Friday, November 21, 2008

LINDUNG - DINDINGLAH YAB DS MB KEDAH

Membuka gelanggang.


Saya petik ucapan YAB DS Azizan Razak Menteri Besar negeri Kedah Darul Aman, walau pun beberapa kali YAB DS membuat sidang akhbar wajar saya membuat respon, tetapi saya tunda dan biarkan dulu untuk memberi peluang dan laluan kepada teman-teman yang lain melakukannya. Tetapi sidang akhbar yang berlalu minggu lepas ianya mengajak saya membabitkan diri dengan mengambil pendekatan menyempurnakan respon dengan keluhan YAB MB ini menjadi tajuk perbincangan saya kali ini. YAB DS Ustaz Azizan melafazkan.
"Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya PAS Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada PAS". "Kenapa Azmin (Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalam negeri Selangor atau Pulau Pinang, walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu menguris hati orang Islam dan Melayu".
Katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Malaysia pada Sabtu, 15 November 2008 yang lalu. Ianya menusuk hati dan bermakna dengan kepelbagaian persoalan yang memerlukan ungkaian.
(Nota: Sebelum saya membincangkan keluhan kesah YAB DS MB itu, maka teringatkanlah saya kira-kira 24 tahun dahulu - 1984 di Wisma Ilmu, rumah sewa ayahnda saudara saya (Pak Penakan 2 pupu sebelah emak) di Kampong Baru Kuala Lumpur, iaitu Almarhom Ustaz Abu Bakar Hamzah. Kerana beliau minta pendapat dan respon saya sehubungan hasrat beliau untuk comeback dalam kepimpinan PAS dan berhajat untuk bertanding jawatan Naib Yang Dipertuan Agong PAS ketika itu. Dan disinilah saya mengenali nama Azizan Razak yang tak tau kali, Almarhom sebut dan mengentengahkan nama Azizan Razak ini kepada saya. Dan saya tambah info dekat Pak Ngah tadi, "Darahnya juga Azizan Razak ini, bermula dari Perlis maksudnya tautatan Sungai Baru, Sungai Belati, Banir Tembus dan Sungai Padang. Diantara pandangan yang masih saya mengingati dan masih jelas pengamatan peringatan disuasana tersebut ialah, "Pak Ngah nak bagi tau dekat hang, kalau hang ada umoq hang panjang, hang buleh tengok. Azizan ni satu hari nanti akan jadi orang". Awat la ni dia bukan orang? Saya tanya Pak Ngah. Katanya "Oi cicak berak kapoq keredek! Oranglah!!!!!! Tapi maksud aku dia akan jadi orang besaq, tak dan dekat Fadzil". (Fadzil merujuk kepada Almarhom YB Datuk Fadzil Noor - Almarhom Ustaz Abu Bakar Hamzah maklumkan dia kenai dan bersekali bersama-sama di Kent University UK. Itu jarak jauh saya mengenali DS MB dan beberapa kali lepas itu menemui beliau. Dan sejak ustaz menjawat MB saya tidak pernah menemui dan pijak Wisma Kerajaan Negeri, sekali pun niat dihati untuk berkunjung menziarahi YAB DS MB).

Sebak keciwa.



Sudah masuk tiga bulan Menteri Besar YAB DS Ustaz Azizan abapila beliau cuba mengorak untuk membuka langkah dalam melaksanakan pendekatan kerajaan, yang berkepentingan untuk rakyat dan melindunginya. Yang sebelum dari ini MB Ustaz Azizan merealisasi kerajaan negeri yang diambil alih dan diterajui selepas 8 Mac 2008 yang lalu mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PAS, dari kekalahan UMNO-BN di PRU12 baru-baru ini.


Ketika awal tidak banyak cabang-cabang atau tunas yang menampakkan penentangan dari luar Pakatan Rakyat, rakyat jelata maupun dari mana-mana pehak. Kecualilah segelintir dikalangan UMNO yang menjadi umang-umang atas nama NGO yang keciwa lara kerana semuanya habis, semuanya terlepas maksudnya mal dan gedung negeri tidak lagi digengam, celapang-kerubong pangkat juga terlepas. Ini-inilah menyebabkan penentang dari mereka diperengkat awal dahulu dan sengap atau api dalam sekam. UMNO-BN telah hampir kehabisan power dan stamina dalam perlumbaan jarak jauh sekarang dengan PAS dan PR di Kedah sekarang.
Kalau tidaklah kerana berperanannya TV3, TV9, RTM 1&2, Radio hatta akhbar Berita Heran dan Utusan Meloya beberapa bersekali dengan Polis sebagai perisai dan tukang adudumba, pelapor api perkauman, tukang laga dan juara dusta lagi penipu putar dan belit akan berita-berita yang dilaporkan. Pasti UMNO berkubur dimuka bumi Allah ini serentak dengan kekalahan dalam PRU12. Rasuah yang Allah haramkan, dan diatas rasuah yang haram itulah UMNO didirikan oleh sekelian ahli-ahli khasnya dalam kantong pemilihan sekarang sampailah Mac 2009 dan selepasnya rasuah berkembang biak seperti hijau kacang menjadi cambah taugeh.


Masa yang panjang berlaku maka YAB DS Ustaz Azizan Razak yang memikul amanah rakyat, amanah partinya PAS, maka MB bersikap kepompong warisan yang dijalankan oleh UMNO-Bn selama ini di Kedah sewajarnya dibuat nilaibaru, dimertabat serta diperkasakan dengan sebaik-baiknya selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam dan bertentangan dengan Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul aman sejak berzaman. Salahkah DR MB memperkenalkan hemat fikirnya yang terbaik untuk dieaisasikan untuk kebaikan rakyat dan kesejahteraan negeri untuk manfaat dan kepentingan jangka panjang maupun jangka pendeknya.


Keputusan dan sikap MB memberi perhatian dalam menyatakan polisi perjalanan Kerajaannya dalam beberapa bidang tetentu yang sememangnya ianya bukan masalah atau malapetaka kepada keputusan maupun kepada negeri Kedah khususnya berkait dengan kouata milik rumah kepada Bumiputra dan beberapa polisi kerajaan yang lain. Pelek dalam benar, ianya disanggah dari dalam. Ya! Dari dalam, dari PKR dan DAP negeri Kedah, dan ianya bersahut luar dari Kedah oleh pimpinan tertinggi PKR dan DAP, kenapa jadi begini? YAB MB bergelut dengan asakan pembantu-pembantunya membisu kelu. Kenapa begitu caranya?




Umpama merungkai-ubar ikatan.


Sewajarnya pari PKR yang komponan utama Kerajaan Pakatan Rakyat yang menduduki Exco Kerajaan Negeri, sewajarnya mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar YAB DS Ustaz Azizan Razak atau Majlis Exco bukannya bertindak menentang, menghalangnya dengan membuat sidang akhbar-sidang media. Begitu jua DAP yang menerima pakai ikrar dalam bersama Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, wajib mengiktiraf dan mengeluarkan kerjasama agar MB dan Kerajaan tidak timbul kesusahan dan tuduhan kepelbagaian persepsi. PKR dan DAP cuba ubar kesepakatan kerajaan Pakatan Rakyat seperti api dalam sekam.


Manakala musuh berjisim PAS yang bernama komponan BN-UMNO, MCA dan MIC pula menjadi anai-anai dalam busut; lipas dalam baju, lipan bara dalam seluar. Itulah hakikatnya pembangkang yang bernama BN-UMNO, sesetengah dikalangan mereka tidak sedar diri sampai kini yang mereka bukannya bertytle kerajaan Negeri Kedah. Mereka adalah pembangkang. Tetapi mereka gila talak dan gila meroyan, meracau tak menentu yakni tidak dapat menerima dan memperakui rakyat dah tolak mereka. UMNO masih tidak tanggal dan membuang baju besi dan topeng, kerana ianya alat pelindung kunonnya untuk membela Melayu yang didakwa selama ini oleh mereka.


Mereka sememangnya masih berbaki dan ramai dikalangan mereka yang non profesional. Semasa ketika merealisasi tugas-tugas perkhidmatan awam negeri. Mereka menolak dan menafi kebenaran dan realiti penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat sekarang di Kedah; mereka masih nampak dihati UMNO yang mereka politik dianuti. Sedangkan kerajaan UMNO-BN telah berkubur pada 8 Mac 2008 dan parti UMNO itu sendiri meniti jalan tunjuk kepintu kubur kalau masih banyak, masih ramai yang dari dalam bersarang lebih dari 50 tahun lalu di Kedah dan Malaysia amnya.


Hampa nak UMNO, hampa nak MCA, hampa nak MIC, hampa nak Gerakan lantak lah, kerajaan khasnya YAB DS MB Ustaz Azizan tidak punyai dan berhak samasekali untuk menghalangnya. Tetapi janganlah sesekali Kerajaan Pimpinan YAB DS Ustaz Azizan Razak nak bersekali hampa jadikan jadian BN-UMNO,MCA, MIC dan Gerakan. Yang ini tidak boleh. Yang ini tidak boleh. Yang ini tidak boleh. Ini ini umpama menggunakan keris untuk menikam memotong saraf dan nadi Kerajaan Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri. Sedangkankan PAS adalah sebahagian urat daging dan saraf pernafasan aku dan teman-temanku sejak 1953 lagi.


Segelintir dikalangan mereka masih berada di Pejabat MB sendiri, dipejabat-pejabat daerah dan tanah, di syarikat CLC Kerajaan dan Perbadanan Kerajaan dalam semua bentuk seperti komoniti, mal dan iktisas. Mereka-mereka lah sebenarnya walau pun bilanganya lecil tetapi hakikatnya ianya amat berbisa bak seperti seekor ulat tedong sela. Seekor pun dah cukup biasanya menjalar. Kalau ular lidi atau ular air banyak pun tidak mendatangkan kesan besar kepada kerajaan cuma sekadar calar balar. Tetapi seekor tedong sela mampu koyak rabak dan mematikan mangsanya, ingatlah bidalan pesan ini.
Dimana? Kenapa biarkan?
Saya amat dukacita dan saya amat sedih, dimanakah perginya Angota-angota Exco Kerajaan Negeri Kedah samada jantan maupun betina bersikap warak membisu? Tatkala YAB MB diserang kes kouta rumah dan ternakan babi? Dimana anda Exco bersembunyi? Kalau luaran nampaknya anda Exco nampak hebat tetapi koro. Anda biarkan PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC dan Gerakan balun tibai YAB DS MB, tanpa menjawab dengan respon pantas memintas balun tibai musoh keatas MB yang separti (PAS) dengan anda. Atau anda-anda mempunyai agenda tersendiri? Saya amat sedih dalam fenomina ini. Mafkanlah kalau saya berkasar. Pasti, kalau ada Pak Mat Jawa tak jadi macam ni.
Dimana perginya Pegawai Khas, Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar? Ababila bos kamu dibalun dibelasah? Korokah juga anda? Anda semua ekesekutif dibawah Peajabat Menteri Besar. Nasib sebegitulah yang dilalui oleh YAB MB Negeri Kelantan disepanjang tahun 2006-2008 sebelum PRU12. Itu mandom dan mandoi dikalangan Exco dan pegawai lantikan parti. Termasuklah lebih menyakit hati dan hiba, apabila PAS/Pesuruhjaya PAS Kedah diserang oleh musoh, kemana perginya Timbalan-timbalan PSJ dan Setiausaha? Kerana tidak menjawab untuk melindungi dan mendinding PARTI PAS, anda naik kerana PAS, ingatlah itu. Dimanakah perginya Ketua DPPNK dan saf Exco? Mandomkah juga membiarkan PSJ kita dihina?
Sampaikan pimpinan perdana negeri PAS gagal mengawal ahli-ahli dibawah kepimpinan mereka. Mereka bertindak dan menghala kePAS melalui fitnah dan modal yang dijaja oleh sumber maklumat dari komponan-komponan musoh PAS yakni UMNO melalui alat yang saya katakan diawal tadi. Orang PAS mendampingi UMNO bukan PAS yang untung tetapi UMNO. Sebatang rokok, sekerat teh tarek, ahli PAS boleh jual parti dan rahsia parti mereka. Mereka lali dan shok sendiri la ni. Ramai yang berubah. Lagak dan gaya berubah. Kini semuanya ada stail, dah kenai kot, bush jaket songkok hitam. Kepiah putih main kilas main lipat la ni.
Akhir kekesalan saya dan merayu Exco jagalah YAB MB. Jagalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah jangan lagi bagi orang tibai. Mudah-mudahan kita bersikap jagalah kerajaan dan perkukuhkanlah parti kita PAS dan PR wajarlah bersatu dan bersama membangun negeri, Inshaallah.

Tuesday, November 18, 2008

RETREAT PAS DI PULAU LANGKAWI


Keputusan Sedingin Bayu Di G M Cinchang


Berakhir dengan jayanya retreat Pimpinan Perdana PAS di Pulau Langkawi, maka PAS telah mencipta dan mencetus satu lagi sejarah pribadi. Pulau Langkawi merupakan pulau pelancungan - kawasan bebas cukai. Sebagai daerah kecil dalam Negeri Kedah yang baru di perentah oleh kerajaan Pakatan Rakyat dikemudikan oleh PAS dengan YAB DS Ustaz Azizan Razak adalah menteri besarnya. Sepanjang diretreat tertutup tersebut, ianya bertujuan mencanai minda menghasilkan keputusan terbaik untuk ahli dan rakyat amnya.
Jalan tunjuk yang dinanti dan ditunggu oleh seluroh Ahli PAS, penyokong PAS khususnya dikalangan penyokong yang bukan Islam. Pertemuan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS itu amatlah dilu-alukan kerana mereka berhimpun untuk merungkai cetusan perbezaan pendapat dan pertembungan sikap yang hampir mengugatkan keharmonian PAS selepas PRU menjadi solid bulat satu. Kini fajar gembira menyinsing diikuti mentari meninggi menggalah sebagaimana difahamkan, Inshaallah.


Perjalanan PAS selama ini obornya ditandu dengan panduan dan terlebih dahulu hendaknya mendapat pengiktiraf MajlisSyuraUlama untuk bertindak dan bergerak. Majlis Syura Ulamak PAS dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan Darul Naim, juga telah menjawat jawatan Menteri Besar melebehi tempoh 18 tahun, Alhamdulillah. Bertimbalankan dengan Profesor Datuk Dr Haron Haji Din (setiap kali nama ini disebut ianya terlintas dikepala saya kampong Bok Mali khususnya Pondok Lebai Semail yakni kampung asai anak Hj Din Alim ini dilahirkan - kampong sebelah bunda saya adalah Sungai Berembang) bersama-sama Ahli Majlis Syura yang lain. Termasuklah Ahli Jawatankuasa Agong yang di ketuai oleh Presidennya YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang dan individu tertentu yang diizinkan hadzir.


Sebaik berakhirnya pertemuan tersebut penyokong Pakatan Rakyat di ke5 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mereka sedang menunggu dengan teliti dan penuh minat merupakan penantian yang berkesudahan dengan jawapan resolusi retreat yang keramat. Sudah pasti diantara keputusan yann dicapai ianya wajar dimaklumkan kepada rakyat dengan kadar yang segera. Rakyat menunggu berita tersebut dengan kepercayaan dan pengharapan yang mengunung dipertanggungjawabkan demi untuk membina Negara Bangsa Malaysia.
Keputusan dan berita tersebut pasti akan menjadi pelancar ledakan pemangkin buka jalan dan jalan suluh untuk rakyat komposisi kepelbagaian kaum dinegara kita, berganding bahu bernaung dibawah panji-panji al badrul sejahtera perjuangan PAS. Rakyat khasnya pengundi dalam membuat keputusan undi menangani mewarnai kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat di PRU13 tidak lama lagi. Sekiranya Pakatan Rakyat tidak berkesempatan dan dizinkan Allah menubuhkan kerajaan Pusat dalam masa yang terdekat ini.



Selambar berita.


Perkhabaran gembira untuk tempoh terdekat hasil retreat tersebut, dikeluarkan oleh YB Ahli Parlimen Parit Buntar anak Almarhon mantan Mursidul Am PAS Pertama/mantan Presiden PAS TG Haji Yusoff Rawa. Iaitu ulamak muda YB Dr Ustaz Mujahid Yusoff Rawa juga AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasiona. Dibawah pengendalian penguasaannya adalah Kelab Penyokong PAS, beliau istiqamah berperanan dan berjasa besar dalam menggerak jentera pilihanraya untuk mendapat sokongan padu dari kaum Cina dan India, dengan menterjemah undi keramat mereka di PRU12 8 Mac 2008 yang lalu. Membolehkan calun-calun PAS mencapai kemenangan cemerlang banyak diKADUN dan diKAPAR yang pengundi penentunya dkalangan kaum Cina dan India, Alhamdulillah.


Anak muda yang berjiwa besar berperanan dalam memikul amanah partinya dengan berhadapan resiko yang besar, tanpa jemu keciwa dan berputus asa berusaha berterusan. Menganjurkan pertemuan, seminar, kertaskerja dan sebagainya, kini terjawab sudah bunga dan kelopak haruman jaya diretreat Langkawi. Pemuda yang mewarisi jejak perjuangan ayahndanya Yusof Rawa sebagai kata pepatah "seperti kuah tumpah kenasi". Justeru saya menyakini dan menerima perkhabaran berita darinya dengan perasaan gembira dan berbaur, kerana mengingatkan setiap kerja besar PAS sejak 1974 ianya wajib mendapat pengesahan dari perwakilan muktamar.


Semua keputusan besar didalam PAS, sejak dahulu ianya terlebih dahulu diminta mandat izin di dalam Muktamar Agong atau setidaknya di Muktamar Khas. Itulah caranya PAS menghadapi dan menyelesaikan masalah besar untuk memperkuat dan memperkukuhkan parti. Selalunya sesuatu kerja besar itu diiringi dengan cadangan pemindaan dan tambahan kepada undang-undang tubuh PAS yang dikenali sebagai Perlembagaan PAS. Selepas itu diangkat untuk dimenterikan menjadi tambahan undang-undang yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Dalam keadaan itupun terdapat dikalangan minoriti ahli yang menentang keputusan muktamar yang berakhir dengan bekas ahli parti menubuh parti baru. Setiap parti serpihan dari PAS ditubuhkan diantaranya adalah Berjasa, Hamim, Bebas Bersatu dan Islah (yang tidak didaftarkan) semuanya umurn parti serpihan itu tidak lama dan tidak berperanan. Ramai dikalangan mereka yang kembali rujuk kepangkuan PAS sebagai landasan perjuangan, diantara mereka ramai terus mendapat tempat didalam PAS.


Mujahid adalah diantara beberapa tokoh muda (anak kelahiran selepas merdeka 31 August 1957) tampil kehadapan dalam PAS bersama dengan teman seangkatan dengannya mengambil jalan jalan perndekatan, meniup semangat perpaduan telus dikalangan kaum dengan sesungguhnya. Beliau bekerja serius dan membuat dan membentang kertaskerja, menganjur seminar, wacana ilmu dan sebagainya. Alhamdulillah, nampaknya penat lelah beliau berbaloi kerana sinar terpancar dan mewangi kasturi telah mengeluarkan bau harumannya. Benarlah sekiranya Kelab Penyokong PAS itu mendapat restu awal yang mana ianya akan diangkat menjadi DEWAN setaraf seperti dewan-dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat yang sedia ada. Saya yakin berita tersebut melapang dada dan menjana khabar gembira kepada Ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang nanti berita dari kepimpinan PAS.

Sewajarnya satu Jawatankuasa Khusus bersabit dengan penubuhan DEWAN MUHIBBAH ini sewajarnya dianggotai oleh ahli-ahli yang berwibawa dari semua Dewan-dewan PAS yang sedia ada. Hendaklah diundang tokoh besar individu negara seperti TS Profesor Emeritus Dr KK Kim, Profesor Dr Jomo Kwame Sundram, Saudara Ann Wang Seng dan lain-lain mudah-mudah pemikiran dan minda dicanaikan mereka jalan pemudah untuk memperkasa kertas pelaksanaan Dewan Muhibbah untuk dibahaskan seluas-luasnya dalam Muktamar Tahunan Pas tahun depan 2009, Inshaallah. Mudah-mudahan Allah lanjutkan umur saya untuk memberi peluang menyaksikan detik penubuhan dewan tersebut. Secara jujur sayalah 30 tahun dulu diantara yang menafi dan menentang pandangan dan cadangan seperti ini. Kini saya adalah konsistan dalam uratnadi PAS tetapi saya sedia berdepan dengan perubahan dan sedia menerima perubahan, dan amat saya merindui menikmati perubahan yang mendaulatkan Islam mentahtakan Negara Bangsa.

Sekiranya info dari YB Dr Mujahid menyatakan sambutan dan sokongan dari TG Datuk Nik Aziz selaku Mursidul Am PAS dan saf pimpinannya merestui dan mendapat laluan jalan lurus dari Presiden dan AJK Agung; apakah bahasa secara pribadi saya untuk ditutur dan diaturkan disini? Bahasa cakap TG Datuk Nik Aziz yang disampaikan oleh Mujahid, mengheningkan saya dan saya terkedu dengan perasaan sebak dan berbaur yang amat sangat. Kerana saya mengimbau kembali orang yang sama selepas 26 tahun berlalu disaksikan di Dewan Zulkifle Mohamad pada kira-kira jam 10.00 pagi, Jumaat Oktober 1982 (sekembalinya dari Muktamar di DBP Kuala Lumpur yang menyebabkab YDPA PAS ketika itu Dato' Asri Muda dan pengikut setianya meletak jawatan masing-masing yang disandang berkesudahan dengan mereka keluar PAS).

Diantara intipati luahan perasaan Uztaz Nik Aziz ketika itu adalah "Pas Kelate tak boleh ada dua nakhoda, demo nak ke kawea atau nak ke Dato' Asri, demoe pilih? (Saya nukilkan disini, amat serius dan konsisten dan garang dengan kacamata diatas dahi mengeluarkan kenyataan tersebut) Sepontan ketika itu Exco dan Dewan Harian Pemuda Pas ketika itu yang sememang sediakala penyokong setia kepada Ustaz Nik Aziz Nik Mat bersama pimpinan pelajar universiti, meluru bergandingan tangan secara spontan melahir serta melafazkan sokongan padu dan berdiri teguh mempertahankan Uztaz Nik Aziz sebagai Pesuruh Jaya PAS Kelantan dihadapan stage dewan, bertakbir berulang-ulang dan masing-masing memberi ucapan sokongan yang pendek.

Diantaranya gagah berdada menghulurkan sokongan terbuka adalah saya sendiri Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood (Timbalan KPP Kelantan), Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali, Haji Hashim Haji Omar Kubang Bemban, Sdr Husam Musa - UM (kini Exco KNK), Sdr Muhammad Hussein - UM (kini MP Pasir Putih) dan beberapa lagi. Ketua Pemuda Pas Kelantan ketika itu Ustaz Halim Abdul Rahman (MP Pengkalan Chepa - 8 Mac 2008) tidak hadhir (saya masih menyimpan gambar keramat tersebut dan baju yang saya pakai ketika itu masih dijagai dengan baik). Insan yang kami sokong dan kami dokong itu tidak salah dan tidak silap kami menghlurkan sokongan kudus kami ketika itu, kerana tokoh itulah yang telah melepasi 18 tahun menjawat jawatan MB Negeri Kelantan Darul Naim. Hingga kesaat ini, saya tidak pernah sama sekali berdetik dihati apalagi bersuara tinggi dihadapan Ayah Jit ini, kami mengenali dirinya, saya mengenali dirinya.

Sayalah diantara faqir yang sentiasa membeli nasi bungkus/nasi berlauk dan teh o bungkus di kedai makan Sumatera (bungkus cucuk dengan paku) atau pohon pertolongan Pak Teh (ketika itu pemegang kunci-kunci Bangunan PAS - kemungkinan meninggal di Mekah) juga Almarhom Pak Su Pi yang sentiasa memicit badan/belakang Tok Ayah Jit (Haji Saufi Kuchelong), makan bersama-sama. Sudah pasti Almarhom Buniyamin kami makan bersama-sama (ketika itu Buniyamin rumah tumpangnya adalah di Dewan Zulkifle - amat besar hambatan hidup dilalui Bung dan keluarga ketika itu), mungkin YAB TG Datuk Nik Aziz sudah tidak ingat ketika detik dan susah kita dahulu.

Tanam dan tuai.

Mujahid!!!!!!! Putra Almarhom Almarhom ayahnda kami TG Haji Yusoff Abdullah Rawa, mudah-mudahan apa yang anda dan teman-teman anda tanam dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS dikalangan anak cucu Adam-Hawa yang bukan berugama Islam, ianya akan disah dan diterima oleh sidang para Muktamar PAS tahun hadapan penuh dengan tanggungjawab terhadap agamanya, bangsanya serta negaranya kearah memperkasa Negara Bangsa. Kini anak muda kelahiran selepas merdekalah yang akan menjdi tunggak dan pelapis untuk mewarnai perjuangan PAS diatas paksi Islam berpandukan Al Quraan, Hadis Rasulallah dan Kias Ijmak.

Inshaallah seluruh ahli-ahli PAS akan menuai kejayaan penerimaan anak cucu Adam-Hawa berganding bahu seiring berdepan dengan UMNO-BN dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Yakin dan percayalah kehadapannya celik agama dan celek minda dan bijak menangni menyelesaikan masalah negara kita tercinta ini, UMNO ketinggalan seperti siput babi melata untuk mengejar kelajuan kita dalam alam siber dan maya menerima dan menghadapi perjuangan ini, tetapi syarat mutlaknya adalah Islam didaulatkan.

Wasallam.













Sunday, November 16, 2008

TERIMA KASIH DUN PULAU PINANG

Terjemahan tersirat.

Perkataan apakah yang wajar dan selayaknya saya maju keluar ucapkan untuk Ahli-ahli DUN dikalangan Pakatan Rakyat khususnya kepada Ketua Menterinya YAB Tuan Lim Guan Eng, anggota Exco bersekali dengan Adun PR. Maafkanlah saya disini, sepatutnya ianya telah secara resmi diputuskan oleh DUN Kelantan sejak 1990 dalam mempelupori. Sebagaiman apa yang diterjemahkan oleh YAB KM Pulau Pinang di Persidangan DUN pada 14 November 2008 bersamaan 16 Zulkaedah 1429 Jumaat.
Didunia ini pada pandangan dan hemat saya Dewan-dewan Undangan Negeri maupun Dewan Rakyat serta Dewan Negara adalah amat mulia dan wajar disanjung tinggi oleh sekelian rakyat jelata, sekiranya di dewan-dewan tersebut mengadakan perbincangan, perbahasan dan keputusannya adalah untuk kemaslahan kesejahteraan, kebaikan rakyat dalam semua perengkat, komposisi kaum dengan telus dan adil yang saksama disudut iktisas, keselamatan negeri dan negara dan dalam semua konteks yang baik terpuji.
Didewan-dewan ini jugalah atas nama demokerasi, dicipta enakmen undang-undang untuk mencekam rakyat, menindas rakyat, merompak harta rakyat bermaharajalela sewenang-sewenangnya membuat undang menghalal dan membolehkan kerajaan, eksekutif kerajaan dan penyokongnya songlap harta rakyat melalui dan menerusi kelulusan dari dewan-dewan itu juga. Dewan-dewan yang seperti ini saya secara pribadi tidak perlu dan wajar menghurmatinya, mungkin pendapat ini dapat diterima oleh komposisi pelbagai kaum digulongan marhean seperti saya.
Walaupun lewat tetapi masih ada masa dan kesempatan untuk Dun Kelantan mengikuti langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan PR Pulau Pinang, sehubungan dengan perjalanan dengan pesawat cuma kelas ekonomi dan hotel kelas 3 termasuklah pegawai-pegawai kanan kanan kerajaan negeri. Tidak terkecuali negeri Selangor, PErak dan Kedah. Benar banyak perkara Pulau Pinang wajar belajar dengan ketahanan Kerajaan Kelantan sejak 1990 hingga kini.
Tetapi dalam masa yang sama Kerajaan Kelantan tidak harus malu untuk menjejak dan meniru Kerajaan Pulau Pinang dalam hal di atas.

Rakaman terima kasih.

Disini saya mengambil peluang setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diatas pemakluman YAB KM YB Tuan Lim Guan Eng di DUN Pulau Pinang baru-baru ini Jumaat 14 November 2008 yang mencipta sejarah DUN PP dan sejarah negara kita yang tercinta. Kerana keluhuran budi dan ehsan YAB KM menginsafi dan mengerti apa itu amanah rakyat, menghancurkan amanah rakyat. YAB KM, Exco mengerti dengan keinsafan hatibudi sempadan hak mal pribadi dengan mal rakyat dan negeri. Disudut ini, disudut ini, YM Tengku Aziz pasti bergembira dan tersedu menyaksikan serba tidak pelek untuk diterjemahkan untuk kesejahteraan rakyat.

Kepada alim ulama' salahkah untuk diri saya merangkaikan doa untuk menyebut kesejahteraan kepada YAB Lum Guan Eng bersekali dengan doa-doa untuk ibubapa, Junjungan Rasulallah, Pemimpin PR di 4 negeri yang lain, bersama doa untuk TG MB Kelantan, TG Haji Hadi, Prof Dr Haron Din dll. Salahkah saya dan keluarga berdoa untuknya, disudut falsafah Islam itu sendiri bukan diatas dasar perkauman dengki dan sebagainya.

Mudah-mudahan Allah sentiasa memelihara dan melindungi Lim Guan Eng dari hasad dan dengki, marabahaya dan sentiasalah beliau mempunyai minda dan hati tulus terbuka adil dan telus tanpa mengira bangsa komposisi dan agama untuk rakyatnya di Pulau Pinang.

Catatan pagi Ahad.
7.42 pagi










Thursday, November 13, 2008

YAB MB KEDAH KIAN MATANG, CONSISTEN SO FAR SO GOOD

(Nota mlm Jumaat)

Suarahati.


Assalamualaikum warahmattullah. Bismillahirrahmannirahim.

Terdapat sesetengah kumpulan yang berpendapat cara YAB Ustaz Azizan mengeluarkan arahan-pendapat sehubungan 50% pemilikan Bumiputra mendapatkan hak milik rumah di Kedah, dikatakan tegas dan totok. Khususnya mendapat bantahan dari REHDA dan rakan Pakatan Rakyat dari DAP. Ianya kian mendapat perhatian penentangan pimpinan DAP dari luar Kedah.


Pandangan dan suarahati yang dikeluarkan oleh YAB Ustaz adalah berasas dengan alasan yang kukuh mengikut acuan dan realiti yang ada di Kedah. Kenapa dan mengapa 50% pemilikan Bumiputra untuk perumahan yang dibangunkan di negeri Kedah oleh Pemaju maupun Syarikat Perbadanan Kerajaan. Semetelahlah tanah yang dibangunkan taman-taman perumahan adalah asalnya Tanah simpanan Melayu/milik Melayu yang asalnya adalah 100% pemilikan Melayu. Ditukarkan syarat dari tanah bendang/kebun getah kepada perumahan atau perindustrian dengan kelulusan mesyurat Exco.
Sebab itulah ianya mendapat sokongan dari rakan Pakatan Rakyat yang lain. Sesungguhnya saya secara pribadi memberi sokongan padu dengan penuh tanggungjawab dan amanah bahawa pandangan dan cadangan dari YAB Ustaz adalah tidak melanggar Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri maupun Undang-undang berkaitan tanah dan hak milik. Justeru rakan Pakatan Rakyat khususnya DAP wajarlah mengiktiraf dan memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada hasrat YAB Menteri Besar dalam hal ini. Bukanlah mencari simpang bercabang mengugut untuk keluar dan menarek diri dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah.
Pandangan dan ucapan seumpama itu ianya dapatlah dimengertikan dengan kata-kata dan mantik politik iaitu mengugut dan menentang hajat dan hasrat YAB MB. Sudah pasti, demi hargadiri dan maruah sebagai ketua Kerajaan Negeri, terpaksalah memberi respon kepada pimpinan DAP, katanya, "Kalau DAP nak keluar kita nak buat macam mana?



Cermat dan Berhemah.


Disini tidaklah saya bermaksud untuk menabur garam diatas luka atau dekatkan puntung rokok dekat petrol. Tetapi ianya sekadar bertujuan memberi pandangan dan pendapat untuk kebaikan semua pehak umpama "Menarek benang didalam air, benang tidak basah dan air tidak berkocak". Kerja-kerja sebegini ianya memerlukan kejujuran dalam bentuk mendapat nasehat dan pandangan. Sesuatu yang disanggah itu wajarlah ianya dilihat menerusi skop seperti tangki air yang besar bukan melihat air didalam sebiji cawan. Disinilah mana-mana kumpulan minoriti wajarlah menerima keputusan itu dengan seada-adanya selagi ia tidak bertentangan dengan agama, adat dan budaya komposisi masing-masing.
Justeru, perlulah pemimpin yang berjiwa besar di luar persepsi perkauman dan sangsi curiga. Maka hendaknya pemimpin yang berkepala dingin, pemimpin yang sedia menerima hakikat kebenaran berlandaskan realiti sesabuah negeri di negara kita yang berbagai komposisi kaum disantun dihargai dan dirai. Janganlah kita membawa bibit vairus dari luar untuk mendapat pandangan serta sokongan diatas penentangan kita. Janganlah penentangan dihalakan kepada YAB MB yang berbentuk mengugat sampai tahap sopan dan perhitungan hikmah hilang disebabkan perasaan marah dan menurut pimpinan nafsu hati disokong oleh sokong membawa rebah.
Pandangan jauh.
Pada hemat saya pimpinan DAP Kedah adalah terlalu cetak dan akal pendek. Mereka cuma mampu berfikir untuk memuaskan hati mereka, dan wajib 100% pehak YAB MB Ustaz Azizan menarek kembali arahan dan peraturan perumahan dan pemilikan 50% untuk Bumiputra, dipadam dan dinafikan. Itu adalah tuntutan yang keterlaluan dan seolah-olah api disisi kapas. Pandangan dan marah itu adalah merugikan DAP dalam konteks Pakatan Rakyat dinegeri Kedah. Samalah juga seperti PAS mengugat untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Pasti DAP tidak terjejas Kerajaannya di Pulau Pinang. Damekianlah Kerajaan Pakatan Rakyat diketuai PAS tidak terjejas di Kedah keluarnya DAP. Fikir-fikirlah dalam kaedah dan konteks ini dengan dingin kepala.
Sebab itulah saya menyeru dengan penuh tanggungjawab dan ditanggungjawabkan menyeru, agar pimpinan DAP Kedah berhenti dan usahlah menentang sebegitu rupa. Tak malu saya menyatakan disini, pimpinan PAS Pulau Pinang tidak pernah menghala bantahan kepada YAB Tuan Lim Guan Eng dalam dasar arahan garisarah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dipimpinnya. Ambil pendekatan dan pengajaran dari YAB KM Pulau Pinang.
(Nota: Walau terdapat orang Melayu tidak berkenan dengan kenyataan saya ini, tetapi saya amat menghurmati dengan Saudara Lim Guan Eng ini, amat saya malu dengan budi pekerti dan rendah diri beliau sehingga sekarang menjawat jawatan KM PP. Dari Jail ke Sri Mutiara. Sepuluh tahun dahulu 1998 saya, Mat Sabu, Haji Mahfuz Omar dan Haji Bahari Ali di pehak PAS, Saudara Lim Guan Eng, Saudara Hu Sepang dan beberapa lagi dari DAP, Almarhom TS Haron Hashim, Jomo Sundram (UM) dan kira-kira 50 peserta yang lain didalam pertemuan perbincangan Meja Bundar di Swiss Garden Hotel Jalan Pudu. Maaf kepada sebangsa saya Melayu benarlah Saudara Lim Guan Eng lebeh matang, toleren dan amat berhemah kini, saya doakan mudah-mudahan beliau terus menjadi KM PP yang baik untuk rakyatnya).
Marahkan nyamok; merajuk air diruang.
Maka wajarlah pemimpin DAP Kedah berhemah tinggi dan beramat-amati dengan ugutan keatas YAB MB Kedah DS Ustaz Azizan (salor galornya pasti Ustaz tidak dapat menafikan bahawa sebahagian dari darah Ustaz masih ada di Sungai Baru, Sungai Belati, Banir Tembus dan Sungai Padang - Perlis sekadar nota).
Sama-samalah kita berhemah tinggi dan berfikir jauh dan jauh. Bagaimana nasib Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor sekiranya PAS juga bebal dan mengugut untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat? Bagaimana agaknya nasib DAP di kedua-dua negeri tersebut. Oleh itu sama-sama lah kita berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan. Cakap siang pandang-pandang; cakap malam dengar-dengar. Ingatlah nukilan ini, "Janganlah kita gunakan peletup C4 untuk membunuh nyamok yang hinggap dilengan, cukuplah dengan dipukul dengan tamparan jari sahaja, kalau C4 bukan saja nyamok yang mati dengan tuan-tuan sekali berkecai".
Begitulah keadaannya sekiranya sesuatu tindakan berkaitan pakatan sesabuah kerajaan yang memerentah, dan terdapat cabang-cabang yang buahnya berlainan dari satu perdu. Untung secawan rugi setempayan. Berhati-hatilah dalam hal ini.
Penangguhan.
Barangkali, diatas perkara-perkara mehnah dan rehnah sebeginilah sebenarnya, Allah menangguhkan dahulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerentah negara. Allah sedang dan terus menguji dikalangan parti yang berada dalam Pakatan Rakyat. Allah sedang menguji kepimpinan kini untuk melahirkan kualiti terbaik untuk memimpin dan memandu rakyat. Saya adalah penyokong setia kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri-negeri sekarang dan saya amat merindui kerajaan Pakatan Rakyat perengkat Negara kita.
Saya amat benci dengan kerajaan yang dipaksi oleh UMNO-Bn yang kurap dengan rasuah jual beli undi dalam memilih pemimpin yang durjana. Pemimpin rasuah yang menang maupun yang kalah adalah bahan api neraka. Pemimpin yang akan menjadi lanun dan prampas harta rakyat dan harta negara melalui undang-undang berpindah milik menjadi paraid dikalangan pemimpin rasuah , kroni dan anak pinak dan menantu dan hantu.
Mudah-mudahan YAB DS Ustaz Azizan tabah dan konsisten dalam semua tindakan rakyat bersama ustaz termasuk ana, Inshaallah.
Wasalam.
Ibn Abdullah Awab - Padang Serai.
11.27 mlm.

Tuesday, November 11, 2008

DUN SANGLANG YANG CEMERLANG

Kembali.


Alhamdulillahhirabbilalamin, Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmattullah.

YB Al Fadzil Usatz Haji Hashim Haji Yassin!

Syukur kehadzrat Allah Ustaz sempurna mengangkat sumpah hari ini kembali kekal di DUN Sanglang untuk penggal ke 3, Alhamdulillah. Ustaz mulai sekarang telah berteman dengan ADUN Simpang Empat Syed Kassim. Ini merupakan rekod pribadi YB Ustaz khususnya sebagai kayu ukur kekuatan PAS yang bertapak di Sanglang. Secara pribadi ana dari jauh mengenali kubu-kubu penyokong PAS yang menghantar dan mengekalkan YB Ustaz. Selamat bersidang dan berperanan terbaik dari dahulu.

Saya yakin DUN Perlis akan kembali hangat. Wakil BN pasti tidak terlepas tindakan dan terlepas minda untuk terus berdepan untuk mencipta kebenaran dalam semua perkara yang diperbincangkan didewan. Inshaallah.
Tawarikh.
Kepangkuan pengundi-pengundi DUN Sanglang, saya mengkalungkan penghargaan syukur kehadzrat Allah dan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi semua yang terus menyokong dan memberi undi kepada PAS khasnya dan khusus kepada Pesuruhjaya PAS Perlis, merupakan Anggota Majlis Syura Ulama PAS yang lama, AJK Agong PAS dan amat berpengalaman dalam pentadbiran, dan mempunyai intregriti yang tinggi.
Untuk jenerasi baru, dengan pengalaman dan penyaksian saya sendiri yang mana sejarah 1969 dalam Pilihanraya Umum tersebut pertandingan sengit berlaku diantara PAS (ketika itu simbul Bulan Bintang) dan Perikatan (dengan simbul Kapal Layar). Calun PAS masa itu adalah keluarga saya disebelah emak iaitu Almarhom Ustaz Abu Bakar Hamzah (beliau meninggal 1990 dan dimakamkan di Nilam Puri Kelantan disisi pusara puterinya - kebesaran kerajaan Negeri Kelantan) berhadapan dengan bakal MB Perlis ketika itu dikenali dengan nama Pengulu Japaq (Dato' Haji Jaafar Haji Hassan) PAS (Ustaz Abu Bakar) tewas dengan 5 undi. Kenapa?
PAS yang akan menghadapi pilihanraya tersebut sebaik selepas penamaan calun 2 tokoh penting PAS ketika itu telah memasuki dan menjadi ahli UMNO. Mereka adalah Iman Kariah Mesjid Sungai Padang Almarhom Tuan Haji Salleh Bin Haji Din bersama dengan nenda (Tok Penakan) sebelah abah Haji Shafie Omar (mesra masyarakat dengan panggilan Pak Teh Aji hadapan SRK Dato' Ahmad Musa). Kalau tak salah beliau adalah Ketua Pemuda PAS Ranting Sanglang - maaf kalau tak tepat - Sila rujuk dengan ayahnda saudara saya Uztaz Nordin Ahmad mantan calun Tambun Tulang PRU12 8 Mac 2008 yang lalu). Saya masih ingat berita tentang mereka masuk UMNO dan membuat ulasan dalam berita jam 8.00 penyampai berita jua masih saya ingat adalah Haji Arif Haji Yusoff ketika itu.
Sesungguhnya saya dan masih mengingati peristiwa tersebut dengan mengenali pastinya pekerja kuat/ahli PAS yang tidak membuang undi kerana over yakin mendapat kemenangan besar (2 dari Sungai Padang sudah meninggal dunia lebih dari 25 tahun). Ketika pengummuman selepas 3 kali ulang bilang undi PAS kalah 5 undi, mereka berkenaan sasau sejurus. Air mata darah sudah tidak berguna. Inilah padahnya kalau yakin lebih melulu. Ambillah perhatian dan iktibar pengundi baru sekarang dengan info ini. Info ini adalah realiti.
Sampai kepada pilihanraya 1974 wujudlah Kerajaan Champoran diantara UMNO dengan PAS, MCA dan MIC berkembang menjadi BN Barisan Nasional dengan simbul baru Dacing. Dalam pilihanraya tersebut PAS bertanding atas BN bersimbolkan Dacing kali pertama bertembong dengan Bebas/Bebas Bersatu (PAS dalam PRU tersebut di Perlis mendapat 2 kerusi iaitu DUN Arau dan DUN Sanglang/Kedua-duanya lepas itu dilantik menjadi Exco KNP).
Calun Bebas/Bebas Bersatu adalah Ustaz Abu Bakar Hamzah juga dan beliau bertanding untuk Parlimen Perlis Selatan. Lawannya adalah BN-PAS yang calunnya adalah Almarhom Cikgu Haji Ahmad Haji Long (Batas Liku Arau - anakndanya adalah Almarhom Sheikh Azmi bekas Qadzi Besar PP dll jawatan akhirya beberapa lagi Timbalan Presiden Parti Keadilan). BN-PAS melalui Cikgu Mat Long menang dengan undi besar juga. Diantara ucapkata YB Cikgu Ahmad Long selepas dilantik menjadi Exco dihadapan almarhom abah ana dirumah, 2 minggu selepas menjadi Exco diantara kata-kata YB kepada abah saya yang masih jelas saya mengingati iaitu, "Abang Aji ana menang pilihanraya baru ni, orang UMNOlah yang undi ana; orang PAS undi Ustaz Bakar Hamzah".
Nostalgia.
Mudah-mudahan info dan maklumat yang saya ketengahkan ini diambil perhatian yang serius dan peka dengan proaktif. Anda semua wajar membuat perhitungan sendiri disudut memperkasakan laagi PAS di Sanglang, kerana Sanglang adalah tanah subur cambahnya benih PAS sampai kini, Alhamdulillah.
Sekiranya maklumat dan info ini tersasul dari kenyataan sepengetahuan YB Ustaz betulkan diatas fakta-fakta. Sehubungan info yang lain itu adalah hak pribadi ana dan beberapa individu tertentu yang mengetahuinya, menyaksi dan melihat sendiri realiti ketika itu (mereka sudah meninggal dunia - Al Fatehah untuk mereka).
Sekian, wasallam.
9.47 mlm

Sunday, November 9, 2008

MUAFAKAT LANGKAWI MENJANA UMMAH

Langkah Terpilih.


Assalamualaikum warahmattullah.
Tindakan mengadakan pertemuan dan perbincangan di bumi Mahsuri yang diusahakan oleh pengurusan pentadbiran PAS. Diatas semangat ukhwah sejati mempertemukan Majlis Syura Ulama' bersama Dewan Harian PAS Pusat, dan Ahli Jawatankuasa Agongnya dan beberapa pehak yang lain, dengan harapan menggunung setinggi Gunung Mat Sirat supaya terungkailah bengkak bengkil bisul yang dihadapi hampir 10 bulan terlerai.


Sesungguhnya ahli-ahli PAS dan penyokong PAS disemua komposisi kaum utama dalam negara kita, menunggu khabar dan menunggu berita akan keputusan deklarasi kepimpinan utama PAS yang disanjung dan disantuni oleh rakyat negara kita sekarang. Setelah rakyat melihat serta menyaksikan kehancuran menuju kepupusan parti UMNO yang sudah setahun kalut memperagakan dagang parti mereka UMNO oleh pemimpin mereka bermula di cawangan-cawangan hinggalah ke Presidennya.
Maka, ruang yang vacium serta lompong ini rakyat kepelbagai komposisi kaum, telah menaroh dan memberi kepercayaan besar untuk memikul amanah dan menggalas kepercayaan rakyat khususnya pengundi-pengundi yang telah mencipta sejarah semerbak mewangi bak kasturi dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 lalu dengan kemenangan besar di 5 negeri termasuk Wilaha Persekutuan dengan menafikan penguasaan cengkaman puaka oleh BN-UMNO keatas rakyat dan negara.
Rakyat majmuk sedang melihat dan menunggu perkembangan dan santunnya kepimpinan PAS dengan jiwa yang besar, iman yang tinggi, keiklasan yang kudus, bertempur minda diantara kepimpinan bukannya untuk mecipta dan meramaikan musuh sesama sendiri. Melain kain ianya umpama padi dilesong hindik, dipijak ditendang sebenarnya untuk mendaparkan hasil utama makanan iitu beras. Demekianlah harapan kami untuk pemimpin yang kami sayangi di Pulau Langkawi memerah otak, membuka kitab Hadis Junjungan Rasul Muhammad Al Amin dan Al Quraan dicari gali untuk mendapatkan zafran dan mawar untuk kami rakyat yang merindui PAS dan Pemimpin Perdanya membuat keputusan khusus dalam meleraikan yang kusut.
Wahai pemimpin PAS di Langkawi sana, kami mengharapkan janalah pertemuan dan perbincangan tersebut dengan keputusan hasil yang terpuji. Hasil perbinangan kesepakatan yang solid dalam membuat tambahnilai kekuatan dalaman PAS itu sendiri dengan nilaitambah dalam memperkasakan lagi kearah keutuhan, ketelusan dengan membela dan memulihara kepentingan agama dan budaya komposisi kaum dan parti dalam komponan Pakatan Rakyat khusus dan khasnya pengundi dan rakyat.
Suara hati.
Dalam masa seminggu yang lalu, saya secara pribadi telah menemui 12 korespondan di Padang Serai, Merbau Pulas dan Kuala Ketil. Mereka terdiri dari 4 keturunan Melayu, 4 keturunan Cina dan 4 keturunan India. Melayu 2 guru seorang imam dan UMNO/JKKKP. Dari keturunan Cina 2 guru, saorang ahli perniagaan bertaraf 3 bintang zahirnya dan saorang pekebun. Manakala keturunan India dua dikalangan guru, saorang farmasi dan saoranglagi adalah pekerja kilang tetapi Jurutera Makanikal siswazah Glasgo Scotland (graduan 1972).
Rumusan yang saya dapati dari hasil pertemuan tersebut, sejujurnya dan seiklasnya mereka menaroh harapan yang tinggi semuga PAS menjadi abang sulong dalam Pakatan Rakyat disudut mendapat nasehat, pengalaman dan kesetiaan memelihara dan menjaga PARTI PAS yang mampu mendidik ahli-ahlinya berjiwa besar, mampu memiliki bangunan sendiri tanpa hutang boleh dikatakan disetiapa kawasan parlimen.
Saya Ibn Abdullah Awab, memohon ampun maaf sekiranya saya sebutkan nama-nama pemimpin PAS disini, kerana nama-nama itulah disebut mereka. Bukan ertinya pemimpin PAS yang lain tidak baik. Mereka amat menghurmati pribadi dan zuhud YAB MB Kelantan dan Presiden PAS. Profesor Dato' Dr Haron Din, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, YAB MB Kedah la ni, Pesuruhjaya PAS Perlis/ADUN Sanglang.
Mereka juga menyebut Mat Sabu dan Haji Mahfuz, Datuk Paduka Haji Husam dihurmati sungguh oleh mereka. Keiklasan mantan Imam Mesjid Negara MP Baling, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid Yusof Rawa yang dekat hati dengan mereka. Salah saorang diatara mereka mengatakan kepada saya sekranya ianya akan menganut Islam Nik Aziz dan Dr Haron Din pilihanya untuk mengucap Islam katanya.
Mudah-mudahan kepimpinan PAS telah dengan keputusan untuk dihebahkan kepengetahuan kami, Inshaallah.
Sekain. Wasallam/
Sudilah melihat blog saya: http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com
Catatan Dzuha - Ahaad 11 Dzulka'edah 1429
8.20 pagi

Friday, November 7, 2008

JUMAAT 9 ZULKAEDAH 1429 YANG BERKAT



Penantian.


Sejak penangkapan dibawah akta dzolim ISA oleh kerajaan BN-UMNO keatas bloger YM Raja Petra Kamaruddin dan pengarang akhbar harian, serta pimpinan Pakatan Rakyat. Ramai rakyat di semua lapisan dan komposisi dalam negara kita marah diatas tangkpan tersebut. Kemuncak penentangan keatas tindakan kerajaan BN-UMNO khususnya Menteri Dalam Negeri anak Singa UMNO dan PDRM dibawah penguasaannya yang sewenang-wenang menjadikan sesiapa yang menentang dan membogelkan kepelbagaian kesalahan dan penyelewengan dikalangan kepimpinan UMNO-BN, maka ISAlah jawabnya.


Kemuncak tentangan yang kedepan dan konsisten diatas salahguna akta ISA tersebut itu, datangnya dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Zaid Ibrahim. Siapakah Zaid Ibrahim ini? Zaid Ibrahim adalah mantan MP Kota Bharu dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara-Senator dan dilantek menjawat Menteri Dijabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berkaitan dengan perundangan dalam kabinet kerajaan BN-UMNO selepas PRU12 yang lalu. Penentangan total yang tutas dari YB Senator Zaid Ibrahim, sebagai anak jantan tulin, maka ianya berkesudahan dengan beliau telah meletak dan melepaskan jawatan menteri diJPM sebagai anak jantan tulin, tidak 'koro'.


Maka sejak itulah rakyat dengan penuh persoalan dan pertanyaan, apakah kesudahannya dengan nasib blogger YM RPK? Apakah sama nasibnya akan diterima sebagaimana Dr Abdullah Daud UTM yang melebehi 8 tahun ditahan. Isteri YB RPK dan dan barisan peguam yang berusaha menerusi undang-undang untuk membebaskan RPK menerusi keadilan mahkamah, tanpa jemu berusaha dan terus berusaha.


Khabar Gembira.


Akhirnya dengan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang berwibawa menerima dan membebaskan beliau (YM RPK) dan penahahan oleh kerajaan BN-UMNO melalui akta ISA kepangkuan RPK adlah tidak sah. Justeru pembebasannya wajib dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN sebelum pukul 4.00 petang Jumaat ini.
Ketentuan Allah dengan doa restu penyokong beliau dibebaskan pada Jumaat 9 Zulkaedah 1429 bersamaan 7 November 2008 bebaslah YM RPK menerusi perentah YA Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, syukur Alhamdulillah. YM RPK disambut sebilangan besar keluarga dan rakan taulan dengan kegembiraan. Tetapi mereka masih menuntut agar kerajaan BN-UMNO menghapuskan akta dzolim ISA dengan segera.
Seiring kegembiraan keatas pembebasan YM RPK, di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pula menerusi YA Hakim telah membuat keputusan dan penetapan bahawa kes yang didakwakan keatas YB DS Anwar Ibrahim dikekalkan perbicaraan dimahkamah dan perbicaraan dihadapannya sebagai hakim, syukur Alhamdulillah.

Berdepan Halangan.
Diatas kegembiraan dan kesyukuran, kedua ikon tersebut masih berdepan dengan halangan yang serba kemungkinan. Kemungkinan YM RPK dikeluarkan waran tangkap dan seumpamanya kerana dalam perbicaraan kes Altantuya yang dikaitkan rapat dengan DS Rosnah Mansor siteri kedua TPM/MK. Khabarnya bahawa YM RPK akan dipanggil untuk menjadi saksi dalam perbicaraan seterusnya bersama dengan penyiasat pensendirian K. Balasundram yang menghilang diri kunonnya dengan kerjasama pengurusan perdana. Sudah pasti kepelbagaian mehnah dan kerenah dihalakan kepada YM RPK untuk menghalang dirinya hadzir untuk menjadi saksi dan memberi keterangan penting.
Samalah dengan kegembiraan yang bersifat sementara kemenangan dipusingan pertama. Namun ranjau dan badai masih dihadapan YB DS Anwar Ibrahim. Peguamnegara GP mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menebus malunya berkaitan tandatangannya mengarahkan memindah makamah perbicaraan tidak sah. Rakan akrabnya KPN TS MH pasti bekerjasama dipusingan akhir walau apacara untuk terus mencari jalan haram untuk terus menganayai YB DS Anwar Ibrahim.
Luka lama berdarah kemari. Kita merayu harap kepada turus berdua ini janganlah anda meneruskan niat busuk anda dikala anda terus menjawat jawatan secara kontrak mengikut tandu tuan dari UMNO. Profesionallah dalam tindakan dan melaksana peratoran dan undang. Bukan undang-undang rimba balas dendan rekacipta tuduhan untuk memusnahkan orang dengan nanya.

Mimpi Keadilan.
Sesungguhnya kita amat merindu untuk mendapat keadilan dalam semua pekara. Rakyat rindu keadilan, dan keadilan itu sudah melampaui 50 tahun berkubur sejak Perikatan/BN-UMNO berkuasa dan bermaharajalela dengan rakus. Diakhir UMNO-Bn menuju kehancuran dan kemakaman, telah 8 bulan pemimpin negara dari UMNO mereka telah memperdagang dan melacurkan parti UMNO sebagai pelacur dan pondan sundal di Chow Kit Road. Ada yang cadangkan UMNO ditender. Ada yang kata UMNO akan dilelong.
Rasuah membeli dan menjual perwakilan dan jawatan bermula dari jawatan Presiden sampailah kepada Cawangan UMNO adalah kemenangan, pemilihan dan kekalahan. Semuanya dipaksi dan diasaskan kepada tawar dan penawaran rasuah. Depa makan keliling, tak kira sapa mai bagi duit semua terima. Rasuah yang besar diterima maka calun itu pasti menang. Sekalipun pemimpin yang menang itu alim dan warak dengan jalang, dengan arak judi dan sebagainya. Itu semua bukan dacing penimbang pemilihan. Keutamaan dipilih adalah terhadap calun yang tinggi rasuahnya, itulah dipilih. semua ini diakui sendiri dalaman penyiasatan UMNO yang di pimpin oleh Ayah Chik YBM TS TAR.
Dapatkah mimipi keadilan dapat rakyat menikmati sekiranya produk pemimpin yang seperti diatas terus meparaid memerentah negara. Carilah jalan untuk mengelak dan menafikan fenomina ini. Bagaimana caranya? gunakanlah iman dan minda merdeka membuat kepurusan mencari keadilan.



Kesudahannya.
Apa yang diharapkan kesudahannya adalah, doa sokongan dan dukongan dari rakyat tanpa putus yang berterusan agar keyakinan kita selama ini, dalam masa yang terdekat semuga Allah mengizinkan dan mendorongkan kemudahan dan PertolonganNya ditakdirkan PAKATAN RAKYAT dan mengambil alih dan menubuhkan KERAJAAN PUSAT oleh PAKATAN RAKYAT dalam masa yang terdekat. Inshaallah ianya tidak mustahil. Berdoalah! Sekiranya doa-doa diantara kita yang ramai ini bertepatan dengan kehendak Allah Ar Rahman, kunfayakun. Maka pasti kerajaan baru Malaysia kerajaan PAKATAN RAKYAT dapat ditubuhkan, Inshaallah.
Sekian. Wasalam.

Thursday, November 6, 2008

PELINDUNG BN : PENYELAMAT UMNO


Jejak Pedoman.

Kesabaran yang tinggi ianya berpaksikan kesungguhan yang konsisten, keiklasan menangani dan menjana minda fikir dengan dayausaha yang tinggi. Ianya dijanakan dengan penuh rasa bertaggungjawab secara bersepadu dan kolektif, gigih yang berterusan. Serta disokong dengan komitmen doa kudus berterusan dan berpanjangan kepangkuan Allah azzajawalla. Selepas itu disandar sepenuhnya dengan bertawakkal. Pasaklah dengan tumang sebagai pengikat arah hauan yang dituju agar tidak terbabas. Ciri-ciri diketengahkan ini sewajarnya menjadi pegangan dikalangan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat khusus dan khasnya pemimpin perdana Pakatan Rakyat; terutamanya ahli-ahli PAS dan penyokong setianya, Inshaallah.

Sekalipun sekiranya program yang dirancangkan itu masih tertangguh atau belum tercapai; bukanlah ertinya kita tersalah dan tersilap cara, atau tersilap langkah. Tersilap perancangan, taktik dan teknik maupun berhubung kait rapat dengan strateji. Tetapi ianya adalah dalam pengetahuan dan ilmu Allah yang haram kita mempertikainya. Justeru itu sehubungan dengan tarikh 16 September 2008 yang lepas, Pakatan Rakyat masih ditangguhkan Allah untuk menubuh kerajaan pusat atas nama Kerajaan PAKATAN RAKYAT. Kita cuma merancang Allahlah yang menentukan.
Menangani dan menghadapi keadaan tersebut, maka hendaknya seluruh penyokong Pakatan Rakyat kini dan seterusnya, wajib memiliki minda terbuka Kelas Dunia dalam membaca dan memahami tertangguhnya penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat seperti dirancangkan secara bijaksana, berhemah dengan memikirkan 1,000 perjalanan dengan saksama. Penungguan lebih 50 tahun mampu dinanti dan ditunggu. apakah anda semua tempoh lewat setahun misalnya, sudah mengeluh dengan melontar dan menghala penangguhan tersebut kepangkuan pimpinan perdana. Kenapa jadi begitu?
Tindakan dan perlakuan tersebut difaktorkan anda semua menggunakan semua jenis media UMNO-BN yang menjadi juara lembu dan kerbau laga diantara kita meracuni dan mempengaruhi kita. Ya! UMNO-BN berperanan menghala tuduhan, lantas anda membeli dan menyampaikan lidah UMNO-BN itu dan ada yang menjayakan missi propoganda musuh diterima pakai tanpa tapisan dengan menggunakan ilmu. Perasaan dan nafsu yang menguasai dan ianya telah memesongkan halatuju perjuangan kita. Musuh dan kawan kita gagal mengenali.
Kepercayaan dan keyakinan serta fokas sebenar telah tergelincir, terkeleceh dan tersasar dari matlamat asal.
Disinilah kita memerlukan ramai dikalangan kita yang berkepala dingin dan sejuk memandu mindanya. Bukan mengikut nafsu yang akhirnya hati menjadi mati. akhirnya kita berentap dan bercanggah sesama sendiri. Musuh kita UMNO-BN terselamat kerana kebodohan dan kejahilan kitalah yang menyelamatkan UMNO-BN tanpa disedari. Ingat dan berwaspadalah fenomena ini. Jangan hendaknya musuh bertepuk bersorak kerana berjaya memjuzuk-juzuk kita, awas sedia bermuhasabah dalam situasi ini.

Disini kita memerlukan pertimbangan dan neraca agama, agar memulihara kita supaya tidak melencong dan menyeleweng dari landasan agama kita. Walau apa-apa pun kita wajib membuka minda dengan menggunakan kebijaksanaan fikir untuk mampu merentas memikirkan sebab-sebab sampingan yang diantara membawa kepada penangguhan pembentukan keraja pusat Pakatan Rakyat, apakah itu?


Serambi Bernaung.

Produk makanan tambahan dan produk minuman yang bekhasiat berjenama TOK GURU, merupakan produk terbaik untuk kesihatan dan kehidupan khususnya untuk penawar minda. Tepatlah dengan selogan keramat mencegah penyakit adalah lebih baik dari berubat. Maka begitulah juga jangka hayat hidup UMNO-BN diperengkat kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri, adalah difaktorkan kekangan dan pengawasan terpilih. Siapakah yang berperanan serta amat berjasa keatas mereka selama ini?


Peranan secara langsung dalam Parlimen dengan berpandukan hujah dan 1,000 alasan penolakan oleh Speaker Parlimen dalam beberapa perkara utama usul-usul yang dibawa dan dibentangkan di Parlimen berhubung dengan Undi tidak percaya dan seumpamanya, sentiasa ditolak dan dinafikan untuk diperbincangkan di Parlimen oleh Speaker dan Timbalan Speaker, kenapa? Kerana disebalik berpandukan peraturan mesyurat Parlimen, pada hakikat yang tersirat adalah Speker sedang menyelamat dengan menyambung talihayat hidup UMNO-BN di Parlimen. Itulah hakikatnya.
Maka dengan itu orang ramai sepakat menghalatunjuk, mengatakan Speakerlah berperanan sebagai komponan terakhir kini yang menyelamatkan UMNO - BN dari tersungkur untuk akur menjadi pembangkang dalam negara kita. Disini nampaklah tindakan balas budi keatas perlantik menjawat kerusi speaker, yang speaker mengenang dan sedang, terus membalas budi baik UMNO-BN yang melantiknya dengan membuang speaker lama TS Ramli Ngah Talib yang kini telah ghaib entah kemana dan nama TS RNT luput dipersada UMNO.
Optimis.
Walau apa-apa pun saya terus istiqamah dan berpegang, Inshaallah 'the time is coming' masanya dah hampir realiti kepada penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Pusat. Takkan lari gunung dikejar. Sehubungan dengan bijaksini dan bijaksana lagi pendekar Speaker Parimen sekarang, yakinlah semuanya adalah dalam kekuasaan mutlak dan pengawasan Allah.
Almarhom abah saya pernah menobatkan dengan satu kalimat yang sampai bila-bila tidak akan saya lupa iaitu katanya"Segarang bengis cengea harimau dan singa boleh ditandu tuntun dalam sarkas dengan sekaki rotan, gembala mampu suruh duduk, duduklah iai; suruh menari, menarilah iai. Maka apa sangat untuk ditakutkan dengan pendekar, pendekar tidak disintuk limau digelanggang". Pasti satu masa pendekar ini akan kecundang dan ufuk bumi akan menyingsing fajar kerajaan PAKATAN RAKRAT pusat menjadi kenyataan.
Inilah minda Jumaat untuk anda. Wasalam.
Ibn abdullah Awab
10.47 pagi

MENONGKAH ARUS, MENGLONSOR BUKIT


Umpama Maskara di Pelupok Mata,



Mendapat pujian dan sanjungan dari kejayaan diatas hasil usaha yang berkebetulan, atau sememangnya usaha yang jati ramai dikalangan yang sedemikian endingnya ianya kecundang. Terbuangnya atau kecundangnya ia kerana ditolak oleh orang ramai dan komposisi atau empunya diri sudah habis rencah rempah ratus umpama kosmitik yang bersifat sementara seperti maskara dimata wanita tua untuk bergaya melawa memintas usia.
Pujian dan sanjungan ini, yang bertentangan dan berlawanan dengannya adalah teguran dan nasehat. Teguran dan nasehat inilah ramai dikalangan kita ianya menjadi seperti musuh, yang membibit dan menghala kepada perasaan tidak senang hati, sampai kepada tahap permusuhan dan dendam. Inilah lumrah manusia yang amat sempit minda tatkala diri mereka dihala dengan teguran dan nasehat, payah dan sulit sukar menerimanya.
Dalam meniti jangkauan umur 60 tahun ini, persepsi tegur dan nasehat ini dapatlah dikelaskan kepada dua persepsi penerimaan oleh yang mendapat atau menerima nasehat dan teguran.
Pertamanya tatkala sesaorang itu berada diambang tinta perjalanan kemashuran, gemilang, cemerlang dan terbilang; maka ketika itu ia pantang ditegur, pantang dinasehati. Pendapat dan buah fikirnya sahajalah yang betul, tepat dan padu. Cadangan dan pandangan nasehat orang lain semuanya batal, tidak lojik dan tidak relevan ketika ia mendapat sanjungan junjungan, puji-pujian, mencium tangan penyokong dikeliling pinggang, kunjungan tamu seperti pipit dan enggang kerumah mereka bertandang.
Disuasana inilah sesaorang itu ianya tidak dapat menerima dan tidak suka diganggu kehidupannya dengan teguran nasehat dan sebagainya untuk memperbetulkan dirinya kembali kepada landasan yang benar. Sama ada perjuangan dalam politik, mencari harta mal dan sebagainya, semuanya tidak diperlukan. Ketika inilah para-para penasehat yang iklas berwibawa yang berpandangan jarakjauh dan jarakdekat akan disisi, tersiseh atau dinyahkan kerana menganggu ketenteraman awam dan kehendaknya.
Maka tempat tersebut akan diambil ganti oleh kaki-kaki bodek, kaki pengampu, kaki sapu dan kaki samseng menjadi rakat teman penasehatnya. Pasti 1000 kesempatan akan dirampok dikikis oleh mereka tanpa disedar. Kerana ia telah mabuk dan tenggelam dengan segala jenis pujian, galakan, sanjungan yang mengawan menembusi akgkasa raya dan pasti akhirnya iaakan berdepan dengan mahabahaya dalam menerus karearnya. Kebencian dan penolakan dari rakyat dari hari kehari dan pasti dipulau. Ramai manusia semua perengkat dan darjat telah, sedang dan terus melayari suasana ini.
Sesal dahulu berpendapatan; sesal kemudian tidak berguna. sudah terantuk baru mengadah. Dalam masa yang sama BCA bodek cucuk ampu yang dikeliling dirinya telah mula sisih dan melarikan diri. Inilah sedang kita perhati dinegara kita akan pelaku dan pelakun sedang menuju jalan yang ditanamnya untuk dituai samada padi atau hamp, dalam masa yang hampir ini.
Pengisian.
Disinilah wajar saya berkata benar, kalau sebelum PRU12 - 8 Mac 2008 yang lepas, ramai dikalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri/Exco yang saya mengenali mereka dan mereka mengenali saya sejak sekian lama. Memandang diri saya yang serba fakir ini tidak berguna dan tidak bernilai kini disisi mereka. Faqirnya saya kerana saya jahil melebar ,cita-cita dan pasang angan-angan disudut membodet mengejar jawatan. Berparti memertabatkan parti dikala parti ditolak dibuang tanpa pasang niat atau melobi untuk mendapat sesuap nasi dan mal, seperti beberapa sahabat yang lain.
Pangkat dan jawatan yang rakyat tunjukkan itu, telah membawa mereka tidak mengenali kawannya, sahabatnya. disebabkan dipisahkan dengan status Parlimen dan DUN dan gelaran dihadapan yang memisahkan diri. Telah pupus masa untuk bermesra dengan kawan lama dan mengkhabarkan kepada orang lain pula ia tidak mengenali sianu-sianu. Mereka lupa kepada pengundi yang memangkah menjana lonjak letakkan mereka ke DUN atau Parlimen, mendapat status yang disandang kini.
Ingatlah 4 atau 5 tahun anda pasti kembali kepangkuan kami yang bernama pengundi ini. Ingatlah sekali pun gigi anda lebih lembut dari lidah memohon ehsan, dan lidah petah memohon merayu kami untuk memangkah anda lagi, percayalah Member Parlimen atau ADUN yang menjadikan pengundinya sebagai rakit dan mangsa mereka mencipta kejayaan cita-cita agung pribadi mereka menuju puncak. Ingatlah sumpah ini Wallahi! Wabillahi! Watallahi! Aku tidak akan memangkah anda lagi sama ada anta calun Pakatan Rakyat dari PKR, PAS mau pun DAP santun dan stop.
Telah 8 bulan berlalu ramai dikalangan mereka yang berbulan madu tidak kembali mengadap dan mengambil tahu detail masalah rakyat dan pengundi mereka. Susahkah mereka? Menderitakan kah mereka? Bagaimana sakit hidup mereka? Ambil tahukah anda, caknakah sebagai wakil rakyat? Jangan sampai rakyat keciwa dengan anda. Anda wira dan hebat di Parlimen. Anda wira dan hebat di Dewan Undangan Negeri? Bagus, baik Alhamdulillah.
Tetapi dalam masa yang sama anda wajib lebih segala-segalanya dalam berdepan dan menghadapi menangani santun dengan rakyat dan pengundi yang telah berjasa besar mengangkat dengan memberi pangkah undi kepada anda, membolehkan anda menjadi Ahli Parlimen dan Ahli DUN/Exco. Wajiblah anda kembali kekawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Kerana disitu rakyat dan pengundi menunggu dan merindui anda.
Untuk apa? Menyelesaikan masalah secara bersepadu diantara MP dan ADUN. Itu harapan pengundi, tunaikanlah. Jangan pengundi kembali pangkah parti tok nenek puaka bulu BN. Bukan tolak sana, tarik sini menjawabnya melepas diri dan melepas leher menjawab.
Keduanya suasana dirinya memerlukan pandangan dan nasehat, ketika itu masanya telah terlewat dan sudah tidak bermanfaat lagi kerana masa telah menentukan setiap sesuatu yang terjadi ianya bergantung diantara tanam dan tuai. Penyeselan dan airmata darah, sudah tidak menyebelahinya kerana keadaannya telah parah yang sedang menuju punah. Penasehat dan pemberi pandangan sejati tidak lagi sudi untuk memperbetulkan kesalahan butatuli mulanya yang merosak dan menjahanamkan empunya diri. Saya sedang memerhati ramai dikalangan ahli politik negara sedang berada dalam kelas dua ini.
Tatkala seperti telor dihujung tanduk, ketika itu barulah nampak sejadah, surau, anak yatim dan sebagainya. Air mata naga penyeselan bertaburan di Kopi house. Berazam untuk kembali kepangkal jalan. Pangkal jalan sudah jauh meninggalkan dirinya. Semut, kelicap, babi tanah sudah jauh pergi kerana mereka telah memperoleh apa yang dihajati tatkala kita lupa diri mabuk puji dan pantang menerima sanjungan yang hakikatnya pancungan dirinya pada masa akhir.

Wednesday, November 5, 2008

SEKALI AIR BAH ; PASIR TURUT BERUBAH


SEKALI AIR BAH; PASIR TURUT BERUBAH.


Maruah dan Realiti.


Bagi mana-mana manusia yang bertamaddun serta disaluti dengan maruah dan harga diri yang bernilai tinggi, bukan nilai seperti harga saham Berjaya Berhad, maka hendaknya ianya berjalan mengikut seiring dengan realiti semasa yang ditentukan oleh Allah. Dengan pedoman bidalan dari orang-orang tua kita berzaman iaitu, 'masuk kandang kambing mengebek; masuk kandang harimau mengaum' begitulah resam hidup dan kehidupan.


Maka begitulah pada 8 Mac 2008 dalam PRU12 yang lalu ledakkan c4 sunami politi negara berlaku, dimana BN-UMNO kecundang mendapat kepercayaan 2/3 di Parlimen serta terlepas dan terlucut dari genggaman dan cengkaman memerentah di 5 buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, gagal mendapat penguasaan 2/3 di DUN Negeri Sembilan dan terlepas penguasaan di Wilayah Persekutuan.
Sejajar dengan tewasnya UMNO-BN dinegeri-negeri tersebut, maka bagi manusia yang bermaruah dan bertamaddun serta mempunya harga nilai diri, maka wajarlah mana-mana individu yang memegang sesuatu jawatan kerajaan negeri disebabkan kepentingan parti politik memerentah semasa. Justeru dengan itu wajarlah pemuka-pemuka dikalangan UMNO yang menjawat sesuatu perbadanan atau institusi itu, hendaklah secara sukarela turut meletak dan melepaskan jawatan-jawatan sebaik parti mereka tewas kalah dan tidak lagi menjadi kerajaan negeri. Ini adalah falsafah demokerasi dan lunas-lunas yang wajar dipenuh
Maka diantara yang diperbincangkan dan ianya berkait rapat dengan maruah dan moral, bersabit Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) milik penuh kerajaan Negeri selangor Darul Ehsan yang kerajaannya adalah kerajaan PAKATAN RAKYAT. Sedangkan censelornya adalah isteri kepada bakal Presiden UMNO (belum disahkan secara resmi - Mac 2009) sejak tahun 1999 lagi. Penyandangnya adalah Datin Seri Rosnah Mansor isteri kedua kepada DS Najib Tun Razak. Pelek tetapi itulah kenyataannya, tidak wujud kerajaan UMNO-BN tetapi muka masih tebal, hati masih mengekalkan jawatan tersebut.
Pandangan.
Menjunjung keadilan demokerasi berparlimen maka sewajarnyalah Datin Seri Rosnah melepaskan jawatan tersebut sejak UMNO-BN terlucut penguasaan kuasa di Selangor. nampaknya beliau enggan secara beradap dan berhemah sukarela melepaskan jawatan tersebut. Maka beberapa cara dan kaedah perlu ditangani demi maruah Pakatan Rakyat. Langkah sukarela melepaskan jawatan telah tidak dibuat kerana sememangnya UMNO & Co dari jenis pelepah pisang bukan seperti pelepah kelapa yang mudah gugur. Sifat pelepah pisang lagi tua lagi liat sebegitulah UMNO.
Kemungkinan masa perlantikan masih ada maka disini saya memberi unjuran dan pandangan dengan memberi syarat yang ianya adalah syarat yang Allah telah maktubkan didalam Al Quraan dan Junjungan Nabi Rasul Muhammad Al Amin turut mensabdakan. Ini bukan syarat kerajaan negeri Pakatan Rakyat negeri Selangor Darul ehsan, tetapi ianya adalah dalam kehendak dan lengkaran Allah iaitu, Canselor UNISEL Datin Seri Rosnah Mansor wajib menutup aurat sebagaimana di kehendaki oleh Allah melalui Al quraan dan dikehendaki Nabi melalui hadis Baginda samada selama dan semasa beliau memegang tonggak Canselor Unisel, demi maruah dan akhlak mahasisw/i dan universiti. Bukan mendedah aurat atau menutup aurat mengikut Iman Islam Hadhari mengikut kehendak masa suasana dan ketika nak pakai saja.
Sekiranya Cabselori engkar dengan syarat tambahan dari Pakatan Rakyat ini, maka peluang terbuka, pintu dan tingkap terbuka jalan dan gate terbuka, canselori nyahlah dari kerusi canselori UNISEL, itu jalan terbaik demi maruah Datin Seri sekiranya ada rezeki dapat menjadi Wanita Ke2 negara selepas DYMM Raja Permaisuri Agong. Itulah jalannya.
Alternatif.
Alhamdulillahirabbilalamin, Bismillahirrahmannirrahim. Sebagai hamba Allah saya telah ditanya oleh isteri saya jua saorang pendidik, sekiranya isteri TPM melepaskan jawatan canselori UNISEL, siapakah abang fikirkan layak dilantik? Secara spontan dan bertanggongjawab dengan penuh pengamatan saya menjawab "Abang secara pribadi mengharapkan semuga dengan izin Allah azzajawalla agar diberi peluang dengan melantik Profesor Dato' Dr Haron Haji Din menjawat kerusi Canselor Ke2 UNITEL".
Jawapan yang saya lontarkan bersahaja dengan penuh bertanggungjawab itu, saya mendapat jawap bersetuju dari isteri saya iaitu, "Beliau terkedu dengan titisan airmatanya mengalir". Seperti biasa ia berwuzuk dan menunaikan solat hajat, kenapa? Selelesai solat dan doanya ia jua telah terlintas orang yang paling layak adalah Profesor Dato' Dr Haron Haji Din atau Profesor Datuk Dr Mahfoz (PSJ PAS Johor atau Profesor Dr Syed Hussein (Timbalan Presiden KPR).
Disini, saya Ibn Abdullah dan isteri memohon maaf menyatakan hasrat dan kenyataan ini, kerana kami mengikutinya dengan penuh harapan dengan doa restu, jauh disudut hati untuk mengajar dan menunjuk jalan kepada YAB MB dan Exco Kerajaan Selangor Darul Ehsan. Siapalah kami untuk memberi pandangan kepada anda semua. Siapalah kami? Cuma melukut ditepi gantang penyokong setia Pakatan Rakyat dan bernaung dibulan purnama.
Sekian, ampun maaf. Wasallam.
10.16mlm.
Ibn Abdullah Awab.


Tuesday, November 4, 2008

MENTERI KEWANGAN BARU-LIPAT BAJET2009


Pahlawan Kubis




Petang tadi ketika Menteri Kewangan baru DS Najib Tun Razak tampil kedewan Parlimen untuk melipat perbahasan Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu DS Abdullah Badawi. Langkah mulanya seperti palawan gubis (sebut Perlis) apabila didalam dewan telah menanti Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim yang berpengalaman kira-kira 9 tahun menjawat Menteri Kewangan yang bertentangan duduk dengannya.
Telah menunggu untuk berdepan jantan berhujah dengan Menteri Kewangan DS Najib adalah YB Tuan Lim Kit Siang, YB Salahuddin Ayoub, YB Azmin Ali, YB Haji Khalid Samad dan hampir semua MP Pakatan Rakyat. Memula saja lipatan bajet yang tidak seperti sebagaimana yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan dulu DS Abdullah Badawi. Terserlahlah pengecut, penakut dan gentar tidak segagah seperti C4 yang mengkecaikan mendiang Altantuya.
Benar, apabila DS Najib telah mencipta tawarikh Parlimen Malaysia sejak 50 tahun dahulu yang tidak membenarkan pehak pembangkang diberi kebenaran dan ruang mencelah dengan pertanyaan dan persoalan akan setiap lipat bajet yang dikeluarkan. Beberapa kali Ketua Pembangkang dan MP Pakatan Rakyat yang lain pohon mendapatkan peluang untuk mencelah, maka nyatalah Menteri Kewangan baru ini adalah pencecut dan 'koro'. Ianya layak diberi gelaran "Pahlawan Gubis".


Ganti wajah


Tindakan tepat dan kena pada masa serta ketikanya semua MP Pakatan Rakyat keluar dari dewan semasa MK pondan yang koro membelit lipat Bajet 2009. Tampa MP Pakatan Rakyat barulah nampak wajah mimek muka Najib sedikit wibawa seperti Wira Bugis yang darahnya mengalir. Maka wiralah Najib dihadapan pengampu MP BN khususnya dikalangan UMNO yang sememang jenis MP yang dibeli atau dijual dalam rasuah menjadi ketua-pemimpin dan rasuah RM. rupa-rupanya rasuah dalam UMNO dan sampai taraf Universiti samada IPTA atau IPTS yang mengandungi Fakulti Rasuah yang dekannya adalah Presiden menanti.


Ingatlah semasa Ketua Pembangkan DS Anwar Ibrahim dulu semasa membahaskan Bajet selama kira-kira 5 jam hampir demua menteri dan timbalan menteri serta MP BN keluar dewan. Apabila MP Pakatan Rakyat kelaur dewan kali ini pelbagai kata ditujukan. Sedangkan MK baru pengecut dan dayus untuk mendengar. Kerana pasti kes Razak Baginda, C4 altantuya turut diperkata dan perlukan penjelasan. Saiful dan Balasundram pasti menjadi bala besar kepada MK baru Najib untuk melepas kilas kes ini.


Puaka

Saya beramatan dilengkaran masa yang terdekat ini sampailah Mac 2009 indeks rasuah duit dikalangan ahli-ahli UMNO akan meningkat 400% peningkatan. Ianya semata-mata bermatlamat untuk membeli undi kemenangan, kemenangan mendapat undi melalui dan menerusi rasuah sahajalah membolehkan mereka mengorak dan melangkah mendapat ruang dan peluang menjadi pemimpin yang berkepentingan selanjutnya untuk mengaut rangkup lesen ali baba berniaga atas nama DEB.

Jawatan-jawatan diperengkat cawangan, kawasan dan pusat disemua badan, sayap, ekor dan kaki UMNO untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi atau ALP Badan Berkanun, Pengerusi atau ALP CLC serta Pengerusi atau ALP Perbadanan Kerajaan. tunggulah UMNO akan masuk ke TESCO atau THE STORE untuk dilelongkan oleh ah;i-ahli dengan kaedah seperti tersebut:

Harga UMNO induk RM1,000

Harga Ibu UMNO RM100.00

Harga PUTRI UMNO RM1,000,000,000.00

Harga PEMUDA UMNO RM200.00

Harga PUTRA UMNO RM225.25

Tunggulah the time is coming.

BPR gerun dan takut untuk menghampiri UMNO kerana ia berpuuaka dengan penyakit berjangkit aids positif, sedangkan Ibu-bapa BPR adalah dari spesis UMNO juga. Damekianlah jua Peguamnegara semuanya adalah keluarga darah daging UMNO. Apa lagi Mahkamah sudah dibawah harga dan nilai sekiranya diibaratkan sebagai saham. apa ladi YAA KHN Daki Azmi adalah karat biru UMNO. Sebab itulah buatlah apa saja UMNO tidak takut sebab semuanya dilindungi oleh komponan UMNO.

Cuma disini saya merayu angkat sembah jari 10, janganlah UMNO sampai tahap sanggup jual dan gadai BUMI, MATAHARI, BULAN (nanti PAS marah) kerana UMNO. Janganlah. Jual Bini dan jual anak untuk mendapat jawatan dalam UMNO-BN adalah biasa. Semua ini adalah nisan tanda kehancuran UMNO tempoh segera.


















Monday, November 3, 2008

EUROCOPTER C-725 : ANTARA LANUN VS PENYAMUN

Pi dan ganti.

Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan baru-baru ini telah berpindah dan bertukar ganti menterinya dengan timbul pelbagai pertanyaan dan keheranan serta penuh misteri dan penuh dengan tanda tanya. Semasa saya bersembahyang Jumaat di Mesjid Kuala Ketil baru-baru ini tepatnya minggu kedua Jumaat Syawal yang lepas. Kebetulan saya bertemu dengan kawan lama Man Kancil, beliau bersahaja berkata didepan saya katanya, "Sheikh ana tengok la Sheikh, dulu menteri yang pegang Kementerian Kewangan adalah lanun darat; dan yang pegang Kementerian Pertahanan adalah penyamun tarbus. Depa berdua ni telah sepakat dan sekata info SSS (suka sama suka) bertukar pindah kementerian. Macam pindah rumah bini muda kota akhir". Bijak sungguh Man Kancil menganalisa".

Katanya Man Kancil lagi, "Lanun Laut berenang pi ke Kementerian Pertahanan menjawat Menteri Pertahanan dan Penyamun Tarbus terbang bak kilat terjun ke lubuk gudang idaman diri dan isteri selama ini, ke Kementerian Kewangan dengan menjawat Menteri Kewangan". Kedua-dua handal, kedua-duanya terlalu advance berpandangan jarakjauh dan jarakdekat amat bijaksini lagi bijaksana. Lanun Laut semasa di Kementerian Kewangan meninggalkan mal dan jasa tak mampu kira oleh kalkulater biasa kepada anak menantu dan kroni. Begitulah juga Penyamun Tarbus telah menyerah harta rampasan yang banyak kepada keluarga dan kroni seperti itu juga.


Antara kepentingan diri dan negara.

Rakyat kebenggongan bertanya kini, apakah menteri-menteri UMNO sekarang menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat jelata dan negara atau khusus dan khas untuk mengkayakan dengan mal untuk anak pinak menantu dan kroni? Atau kepentingan negara dan rakyat kemudian dari keutamaan anak pinak menantu dan kroni? Projek mega yang anak pinak dan kroni sebagai pemilik punya kepentingan ianya dipertimbangkan mudah kelulusan tanpa perlu mengikut peraturan dan undang-undang seperti membuat cucoq kodok dan teh tarik. Minta boleh tak perlu apa-apa syarat-peraturan. Pakai runding terus seperti tok perais meniaga budu di pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Realiti ini rakyat melihat dengan mata, berfikir dengan minda terbuka dengan info maya iT yang kerajaan peplupuri.
Tidak perlu dipeturunkan disini projek-projek mega naga yang telah dulu, kini dan seterusnya dijanakan atas kepentinga keutamaan anak pinak menantu dan kroni. Kerana rakyat umum telah sedia maklum dan sedia mengetahui. Rakyat marhen berjaya melihat kejayaan-kejayaan projek mega naga tersebut, cuma sebagai penonton, itulah kejayaan sebenar diterima dirasai oleh rakyat. Ianya berterusan, sila kita rujuk di Kementerian Pertahanan dan di Kementerian Kewangan yang kedua-dua kementerian tersebut mempunyai rangkaian mal yang berantu. Kerana kedua-dua kementerian itu menguasai mal harta diudara, dilautan samudera permukaan maupun diperut buminya atas bumi dan dalam bumi.
Cacamerba - Eurocopter C-725.
Sekadar disentuh bagaimana rupa gelojoh dan kalut serta tergesa-gesanya MP terdahulu DS Najib meluluskan pembeliannya dengan penuh kontrobasi yang jejik seperti najis mughalazah. Pasti kelulusan tersebut mendapat sepenuh kepercayaan kebenaran kerjasama dari bekas Menteri Kewangan terdahulu, cukup cantik, cukup bergaya dan sengsara rakyat melihat begitu cara kelulusan projek naga mega kepada anak keluarga. Ianya dimangsakan atas kepentingan negara dan kepentingan pertahanan dan kedaulatan negara yang kita tercorot dan dibawah kemampuan pertahanan Singapura dah lama kita tahu hal ini.
Jijak saya kaki kepintu Kementerian Kewangan oleh MK yang baru juga TPM terus memperkasa CIMB dan memangsakan KWSP untuk syarikat di Khazanah Nasional. sungguh effektif berdayamaju dan sungguh-sungguh menjalankan tugas, rakyat dan negara amat berbangga dengan anda Menteri Kewangan-TPM DS Najib? Negara pasti bangga mempunyai bakal PM yang rajin cepat pantas tanpa menunggu atau menangguh kerja-kerja membantu naga yang sedikit letih.
Benar dan pelek, sebaik PAC yang diketuai oleh MP Padang Besar DS Azmi Khalid memanggil untuk memulakan soaltanya berkaitan Eurocopter C-725, tub tub tub menjelang pertemuan tersebut, PM jua Menteri Pertahanan yang baru Pak Lah Badawi telah membatalkan pembelian heli tersebut. Sedangkan beliau adalah ketika itu Menteri Kewangan yang meluluskan pembelian tersebut, kenapa ini berlaku? Apakah Menteri Pertahanan la ni jua Perdana Menteri YB DS Abdullah Ahmad Badawi akan membatal dan menghalang PAC dan BPR membuat siasatan? Atau siasatan sekadar untuk menyelesaikan untuk menafikan kecurangan yang berlaku? Rakyat menanti jawapan benar yang telus bukan yang tiris dan berbelik.

Sunday, November 2, 2008

YB ZULKIFLI NORDIN - KOSMETIK YANG LUNTUR


Sirih keganggang, pinang ketampuk dan belut kelumpur.


Dari UMNO anda datang; kepangkuan UMNOlah YB Zulkifli Nordin pulang; bak sireh kembali keganggang umpama belut pulang kelumpur. Kocakkan air ditelaga dan dikali, telah ku kenal haruan atau keli serta berat timbang dacingnya sekali. Lebih sepuloh tahun perjuangan tempelan kosmetik yang anda telah sekian lama menyaji serta pupuk dan berkuk kreatkan dengan bijaksana issu murtad yang menimpa keatas Aishah - Citybank yang menganut Krestian. Tempoh sepuloh tahun yang lalu maka anda telah mendaki dan mencapai sukses dan berjaya menanganinya. Maka anda telah menjadi wira dan juara disebut setiap masa ketika itu, Alhamdulillah, terima kasih.
Kesian Akhie Ustaz Idris Ahmad (ketika itu berjawatan TKDP PAS Pusat) menjadi spring partners anda bersama-sama dengan perefomasi yang lain, termasuk aku yang tua. Dikelentong dikelabukan anda sebagai alat rakit dan pelampong untuk mencapai hasrat hati yang tersembunyi untuk mencari sesuap nasi dan secebis pangkat dunia secara maya. Di Mesjid Jamek Kuala Lumpur telah menjadi saksi, disitulah sebahagian diantara gelanggang anda mencari dan telah mendapat tempat sebagai wira pejuang Islam yang berani dinamik, progresif berketerampilan memperjuangkan isu umat Islam sering tak tumpah umpama Hasan Bani Sadar di Farsi.

Sepuloh tahun dulu anda setiap masa bermukim di Masjid Jamik tersebut saban waktu menjual diri untuk mendapat pasaran dan sanjungan, amat waraq dan zuhud mengalahkan Profesor Dato' Dr Haron Din. Pertunjukan petah berbicara, berapi menyala dimuka, maka anda telah memperolehi itu semua dari penyokong 'Reformasi'. Kabin di Mesjid Jamik tersebut mejadi saksi. Anda memiliki kunci tersendiri bebas berkuasa untuk menyalin salin pakaian. Berjubah bertasbeh berkuliah untuk menunaikan solat tidak mis berjemaah. Anda amat hebat sekali, kini sudah lama jemaah Mesjid Jamek merindui anda YB. Usahlah belit dalam tindakkan anda nanti ia melilit terik akan menjadi perik, akhirnya pasti anda menjerit serta terpekik sakit.
Ketika itu saudara adalah diantara pemuka penguasa Mesjid Jamek tersebut bersama mantan YA Tan Sri Kamaruddin Azmi. Ya! Aku diantara manusia tua (hampir 20 tahun sebelum berpindah ke Padang Serai) yang sentiasa bermukim dimesjid tersebut sebelum anda YB Zulkifli. Sesungguhnya aku telah menyaksi kepelbagaian makmum di Mesjid Jamek. Aku merekodkan kepelbagaian tingkahlaku pengunjung mesjid tua tersebut. Hampir dua bulan anda menjadi wira mengepalai tunjuk perasaan bersabit murtadnya Aishah tersebut yang sekarang entah kemana.
Menjadi pertanyaan dan keheranan akan ramai dikalangan perefomasi dulu, rupanya kini baruku tahu semuanya adalah alat anda mengatur langkah membuka melebarkan cita-cita yang terpendam dikala mata lebam harga saham anda di KLSE melaba dan menjadi. Betualah anda bernama Zulkifli Nordin yang menoreh dibelakang reformasi mendampingi barisan peguan DSAI, semuanya anda berhasil dan menjadi, untuk dituai kini.

Kini ramai dikalangan jemaah reformasi ketika sessi perbicaraan DS anwar Ibrahim dahulu, andalah wiranya. Anda mendapat perhatian dan anda ditatang oleh ahli jemaah Mesjid Jamek kerana anda adalah diantara Peguambela dalam menghadapi pembelaan pertuduhan kes DS Anwar Ibrahim. Mahkamah dan Mesjid dipisahkan oleh cabang persimpangan Sungai Gombak. Ketika itu saudara Zulkifli anda amat dihurmati dan amat bijak anda menjual diri dan mendapatkan pasaran, samalah seperti promosi kosmetik Zaitun atas jenama halal Islam. Samalah perjuangan saudara yang amat gah gegak gempita bak garuda membelah angkasa.
Lakonan kosmetik anda telah mempersona dan mengelabui mata dan minda hinggalah belum bertatih anda dinobatkan menjadi YDP PAS Bandar Tun Razak. Almarhum Pak Din Hancur yang mengenali PAS di Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan sejak PSJ Haji Mohd Subki Latif, zaman saudara Wan Azman menjadi KP PAS WP, termasuklah almarhom Paksu Hussein Yaacob (ibn Muslim) pun tercorot dan terkebelakang dari anda. Saham anda dilabur menjadi dan menghasikan keuntungan. Anda menjadi sifu anak muda sepuluh tahun dulu dan kini mereka celaru dengan sifu mereka, kenapa? Depa kini menyampah dan meludah bila nama anda disebut. Aduuuuuuuuuuuh! Hebatnya anda.


Licin belut licin lagi anda.

Menjelang PRU12 anda berkelana menjadi calun Pakatan Rakyat melalui dan menerusi Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh YB DS Wan Azizah Ismail. Kenapa anda tidak mahu bertanding mana-mana kawasan atas nama PK tetapi dari parti anda sendiri menganggotainya iaitu PAS, kenapa? Kerana anda telah dan sedang mengatur aginda pribadi. Saudara tidak mampu tibai dan pukoi PAS dalam semua perkara, anda setahun jagung cuma, ilmu agama cuma setitik, istiqamah punah dan musnah.
Maka bertandinglah Zulkifli Nordin mewakili PR di Parlimen Kulim-Bandar Bharu. Diatas kesapaduan kerjasama usahasama bahu membahu dikalangan komposisi PR maka Zulkifli Nordin bergelar Yang Berhormat ahli parlimen Malaysia Kulim-Bandar Bharu, sekalipun ianya goyah dihari penamaan calun dan disisi masa bantahan. Kemenangan tersebut membawa kepada anda melarikan diri dari pengundi dan petugas-petugas yang membantu memenangkan anda dalam PRU!@ 8 Mac 2008 yang lalu. Rupa-rupanya anda adalah jenis belut yang pulang kelumpur.

Sekalipun anda mencapai kemenangan, anda sebagai pengamal undang-undang pasti mengetahui padah keputusan dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi pilihanraya bersabit kesalahan anda lakukan. Anda jua mengetahui akan letak duduk dan takdir jatuhnya berkaitan skes dari awal lagi penolakkan dilkukan kerana anda yang keras keng dan keras kepala mengabaikan dengan tidak menghantar selepas tiga bulan PRU11 2004 akan peristiharan perbelanjaan pilihanraya kepada pehak SPR. Jenis peguam yang tuam, tidak beramanah mengabai dan longlai kata lain besar dan keras kepala minda.
Inilah petanda awal yang anda tidak beramanah dan bertanggunjawab dengan diri, amanah dengan PAS tentang hal ini Anda terlalu bijaksini langkah bijaksana, seolah-olah anda cuma seekor angsa bukan peguam yang berwibawa. Sebagai peguam dan pengamal undang-undang yang langkah bersimpang dan tidak berakal panjang dengan menguasai banyak gelanggang perjuangan; tempelan kosmetik dan cari makan. Beralaskan minda kaca anda, untuk meluluskan benang dikelendan maka anda menampakkan semua pemimpin PKR tidak berjuang mempertahankan Islam dan mempertahankan Melayu.
Jelujur ucapan anda tentang Islam amat bernilai tinggi. Tetapi sekiranya dihayati ianya adalah belitan dan lilitan ular lidi. Sekadar memugar membuka jalan untuk selamatkan gelaran dan mal sebagai MP pasti terjamin dan menjadi, caranya mana? Pastilah UMNOlah kembali kestation lama baru, yang asal untuk berkelana. Beliau pasti akan diangkat mengantikan Al Imam Islam Hadhari Abdullah Badawi yang nak tinggal parti Mac 2009 ini. Usahlah anda bermimpi menjadi menteri pasti anda diletak tempat terhurmat dikoridor-kaki5 bangunan UMNO-PWTC the time is coming.


Cagar jasad, kembalikan mal dan pangkat YB.

Rupa-rupanya anda adalah dari jenis spesis mahluk yang rendah nilai dan harga diri dalam ertikata yang sebenarnya. YB Zulkifli Nordin merupakan MP yang tidak punyai kudrat keyakinan dalam menghadapi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Pilihanraya kerana beliau yakin kesalahan beliau mampu dinafikan menjadi MP. YB Zulkifli ini sememangnya tahu dirinya yang buruk bahawa Pakatan Rakyat pasti tidak menamakan dirinya untuk mempertahankan kerusi Kulim-Bandar Bharu tersebut. Ia beriman dan amat mempercayai kenyataan ini yang dirinya pasti tidak biberi kesempatan kali kedua bertanding. Kerana PR mempunyai peganti yang 100 kali baik dari dirinya, dan yang ini pun ia mengerti lagi mengetahui.
Maka dengan itu, jalan selamatnya adalah melacurkan diri seperti pondan tua dibelakang mati sekitar Chow Kit. Belia bermain yoyo, bermain dam ular kong kong kalikong. Maka YB Zulkifli Nordin pun kembali menemui mahagurunya yang lama sahabat karibnya iaitu beberapakali yang pasti menemui DS Najib dan memaklumkan untuk menambah kerusi parlimen untuk BN dengan cara ia menganggotai UMNO maka muktamatnya pendakwaan ditarik balik maka menang mudahlah Sheik Aziz menjawat Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar-Bharu dll intensif tukar ganti kedudukan.
Bukan saya membuka tuduhan tetapi saya dikhabarkan bahawa beliau telah kembali menyertai semula UMNO dan menjelas fee pengkerasnya. Itulah nilai harga Zulkifli Nordin. Maka jasadnya telah digadai kepada UMNO-BN melalui cara penyerahan surat perletakkan jawatan sebagai MP Kulim-Bandar Bharu bertandatangani tanpa tarikh yang diserah kepada DS Najib. Kini YB Zul ditandu oleh Najib dan korolah Zul sekarang sehingga tiba edah yang dipersetujui Zul - Najib.
Maka terpaksalah Zul turun darjat nilai mertabatnya menyalak dan berkukok, mengaung dan mengebek mengikut skrip yang dibuat oleh DS Najib menghala salakan kepada PKR untuk masa ini. Mungkin akan berkembang menghentam PAS dan DAP, sama-samalah kita tunggu episod selanjutnya akan ending cerita ini. Itulah harga dan nilai UMNO-BN tarikh dari pendakwaan dengan jalan pintas membeli langsung YB Zulkifli Nordin MP Kulim-Bandar Bharu dengan harga tiga kepiang suku. Murahnya, pasaran jalang Bukit Bintang pun lebih harga dari itu, seperti apek membeli babi dikandang.
Zulkifli!!!!!! Anda sememangnya memperakui dan mengistiharkan bahawa sememangnya saudara tidak layak berada dalam Pakatan Rakyat kerana kecurangan. Sejarah pasti dicatat oleh anda, anda akan berada dicoridor-kaki lima UMNO. Dimana Ustaz Nakhanie Ahmad? Dimana Ir Mustapha Kadir? Dan dimana lagi mereka dari Parti Keadilan seperti Roslan Kasim, dan pendakwa cucu Tun Ghafar Baba, dimana semua mereka ini. Pastilah anda Zulkifli mengekori penghinaan seperti mereka, sejarah, masa dan keadaan menentukan.
Ana yakin, ana mengulangi InshaAllah anda dan DS Najib akan tercicir dan ketinggalan dan InshaAllah pasti Pakatan Rakyat diizinkan Allah menubuhkan kerajaan baru PAKATAN RAKYAT sebelum Mac 2009 menggantikan UMNO-BN, InshaAllah. Piiiiiiiiiiiiiiiiiila Zul setitik pun Pakatan Rakyat merasai kekurangan pimpinan. Piiiiiiiiiiiiinya anda akan dijana dengan kenduri pisang dan PAS-PKR akan kenduri kesyukuran dengan kurbankan kambing, lembu kerana anda menjadi katak bersama King of frog from Gold Sand. Lompat lompat lompat jatuh dalam lubang jamban dulu-dulu. Zul selamat piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dekat UMNO. Hidup Zul Hidup UMNO!!!!!!!!!!!!!!! hidup apa dah menghampiri liang lehat.