BERDENTUM LINTAQ, TELAGA DI KAMBUS: HARAP AIR DALAM BESI, API DALAM KACA - RUPANYA BALA.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
19 SYAWAL 1434H (ISNIN) 26 OGOS, 2013
PAS - PR tempoh dan rempoh PRU13.
Seusainya PRU13 pada 5 Mei 2013 Ahad jam 5 petang, dan diikuti keputusan PRU13 yang diumumkan oleh SPR secara resmi keseluroh negara. Termasoklah keputusan PRU13 untuk negeri Kedah Darul Aman, iaitu kira-kira 131 hari yang lalu ketika rencana ini dibuat. Sah PAS - PR Kedah Darul Aman kecundang dan tumbang. Takdir, nyatalah PAS - PR cuma mampu bertahan sepenggal penuh 5 tahun menjadi kerajaan negeri Kedah dan semua mantan Adun baik PR maunpun umNO(Baru)bN) mendapat pencen penuh. Makanya kerajaan negeri Kedah Darul Aman kembali dalam genggam dan cengkam umNO(Baru)bN Kedah. Umpama sirih pulang keganggang, bak pinang pulang ketampok dan belut balik kelumpur. Kenapa dan mengapa jadi macamtu, rakyat tolak PAS - PR dalam PRU13?
Fakta dan faktor yang diperkata dan dipersetujui oleh sebilangan besar rakyat pengundi, dari penyokong PAS - PR sendiri, sampai ketika lanie sekira-kiranya seperti berikut:- Ianya adalah kesan langsung yang terhasil dari gagah dan subornya pertarongan dalaman sesama sendiri dikalangan pemimpin PAS Kedah, PAS Kawasan dan dalam PR juga tidak terkecuali. Dalam rumusan rambang didapati; gejalanya berpunca dari bersunggohnya pemimpin PAS - PR Kedah yang berbalah dan bertarong sesama sendiri diangkat dijadikan sebagai musoh. Sampaikan mereka lupa untuk bersatu, berpadu untuk menghadapi musoh hakiki mereka yang sebenar dan lawan politik mereka yakni umNO(Baru)bN.
Pemimpin PAS yang sejak mereka menjawat eksekutif kerajaan negeri 2008 - 2013 hampir disemua peringkat, sebaik selepas PRU12 dahulu mula berbalah sesama sendiri dengan membina kem pengikut dan kekuatan masing-masing, sampailah digaris penamat dalam ketika menghadapi umNO(Baru)bN dalam PRU13. Kepimpinan PAS terus berbalah sesama sendiri dan dalam keadaan berpecah itulah mereka turun kegelanggang pilihanraya terpenting negara dan ibi pilihanraya selama ini. Makanya bertambah tinggilah pula masing-masing memasang pelana angan-angan dan keyakinan dipasak kepada pengikutnya.
PAS semasa pembangkang.
Sayang, ketika mana PAS menjadi pembangkang dalam negeri Kedah selama 51 tahun, pemimpin utama Kedah dan Kawasan dapat bersatu dan berpadu dengan solid. Diatas faktor dan fakta tersebut ahli PAS, penyokong PAS ketika itu, cukup tinggi semangat jihat mereka dalam pengurbanan seperti, sedekah jariah, derma, wakaf tenaga serta wang ringgit dan harta benda untuk meletakkan PAS dipersada yang sebenar seperti dikehendaki dan dituntut oleh syarak. PAS cukup kuat kerana memiliki ahli-ahli yang kental dan cekal. Cukup hebat mempertahankan PAS bersekali dengan pemimpin PAS negeri dan seterusnya.
Boktinnya mercu tanda PAS Kedah di Pokok Sena dan di Batu 10 Kota Sarang Semut dapat dibina diatas dasar bersatu padu dan perpaduan cukup solid padu dan dikawasan-kawasan. Hatta pemimpin PAS dari Kedah pernah menjawat Presiden PAS Pusat dan dimacam-macam posisi kepimpinan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Disaat PAS mengetuai kerajaan negeri Kedah diatas nama PR, PAS mula lemah disemua sudut. Pemimpin perengkat negeri, kawasan dan cawangan tidak terkecuali. Tetapi ketika mereka pemimpin-pemimpin PAS Kedah - PR menjadi kerajaan mereka bersalin wajah bertukar tersasar arah. Mereka lupa kepada kerajaan PAS - PR ditangan itu akan berdepan dengan rakyat. Dan barang pasti terpaksa sampai masanya akan kembali menemui rakyat untuk mendapat mandat membentuk kerajaan selepas PRU13.
Pemimpin PAS - PR Kedah barangkali gaya mereka yang subur dengan perbalahan itu, ianya macam azimat sakti dipersembahkan kepangkuan rakyat pengundi. Atau setidak-tidak sebagai lampu Aladin purba yang memberi impak besar kepada rakyat pengundi untuk terus memberi sokongan lebih besar kepada PAS - PR dalam PRU13. Sebab itulah mereka berbalah tidak merasa lelah dan bersalah.
Justeru, fenomina persengketaan yang berterusan dialami oleh pemimpin PAS - PR Kedah macam temanku dari Bukit Karangan, saudara Saidon bin Saidin genap usianya 67 tahun 37 hari mengalami sakit kencing manis peringkat 4 atau lebih dari itu telah meninggal pada 26 Ogos 2013 dan bersekali dengan kronik jantong (al Fatehah). Walau saya telah menjagka akan mendapat respon penafian keatas rencana ini, saya tidak berhajat untuk bertegang urat dengan sesiapa dalam pekara ini. Kerana saya akan lanjutkan beberapa tajuk berkaitan sekiranya Allah izinkan kudrat dan kesihatan untuk menulis rencana.
Saya tidak berhajat melakar fitnah. Tetapi memperkatakan realiti yang saya nampak dan dimaklumkan oleh banyak pihak kepada saya untuk ditulis sebelum PRU13 dulu adalah seperti kewajiban untuk menulis, tetapi saya tanggohkan demi perpaduan PAS - PR dan tidak bertujuan memberi modal kepada rakyat untuk menolak PAS - PR dalam pilihanraya PRU13 yang lepas. Setahun dahulu saya tanggohkan demi menjaga PAS - PR menghadapi situasi PRU13. Maafkanlah dengan rencana ini.
Biarkanlah kita membina kekuatan PAS - PR Kedah dengan mengambil kira semua sekali tegoran dari semua pehak secara positif. Kita angkat semua kritik pandangan, cadangan dan teguran dengan hati terbuka, berlapang dada dengan jiwa yang besar. Jadikanlah semua itu sebagai anjakkan pradigma untuk kita kembali kepangkal jalan dan dengan azam dan semangat kental untuk menawan kembali kerajaan Kedah dalam PRU14 nanti dari genggam dan cengkam umNO(Baru)bN mustakbirin itu.
Itulah harap dan harapan saya bersekali dengan rakyat pengundi yang lain, InshaAllah. Melihat kepada keuzuran kesihatan saya kini, entah sempat atau tidak untuk saya saksikan PAS - PR menghadapi PRU14 pada 2017 - 2018 kelak. Tetapi beberapa anakku telah ku sediakan untuk wakafkan diri mereka kepada PAS dan PR, InshaAllah. Masa dan ketika, saat dan saahlah yang menentukan adalah Tuhan Rabuljalil sekelian alam. Selagi dunia belum kiamat dan system pilihanraya diadakan, PAS subur akan gunakan wadah pilihanray untuk menjadi pemerentah membentuk kerajaan. InshaAllah.
Itulah sumpah dan tekad kita. Bukan terus membuka gelanggang mencari musuh dan mencipta musoh dikalangan kita sendiri. Seolah-olah kita memberi 'tiket kelas khas' untuk memberi zon selesa kepada umNO(Baru)bN memerentah Kedah dan meratah isipati buminya berterusan. Marilah kita repair dan membaiki PAS - PR, macam jantung saya dah 4 kali repair dan sedang menunggu untuk repair seterusnya di GH PP selagi roh tidak diambil oleh malikat maut.
Menghadapi hakim pilihanraya
Jawapan kepada perbalahan kepimpinan tinggi PAS - PR Kedah, ianya terserlah dengan kebenaran apabila PAS - PR kecundang dalam PRU13 dalam mempertahankan kerajaan PAS - PR Kedah rebah. Hasil yang dituai dari semaian sepanjang 5 tahun lepas, gah dengan persengketaan yang tak kesudah. Kerana masing-masing keras keng disebabkan jolok dan tolak dari pengampu dan pengikut tegar dibawah keatas pemimpin mereka. Dan sifat pemimpin itu sendiri merasa dan beranggapan, tanpa diri mereka dalam saf pimpinan PAS akan mundur dan kecundang. Kerana mereka perasan, kehebatan diri merekalah sebagai pemimpin membolehkan PAS - PR membentuk kerajaan negeri Keedah Darul Aman selepas PRU12 8 Mei 2008 dulu.
Seolah-olah macam sunggoh-sunggoh mereka menafi kesokongan ahli-ahli dan penyokong PAS serta rakyat jelata memberi sokongan yang cukup tinggi kepada PR. Kerana rakyat muak dan benci dengan segalah rasuah dan kepincangan selama 51 tahun UMNO Perikatan, UMNO BN dan umNO(Baru)bN memerentah Kedah dan negara. Ianya ditambah menjadi cacamerba dan sebenar-benar reba, apabila tangan-tangan ghaib berkuku tembaga, baik dalam PAS, PKR dan DAP menambah racun dan cuka dihidangkan kepada rakyat pengundi. Seolah-olah semua yang terlibat dan terbabit mengandakan masalah dan kekangan. Keadaan menjadi tegang dan cekang disudut penerimaannya oleh rakyat pengundi dan ahli parti.
Tangan ghaib berkuku tembaga telah bertindak menolak calun pilihan rakyat dan meletakkan calun pilihan parti walau diawal-awal lagi telah mendapat tentangan dan tolakkan dari pengundi rakyat setempat. Apalagi dari pemimpin rakyat dan parti setempat peringkat kawasan dan cawangan. Mereka menolak ketepi calun rakyat pengundi dan diletak ganti dengan calun-calun kroni jenama import dan eksport. Mereka tidak mempeduli dan mempertimbang dengan ranum dan saksama sikap dan perasaan rakyat pengundi. Pemimpin apa peduli; hampa rakyat pengundi terima saja yang kami letak jadi calun. Dok pasai apa cakap banyak, rakyat tau apa hasrat cita-cita pemimpin.
Ketika itu rakyat pengundi hakim pilihanraya sedang memerhati dengan teliti dan berfokas. Dok tengok perbalahan pemimpin yang tak kesudah dan rakyat akan menghukum mereka sampai kepeti undi. Perbalahan pemimpin PAS Kedah, akhirnya umNO(Baru)bN terus menerus memungut dan mengetam laba dan digandakan menjadi modal tambah yang tuntas umNO(Baru)bN kembali meratah PAS dari modal diberi oleh pemimpin PAS Kedah sendiri. Yakni sokongan kepada jentera pilihanraya umNO(Baru)bN yang disumbang oleh pemimpin PAS - PR Kedah sendiri. Sahlah umNO(Baru)bN Kedah menjadi selesa dan nampak kuat dan bersatu. Kerana pertolongan dari musuh lawannya sendiri yakni PAS - PR.
Dah 131 hari PAS - PR kembali menjadi pembangkang di Kedah. Ianya adalah angkaramu. Natijah serta hasil pertarongan yang tak kesudahan dikalangan pemimpin PAS Negeri Kedah, Kawasan merebak kepada Cawangan-cawangan. Makanya sekarang, berlapang dadalah kita menerima realiti dan jangan melenting, sekiranya mendapat pandangan dan kritik dari rakyat negeri Kedah dan jangan lagi buat mudah yang tak kesudah. Segala tamsil dan ibarat, menyesal serta beristifar panjang dan akor tidak mengundang faedah setelah kita tersungkor. Semuanya telah menjadi lipatan sejarah dan sejarah tersebut akan diletak dan dipersada di arkib negeri dan arkib negara. Untuk kajian dan ingatan anak cucu kelak.
Pertarongan pemimpin PAS - PR Kedah dan kekangan kuasa dikalangan mereka, yang mengegarkan Kota Darul Aman, mengoncang Kota Sarang Semut dan limpahannya gagal diempang diperengkat pusat di Jalan Raja Laut. Semua-semua itu, ianya telah menjadi pelengkap, mengenapkan sebagai diantara penyebab dalam senarai panjang penyebab tumbangnya kerajaan PAS - PR Kedah dengan mudah. Pertarongan dikalangan pemimpin atasan itu, telah menjadi penyebab perasa resipi nombor wahid. Mengakibatkan PAS - PR ditolak rakyat berkesudah PAS - PR menjadi mangsa oleh gejala buat dan dayausaha oleh pemimpinnya sendiri. Akibat dan kesannya ia telah mendamba kekalahan dan kecundang PAS - PR menjadi abu arang yang hangit dan bengit. Rakyat berduka nestapa keranamu pemimpin.
Malapetaka sampai.
Detik-detik yang memilukan saya jam 6 petang 5 Mei 2013 dari sumber saya menyakininya, walau ianya adalah sumber tidak resmi dari badan yang resmi dari teman-temanku. "PAS kalah di Kedah, Mat Sabu dan Saifuddin kalah. Mukhriz akan angkat sumpah jadi Menteri Besar baru Kedah esok Sheikh Awab". Info diterima itu macam halilintar memanah telingaku dan jantungku tersentak sakan (aku telah bekalkan ubat-ubat yang sentiasa dibawa kemana-mana, termasoklah rekod perubatan). Aku tidak mampu untuk panjangkan info tersebut kepada sesiapa sekalipun isteriku dirumah yang melayari internet sepenuh masa mengikuti perkembangan PRU13 negara. "Aku lebih rela PR kalah perengkat negara daripada Kedah tumbang ketangan umNO(Baru)bN dalam PRU13 ini". Kenapa?
Sesunggohnya sebagai orang tua yang telah menyaksikan jatuh bangun kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu dahulu. Dan kejatuhan kali ke 2 PAS - BA Terengganu dan berlanjutan selepas PRU13, saya terbayang PAS - PR Kedah pasti akan mengiringi PAS - PR Terengganu akan kecundang berterusan dalam pilihanraya seterusnya kalau tidak kena edar. Sekiranya seluroh pemimpin PAS - PR Kedah engkar kembali kepangkal jalan dan kepangkal kebenaran perjuangan dan fokas untuk rakyat, penyokong dan ahli kembali kepada PAS - PR. Cukup malang kepada ahli setia PAS, meratap dan berduka mengenangkan mereka mengharapkan pemimpin PAS negeri Kedah dalam memimpin dan mengawasi PARTI dan KERAJAAN, malangnya macam seperti harapkan ayam itik menunggu padi jemor ditikar mengkuang.
Aku, isteri dan anak-anak tidak dapat menahan perasaan melihat nasib yang akan menimpa. Serta bala kepada kampus baru KUIN yang telah diresmikan oleh DYMM SPB YDA juga Al Sultan Tuanku Negeri Kedah itu akan dilupus oleh kerajaan baru umNO(Baru)bN. Kerana kampus KUIN jaraknya dengan taman kami di Sungai Karangan sekadar 5 km sahaja. Ketika itu juga air mataku berderai, yang sedang menyaksikan sahabat-sahabat sedang menunggu peti undi dikeluarkan dari SRK (C) bersebelahan dengan Mesjid Jamek Sungai Karangan (mereka masih tidak tahu PAS -PR telah tewas dan Ustaz Azizan parti tidak akan menjadi MB Kedah untuk penggal keduanya). Dalam hujan lebat kami mengiringi peti undi ke dewan SMK Keladi. Suara kecil dzamirku berkata, "Aku lebih rela PR kalah perengkat negara daripada Kedah tumbang ketangan umNO(Baru)bN dalam PRU13 ini". Berkali-kali sepanjang perjalanan menuju ke Dewan SMK Keladi. Teman-teman fikirkan barangkali air mataku sering mengalir menahan sakit jantong. Mereka pahlawan kampong, pahlawan pilihanraya tidak dapat info bahawa PAS - PR telah kalah di Kedah.
Kembali menjadi pembangkang
Akhirnya PAS Kedah - PR kembali kepada keadaan dan fungsi asal menjadi pembangkang. Bukan kerana umNO(Baru)bN itu kuat; tetapi pemimpin PAS Kedah yang membuka pintu celapang dan kerubong kepada umNO(Baru)bN untuk menuai hasil perbalahan pemimpin PAS Kedah yang subor perbalahan itu. Hatta di Jalan Raja Laut pun tak mampu untuk mengubatinya dan gagal menemui ayat-ayat penyatu kepada pemimpin PAS Kedah.
Justeru, makanya terserlah macam bulan purnama simbul PAS seperti ciptaan Almarhom Ustaz Hassan Shukri. Iaitu Kerajaan PR - PAS Kedah mengikut dan menjejak sebiji dengan apa yang berlaku kepada kerajaan PAS - BA di Terengganu Darul Iman negeri Presiden PAS sekarang iaitu DS TG Haji abdul Hadi bin Haji Awang tersungkur walau pun diserikan dengan macam-macam alasan yang mengundang kekalahan tersebut. Cuma semusim tempoh pilihanraya sahaja mampu bertahan kurang dari lima tahun. Pokoknya dan jawapannya adalah kalah dan kerajaan negeri PAS - BA Terengganu Darul Iman kembali ketangan umNO(Baru)bN. Manakala Kedah adalah negeri mantan Presiden PAS Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor mengekori jejak langkah PAS - BA Terengganu.
Rencana ini bukan untuk membincang kejatuhan dan kecundangnya kerajaan PAS - BA di Terengganu yang ditelan sejarah hitam itu. Tetapi saya akan fokas untuk membincang mengikut pengalaman dan hemat saya kecundang juga rupanya kerajaan PAS - PR Kedah dengan air mata darah tak kesudah. Sesetengahnya sesal pun ada, dan yang beranggapan padan muka pun ramai dikalangan ahli dan penyokong PAS - PR terhadap musibah yang ditempah menimpa sebagai ganjaran hasil tangan pemimpin PAS Kedah sendiri, walau setinggi Gunung Jerai berbuih mulut memberi alasan, tetap rakyat tolak.
Mandom dan mendung.
Sehingga saat ini selepas PRU13, PAS Kedah dan kepimpinan baru sekarang macam mandom dan PAS Kedah macam tidak mempunyai Dewan Harian Negeri dalam mengerakkan kembali PAS bertaut untuk kembali solid bersepadu. Manakala PR Kedah dengan kerabatnya PKR dan DAP turut bersekali berada dalam situasi mandom seolah-olah masing-masing macam bini lawa yang kaya mati lemas dalam kolam renang dirumah agam. Fenomina yang dialami sekarang oleh kepimpinan PAS Kedah - PR, dimana tak kena? Tidak adakah penawar dan vaksin untuk mengubati penyakit kronik pemimpin kergadoh sesama sendiri. Inilah padahnya bila pemimpin jenis ketam dan cap umang-umang.
Sebaik selepas PRU13, kami rindu untuk bersua dan bersemuka dengan Adun N.33 Merbau Pulas juga mantan Exco. Cukup-cukuplah tu. Dan kami juga rindu untuk menemui AhPar Padang Serai yang baru. Seolah-olah Padang Serai tidak penting lagi buat dirinya. Yang penting glamor ngo yang membena nama besarnya.
InshaAllah tajuk berikut akan menyusul sebagai menyambung rencana ini yang seminggu baru dapat disiapakan.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
19 SYAWAL 1434H (ISNIN) 26 OGOS, 2013