Friday, May 8, 2015

BONDA TG USTAZ HAJI ADNAN BIN HAJI ABDUL MAJID - PONDOK ISLAHIAH SUNGAI KARANGAN, PADANG SERAI MENINGGAL DUNIA

Inline image 1

Assalamualaikum,
Dimaklumkan kepada sekelian anak murid dan jemaah mesjid-mesjid yang Tuan Guru Ustaz Haji Adnan Abdul Majid mengajar, dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa bondanya yang berusia 85 tahun telah meninggal dunia hari ini Jumaat 19 Rejab1436 bersamaan 8 Mei 2015 ketika khatib sedang berkhutbah jam1.50 tengah hari tadi. Al Fatehah.

Saya baru menziarahi pondok Islahiah dan bertemu mengucapkan takziah dekat Ustaz Haji Adnan. Ustaz maklumkan, Jenazah bondanya akan dikebumikan selepas solat Isha' di kubor sebelah Mesjid Jame' Nurul Ehsan Sungai Karangan berhadapan dengan Balai Polis Sungai Karangan, InshaAllah.

Berkat dan barakahnya bonda ini memiliki anak-anak yang soleh seperti Tok Guru dan cucu-cucunya yang hebat seperti Imam Muda Ustaz Azhar Haji Ghazali dan beberapa abang dan adinya. Tetapi Tok guru Haji Adnan mencelah,"Sheikh, sebenarnya, ianya adalah lebih hebat bonda dan ayahnda ana yang telah mewakafkan tanah untuk pondak ini". Ana terkedu mengenang tulusnya Ustaz membicara tentang kehebatan bondanya. al Fatehah.

Keuzuran saya, tidak dapat lama dirumah Ustaz Haji Adnan, teman awal ketika proses membuka pondok ini. Jam lebih kurang 4.15 telah tiba Tuan Guru Ustaz Haji Mutalib Ma'arof,mudir Pondok Pusat Pengajian An Nahdoah Penanti, Bukit Mertajam,baru samapi untuk menziarahi dan mengucapkan takziah kepada Ustaz Haji Adnan dan keluarga.

Al Fatehah. Amin.


4.45 ptg 19 Safar 1436 - Jumaat

Tuesday, May 5, 2015

UNDI KAK WAN – PENGUNDI DISANJONG BUDI DIJUNJONG.

UNDI KAK WAN – PENGUNDI DISANJONG BUDI DIJUNJONG.
(PRK P. 044 PERMATANG PAUH – 7 MEI 2015)
OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
5 MEI 2015 (SELASA) 16 REJAB 1436

Tiupan yang kencang angin tenggara
Menolak Najib Rosmah tersungkor di Pekan
Durjana rakus umNO(b) bN, DSAI dipenjara
Satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Degilnya PM1Malaysia tak dengar kata
Boros dan joli, berbelanja diluar Negara sana
Pilihanraya kecil ini bukan kehendak kita
Permainan yang kotor, oleh umNO(b) durjana.

Jet Perdana baru, penerbanganya laju
Penumpangnya Rosmah cantiknya lawa
Runding muafakat PKR-PR telah bersetuju
DS Dr Wan Azizah, pilihan calun berwibawa.

Kapal selam ajaib , timbul di Gunong Tahan
Tersilap peta dibaca, tersalah serangan
Benteng Permatang Pauh wajib dipertahan
Kerana ia simbul reformasi, nadi perjuangan.

Jatoh patah paha, terseliuhnya sendi
Berubat tuar bomoh patah di Penanti
Wahai  pengundi, PKR-PR merayu undi
Benam umNO(b)bN, tingkatkan majoriti.

Makan usrah, kenyanglah sudah
Balik kerumah, pekena pula nera
Bank Dunia telah mendedah sudah
Najib Rosmah, dah jual asset Negara.

J Sham nyanyi, No 66 Jalan Tampin
Kekasih kembar memakai keronsang
PRK Permatang Pauh, PRK Rompin
Kenapa gambar Najib tidak dipasang?

Air surut pukoi lima, pukoi lapan pasang
Nelayan kelaut, menangkap udang galah
Pasai gambar Najib TAR tidak dipasang
Takutkan sial tulah, mengundang kalah.

Kroni lanun proksi, Jho Lo menjadi kaya
Mereka tambah kaya, rakyat jadi papa
1MDB malapetaka: Malaysia Dalam Bahaya
Hutangnya berbillion angkara siapa?

Mat Lan 8.85, handsome lagi pula peramah
Sayang badanya puru, belakangnya sopak
Hutang berbillion,  angkara Najib dan Rosmah
Mereka boros joli, macam harta emak bapak.

Sejarah tol pertama, di Tanjong Malim
Pergi-balik dipungut tak kera sapa
GST kutipan cukai yang maha zalim
Peras keringat rakyat, menjadi papa.

Pengampu, kroni mengaku laksamana
Dok keliling Najib Rosmah, macam bapa
Peranan lanun GST terpaksa bN laksana
Untuk bayar hutang, elak Negara jadi papa.

Kuih talam, tepong Gombak dan kuih pelita
Agar-agar, dimasak dibeku kedalam cawan
Undi pangkah bN, rakyat tambah menderita
Pengundi semua, pastikan undi untok Kak Wan.

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB

5 MEI 2015 (SELASA) 16 REJAB 1436 

Friday, May 1, 2015

SOKONG KAK WAN - SELOKA PANTUN PRK PERMATANG PAUH.

SOKONG KAK WAN - SELOKA PANTUN PRK PERMATANG PAUH.
Oleh: IBN ABDULLAH ALAWAB
1 MEI 2015 (JUMAAT) 12 REJAB 1436

Patah tingkah lagu, suaranya mendayu
Gerisik merdu, gemanya mengawan
Pengundi Permatang Pauh saya merayu
Bertekad anda 7 Mei ini, undilah Kak Wan.

Lebam mata DSAI, Rahim Noor balun
Kesalahan dinafi, jarinya menuding
Kak Wan, bukan calun sebarang calun
Pelajar cemerlang di menara gading.

Yahanana, Yahanana, banana oh banana
Tanak nasi beriani Arab, didalam kawah  
Kak Wan doktor pakar, hidupnya sederhana
Bukan seperti Rosmah boros dan mewah

Pulun jerami disusun, jadikan bantal
Mengkuang dianyam dikalang geta
Calun PR-PKR wirawati orangnya kental
Berkorban juang, untuk rakyat jelata.

Seluarnya pentelon, baju pula kemeja
Pakaian yang sedondong Aci dan Nana
PRK Permatang Pauh bukan saja-saja
Akibat dendam kesumat umNO durjana.

Batang besi, disepoh dibuangnya karat
Disepoh dibakar dicanai, disakai membara
Permatang Pauh tunjang Pakatan Rakyat
Pengalang umNO(b) bN hancurkan Negara.

Jahil tak erti makna, JKKK lagak bijak
Nak makan pula laksa, dah jemu usrah
Najib - Mahayuddin dok bertekak retak
Kemuncak persaingan dah menjadi barah.

Kapal berlaboh di Tongkang Pecah
Muatannya sarat, cengkeh cili dan ragi
Padahnya PR bersengketa berpecah 
bN mendapat laba, PR memungut rugi.

Pak Pandir Mak Andih cerita hikayat
Hikayat perosa lama, menjadi hikmat
Tekad umNO(b) hancor Pakatan Rakyat
Nak jajah Negara sampai ke kiamat.

Sekarang lampu letrik, dulu pasang pelita
Pelita menerangi cahaya, buat mengaji
Alami susah payah, ramai yang dah berjaya,
Pemimpin Pakatan rayat hentilah bersengketa
Rapatkan saf, gembeling tenaga ator strateji
PRU14, bertekad kita melangkah ke Putrajaya.

Tarikat Tajali ajaran Ahmad Laksamana
Mufti fatwakan haram, serta mahkamah
GST, pemeras  rakyat terpaksa dilaksana
Untuk membayar  hutang Najib & Rosmah.

Pak Lang bertanjak keris, berkain sampen
Sampen keris songsang, warnanya merah
Dipakai bergaya dimajlis hari, raja sehari,
PRK Permatang Pauh Najib tak mai kempen
Takutkan pengundi, sergah tanya dan marah
Kalau diajukan hukom menyanyi dan menari?

Najib menari menyanyi macam berok kera
Maksiat dalam Negara, dinegara yang jauh
Imam Wasatiyah, amalannya disangsi,
DS Anwar Ibrahim umNO(b) telah penjara
Ayuh kuborkan  umNO di Permatang Pauh
Boktikan soladariti rakyat ikon Reformasi.

Cukup untuk ini kali, ini hari
Esok ku tulis lagi kalau masa member.

Oleh: IBN ABDULLAH ALAWAB
1 MEI 2015 (JUMAAT) 12 REJAB 1436