(BAHAGIAN
1)
KAPAN USTAZ HADI
TAK AKAN IKTIRAF AMANAH, APA LAGI ERDOGAN????
Rencana : Ibn Abdullah al Awab
Tarikh : 5 August 2016
– Khamis
Hebah dengan megah
Pas seusai muktamar di Kuala Selangor, perwakilan
sahkan Haji Hadi menjadi penguasa pemutus yang muktamad. Haji Hadi ulamak dunia
No 2 di posisi haraki selepas Dr Yusoff Qardawi boss beliau. Seperti dicanang oleh
penyokong tegar dan penyokong kampong Hadi lanie, bila berhujah untuk rendahkan
taraf ulamak dalam kepimpinan AMANAH. Dimana
sahaja peluang untuk membelasah dan merendah lawan mereka. Selain daripada
Hadi, TP , NP, AJKPP, jauh lah PSJ, apa diperkatakan mereka, ianya sekadar ‘pendapat
pribadi’ tidak punyai nilai dan kuasa mewakili parti. Ketika memberi pandangan
keatas sesuatu issu yang segera untuk ditangani. Mereka spesis pemimpin yang bisu
kerana tidak berkuasa untuk bersuara. Kini Hadi ngam berganding dengan Dr Haron
Din, umpama regu klasik Laila dan Majnun, dalam merealisasi halatuju Pas sekarang.
Ahli dan penyokong tegar Pas, mereka terlalu
sanjong melambong tinggi dekat Hadi Haron, angkat Hadi Haron macam seperti maksum.
Apa saja datangnya daripada Hadi Haron wajib dipatuhi sepenuhnya, tidak sesiapa
boleh pertikai engkar. Pantang ditegor untuk berbeda pandangan dan mengkritik. Pasti
bergema cerca, anta tidak walak ulamak. Hadi seorang sahajakah demimpin dalam
Pas? Tetapi heran, ajaib juga ya! Hakikatnya
ramai rakyat diluar sana tolak Hadi dan
Haron sekarang cukup besar dan melebar dalam Negara. Seiring dengan kebencian
rakyat dekat Najib1MDB menjangkiti benci itu kepada Hadi dan Haron. Rakyat
Negara yang dok peleceh pelekeh Hadi dan Haron. Kerana beberapa faktor yang berfakta
tidak ditangani, melilit dan membelit. Ianya mengundang rakyat marah benci,
kerana berkaitan rapat dengan integrity dipandang sepi. Kerana Hadi Haron
mendampingi Najib1MDB.
Hadi sekarang, letakkan Pas mengikut
selera dan citarasa mutlaknya sebagai kata pemutus. Yakni wajib semua pemimpin,
ahli akor dan menerima tanpa perlu perbincangan dan berhujah terhadap keputusan
yang beliau putuskan. Hadi adalah
general empat bintang, keris berselang diatas bahu yang mengeluar perentah
bukan menerima perentah. Kuasa Hadi dalam Pas sekarang wajib diluar sana
mengetahui sepenuhnya. Saya ulang sekali lagi, Hadi adalah general empat
bintang, keris berselang diatas bahu yang mengeluar perentah bukan menerima
perentah. Pantas bergegas, Hadi guna gear 5 bawa Pas berganding dalam Blok Ke 3
bersama parti kerdil yang terpencil dalam mengisi arus politik Negara semasa.
Ikatan perjanjian kerjasama politik matang, diantara Ulamak gandingan Mamak
vateran. Kini Blok ke 3 macam 7 sibuta meraba, membuat rumusan rupa bentok
seekor gajah. Hati mere hati.
Dikhabarkan menjadi barua politik dan
broker projek, mendampingi umNO(baru)bN
iaitu Najib1MDB. Mereka berselindung jawatan politik dan title. Mereka gagal
untuk membela diri sendiri dari menafi semua
tudohan adalah fitnah. Bertujuan untuk jatohkan reputasi mereka dimata rakyat
Negara. Mereka meniru Najib1MDB menjawab depan wartawan menafi, bukan berani
naik mahkamah untuk bersih diri dari tuduhan dan penghinaan. Malu dengan pemimpin
DAP dan PKR, kalau reputasi mereka dicemar, mereka kemahkamah menuntuk keadilan
keatas lawan musoh. Tetapi tindakkan jantan sebegitu, tidak terdapat dalam
kamus kepimpinan utama parti agama tertua Negara. Kenapa ya! Adakah kerana tidak
ada atau tidak cukup bilangan saksi dan sememangnya reality untuk tidak mampu
mempertahan dan menafi semua tudohan dimahkamah? Makanya biar sahaja tuduhan
berterusan jadi sapi biri-biri kenyang? Mereka bab-bab integriti ini letakan
Najib1MDB sebagai sifu dan mahaguru. Barangkali juga mahkamah kafir harbi?
Saya masih ingat dengan segar sebelum usai
muktamar dahulu, Hadi telah mendakwa dengan yakin secara terbuka, “Sekelian pemimpin Pas telah mendapat tapisan
dari Tuhan”. Jadi saya bersangka baik dengan berpandangan sihat; pastilah
juga seiring dan sejajar dengan pemimpin kanan Pas telah mendapat tapisan Tuhan,
makanya tentulah juga, saheh sekelian baki
ahli dan penyokong tegar Pas sekarang juga
telah mendapat tapisan dari Tuhan. Sah, ahli dan penyokong Pas pasti
setuju dengan pandangan saya, tentang ini. Setuju????
Setelah Haji Hadi Berjaya belah dua Pas
secara resmi dalam muktamar, beliau bertindak pantas, keras menentang PH - DAP,
PKR dan AMANAH. Samada Hadi iktiraf atau tidak, AMANAH telah menjadi saingan
sengit kepada Pas dengan memontem yang digarapkan. Disaat itu ramai pemimpin
Pas selepas Hadi, mereka perhati dan meneliti tempoh setahun, AMANAH mendapat
sambutan hebat, sebutan dikalangan anak muda tampil memberi sokongan, menghulur
sumbangan dan kepakaran. Lebih dari itu mereka menganggotai AMANAH diseluroh
Negara. Rakyat Negara saksi dan berkoreksi, mereka yang aktif membena AMANAH
ini, ketika Pas berada dikemuncak, mereka inilah juga yang aktif merentas
negeri, Negara dan dunia memperkenalkan Pas diperingkat Antarabangsa. Rakyat
bermaklumat dan celek pintar maklumat semasa, melihat dan membuat penelitian
untuk mereka menyokong. Pas atau AMANAH!!!
Negara memerhatikan kejutan sokongan
serta sambutan dikalangan ahli PAS menyertai AMANAH yang bersekala besar,
mengusar dan merisaukan TP Pas TITM seperti disahkan oleh SUA Pas berkaitan
rekod ahli Pas keluar melebihi jumlah 200,000 selepas muktamar, sebaik PARTI
AMANAH ditubohkan. Justeru TP Pas TITM menganjurkan GENCATAN SENJATA. Tetapi
pendapat TP TITM dicerca ditolak dengan perasangka burok menghina oleh sekelian
pewalak Hadi Haron. Ianya tidak tamat disitu, akan saya bicara selepas ini. Pandangan
umum secara kasar terhadap sikap keras Hadi dalam menghadapi melayan pemimpim
AMANAH dengan kebencian dan sinis. Menyebabkan sebahagian ahli Pas tidak
dapat menerima, kerana mereka telah lama
bersam dengan pemimpin Professional-NGO, mereka berganding menjelah Negara
menjual Pas.
Saya sekadar bergurau, sebab Haji Hadi sering
juga bergurau berok secara terbuka, ada yang luka dengan guruan Hadi. Kalau
Haji Hadi masih bergigi asli tidak bergigi palsu macam lanie!! Dengan penuh marah
dendam yang membuak berbuih seperti Henessy sebaik penutup dibuka selepas
digoncang, lantas buihnya membuak mengalir keluar. Itulah ibarat marahnya Haji
Hadi. Maka barang tentu penama seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayoub, Khalid
Samad, Dr Hatta, Dr Mariah, Husham Musa, Dato’ Cikgu WARWA, Dr Mujahid Rawa, Ir
Nizar, Dr Zulkifli, Mazlan Aliman, Dr Hamzah, Syed Azman, Dato’ Dr Ismail
Salleh, Dato’ Ir Phakorazi dll akan dimamah, dikerkah dikunyahdan ditelan oleh Hadi
tidak bersisa walau suku jasad.
Antara
simpati - keinginan hati
Kepimpinan Paslah sebenarnya mengundang
rakyat lintang pukang, diatas kenyataan berpoliitk matang. Doktrinkan ahli
pengikut membabi buta menyokong pemimpin, dengan syurga neraka ulamak
pertarohkan untuk kekal sokongan dan kuasa. Bila Hadi Haron melihat rasuah,
penyelewengan dan kezaliman penipuan, boros mewah melampau berbelanja menjana kehidupan
dengan dana Negara, oleh Najib1MDB bersama-sama Rosmah, Jho Lak. Bergandingan
dengan kroni dalam dan luar negara melanun dan menyamun harta khazanah Negara macam
harta kepala emak bapak mereka.
Maaf cakap bicara, rupanya kepimpinan utama
parti agama Pas terlior dengan pekerjaan KLEPTOKRASI Najib makanya dengan
segala cabaran dan penghinaan keatas Najib1MDB wajib kita pemimpin agama
apalagi pemimpin parti bertunjang agama, jangan mendiamkan diri. Jadi, tampillah
Haji Hadi dan Dr Haron Din menjadi
pembela tegar kepada Najib1MDB bersunggoh-sunggoh. Ketikamana Najib1MDB
merealisasi PM1M’sia Menteri Kewangan @ Presiden umNO(baru) Pengerusi bN
berlandas KLEPTOKRASI menyeleweng mengurus amanah pentadbiran dan pengurusan
kewangan Negara untuk 1MDB, mereka pandang tengok sebagai perkara biasa tidak
apa-apa menjadikan ia cemar, kotor danor. Tidak pekerjaan durjana malapetaka
celaka sebagai musoh wajib diperangi dan dijauhi disudut agama.
Yang selama ini mereka dok kilit kepit
kitab dan tafsir naik turun mesjid dan surau mengajar membicara hokum kezaliman,
kemungkaran, penindasan, rasuah, penyelewengan, durjana durhaka, pengkhianat
dan sebagainya akan berdepan dengan pembalasan diakhirat. Perkembangan politik
semasa Negara, Hadi Haron terlupa itu semua seketika. Eh! Eh! Eh Ulamak,
tergamak jadi begitu. Darah Melayu Nusantara naik membara dimata dan didada
Hadi Haron. Menyaksiakan rakyat Negara dan dunia menghina Najib1MDB ditibai disakai disegenap penjuru.
Termasuk datangnya dari dalam kelambu umNO(baru) itu sendiri, jadinya Najib1MDB
mestilah dibela dipertahankan.
Disinilah hati kecil Hadi dan Haron
cair seperti lilin ditengah panas terik. Kami berpadu tenaga hulurkan pertolongan
kepada Najib1MDB kerana dia sebangsa, ya! Sebangsa dan seagama, makanya kami
petaroh maruah harga diri tampil dengan tanggungjawab menghulurkan bantuan dan
pertolongan kekuatan dan moral kepada Najib1MDB wajib kami bantu, wajib kami
selamatkan. Hebat mereka ulamak sebagai imbang semak, naik lemak lemas diabui
dengan harta kekayaan yang nafsu itu tidak
bertepi dan bersempadan.
Umpama jalang di CKR, jantan 45 kg, 80
kg, 180 kg hatta 220 kg, bersaiz SL waima saiz XXL apa kukesah aku mampu hadapi, asalkan fulus lulus fee RM2.6B
diberi. Malu maruah dosa pahala kemudian kira tolak ketepi. Kita ada panduan
agama bab taubat nasuha nanti kita buka kitab semula. Saksilah ahli politik
dari mana dia asal, Dr, Ar, Ir maupun pemegang kunci agama dia seorang ustaz
diangkat keloi jadi Tokguru. Tokguru atau popular ulamak. Anak aku cerita kawannya
belajar setakat tingkatan 5, masok Kolej Swasta buat Sijil Akaun. Tak lepas nak
lanjutkan keperingkat diploma, tak berkelayakkan. Bekerja sebagai kerani akaun
di Firma Akauntant di Johor. Balik kampong dia jaja bekepoi, canang dia seorang
bekerjaya Chartered Accountant. Bergaya dengan kenderaan Alphard dan bininya Vellfire. Orang kampong melompong.
Begitulah pelajar agama yang tercicir belajar
diluar Negara dalam Negara. Samada tidak dapat memikul atau gagal pepereksaan. Mereka
kembali ke tanah air tanpa pengiktirafan dengan sekeping ijazah. Kecualai beg
pakaian, walau 4 – 5 tahun mereka ke Asia Tengah dan Timor Tengah juga di
Pakistan. Pasti mereka tidak berkelayakkan berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,
tidak memenuhi syarat. Sebaik kembali ke Negara, mereka mula berjinak dan
menghampiri Pas perengkat bawah dan seterusnya. Dalam keadaan begitu tidak
perlu masa lama, dengan pakai lambang agama dan bicara kalimah Arab kerap, akhirnya mereka dinobat ostaz, diangkat ulamak
sekilas Tokguru. Dengan variasi cantik mereka mengajar dimesjid. Menempik
kafir, murtad tidak walak ulamak, keluar jemah dan sebagainya bila berkuliah. Yang
asli kita menerima dan akor, yang temple ulamak kita kais tolak kelongkang.
Kita rai ulamak, tetapi singkir ulaq dalam semak.
Disinilah tercicirnya pengikut ahli
bawah untuk mengenali pemimpin mereka, mereka terpedaya dengan pakaian,
terpersona dengan jubah terjuntai menyapu lantai, serban membelit dikepala,
petah dan lincah maki hamun dan menghina orang lain. Diperkuatkan hujah dengan sepotong
ayat al Quraan dan sebuah Hadis dan bidalan Melayu. Punah buat tafsir dengan
ala sombong lagi samseng Kampong Dusun dalam mesjid surau broo. Kerana serban
kepiah dan jubah menjadi sempadan ukuran ilmu dan takwa. Rakyat dibawah, ahli
yang ilmunya perengkat Tadika Kemas, meleleh air lior terpersona tengok gelagat
manusia biasa yang dinobat ulamak. Bila orang lain tidak turut terpersona dan
memanggil mereka ostaz, tokguru, kiyai, lebai dan sebagainya mereka marah. Tak hurmat
tidak walak ulamak. Marah benar kerana tidak memanggil seperti geng mereka
memanggil memuja mereka. Aduuuuhhhh!!!!!
Respon sedetik Hadi Haron menyokong
menyelamatkan Najib1MDB, Negara macam terhempas geruda raksaksa, ramai rakyat
Negara kaku bengong tengok Hadi Haron lawan putaran jam . Mereka menjadi wira
diundang untuk memberi nafas akhir dan menghulur serandang sokongan dititik
akhir hidup dan penguasaan Najib1MDB di Putrajaya. Api perkauman Melayu mesti diatas dijaja seperti di pasar
malam. Hadi Haron nampak tengok melalui
sudut tepat kitab Najib1MDB Presiden umNO(baru) Pengerusi bN adalah pemimpin
yang sesuci. Najib1MDB diselamatkan bukan dinyahkan dari Putrajaya. Peranan
Hadi Haron, telah selamatkan sementara bungkusnya
Najib1MDB serta selamat sementara kerajaan umNO(baru)bN. Tindakkan Hadi Haron
cukup berjasa besar kepada Najib1MDB, dan Hadi Haron telah dapat laba diatas
perniagaan menjadi barua politik dan broker projek.
Kelahiran
AMANAH, tuntutan bukan dasar keciwa.
Pernyataan saya disini, lahirnya AMANAH
itu sendiri adalah respon padu yang solid kental, sebagai pejuang tulin bukan
kumpulan keciwa setelah setandan mereka disingkir, dengan diringi sarat doa
berat doa penuh dengan sumpah penghinaan. Doa sebegitu telah diamin! Amin! Amin!
Amin dengan mendapat restu Hadi Haron mengaminkannya. Masih ku ingat, mereka
tersungkor seramai 18 orang dari sejumlah 24 pemimpin AJK Pas Pusat. Fenomina ini tidak pernah berlaku dan terjadi
oleh mana-mana parti politik dalam dunia. Tetapi ia berlaku dalam Negara kita
dizaman kempen langit terbuka Pas walak ulamak.
Benci, hina sangat ulamak dan ahli
bersekali dengan penyokong dekat
pemimpin Professional-NGO. Progrem singkir pemimpin Professional-NGO, akhirnya
mereka telah mencipta rekod dunia politik dengan penuh kehinaan. Mereka menuai
setelah 2 tahun lebih mereka semai kebencian terhadap pemimpin Professional-
NGO, mereka go berkerat rotan berpatah arang. Mereka ingat sebaik mereka
peralatkan muktamar singkirkan pemimpin Professional-NGO, pasti Pas telah bebas
dan bersih dari anasir serta bibit penentangan terhadap Hadi Haron? Sah mereka
tersalah dan silap dalam membuat perhitongan pengamatan matametik politik yang
manusia menganggotai parti politik bukan lembu ayam itik menjadi ahli parti
politik.
Diatas kertas, sebenarnya semua nama
ditinta beku kaku disitu tidak bergerak, kerana itu semua adalah rekod jawatan
disandang untuk serah dekat ROS dan rekod SUA. Hakikat semua mereka manusia
hidup bernyawa. Pemimpin yang memiliki minda yang minda mereka tidak boleh
dipasong dikepong sepanjang masa, selama
semasa mereka menganggotai organisasi parti. Tetapi manusia yang miliki roh
yang berorganisasi, pasti mereka tidak sepanjang masa dapat dikongkong dikurong
minda dan intelektual mereka. Satu saat ianya akan meletup, Hadi berdepan badi,
Haron menjadi herot bila berdepan dengan penentangan berangkai macam badai
menghempas pantai. Tunggulah, masa akan sampai.
Sesunggohnya mereka yang disingkir oleh
Hadi dan perwakilan, hakikatnya merekalah yang lama berusaha membawa Pas keluar
dari kepompong kampong, dikenali di perengkat dunia. Mereka pemimpin
Professional-NGO yang kental pejal serta diiktiraf integrity mereka sepanjang
mereka melawan umNO(baru)bN lebih daripada 35 tahun kerana kemungkaran
pentadbiran dan pengurusan kewangan. Mereka bebas diri dari rasuah dan tak
kebas harta rakyat Negara pembayar cukai. Mereka bukan jenis pemimpin jadian.
Mereka gulongan Professional-NGO bukan ustaz junior. Peralatkan pentas politik
sebagai gelanggang mencari makan, mengaut membena kekayaan dan mencari peluang
diatas kedudokkan rakyat beri dekat mereka. Akhirnya mereka menjadi lintah
darat. Mereka bukan pemimpin yang kelit kepit gendong kitab. Tetapi sanggop
menjadi barua politik pintu belakang dan barua projek nakkan kekayaan.
Jadi semua pemimpin Pas yang disingkir
dalam muktamar, yang Hadi Haron terlalu benci, dicemoh itu menyambut cabaran
Hadi Haron dengan jiwa besar bersepadu solid. Mereka bertindak semasak-masaknya, berpisah secara sah dan menuboh parti baru
diatas keperluan dan tuntutan politik Islam semasa bukan kerana keciwa. Bukan
kerana keciwa. Hasil Hadi dok ligan pemimpin dan ahli dicurigai, kununnya tidak
walak ulamak. Terima kasi Hadi! Terima kasih Haron! Kami telah tuboh parti baru
untuk rumah baru perjuangan kami iaitu PARTI
AMANAN. Sesunggohnya Hadi terpengaroh dan teruja bila dia dipuja oleh
penyokong macai tegar seusia kangkong yang baru mengangotai Pas, hatta ditandu
dipacu oleh ostaz muda darah membuak-buak mendidih untuk tidak sabar mengambil
tempat pemimpin professional-NGO, makanya slogan tidak walak ulamak itu senjata
menjadi simbul ampoh untuk menyingkir.
Minda
songsang, rakyat bengang.
Sebaik pemimpin Professional-NGO disingkir
dalam dewan muktamar di MS Kuala Selangor, sayugia diingatkan sesunggohnya
usaha kerja untuk menyingkir pemimpin Profesional-Ngo dari Pas, peranan rapi telah
berjalan dua tahun dulu. Melalui siri memburok
menyinsih pemimpin Pas gulongan Professional-NGO sejak muktamar di Johor dengan
doa laknat terhadap Timbalan Presiden Pas ketika itu Tuan Haji Mat Sabu oleh ulamak
saiz besar WP KL Dr Azhar Yaakob diaminkan diketuai Hadi. Manakala
di Kuala Selangor, direstui Hadi
dan Haron agar muktamar tolak mereka dengan membaca tahlil dan talkin. Semua
tindak tanduk macai-macai dalam muktamar direstui sepenohnya oleh Hadi, Haron
dan Dr Mahfoz. Semuanya berpunca UG yang akan menjadi pilihan perjuangan tidak
ada lagi pemimpin kanan yang menentang dan menghalang gagasan UG berjalan tanpa
diganggu lagi.
Akhirnya survey perakui serta menyakini
akan muktamar terima bulat kalau disajikan dengan sekeping cai, saf pemimpin
yang wajib perwakilan pilih. Menerusi senarai cai mengundang hasil besar dalam
muktamar. Maka tersingkirlah 18 pemimpin Profesional-NGO dari saf kepimpinan.
Hadi bersemangat dan galak muda semula. Semangat itulah Haji Hadi segera hambat
ligan teman seperjuang lebih dari 35 tahun segera keluar dari Pas jangan jadi
duri dalam daging. Hadi hambat teman yang mendampingi, lonjakkan dirinya dari
kepompong kampong merentas global. Hadi bertekad, sudah putus kasih sayang dan persahabatan
ditamatkan.
Hadi hambat teman lebih 35 tahun yang
bergandingan bergelomang bersamanya membangun Pas. Hadi ligan dan hambat mereka
seperti anjing burok kepala, terlupa segala jasa dan harta sepencarian. Hadi
kejam dan zalim. Sesiapa sahaja yang melintang dan berbeda pendapat serta menyanggah
pendapat Haji Hadi. “Anta sila keluar
Pas dan tuboh parti baru”. Ramai pemimpin diakhir muktamar dengan lelehan
air mata hiba esak dan tangis, terguris dan sebak berdukacita amat sangat yang
perpisahan pasti berlaku kerana seorang penguasa kuku besi bernama Haji Hadi,
telah hilang pertimbangan dan pedoman perjuangan. Kini, pengundi rakyat Negara
tercinta sedang scan Hadi dan Haron dengan penuh teliti. Kemanakah mereka nak dibawa Pas dalam arus perdana politik
sekarang yang mencabar lagi mendebar itu?
Diatas memulihara maruah dan harga jati
diri yang jadi bahan penghinaan berlarutan, sekelip mata, semua mereka
berstatus mantan pemimpin Pas disemua posisi, cawangan, kawasan dan negeri.
Alhamdulillah, mereka dan aku sendiri sebenarnya tidak mengambil masa yang lama
untuk hiba dan membuang air mata kerana disingkir. Tempelak dan salak Hadi
tersebut makan dalam sampai sum-sum tulang. Ianya mengundang dengan sejuta
makna perjuangan yang penuh ranjau serta berliku. Berpisahlah kita dengan
bertalak tidak dapat dielak. Kerana masinnya lidah Hadi tak bertulang, hambat dan halau
sunggoh-sunggoh pemimpin Profesional-Ngo.
Maka sekelian kami yang tidak makan umpan
dan tidak mahu telan air lior basi Hadi dan Haron, kami mengorak langkah dan
bermuhasabah, berpisah sayonara bye! Bye! Bye! Pas. Sunggoh, Haji Hadi macam
Tokwali lidah hitam. Allah tunai hajat doanya menghambat kami. Keluar kami
beramai-ramai, membawa diri sebagai wira pembela rakyat Negara dengan azam dan
tekad untuk kami membena pengkalan baru Rahmatan lillalamin. Hadi terima kasih
kerana menghambat kami, kami tahu macai dan belaci disisi mu yang umpama
temekong kerumun najis yang terapong dimuka air.
Dalam pemerhatian dan pengalaman lama
aku lalui, pemimpin ganti kini disisi Hadi Haron, pasti aku yakin sebilangan
besar dikalangan mereka tidak menahan sabar menghadapi mehnah dan kerenah Hadi
Haron. Seperti seperti kami mampu lebih 35 tahun menuruti Hadi seinci demi setapak
jejaknya. Yakinlah! Mereka tidak sehebat kami, sabar dan setia. Percayalah Haji
Hadi, tempoh terdekat mereka akan tusukmu dengan keris bogel sedepa itu, pada
bila-bila. Masa tersebut pasti tiba.
Maka lahirlah PARTI AMANAH NEGARA –
AMANAH, alternative wasilah baru, sebagai
tapak yakni rumah perjuangan kami setelah dipinggir sebaik disingkir. Subhanallah,
Alhamdulillah. Kerana sifat angkoh sombong dan bisanya lidah Hadi sendiri yang
tidak boleh berbeda dan berlainan pendapat. Tidak terdapat kamus perjuangan Hadi
berbekalkan sifat bertolak ansor sesama sendiri apalagi dengan kumpulan lain.
Pasti berkoyanlah alasan bertaraf longkang untok menolak diperkatakan Hadi. Jelas
Haji Hadi yang dukong kendong Pas berubah fesyen, dari jubah serban kebaju
gumbang dan bersongkok. Dari pedang tajam kepada menghunus keris sedepa dan
tengkulok dikepala. Dari langkah selera syahid kepada pahlawan Melayu terbilang,
bersimpoh lendik bersama Najib1MDB senyum simpul makan dalam, seperti lubang
dipalam.
Bila
integriti di tempelak
Sejajar dengan itu Hadi mengepalai Pas menjalin
ukhwah Melayu dengan Maharaja lanun penyamuan
kleptokrasi tersohor penipu no 1 dunia. Iaitu
Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN, juga PM@Menteri Kewangan durjana YAB
DS Najib1MDB untuk bersama kesyurga (mengikut petua Ostaz Taliban ahli Hadis,
AJK PP – anak Perak). Seketika mereka pertontonkan kerjasama terbuka kepada
rakyat jelata, ketika mereka mengilai ketawa, disentak ditaket keseronakkan mereka
penangan yang memalukan mereka bertitle ulamak, dulu Almarhum Ustaz Fadzil Noor
kata ‘ulaq dalam semak’.
Dakwaan DP Haji Husham Musa Adun Salor,
mantan ahli dan Naib Presiden Pas, mantan Exco Kanan KNK zaman gemulah Tokguru.
Husham dakwa secara terbuka dengan jelas pedas. 15 pemimpin kanan Pas menerima
habuan politik dari musoh politik mereka umNO(baru)bN tepatnya dari Najib1MDB. Membisu
mereka tak berjawab terhadap tudohan oleh Husham. Wajib mereka menyanggah dan
membantah membuat penafian itu-itu fitnah agar melindungi integrity mereka
punah tercalar. Jauhlah tindakkan untuk membersikan diri mereka melalui kamar mahkamah atas nama fitnah keatas
DP Husham. Tanpa bantahan dari mereka, makanya dengan tersendiri daakwaan DP
Husham punyai nilai kebenaran yang kukoh ampoh benar bukan fitnah. Mereka
pemimpin kanan Pas amat legor menerima habuan besar dari Najib1MDB dipasaran
gelap. Rakyat ahli mata denea disuroh walak ulamak istiqamah fastaqim,
sedangkan mereka mamah seperti lembu lapar apa yang ditemui membujor lalu
melintas baham.
Dengan info yang berfakta yang Husham
amat-amat yakini, bahawa dalam pengetahuannya dari sumber yang sah lagi
diyakini, bahawa seramai 15 pemimpin kanan, pemimpin utama Pas telah menerima habuan
dana besar masok kekantong pedal pribadi mereka. Sama seperti Najib1MDB
menerima RM2.6B hadiah dari tok Arab gila walau Najib1MDB auta memberi alasan
temberang bila ditekan. Disini berjayanya
Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN juga PM1Malaysia Menteri Kewangan
utama bijaklaksana YAB DS Najib TAR untuk jerat dan pasong pergerakkan politik
kepimpinan 15 pemimpin Pas mengikut acuan Najib1MDB.
Penangan pemimpin kanan Pas menerima
habuan politik dari musoh utama ketua parti kerajaan umNO(baru)bN, sudah pasti
ianya adalah langkah tepat dan betul Najib upah umpan dan denak bertujuan untuk
punah dan lumpohkan PR dari dalam melalui dan menerusi pemimpin tertinggi Pas. Bila rasuah politik bersekala besar, ulamak
pemimpin parti agama menghalalkan pekerjaan haramjadah rasuah mereka kepada
hadiah, derma dan sumbangan. Jadi kemusnahan Pas telah hampir kerana pemimpinya
bersekonkol dengan pemerentah yang mungkar zalim, dan melibatkan rasuah politik
dan barua projek yang mengundang rasuah. Sekelip mata rasuah orang ramai
kategori, Hadi tafsirkan ianya derma hadiah diatas usahnya membantu dapatkan
sesuatu. Jadi integrity mereka hancor bersepai. Rakyat pengikut buta walak
masih nobatkan mereka ulamak. Ulamak????
Pemimpin ulamak Pas berganding dengan pemimpin
umNO(baru), untuk mertabat daulatkan Melayu tegakkan Islam diatas kemungkaran penyelewengan.
Penindasan keatas rakyat pengundi bergelumang rasuah dikalangan mereka. Kini menjadi
halal bila pemimpin parti agama mendakwa mereka ulamak menanganinya menurut
kitab ditafsirkan dengan pulas bersama kilas. Dalam masa yang sama dalam
pengamatan Najib, Hadi dan Harom sahajalah yang mampu menyelamatkan dirinya
dari malapetaka 1MDB yang dihadapinya. Najib1MDB mendapat tentangan maukan
penjelasan tuntas semuanya berkaitan 1MDB, Najib1MDB membisu kelu untuk memberi
jawapan kepada pemimpin kanan umNO(baru) sendiri. Hadi Haron memiliki ramuan
doa dan hikmat sebagai vaksin penyelamat Najib perakui kepada mereka berdua.
Barangkali hikmah dan semangat mulut buaya.
Jerangkap
samar, makan mangsa
Pelandok yang lapar dahaga, ianya sentiasa
terlupa jerat. Sebab itulah Najib1MDB mendekati menghampiri Haron, Hadi dan 13
pemimpin Pas yang lain. Kerana penasihat APCO yang makan upah ratusan juta RM selama
Najib1MDB menjadi Presiden umNO(baru) Pengerusi bN PM1M’sia. Mereka telah
menemui formula herba, tentang kelemahan tuntas pemimpin Pas. Mereka akan akor
dan tersungkor dengan tawaran dan pelali. Iaitu pelalinya adalah adalah HUDUD. Haron Din kata, “HUDUD NYAWA PAS”. Jerangkap
samar jerat perangkap Najib1MDB pasang,
sah mengena dan terperangkap 15 pemimpin terkanan Pas. Disaat mereka asak ahli
walak ulamak, fastqim dan istiqamah, sedangkan mereka mamah bersekala besar
ditangan Najib1MDB.
Mereka terlebih dahulu dilemahkan
melalui habuan denak untuk menjana kehidupan mereka dengan pertarohkan Pas dan
ahli menjadi mangsa atas nama mengangkat derjat agama. Seperti diungkap oleh
Haji Husham Musa menerima habuan dedak. Home works study Najib1MDB keatas
kelemahan pemimpin Pas terpaksa jual gadai interiti. Hududlah yang Najib1MDB kait dan masokkan kedalam bakul
untuk santapan Hadi Haron dan Dr Mahfoz dan beberapa ulamak muda yang lain.
Hudud tampa dibawa perundingan terlebih dahulu dalam PR dan dalam Pas itu
sendiri mengakibatkan PR terkubor diikuti Pas belah dua macam timun Cina,
semuanya perancangan tipu daya muslihat terang Najib1MDB Presiden umNO(baru)
Pengerusi bN hancorkan PR dan pecah belah Pas, matlamat dan tujuan mudahkan
Najib1MDB tipu dan cucuk hidung Pemimpin Pas macam Man Tarok Labu Kayang, cucuk
lubang hidung lembunya sekandang dengan rotan diraut tajam, untuk kacip telinga
penanda milik di Pejabat Menatang.
Sedangkan Najib1MDB itu adalah bapak
puaka dengan nawaitu asal kemukakan HUDUD dekat Hadi Haron dan kuncunya adalah
bermatlamat musnahkan musohnya untuk kepentingan politknya selamat. Disini sama
ada pemimpin ulamak Pas jahil membaca
dan menilai dengan hazam, akan putar rangas Najib1MDB. Pas pecah dua menjadi rupanya dengan selera dan nafsu pemimpin parti
agama seperti didakwa oleh DP Haji Husham Musa. Ianya sebagai modal politik
walak ulamak ditonjolkan dengan mendapat liputan RTM, TV3 dan media kertas
utama. Tenggelamkan wajah menteri umNO(baru)bN dan sumber berita mereka diambil
sepenoh oleh pemimpin parti agama yang pantang tengok mikrofon dan bertemu
wartawan, makanya mereka menjadi tak ketahuan untuk mengodam sesiapa sahaja
yang menentang kehendak Hadi Haron dalam mengemudi Pas.
Dalam makmal khas untuk membersihkan
diri Najib1MDb dari semua noda dan dari semua dosa, mereka guna kaedah
beristinja seperti orang-orang dahulu dok cerita iaitu; Guna air kencing babi
dan air kencing anjing tadah dalam tempurong jantan, buat basok berak Najib
dalam merai untuk suci bersihkan rasuah dilaknat Allah terhadap pemberi dan
penerima. Berpindah ia menjadi derma kepada sedekah, haramjadah akhirnya
menjadi hadiah.
Pemimpin utama parti agama bila mereka
menjadi barua broker politik dan barua broker projek, mereka perolehi laba
ganjaran. Mereka menolak itu bukan sama sekali jangan gatai mulut pandai-pandai
kategori sebagai rasuah. Tetapi itu-itu semua yang kami dapat adalah hadiah
diatas usaha-usaha kami menjadi barua broker politik dan projek, ahli Pas sedia
ambil maklum. Ambik lebai, macai dikampong melompong dengan pemimpin ulamak hakikatnya
ular dalam semak.
Walau Hadi yakin, bekas pemimpin Pas
yang beliau singkir itu bukan kaki rasuah, pembelot dan sebagainya kepada Pas.
Tetapi oleh kerana mereka Mat Sabu, Salahuddin Ayoub, Khalid Samad, Dr Hatta,
Dr Mariah, Husham Musa, Dato’ Cikgu WARWA, Dr Mujahid Rawa, Ir Nizar, Dr
Zulkifli, Mazlan Aliman, Dr Hamzah, Syed Azman, Dato’ Dr Ismail Salleh, Dato’
Ir Phakorazi menentang dan tuntas tidak sependapat dan bersetuju dengan Hadi
dan Haron belot dan khianat kepada PR dengan berpaling tadah bersekonkol
menyokong Najib1MDB umNO(baru) yang sarat rasuah dan tenat nyawanya.
Diatas itulah Hadi Haron benci sangat
dekat mereka dan parti yang mereka tuboh AMANAH itu bukan sahaja tidak
diiktiraf tetapi dikecam dengan penghinaan dengan macam-macam tudohan kesat.
Malangnya semuanya dikaitkan dengan agama. Jadi kafir, murtad tidak walak
ulamak bila keluar Pas. Sedangkan mulut capoinyalah yang hambat sesiapa sahaja
tidak bersetuju denganya sila keluar Pas dan tuboh parti baru. Bila semua
menjadi kenyataan, AMANAH Mat Sabu tuboh, celaru lagi Hadi menghadapinya. Sah,
sampai kapan Hadi tidak akan mengiktiraf AMANAH.
Rencana : Ibn Abdullah al Awab
Tarikh : 5 August 2016
– Khamis