Assalamualaikum
warahmattullah
16 Mei 2016 - Isnin – 9 Sya’aban
1437
SELAMAT HARI GURU 2016
Saya mengambil
peluang disini, mengucapkan selamat menyambut HARI GURU 2016. Kepada semua warga
guru-guru yang sedang berkhidmat disemua institusi pendidikan kerajaan swasta
mupun persaorang. Guru-guru al Quran dan guru Fardzu Ain. Tidak terkecuali
pesara-pesara guru, walau dimana-mana guru berada dalam negara kita.
Ucapan penghargaan
tidak terkira kepada semua guru-guru formal dan tidak formal yang pernah
mengajar diri saya. Untuk isteriku, Ummi tahniah dan selamat Hari Guru dah 31
tahun mengajar. Mula di SMK Kuala Balah, SMK Tanah Merah, SMK Convent
Butterworth, SMK Yaakob Latif KL, kembali ke SMK CB dan kini SMK SK. Anak-anak
ku yang menjadi guru SELAMAT HARI GURU Along Nur Zawani, Abang The Abdul Hadi
dan menantuku Sal wani (MARM). Mudah-mudahan Ummi, anak-anak dan menantu, mampu
menjadi guru dan murabbi.
Semua
guru-guru SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. Kekangan tekanan ekonomi yang merudum
disebabkan factor dunia dan keganasan tangan-tangan dikalangan kita, makanya
kesan menjalar disemua institusi pendidikkan kerajaan maupun swasta. Intitusi
pendidikkan berada dalam keadaan pembiayaan yang dihadkan secara maksima.
Akibatnya warga guru menanggong, untuk menyelesaikan kesan sampingan menghadapi
pelajar terhadap mehnah dan kerenah dialami.
Sampai bila
warga guru dibebankan dengan serberkas, berkotak dan berjela tugas sampingan
yang berat dan melebehi tugasan hakiki menjadi guru dan pendidik. Akibatnya
guru-guru berdepan dengan stress dan kelumpohan untuk menumpukan masa
persediaan mengajar dan pembelajaran kerana terpaksa melayan mendahului beban
kerja luar tugasan hakiki guru yang dibebankan seperti unta berpikol kitab
dibelakangnya ke distinasi perjalanan yang jauh.
Bagaimana
guru-guru mampu untuk menumpu dan memberi perhatian terbaik kepada pelajarnya,
kalau dalam satu darjah/tingkatan didepan guru itu dalam kelasnya terdapat 40
murid, 45 pelajar hatta lebih dari itu. Dah 60 tahun kerajaan berjanji untuk 23
– 25 murid dalam kelas dan satu sessi. Pelajar dan murid melampau melimpah
bilangan inilah, menjadikan guru-guru tidak mampu mengtasi mehnah pelajar
pelbagai.
Sampai
kepada keputusan peperiksaan, semua pihak melihat guru factor dan punca
kegagalan anak-anak mereka dalam peperiksaan. Lebih parah lagi Kementerian
bertanggongjawab juga tumpang sekaki dan bersama waris penjaga pelajar, tui
mencari kesalahan dan kelemahan guru adalah punca. Mereka lupa bahawa, kini
institusi premis menjadi dzaif dan serta tidak cukup untuk keselesaan guru
mendapatkan hak-hak mereka.
Walau
apa-apa pun wahai sekelian guru-guru, bersabarlah ingatlah ganjaran dan balasan
kebaikkan dan pahala berganda bagi anda bernama seorang guru yang mendidik anak
bangsa, yang semerbak mengawi bak kasturi. Jujur dan iklas mendidik anakbangsa
walau mereka tidak seugama sebangsa dengan kita.
Selamat hari guru
IBN ABDULLAH ALAWAB
16 Mei 2016 - Isnin – 9 Sya’aban 1437