Friday, April 30, 2010

YANG MENANG TIDAK TENANG, KALAH TIDAK ERTI BERSALAH

YANG MENANG TIDAK TENANG, KALAH TIDAK ERTI BERSALAH
(PRK 094 HULU SELANGOR - 25 APRIL 2010 - AHAD)

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Saya mulakan rencana ini, dengan akal waras walau menghadapi pergerakkan fizikal yang terbatas. Rasa bertanggungjawab berusaha sedayaupaya alirkan minda purba yang dimuat kerencana ini. Sesungguhnya ianya tidaklah sekadar berseloka untuk menghiburkan hati merawat perasaan duka saya atau untuk membawa bersama penyokong PR khususnya ahli, pimpinan dan penyokong PKR berdepan keputusan PRK Hulu Selangor Ahad 25 April 2010 yang lalu. Keputusan sensasi tersebut telah menjadi simpanan rekod sejarah negara dan dunia. Betapa dulu, kini dan seterusnya menjana rasuah menjadi halal pegangan UMno - BN dan larangan dari Allah dalam risalah Ql Quraan tidak membabitkan pimpinan, ahli dan penyokong UMno - BN, mereka terkecuali barangkali. Asalkan nawaitunya untuk memangkah calun BN - Mic, UMno, Mca dalam di mana-mana PRK dan PRU secara otomatiknya rasuah bertukat menjadi halal. Bagaimana?

Tempoh 30 tahun Utusan Malaysia terbitan Utusan Melayu yang rakyat marhaen labelnya dengan nama Utusan Meloya, telah keluar kepompong fitnah tehadap lawan UMno-BN. Kali ini Utusan Meloya melaporkan sehari selepas PRK Hulu Selangor dengan berita yang sah lagi tepat secara jujur padat, iklas serta bertanggungjawab memperakui sememangnya Mic-BN yang diketuai PM6 1Malaysia DS NTR dan TPM saya Melayu dahulu TS MY, konform telah menjana rasuah sebagai dana pembiayaan untuk mendapat undi dan mengugut pengundi di PRK P094 Hulu Selangor. Disahkan secara resmi oleh lidah resmi UMno-BN bagi pehak Mic iaitu dana rasuah besar sejumlah RM64,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puloh Empat Juta) untuk menambat hati pengundi Hulu Selangor. Group conglomerate BN macam lanun menghadapi pengundi dan PR-PKR, bersama penyamun tarbus bernama PDRM, ditemani pencuri Ali Baba 40 biji tempayan berbaju SPR. Bertopeng kawaq media-media perdana kertas dan maya, bersekonkol suburkan rasuah restu anak yatim diRTM dan johan pok-pok Mediaperdana.Umph!!!!! Menjadi kehadapan dalam maniplasi menabur fitnah dan halalkan.

Disaaat mereka menjulang tangan 1telunjuk kelangit, jenama 1Malaysia mengia dan mengesah halal dana rasuah yang berbaur nanah dan danor dijana kepada pengundi P094 Hulu Selangor. Dalam masa yang sama Pemimpin 1Malaysia dan kuncu-kuncunya menyedari, perayaan ini cuma sekadar seloka gurindam untuk menambat hati pekerja BN dalam PRK dan komponan ahli parti BN. Merawat melawat gawat perasaan dan membendung sanggahan bantahan. Kerana mereka menyedari peristiwa PRK Ijok berligar dikepala mereka untuk PRK13 nanti berulang. Parlimen Hulu Selangor akan kembali kepada PKR-PR. Dengan bahasa baru, alasan terkini disudut menterjermahkan rasuah seperti sabda pencetus 1Malaysia DS NTR maka bersabdalah untuk melindungi kemenangan PRK P094 Hulu Selangor, yang ramai-ramai diluar BN dengan 1tunjuk iaitu Bn menang kerana dana rasuah yang terang-terang tidak berselindung seperti petuduh pembunuh Altantuya yang sentiasa berselindung sampai lani kita tak nampak wajahnya setiap kali kemahkamah diperbicaraan.

“PUTRAJAYA 26 April [2.15 pm] - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya BN terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam. Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama. "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. "Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 ".

DS NTR tidak kalah dalam bermadah menterjermah makna yang tersurat dan tersirat dengan timbalannya TS MY. Bijaksana mencipta istilah katam 3 kerat nama calun MIc kehendak UMno untuk BN yang zatnya mengandungi nama Melayu, India dan Cina. Tetapi selepas memenangani PRK Hulu Selangor, makanya PM6 1Malaysia DS NTR bersabda, sogokan tumbuk rusok atau rasuah tidak menjadi salah asalkan matlamatnya baik sebagai dana pembiayaan untuk memenangkan calun Mic-BN. Disini macam nampak pendapat DS NTR cukup popular lagi benar jika dipadu bandingkan dengan tegah larangan Allah dalam Al Quraan adalah salah. Ahli UMno dan penyokong UMno dimana anda berada tentang ini? Ini merupakan cetusan respon hati nurani saya terhadap persepsi PM6 DS NTR menghuraikan makna rasuah menurut perspektifnya, diangguk oleh sekelian Mufti negara mengiakan huraian baru rasuah oleh PM6 DS NTR.

Saya akan mengulas dan pulas letupkan minda serta ledakkan semboyan untuk anda berfkir dan berfikir. Bukan seperti kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri”. Perlawanan menentang BN tidak bernoktah, kita pasti lawan sampai akhir hayat, dan kita serahkanlah kepada Allah ketentuannya.Pelaburan multi perdana, dana rasuah yang banyak dijanakan all out kurang dari 2 minggu itu tidaklah hebat hasilnya dikapai oleh UMno/Mic-BN, sah kenyataan ini. Walau Mic-UMno/BN sekalipun telah mendapat pertolongan perkhidmatan rakus harta benda rakyat dan negara juga secara rasuah. Keputusan hakikinya, realitinya ianya membekum serta menghampakan taikun conglomerate 1Malaysia BN. Seluruh jenama conglomerate BN, telah beriring awak-awak turun serentak bergandingan dengan balak dan bala tentera menabur rasuah duit tunai dan ugut janji projek. Dalam tempoh kurang 2 minggu rupa-rupanya sumber rasuah menjadi dana pembiayaan yang halal. Tawaran rasuah menjadi pengugut, diagih janakan kepada pengundi Hulu Selangor itulah saripati intipati makna tersirat disuratkan PM6 berkaitan rasuah.

Dana rasuah tersebut subur mendapat respon dari pengundi yang buta jati diri yang buta agama yang dianutinya. Ugama diletak ketepi, misi 1Malaysia menangkan Mic tunjuk UMno - BN dalam PRK Hulu Selangor adalah wajib kata DS Najib demi selaras dengan aspirasi APCO disudut menasehatinya. Hebat hujahnya mengena dengan selera hantu raya dan puaka tun ya ke cai. Kesudahan sementara kini UMno sekadar berjaya makan hati kulum jari sakan saku, kantung penuh dengan dana rasuah tidak disedarinya, ianya adalah bahan keneraka sebagai alat pembakarnya. Disana loyer tak ada dilesenkan.

Makanya 1fokas, 1matlamat, 1tujuan rasuah dilaksanakan di PRK Hulu Selangor untuk mendapat sokongan pengundi. Pemberi dan penerima kedua-dua masuk neraka kata Allah, PM6 kata tengok pada masa dan ketika baru ia jadi rasuah. Hampa jangan tak tau jadi tak ketahuan untuk tafsir rasuah. Aku PM6 1Malaysia sapa berani nak sanggah????????? Tentang petua rasuah aku keluarkan, aku anak Pekan titih Sulawesi Latakawala Sopeng. Kepala 1Malaysia dan timbalannya dimedan hadapan perang dalam membiayai membeli undi dengan melaborkan pembiayaan modal besar rasuah. Tetapi mereka menyedari, sesungguhnya laba dan untung didapati dibawah jangkaan. Meleset dan tersasar jauh fokas majoriti 6,000 undi walai hampir 14,000 subsidi pengundi dikucar kacirkan komponan usang BN SPR. Disudut busines ianya adalah rugi diatas kertas, rugi pada perniagaan hakiki. Tempoh kira-kira kurang dari 2 minggu, sebiji macam klon Dajjal berkandar menawarkan rezeki, dengan syarat pangkah dan bersama-sama kami, akuilah bahawa BN adalah penjana rezeki, kalau tidak kami UMno-MIC-BN tak beri, “BAGI UNDI DAPATLAH RASUAH SEBAGAI PAWAH”. BN-umNO/Mic bagi rasuah wajib bayar dengan undi sebagai membalas pemberian rasuah.

Saya tetap menyatakan Umat Islam yang menganuti parti UMno yang mendakwa sebagai teras BN, secara fitrahnya mereka terpelihara darah dan harta mereka. Oleh itu, apa-apa juga perkara yang mempunyai unsur khianat mereka dianggap melakukan perbuatan jenayah. Bahkan wajib diperangi ke atas orang yang melakukan kezalimanan kepada hak harta dan darah orang lain tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak. Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, lazimnya tabiat memakan harta secara salah, memberi rasuah atau menerima rasuah seperti Umno lakukan di PRK Hulu Selangor. Dengan menzalimi hak orang lain dilakukan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak dalam komponan tertentu. Allah SWT tegaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Apa yang menakutkan lagi, orang yang melakukan perbuatan rasuah, menzalimi orang lain, mendatangkan kerosakan dan kemusnahan pihak lain mendapat laknat Allah SWT dengan azab yang sangat keras. Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ شَيْئًا مِنَ الأَرْضِ بِغَيْرِ حَقِّهِ خُسِفَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى سَبْعِ أَرَضِينَ

Maknanya: “Sesiapa yang mengambil tanah tanpa haknya, maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sehingga ke dasar tujuh lapisan bumi”.(Riwayat Bukhari). Saya melihat disudut kemenangan yang Mic-BN capai Ahad lepas, tak ubah seolah-olah DS NTR, TS MY dan sekelian balak dan bala tenteranya samada dari jenis makan upah, jenis terompah kayu getah atauterompah pelepah tamar, mereka menyedari diluar menginsafi, kejayaan sebenar yang digahkan adalah tindakan mengesahkan kebodohan hakiki mereka. Pembiayaan rasuah yang terancang, bersepadu itu, mereka cuma berhasil membeli 10 telor ayam kampung tidak bersekali dengan ibu da bapak ayam dengan harga RM65,000 sebiji. Banggakah dengan harga rasuah yang besar dilaburkan dan kuantiti barang didapati? Dalam sukaria merayakan menang, tetapi air mata berlinang kerana rasuah yang sama-sama akan masuk neraka. Umpama kapal selam scorpene yang mampu menyelam, atau kapal selam scorpene yang hayat tenggelamnya luput tarikh jadi timbul. Tak kiralah dengan harga gelap atau harga pasar pembeliannya dukacitanya kapal selam scorpene cap Altantuya sekadar mampu memuatkan senjata meriam buloh, buluh runcing dan lastik sahaja. Ianya tidak berbaloi dan tidak mesra perbelanjaan dengan tahap capai guna yang meragukan.

Kemenangan Mic jenama UMno -BN yang puak-puak UMno menjadi tukang lawak dan tukang sorak macam ngor, bukan sekadar 3 nama mendapat kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor yang kerana mendapat dana rasuahlah ndir-ndir UMno melompat sakan kedepan menangkan calun Mic pilihan UMno bahkan hasil ugutan perdana auta keliling Mr Samy yang tuntas, bijaknya kepimpinan Mic berpolitik mereka dapat tambah satu perlantikan jawatan 1Senator dan jawatan 1Timbalan Menteri, UMno Hulu selamgor menjadi alas dan plastik untuk jenama 1Malaysia, BN - Boneka Najib. Bukan sahaja UMno Hulu Selangor gigit jari dan batang anu menjadi keladi nipah, melompong kosong dalam menafikan peluang UMno HS untuk bertanding. Tetapi Pengerusi Badan Perhubungan UMno Selangor bukan sekadar penampar keling kemuka UMno Selangor khusus dan khasnya UMno Hulu Selangor tetapi diberak kencingnya berlonyai bersekali. Boktinya melantik calun tak jadi MIC sejati Timbalan Presiden MIc sokongan padu dan tunjukan 1jari menjadi Senator dan 1Timbalan Menteri, maka jadilah dia, UMno Hulu Selangor hubaya!!!!! Hubaya!!!! Hubaya!!!! Macam kera diberi bunga.

PM6 1Malaysia pekena hampa UMno HS, apa macam ada rasa erti kemenangan dalam penipuan. Harap-harap hampa pi gadailah batang berjuntai anu kalau laku. Simpan tak ada guna tak ada lawan, puiiiiiiiiiiii!!!!!!! Sewajarnya (bermaksud wajib) sebaik calun dari UMno dinafikan untuk bertanding di PRK Hulu Selangor tersebut, alternatif yang positifnya tukar ganti, maka sebagai ehsan belas sesudah pupusan jatidiri dan kekuatan perjuangan. Makanya diatas pengurbanan terpaksa yang diletakkan kerabit dan keris keatas tengkok UMno Hulu Selangor kepada Mic, makanya Senator itu 1tunjuk, 1pengakuan, 1tindakkan dan 1keputusan diberikan kepada pimpinan kanan terkini yang menjawat kerusi Ahli Dewan Negara sebagai anggota Parlimen dan membolehkan di lantik menjadi 1Timbalan Menteri dikalangan UMno HS. Atas menuruti 1Malaysia UMno dihina, dinafikan haknya, barangkali cukup hapi pemimpin UMno Selangor, khususnya pemimpin UMno Hulu Selangor sekadar mendapat dana rasuah kilat dari berdaulat mendapat hak kerusi P094 Hulu Selangor.

Matangnya UMno Hulu Selangor berpolitik macam main dam dan main aji, main cator dibangsai tunggu durian. Sampai terkangkang jatuh melentang macam kora bau tua terlentang, kaki terkodek-kodek terkapai-kapai kepala keluar masuk kerana berdepan ehsan pertolongan hidup mati. Begitulah UMno Hulu Sselangor mengalami, setiap berdepan PRU nanti Cuma menjadi pemerhati sekadar tukang poster dan pak pacak membawa bendera dacing. Menjadi pecacai membuka pintu masjid dan surau dengan jamuan, baca Yaasin solat hajat untuk menangkan lagi Kamal di PRU13, ini adalah pasti UMno Hulu Selangor hadapi, macam lembu sapi, tak erti berparti, berpolitik. Cuma alim dalam menyubur dana rasuah. Apacam kawan? Ada faham 1Malaysia UMno menjadi pelengkap kepada komponan BN untuk terus BN dijadikan bahtera sebagai Boneka Najib yakni PM6 1Malaysia DS NTR. Anak saya kata kalau mengikut kaedah TS MY maknakan 3 katam calun Mic itu DS NTR itu juga boleh diertikan Najib Takut Rosnah.

Justeru mereka menang, tetapi kemenangan itu tidak bererti mereka senang dan tenang. Mereka kini berhadapan pula diperengkat negara dan sentero dunia, mencari akal dan alasan berteman penasehat APCO untuk menjawab menafikan dana rasuah perdana yang dijanakan seluruh PO94 Hulu Selangor untuk menangkan YB Kamal. Apakah pejabat SPR, pejabat PSJ - SPRM, KPN - PDRM, AG - JPN, KHN - Mahkamah akan terus bersekongkol menjadi barua kepada UMno-BN. Kerana kepala-kepala yang mengepalai jabatan-jabatan utama negara yang selama ini menjadi penyelamat, pelindung dan simpanan tetap kepada UMno, kerana dengan cadangan restu PM sekelian anda menjawat jawatan dan diatas balasjasa dan kenang budi itulah rakyat melihat kini semua dinyatakan diatas adalah komponan BN. Rakyat mengigit gusi kalau maukan keadilan yang saksama dari ketului-ketului diatas.

Sekarang PM dan TPM, sedang berputar ligat mencari akai untuk menafikan dengan sekelian bokti, bahawa pernyataan benar lagi benar yang calun UMno dari Mic untuk BN yang dinyatakan oleh khususnya Calun PRK - PR Dato’ Zaid bin Ibrahim dan sekelian pimpinan PR bersekali dengan ahli-ahli parti dan penyokong tegar, penyokong kor marhean menghalakan dari pucuk pimpinan sampai kebawah telah menggunakan rasuah sebagai dana mendapat undi hatta lebih kehadapan mengugut pengundi. Sebaik menerima rasuah wajib memangkah calun Mic-BN. Kalau tidak selepas PRK semuanya akan berputih mata. Untuk lebih rakyat memahami cara rasuah dan mengugut pengundi P094 Hulu Selangor saya membawa pendekatan cerita begini. “Samalah sekiranya PM membeli 40,000 pasang kasut Velly atau Overman yang berharga mahal itu buatan Italy ori untuk pengundi lelaki dan perempuan”.

Disaat akhir mengumumkan PM melanjutkan ceramahnya. “Saya membawa 40,000 pasang kasut berjenama harganya mencicah RM500.00 - RN1,000.00 sepasang. Saya akan beri kasut ini kepada pengundi-pengundi yang hadir pada ceramah BN malam ini. Pengundi-pengundi bertempek sorak kerana mendapat kasut berjenama. Akhirnya naik kepentas seorang bergilir seorang seterusnya. Penerima pengundi bertanya pada PM dan TPM, pasai apa bagi sebelah kanan sahaja, mana pi kasut sebelah kiri, kaki saya bukan kudong kena peledak? Tanya pengundi. Ada. Tetapi yang sebelah kiri mai ambil dipejabat UMno sekiranya calun UMno dari Mic untuk BN menang dalam PRK P094 Hulu Selangor pada 25 April 2010 hari Ahad. Kalau calun BN kalah hampa ambil sebelah kanan tu sajalah. Kasur sebelah kiri kami akan bakar api”. Begitulah pedekatan rasuah dan ugutan kepada pengundi dari PM.

TPM pula menyeru dan berharap sangat kepada calun PR dan pemimpin-pemimpin PR - PKR, tok sah bisinglah terima sahajalah kekalahan dan akuilah kemenangan BN tu. Serupa pembunoh yang mengatakan lupakanlah sahaja saya membunuh Altantuya tu, dia dah mati, buat apa nak susah-susah. Bolehkan pembunuh tersebut dilepaskan polis dari dakwaan? Sampai bila pencuri dan perompak akan mengakui yang kerjayanya sejak baligh sampai kelani adalah merompak dan menyamun. Samalah dengan UMno-Bn, sampai mampus keliang lehat mereka (pemimpin UMno-Bn) tidak akan mengaku menggunakan rasuah sebagai dana untuk membeli undi dalam setiap PRU dan PRK. Walau rasuah terang-terang diberi. Oleh kerana semua jentera kerajaan seperti SPR, PDRM, SPRM, Dan semuanya kaku terkuali macam biawak pasir masuk dalam luabang takut gegat untuk menghadapi lanun dan penyamun yang hadirnya dari PWTC maupun di Putrajaya. Semua jenis rasuah hakiki bisa ditukar ganti dengan bahasa baru mengikut citarasa PM6 DS NTR.

PRK - PR, kita perkemaskinikan seluruh jentera kita, kita gerakkan semua jentera yang ada dengan kita, kita gembeling bersepadu dengan 1matlamat musuh kita dulu, kini dan selama-lamanya adalah BN yang didalamnya ada UMno, Mca, Mic, PPP dan macam-macam lagi. Kekalahan yang sedikit bukan berertinya kita salah. Ianya adalah merupakan ujian untuk kita melonjak kekuatan hakiki untuk berdepan dengan UMno yang mendapat nasehat APCO. UMno maupun BN yang dihadapan mereka berjenama APCO. Jangan APCO itu menjadi gajah hutan sebagai penghalang kemaraan juang kita. Lanyak saja APCO itu macam marco atau marku. Yakinlah, bulatkanlah tekad tidak ada satu pun kerajaan didunia yang mampu berkuasa sampai kiamat. Ingatlah kerajaan Firaun yang 1,000,000 lebih perkasa dari UMno-BN pun lenyap ditelan bumi, inikan pula kerajaan 1Malaysia UMno-BN.

29 APRIL 2010 - THURSDAY - 14 JAMADIAWAL 1431

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB - http: //tintaibnabdullahawab.blogspot.com

Saturday, April 24, 2010

SAYA SOKONG MENGIKUT KEMAMPUAN - WALAU SEULAS TAMAR KADANG-KADANG NILAI KUDUSNYA MENGATASI SEBUAH MAHLIGAI.

SAYA SOKONG MENGIKUT KEMAMPUAN - WALAU SEULAS TAMAR KADANG-KADANG NILAI KUDUSNYA MENGATASI SEBUAH MAHLIGAI.

24 April 2010 - Sabtu - 9 Jamadilawal 1431


Besuk, Ahad 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431, seluruh pengundi P094 Hulu Selangor serentak menyambut raya iaitu pilihanraya kecil. Pengundi yang bistari telah membuat keputusan beberapa hari lepas calun mana yang akan mereka menangkan. Saya yakin, calun PR dari PKR Dato’ Zaid Ibrahim adalah calun menang yang dikemukakan oleh kesepakatan penuh PR setelah PKR membuat keputusan.

Justeru, mengiringi anda pengundi budiman Hulu Selangor, saya sajikan beberapa bait-bait pantun untuk anda.


Memikat serindik di Gunung Raya
Dipuncak gunung bertemu pemburu
Hulu Selagor hadapi pilihanraya
Untuk memileh wakil yang baru.

Gendang dipalu mengorak langkah
Terkejut terkapah mendengar bedilan
PRU12 pengundi bijak memangkah
Teruskan pangkah calun Keadilan.

Lembu kerbau kambing pawah
Menjadi amalan setengah rakyat
UMno-Mic-BN ganas cambah rasuah
Pangkah undi sokong Pakatan Rakyat.

Empangan raksaksa di Tasik Pedu
Tulang belakang Gunung Tahan
Calun Keadilan-PR calun yang padu
Dato’ Zaid Ibrahim menjadi pilihan.

Pohon mentalun pokok rambutan
Gulai puyu kerabu ulam rebung
Tak bermakna kelun tempatan
Sekadar calun lembu cucuk hidung.

Kapal selam bertembong bahtera
Kapten silap membaca peta
Misi Tok Guru PR negara sejahtera
Selogan 1Malaysia rakyat menderita.

Ketegar degil, sombong panas baran
Raja katak melompat sakan di hutan
Dua tahun memerentah bukan ukuran
50 tahun menipu rakyat ambil ingatan.

Petir berdentum bermula kilat
Panah katak mati berasap
Panau dan kurap calun Mic jilat
Selepas pilihanraya laju lari lesap.

Pohon mengkudu pohon kekabu
Terkulai ranting patahnya dahan
Amanat Tok Guru menyentuh kalbu
Sebagai pedoman buat pilihan.

Dari Sekamat hendak ke Pekan
Bersuka berhibur nashid Raihan
Selamat mengundi saya ucapkan
Dato’ Zaid Ibrahim calun pilhan.

Dari : IBN ABDULLAH AL AWAB
24 April 2010 - Sabtu - 9 Jamadilawal 1431

JANJI LIDAH TIDAK BERTULANG PM 1MALAYSIA

JANJI LIDAH TIDAK BERTULANG PM 1MALAYSIA
KEPADA PENGUNDI DI PRK 094 HULU SELANGOR

23 april 2010 - Jumaat - 8 jamadilawal 1431


KEMUNCAK

Kalau dunia tidak kiamat pada hari Ahad ini 25 April 2010 bersamaan 8 Jamadilawal 1431 pasti PRK P094 Hulu Selangor berjalan seperti dijadual oleh SPR. Perjalanan pengundian bermula 8 pagi disemua saloran peti undi mula dibuka menanti pengundi sejumlah 64,500 dan tamat masa mengundi, ditutup jam 5 petang. Berkemungkinan bilangan keluar mengundi akan sampai tahap 81% berjumlah 52,245 akan keluar mengundi. Dalam PRU12 8 Mac 2009 dahulu, BN-MIC bukan UMno-BN telah kecundang P094 Hulu Selangor ini kepada calun PR dari PKR yang meninggal dunia baru-baru ini.

Fenomina badan bebas SURUHANJAYA PILIHANRAYA - SPR, ditengok kulitnya macam bebas, terkongkong dari kekangan dan kongkongan, hakikat dan realitinya SPR mempunyai taukeh besar mereka iaitu komponan parti BN bersekali dengan pemimpin BN yang menjawat bercawat dimacam-macam sektor perkhidmatan politik dan kerajaan. SPR berperanan diatas papan catur dan padang ragbi untuk memastikan BN mesti menang dalam PRU dan PRK pada nama dulu kini dan selama-lamanya dengan mendapat kerjasama dan usahasama dari PDRM, Mahkamah SPRM dan banyak lagi.

Kesemua Pengerusi SPR yang dilantik mukanya cap keris, perutnya cap dacing bergayut dengan ehsan UMno-BN untuk membalas budi diatas perlantikkan mereka. Sekiranya pemimpin UMno-BN berdehem, Pengerusi SPR dan SPR akan berak, kadang-kadang berak dijamban, selalaunya SPR berak ditengah jalan dan dipintu pejabat. Walau pun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan anggota SPR junjung 10 Tan Al Quraan diatas kepala, atau masuk sekalipun kedalam Kaabah Baitullah menafikan mereka tidak berniat menjadi anjing suruhan dan anjing buruan kepada UMno-BN BN - MIC dalam kerja-kerja lanun terancang memindahkan lebih 13,000 pengundi berdaftar ketempat baru tanpa izin pengundi, apa nama kerja-kerja haramjadah ini kalau fokasnya 1Tujuan untuk menangkan BN.

1Matlamat sahaja iaitu untuk jalan pintas memenangkan parti 1Malaysia yang menjadi taukeh SPR sejak sebelum merdeka sampai sekarang. SPR merancang, Allah Maha Perancang, ingatlah itu SPR dan BN-MIC. Ingatlah jangan sampai selepas PRK P094 Hulu Selangor ini, rakyat membuat penilaian dan memutuskan hukuman bersepadu sendiri taraf SPR dibawah taraf JKKK atau tinggi sedikit dari itu perkhidmatan mereka dan kerja mereka macam rakyat menilai tengok macam PATI di Pasar Borong Selayang. SPR bekerja bertuhankan kepada UMno beraja kepada BN itulah SPR terkini selayaknya diperagakan kepada SPR.

Sejarah telah diukir dan dipahat bahawa PM dan antan PM4 terpaksa terjun ke hulu Selangor, kerana menyedari kekalahan MIC-BN kian hampir. Kuat dan sepadunya BN dan bala tentera pekerja PRK itu, sekadar dikaca TV dan media perdana. Hakikatnya terpaksa PM6 yang baru balik dari USA dan Jepun hari Khamis siang dan malamnya DS NTR terpaksa menjejak kakinya membuka langkah sumbang, dengan menabur janji. Sedangkan janji pilihanraya ini telah lebih 50 tahun sejak Perikatan mai kepada BN bukan sekadar tabor tetapi peroi janji macam peroi beras bagi makan kumpulan burung merpati, jinak-jinak merpati, tanyalah Bung Mukhtar MP Kinabatangan bagaimana cara-cara memikat.

Janji yang dilafazkan semasa kempen pilihanraya berjalan, ianya adalah rasuah. Rasuah, penganjur dan penerima, kedua-duanya masuk negara. Pengundi yang berugama Islam dan pengundi yang memiliki jati diri mengerti bahana dan kesan rasuah ini kepada negara. Itulah janji dan wadah yang diperoi dan ditabor oleh PM kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor sekarang sebagai olea-olea dari USA dan Jepun, Mashaallah. Rasuah adalah santapan warisan yang menghidupkan BN dulu, dan sekarang. Terhentinya rasuah, bererti BN-UMno-MIC-MCA dan komponan BN yang lain tidak ada umph dan keupayaan untuk menjalankan, pentadbiran pengurusan jentera pilihanraya mereka. Suburnya rasuah dikalangan pemimpin, ahli dan penyokong BN itulah diantara tali-tali hayat yang UMno-BN mepusakainya.

Dalam siaran berita saya mendengar DS Najib berkata kira-kira, “Saya berjanji sebagai Ketua Kerajaan 1Malaysia setiap janji yang dibuat oleh BN semasa kempen PRK P094, saya akan tunaikan semua janji-janji tersebut selepas PRK ini”. Puui mak! Bagaimana janji-janji di PRK yang sebelum ini? Macamana 50 tahun janji rakyat masih papa kedana pemimpin BN lah yang meliana, auata janji ni. Mana ada dalam dunia ini apalagi janji lidah tidak bertukang berlapis lagi bercabang 100% janji yang menelan belanja bilion ringgit nak dicurah dan peroi di Hulu Selangor saja? Auta lah ini janji pelawak sengoti. Tak taula kalau-kalaulah peruntukkan PM dapat sedekah dari Obama dan PM Jepun.

Janganlah janji sampai menjadi pelawak dan pembohong. Jangan telajak janji, nanti kalah lagi rakyat tolak MIC bersekali UMno-BN. Meloya dan temuntah dengar janji-janji. Kalau dah berasa kira-kira kita ok !Malaysia dah diterima sekelian rakyat, kenapa amalan rasuah projek dan macam-macam rasuah PM dan BN pupularkan kepada rakyat dan pengundi?

Pemimpin PKR yang menjadi petualang kepada perjuangan, yakinlah sementara saja anda diberi minyak atar. Jangan mimpilah nak jadi calun Dun atau Parlimen di PRU13 nanti, lu caya la dekat gua. Semua petualang akan menjadi katak dan terompah untuk ketandas alat alas untuk tunai hajat kencing dan berak.

Saya yakin, ramai pengundi Melayu keciwa dengan sikap pondan pemimpin UMno Selangor dan UMno Hulu Langat, yang berkokok berdegar-degar; ekor bergelomang tahi sahaja dalam perjuangan. Belum gelanggang dibuka UMno Selangor khususnya UMno Hulu Slangor palu gong, tiup serungai, tibai gendang, pakai baju Melayu bertanjak, bertengkolok bersampin bersisip keris bogel hunus kelangit kali ini PRK Hulu Selangor, UMno menuntuk hak menjadi calun.

Sebaik gelanggang dibuka anu-anu masuk keperut keris terjunam keperut macam itik nila kena gelek gerek, terkapar-kapar mengelepar. Mati, semuanya terhenti. Gong tidak berbunyi, serunai tidak berlagu. Itulah heronya UMno dalam medan berdepan perjuangan dan hak, mulanya panas macam rendang buah berancan Cina. Penakut macam tikus keturi tengok kucing jalang. UMno sekadar gempar keling, macam minta sisik dekat ayam belanda.

23 April 2010 - Jumaat - 8 jamadilawal 1431

Rencana oleh: Ibn Abdullah Al Awab

Thursday, April 22, 2010

SATU MALAYSIA; HADAPI SATU TAMPARAN, MENERIMA SATU PENENDANG.

11 Januari 2010-01-11 - Isnin - 25 Muharram 1431

Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

SATU MALAYSIA; HADAPI SATU TAMPARAN, MENERIMA SATU PENENDANG.

Ratipan sakan selogan SATU Malaysia versi dan misinya, kalau silap-silap silau ayun langkah perjalanan, ia akan terdampar terkonteng-konteng tidak menemui penyudahnya. Sebaik ia berderap bertatih hampir setahun menemui penggunanya, SATU Malaysia telah di lentang dibogel dan di malukan dengan puaka berbisa yang mencengkam. Natijahnya kalau pun tidak tinggal gusi, tetapi semua gigi dan gerhamnya telah longgar kerana barah gusi bernanah dan berdarah. Sulitlah untuk memamah kunyah makanan, yang makanan itu hadir dari semua sumber; dari lautan, daratan dan dari angkasaraya.

Kepelbagaian makanan yang beracun, bertoksid hatta lebih parah lagi makanan yang terhidang itu mainya dari dana najis BASOH 7 keturunan beneh dan baka rasuah purba. Dana najis rasuahlah yang mendorong tipudaya mendapat sokongan kepada UMno Perikatan, UMno BN lahir kedunia fana ini. Diatas paksi rasuah itulah yang menjanakan UMno BN terus cambah menjadi tunjang dan paksi perdana, dalam tali temali sebagai roh untuk aktiviti mengerak hidup UMno-BN dalam negara. Sejak dulu, kini dan selama-lamanya, hubaya!! Hubaya!! Hubaya!!!

Adunan rempah juta herba, segala macam toksid yang dimixkan untuk menjadi ingredients SATU formula di peringkat percubaan. Ditandu dan dipalu dengan tidak berpandu dan mengambil peduli kepada pakar dan kitab pemilik Agama Samawi. Berkaitan sah haram halal batalnya terhadap herba dan ingredients digunapakai dalam pengisian SATU Malaysia. Terpaksalah juga untuk menjelma jenamakan SATU penawar kepada negara bernama SATU Malaysia. Ia telah tercalar dan terperuak macam peha kerbau balar ditetak calik tiga di tengah rembang, yang darahnya keluar merembong untuk program khenduri sesama ahli.

Kerana SATU Malaysia yang dicanangkan itu tidak mendapat sokongan tumpat yang solid dikalangan dalaman UMno disudut pemahaman yang selari disudut penghayatan. Apa lagi diluar UMno, sesama BN pun tidak difahami sama seperti gemulah Islam Hadhari cap Pal Lah Badawi, sementelahlah akar umbi rakyat marhaen. Pasti jauh panggang dari api untuk dikhayalkan menjadi falsafah baru kepada rakyat negara menghayatinya. Tetapi ianya sekadar mejadi kepala sampah dituntuni sahaja. Serupalah nasibnya slogan Dr Mahathir 2020 yang tenggelam dan dilupai bersama-sama dengan Islam Hadhari bersekali dengan Imamnya dinyah diletak ketepi oleh pencetus baru SATU Malaysia oleh menara gading cap semilu BTN-Batang Tubuh Najib.



Apa yang rakyat nampak kejayaan mee sedap segera SATU Malaysia yang berjaya, hanyalah ke atas timbul menonjol berulang-ulang, setinggi Angkasapuri juga setinggi Mediaprima. Iaitu apabila bini no 2 pencetus SATU Malaysia sentiasa setiap masa gila kemarok masuk TV, di semua canel RTM dan Mediaprima. Rosnah telah menguasai Mediaprima dan RTM, dengan lagak sakan macamlah dirinya itu umpama Presiden Filipina yang berkuasa. Rosnah ditahta ditakuti dipuja jolokan Wanita Perdana Pertama Negara.

Dimana SATU Malaysia manipulasi nak sorok DYMM SPB Raja Permaisuri Agong adalah Wanita Pertama Negara. Dimana SATU Malaysia nak letak? Wajah cutenya secute Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin dan Wan Zaleha Wan Radzi yang sentiasa memenuhi di skrin, terpampang walau tidak terkangkang diwaktu pagi tengah hari, hatta tak kira hari ketika. Malahan sampai rakyat naik menyampah dan terdapat kena badi sakit mata menyumpah. Kini kata Mat Ketupat di Sidam, “Sial tujuh keturun kalau tiap-tiap waktu lanie, semua TV tak buboh wajah Rosnah. Rakyat kenan disogok dengan gambar Rosnah, sampaikan rakyat tak kenai sekelian menteri-menteri dan timbalan menteri dizaman kerajaan SATU Malaysia”. Ha!! Lu sapa? Mau komplin! Jambatan kan ku bakar hangus, walapun pak aku tak mati aku pasti menjadi yatim.

Bini no 2 yang lakinya promosi SATU Malaysia, telah melangkah memijak dan bersekali dengan tanjai tubi. Sentiasa menafikan kerja tugas beberapa menteri dari beberapa kementerian, merampaskuasa yang tidak diistiharkan dari kementerian dan dari menteri-menterinya disudut membuat peristiharan dan kenyataan keatas kementerian mereka. Hatta Rosnah bini no 2 pencetus SATU Malaysia ini, berdaya mampu mengarahkan menteri menjalankan perentah tugas yang dihebahkannya. Eh!!! Eh!!! Eh!!!. Yang mana ketika itu ramai menteri dan menteri berkenaan menjadi pengiring dan pengapit kepada Rosnah, punah negara SATU Malaysia kalau macam ni.

Semua kerja buat tersebut, sewajarnya dihebah oleh menteri-menteri berkenan, KP kementerian berkenaan atau KSU kementerian. Kini, semuanya telah berpindah kuasa kepada Rosnah laki PM6 yang promosi SATU Malaysia orang-orang kata berbisek dan cara terbuka bersuara. Menteri-menteri menjadi tungoi, mandom dan koro. Kini sekadar bertindak sebagai pengapit kepada Rosnah dengan muka cuka dan malu yang diri mereka diperbodokan oleh kuasa kejam bini rejim pencetus SATU Malaysia. Itulah kejayaan SATU Malaysia untuk anak pintar negara seramai 500 manusia, lumayan joli sakan diperuntukkan.

Walaupun bentangan hamparan karpet biru dari KK S dan K S bertaut tangga Putrajaya, diperkiraan dalam sesi tolak ansor dalam menjaga habuan dan menunaikan tuntutan kemahuan jawatan AP mereka. Berbekalkan dana dan kuatnya suara bertindak berbentuk gertak dan kesungguhan dari AP BN Sabah dan Sarawak. Semua gertak dan ugut dilangsaikan sepenuhnya oleh pemuka UMno BN dari Semenanjung. Semuanya mengelak dari BN dan UMno karam dan tenggelam lemas seperti karam terbenam UMno BN di beberapa negeri. UMno Putrajaya dan BN Kuala Lumpur seperti menatang minyak cenonoi yang melimpah ketika mana terpaksa melayan mehnah dan kerenah AP BN dari Sabah dan Sarawak, hingga saat ini.

Semuanya ditunai dan dituruti sepenuhnya oleh Pengerusi BN Islam Hadhari dan Pengerusi BN SATU Malaysia, selepas keputusan PRU12 pada 8 Mac 2008 dahulu. Sesungguhnya AP dari Sabah dan Sarawak Allah taqdirkan kepada BN Malaysia dan Semenanjung menjadi gudang penawaran kuasa sebagai aset simpanan tetap untuk mewujudkan kerajaan pusat BN selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas. Inilah hakikat BN sekarang. Tanpa simpanan tetap AP dari Sabah dan Sarawak sebagai aset simpanan roh untuk hidup gerakkan hayat BN yang berpusat di Kuala Lumpur pasti menemui jalan mati menuju kekubur. Semuanya adalah sebagai ramuan tali hayat kepada UMno BN kembali berkuasa, dengan serba tidak menjadi dan serba tidak mengena.

Makanya pemberian dan layanan perdana berlipat ganda yang tuntas terpaksa UMno BN Putrajaya melutut serta menuruti kepada semua tuntutan kuasa - power AP BN dari Sabah dan Sarawak, ini adalah realiti hakiki bukan fitnah. Speaker Parlimen Malaysia diserahkan batennya kepada Pendekar sebaik TS Ramli diketepikan. Ironinya kedua-dua Timbalan Speaker Parlimen juga diserahkan penyandangnya diisikan oleh AP BN dari Sabah dan Sarawak juga. Cukup hebat dan cukup menjadi biji catur di Bursa Catur Saham di Kota Kinabalu Sabah dan Kucing yang mencakar mengiau bunting di Sarawak, mengajar ABC realiti politik di Putrajaya, cukup menjadi dan bertepatan kepada masa, umpama menahan lukah dipergentingan.

Kesepakatan padu AP BN dari Sabah dan Sarawak yang membulat tekad dengan anjakan kepakaran politik sendiri telah mereka ukur dan sukat, timbang dan lambong, maka AP BN di Sabah dan Sarawak pada hakikatnya yang sebenar, selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 lalu. Makanya mereka AP BN Sabah dan Sarawak lebeh nilai harga berganda dari nisbah dan nilai AP BN yang berada di Semenanjung itu sendiri. Dipasaran terbuka, maupun dipasaran gelap hingga saat ini nilai saham mereka (AP BN Sabah dan Sarawak) menengelamkan semua nilai saham-saham yang diurusniaga di Bursa Malaysia, kalau silap-silap diurusniagakan politik semasa BN yang komponannya bercempera bergelut perebutankuasa, dan berebut timbunan mal dan dana rasuah, masa menunggu sahaja untuk langkah yang silap untuk matikan BN.

Justeru, SATU perubahan pengurbanan besar yang terpaksa dipenuhi dan dilayan oleh penguasa BN PWTC dalam keadaan terpaksa. Memenuhi berdehem dan kentut AP BN dari Sabah dan Sarawak didahulukan dan diutamakan setelah mereka tidak dipandang diambil peduli selama 35 tahun. Hatta melompong dan terbeliak mata saki baki AP dari UMno Semenanjung. Apabila Ketua BBBN di Parlimen dan Timbalannya juga diserahkan penyandangnya juga dari Sabah dan Sarawak. Cukup fantastik sekali, apabila ramai dikalangan Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik diluar dikalangan AP, Alhamdulillah. Mereka adalah dewa kayangan yang masuk melalui sisek angin menerusi Ahli Dewan Negara sebagai Senator.




Perletakkan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang lama kedengaran tetapi baru disahkan. Mantan TM tersebut adalah anak rejim KM Sarawak, cukup unit kalau mau diperbincangkan. Sekalipun Ketua BBBN Parlimen mengakui mengamalkan rasuah perdana bernilai RM10,000,000.00 kepada Menteri Pengangkutan juga Presiden MCA kerabat BN. Kini Pengerusi BN juga PM6 pemegang TM SATU Malaysia dan SPRM tidak berkemampuan untuk mengambil tindakkan. Persepsi rakyat bukan kerana tidak melakukan najis rasuah, tetapi ketakutan ulung Pengerusi BN - PM6 adalah ugutan dikalangan AP Sabah dan Sarawak akan bye, bye dengan BN. Itulah hakikatnya penghalang kepada tindakkan tatatertib parti dan tindakkan undang-undang negara. Amat dimengerti oleh kuda tunganggan lama jenama SPRM.

Penendang diterima BTN ketika tirai Disember 2009 berlaboh, di dewan yang mulia mala petaka macam puaka Tasik Cini masuk kedalam Parlimen. Kalaulah bukan kerana peranan bijaksana yang cemar, kong kali kong Pendekar Speaker panjangkan masa tari berbunga, sengaja melengah-lengahkan masa melalut, bertujuan bagi menanti ketibaan beberapa ahli-ahli Parlimen BN untuk mempertahankan Kerajaan BTN BN. Nescaya BN dan BTN yakni batang tuboh Najib telah terguling terlentang dengan tersendirinya didalam persidangan Parlimen di Dewan Rakyat sesi undi belah bagi Bajet 2010 di Dewan Rakyat tepatnya 10.45 malam hari Isnin 14 Disember 2009 didalam Dewan Rakyat di Parlimen kerajaan BN diterjui BTN menerima tamparan genting yang mencabar, mengigil dan punahkan semua nafsu.

Mengikut lazimnya kerajaan BN Pusat telah menjadi aruah dan gemulah sekiranya bajet 2010 tidak dapat sokongan dari AP meluluskannya. BN capai majoriti tipis 3 undi. Terawalnya usul perbekalan KDN sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan dengan majoriti 1 undi. Iaitu 61 di pihak BN dan 60 di pihak PR. Proses pengundian belah bahagi itu berlangsung sekitar jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam. Ramai blogger-bloger telah cepua iaitu seramai 70 AP BN dari semua komponan BN menolak Budjet 2010 yang dibentangkan BTN. Khususnya yang ramai tidak berada didalam Dewan Rakyat ketika itu adalah AP dari Sabah dan Sarawak, dikalangan menteri, timbalan menteri dan AP biasa. Yang ramainya adalah AP dari UMno sendiri termasuk Naib-naib Presidennya, cukup gawat dan gayat dilalui.

Kerajaan BTN batang tuboh Najib sebenarnya diselamatkan juga tuang hadir dikalangan AP PR seramai 18 orang; dari Keadilan, PAS dan DAP. Pada hakikatnya terboktilah seramai 70 AP BN sendiri tidak mempercayai dan meragui kewibawaan budjet female dibentangkan oleh Najib tersebut. Dikala itulah juga BTN - BN mendapat simpati dan sokongan dari segelintir AP PR dengan cara paling hormat dengan bertindak tuang mesyurat wajib mereka di Parlimen pada setiap masa disemua waktu. Ketika pintu Parlimen dibuka untuk persidangan di semua penggal wajib semua AP baik PR maupun BN hendaklah hadir itulah kehendak rakyat dan pengundi kepada mereka bukan makan angin ke Paris, Jakarta dan lain-lain distinasi.



Sokongan AP PR diberikan diluar pengetahuan rakyat pengundi mereka. BTN bersyukur dan amatlah BTN berterima kasih kepada AP PR yang menyokong dan menyelamat Budjet 2010 yang dibentangkan dulu. Kesan dan natijah keatas Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang menang dengan majoriti 3 undi setelah 70 AP BN yng lain menolaknya, kedengaran dan amaran keras akan diambil dan dikenakan oleh Pengerusi BN kepada 70 AP BN yang culas ponteng tersebut. Pemuka dan pengampu BTN Cuma bersuara tindakkan hendaklah diambil kepada menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen iaitu YB DS Nadzri Azizi.

Mereka tersilap menilai fungsi menteri dengan kewajaran mutlak hendaklah diletak hala kepada Whip BN di Parlimen khusus dan khasnya kepada ketua dan timbalan ketua BBBN. Telah hampir dua bulan peristiwa tersebut berlaku dan selama itu juga amaran dan bakal tindakan dikenakan kepada 70 AP BN yang menolak Bajet 2010 BTN di Dewan Rakyat. Semuanya merupakan amaran angin dan amaran maya. Samalah tindakan juga adalah tindakan angin yang sifar dan tindakan maya sehingga saat sekarang. Semua peristiwa tersebut telah dilupakan, seolah-olah tidak pernah wujud di Dewan Rakyat di Parlimen pada 10.45 malam hari Isnin 14 Disember 2009 dulu. Itulah retorit SATU Malaysia, seadanya ditangani.

Seluroh UMno dan seluroh BN lebeh cekap dan kehadapan mengetahui jawapan keatas kukok amaran dari Pengerusi BN itu adalah retorit dan dayus pengecut. Pengerusi BN mana ada jantan, dan mana ada berani untuk bertindak kepada 70 AP BN apalagi yang ramai dari mereka adalah AP Sabah dan Sarawak? Buatlah apa sahaja, lakukanlah apa-apa saja dalam keadaan genting AP BN menguasai majoriti dalam Parlimen dengan nyawa-nyawa ikan. Badan Disiplin dan Tatatertip UMno dan BN sudah tidak berfungsi dan tidak menjadi keutamaan lagi untuk membicara dan menili mereka samada dari AP maupun Adun. Kini AP BN dan Adun-adun BN dibeberapa negeri, tiba-tiba BN terbalik mengemis setia darinya AP dan Adun agar jangan bebai dan membuat hal.

Kerana sebenarnya sekarang UMno negeri-negeri dan UMno Pusat termasuklah BN negeri-negeri dan BN Pusat sedang dan terus menatang seperti minyak atar kasturi yang penuh, melayani dan memenuhi semua kerenah AP dan Adun didahulukan diutamakan. Kerana bebai dan marahnya AP dan Adun BN dibebrapa negeri akan melingkup ranap terus kerajaan BN pusat dan kerajaan BN dibeberapa negeri. Diatas faktor dan fakta tersebutlah pasti tidak berlaku tindakan tatatertib kepada Adun dan AP BN, walau sebesar mana kesalahan dilakukan, asalkan jangan tinggal daku UMno BN. Kerana kekebalan meraka ditentukan oleh masa dan harga disaat BN Pusat dan BN negeri-negeri khususnya UMno sedang mengemis setia, mengemis sokongan dari Adun dan AP mereka sendiri. Itulah realiti dan itulah kenyataan kenapa dan mengapa gempar keling sahaja mampu BTN keluarkan.






Kerajaan SATU Malaysia yang dipromosikan oleh PM6 DS Najib Tun Abdul Razak, menghadapi gerhana sokongan yang ketara dari dalaman khususnya dari AP dan Adun dari UMno dan dari komponan BN itu sendiri. Jelas kegagalan dirinya BTN (batang tuboh Najib) diterima rakyat, makanya Menteri Ampu yang mendenai titi abu, kini kebelakang ikhtiar, dapat formula kisar dan putar semula cerita lama yang mulok-mulok dan yang baik-baik dicanang ditayang setiap detik dikaca TV Perdana dan TV Swasta Mediaprima cerita-cerita Tun Razak, Tungku Abdul Rahman dan Tun Hussein Oon. Tun Razak ayahnda kepada Presiden UMno lanie. Tun Hussein ayahnda kepada Naib Presiden UMno Hishamuddin sepupu kepada PM6. Saham BTN merudum makan cerita lamalah dikisar kitar untuk rakyat kenangkan kembali jasa ayah kepada menjerat ehsan rakyat dan pengundi kembali sokongan dekat anak-anak mereka pula.

Dengan gawatnya perebutan kuasa dan pertelingkahan yang membawa perpecahan dan menuju kehancuran dalam beberapa parti komponan yang mendukongi BN sejak Perikatan seperti MCA, MIC, PPP dan beberapa parti yang lain. Hatta parti baru beranak belum lepas pantang yang lahir berbidankan Presiden UMno - Pengerusi BN iaitu Makal Sakti itu pun telah bercakaran, berpecah kerana merebut menjadi pemimpin, sedangkan tali pusat pun belum gugur, tetapi telah berlari kejar mengejar. Campur tangan sepak tendang Pengerusi BN juga Presiden UMno, saya nama dipenghujung terowong kini parti-parti komponan BN menerusi ketua maupun bukan ketua yang selubang dengan Pengerusi BN, nampaknya BN kini menjadi Boneka Najib.

Apabila BN mejadi Boneka Najib, maka pemimpin-pemimpin yang mengendalikan parti-parti komponan BN mereka bukan lagi berkhidmat untuk ahli dan pengundi mereka mewakili, tetapi mereka akur dengan Pengerusi BN, yang mana nampaknya menteri-menteri dan timbalan menteri dari UMno dan dari komponan BN diluar UMno, kini mereka menjadi Boneka Najib dengan peralatkan BN. Mereka membelakangkan rakyat negara tetapi mendahulukan, mengutamakan mengampu dan menjadi boneka bersekali kepada bini Najib kerajaan laki bini, kalau Ayah Pin Besut ada kerajaan langit yang satu masa Ayah Pin sebaik berjaya misinya akan diserah kepada kerajaan itulah tekad dan keyakinan Atah Pin. Kerajaan laki bini boleh tahan, tetapi jangan orang gatai mulut kata kerajaan laki takut bini, sudahlah!!!!!!!!!!!!


Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

11 Januari 2010-01-11 - Isnin - 25 Muharram 1431

(Ragam kesihatanlah menyebabkan beberapa rencana yang siap tidak terdaya dimuatkan untuk tatapan. Dengan bantuan anak disiarkan tampa sebarang perubahan sama seperti minda asal. Maaf kalau ianya basi).

KITA SULOH - TENGOK BELAKANG REKOD RAKYAT PADA PRK.

KITA SULOH - TENGOK BELAKANG REKOD RAKYAT PADA PRK.

APA KESUDAHNYA P094 HULU SELANGOR.

Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab

(Nota: Gelanggang ini saya tidak dapat bermain dan manfaatkan sejak November 2009 secara aktif. Dengan Allah ujikan saya lengkap sarat dengan penyakit; serangan jantung, darah tinggi serta pesaka lelah-asma yang kronik. Keluar masuk ke Hospital, tempoh 20 hari terkemudian ini kesihatan sadikit meningkat, kekuatan fizikal bertambah sebaik makan diizinkan selera oleh Allah. Teman taulan yang berulang kali menziarahi, terima kasihlah. Isteriku dan anak-anakku terima kasih jujur iklas setia membantu. Sebelum ini, saya merencana dengan melafazkan isi-isi dan kakak anakku gerakkan laptop dan jalor lebar. Diatas segala keiklasan kakak - anakku ini menjelang peperiksaan PMR tidak ke sekolah kerana membantu merawat dan mengurus sakitku. Sedangkan Umminya terpaksa ke SMK mengajar. Anakku ini diatas cerdik semula jadi, anak yang solehah. diatas segala kebaikkan dirinya kepadaku abahnya, Allah permudahkan anakku ini, diluar mendapat tusyen dengan kedatangan tidak memuaskan, tepat bicara suara hatiku dan doa-doaku, kakak anakku mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2009. Kini belajar di Tingkatan 4 SM Sains Kubang Pasu, Batu 19, Jalan Kodiang jurusan ‘Sains Tulin’, Jitra. Walau pun minda bekerja, kaki tanganku terkehel dan terkulai, kerana pembantuku berjauhan 167 km dari rumah. Dengan keadaan sedikit termampu melakukan sendiri, saya cuba mengambil peluang bersama-sama teman yang lain untuk memeriah dan rancakkan lagi medium blogger yang kita harungi ini. Maaf, Wasalam. Terima kasih).


MENATAP REKOD

Dalam kita mahu membuat sokongan dan bantahan dalam satu-satu pekara yang memerlukan keputusan. Terlebih dahulu biarkanlah ianya diiringi dengan fakta yang jelas realiti yang hakiki. Berpandukan fakta itulah kesimpulan yang kita buat sukar dipertikaikan. Supaya mertabat pandangan dan hujah kita tidak menjadi Pandir setidak-tidaknya Andeh. Sesiapa sahaja mampu mengatakan kapal selam boleh terbang keangkasa dengan perkasa, katalah. Manakala yang mendakwa helikopter boleh menyelam dengan selamat dipantat lautan mengatasi berenang selamnya jaws, cananglah. Kan kerana 1Kuasa 1Malaysia, tangan kita perkasa, batuk bersin berharga.

Maka media maya dan media kertas mengia putar sakan. Sebab kapal selam dan helikopter kita yang beli, makanya kita tau jantan betinanya atau menjadi khunsa. Maka rakyat jelata ada yang caya lu, ada yang kata auta.
Saya menyokong atau saya pekong, 1Malaysia pantas cemerlang atau malang, sama-sama pasang telinga dan jegey seluas-luasnya supaya congak, ilmu hisab dan matametik kita berpandu jentik tolak alat kira purba cepua - sipua kaum cina Tiongha. Jangan tengok jenaka di RTM, Mediaprima dan Utusan Meloya terus membuat kira-kira diluar usul periksa. Selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008, negara telah mengalamai beberapa PRK samaada untuk KAPAR maupun KADUN.

Negeri-negeri yang melalui PRK adalah Pulau Pinang - Kapar dan Kadun. Perak satu PRK Kapar bersama-sama Kuala Terengganu untuk Kapar dan di Kedah untuk Kadun. Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan menghadapi PRK Kadun. PRK terkini adalah P. 094 Hulu Selangor dan Parlimen Sibu Sarawak. Itu adalah urutan PRK yang telah dan pasti akan berlalu dalam negara kita dizaman kerajaan 1Malaysia sehingga Mei 2010. Raykat negara telah melakar rekod sokongan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 dulu.

Kalau pucuk 1Malaysia berkukuk siang malam sampai ke USA pohon akurestu Obama, bergema melantun kenegara peranan Mediaprima dan RTM. Yang penjaganya adalah anak yatim yang melangkah diawan kerana jambatan titian menjadi abu, kini merapu menjadi pengampu menyampu kerapu penguasa 1Malaysia, kerjanya tak sia-sia. Kedepan terangkat kalah menteri muda UMno jadi mandom koroi. Dengan semua kemudahan milik negara dan rakyat dijadi alat penguasa 1Malaysia, siang malam godam sakan kata kita kuat mendapat sokongan dibantu melulu oleh agensi swasta Mediaprima menjadi johan membuat hebahan.

Selepas PRU12 rakyat dah sedar betapa BN-UMno telah mendapat kepercayaan dan sokongan kembali dari rakyat kerana macam-macam retorit dibina untuk pekena rakyat, katanya rakyat dah ok dengan BN-UMno 1Malaysia. Boleh percaya ka? Mai kita selak mencari tengok dengan kenyataan bukan merapu sakan. Dalam menghadapi 3 PRK dikubu dan gelanggang UMno-BN, UMno-BN tewas tersungkur di Parlimen Kuala Terengganu negeri takluk UMno-BN. Bertahan menang di Batang Ai dan Bukit Pinang Negeri Sembilan dengan undi simpanan askar, tetapi Polis yang naik gaji. Kuatkah UMno-BN? Perkasakah 1Malaysia dapat kembali sokongan rakyat?

UMno-BN tewas dan kecundang terlentang dan penyokong UMno-BN lari lintang pukang dalam PRK 2 kali di Pulau Pinang iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Dun Penanti. Tewas di Parlimen Bukit Gantang Perak, tewas di Dun Manek Urai. Kecundang malang di Dun Bukit Selambau macam wau putis tali. Dikubu sendiri UMno-BN tewas, di negeri Kudeta pun UMno-BN tewas. Dapat kepercayaan dan sokongan rakyatkah BN-UMno ini? Lu kiralah sendiri, lu jawabla sendiri. UMno-BN gagal 100% untuk mengalahkan calun-calun PR samada dari PKR maupun PAS atau DAP dinegeri takluk PR di Kedah, di Pulau Pinang dan di Kelantan. Kuatkah? 1Malaysia mendapat kepercayaan dan sokongan? Ini adalah fakta. Ini adalah rekod dalam PRK selepas PRU12 yang rakyat boktikan konsistan sokong bersama PR yang mempunyai 3 tiang seri iaitu PAS, DAP dan PKR.

PRK mai pulak, kali ni di negeri takluk PR iaitu Selangor Darul Ehsan. Hulu Selangor membuka gelanggang PRK 2010. Dengan kesinambungan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat -PR yang disokong diundi rakyat, Inshaallah di PRK Parlimen Hulu Selangor rakyat terus megundi dan menangkan calun PR dari PKR iaitu Saudara Dato’ Zaid Ibrahim. UMno-BN yang UMno dah pagi-pagi hari dah gigit gusi 1Malaysia tak peduli akan hasrat UMno mendapat kembali kerusi untuk menjadi calun. Saya yakin calun BN-MIC menjadi basi ditolak ketepi oleh pengundi. Calun MIC-BN akan menjunam nasib seperti calun MIC di Bukit Selambau. Kerana apa? Rakyat masih berterusan menyokong PR harapan rakyat negara.

Katak yang laju melompat, Kijang Zul bercapal tamar pantas berputar dan beberapa lagi ungas dan ungka yang rakyat tersalah undi dulu (PRU12 - 8 Mac 2008) yang melarikan kerusi dan harga kerusi dengan mengisi perut pedai temboloknya, yang rakyat pengundi tidak halal dan redzakan. Sesungguhnya mereka keluar dan pi cuma dengan anak bini mereka saja. Tanpa pengikut setia akar umbi, kecuali sorang dua yang gila babi mengekori. La ni mereka menjadi terompah getah, terompah tamar dan ada yang menjadi selipar Jepun sebelah kiri sandal jenama Bata sebelah kanan. Dengan realiti inilah katak dah melompat, kijang berputar berlari, unka dan unggas melata ianya tidak sama sekali menjejaskan sokongan dan dukongan rakyat kepada PR.

PR menerusi calun-calun PRK samada dari PAS, PKR dan DAP terus akan mengemudi mendapat hati rakyat memenang dan mempertahankan kerusi PR dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya. Kes APCO menjadi BN-MIC di PRK Hulu Selangor mengampiri talihayat dipinggir kubur. Kalau lah nama calun MIC-BN TPM juga menteri kepada sekelian guru-guru dan sekelian murid SRK dan SMK TS MY TPM melalut dan karut membatang, katam, kerat dimaknakan macam tolol. Maka kalau itulah kata TPM TS MY maka sakan nak kata macam ni.

MEB yang dilancarkan oleh DS MNTR diluar persidangan Parlimen didalam dewan Parlimen yang mulia, yang tidak boleh dipertanggungjawabkan samasekali disudut kenyataan hakikat yang hakiki kecuai pelancaran bertaraf kometik sahaja. MEB bagi saya kalau nak ikut pekak TS MY TPM Melayu macam dulu baru kampoh dengan 1Malaysia, maka MEB saya luaskan maknanya Munsah Ekonomi Bumiputra. Bersekali dengan alasan inilah BN-MIC akan menerima giliran ditolak rakyat, ditolak pengundi. Tersungkur tersembam kebumi di Palrlimen Ulu Selangor pada 25 April 2010.

Sama-samalah kita menunggu penghukuman rakyat kepada calun MIC-Bn nanti.

Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab
Sabtu - 17 April 2010 - 10 malam.

(Perkhidmatan internet Celcom yang mengeciwakan, tempoh ok, ko yang menggagalkan kita untuk diblog dan diemailkan- Maaf dukacita pasai ini, apalagi dengan mampu gerak kita terbatas - lewat dah tak dapat dlayarkan).

MENGENALI PEJUANG DAN MENANGANI PETUALANG

MENGENALI PEJUANG DAN MENANGANI PETUALANG

20 April 2010 - Selasa - 5 Jamadil awal 1431


Beruk, kera atau monyet yang bengis tuannya akan menambat berantaikan besi bertali ditambang diperdu kekabu. Kerbau yang garang dibuboh kong-kong dihidungnya kira-kira dua setengah depa, baru disambung dengan tali ditambat diperdu gelam supaya tidak menyondoi dan menanduk tuannya. Itu adalah formula dulu-dulu untuk menjinak haiwan peliharaan yang liar. Kepandaian dan kesabaran sesetengah manusia ia mampu menjinakkan harimau, singa, gajah dan serba haiwan buas yang berprofil tinggi untuk sajian tuntunan digelanggang sarkas. Kadang-kadang haiwan yang dijinakkan itu, silap-silap teknik, penjagaan, pengawasan ketika dan masa, ia bertukar wajah asal menjadi liar. Makanya penjinak tadi menjadi peliar (bukan maksud anu). Itu adalah kaedah lama mengawasi hewan peliharaan bukan untuk manusia disudut mendidik menjinaknya.

Mengawasi dan menjinak haiwan ternakkan samada dari jenis jinak maupun jenis mengganas, adalah lebih mudah mengendali dan jenis mahluk haiwan berotak tidak berakal. Walau kadang-kadang dalam jinak itu ia mampu membunuh tuan memeliharanya menjadi mangsa serakah tidaklah banyak bilangan dicatatkan. Untuk menjinak dan mengawal jenis haiwan yang bernama manusia, berotak dan berakal ianya tidaklah pelaksanaan mengawal dan mengawasinya untuk taat setia dan akur dengan kesepakatan organisasi seperti kaedah yang digunakan kepada haiwan-haiwan tersebut dijanakan. Haiwan yang bernama manusia ia memilik nafsu syahwat dan sakan nafsunya bila iman mereka kecundang apabila nafsu amarah menguasai dan menjadi tuan untuknya.

Samalah fenomina ramai yang takut naik kapal terbang kerana jatuh dan mati tidak berkubur. Dalam tempoh 20 tahun rekod dalam negara kita berapa ramaikah rakyat mati kerana pesawat terhumban? Pesawat penumpang sifar. Tetapi rakyat negara mangli dan buta rekod bahawa jalanraya dan lebuhrayalah telah menjadi gelanggang utama pembunuh no 1 rakyat negara setiap hari, setiap minggu cukup ramai yang menjadi aruah cukup usia hidup kerana kemalangan dilebuhraya. Orang takut dengan harimau ganas tetapi berapa kerat mati kerana terkaman cakaran harimau? Sedangkan nyamok unggas yang kecil menjadi pembunuh utama negara menyebabkan kematian, manusia tidak takut kepada nyamok kerana saiznya bukan pada peranan bisanya.

Beras disukat dengan cupak dan gantang. Orang dulu-dulu mengukur keluasan tanah dengan jemba yang satu jemba itu 8’ panjangnya. Menentukan waktu dengan langut kelangit, teropong dengan tangan didahi tengok kedudukan matahari ketika ditahun 1950han dulu didapat mengagak masanya. lani masa ditentukan dengan melihat jam. Gula tepung ditimbang dengan kati untuk ketahui beratnya. Semuanya mempunyai kaedah-kaedah tertentu sebagai piawaian mengenali, zat dan sifat haiwan dan benda-benda yang lain. Tetapi dari jenis ini tidak terdapat dalam kamus kehidupan untuk mengenali dan cam betoi-betoi iaitu haiwan dikalangan manusia untuk kita tentukan mereka itu PEJUANG atau PETUALANG.


Saripati dan intipati samada ianya PEJUANG atau PETUALANG, ia tidaklah ditentukan seperti membeli gula atau ikan dengan pengesahan beratnya disahkan menerusi timbangan. Tetapi PEJUANG atau PETUALANG ianya akan disahkan oleh manusia yang pasti menjadi pencatat sejarah dan membuat rekod keatas setiap individu. Penghuni dunia mengekori menghukumnya sebelum masuk kelubang kubur yang gelap gulita. Hukuman dan balasan muktamatnya adalah dari Allah di hari kiamat kelak. PEJUANG atau PETUALANG samalah seperti kita dapat melihat gula, garam, cabai dan seruntun. Manis, masin, pedas dan pahit wajib ada, cuma ianya dapat dirasai deria tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar maupun dibawah teropong pembesar sejuta ganda.

Demikianlah juga kita mampu melihat batang tubuh pejuang, mulanya kita kagumi kehebatannya. Tetapi dalam masa yang sama sampah sarap yang sarat dalam qalbunya kita tidak dapat mengesaninya. Masa dan keadaanlah yang sentiasa memutuskan samada pejuang tadi menjadi petualang. Pejuang mampu menjadi petualang dan petualang pula biasa menemui terowong kebenaran berkesudahan menjadi pejuang. Persepsi ini adalah kenyataan sekarang untuk mereka yang bernama wakil rakyat samada Adun atau Ahli Parlimen. Pejuang menjadi petualang ramai dalam kawah kancah perjuangan dari masa kesemasa. Bilangan mereka bertambah dan bercambah boleh membawa rebah kepada parti siasah yang menjadi kerajaan Ianya bermula dari pejuang menjadi petualang.

Fenomina ini sedang dialami oleh Pakatan Rakyat yang gejalanya adalah dilihat betapa rapohnya Adun dan Ahli Parlimen PKR dan DAP meninggalkan perjuangan mereka setelah darap dan tolak untuk jangka pendek tempolak pedal mereka mendapat habuan lumayan sekalipun bernama rasuah, akhirnya mereka mulanya dalam PKR dan DAP dalam PR sebagai pejuang pada pandangan penyokong dan ahli PR. Sekelip mata sahaja mereka bawa kerusi dimenangi atas nama PAS, DAP dan PKR bersekali dengan elaunnya menjadi petualang menjadi barua, terompah kepada BN. Mereka adalah petualang haram jadah, bukan Adun bebas atau Ahli Parlimen bebas. Mereka adalah ndir sebusuk air danok.

Pinya mereka disumpah seranah oleh pengundi-pengundi mereka. Pengundi mengundi mereka adalah mereka telah dipilih dan mewakili PAS, DAP atau PKR. Menang mereka kerana parti yang mereka menaungi. Tobat lahum, ungka dan ungas-unggas ini tidak punya tempat dalam arus politik negeri-negeri dan negara kalaulah mereka tidak bergayut dengan PAS, DAP dan PKR, kalau mereka bertanding sebagai calun bebas pasti deposit mereka ditelan bumi. Sekarang ungka unggas ini ditatang macam minyak jelatang oleh BN, dengan permaidani biru yang berduri. Sekarang mereka dijulang diatas dulang lepas ni mereka ditendang menjadi anjing jalang. Ungkas dan unka ini pasti UMno haram 7 keturunan untuk mengambil ungka unggas petualang ini sebagai calun BN dalam PRU13 nanti. Ungka dan unggas ini adalah terompah, atau selipar Jepun sebagai alat titi dan laluan kepada pemimpin BN untuk melintas menyeberang, itulah realitinya.

Untuk menemui dan menentu ianya pejuang terbilang atau petualang malang, ia akan diukur disukat, sebaik ia menamatkan perkhidmatannya serta konsistan dengan pegangan perjuanganya digengam sampai mati dibawa kelubang kuburnya. Semasa hidup dan semata matinya sentiasa didoakan oleh rakyat dan diingati jasa istiqam perjuangannya sepanjang zaman dengan iklas oleh rakyat. bukan ingatan berbentuk propoganda dan bermatlamat retorit gegar gempita saja umpama serampang bermata nenas.

Jadi rakyat pengundi kenalilah diantara PEJUANG dengan PETUALANG.

Rencana: Ibn Abdullah Al Awab

20 April 2010 - Selasa - 5 Jamadil awal 1431

OLEA-OLEA DARI YAB PM6 DS NTR DARI NY USA

OLEA-OLEA DARI YAB PM6 DS NTR DARI NY USA
VS
OLEA-OLEA DARI YAB TOK GURU NIK AZIZ DARI MEKAH MADINAH

YANG MANA PILIHAN PENGUNDI PRK - P094 HULU SELANGOR.

21 April 2010 - Rabu - 6 Jamadilawal 1431


Ketika anak bulan PRK Hulu Selangor diumumkan oleh Pengerusi SPR kelihatan. Suasana sindrum membisu dan kelu terjadi, dalam persidangan parlimen bila APCO Worldwide diketengahkan. Ketua Pembangkang mengatakan dengan bokti bahawa APCO Worldwide Zionis Yahudi mempunyai peranan besar dalam Pejabat PM dan PDRM secara resmi. Sekali pun ianya mengundang dan mengugat keselamatan dan kedaulatan negara, peduli apa kerana ia penasihat resmi media PM dan PDRM. Tetapi ianya tak mengapa, kerana fenomina itu disusun rapi dalam merealisasi berbudi untuk PM.

Diatas respon kelu dan bisu itulah PM DS NTR dan bini ke2nya bersama-sama dengan pegawai dan beberapa menteri mengiringinya menenangkan diri keluar negara seketika. Sambil selam (bukan dengan kapal selam yang timbul) sambil minum air; menjalankan kerja urusan negara. Serentak menunaikan jemputan mengadap Obama Presiden USA. PM berasa lega lapang dada bangga dapat semeja 4 mata bertemu Obama dengan ketua polis dunia. Hampa sapa, lu sapa nak dijemput Obama. Sekelian media negara dan rakyat bersama media niaga Mediaprima membawa ketumbukkan pelaton mengiringi PM DS NTR dan bini ke2nya membuat liputan dan lipatan berita mengancam.

Disaat pemergian PM6 ke USA dan Jepun, pertelingkahan sakan diantara taukeh usang MIC dan keputusan simpul mati kepimpinan utama MIC Pusat 1Calun MIC di PRK Hulu Selangor. 1Calun MIC adalah Timbalan Presiden MIC DG Palanival. Tetapi bertembung pula dengan calun MIC yang menjadi pilihan DS NTR dan pilihan TS MY. Akhirnya dengan keputusan abu angin, TS MY saya Melayu lama memilih calun 1Malaysia yang TS MY katamkan nama India Kamalanathan menjadi nama Melayu, India dan Cina. Budak tadika pun tegelak lawak Menteri Pendidikan yang membutakan pengundi PRK Hulu Selangor.

Akhirnya UMno menerusi TS MY mengumumkan secara resmi Ketua Penerangan MIC Pusat Kamalanathan menjadi calun PRK Hulu Selangor mewakili MIC-BN yang akan berlangsung pada 25 April 2010 hari Ahad ini. UMno Malaysia, UMno Selangor dan UMno Bahagian Hulu Selangor melompong keciwa amat sangat. Gigit kaki baju dan ibu jari kaki kerana keciwa dengan tindakkan Pengerusi Perhubungan UMno Selangor bukan saja membelakangkan calun UMno tidak layak untuk bertanding di PRK Hulu Selangor itu, tetapi hakikatnya menunjukkan kuasa besarnya, kuku tembaganya membelakangkan pendapat akar serabut UMno Hulu Selangor, UMno tidak punya tempat di Hulu SelangorLangat.

Walaupun mulanya macam sungguh-sungguh kepimpinan UMno Selangor melompat beruk, berkinja sakan maukan Hulu Selangor kali ini dalam PRK mesti calunnya dari UMno iaitu mantan segala perdana mantan, pelari duti berguni dimasukkan gendoi kanggaro dan pelari anak raja adalah calun utama disua dalam pasaran PRK P094 HS. Sekali Ketua Perhubungan UMno Selangor bersin, sekali berdehem, sekali kerling anu-anu mereka tersentot masuk keperut keluar kot mulut. UMno Malaysia, UMno Selangor, UMno Hulu Selangor berjaya sekadar menjadi penonton dan tukang salak dan tukang poster kepada calun MIC. Pemimpin UMno lokal tidak berani menentang kerana diri sarat panau kurap untuk tampil ketengah. Tetapi rakyat dan pengundi akan menentang dan mengajar kalahkan calun MIC pilihan UMno untuk BN pada 25 April Ahad ini.

Tempoh 24 jam Dato’Zaid Ibrahim akan kembali kali kedua sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat setelah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu 2004 atas UMno yang dia tinggalkan sekarang. Sah sebagaimana jangkaan awalnya pertarongan adalah diantara calun PR dari PKR secara solid dipersetujui pimpinan tertinggi PR memilih Saudara Dato’ Zaid bin Ibrahim bertembung langsung dengan calun BN dari MIC pilihan UMno yang namanya dikatam 3 oleh Timbalan Pengerusi BN/Timbalan Presiden UMno juga TPM TS MY. Menjelang penamaan calun Pengerusi BN/Presiden UMno juga PM6 DS NTR, atas urusan jemputan beliau berkampong seminggu di USA dan 4 hari di Tokyo Jepun.

Sah semasa di USA rakyat disajikan betapa hebatnya PM6 dengan Obama Presiden, bersekali dengan bini ke2nya mendapat liputan hebat dan sakan tak kurang juga puteri pengiring kepada bini PM6 iaitu bini kepada pemangku Menteri Luar pembakar jambatan lana ni berjalan dialam maya. Dan tertanya-tanya pula dimana pi agaknya dengan aman menteri luar sebenar pupus berita tentangnya.

Saya pungut dari sedutan berita tv semasa DS NTR menemui dengan 300 pelajar di Jepun selepas dari tamat melawat USA. Semalam 20 April 2010 PM mengumumkan di Tokyo sebaik saja saya memijak bumi negara negara saya (PM) akan terus ke Hulu selangor untuk berkempen, untuk apa? Kunonnya nak perbetoi yang PR kata yang betoi itu betoi agar jangan diterima sebagai betoi oleh pengundi. Yang betionya adalah yang dia akan bagi tau dalam ceramahnya dalam PRK di Hulu Selangor setibanya ke tanah air pada menjelang Suboh 21 April amanat dan halua madu dari Obama dan dari PM Jepun, pasti umph!!! Isi maksudnya.





Berikutan bersungguh-sungguhnya PM nak berkempen langsung untuk menemui pengundi PRK Hulu Selangor, disini saya mempunyai tanggaban tersendiri yang ianya menjadi ketakutan dan kegerunan PM akan keputusan PRK Hulu Selangor. Saya mempunyai 2 alasan kukuh disini kenapa dan mengapa PM terpaksa turut berkempen di PRK Hulu Selangor.

Pertama: Najib tidak menyakini keupayaan dan kekuatan yang dimiliki oleh timbalannya TS MY yang menjadi Pengarah Pilihanraya PRK kerana misi MELAYU SEPERTI DULU akan memusnahkan idea IMalaysia gagasannya agar tidak menjadi gagak. Kerana terbokti TS MY yang menjadi Pengarah PRK dibeberapa tempat mengalami dengan kekalahan dan gagal merampas hatta tewas mempertahankan kawasan dimenangi sebelum PRK.

Keduanya: Najib mendapat maklumat awal yang calun MIC dari UMno untuk BN berdepan dengan kalah ditangan Dato’ Zaid bin Ibrahim calun PKR solid persetujuan PR. Selekeh-lekeh PM Pertama YBM Tengku Abdul Rahman, PM2 Tun Razak, PM3 Tun Hussein Oon, PM4 Tun Dr Mahathir dan PM5 Tun Abdullah Badawi tidak pernah menjejak kaki mereka dalam mana-mana PRK yang berlaku semasa mereka menjawat jawatan PM, Presiden UMno maupun Pengerusi Perikatan dan kini Pengerusi BN. Kenapa? Mereka meyakini timbalannya, berwibawa, berpengalaman diyakini lagi dipercayai misi tugasnya mampu menjalankan memenangkan calun Perikatan/BN. Tetapi sikap kepercayaan itu dah lupus dari PM kepada TPM yang diamanahkannya.

Pengundi telah berjumpa dengan PM yang panas-panas kahak bau Obama maseh kuat dicanaikan kepada pengundi dan pengundi gunakanlah kilo untuk membuat pertimbangan sepenuhnya. Olea-olea PM dari USA dan Tokyo pengundi dah tau dah!!!!!!!!!!!!!! Pasti PM tidak dapat mengajak Obama dan PM Jepun untuk sama-sama berdoa untuk menangkan calun MIC-BN merampas kerusi Hulu Selangor dari PRK PR.

Sementelah, saya dapat bayangkan bagaimana Tok Guru Nik Aziz yang sedang menunaikan ibadat Umrah di Mekah dan Medinah, betapa dengan kudus dan pasrahnya tok Guru berdoa ditempat-tempat yang mustajab dimakbulkan doa oleh Allah. Memohon semua doa-doa untuk negara, dan khususnya Tok Guru mendoakan untuk calun PR dari PKR Dato’ Zaid Ibrahim, dilindungi dari fitnah dan sabar menghadapi semua fitnah tersebut (Tok Guru pernah menunaikan hasrat Zaid menikahkan anaknya). Pastilah Tok Guru Nik Aziz akan mendoakan kemenangan kepada PKR PR di PRK Hulu selangor pada 25 April 2010 Ahad ini.

Pengundi ingin melihat dan mendengar amanat serta pesanan olea-olea dari Mekah dan Medinah dari Tok Guru samada hari ini Khamis atau besok Jumaat. Samakah olea-olea yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz dari Mekah dan Madinah untuk menemui rakyat pengundinya semuanya dari satu keturunan Adam dan Hawa menjadi keturunan Melayu Cina dan India pengundi PRK Hulu Langat. Olea-olea dari Mekah dan Madinah yang dibawa balik oleh Tok Guru pasti mengancam, padar dan sarat dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Pastilah ilmu disampaikan.

Tidaklah seperti olea-olea yang cap APCO Worldwide yang dibawa balik oleh YAB PM6 DS NTR kepada rakyat. Perkasanya MIC-BN di PRK Hulu Langat kerana jentera tentera pilihanraya MIC-BN adalah dari salahguna rasuah kuasa BN kepada PDRM, SPR dan macam-macam lagi. Nampaklah macam kuat MIC-BN dalam menghadapi gelombang PRK Hulu Selangor itu. Kalau tidak diputar belit disogok oleh pengampu yang mendapat ampau dari UMno-BN, Mic-BN RTM, Mediaprima rakyat sudah lama tahu Bn dan komponannya berkubur. Hidupnya BN kerana tunjang dan akar serabutnya bergayut kepada nadi rasuah. Itulah kekuatan utama UMno-Bn mendapat sokongan paksaan.

Sama-sama kita tengok olea-olea aura Tok Guru Nik Aziz yang baru balik dari Mekah dan Madinah mampu palam auta olea-olea USA dan Jepun dari PM6.

Kita tengok kita kelih, berapa ramai yang dengar PM walaupun menerusi kerahan tenaga dan upah datang dengan hasrat dan minat pengundi dan rakyat untuk bersila lendik mendengar pesanan dan azimat guru kepada guru politik dalam negara kita.


Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab

21 April 2010 - Rabu - 6 Jamadilawal 1431

PENGHAYATAN “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” SKRIN RTM DAN MEDIA PRIMA - BEBERAPA SAJIANNYA MENJANA PENONTON, SILAP-SILAP ME

PENGHAYATAN “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” SKRIN RTM DAN MEDIA PRIMA - BEBERAPA SAJIANNYA MENJANA PENONTON, SILAP-SILAP MENJADI SYIRIK DAN MURTAD.
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Tarikh : 5 Januari 2010 Jumaat 19 Rabiulawal 1431


Kalaulah tidak kerana halangan kesihatan yang syarai sekadar berbaki dengan kemampuan terhad yang terbatas. Pasti TV dibeli pada 1990 dah musnah menjadi aruah. Pasti aku katok, godam berkecai pada dua malam yang lepas. Anak-anakku sengaja mencabar kewibawaanku, sengaja mau tengok drama dan film yang aku tegah mutlak jangan sama sekali terasa teringin kelih pun jangan, walau dengan sebelah mata akan beberapa cerita film, cerita bersiri dan drama yang disogokan untuk tatapan rakyat oleh media rakyat Negara dikuasai UMno BN iaitu RTM dan media niaga Mediaprima. Mereka silih bergilir, berlumba-lumba menyiar dan mengundang membuat bala untuk menyesatkan muda mudi dan menghancurkan iman dan agama anak bangsa mereka.

Sekiranya suasana seperti 2 tahun dahulu, pasti TV usangku dah menjadi bangkai berkecai aku kerjakan. Serentak aku regis belakang anak-anak dengan saikologi ampau rotan seni dibelakang kepada anak-anak ku yang degil. Kerana nak sangat kemarok nak tengok cerita-cerita film atau drama haram jadah merapu, memesongkan minda anak-anak hatta tak kena cara menjadi syirik dan murtad. Kini cakap-cakap ditepi jalan oleh kanak-kanak dan remaja buta agama, cerita-cerita sebegitu bukan lagi menjadi hiburan. Tetapi diangkatkan oleh budak-budak menerima sepenuhnya itulah hakikat sebenarnya benda-benda ghaib yang wajib dipercayai dan ramai budak-budak menerima bulat-bulat 1kepercayaan benarlah cerita yang dipaparkan di pawagam maupun diskrin tv, tak kiralah tv mana pun.

Samada film maupun drama keluaran tempatan waima yang di import. Ianya bercambah sama naik sebaris dengan laungan isyarat naik jari telunjuk promosi “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” yang dipelopori laungan semboyan oleh YAB DS Najib PM6. Penyiaran film - drama berunsur khurafat komponan toyol, sihir dan sewaktu dengannya amat menjadi. Mendapat kebebasan dari kementerian yang bertanggongjawab dan bersekongkol dengan kementerian dalam negeri tidak mengambil peduli. Seolah-olah film dan drama nyata bergelomang dengan khurafat ditayang itu bebas dari kawalan larangan agama samawi. Amat menjadi penayangannya, tanpa mendapat teguran dan tegahan maupun larangan disudut lepas tiris bebas disiarkan. Kenapa?






Ramai umat diluar sana barangkali bersetuju dengan pandangan dan keluhan saya. Bahawa penyiaran bebas film dan drama bertema dan berunsur khurafat komponan toyol, sihir tahyul yang berluasa tidak bertanggungjawab itu mendapat lampu biru dan lampu merah dari menteri-menteri UMno BN adalah kebenaran. Kerana UMno BN tidak terjejas dengan penyiaran dan drama - film jenis khurafat tersebut, barangkali mendatangkan laba tersembunyi atau terpampang kepada UMno BN seperti jari telunjuk kelangit serentak laungan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,”. Agama dan Iman umat tergugat dan terpesongan dengan dorongan penayangan film - drama khurafat tidak perlu dipersoal dan diwar-war diambil pedulikan. Kerana pentingnya matlamat seruan“1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” berjaya diterima rakyat.

Kerajaan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” telah pinggirkan agama Islam yang menjadi agama resmi negara yang tercatat dalam perlembagaan negara. Dalam masa mengejar untuk mencapai retorit yang dikatakan falsafah itu mereka telah terajang dan lepas pandang mengizinkan kembali, mencambahkan kembali menjadi-jadi samada dikeluarkan perengkat tempatan dan yang diimport, boleh dikatakan ianya ditayang sogok setiap hari. On tv1, kalih tv2, pindah tv3, tukar tv7, change tv8 dan tengok tv9 bersilih tukar ganti dihidangkan dengan cerita yang dah dihapus tayangkan 30 tahun dahulu iaitu cerita-cerita film dan drama khurafat tahyol, merapu yang menyesat kelembah syirik dan murtad kalau silap penerima oleh penuntun dikalangan anak-anak, remaja maupun tua buta agama.

Hatta amat menjadi-jadi juruhebah dan pengacara khususnya wanita yang dijaja diskrin berpakaian selayaknya ia berada di Chow Kit bukan diskrin tv dituntuni termasuklah percakapan dan gedik-gedik meraka yang muntah dan meloya. Lebih-lebih lagi tidak beradap dalam bentuk penyampaian mereka. Mereka memperakui disudut mendapat keuntungan duit ringgit dan perlumbaan rating memusnahkan nilai minda dan iman anak-anak tidak mengapa. Demi “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,”.Saya mengulamgi film-film bertema dan menjana khurafat akan menjurus dan terdedah kepada syirik dan silap-silap murtad. Ianya mudah diterima sepenuhnya dikalangan jenerasi belia, anak-anak yang liar dan pegangan agamanya macam durian, sekadar baunya sahaja tetapi tidak dapat dimakan kalau tidak dikopak dibuka dengan usaha.

Apalagi jenerasi muda anak-anak tersebut hidup mereka dalam keluarga yang meringankan agamanya, inilah masalah dan persoalannya. Anak yatim yang berkolek setelah gertaknya menjadi abu yang menjadi jurubiacara pengampu no1 dengan berakit bersama untuk menjadi juara dan johan yang kandas dengan idealisma perjuangan menjadi pengampu ulong dan kuda pacuan semata-mata menjaga perut pedai tempolok agar cekang dan penuh isinya yang mengemudi RTM dan Mediaprima walau taruhannya adalah rakyat dan umat dipinggir syirik dan murtad agar bersama-sama 1M.
Agar bersama-sama UMno BN dititik tebing dan garis penamat menuju lubang kubur untuk diingatkan dengan 1nesan sahaja. Tidak menyangka 35 tahun film-drama khurafat hampir pupus diciptakan dan diterbit untuk tuntutan. Tetapi ianya mula mendapat tempat apabila Islam Hadhari diperkenalkan oleh Imamnya Tun Abdullah Badawi, maka bercambahlah seperti cendawan cerita-cerita tahyul yang merapu yang mampu mengugatkan iman umat-umat Islam yang terdedah kepada syirik atau terus menjadi murtad kerananya. RTM dan Mediaprima tempat UMno BN bergayut hidup, walau terdapat slot siarannya umat menjadi hancur itu tidak mengapa asalkan hidup UMno hidup BN dan pemimpinnya

Padamnya kuasa Imam Hahdari bersekali dengan Islam Hadhari yang mati diperkatakan. Kini pimpinan baru tetapi usang dalam UMno BN tampil dengan gaya baru kuasa ditangan dengan komponan kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang diUMnokan dengan mencekam “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” dengan mengecam dan menghentam musoh politik UMno BN yang selama-lamanya dengan asar UMno BN sendiri tidak mampu melawan PR. RTM dan Mediaprima dalam menjadi pecacai dan alat kepada pemimpin-pemimpin UMno BN dan kepada UMno BN itu sendiri terpaksa siang malam berusaha meruntuhkan minda anak muda dengan hidangan hiburan melampau.

Diatas hiburan yang disajikan dengan meniupakan kemusnahan kepada rakyat jelata agar leka dan gila memenuhi hidup mereka dengan melampau. Diatas kehancuran rakyat itulah UMno BN memungut keuntungan besar dalam jangka panjang PRU13 kurang 2 tahun dari sekarang. Kerana nilai rakyat yang sebegitulah yang mampu memberi sokongan kepada UMno BN. Disebabkan ugutan berterusan kalau PAS meneraju kerajaan semua jenis hiburan yang ada, judi dan sebagainya mereka akan haramkan, macamana kita kita nak berhibur dan berjudi? Itulah selama-lama cara UMno BN untuk mendapat sokongan. Rakyat yang mempunyai iman dan akhlak yang kental, yang tidak pentingkan hiburan mereka-mereka ini pasti sisih dengan UMno BN sejak di IPTA lagi. Inilah ketajutan UMno BN.

Pembikin filem dan drama berlumba-lumba menerbit dan mengeluarkan derama sedemikian rupa dan tidak cukup dengan keluaran dalam negara ia diimpoert dari negara luar seperti Indonesia, Thailand, Hong Kong, Filipina dan dari USA. Semuanya mereka menyambut 1Seruan dari 1 Malaysia iaitu untuk mendapat 1Keuntungan kepada penerbit, dan RTM dan Mediaprima mengira rating dan mengaut keuntungan duit berguni diatas kemusnahan iman anak bangsa. Kerajaan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” membiarkan gejala ini menjadi jala kemusnahan iman anak bangsa.Disinilah RTM yang anak yatim menguasainya menjadi pengampu 1No membiarkan RTM ini dibawah jagaannya menghancurkan iman anak muda kerana sajian seperti tersebut.



Media prima juga menanam saham yang besar, berentap berebut untuk mendapat rating 1Malaysia untuk menayang filem tahyol dan sihir itu untuk menjadi 1johan dalam menyesatkan rakyat dan kebetulannya ianya diketuai oleh insan bernama Johan, bukan kawan saya Che Johan Che Pa Kubang Panjang (tepi quarters JKR) kini Timbalan Ketua UMno Pasir Mas dan johan satu lagi 50 tahun dulu saya terdedah dengan nama penyanyi dari Indonesia Erni Johan. Apakah diatas kemusnahan iman rakyat makanya UMno mengharapkan mereka-mereka inilah baru menyedari dan mereka akan berpehak untuk mengundi UMno BN di PRU 13 dah nak mai dah, apakah itu tujuan dan matlamatnya?

Dimanakah perginya Perkasa? Mungkin dah jadi laksa. Dan dimana lagi perginya NGO yang sebenarnya mereka-mereka adalah spesis pencen nyah UMno. Mencari pengkalan baru untuk mencari makan. Kalau sebelum ini mereka berapi berabu mempertahakan Melayu dan Islam, hampa pi mana? Mana perginya TS Shahibulsamaah DS Dr Khurasani Mufti Kerajaan Mahkamah Perak, dah jadi sayor lemak daun geti atau sekadar menerima ufti? Dimana perginya ABIM, barangkaili dipinggir tebing. Semua anda barangkali mengiktiraf dan menghalalkan bahawa semua filem-drama khurafat ditayangkan oleh RTM dan Mediaprima adalah tepat telah memenuhi tuntutan dan ciri-ciri dalam meminda iman dan taqwa untuk dilauladani dicontohi oleh rakyat dan umat untuk tegakkan Islam dan daulatkan Islam dan Maruah Melayu?

Saya serahkan pembaca membuat penilaiannya.

Nota: AMPUN TUANKU! PATIK DAK KELUARGA MENDOAKAN KEHADZRAT ALLAH AZZAJAWALLA KEBAWAH DULI TUANKU DIANUGERAHKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEJAHTERA BERSEMAYAM DITAHTA SEBAGAI SULTAN DAN PEMERENTAH UNTUK RAKYAT MARHAEN BERNAUNG UNTUK SELURUH JAJAHAN TAKLUK NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUANKU PADA HARI INI.

DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!!

Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Tarikh : 9.00 Pagi : 5 Januari 2010 Jumaat 19 Rabiulawal 1431

(Ragam kesihatanlah menyebabkan beberapa rencana yang siap tidak terdaya dimuatkan untuk tatapan. Dengan bantuan anak disiarkan tampa sebarang perubahan sama seperti minda asal. Maaf kalau ianya basi).