Sunday, April 2, 2017

PANTUN SAJA-SAJA, UNTUK SAJA-SAJA

Oleh : IBN ABDULLAH ALAWAB

Rahman Nazri Salleh menteri merapu
Pendapat tak senonoh, ketawa mengilai,
Benar, Najib kleptokrasi kaki penipu
Kepiah dikepala, tak mampu menilai?

Masakkan tiga rasa, ikan gerut kerapu
Gejala burok umNO, parti agama tiru,
Pemimpin parti agama, kini kaki sapu
Macai malaun dibawah menjadi keliru.

Cerdik bak kancil, bodoh macam kaldai
Pelajar pintar di Kolej Guru Tengku Bainun,
Keranamu 90 juta, perjuangan suci digadai
Macam pintu bank di buka didepan lanun.

Sekuntum mawar merah, setangkai kekwa
Mawar merah dan kekwa, dimakan merang,
RUU355, Zahid komedi kata bN yang bawa
Johan kleptokrasi kata, kekal tengkok Marang.

Exco Agama Dato’ Nasru STU, Adun Meranti
Singa Kelantan dulunya garang, kini dah layu,
Rakyat pengundi sedang scan, tengok perhati
Saudagar agama, ditipu oleh taukeh Melayu.

Serasikah pipit tiak, beriringan sama enggang
Mereka berlumba terbang ke Pulau Pangkor,
Dari Pasir Mas, MP Abdoh pulang keganggang
Sayang digelanggang sendiri, rebah tersungkor.  

Nak ke Kedai Lalat, sampai Pulau Melaka
Sayor cekor, pisang berangan setandan,
Nik Abdoh ditolak, digelanggan pesaka
Akibat tak ukur saiz baju dengan badan.   

Aneh dan ganjil tawas dibuat manisan
Untuk semah, jembalang saka berpuaka,
Bila tewas digelanggan pesaka warisan
Barua broker sahaja, tanding suka-suka.

Sekiranya joran dan kail panjang sejengkal
Masakan Lautan Hindi MH370 melepasi,
Diramal Abdoh, jadi MP cuma sepenggal
Tulah sumpah bersimpoh disisi kleptokrasi.  

Masaknya ketupat, yang dihidang wajib
Minah melatah menari  gila, bila dicucok
Melatah berbalas pantun tingginya suara,
Terkulai lembek layu nak sanggah Najib
Macam bapok pondan yang mati pucok
Pitih rasuah di Affin Bank punca angkara.

Perlis kata nyoq, di KL sebut kelapa
Ladang kelapa dara di Tanjong Pial,   
Simbul pedang kepada keris sedepa
Adakah keris sedepa, membawa sial?

Penguasa PWTC Putarjaya, mula gelabah
Melihat Pakatan Harapan telah siapa siaga,
Ramai ustaz lebai, muktamar lani perebah
Yang masih berbaki spesis jenis lembu laga.  

Lepas ni Amar, jadi pengarah zoo Negara
Mezium Negara, Hadi Awang mula tugas,
Kerana Najib kleptokrasi rakyat sengsara
Semedang bohong, canang sombong agas,

Konvoi ke Gua Musang, 2 malam sehari  
Sembahyang hajat doa, nakkan lombong,
Amar dan Haji Hadi, mereka berdua seri
Mulut mereka celupar, ego dan sombong.

Oleh : IBN ABDULLAH ALAWAB

Tarikh : 02 - 04 - 2017 - Ahad