN mesti melihat setiap pilihan raya dengan serius, kalau dianggap beban ia akan memberi gambaran bahawa parti itu sudah 'letih'. BN tidak perlu rasa malu dan takut untuk hadapi sekali lagi kekalahan,"

(4) - RAUB, 19 April (15:46 PM Bernama) – BN Tidak Sepatutnya Mengaku Kalah Di Penanti - Dr Mahathir - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang. "Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.
(5) - Gerakan syor BN letak calon Bebas di Penanti - Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB - Ahad April 19, 2009 - PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak boleh memberi laluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tanpa dicabar. Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkan pertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh bagi mereka (PKR) menang percuma. BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding sebagai calun bebas.

(6) - K Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata jika kepimpinan BN berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu adalah muslihat politik PKR dan pembaziran wang rakyat maka parti itu akan mematuhi sebarang keputusan yang diambil. "Sebagai individu, saya berharap BN akan bertanding merebut kerusi itu kerana tidak mahu melepaskan atau menghampakan penyokong setia BN di kawasan itu."Kita perlu bertindak adil kepada pengundi yang selama ini memberi sokongan padu kepada BN".

Pengikut dan rakit samada sauh atau pelampong tidak mau menyertai PRK N 12 Penanti atau memulaukan sebagai sokongan cadangan dan pendapat kepada YAB PM6 DS Najib adalah seperti berikut;-
(1) - BN Mesyuarat Akhir Bulan Tentukan Sama Ada Sertai P/raya Kecil Penanti - PEKAN, 18 April (Bernama) – Najib - Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat akhir bulan ini bagi menentukan sama ada mengambil bahagian atau tidak pada pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.
"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," Sehubungan itu, Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu. "Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya. "Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya."Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.
(2) - PBP UMNO Perlis, DS Shahidan Kassim bersetuju BN tidak menyertainya kerana pilihan raya kecil itu tidak menyumbang kepada pembinaan bangsa. Katanya, pilihan raya itu adalah hasil polemik politik kotor parti pembangkang bagi menghalalkan percaturan mereka.
(3) - KW UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap semua parti komponen BN akan menyokong cadangan Perdana Menteri bahawa BN mungkin tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil berkenaan.
(4) – S/U A MIC, Datuk Dr S Subramaniam, bagaimanapun berkongsi pandangan Najib bahawa tidak perlu bertanding kerana ia membazirkan masa, tenaga dan wang rakyat. Bernama memetik Subramaniam sebagai berkata, sebaliknya masa yang dibazirkan dalam pilihanraya tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain yang berfaedah.
(5) - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan. Menurutnya, ia adalah satu idea yang baik untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil yang berpunca daripada masalah dalaman Pakatan Rakyat.
(6) - Naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan turut menyokong cadangan Najib itu bagi mengelak pembaziran wang dan tenaga, tetapi menyarankan agar kepimpinan BN supaya menghalang ahli-ahlinya daripada bertanding sebagai calon bebas.
(7) - AMT PPP, Datuk T Murugiah berkata, pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsung tidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja.
(8) – KP MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkan tindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat. "Jika (BN) bertanding, ini akan menghabiskan masa kita dan wang pembayar cukai," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
(9) - Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BN tidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuat pembangkang."Saya pernah menyuarakan pada pilihan raya kecil sebelum ini, BN tidak perlu bertanding jika kekosongan sesuatu kerusi itu bukan disebabkan kematian wakil rakyat kawasan itu terutamanya di kawasan pembangkang.

Pendapat atas pagar kayu bulat adalah:-
(1) - PULAU PINANG 16 April 2009 6:19pm — Gerakan lihat ada motif PKR di Penanti Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu. “Dia sengaja mencipta ’ombak’ ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi,”
“PRK seperti ini dirancang dan dicipta dengan motif tertentu iaitu untuk meraih populariti dan sokongan rakyat. Tidak mustahil ia akan berlanjutan sehingga pilihan raya umum ke-13 sebagai usaha memusnahkan Barisan Nasional,” kata Teng. - Bernama
(2) – T/Menteri PA&Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, mana-mana parti politik yang memaksa diadakan pilihan raya kecil atas sebab-sebab selain kematian atau sakit sepatutnya dikenakan denda sewajarnya.
"Mungkin juga boleh dipertimbangkan supaya parti berkenaan dihalang dari bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut," katanya. Beliau berkata, tindakan mengadakan pilihan raya kecil tanpa alasan kukuh, satu penyalahgunaan proses demokrasi selain membazir duit rakyat dan parti yang bertanding.

(3)Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula bimbang trend penyalahgunaan demokrasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga boleh mengelirukan rakyat tentang maksud sebenar konsep tersebut. "Biarpun demokrasi memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan, namun tindakan sengaja mengosongkan kerusi tertentu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil adalah tidak wajar," katanya.

Setelah UM No/Bn ditolak oleh rakyat melalui kekalahan berturut-turut dan berganda bermula di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, maka kekalahan-kekalahan tersebut menjadikan Presiden UM No/Pengerusi BN hatta sebagai PM^ negara, sudah bengong, habis stamina, pupus strateji serta menerima malu yang amat sangat. Kerana ianya berkaitan rapat seiring dengan kepupusan kepercayaan, kepupusan sokongan dan kepupusan kekuatan kudrat parti khasnya pupusnya semangat yang terkulai-kulai. Barangkali sedang mencari jamu dan tongkat ali dan manja kanji dan kacip patimah untuk memulehkan maruah dan kembalikan semangat.

Sementelah kalau ketika YB DS Abdullah ahmad Badawi memegang jawatan sebagai Presiden UM No/ Pengerusi BN khususnya sebagai PM dikala negerinya tempat tumpah lahirnya UM No/BN tewas dalam PRU12 8 Mac 2008 dan di perentah oleh PR yang berketua menterikan YAB tuan Lim guan Eng.

Samalah juga mengiringi dan sejajar YAB DS Najib menjawat Presiden Um No/Pengerusi BN dan menjawat PM dan Menteri Kewangan sebagai hadiah kepulangan sambutannya katanya sampai 70,000 rakyat jelata menyambutnya kelmarin di Pekan Pahang, maka hari ini pula yang dikaitkan cerita lama penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Kemuncak hadiah Pahang kepada YAB DS Najib sebagai PM6 anak Pahang ialah berita gembira yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan Menteri Besar UM No/Kerajaan UM No/BN Pahang sebagaimana petekan berita berikut:-

MB Pahang diarah bayar syarikat balak RM63 juta - KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak. Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Inilah hadiah Kerajaan Pahang pimpinan UM No/Bn dari YAB DS Adnan Yaakob. Ap ini news ada tipu juga ka? Apa macam ini duduk cerita? Boleh kasi selesai ka? Apa la susah, chhhhheeeehhh! Itu duie celah gigi saja tau!!!!!

Kalau dikatakan pembaziran PRK N Penanti, Najib jangan pusing, jangan bunoh fakta dan janga auta bila jadi PM6. Ingatlah dikala UM No letak batang pisang pun boleh menang menghadapi lawan, ingatlah wahai YAB DS Najib. Kisahnya bukan lama sangat, tak membazirkah? Bila Datuk Lim ah Lek memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA, maka Presiden MCA dan MCA ketika itu memutuskan Datuk Lim ah Lek Mestilah di lantek menjawat menteri Pusat kerana statusnnya kanan dalam MCA. Ketika itu UM No/Presiden UM No mengalah dan sememangnya ketahui kegagahan sokongan rakyat Pahang kepada UM No/BN.

Untuk memenuhi hasrat Mca tersebut, maka Datuk LAL ketika itu adalah saorang ADUN merangkap Exco KN Pahang. Maka Lim Ah Lek meletakkan jawatan kembar Adun dan Exco dan saorang MP MCA Pahang juga meletak jawatan sebagai MP. Maka kedua DUN dan Parlimen tersebut kosong dan keua mereka bertukar kawasan. Akhirnya Datuk Lim Ah Lek di bawa kepusat dan di lantek menganggotai Kabinet BN pimpinan Tun Che Det lagenda usang, adala lupa ka Nsjib ini cerita.

Samalah juga melayan kes UM No iaitu untuk gantikan MB Selangor yang pelari anak Sultan menikah dibawah pokok dan ditangkap kerana pelari keluar duit negara RM berguni berkilo lari keluar negara kanggaro, didapati salah dan terpaksa meletak jawatan MB dan Ketua Perhubungan UM No Selangor. Alternatifnya kerana UM No perkasa ketika itu boleh corak apa saja, maka menteri pusat ketika itu Datuk Seri Abu Hassan Omar yang ketika itu seorang Ahli Parlimen bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dalam tahun 1997. Wahai PM6 Najib/UM No/BN jangan timbus padam cerita tawarrekh ini. Pilihan raya kecil DUN itu juga sengaja diadakan, bukan disebabkan ada kematian," Najib jangan membohongi kenyataan realiti negara.






BERMUKTAMARLAH: JANGAN BELAH PAS SEPERTI TEMBIKAI DI JORONG DI FARAID.


Mengimbau Detik Sejarah Kita (PAS) Terpahat, Renongkanlah:

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. (Al Fatehah)

Unggapan simpulmati diatas yang diucapkan oleh Almarhom Ustaz Fadzil Mohd Noor, ianya sentiasa basah dan gemanya berteruan ditelinga saya nyaring dengungnya. Ucapunggap itulah sentiasa saya pinjam guna berbicara dengan anak-anak, setiap hati nurani ini mengingat kepada Almarhom Ustaz.

Detik terakhir aku seorang cokia, mencium tangan dan memeluk Ustaz Fadzil adalah di hari ke2 Muktamar ke 48 di PUTIK Pengkalan Cepa (ketika itu 2 anakku di SM Sains Tengku Mohd Fariz Petra Pengkalan Chepa, dan 2 di MRSM Pengkalan Cepa juga) terakhir dihadiri oleh Ustaz, sambil ia bertanya tentang diriku, isteri dan anak-anakku. Aku maklumkan Ustaz ketika itu, anak kecilku berumur 2 tahun Inshaallah dalam sebulan lagi anak ke 10 akan lahir, sekiranya ianya lelaki anak nak boh namanya Fadzil Noor Bin.....Ummi ni semuanya perempuan, Inshaallah kalau lelaki ana nak boh nama Ustaz.

Ketika Ustaz di timpa musibah sakit terakhirnya, aku dah jangkakan pasti aku tidak dapat berkunjung menziarahinya, melainkan abang iparku beberapa kali menziarahinya dan melaporkan aku dengan hp nya. Petang Sabtu 22 Jun 2002 bersamaan 9 Rabiulakhir 1423 aku membawa dan mengiringi isteriku yang sakit cukup masanya untuk bersalin ke Hospital K. Bagi yang berumur 42 tahun untuk bersalin anak ke 10 ianya memerlukan ketabahan berdepan semua dugaan Allah akan Rahmat dan belaskesian Rahimnya. Isteriku dibawa ke Dewan Bersalin jam 8.15 malam dan selamat bersalin jam 11.30 malam, bayi perempuan selamat sejahtera dilahirkan.

Jam 1.45 pagi pagi bererti hari Ahad 10 Rabiuakhir 1423 bersamaan 23 Jun 2002, isteriku dibawa keluar dan dimasukkan ke WAD9 B1. Sebaik saja aku azan dan kamatkan putriku, aku menceritakan keadaan sebenar mutakhir ketika itu kesihatan Ustaz Fadzil yang kami sebelum itu sejak di HKT kami mendapat berita MJJ. Isteriku kata nak boh macam mana nama Ustaz Fadzil anak kita perempuan. Boleh, Inshaallah abang namakan anak kita (3 jam umurnya) Nur Fadzilah. Kami gembira dengan kelahiran anak ini, Alhamulillah.10.45 pagi aku menerima panggilan phoned dari abang iparku Dr Z, ia cuma menangis terisak-isak, tanpa berkata apa-apa. Aku merumuskan sudah tentu Ustaz Fadzil sudah meninggal dunia. Terus ia matikan phonenya.

Aku kembali menghubungi abang iparku Dr Z yang bertugas di GH KL ketika itu. Terus aku berkata ustaz dah meninggal? Ya! Ustaz Fadzil dah meninggal jam kira-kira 10.30 pagi tadi. Macamana Kiah dan bersalin? Dah jam 11.25. Kelahiran anakku dan meninggalnya Almarhom Ustaz Fadzil Noor dalam masa selang jarak masa kira-kira 10 jam berselang, ianya amat memilukan. Besarnya anakku Nur Fadzilah Tahun 1 bererti tidak beberapa bulan lagi genaplah 7 tahun almarhom Ustaz meninggalkan kita. Kian berumurnya anaku Nur Fadzilah bererti setiap itu kian jauh Almarhom Ustaz dengan kita. Setiap tahun hari lahir anakku, setiap itu lintasan kenangku kepangkuan Ustaz. Alfathah untuk Ustaz.

Ketika diantara Kawasan-kawasan PAS di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak telah tamat muktamar. Ada yang sedang bermuktamar di perengkat kawasan masing-masing dan banyak kawasan maseh berbaki berdepan dengan muktamar. Sesungguhnya muktamar kawasan, muktamar agung ianya adalah medium tahunan sekelian perwakilan yang mewakili cawangan dan kawasan, tampil memperagakan buah fikiran yang mantap, di ketengah dan dibahaskan umpama mengisar padi dilesung kisar atau dilesung hindek untuk mengeluarkan beras yang bernas untuk manfaat dimakan.

Al Quraan dan Hadis Junjungan Rasul adalah pedoman yang wajib diterima dan akur tanpa dipertikai. Maka orang Melayu dengan peradabannya juga mempunyai kiasan dan bidalan. Cuma bagi mereka yang menggunakan budi dan perasaan akan mengerti betapa kiasan bidalan Melayu juga tidak perlu dipinggir dan dihapuskan, biarkanlah ianya beriringan sebagai pecaman pengajaran untuk kita. Kisaran dan pertembungan pendapat semasa bermuktamar, ianya adalah tuntutan dalam penapisan untuk mendapatkan saripati keputusan untuk menjana perjalanan merealisasikan parti bergerak diobit dan real yang diepakatkan. Bukan benda diluar dari keputusan resmi muktamar diputuskan secara solo dalam merealisasikannya.

Sekurang-kurangnya setahun sekali dikalangan ahli-ahli dapat bertemu dan berhimpun dalam tempoh beberapa hari dalam memupuk perteguhkan persaudaraan ukhwah dikalangan ahli-ahli PAS. Fungsi perwakilan adalah bertanggungjawab dan memikul amanah ahli yang diwakili, agar setiap usul dan pengharapan dapatlah diketengah, dirunding untuk mendapat keputusan demi kebaikkan dan kesejahteraan ummah sejagat. Perwakilan wajarlah tidak menjadikan modium muktamar sebagai rehlah biasa sekadar bersukaria, membeli belah berjumpa kawan-kawan lama sahaja. Atau sekadar ditonjolkan diri menjadi pemidato hebat berdebat berhujah menyanggah seperti harimau lapar atau pula menjadi penglipurlara bahan ketawa.

Perwakilan wajar menumpukan perhatian dan fokas menjana minda perkasa memertabat serta mendaulatkan Islam menerusi PAS pada resolusi kearah panduarah, mendenai perjuangan sehingganya penyudah di Muktamar Agong PAS Ke 53 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi di Stadium Melawati, Selangor Darul Ehsan. PAS Selangor sebagai tuan rumah selepas Perak tahun 2008. Samada muktamar itu mendatangkan kebaikan dan faedah keatas setiap perwakilan atau sebaliknya, bergantung kepada niat dan pengesahan dalam merelaisasi memenuhi bunga tari dalam gelanggang muktamar. Inshaallah.

Untuk apa dan tujuan apakah kita bermuktamar? Apakah natijah kita PAS bermuktamar, adalah bermatlamat umpama menggunakan sebilah pisau yang tajam berbisa untuk membelah tembikai, sebaik dibelah dan dijorong-jorongkan serta difaraid mengikut kekuatan yang memukul tembikai gergasi tersebut. Diberi kepada faraid mengikut sukaaku bukan faraid diajarkan Allah dan RasulNya? Kerana Bukit Uhud dan Gunung Keriang sudah ditangan dan dijangkkan seluruh bukit di Malaysia dalam PRU13 nanti dapat ditawan, makanya sebiji tembikai besar ini (PAS) wajib dijadikan rebutan oleh pemilik-pemilik yang rakus? Sudah tanda-tanda titik-titik tersebut akan bercantum menjadi garis, apakah itu garis pemisah, garis pembelahan?

Sekalipun para perwakilan yang dipileh ke muktamar kawasan dan kemuktamar pusat, bukanlah jenis perwakilan cokia yang buta Al Quraan dan buta Hadis Junjungan Rasulallah SAW hatta butta intelek dan buta minda. Seperti saya saorang blogger cokia popia kaki lima atau kudong terus tidak berkaki seperti Merbau Kudong. Menulis membicarakan tentang muktamar, walau sesiapa tidak memintanya. Sudah tentu oleh kerana PAS parti halal dengan motto ”PAS FOR ALL” yang memerlukan jenis manusia menganggotainya, bukan dari jenis Jin Islam untuk menganggotai PAS, kalut bagaimana nak bermuktamar, kerana tak dapat keleh diantara kedunya, kalau Jin islam menganggotai PAS.

Maka manusia dari jenis blogger cokia popia berhak memperkatakan sesuatu sehubungan dengan PAS dan para muktamarnya. Inshaallah. Setitik ilmu diterima blogger cokia popia ini dari Almarhom Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah ayahnda kepada Almarhom Tuan guru Haji Lah (Abdullah) menantu kepada Almarhom Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban (mantan KD Ulamak PAS awal-awal dulu), maka saya peturunkan untuk peringatan khusus kepada saya untuk melakar bukilan tinta ini, dengan ilmu Allah dan Rasul saya derima dari Tok Guru Ayah Mea, iaitu:-

Nabi s.a.w dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Mafhumnya: “Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”.

Surah al-Baqarah ayat 124:
Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 2-3:
Maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya. "

Matlamat kita bermuktamar adalah untuk menyelesaikan permasalahan dalaman dan luaran PAS, skop perjuangan, matlamat dan fokas menangani isu semasa dengan penuh hikmah. Bukanlah didalam muktamar pusat yang akan diadakan sebagai gelanggan kecam mengecam, tuduh menuduh, dengan label dan brand yang memanaskan cuping telinga dan berdentum dikalbu. Janganlah kita jadikan lidah musuh dalam apa bentuk sekalipun sebagai alat ampuh bahan hujag fitnah untuk bertujuan menjatuhkan antara kita dengan kita yang akhirnya menjadi bahan ketawa musuh lawan kita yang sebenar. Ingatlah semua hli-ahli PAS dan penyokong sekutu PAS adalah: KITA KAWAN; BUKAN LAWAN.
Wahai perwakilan sekelian jadikanlah diri anda semua sebagai pemimpinn dan perwakilan yang berintegriti dan mengerti mengenali antara musuh dengan sahabat. Janganlah wahai perwakilan sekelian, anda jadikan Muktamar Agong ke 53 ini, umpama anda mengambil sebilah pisau yang beracun; belah temikai dan dijorong-jorongkan. Ingatkanlah pesanan rintihan terakhir Almarhom Ustaz Fadzil sebagimana diawal mukadimmah nikilan ini.

Sunday, April 19, 2009

PANTUN MENJANA PERDANA: MENILAI SEMBOYAN

Panglima Koyan gagah perkasa
Menghunus keris ke sini ke sano
Semboyan retorid membelah angkasa
Jadikan One Malaysian Twenty UM No

Sayat tebu batang lurus kasar
Diberkas ditanggung laluan titi
Rakyat di tipu produk haram M. Besar
Bersekali dengan MB Teganu non kualiti

Hantu Altantuya Shaaribu menjadi badi
Menjadi ingauan sepanjang hayat
TPM tudoh Cina India tak kenang budi
Disogok dirasuah undi Pakatan Rakyat

Menahan lukah berteknik bertektik
Dengan umpan cebisan underware
Benarkah UM No parti politik
Atau cuma parti tupperware

Kelapa santan di Batu Gali
Ladang milik keturunan kaya
Kenapa di cemuhan begitu sekali
UM No badi hadapi pilihanraya

Gabus bakul diserat Pak Raden
Diserat rotan pengikat peti
Dayus bacul menjawat presiden
Umpama pondan dibelakang mati

Pantang menyerah sifat pahlawan
Sekali pun mati ditikam kena
Kalau menyerah sebelum berlawan
Baik ke Bangkok tukar jantina

Kari santan wanginya pandan
Lebeh harum sibunga kekwa
Dari jantan menjadi pondan
Baru diri tidak ditertawa-tawa

Rosnah dan Rusnah depa berbisan
Hidup mewah menjadi kaya
PRK buang masa rugi jadi alasan
Nak senang haramkan pilihanraya

Roti tempayan dibakar sabut
Menu mutlak santapan wajib
Retorit semboyan koi serabut
UM No berpecah tolak Najib

Kuda padi menarek pedati
Pedati itarek ke Kuala Pegang
PRK kecil menanti di Penanti
Najib mengalah diluar gelanggang

Limau bali dijinjing pulang
Leteh menjinjing terus dibuang
Harimau mati tinggalkan belang
Panglima mati dimedan juang

Makalah tersohor dizaman silam
Merungkai kesah bunuhan Che Wan
Kalah tersungkur diatas tilam
Maseh mau gelaran pahlawan

Saturday, April 18, 2009

CAPTAIN N COACH YANG BACUL DI GELANGGANG

CAPTAIN N COACH YANG BACUL DI GELANGGANG.
Sebermula adanya, saya respon untuk mengiringi subjek saya ini dengan kisah kira-kiranya beginilah adanya. Telah 4 gelanggang ceritanya titih Pahlawan Bugis berkeris telanjang Pahlawan titih Turkey dengan segala macam pahlawan perkasa bertahta bertaraf immuniti membantu tetapi tewas kandas terterap baham tanah juga. Minggu lepas gong dipalu bertalu-talu, gendang besar, gendak kecik, gendang ibu berkerapak ditepok, 4 lagu serunai kecapi ditiup.
Gelanggang baru dibuka untuk terus menguji pendekar negara perkasa gendang, gong, serunai kecai hari ini dituip kembali dengan kencang. Walaupun seketika beradu 10 hari yang lepas Pendekar Utama yang baru ketika itu disintuk di langgir dilimau dimandi macam-macam bunga, Pendekar yang terkenal dengan pukul curi dan pukul haram dan makan haram ini tewas terkangkang dalam gelanggang dan tersadai dikedua celah bukit.
Hari ini Pendekar Utama negara yang tewas 4 kali digelanggang, terpaksa kembali memakai bengkong dan tanjak, serta keris pesaka tidak berbisa waris Pahlawan Turki kembali disish dipinggang dengan bengkong dilubang kancing terakhir dikerot untuk mendapatkan kekuatan. Selari seiring dengan paluan gong bergema, gendang berentum dan serunai menyaring. tiba-baba pendekar Pendekar Utama negara pohon chup kepada anak buahnya.
Kali ini tak mampu berlawan kerana syahwat dan nafsuku sebagai Pahlawan dimatikan tersilap makan ubat moden, rupanya diberi hormon gentingkan pinggang besarkan pungkor. Maafkan saya sebagai Panglima anda. Kalau nak suruh lawan juga kita kena tanya ketua pahlawan dalam kawah rasuah UM No/BN dulu. Itu adalah cebisan kisah dalam alam moden kita lanie berlaku betul-betul, bukan cobaan. Bukan fitnah, betul-betul takut dan dayus, maafkan saya. Restulah saya rakyat semua.

Sejarah telah mencatatkan mana-mana captain dan coach yang memimpin apa-apa pasukan atau persatuan yang dalam tempoh percubaan tiga bulan pertama dan pasukkan yang dipimpin dan dilatehnya menemui kegagalan dan tewas didalam setiap perlawanan dan perlumbaan disertainya, pasti berdepan dengan kemarahan dan penentangan dari dalam dan dari luar mengasak dengan seribu pertanyaan yang memerlukan penyelesaian. Maka barang pasti captain dan coach tersebut berdepan dengan tindakkan disiplin dalaman. Dari ahli-ahlinya sendiri serta bantahan dan ejekkan dari penuntun dan rakyat menyaksikan prestasi yang buruk seperti ikan busuk dan ikan buruk kepala.

Itu adalah hakikat yang sentiasa kita mendapat maklumat dari kepelbagaian sumber seperti negara Jepun, Korea, UK, USA, dan beberapa negara yang lain. Tidak sebagaimana negaraku Malaysia. Bahawa dinegara-negara bertamaddun yang bermaruah serta punyai harga diri dan nilai jantan tulen sejati yang berlandaskan integriti ianya pasti diambil tindakkan atau dikaji semula kedudukan jawatan yang dijawat sebagai captain dan coach itu, kerana gaji besar dan segala kemudahan dikecapai dan digodamnya. Jadi captain dan coach yang dipegang mencapai kejayaan cemerlang yang tewas terterap. Mengelak dari nasib takdir pasukan tersebut terus ranap, berkecai dan terpaksa bibayar dengan harga yang mahal nilainya.

Samalah juga captain atau coach tersebut sudah tidak mampu, terkedu tektik dan teknik terkini, serta terhapus kekuatan stamina minda dan fizikal untuk terus berlumba semasa captain dan coach tersebut telah mengalami tewas berganda sebanyak kali dan menang sekali dengan jaringan kecil itupun goal disumbat diudara dalam keadaan goal yang dibuka luas tampa penjaga gawangnya, maka coach dan captain itu merasai menang sebagai hadiah kepadanya tatkala 3 hari memegang jawatan berganda sebagai hiburan minda dari pengampu yang berada nun jauh dipisahkan oleh laut Cina Selatan yang sememangnya memberi perlantekkan lama.

Benarkah captain dan coach tersebut telah mengaku kalah untuk perlawanan yang terpaksa dihadapinya dalam memimpin pasukkannya yang One Malaysia games Thousand UM No, kerana sudah tidak mendapat penyokong, penyokong sedia telah melarikan diri kerana tidak menyakini captain dan coach tersebut mampu membawa kepada pasukkan negaranya mencapai kejayaan cemerlang sebaik berturut-turut mengalami kekalahan besar berganda difaktorkan semuanya bergelumang dengan rasuah. Dari captain dan coach yang dilantek termasuk timbalan captain dan coach jua berada dalam saf rasuah pekat, semuanya terpalit. Disebab itulah maka captain dan coach tersebut sekadar mau pegang jawatan tetapi akan memulaukan perlawanan.Itukah cara captain n coach menghadapi perlawanan untuk menjadi juara?
Kenapa pasukan negara kita memiliki captain dan coach seumpama dayus bacul takada telor jantan itu? Mashaallah!!!!! Apa kebenda dan bertaraf rendahnya semangat dan jantan hatta integriti sebagai saorang captain dan coach yang berwibawa? Captain dan coach yang sebegini pondan dan pandirnya, untuk mengatasi dayus pandir dan pengecut pondannya, pasti ia memiliki banyak alasan dan hujah untuk rakyat, penonton menyakini tindakkannya sentiasa betul dan benar.

Hakikatnya captain dan coach tersebut telah koro, telah pupus nafsu dayajuang menghadapi lawan kerana badi tewas menerusi 4 kali perlawanan seta badi hantu altantuya dan terkejut beruk diatas letupan peledak C4 yang menganggu captain dan coach tersebut dalam menerus dan melebarkan perlawanan dan perjuangan menghadapi lawan. Itulah hakikat sebenarnya. Bukan penonton yang mengeluarkan kenyataan tersebut jauh dari fitnah yang sering captain dan coach ini alaskan selama ini. Ini betul-betul, betul tak pa kata Ipin dan Upin. Ini betul-betul, bukan cubaan. Cubaan! Cubaan! Ini betul-betul bukan cubaan sebagaimana saya petik dari kenyataan captain dan koch tersebut yang saya petik sumber sahabat blogger iaitu;-
Sabtu April 18, 2009 - Najib: BN mungkin tidak tanding di Penanti PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razakberkata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN. Pengerusi BN itu berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya."Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu "Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya. Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan. Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.

"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kata Najib. Malah semalam, Najib juga berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan selain daripada kematian, sebab-sebab lain yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan ialah jika seseorang ADUN dan Ahli Parlimen itu diisytiharkan bankrap atau tidak berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kerana faktor-faktor tertentu.
Justeru pasukkan yang dipimpin oleh YAB DS Najib ini, pasukan bola sepak atau pasukan politik negara yang bernama UM No/Bn? Tidakkah DS Najib memimpin sebagai turus dan ketului utama pasukan politik yang bernama UM No/BN? Kalau kita sebagai ketua politik yang memimpin dan mengetuai badan pasukan politik bernama UM No/BN dan takut dan dayus berlawanan diatas nama politik jantan dalam PRK - N14 Penanti?
Maka saya seru dan mencabar beliau bagi pehak KU Parti PKR (YB Datuk Seri Anwar izinkan saya mencabar bagi pehak DS dalam hal tunggal ini sahaja) kepada captain dan coach UM No ini yang bernama YAB DS Najib. Letak jawatan politik dan jawatan negara, lebeh baik jadi Presiden/captain atau coach Persatuan Masak-memasak Melayu Malaysia Sdn. Bhd. Lebeh sesuai dan feminin itu lebeh baik, ebeh layak untuk anda wahai YAB DS Najib?

Ini betul-betul, bukan cobaan bukan rekaan fitnah ini adalah pengakuan captain dan coach yang dayus untuk menghadapi perlawanan dalam gelanggang sebenar di N 14 Penanti yang akan diumumkan oleh SPR, ada main-main ka juga? Melainkan ianya dipinta immunitinya kehadapan menemui lawannya dalam perlawanan iaitu SPR, SPRM dan komponan immunitinya yang sewaktu, sekapal denganya. Ini betul-betul pemimpin dan presiden dayus namanya. Apa macam YAB Ds, ini ada fitnah ka?

Mudah-mudahan cabaran ini, kembali menaikkan syahwat jantan YAB DS sebagai nakhoda kapal layar dahulu yang hampir karam kerana timbangan dacing terkini sentiasa tidak mencukupi berat timbangannya yang sebenar, dinilaikan oleh pemegang dacing yang maukan digantikan, sejajar timbangan kilo di gunakan negara kita. Ok! Betul-betul ka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Keduanya pendapat mahasiswa tadika yang berumur 5 tahun sahaja yang mampu bercakap berlandaskan hujah sebagaimana saya petik jua dari info sahabat blogger juga iaitu:-

Rakyat tak tolak BN: Najib - 18 APRIL 2009-04-18 - PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka dan bukannya menolak Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Perdana Menteri berkata sekalipun berlaku 'tsunami politik' semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lalu itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.

Sehubungan pernyataan kedua YAB DS Najib yang mengandaikan Rakyat tak tolak BN tetapi rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka. Samalah lah dikala petang dianjung rumah dulu-dulu ketika nak baca Utusan Meloya dan Berita Heran, sambil berkata, “Ros (bukan rosak tetapi penuhnya adalah Rosnah) buatkan abang Jib secawan kopi kau, pekat manis, tapi jangan bubuh gula. Dan buatkan sahabat kita Raza Babina segelas besar air bandung tetapi jangan bubuh susu”. Itulah jawapan saya mengenai kenyataan YAB DS PM berkaitan Rakyat tak tolak BN tetapi rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.

Jawapan dan alasan cucu aku berumur 5 tahun mahasiswa PASti. Itu kualiti minda yang ada pada PMku.
Salam dari saya: Ibn Abdullah Al Awab
Sabtu: 22 Rabiulakhir 1420 - 10 April 2009 – 10.07 mlm.


I