Monday, July 22, 2013

THE KULIM BALING ROAD TRANSPORT (KBRT): MENDERA MENGABAI PENGGUNA - PIHAK PENGUASA LEPAS PANDANG ATAU BERSEKONGKOL?

RENCANA DAN GAMBAR OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
11 RAMADHAN 1434H - 20 JULAI 2013










Pengenalan

Kelmarin - semalam Jumaat 19 Julai 2013 bersamaan 10 Ramadhan 1434H saya bersama isteri dan anak, sengaja mengambil perkhidmatan awam yang paling tua berfungsi khusus untuk perhubungan perjalanan diantara pekan Kulim dengan pekan Baling. Termasoklah perkhidmatan kepada pendudok - pengguna untuk daerah Baling dan Kulim mungkin mencecah tempoh perkhidmatan 40 tahun lebih. Perkhidmatan yang menghubungkan bandar-bandar kecil dengan kampong. Termasoklah perhuubungan Baling ke Sungai Petani dan sebaliknya, Baling ke Butterworth dan sebaliknya termsoklah perkhidmatan dari Baling ke Kulim dan sebaliknya.

Perkhidmatan awam yang saya maksudkan adalah THE KULIM BALING ROAD TRANSPORT (KBRT). Untuk penduduk - pengguna yang marhaein, di kawasan Baling dan Kulim khususnya dipendalaman, perkhidmatan bus henti-henti adalah pilihan utama dan perkhidmatan tunggal selama ini disamping perkhidmatan awam lain trksidan kereta sewa dan kereta sapu. Tentu pasti perkhidmatan lain dari bus amat membebankan pengguna dengan fee tambang yang cukup tinggi. Disinilah disebalik zahirnya mereka menyumbang perkhidmatan dalam masa yang sama dan serentak mereka (bukan semua) mencekek darah keringat pengguna marhaein berterusan dalam tempoh yang berpanjangan. Sampai bilakah fenomina ini akan berakhir?

Terkejut dan menjadi bengong

Sebaik saya masok kedalam bas (diantara jumlah bas-bas yang buruk dan usang kepunyaan milik KBRT) kerusi - bangku yang terdapat dalam bas tersebut saya teringat macam 40 tahun dulu, kebun nenek saya yang tanamannya terbungkas tertonggeng ranap dan sebagainya. Macam itulah saya dapat saksikan bangku - kerusi dalam bas tersebut tercabut menyembah lantai diantara bangku dan kerusi yang usang. Saya jadi terkejut, heran dan bengong. Seolah-olah saya berada dalam bas dalam tahun 1950han dahulu yang berada dijalan. Bukan itu sahaja ketika dalam perjalanan bus tersebut macam bergoncang dan bergetar, merancang muzik yang dikeluarkan oleh bas buruk tersebut.

Bukan itu sahaja, tingkap bus itu pokah, bertungkat dan ditambah sekeru dan sangkut untuk menutup atau buka tingkap bus. Disahkan terdapat bus KBRT ada yang beroperasi, bila hujan lebat macam pengguna berada dalam rumah atau kajang yang bocor membasah pakaian. Hatta itu air tiris dari atas atau yang tersimbah masok dari tingkap dan pintu yang tak berfungsi. Lebih malang lagi adalah, lantai yang berlubang yang air kotor akan menyimbah masok melalui lubang-lubang tersebut. Bukan sekadar menyiram pengguna, hatta air tersebut memancut sampai kebumbung. Ini bukan fitnah, Tetapi ianya adalah kebenaran yang hakiki.



Mehnah dan kerenah

Disinilah persoalan yang bermain dikepala saya, kenapa keadaan tersebut boleh berlaku dan terjadi sampai tahun 2013 sekarang. Bagaimana keadaan bus yang buruk dan uzur itu masih diizinkan berkhidmat untuk pengguna? Yang pengguna itu adalah manusia bukan ayam itik yang disumbat dengan keadaan lori yang kotor dan sebagainya. Kalau ayam itik itu pun sekiranya berada dalam keadaan lori yang uzur, ayam itik itu akan uzur dan berdepan dengan virus penyakit dan membawa kepada maut. Begitulah juga keadaan bus yang KBRT kemukakan kepada penggunanya.

Pada hemat saya banyak bus-bus KBRT itu layaknya telah ditamatkan perkhidmatan untuk bergerak dijalan raya sejak 10 tahun dahulu lagi atau biarlah dilakukan baik pulih sepenuhnya untuk keselesaan pengguna dan pelanggan yang memberi duti kepada syarikat tersebut. Sering bus brok ini tersadai dimerata-rata tempat rosak. Macam-macak rosak dialami yang memyusahkan pengguna dan menghalang program yang dirancang dan distinasi dituju tergendala dan terbantut, termasok kepada pelangan tetap mereka yang menggunakan perkhidmatan bus tersebut ketempat kerja. Diperkhidmatan awamdandengan swasta menjadi mangsa berpanjangan.

Persoalannya dan tindakkan

Saya difahamkan yang mana pihak kerajaan melalui beberapa agensi telah memberi bantuan dan subsidi kepada pemilik (taukeh) bus untuk membantu penyelenggaraan dan sebagainya kepada mereka. Disini saya ingin bertanya kepada pemilik dan pengurusan KBRT dimanakah dimanfaatkan, dibelanja dan digunakan wang yang diterima tersebut digunakan? Atau subsidi dan bantuan kerajaan tersebut tidak diterima dan diperolehi oleh pemilik dan pengurusan KBRT. Sebab itulah bas-bas KBRT yang berkhidmat kepada pengguna dan pelanggannya saling tak tumpah macam bus Rida yang memberi perkhidmatan kekampong-kampong tempoh 50 tahun dahulu. Rupa-rupanya keadaan bas burok dan cabok itu masih ada lagi sekarang beroperasi dengan bebas untuk penduduk daerah Baling dan Kulim.

Maka saya rasa dengan keadaan bas buruk dan uzur tersebut, barang kali,  barang pasti dan barang tentu ianya mendapat lepas mata dan lepas tangan daripihak penguasa yang mati dan pupus dengan kuatkuasa penguasaan dengan sesuatu halangan barangkali kot. Dimana PUSPAKOM yang masih meluluskan perkhidmatan dengan keadaan bas tersebut yang lulusdalam ujian pelbagainya. JPJnya pula apa hal? Atau SPAD buta dan tidak ada pegawai yang untuk menilai dan membuat perhatian dekat KBRT. Apakah nyawa manusia yang pengguna kepada KBRT tidak menjadi keutamaan berkaitan dengan keselamatan.

Bukan sahaja keselamatan kepada penumpang mungkin dan barangkali, kebajikan dan pembelaan kepada pemandu-pemandu, konduktor tiket dan kakitangan mereka KBRT ini, mereka turut mengabai disudut caruman KWSP atau SOKSO dan sebagainya.

Rupa-rupanya dalam kurun melinium sekarang dengan macam-macam wujud penguasa yang memantau tentang kedudukkan bas dan kepentingan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna terhakis dan dinafikan. 

Wallah hualam.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
11 RAMADHAN 1434H - 20 JULAI 2013