Sunday, November 29, 2009

PAKAT-PAKATLAH MEMBINA, JANGAN JADIKANNYA LADANG DAN KILANG, UNTUK MAL DAN PANGKAT.



PAPAN TANDA MASJID JAMEK BAGAN DALAM




LETAK DUDUK BEKAS KELAB MELAYU BAGAN



MASJID JAMEK BAGAN DALAM



PANDANGAN MASJID JAMEK BGN DALAM


3.30 Pagi - 28 November 2009 - Sabtu - 10 Zulhijjah 1430

PAKAT-PAKATLAH MEMBINA, JANGAN JADIKANNYA LADANG DAN KILANG, UNTUK MAL DAN PANGKAT.
Parti Islam Se-Malaysia - PAS

Sekilas tinta berbicara:

Kalau-kalaulah Parti Islam Se-Malaysia - PAS itu dijadikan Allah merupakan sekujur mahluk dari jenis manusia, seperti diriku, pasti sejak 23 November 1951 sampai sekarang. Nescaya dengan umurnya yang mencicah 58 tahun dan sepanjang usia 58 tahun di lalui, pasti ianya berdepan dengan kepelbagaian komponan masalah kesihatan dan penyakit yang kronik dan berpanjangan deman, sakit gigi, darah tinggi, kencing manis, kurap, panau dan menghadapi penyakit berjangkit . Dalam masa yang sama terpaksa melalui dan meredah berbagai cabaran, halangan suka dan duka. Dari jenis penyakit dalaman dan penyakit luaran, hatta sengaja berusaha ikhtiar mengimport dan menempah penyakit kerana seronak hati, dalam melayan nafsu serakah.


Saya beriring usia dengan perjalanan Parti Islam Se-Malaysia - PAS itu. Dalam usia beriringan dengan penubuhan PAS, maka saya turut mengalami masalah kesihatan diri, seperti mewarisi asma - lelah yang kronik serta lengoh badan yang amat sangat sehingga menghalang untuk berdepan dengan laptop lebeh dari 40 minit berdepannya. Akibatnya tidak berpeluang untuk mengeluarkan rencana dalam menulis untuk melayari blog menjana pendapat secara istiqamah - konsistan. Hatta baru-baru ini saya mengalami sakit mata yang berat bersama-sama semua keluarga. Barang tentu dengan mata tidak mampu fungsi celek, sakit dan seriau sangat untuk berdepan huruf dan angka dimuka lap top, hatta silauan cahaya mentari dan lampu menjadi penghalang.


Menjelang masuknya waktu solat Maghrib, saya bersama isteri dan anak-anak sampai di rumah keluarga isteri di Bagan Dalam Butterworth. Keadaan kesihatan hampir baik dalam ertikata baik untuk pengidap sakit tegar seperti saya alami selama ini.

Manakala sakit mata saya sampai tahap 80% baik dengan pengelihatan yang tidak pulih sepenuhnya untuk melihat dan memandang untuk jarak jauh dan dekat. Di keadaan ini Alhamdulillah memampukan sadikit untuk saya menjengok keleh blog-blog teman kerana blog sendiri beku dan kakau kerana keuzuran resmi. Saya pasti cuba untuk menulis walau beberapa tajuknya telah basi disudut pembaca tetapi dirasakan basi itu pun berfaedah barangkali untuk pehak-pehak tertentu, menerusi titipan minda saya, Inshaallah.


Saya bersama keluarga menghadirkan diri untuk menunaikan solat Maghrib dan Isha di Masjid Jamek Bagan Dalam, Butterworth, Seberang Perai, bersama jemaah lain bertakbir menyambut Aidil Adha besuk (Jumaat 27 November 2009 bersamaan 9 Zulhijjah 1430), yang jaraknya dengan rumah keluarga saya kira-kira 300 meter sahaja. Bangunan masjid ini adalah bangunan baru yang dibina semula diatas tapak masjid lama yang didirikan dalam tahun 1801. Masjid lama dahulu ianya amat berjasa besar dan berbakti kepada sebahagian besar musafir yakni penghantar - keluarga kepada jemaah haji dari Perlis, Kedah, Perak Utara, Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand sebagai tempat bermalam dan beriktikaf semasa bertolak dan kembali dari untuk menunaikan Haji ke Mekah sejak 1850 hinggalah perkhidmatan ‘haji’ kapal laut menamatkan perkhidmatannya diakhir tahun 1970han.


Hatta masjid-masjid berdekatan juga dilimpahi oleh bakal-bakal haji dan keluarga termasuklah beberapa masjid-masjid di bahagian pulau Pulau Pinang seperti Masjid Melayu Lebuh Aceh, Masjid Kapitan Keling dan beberapa masjid yang lain. Ketika itu ramai bakal-bakal haji yang Alim dan kayu ilmu dari Kelantan dan Selatan Thailand mengambil peluang mengajar dibeberapa masjid sekirat Bagan Dalam, Bagan Luar, hatta dibeberapa masjid di pulau Pulau Pinang. Almarhom Abahku kali pertama (bersama amin) dan kali kedua bersama-sama Ummiku menunaikan rukun haji melalui perkhidmatan kapal laut - kapal dagang Ang Kin dan Malaysia Raya. Semuanya telah menjadi nostalgia khususnya untuk diri saya.


Semasa mana jemaah Haji menggunakan perkhidmatan perjalanan dengan pelayaran kapal laut sebelum diperkenalkan menggunakan khidmat pesat penerbangan. Sejak lama dahulu perjalanan pelayaran menunaikan rukun haji ini, diuruskan oleh agen-agen perkapalan berpusat di Pulau Pinang satu masa dahulu dikenali sebagai Judah Kedua oleh agen-wakil haji di kenali sebagai ‘Sheikh-sheikh Haji’. Apabila lahirnya Tabung Haji dan Tabung Haji menjadi satu badan tunggal memonopoli yang ditubuh dan diperbadankan oleh kerajaan pusat untuk mengurus selia pengurusan mengerjakan haji dengan penerbangan maka perkhidmatan ‘Sheikh-sheikh Haji’ akhirnya pupus dan menjadi lipatan sejarah sahaja.


Saya menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Adha kali ini (Jumaat 10 Zulhijjah 1430 - 26 November 2009) di Masjid Jamek Bagan Dalam yang imam dan khatibnya adalah Ustaz Mohamad bin Hashim yang mendapat pelajaran menengahnya di Penang Free School (PFS) diakhir tahun 1970 han dan meneruskan pelajarannya di pondok. Anehnya kehadiran sebagai jemaah dalam menunaikan solat Aidil Adha ini, jemaah tempatan di tenggelamai bilangan yang ramai dari jemaah Banggaladesh, Burma - Myanmar , Thailand dan Indonesia. Mereka-mereka ini sebagai pekerja kilang di Prai dan di pulau Pulau Pinang, terdapat sebagai pendatang haram dan perlarian yang disahkan oleh UNCHR.


Sebaik selesai khutbah dari khatib, seperti biasa berebut makmum setempat dan pendatang untuk bersalaman dengan iman dan khatib dan ada yang berpelukkan. Diantara yang berpelukan dengan Imam - khatib Ustaz Mohamad Hashim dengan saorang yang sempoi dapat saya mengenali dan mengingati iatu doktor pakar phatalogi - forensik kini berkhidmat di General Hospital Tengku Hajjah Afzan Kuantan, Pahang, iaitu Dato’ Dr Zahari Bin Noor anak watan Bagan Dalam. Saya cuba merisek rupanya diantara doktor dan imam itu adalah keluarga rapat yang mana imam dengan ayah kepada Dr Zahari adalah keluarga sepupu tetapi mereka sebaya kawan sekolah semasa di PFS. Saya juga turut bersalaman dengan doktor tersebut dan juga dengan imam serta dengan jemaah-jemaah tempatan dan multi.


Semua yang saya bicarakan diatas merupakan info iringan untuk matlamat saya menulis pada rencana kali ini yang lama terbabas untuk menulis. Saya berkira dengan apa yang parti-parti politik dalam negara samada di pehak BN maupun PR terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan terhadap pasang surut, kerkah gigit maupun sepak terajang, tekan dan kambus. Saya berusaha tidak menjadi tukang seperti tikus membaiki labu, tukang rumah menumpang didangau, samada dikala cekang mapun dikala kendor. Saya cuba pamahkan tanah yang gon dan gong, mengambus lopak dan denai, sekadar minda terdaya dan fizikal termampu, turut merancakakn perjalanan parti dalam negara kita.
Fenomina Tidak Ambil Peduli, Meringan dan Lepas Pandang.


Saya amat terkilan sakan apabila kesihatan hampir pulih dan terdaya sedikit diri ini cuba-cuba membelek untuk mendapatkan info-info, dengan menyelak membelakangkan selayang pandang membaca rencana usang dibeberapa ruang kampong blog di internet. Saya amat terkilan dan amat mendukacitakan saya. Apakah fenomina ini akan berterusan? Akan berlanjutan? Sama nasib hilangnya perkhidmatan mengerjakan ‘Haji’ dengan pelayaran kapal laut dan sheikh-sheikh haji. Pasti dalam tempoh 30 berlalu rakyat melupai jasa dan peranan kapal laut dan Sheikh-sheikh haji ini dilupa dan tiba satu masa nanti menafikan jasa dan perkhidmatan, Cuma tersimpan diarkib sejarah sahaja.


Saya tidak sedih sekiranya blogger cokia kaki5 seperti saya tidak menulis dan membicarakannya. Tetapi saya sedih dengan amat sangat apabila mereka-mereka diatas sana, mendapat jawatan besar, pangkat besar, imbohan yang besar kerananya terlepas ingatan dan terlepas pandangan dan pupus penghargaan dan berbudi. Samalah sedih dan terkedunya saya yang amat kerdil ini dalam diri sarat keuzuran, sebaik selesai solat Suboh (bukan niat mendagangkan amalan) dipagi Aidil Adha Jumaat lepas, melangkah longlai tetapi amat bersemangat menyeberangi jalan utama sebelah Masjid Jamek Bagan Dalam menuju ketiang utama titi - jambatan bertingkat Lengkaran Butterworth.


Tatkala kesaorang diri dihening sesudah subuh berdiri ditiang utama jambatan bertingkat tersebut, air mata saya berderai tanpa mampu disekat sama seperti airmata saya bercucuran ketika Almarhom Abah dan seorang putriku (meninggal sejam dalam kandungan sebelum dilahirkan) dan putraku cuma 25 jam usia mengiringi mereka sampai kedalam liang lehat serta menimbun kambus dan bertalkin. Ketika mana saya menyandar ditiang tersebut hampir 15 minit, saya cuba membayangkan, saya sesungguhnya mengimbaukan satu peristiwa besar, satu sejarah besar telah berlaku dan melakarkan sejarah dan kini menjadi lagenda sejarah ditempat saya berdiri dan menyandar tersebut. Mereka-mereka pemuka yang dapat hasil manfaatnya pun melupai apalagi diperengkat bilis dan udang sering. Subhanallah.


Ditiang besar tempat saya menyandar dan berdiri itulah yang sebelumnya adalah duduk letaknya mantan sebuah bangunan premis kayu yang bersejarah sama adanya ianya dikenali dengan nama Kelab Melayu Bagan Dalam Butterworth waaima dengan nama Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth adalag bangunan yang sama 2 in 1. Sesungguhnya disinilah terpehat dan tertinta sejarah kepada PAS - Parti Islam SeMalaysia, bahawa sesungguhnya disinilah PAS ditubuhkan pada Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth pada tanggal 23 November 1951. Bererti ketika rencana ini saya membikinnya genaplah usia PAS 58 tahun 5 hari.


Tarikh inilah sudah terlepas pandang dibicarakan oleh Harakah kertas dan di Harkah internet secara khusus dalam memgadakan ruang dan peluang untuk memperingatinya secara khasnya. Tidak terdapat saorang pun pemuka pemimpinan utama PAS, pemimpin kanan dan pemimpin kiri PAS menulis tentang sejarah penubuhan PAS dikala tiba pada hari lahirnya. Saya amat kesal dan amat dukacita dengan ini, itulah gambaran saya diawal rencana. Saya berhasrat menunaikan hajat untuk menulis tetapi halangan sakitlah penyebabnya saya gagal menulis dalam blog. Azam dan semangat kental dalam diri bloger cokia ini walau lambat tetapi tidak lewat saya membuka gelanggang memperingati PAS mengikut minda saya. Walau pun penerimaan dikalangan penguasa PAS umpama hama. Walau sebesar hama dari hampa anak cucu menjana minda mengetahui faeel pemimpin mereka.


Ketika itu jugalah saya terbayang dari batang tubuh mereka sebenar dulu-dulu saya pernah menemui mereka hidup, semasa saya kanak-kanak dan sesetengahnya mengenali melalui gambar hitam putih dengan Almarhom tokoh-tokoh utama yang menubuh PAS pada 23 November 1951 ditempat saya berdiri bersandar bekas tapak Kelab Melayu Bagan Dalam Butterworth diantaranya Almarhom TG Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan, Almarhom TG Ustaz Haji Ahmad Maliki, Almarhom TG Haji Ahmad Badawi Abdullah, Almarhom TG Haji Ahmad Ghazali Abdullah, Almarhom TG Haji Ahmad Tuan Hussein, Almarhom Tuan Haji Mansor J.P.


Serta beberapa tokoh besar yang lain (detik itu semasa menyandar ditiang titi gergasi itu sebanyak mungkin saya membaca dan sedekahkan Al Fatehah untuk mereka dan Surah Al Mulk untuk PAS sendiri, mengikut kasih cinta gerak hati saya kepada mereka dan pada PAS - al Fatehah).


Semua mereka yang saya perkatakan diatas Almarhom TG Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan, Almarhom TG Ustaz Haji Ahmad Maliki, Almarhom TG Haji Ahmad Badawi Abdullah, Almarhom TG Haji Ahmad Ghazali Abdullah, Almarhom TG Haji Ahmad Tuan Hussein, Almarhom Tuan Haji Mansor J.P telah meninggalkan PAS ini kepada kita mewarisi dan menjaga dalam memperkasakan PAS kepada kita semua termasuklah Almarhom Tuan Haji Hussin Che Dol, Almarhom Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli, Almarhom TG Haji Yahya Joned, Almarhom Tuan Haji Uthman Talib juga Almarhom Tuan Haji Mohammad Nor.


Termasuklah Almarhom Ustadz Haji Zabidi Haji Ali, Almarhom Tuan Haji Abdul Wahab, Almarhom Tuan Haji Assaiya, Almarhom Enchik Muhammad Mahzub, Almarhom Ustadz Haji Baharuddin Bin Haji Abdul Latif, Almarhom Cikgu Ahmad Bin Long, Alamrhom Tuan Haji Ahmad Nadur dan ramai lagi. Hatta peranan dan jasa besar yang ditaburkan bercambah kembangnya dikala mereka mewafakkan perjuang hidup mereka mengepalai memimpin PAS dikala suka dan dukanya samada diatas nama Yang Dipetuan Agung PAS Malaya atau Malaysia atau Presiden PAS Malaysia, mereka juga turut dipinggirkan dalam melupai disebut nama besar mereka dan jasa besar mereka oleh pemimpin besar PAS sekarang sekali sekala termasulah menghargai dan membelai anak cucu mereka dijejaki yang maseh hidup, maafkanlah saya sebut tentang ini.


Saya menyeru dan berseru kepada pemimpin semasa utama PAS sekarang, tanpa mereka terdahulu memikul, mengendong dan mengkilit PAS didalam semua keadaan disemua masa, ketika menghadapi cabaran dan tribulasi, saya yakin PAS tidak sampai sebagaimana PAS kini. Tampa budi bakti dari Almarhom mantan-mantan Yang Dipetuan Agung PAS Malaya atau Malaysia atau Presiden PAS Malaysia seperti Almarhom TG Haji Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953, Almarhom Dr Hj Abbas bin Haji Ilias (Pemangku) 1953 - 1956, Almarhom Profesor Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor Al-Helmi 1956-1969, Almarhom Tan Sri Dato’ Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin menjadi tahanan ISA dan YDP) 1965-1982, Almarhum Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Rawa 1982-1989 dan Almarhom YB Ustadz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989-2002.



Melayu mudah lupa, pemimpin PAS turut sama.


Bukan tarikh hidup dan mati serta perjuangan mereka kian menuju pupus diulang diingati secara resmi oleh parti yang mereka memimpinnya dahulu. Hatta peristiwa-peristiwa penting yang lain juga bersama dilupai dan cuma tercatat dalam lipatan sejarah dan kenangan abadi secara persendirian oleh sesetengah individu sahaja. Apakah jawatan besar, pangkat besar, perlumbaan mendada mengejar pangkat dan jawatan menjadi penghalang besar kepada pemimpin lanie sejenak untuk mengingati pemimpin terdahulu yang telah meninggal dan yang maseh bernyawa dengan keuzuran. Diingat dan dihargai jasa dan pengurbanan mereka setidak-tidak pun keatas waris mereka PAS menghargainya?


Sesungguhnya jujurlah kita kerana merekalah yang meneroka dan memimpin PAS, penerus pemimpin sekarang mampu menghasilkan kejayaan diatas dayausaha pemimpin terdahulu sampaikan Allah anugerakkan kita kemenangan besar dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu dengan beberapa negeri mengepalai kerajaan negeri dan bersama menganggotai mendukungi kerajaan rakyat Pakatan Rakyat - PR. Kerajaan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan. PAS mengetuai Kerajaan-kerajaan PR di Kelantan MBnya TG Dato’ Nik Aziz Bin Nik Mat, di Kedah MBnya Ustaz Azizan Bin Razak dan di Perak MBnya Ir DS Mohamad Nizar Jamaluddin. Manakala di Pulau Pinang DAP menyandang KMnya YAB Tuan Lim Guan Eng dan di Selangor MBnya Keadilan YAB TS Khalid Ibrahim. Kerajaan sah PR dilanun disamun oleh UM no BN sekarang (maseh dalam kes mahkamah).


Bukan tarikh penubuhan PAS telah dilupai diulang diratip, tetapi tarikh penting lain bersama-sama akan berkubur kalau tidak diingat dikembalikan kelalaian menjadi kemestian pula disudut lupa peristiwa. Seperti rekod PRU Pertama pada 27 Jun 1955 zaman Malaya dari 52 kerusi Dewan Undangan Persekutuan sekarang Dewan Rakyat PAS melalui calunya YB TG Haji Ahmad Haji Hussein-(Haji AhmadTuan Husin) memenangi kerusi Kerian, Perak. Melallui PRU2 1959 selepas merdeka PAS menubuhkan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dan menang dibeberapa kerusi DUN dan Parlimen dibeberapa negeri ketika itu.


Hatta peritiwa yang menyayat hati sedih dan pilu, selepas berucap dengan dikenali dengan amanat “Amanat Terakhir Profesor Zulkiflee” di Bangunan Pas Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu selepas lebeh 5 jam tempoh YB Professor Zulkiflee Muhammad Ahli Parlimen Bachuk (Bachuk Timor atau Bachok Barat kalau tidak salah silap ingatan saya, tolong betulkan pembacaan kalau silap fakta kawasan, maaf) merangkap timbalan YDP Agong PAS meninggal dunia bersama-sama isterinya Al Marhomah Ustazah Asiah (Alfateh untuk pasangan ini) dalam kemalangan raya yang trajedis berhampiran pekan Kuantan. PAS menyertai Kerajaan Champoran PAS-Perikatan di Kelantan dan berkembang menjadi BN dalam tahun 1974 dan belayar dari simbul kapal layar kepada dacing.


Kelantan didharuratkan oleh Kerajaan Persekutuan demi tersirat pedai perut UMNO ketika itu sebenarnya pada 8 November 1977 di Parlimen di Dewan Rakyat oleh PM Tun Hussein Onn ketika itu. Lantaran dari itu 13 Disember 1977 PAS kembali asal hidup bersendirian dan membina diri. Makanya UMNO mengambil kesempatan memperkukuhkan, kuatkan UMNO dan berlakulah PR Negeri Kelantan pada 11 Mac 1978 PAS tewas dan hilang kerajaan negeri mampu mempertahankan 2 kerusi manakala BN mendapat 34 kerusi. Mempertahankan satu hilir DUN Sering Almarhom Pak Nik Lah (Haji Abdullah Arshad - keluarganya ramai di Changkat Jering Taiping) dan di ulu DUN Manek Urai Alamrhom Wan Abdullah Wan Su.


As Syahid Almarhom Abdul Samad Goul Maeiji dikapak dikepalanya dijalan Market Baru Kota Bharu saya bayangkan sebaik Almarhom rebah beberaoa minit kemudian ramailah orang-orang PAS mengerumuni mengelilingi jenazah Samad Goul sebagaimana diceritakan kepada saya oleh Almarhom Amin Jaafar Rawas (menangis ketika bercerita kepada saya 28 tahun dahulu - Al Fatehah untuk Samad Goul). Bukan itu saja kini dah malap dalam memperingati peristiwa PRK Parlimen Padang Terap pembunuhan keatas As Sayhid Osman Bin Thalib dan beberapa yang lain cedera parah dari grombolan hampir 200 Ahli UM No dengan parang dan macam-macam lagi menjadi gila babi menyerang pekerja petugas PR PAS di Felda Lubuk Merbau (kalau bercakap tentang ini Saudaraku Suhaimi berada ditempat kejadian dan menyaksinya saya berada di pos lain ketika itu).


Detik selepas 2 hari putri ke 2 saya dilahirkan iaitu pada 19 November 1985 tepaynya 6 hb Rabiul Awwal 1406 kerajaan pusat BN dengan telah membunuh beramai-ramai penduduk awam di Kampong Siong, Baling, Kedah dan saya mengenalinya dengan Syuhadak Memali. As Syahid Ibrahim Mahmood Libya bersama 13 syuhadak yang lain, lapan lagi mendapat cerdera parah, seramai 161 ditangkap borong tak kira kanak-kanak. Peristiwa besar inilah sebenarnay saya bersumpah dengan diri ini yang amat kerdil. Mampus mentah kedarah tanah sekalupun aku tidak akan menjadi bersama Um no apalagi haram mutlak untuk memeberi undi pada calun BN baik UM no atau lain-lain. Keputusan ini saya telah menongkah arus , mengalang arah dengan semua keluarga.


Sekali pun pemimpin PAS tidak kerling kepada saya yang kerdil cokia ini, demi untukmu PAS ramai yang sanggup berputih tulang mempetahankannya. Mati mempertahankan PAS lebih mulia dari mempertahankan jawatan berharga bernilai mal dalam PAS didalamnya. Makanya disini, pemimpin-pemimpin PAS Pusat dan Negeri, Ketua-ketua Kerajaan Negeri dari PAS dan Pemimpin lain mendukungi kerajaan PR peduli dan ingatilah peristiwa besar dalam parti masing-masing dan bersama-sama kita menghargai dan mengingatinya, Inshaallah. Supaya tidak ditelan dengan retorit BN, UM no dan komponan yang lain, kian menjadi dizaman SATU Malaysia kini.


Pakat-pakatlah membina, jangan jadikannya ladang dan kilang, untuk mal dan pangkat.


Saya berseru dan merayu seluruh pemimpin besar PAS negara khususnya kepada kepimpinan PAS yang lama memerentah negeri Kelantan cukupkah sekadar nama Dewan Zulkiflee di Bangunan PAS di Jalan Dato Pati? Cukupkah sekadar itu kita mengingati nama mereka? Pemimpin, fikir-fikirlah kita buat kita dapat sama-sama berkat.

Kepangkuan pemimpin PAS Malaysia, Pemimpin PAS Negeri-negeri bersekali dewan-dewannya Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, apakata pohon mencadangkan dengan penuh kasih sayang agar pantas segerakanlah anada semua Pemimpin-pemimpin yang bijaksana, jangan memikir dikeliling kesenangan kita sahaja berada diatas sana, fikir-fikirlah sama dapatkanlah, kita wujudkanlah mula lanie memperkenalkan bintang-bintang tertentu dengan sempena menggunakan nama pemimpin terdahulu yang telah pergi dan yang syahid kepada pemimpin bawah, ahli dan penyokong setia PAS dengan bintang iklas. Seperti Medal Dato’Fadzil Nor, Medal Samad Goel, Medal Ibrahim Libya.

Medal Hassan Adli, Medal Dr Abbas Ilias, Medal Yusoff Rawa, Medal Pak Nik Lah, Medal Haji Che Min, Medal Ahmad Long, Medal Mustapha Long, dan sebagainya diperkenalkan diperengkat negeri dan pusat. Dimuktamar Pusat 2010 dapatlah dimulakan, Wallahhualam. Saya memohon ampun maaf dengan semua dalam rencana saya kali ini.


RENCANA DISIAPAKAN OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

Pada: 10 Pagi - 29 November 2009