Wednesday, January 22, 2014

PANTUN SELOKA MINDA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB 20 RABIULAWAL 1435H (RABU)22 JANUARI 2013 Gunung Tahan Pulau Melaka Tempat bertapa Hang Laksamana Dok pertahan umNO mamak belaka Yang Melayu tulin pergi kemana? Pasir roboh Kota Melaka Hard Rock Café Tengku Adnan umNO(Baru) balas jasa mereka Jadi ahli parlimen, ceo perbadanan. Cincin permata tiga puloh juta Dipakai oleh Datin Seri puan Yang Melayu tulin berputih mata Melihat Mamak menjadi tuan. Perjanjian Plus penuh rahsia Kroni untung rakyat merana Kangkung turun gah 1Malaysia Silap Perdana Menteri salah cakna. Kroni bini dan macai kaya raya Dinobat disintuk Wanita Pertama Najib ikrar AKUJANJI pilihanraya Janji berdegar,-degar penipu utama. Binasalah mulut kerana lidah Lidah lembut cakap merapu PRU13 berakhirlah sudah Selepas menang Najib menipu. Bertongkan kolek penat bergalah Bergalah laju tersasar arah Rakyat demo sekadar membantah Mufti Harussani berfatwa Bugrah. Mendidk anak semasanya rebung Rebung dicincang perawan jelita Dialam eahim dan pandai menabung Simpan bertimbunratusan juta. Emas suasa tercicir bertabur Jatuh bertabur di Kg Selama Cukup masa simpanan dilabur Di Amerika buat film lucah sama. Wajib jengkal ke Bukit Keteri Dagangan sarat ke Kuala Balah Najib kekal jadi Perdana Men Rakyat sengsara, Negara bermasalah. Congsam merah pakaian nyonya Nyonya lawa di Sungai Lalang Are you ready, DS Najib Bertanya Rakyat menjawab malu kepalang. Sambal tempoyak cili boo Rasanya enak ditambah santan Dah banyak kali DS Najib diboo Tak rasa diri nak letak jawatan? Kepala buaya dimasak kari Matinya buaya dibusar panah Dipagi Aidilfitri cabinet menari Adakah ia amalan Ahli Sunah? Padi dibanting tinggal jerami Jerami dilungguk disana disini Majlistarimenari dikediaman resmi Merealisasi fatwa dari Harussani? Genda a la



PANTUN SELOKA MINDA

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
20 RABIULAWAL 1435H (RABU)22 JANUARI 2013

Gunung Tahan Pulau Melaka
Tempat bertapa Hang Laksamana 
Dok pertahan umNO mamak belaka
Yang Melayu tulin pergi kemana?

Pasir  roboh Kota Melaka
Hard Rock Café Tengku Adnan
umNO(Baru) balas jasa mereka
Jadi ahli parlimen, ceo perbadanan.

Cincin permata tiga puloh juta
Dipakai oleh Datin Seri puan
Yang Melayu tulin berputih mata
Melihat Mamak menjadi tuan.

Perjanjian Plus penuh rahsia
Kroni untung rakyat merana
Kangkung turun gah 1Malaysia
Silap Perdana Menteri salah cakna.

Kroni bini dan macai kaya raya
Dinobat disintuk Wanita Pertama
Najib ikrar AKUJANJI pilihanraya
Janji berdegar,-degar penipu utama.

Binasalah mulut kerana lidah
Lidah lembut cakap merapu
PRU13 berakhirlah sudah
Selepas menang Najib menipu.

Bertongkah kolek penat bergalah
Bergalah laju tersasar arah
Rakyat demo sekadar membantah
Mufti Harussani berfatwa Bugrah.

Mendidk anak semasanya rebung
Rebung dicincang perawan jelita
Dialam rahim dan pandai menabung
Simpan bertimbun ratusan juta.

Emas suasa tercicir bertabur
Jatuh bertabur di Kg Selama
Cukup masa simpanan dilabur
Di Amerika buat film lucah sama.

Wajib jengkal ke Bukit Keteri
Dagangan sarat ke Kuala Balah
Najib kekal jadi Perdana Men  
Rakyat sengsara, Negara bermasalah.

Congsam merah pakaian nyonya
Nyonya lawa di Sungai Lalang
Are you ready, DS Najib bertanya
Rakyat menjawab malu kepalang.

Sambal tempoyak cili boo
Rasanya enak ditambah santan
Dah banyak kali DS Najib diboo
Tak rasa diri nak letak jawatan?

Kepala buaya dimasak kari
Matinya buaya dibusar panah
Dipagi Aidilfitri cabinet menari
Adakah ia  amalan Ahli Sunah?

Padi dibanting tinggal jerami
Jerami dilungguk disana disini
Majlis tarimenari dikediaman resmi
Merealisasi fatwa dari Harussani?

Gendang gndut tali kecapi
Tali kecapi di Tasik Cini
Kempen PRU13 berdegar berapi
Kini PM dahulukan macai kroni.

Timbang kilo, dulu timbang kati
Dacing bN diguna lagi
Akujanji telah Najib khianati
PRU14, hampa nak sokong lagi?

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
20 RABIULAWAL 1435H (RABU)22 JANUARI 2013





Tuesday, January 21, 2014

KERAJAAN KEPALA LEMBU: TANDOK RUNCING KANDANG DIKONDO.



KERAJAAN KEPALA LEMBU: TANDOK RUNCING KANDANG DIKONDO. 

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 14 SAFAR 1435 (SELASA) 17 DISEMBER 2013

Kalimat perdana.

Benarlah madah Tun Dr Mahathir Mohammed. Ianya masih  releven. Rakyat menilai dan memerhati kebenaran madah Tun tersebut. “Sekarang orang-orang bodoh sahaja yang masok umNO(Baru), mereka yang cerdik pandai macam doctor, peguam, jurutera, professor dan bekas penjawat awam jusa, semuanya masok PAS. Sebab PAS memberi peluang dan ruang sewajarnya kepada cerdik pandai tersebut. Mereka dihargai dan diberi peranan besar dalam PAS”. Kehadiran mereka yakni cerdik pandai tersebut, menjadi pelengkap dalam memperkukohkan PAS dan hala tujunnya. Mereka menjadi benteng bersama untuk  berdepan dengan serangan umNO(Baru)bN. Kini jelas PAS – PR kehadapan dalam semua aspek dibandingkan dengan umNO(Baru) yang terkial-kial sumbang. 

Jadi kata Tun Dr Mahathir, “Orang-orang bodoh sahaja yang bersama dalam umNO(Baru)”. Mereka sekadar menjadi pemudah seperti melukut ditepi gantang. Sebagai pecacai dan kroni sepanjang masa, sekadar memulihara kepentingan politik elit bangsawan. Mereka mencengkam umNO(Baru)bN menjadi boneka Najib, sebagai tiket ke Putrajaya habiskan harta Negara. Umpama tuas penggerak jentera merealisasi  gerakerja PAU dan PRK. Kenyataan ini saya setuju seratus peratus dengan Tun. Tun Dr Mahathir,  adalah ibu yang mengandong dan  melahirkan umNO(Baru) kebumi fana ini. Itu-itu pun Tun pernah merajuk talak dua tiga suku dari parti dilahirkannya. Setelah tengkoknya digosok  dengan minyak gamat, makanya cairlah bebal marahnya. Tun kembali merujuk menikah dengan umNO(Baru), sebaik musohnya Pak Lah belah, ini reality sejarah.

Banyak perkara  yang saya tidak bersetuju dalam beberapa tindakkan Tun, selama dan semasa tempoh 22 tahun menjadi PM. Tetapi dengan madah Tun diatas, saya bersama bersetuju dengan Tun tanpa ragu-ragu dan was-was.

Benar, saya siliut dan tabik spring dekat Tun Dr Mahathir yang Berjaya mendidik isterinya  Tun Dr Siti Siti Hasmah Ali. Yang mana ketika menjadi isteri PM selama 22 tahun dulu, status sebagai isteri PM tidak salah gunakan serta mengkhianati rakyat. Jauh untuk mengganggu, mengugat dan kerkah gunggong tugas PM dan Presiden umNO(Baru) dan Pengerusi BN. Tun Dr Siti Hasmah Ali tidak telior mengkhianati harta Negara macam bini PM lanie iaitu WPN DS Dr Hajjah RMN. Alhamdulillah. Terima kasih Tun-tun. Dalam ini saya kagum dekat Tun berdua dan amat-amat saya respek. Saya doakan mudah-mudahan Tun berdua dipanjang usia dan diberkatiNya, InshaAllah.

Melakar tembok sempadan.

Sikap dan fenomina mandom, cengkaman dari pemuka pemimpin umNO(Baru) yang sebati dalam umNO(Baru). Bermula dari pemimpin cawangan seterusnya bahagian, perhubungan negeri sampailah kepusat. Iaitu sindrom takut dan tutup pintu rapat serapatnya kepada orang luar kecuali keroni dan macai yang boleh dicucuk hidung dengan harga dua sekepiang untuk menganggotai umNO(Baru) bersama mereka. Pemimpin umNO(Baru) bertindak semata-mata menjaga dan memupuk memulihara kepentingan dan jaminan kekal jawatan. Dengan bertindak membina tembok sempadan sebagai penghalang. 

Yakni tindakkan menyekat gulungan cerdik pandai, professional dan seumpamanya untuk menyertai umNO(Baru), apalagi menawar tempat dan memberi peluang kepimpinan baru, untuk memantapkan umNO(Baru) disemua perengkat pada semua posisi. Sindrom takutkan tewas dan ditolak ketepi. Hatta sikap takut  dengan bayang-bayang sendiri yang menghantui mereka dulu dan kini. Sememang mereka bersekala besar hanya  pemimpin cap ayam cap kucing sahaja.  

Mereka halang dan ancam gulungan berpendidikkan tinggi berkerjaya professional dari generasi ‘Y’.Kenapa? Kerana ianya akan mengancam kedudukkan pemimpin tradisi yang pusakai umNO(Baru) tersebut dan peluang anak mewarisi terbantut. Mereka takut terancam kedudukkan dan nikmat mereka bolot selama ini dinikmati melalui umNO(Baru). Justeru umNO(Baru)menjadi mangsa buatan pemimpin sendiri. Tandus dan pupus kepimpinan dari gulungan cerdik pandai professional. Akhirnya umNO(Baru) ketinggalan dan tersisih dimata rakyat. Berlanjutan umNO(Baru) kontang dan tandus pemimpin gulungan intelek untuk diturunkan menjadi calun dalam PRU. Melainkan kaki ampu dan merapu terpaksa diletak jadi calun kurban.

Natijahnya, umNO(Baru) dari masa kesemasa tidak memiliki calun-calun yang berwibawa. Kian menirus dan mengecut disudut untuk mendapat sokongan dari rakyat  semua bangsa Malaysia. Khususnya rakyat yang lahir diakhir tahun lapan puluhan. Untuk berdepan bertarong calun-calun hebat, professional dalam semua aspek tuntutan politik, pengurusan pentadbiran dan lain-lain dari PAS, DAP dan PKR dalam PR. 

umNO(Baru) sekadar meletakkan calun-calunnya jenis kroni berprofil tinggi cap ayam, cap kepala lembu dan cap kepala gajah. Untuk  mewakili mewarisi mereka sebagai calun-calun dalam PRU, kebanyakkannya. Tetapi kenapa umNO(Baru)bN masih menang dalam PRU13 dan sebelumnya?

PRU13 ibu pertembongan. 

Tempoh dua tahun menjelang PRU13, semua gerak gempur dan berak kapur, kelengkapan senjata dan kekuatan bala tentera umNO(Baru)bN digerak. Samada tentera  upahan, termasok bekalan senjata jenis peledak C4. Semuanya  umNO(Baru)bN guna untuk musnahkan kemuafakatan jitu PAKATAN RAKYAT – PR. Diatas kemusnahan dan kehancuran kombinasi komponan PR, yakni PAS, DAP dan PKR barulah umNO(Baru)bN selesa mencekek rakyat mengancam rakyat supaya memberi kemenangan besar dekat umNO(Baru)bN. Memudahkan umNO(Baru)bN merealisasi sepenuhnya tanpa digangu digugat, setiap kemahuan nafsu ganas dan nafsu buas pemimpin dan kroni umNO(Baru)bN bermaharajalela faraid harta rakyat negara. 

DS Najib RM dan umNO(Baru)bN telah pelbagai helah dan macam-macam kaedah digunakan oleh pecacai umNO(Baru)bN untuk benamkan PR.  Tetapi keciwanya umNO(Baru)bN, PR semakin kukuh dan mampu berdaya saing menghadapi bala tentera upahan dan tentera paksaan.

Malangnya semua usaha yang dijalankan oleh umNO(Baru)bN, khususnya oleh DS Najib RM menerusi penasihat internasional APCO untuk menghancur perpaduan keutuhan PR gagal. Pekasam, Jalor 3, Beras Jati dan sebagainya juga mengiringi gagal dalam putar usaha jahanamkan PR. Hasilnya pahlawan cendawan batang ini, semua mereka keciwa dan putih mata. Sahlah mereka-mereka itu sekadar menjadi cai dan terompah kayu untuk dipakai oleh DS Najib RM sebagai alas kakinya. Sekonyong-konyong untuk selesaikan hajatnya dijamban terbang, tak lebih dari itu ketika menghadapi ketakutan bahadi mehnah dan kerenah PRU13. Terima kasih wahai sekelian cai-cai.

Menjelang PRU13 pimpinan PR; YB TG Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Lim Keat Siang dan YB DS Anwar Ibrahim berpadu pengalaman, bersatu kekuatan tenaga dan strateji. Ketika  menghadapi umNO(Baru)bN secara resmi. Bertembong satu lawan satu. PR menjadi ampuh berganda. Bila rakyat multi kaum menerima seadanya DBS TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sifat tawaduk dan kental politiknya yang bertunjangkan akar dibumi, dan ditautkan kekuatan Tok Guru Nik Aziz denganNYA dilangit sana. Sebagai pemimpin spiritual yang dihurmati, disanjung tinggi dengan penuh kepercayaan dan beramanah oleh rakyat. Jadi, PR mendapat sokongan besar dalam  berdaya saing menghadapi umNO(Baru)bN.

Akhirnya, umNO(Baru)bN kalah di Semenanjung. Tetapi, umNO(Baru)bN dapat menuboh kerajaan minority melalui dan menerusi kerusi simpanan tetap yang tercalar dengan danor menerusi umNO(Baru)bN Sabah dan PBBbN di Sarawak yang sarat bergelumang dengan najis rasuah perdana. Semuanya tak dikisah oleh SPRM. DS Najib RM menjadi PM1Malaysia@1Melayu selepas PRU13 dengan mandate minoroti, terkebil-kebil Najib RM untuk namakan barisan cabinet dapor yang direstui oleh RM untuk langsung diperkenan oleh DYMM SPBYDA.

Silap-silap percaturan dan perkiraan, tersalah langkah  tersasar fokas, kerajaan minority berada dalam zon bahaya mengundang kucar kacir yang datangnya asakkan dari dalaman. Hendaknya YAB DS Najib RM perlu bermuhasabah diri dan lipat ganda sabar. Kini DS Najib RM memupuk memulihara sekelian kroni yang berjasa kepada umNO(Baru)bN membiayai PRU13 dimata dihatinya. Antara kroni dan macai, bertembong dengan rakyat jelata, siapa akan didulukan?

Sah, akhirnya kroni dan macai diutamakan dengan mereka membina tugu kekayaan diatas  penderitaan keringat rakyat jelata. Kini rakyat jelata kian mendepani sengsara hidup harian dan menderita dalam berdepan dengan tekanan hidup yang parah. Sejarah keperitan hidup rakyat selepas merdeka dicipta oleh PM YAB DS Najib RM. Rakyat papa kedana hidup merempat ditanganmu YAB DS Najib RM  PM1Malaysia@1Melayu menerusi umNO(Baru)bN. Hidup Najib!!!!!! Hidup umNO(Baru)!!!!!!   

Semuanya khazanah Negara rakyat, DS Najib RM rakus tak ubah macam harta benda mak datok dari hasil usaha umNO(Baru)bN.

Kerajaan minority umNO(Baru)bN.

Kejayaan umNO(Baru)bN mendapat sokongan minority dan menuboh kerajaan minority Putrajaya kerana. Kerana lebih 60 tahun UMNO PERIKATAN/umNO(Baru)bN telah memperalat seluroh kekuatan jentera kerajaan dan sehubungan dengannya ditunggang bukan kepalang. Secara holistic ditandu oelh umNO(Baru)bN menyondol menghadapi PR secara bacul yang tidak bertamaddun. Seolah-olah umN(Baru)bN terlepas dari kamus penyelewengan dan rasuah.

Sekalipun secara terang-terang (tanglaq kata orang Perlis) harta rakyat Negara dari semua jenis dirogol oleh umNO(Baru)bN sampai ke LTH pun akan dimangsakan kalau dibiarkan dekat mamak tongkang mengendalikannya. Tanpa malu jauhlah takut dengan dosa pahala neraka syurga. Apa peduli yang penting PRU mesti dimenangi. Cara dan tindakkan dipersetankan. Mufti Harussani bersekali dalam bab ini, kerana beliau berdiam diri menjadi setan bisu dan buta pula. 

umNO(Baru)bN terpencil  tinggal jauh kebelakang. Kesan apabila sekelian rakyat jelata membuka mata melakukan personal ordit mencari kebenaran dan keadilan. Rakyat lantas membuat perbandingan baik dan burok, benar atau fitnah selama ini yang dicanangkan oleh umNO(Baru)bN terhadap PR, khususnya negeri dibawah pemerentah PR dengan urus tadbir berhemah. Siapakah lebih baik pengurusan pentadbiran negeri dikendali oleh kerajaan PR atau kerajaan diterajui umNO(Baru)bN.


Rakyat hakim menilai. 

umNO(Baru)bN terpencil  tinggal jauh kebelakang. Kesan apabila sekelian rakyat jelata membuka mata melakukan personal ordit mencari kebenaran dan keadilan. Rakyat lantas membuat perbandingan baik dan burok, benar atau fitnah selama ini yang dicanangkan oleh umNO(Baru)bN terhadap PR, khususnya negeri dibawah pemerentah PR dengan urus tadbir berhemah. Siapakah lebih baik pengurusan pentadbiran negeri dikendali oleh kerajaan PR atau kerajaan diterajui umNO(Baru)bN. 

Jadinya, jelaslah kepada rakyat, khususnya anak muda ‘Y’. Mereka memerhati dan meneliti laporan tahunan oleh Ketua Ordit Negara. Jelas report Ketua Ordit Negara itu, ianya berkait rapat dengan penyelewengan, pembaziran ketirisan dan pengkhianatan perbelanjaan kerajaan negeri diperentah umNO(Baru)bN dan apalagi kerajaan pusat Putrajaya umNO(Baru)bN bN, jauh dari berhemah, telus sebagaimana negeri diperentah oleh PR.  

Pendek kata semua jenis peluru dan peledak termasok jenis C4, umNO(Baru) ledakkan secara bersiri dari RTM, TV MediaPrima dan pecacai upahan blogger. umNO(Baru)bN berusaha menabor suburkan fitnah adu domba mengundang sengketa untuk hancurkan keutuhan dan perpaduan PR. Tetapi segala usaha mereka gagal dan terus gagal. umNO(Baru)bN khasnya DS Najib RM amat keciwa dan berdukacita. Ampuh kukuhnya perpaduan erat, yakni kerjasama komponan PR. Pasti ianya mengancam, mampu tenggelamkan umNO(Baru)bN dalam PRU13. Ianya akan mengundang malapetaka besar kepada umNO(Baru)bN, dan pada sekelian pemimpin dan link kroni mereka.  

Akhirnya Negara berada dalam kancah pasca politik baru. Kesedaran politik dan pegangan politik dan sokongan kepada politik kepartian mengalami perubahan baru. Khususnya kepada anak-anak muda generasi ‘Y’. Rakyat menerusi internet yang pelbagai jenis kaedahnya, telah dapat menembusi menawan ledakkan maklumat pantas.  Sebelum pehak kerajaan tipulasi dan manipulasi tunggang langgang maklumat. Rakyat dapat memintas informasi yang basi dari RTM, TV Media Prima dan akhbar perdana seperti Utusan Meloya, Berita Heran dan sebagainya. Yakni tidak semua maklumat dapat dikongkong oleh umNO(Baru)bN dekat rakyat Negara.

Anak muda ‘Y’ telah bertindak menolak ketepi parti umNO(Baru) yang diwarisi dari emak bapa dan datok mereka sejak sebelum Malaya merdeka mereka anuti. Justeru, anak muda sedang menuntun dan menyaksikan tempangnya akhlak dan amanah bermula dari PM, isteri dan anak-anak. TPM dan sekelian menteri dan anak bini mereka berkota distana permata yaakub. Dengan rakyat perlahan-lahan dan koi-koi merempat dengan tekanan hidup. Kerana  pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan khazanah Negara menjadi cacamerba.

Penyelewengan, semarak kroni umNO(Baru)bN dalam perlumbaan berjemaah membina harta karun dan membina gedung mal. Sampaikan Negara menuju kancah muflis. Angkara  tangan panjang yang menjadi pencuri penyamun dan kawaq. Rembat dan sebat harta rakyat Negara. Semuanya disebabkan wujudnya elemen lemah pengurusan, lemah pentadbiran dan tangan syaitan turut mengganggu. Pupus semuanya kerana kesalahan dan kelemahan ketika PRU umNO(Baru)bN mendapat pembiayaan dari taikun. Sesunggohnya pembiayaan tersebut wajib dibayar walau apacara selepas PRU. Kini kita berada dalam zon tersebut sebaik PRU13. 

Akhirnya rakyat jelata dipaksa  memikul beban kerajaan berkaitan kewangan dengan mencekek tengkok rakyat dan merobet perut rakyat untuk menyelesai pembiayaan penyelewengan kerajaan umNO(Baru)bN yang tenat.  Diatas kelalaian, kelemahan dan pemimpin parti dan kerajaan umNO(Baru)bN tidak mampu untuk menghalang kehendak kroni dan macai. 

Kerana taikun, taukeh sebelum PRU mereka merealisasi pembiayaan penuh keperluan politik umNO(Baru)bN menghadapi musoh politiknya. Sebaik selesai PRU, mereka-mereka tadi tampil kembali menghunus keris dan kendong C4 terajang tending pintu Putrajaya. Maukan balik pembiayaan yang ditabor dalam PRU. Sekarang Negara hadapi fenomina ini. Kroni dihati umNO(Baru)bN. Rakyat haramjadah dan pengkhianat, ini lafaz kata PM1Malaysia@1Melayu YAB DS Najib Razak. Masih berdengung telingaku mendengar.

Paska sebelum PRU13.  

Negara gerhana politik bersih berterusan di tangan Najib RM. Salahguna kuasa, kroni, rasuah berkembang biak dan menjadi-jadi. Najib RM menjadi PM dengan mendapat nasihat dan tekanan dan arahan dari bini ke2nya DS Dr Hajjah RM. Kini  DS Najib RM menjadi Pengerusi bN dan Presiden umNO(Baru) yang bacul binti pengecut. Pondan untuk tampil dimedan debat terbuka secara live disiarkan dikaca TV, sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat jelata untuk melihat ketokohan dan bijaksananya pemimpin kedua pehak berhujah untuk memimpin rakyat jelata, ketika menghadapi keadaan susah senang Negara. 

Tujuan berdebat adalah untuk menzahirkan bijaksana ampuh Najib RM untuk berhujah mempertahankan kebenaran dan kehebatan  umNO(Baru)bN selama ini berjasa kepada rakyat. Dan mampu  menangkis, menepis hujah hebat secara tuntas menafikan kebaikkan yang ditawarkan PR. Tak mau dia Najib R tampil  untuk berdebat, sanggup mencemuh dan mempermainakn permintaan rakyat. Kata Njib R, “Berdebat bukan budaya kita”.

Debat itu budaya Amerika dan Negara-negara maju. Tetapi dalam masa yang sama beliau DS Najib RM sentiasa berdebat solo dalam TV setiap hari memfitnah PR dan pemimpinnya. Sayang, peluang berdebat tersebut ditolak oleh Ds Najib RM, jadilah dia panglima pengecut. Hatta Najib RM mempersenda cadangan rakyat berhubungan debat perdana tersebut.

Tetapi dalam masa yang sama, sipengecut ini gagah menghina  Buku Jingga - Menifesto PR. Najib menempelak hakikat kebaikkan falsafah Buku Jingga dan Manifesto PR. Tetapi, pada hakikat sebenarnya, Najib R sangat gerun dengan PR yang mendapat sokongan besar rakyat diatas terjejaknya dimata dan dihati rakyat melihat falsafah Buku jingga dan Manifesto PR. Semua-semua ini, ianya  menjadi batu penghalang besar kepada umNO(Baru)bN menghadapi PRU13. Najib RM amat berdukacita berganda, bila Tun Dr Mahathir turut serta mempertikai dan balon belakang Najib RM secara terbuka bersabit kepincangan mengurus umNO(Baru)bN dan mentadbir negara sampai menjadi cacamerba.

Pihak PR, melahirkan Buku Jingga dan Manifesto untuk PRU13 kepada rakyat pengundi, ianya digarap dengan teliti dan amatlah  tanggungjawab. Dipertanggungjawaban untuk rakyat Negara dalam semua aspek. Itulah hakikatnya. Benar, Buku Jingga – Manifesto PR ianya mampu, menggerun dan memencilkan umNO(Baru)bN khususnya DS Najib RM sendiri dari Putrajaya.  Jadi DS Najib RM sedang menghidu bahang kalah PRU13 ketika itu. DS Najib RM umpama orang buta mencari tongkat untuk melangkah. Maka Najib RM mencipta jalan berliku  untuk mengatasi PR dalam apa cara sekalipun. 

Bahang dan bahana dari PR yang mengundang DS Najib RM terpaksa biarkan usia parlimen menjadi luput mati beragan. Sesetengah negeri ditangan DS Najib dan mencipta sejarah kerajaan negeri mati dengan sendiri. 

Rakyat buat pilihan, rakyat buat bandingan.

Boros dan jolinya PM1Malaysia@1Melayu bersekali dengan bongkak sombong bini ke2nya yang berkuasa dalam urusan Negara dan luar Negara. Sewenang-wenangnya membelanja diluar keperluan duit rakyat bersiar makan angin sedonia dengan jet Negara. Termasok TPM TS MY. Kualitikah mereka? Integretikah mereka? Perangai dan tingkah laku mereka, anak bini dan keluarga dan kroni mereka, semuanya diperhati  diteliti. Dan diodit oleh rakyat melihat kemewahan yang melampau dimiliki, secara dilunggok dan dihimpun, tujoh keturunan tak habis.  Duit rakyat Negara, macam duit mak bapak mereka yang punya diwarisi. Keadaan-keadaan itu rakyat pantas membuat bandingan.

Rakyat membandingkan dengan pemimpin dikalangan PR. Apalagi mereka terus membuat bandingan. Style dan gaya mentadbir urus kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri umNO(Baru)bN. Dibandingkan kerajaan negeri PR yang dipimpin oleh PAS, DAP dan PKR. Bebas rasuah dan kroni. Hatta rakyat membuat lagi perbandinganya melalui menerusi report tahunan perbelanjaan pengurusan pentadbiran oleh Ketua Odit Negara. Negeri ditadbir oleh umNO(Baru)bN sarat dengan ketirisan, kebocoran, rasuah dan macam-macam kepincangan. Manakala negeri yang ditadbir urus PR bebas dari celaan perdana oleh Ketua Ordit Negara. 

Sebabnya  integreti dan kualiti pemimpin sedia PR dan pemimpin penyokong baru dalam PR. Sahlah ianya menjadi tarohan membawa kepada  sokongan besar dari rakyat jelata  kepada PR dalam menghadapi PRU13. Kerana pemimpin dalam PR bukan jenis  kepala lembu kondo atau jenis cap ayam laga. Mengiringi fenomina tersebutlah jelas DS Najib RM telah mencipta sejarah Negara sebagai PM1Malaysia @ 1Melayu berdepan takut hilang kuasa dalam PRU13. Bila menyaksikan PR mendapat sokongan rakyat, umNO(Baru)bN tertinggal kebelakang. Makanya seluroh jentera kerajaan dikerah menjadi anjing dan pecacai kepada umNO(Baru)bN. Sebagai  tentera upahan kerahan tenaga berdepan berlawan dengan PR. Tanpa segan silu dan malu, takutkan Allah.

Justeru, selari dengan pengakuan berulangkali dari Tun Dr Mahathir tersebut, masin mulutnya. Maka orang-orang bodoh sajalah akhirnya berada dalam umNO(Baru). Dan dikalangan itulah yang menjadi pemimpin besar dalam umNO(Baru). Untuk diangkat menjadi calun-calun PRU13 di DUN dan di KaPar. 

Akhirnya DS Najib RM  jadikan dirinya kepala tempor umNO(Baru)bN Selangor dalam PRU13. Keciwa dia. Kalah tersungkur juga lagi parah. Hilang peluang untuk parait RM3,000,000,000.00 simpanan dana Selangor. Diatas ketelusan dan bijaksana kerajaan PR memerentah Selangor, itu baru sepenggal memerentah.

DS Najib RM terus menyerang, menempelak falsafah yang digarap dalam Buku Jingga – Manifesto PR. Najib RM terus menjaja keliling Negara serta diperkukohkan dengan ratip macai dari MediPrima dan RTM. Semuanya menjadi pecacai umNO(Baru)bN menaboe fitnah keatas PR sepanjang PRU13 berjalan. Iaitu kalimat diucapkan ratusan kali di TV 1 & 2, TV 3 dan sakatnya iaitu; Negara akan bankrap muflis kalau melaksanakan sebagaimana termaktub dalam Buku Jingga dan Manifesto PR.

Mencari pengkalan baru bertedoh.

Justeru, ramailah dikalangan cendiakawan, sasterawan, usahawan, artis, professional, diplomat, penjawat awam jusa menyertai PR. Termasoklah pegawai kanan  polis dan tentera  menyertai PR. Hatta mereka diberi tempat  dan peluang menjadi calun dalam PRU13. 

Apabila PR menawar naskah ‘Buku Jingga’ yang sarat dengan saripati falsafah membela kesejahteraan rakyat. Ianya diperkukoh  seiring dengan pelancaran MANIFESTO PR PRU13. Senjata kembar PR ini, ianya mencakupi aspek kebajikan rakyat dan Negara. Membela kebajikan rakyat berkebajikan secara jelas dan tindakkan yang tuntas. Benar, kesan dan tekanan serta penangannya cukup tinggi keatas umNO(Baru)bN menjelang PRU13, khusus dan khasnya  DS Najib RM. 

Bila PR kehadapan disudut mendapat sokongan dari rakyat dari berbilang kaum, berbanding sokongan kepada umNO(Baru)bN. Jadi, DS Najib RM PM1Malaysia@1Melayu mendapat tamparan, penangan dari Buku Jingga dan Manifesto PR. Sampaikan DS Najib RM buta akal mendapatkan  tarikh untuk membubar parlimen.

Lantas DS Najib memintas, merogol, meniru dan menciplak butiran kandungan Buku Jingga dan Manifesto PRU13 PR. Menciplak dan merogol sebahagian besar intisari dan intipatinya diluar kawalan ilmu dan kewibawaan tulin. Dengan sombong dan bongkak DS Najib menempelak dengan bongkak menafi dan memperlekeh Buku Jingga dan Manifesto PR. Diatas sombong dan bongkaknya DS Najib RM merasai cukup ampuh dan perkasa. Makanya DS Najib RM sebagai modal menemui rakyat pengundi dalam PRU13 dahulu dengan mengangkat naskah AKUJANJI umNO(Baru)bN kepada rakyat.

Selepas PRU13, YAB DS Najib RM menjadi seorang yang hebat menolak dan menafikan tuntas AKUJANJI tersebut. DS Najib RM langgar dan campak kelongkang AKUJANJI mereka. Makanya jadilah mereka pemimpin lidah bercabang macam biawak dan berlapis macam kuih lapis. Maka bN realisasikan senonim namanya barang naik. Maka naiklah harga minyak. Naik harga gula. Memperkenalkan cukai GST yang setiap individu rakyat akan digasak sampai tersungkor kebumi.

Mulut menempelak, tangan mencedok.  

Bahang PRU13 yang suhunya panas hampir membara walau tidak mencairkan besi khurasani. Ianya memenat dan melemahkan DS Najib RM. Khususnya nasib umNO(Baru)bN dalam menghadapi berdepan dengan bala tentera pilihanraya dari PR untuk PRU13. Ianya berpunca sebaik PR setelah melahirkan Buku Jingga yang mampu membelah dan menerjah hati nurani rakyat marhaen. Rakyat melihat hakikat kebenaran dan kemampuan PR melalui dan menerusi Buku Jingga diperlengkapkan lagi dengan Manifesto PR. 

Perancangan PR dalam memperkasakan rakyat menjadi tuan bersama dalam Negara. Ianya dibuat secara kajiselidik bertanggungjawaban oleh kumpulan professional PR. Mereka melahirkan Buku Jingga dan Manifesto PR tersebut melalui kajian masak untuk merealisasinya. Yakni tindakkan dan cara-cara alternative mengatasinya ketika memerentah.  

Najib RM bertali arus menolak dan menempelak dengan bersunggoh-sunggoh diatas reality falsafah intipati Buku Jingga dan Manifesto PR. Najib RM diluar dengan beralaskan kebenaran ilmu yang luhur dimilikinya. Tetapi menolak dan menempelak semata-mata kerana takut dan gerun dengan kewibawaan dan kemantapan Buku jingga dan Manifesto PR tersebut telah dapat memikat dan menambat hati rakyat dengan memberi sokongan kepada PR hingga kepeti undi. Kerana ianya mampu membenamkan umNO(Baru)bN dalam PRU13. Itulah hakikatnya Najib R menempelak dan menolak intisari dan falsafah Buku Jingga dan Manifesto PR. Walau Najib mengetahui ianya terbaik kepada rakyat. Dari selama-lamanya umNO(Baru)bN menipu dan memperdaya rakyat.

Sekira-kiranya tempelak Najib RM keatas Buku Jingga dan Manifesto PR itu, dapat mengangkat dan meletakkan kembali umNO(Baru)bN yang parah bergelumang dengan semua bentuk rasuah, kemata rakyat bersinar kembali. Apalagi penyelewengan yang diperhaluskan bahasa dengan ketirisan kebocoran disahkan dalam setiap laporan odit tahunan kerajaan. Berbanding dengan ketelusan pentadbiran pengurusan kewangan yang bebas dari joli rasuah negeri-negeri yang ditadbir diperentah kerajaan PR. Ianya menakutkan Najib R.

Akhirnya jenis umNO(Baru)bN yang berketuakan DS Najib R yang mendapat penasehat utama dari bini ke2nya yang joli sakan sebagai WPN.  Sesunggohnya jalan yang Najib R nak lalui dalam PRU13, ianya berliku dan menjunam. Tanpa segan silu, jauhlah merasai malu muka. Dalam keadaan terpaksa untuk umNO(Baru)bN menghadapi PRU13, jadinya dalam keadaan menolak dan menempelak itu, terpaksa Najib R mencedok, meniru dan memperakui kebenaran yang PR perjuangkan untuk rakyat melalui buku jingga dan melalui Manifesto PR. Kesemuanya Najib Razak cedok dan tiru sunggoh-sunggoh apa yang terkandung dalam Buku jingga dan Maifesto PR diangkat dinobat Najib RM umNO(Baru)bN menjadi AKUJANJI. Mengangkatnya menjadi AKUJANJI "MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN". Dipersembahkan penuh dengan jenaka kepada rakyat seperti boneka.

Memperdaya rakyat, manipulasi keadaan. 

Sayangnya naskah tidak bertulang bersendikan iman dan taqwa itu AKUJANJI "MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN" tidak disetemkan dan ditandatangani naskahnya oleh semua ketua-ketua parti komponan bN dihadapan Ketua Hakim Negara dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Sepertimana akujanji dan perjanjian yang dibuat dalam Negara kita. Itulah tipudaya perdana umNO(Baru)bN dekat rakyat menjelang PRU13 yang lepas.

Oleh kerana AKUJANJI PRU13 DS Najib R itu amat longgar, kerana tidak diikuti sebgaimana diperjelaskan diatas. Makanya selama-lama itulah aku tidak mempercayai akan Ds Najib akujanji itu akan dilaksanakan selepas PRU13.  Jenama DS Najib R umNO(Baru)bN ini, semasa meniru dan mencedok, dijadikan Akujanji bN PRU13 diluar persediaan dan persiapan. Yakni  perubahan sikap dan cara-cara hidup dan perbelanjaan joli boros kerajaan bN dan suku sakat komponan bN yang dijuarai umNO(Baru) dan kuncu-kuncunya. Pasti, meniru diluar ilmu sendiri, ianya akan berdepan  dengan kekalutan untuk membuat penyelesaiannya berpandukan kaedah yang benar dan tepat.   

Akujanji lidah bercabang berlapis.
DS Najib R mengepalai bN menghadapi pilihanraya. Selama-lamanya umNO(Baru)bN, sejak zaman akhir Perikatan, UMNO lama dan umNO(Baru) kepimpinan dan pemimpin mereka menghadapi virus dan sindrum integrity yang merosot. Dan akhirnya merudum menjadi punah. Rakyat mula bangkit mempersoalkan integrity pemimpin umNO(Baru)bN, kerajaan bN dan perkhidmatan awam, perundangan dan semua cabang pelengkap kerajaan yang dicemari. Sindrom mengutama kroni dan membiaknya rasuah perdana dan rasuah mega. Ianya didebat dan diperkata. 

Sebelum dan sepanjang zon PRU13, umNO(Baru)bN khususnya DS Najib R yang jadikan bN boneka Najib itu kusam kesumat. Najib R terus menerus menempelak PR khususnya dengan pelancaran Buku Jingga dan Manifesto PR. Yangmana PR  dilancarkan dimasa yang tepat untuk tatapan rakyat. Makanya dapatlah rakyat memperbandingkan dengan tawaran tawar dari umNO(Baru)bN.

Negara secara tidak langsung sudah tiga kali berlalunya PRU Negara laluinya, adalah secara system dua parti. Yakni pertembongan diantara bN dengan PR. Jadi PR mampu menjana pemimpin-pemimpin yang berkualiti yang memenuhi semua aspek keperluan untuk membentuk dan memerentah Negara.  

Semuanya keranamu DS Najib mengatasinya oleh bini ke2nya DS RM, wanita pertama Negara yang sejak dalam kandungan bondanya menabung sampailah kepada anak2nya dengan laki dulu.

Kini rakyat menderita ditangan DS Najib dalam mengendali ekonomi dan sebagainya kepada rakyat Negara. BN barang naik akan terus menghimpit dan memeritkan rakyat untuk survival hidup dan kehidupan.

Sedangkan pemimpin, pak menteri anak dan bini keluar Negara bercuti dengan belanja berjuta-juta berfoya dan melayan nafsu sepenuhnya.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 14 SAFAR 1435 (SELASA) 17 DISEMBER 2013


Sunday, January 19, 2014

SELOKA PUSAKA IBUNDA



SELOKA PUSAKA IBUNDA

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
18 JANUARI 2014 (Sabtu)

Pucuk paku, rebung  pegaga
Segar dijual di Pasar Payang
Riuh kangkung turun harga
PWTC gegar Putrajaya goyang?

Segar dijual di Pasar Payang
Disana wajib, kerupuk ubi disini 
Orang kata Najib takutkan bayang
Bayang Mohiyadin dan bayang bini.

Berselang galang beratur ke Bota
Sayang tersesat sampai Segari
Malang dek jenaka tutur dah kata
Rakyat malu gelagat Perdana Menteri.

Sayang tersesat sampai Segari
Nasib yang malang tidak berperi
Nak bagi tau dekat Perdana Menteri
Pasai kangkung dah ada menteri.

Putri Mansor handalan menabung
Tabung disimpan di Qatar di Uganda
Bila gula minyak naik melambung
Kayakan kroni macai, laba berganda.  
Terlepas sekawan  ayam, itik angsa
Mati gelempang dilanggar kereta
Selepas PRU13 rakyat menjadi mangsa
Akujanji dicapati Najib tipu, bN auta.

Bersampin bertanjak kayuh basikal
Menuju Kempas ke Batu Mengkebang
Kempen, Najib kata gula minyak kekal
Lepas pilihanraya lidah Najib bercabang.

Menjual  wajib diatas gelegar
Tempat bertemu pasangan janda
Akujanji Najib, kempen berdegar
Sayang, akujanji hanya propaganda.

Marahkan peneroka haramjadah
Kesat perkataan otak lembu sawah
Aurat bini sedunia mendedah
Bagaimana nak tegur rakyat bawah?

Sayor kangkung, terong kari
Sayang makanan dijilat anjing
Cincin 24 juta tersarong dijari
Beg Bikin ditunjuk dikilik dijinjing.

Sayang makanan dijilat anjing
Anjing dipalu seketul batu
Bukan saja beg ditunjuk dijinjing
Hatta ratus juta film dapat dibantu.

Ahli falaq TG Abdullah Fahim
Remaja belia dudok di Alma
Kaya menabung dialam rahim
Selepas menjanda wanita pertama

Suburnya zurait Putri Ziania
Kecil dikilik, yang besar dijunjung
Selepas dibalon seluroh dunia
Akhirnya Najib sukakan kangkung.

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
18 JANUARI 2014 (Sabtu)