KALAU PINTU DAN TINGKAP PWTC DAN PUTRAJAYA DI KOPAK.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
16 Jamadilawwal 1435H - (Selasa) - March 18, 2014
Taji
dah tumpul.
Antara sikap cakap besar, besar cakap, cakap
tinggi serta tinggi diri dan hidung tinggi, semua-semua itu mungkin sudah
sedikit kendur keberadaan kerajaan minoriti yang dok memerentah Negara sekarang.
Tetapi ego mereka masih ada dan membara kalau pun tidak menyala. Semua-semua
itu sudah sebati menjadi perhiasan hidup untuk DS Najib RM, bini ke2nya dan
kepada sekelian pemimpin umNObarubN dulu dan kini. Disebabkan fenomina kerajaan
1Malaysia memiliki kudrat sekadar 47% sokong minoriti rakyat selepas PRU13.
Manakala kerajaan minoriti 1Malaysia dibentuk
mengendali cabinet,mereka terdiri dari yang bodoh sahaja. Mengikut kenyataan
yang berulangkali diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Muhammed (TDMM). Nasibmu
umNObaru. Barang diingat, TDMM adalah pengasas juga ibu yang melahirkan
umNObaru sebaik ia kafankan UMNO ASAL dikamar mahkamah dengan melakar sejarah
besar Negara. Bukan sahaja UMNOASAL menjadi mangsa, tetapi badan KEHAKIMAN
NEGARA menjadi punah ranah sampailah sekarang tidak dapat dipulih. Pemulihan
badan kehakiman akan berlaku hanyanya melalui bN binyahkan dari Putrajaya
digantikan dengan kerajaan PR yang baru dalam PRU14 kelak.
Sahlah TDMM dengan usianya yang panjang
dengan pengetahuan dan pengalaman politik
Negara yang mendalam cukup cekap menbaca perjalanan politik Negara khususnya
dalam umNObarubN. Suasana politik sejak
sebelum merdeka, semasa Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, semasa
Singapura bersama dalam Negara dan ketika Singapura merdeka. Saya tabit spring
dekat TDMM, kerana serba tahu dan berpengetahuan dan masih tajam kuku
tembaganya mencengkam perjalanan politik Ds Najib RM PM1Malaysia. Hebatnya TDMM
ialah memiliki hati kering dan busuk dalam membunuh karier politk musoh
politiknya walau sekalipun berada dalam sekelambu sedacing, semuanya ranap dengan penangan adu
dumba berhelah dan fitnah kubra keatas lawannya. Itulah hebatnya TDMM.
TDMM mengenali ahli parti yang
dilahirkannya sampai keusus dan sekalipun
menjadi shit. Beliau berjaya tolak buang Almarhum Tun Ghafar Baba, nyah ketepikan
Tun Musa Hitam, mencipta fitnah singkir DS Anwar Ibrahim. Tolak ketepi keluar Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Kini TDMM sedang berusaha, kalau menjadi percaturannya
DS Najib RM akan menjadi mangasanya yang terakhir sebaik selesai PRK N25 Kajang
nanti. Percaturan dan helah untuk menjulang anaknya berada dalam pemimpin utama
umNObaru di PWTC dan di Putrajaya, ketika masih ada hayatnya. Bukan sekadar
dudok di Kota Darulaman dok fikir pasai ternak kerang di Kuala sanglang dan
Kuala Jerlun, tak kesudah kalau setakat tu.
Dendam
yang tak padam.
Dalam PAU umNObaru dalam bulan August 2013
kalau tak salah saya, ianya telah berakhir dengan ada yang bengkak bengil,
lebam menanah dan berdarah. Sebaik PAU selesai dan berakhir pertarongan, ada
yang bergembira dan sebaliknya. Ramai pula yang keciwa dan berdendam dan marah
serta keciwa. Siapa? 1umNObaru mengetahui dan sebarang sedia maklum. Yang mana
TDMM marah, keciwa dan amat berdendam bila dirinya dimalukan oleh DS Najib RM
bila putranya YAB MB Kedah DS Mukhriz tewas dalam merebut jawatan Naib Presiden
umNObaru.
Bilamana DS Najib RM maukan sepupunya mesti
menang dalam persaingan pertandingan Nain Presiden. Percaturan kehendak DS Najib,
makanya sepupunya DS Hishammuddin menewaskan Mukhriz. Hatta Hishammuddin memegang
dua cabinet utama Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan. Semata-mata
untuk mengilap dan mendedahkan sepupunya melonjak kepuncak satu waktu nanti.
Kalau-kalau berkesempatan percaturan
TDMM lonjakkan pula TS MY memegang
tampuk Putrajaya menjawat Perdana Menteri1Melayu dan menjuarai umNObaru di
PWTC. Pengamatannya untuk jangka panjang menjaga kepentingan perniagaan
putra-putranya, keutamaankepentingan RDMM snediri. Khususnya DS Mukriz anak
bapak, dapat kembali mendapat tempat dalam umNObaru pusat dengan posisi
pentingdengan penguasaan yang lebih terjamin. Pemerhatian sekarang, anaknya di
Kedah itu berada dalam keadaan tidak terjamin seperti gasing berpaku longgar.
Telor dihujung tanduk.
Seingat saya TDMM dipanjangkan umur bersama
Tun Dr Siti Asmah, sehingga kini sudah dapat dibilang dengan jari akan teman
politik yang seangkatan yang seusia TDMM yang masih hidup dan aktif dalam
memberi pandangan terus mengasak menghentamDS Najib RM serta kerajaan1Malaysia
yang lemah kerana umNObaru. TDMM masih bersengat dan mampu mengugat dan mengigit mangsanya, dah
ramai mangsa-mangsa sengsara berdukacita.
Kini umNObaru dan kerajaan 1Malaysia sedang
dimoniter penuh oleh TDMM. Tun DMM mahir
dalam mengharung gelombang dan taufan. TDMM sebenarnya mampu menguasai gelanggang
sepak terajang syaitan yang nampak yang dulu dan kini menganggoti umNObarubN.
Mentaliti
kangkung
Sehubungan keadaan diatas sebagaimana TDMM sentiasa
ungkapkan berulang kali, keahlian dalam
umNObaru sekarang terdiri mereka yang bodoh-bodoh belaka. Kerana yang cerdik
pandai seperti doctor, lawyer, akitek, jenderal dan cerdik pandai lain masok
PAS, yang bodoh saja yang masok umNObaru. Sehubungan dengan kenyataan dari TDMM
tersebut, makanya sekelian menteri kabinet 1Malaysia yang dipilih oleh DS Najib
RM, terdiri dikalangan mereka bodoh. Kalau mengikut analogi TDMM. Saya memang
bersetuju 120% dengan kenyataan TDMM yang berpengalaman 22 tahun menjadi
perdana menteri dan melahirkan umNObaru yang sedang rakyat menolaknya dalam PRU
demi PRU kerana rasuah dan mesra kroni.
Diatas alasan dan kenyataan yang TDMM
ungkapkan itulah; maka menteri kabinet DS Najib RM 1Malaysia terdiri dari
menteri-menteri yang memiliki mulut burok dan mulut busuk yang tak terurus. Bila
saja mereka bercakap, ketika berdepan dengan rakyat jelata, ketika rakyat
mengadu dengan mengetengah serta membentang masalah perit susah kehidupan. Agar
ianya dipertimbangkan dengan saksama mencari jalan penyelesaian. Tentang
kesengsaraan dan kekangan kehidupan kian menekan mereka.
Keperitan hidup dan sengsaranya rakyat
membina hidup dan kehidupan, ianya berpunca bila kewangan Negara diuruskan oleh
DS Najib RM secara boros, joli, tiris dan penuh dengan rasuah. Dengan Negara
menanggung hutang dalam dan luar, Negara sedang berada pintu papa, muflis dan
bengrap. Kerana tiris dan tipu kerana menjaga kepentingan kroni. Maka
bermulalah kerajaan1Malaysia yang dipimpin DS Najib RM Nampak akan
kantong-kanton diut yang ada dalam pakit dan saku rakyat. Jadi bermula DS Najib
mengumumkan barang naik sebiji senonim nama bN dimulakan dengan petrol, gula,
elektrik dan sewaktu dengannya. Disebabkan salah dan silap kerajaan1Malaysia
menanganinya disebabkan Barang Naik harganya. Rakyat dijadikan mangsa dengan
harga barang naik dan cukai kapitalis menekan rakyat dijalankan iaitu GST gasak
sampai tumbang semata-mata kerana menjaga kekayaan kroni.
Ketika rakyat menuntut hak sebagai
warganegara tulin, sehubungan tsunami fiesta harga Barang Naik secara mendadak
dari mulut PM1Malaysia Ds Najib RM sendiri mengumumkan. Telahlanggar dan
menafikan AKUJANJI PRU13 yang lepas. Ketika berdepan dan menghadapi gelombang
tuntuntan pengaduan dari rakyat, sang menteri
buntu dan mereka kaku dalam member penjalasan. Sang menteri pupus alasan
mantap. Kakunya minda mereka menjadi pulas kangkung, kangkung pulas dan jem berfikir.
Pak Menteri tewas dalam berkumunikasi dengan rakyat dan ianya memalukan
kabinet1Malaysia. Pak menteri tertekan kerana mereka bukan cendiakawan intelek
yang menjadi menteri mengikut ungapan keramat TDMM yang lama dikatakannya.
Jadi, sang menteri mengeluar jawapan pandangan yang merapu macam anak cucu
belajar menyanyi menari ditadika KEMAS yang longgar.
Maka sang menteri kelu dan sering tersasar mengeluarkan
jawapan pantas yang mantop secara spontan.
Mereka latah dengan jawapan seperti tahi lembu kondo jatuh. Mereka jawab dengan
mulut busuk menggunakan kepala lutut. Justeru kata wak menteri, kalau tak suka dengan
kerajaan1Malaysia pimpinan Ds Najib RM hampa pi pindah kenegara lain. Cakap
berbisa balik India balik China. Apalagi Cina India mahu? Makan ikan kalau tak
mampu beli ayam. Kalau tak mau guna lebuhraya bayar bertol, guna sampan ikut
sungai. Dan macam-macam lagi menteri keluarkan pandangan balas. Sahlah mereka
menghina rakyat dengan jawapan tidak sopan tersebut.
Sedangkan sesungguhnya rakyatlah yang
mengangkat mereka menjadi ahli parlimen. Menjadikan mereka DS Najib angkat jadi
menteri. Mereka lupa yang mana rakyatlah yang membayar gaji dan segala kesenangan
yang dikecapi mereka anak bini mendapat kemudahan dan hidup dengan serba
kemewahan luar biasa macam sultan atau raja bertahta diistana. Sedangkan gaji
dan elaun sampai kejamban pun rakyat membayarnya dari hasil kutipan cukai yang
dikenakan kepada setiap individu rakyat Negara. Dan mereka membalas rakyat
dengan mengkhianati ananah rakyat, serta melanggar sumpah memegang jawatan di
hadapan SPB YDA. Kurang ajar mereka. Mereka buat-buat lupa nikmat dinikmati
mereka adalah diatas ehsan rakyat.
Cakap-cakap dari mulut burok busok menteri
semacam menjadi satu hiburan kepada kerajaan1Malaysia. Rakyat jengkel mendengar
jawapan standard kualiti seperti Mat Jenen lebih parah lagi macam Pak Pandir.
Itulah qualiti dan standard menteri kerajaanIMalaysia DS Najib RM. Rakyat
sengsara derita kerana bN. Mereka gagal menangani masalah rakyat jelata dan
memandang enteng. Lagak langkah mereka, macam mereka berdepan dengan pelarian
Burma, atau pendatang haram dari Monggolia, Vietnam dan dari lain-lain negeri bukan dengan
warganegara tulin Persekutuan Malaysia.
Jadi nak Tanya sikit disini, jangan marah.
Kerana semua-semua itu dibeli dari duit rakyatbukan dari pesaka DS Najib RM dan
cousin DS Hishhammuddin. Kapal selam dok selam dekat mana PM DS Najib RM dan
menteri sepupu Menteri pertahanan @ Menteri Pengangkutan. Jet Pribadi dan Jet
Kerajaan dah gi hantar servis?
Lidah
tak bertulang
Janji lidah bercabang seperti biawak dan
lidah itu pula tidak bertulang. Selepas PRU13, segala AKUJANJI PRU13 umNObaru kerajaan1Malaysia.
Akujanji tersebut DS Najib RM canangkan sampai dunia antarabangsa menjadi saksi,
perengkat glokal lagi parah diperkatakan rakyat. Apa nak jadi! Apa nak jadi!!
Apa nak jadi!!! DS Najib RM telah simpan naskah AKUJANJI tersebut di muzium PWTC
dan dikamar sulit di Putrajaya sebagai azimat keramat. Sahlah AKUJANJI itu
menjadi janji capati. Sekadar umpan memancing undi PRU13 kepada rakyat marhean
yang diperbodohkan oleh DS Najib RM khususnya umNObaru. Diatas kemiskinan dan
kesusahan rakyat, umNObarubN berterusan berladang membina sokongan mendapat
kerajaan diatas kesempitan rakyat dan memperodohkanmereka.
DS Najib 1Malaysia umNObaru sedang dan terus
membina kepentingan politik dengan mengaut untung setiap kali PRU. Rakyat
ditipu DS Najib RM. Selesai PRU13, fiesta Barang Naik harga DS Najib RM sendiri
yang mengumumkan kepada rakyat sebagai juara dan johan mewakili
kerajaan1Malaysia umNObarubN. Sebagai hadiah dan anugerah khusus dan khas
kepada rakyat memberi kuasa 47% majority kepadanya menjadi PM1Malaysia dilantik
semula.
Maka kerajaan1Malaysia mesra seperti kapitalis
durjana. Mereka beriltizam mengangkat menjulang kekayaan dan memulihara
sepenuhnya sekelian kroni. Kroni umNObarubN adalah pemegang penguasa pemilik
penjana elektrik, air, minyak, lebuh raya, gula dsbnya. Jadinya, mereka
bertindak naikkan harga, semuanya Barang Naik harga. Kenapa? Kenapa?? Kenapa???
Pertanyaan tersebut, ianya memerlukan satu rencana panjang yang khusus
terperinci untuk membincangkannya. Macam satu pesta perlumbaan harga mega
Barang Naik. Walaupun mereka sudah mendapat keuntungan. Tetapi mereka rakus
macam lanun mencengkam rakyat jelata dijadikan mangsa semata-semata untuk
mendapatkan duit menampung perbelanjaan negara.
Setelah ratus billion duit Negara tiris,
salahguna perbelanjaan dan rasuah mereka lakukan. Kini DS Najib Rm kerajaan1Malaysia
nampak dalam kerengkung dan pakit rakyat masih berbaki duit untuk disagat. Mereka mencekek rengkung rakyat menjadi miskin
sengsara hidup dan mereka kroni memungut laba berganda secara mudah. Mereka menekan
kepada rakyat yang sudah menjadi sengsara. Cadangan jahat keatas rakyat dengan pelbagai
cukai yang dirancangkan. Sebab itulah bila mereka mengangkat sumpah memegang
jawatan, mereka bersungguh bercawat kotea bermandi peloh. Mempertahan dan
membela penuh tuan besar mereka DS Najib RM. Rakyat ditolak ketepi.
Bilamana DS Najib dan DS Dr Hajjah Rosmah
cuba disentuh, dibelasah oleh rakyat khususnya pemimpin PR PR 52% sokongan
majoriti. Mereka menjadi macai mempertahankan apa jua dilakukan oleh wanita
pertama Negara 1Malaysia DS Dr Hajjah Rosmah MN dan kelalaian dan kesalahan DS
Najib sendiri samada didalam dan diluar parlimen. Sekalipun mauduk yang
disentuh itu ada kebenaran dan sokongan bokti dan fakta. Mereka tetap sanggah dengan
bebal dan auta. Ketika itulah mereka meracau menjadi buntu mengeluarkan hujah. Walau
ratusan billion duit rakyat dijoli tidak henti-henti setiap tahun, semuanya
tidak menjadi salah dan pecah amanah dalam mengurus kewangan.
Akhirnya terserlahlah mereka adalah jenis pemimpin
bikin luar cakap. Mereka tidak berhemah bila berdepan dengan rakyat jelata
untuk menyelesai, menangani masalah rakyat jelata dengan penuh minat lagi bertanggungjawab.
Mereka cuma sang menteri touch and go dan belah dengan kereta besar juga rakyat
yang belikan untuk mereka. Tetapi mereka tidak kabar dan sedarkan diri. Yang
mereka pandai dan bersungguh ialah mempertahankan DS Najib dan wanita pertama
Negara DS Dr Hajjah Rosmah membodek dan mengampu diluar batasan tatasusila.
Walau sekalipun wanita Pertama Negara rambut
kembang sanggul lentang mudah guna Jet Kerajaan, Jet Peribadi dengan
sewenang-wenang diguna macam taxi. Yang ini lagi sakan dok perabis harta rakyat
Negara dengan muka tak tau malu. Bedebah sungguh mereka. Ianya teratas letak
duduknya dalam pembelaan dan menangani menyantuninya. Berlainan bila Kassim
Ahmad menghina Junjungan Rasulallah Muhammad alAmin dan menolak hadis. Macai
dan pecacai yang sama menyusut dalam rambut gerbang menikus masok lubang macam
tikus tanah.
Nasib
kita rakyat.
Punah jahanam rakyat kalau menurut kata celupar
menteri dan kalau rakyat takut dengan kata ugut menteri yang DS Najib RM lantik
dengan kehendak bini no2nya. Benarlah, kelayakkan mereka dilantik disebabkan
mereka juara dan johan mega pembodek no wahid, bodek ampu. Tidak segan silu dan
malukan diri sampai perengkat rukuk cium kucup tangan DS Najib Tun Razak dan
sesetengah melaluibergayut diketiak rambut gerbang. Macam tulah juga mereka
lakukan, dikhalayak ramai. Mereka sanggup tunjuk macam sarkas depan orang ramai
dok tunduk cium tangan DS DR Hajjah Rosmah Mansor.
Ada perengkat sampai belaga pipi. Cuma tak
gosok punggung macam buyung dara yang dah tua itu. Itulah sikap-sikap pemimpin
umNObaru yang melangkah kepuncak karear politik mereka kerana menjadi macai dan
pandai kelitik mencari geli DS Najib dan geli DS DR Hajjah Rosmah. Mulanya
untuk jadi calun, dapat jadi calun dan menang nak menteri, timbalan menteri
setidak-tidaknya pengerusi CLC dan perbadanan kerajaan. Lepas itumereka akan
kipas sampai mengigil yang dikipa mereka.
Mereka
terkebil-kebil melompong bila bedepan dengan pemimin pembangkang bila
diajak berhujah berdebat dengan membentangkan fakta. Tetapi sifat memeliakan
kroni dan bini ke2nya dengan mesra touching hati nurani dekat kroni ianya
menjadi-jadi. Terus mereka membina gedung dan mengumpul mal, ianya masih subur berjalan
terus. Serba deras serba pantas macam Jet Kerajaan dan Jet Peribadi menerjah
kepelusok dunia. Tak kiralah cuti bekerja, urusan pribadi dn sebagainya.
Cakap
tak bikin
Sahlah, sesungguhnya DS Najib RM telah membelakang
sumpahnya untuk membenteras rasuah dan salah guna kuasa. Selagi gah DS Najib RM
menyalak dengan retorik untuk menghapuskan rasuah dalam kerajaannya dengan
slogan TRANSFORMASI dalam partinya umNObarubN dan kerajaan1Malaysia. Maka,
setinggi bangunan PWTC mereka mencipta bena slogan retorit, makanya rasuah
bersepah dan terus membiak macam biaknya nyamuk aedis pembawa denggi membunuhkan
rakyat. Begitulah umNObaru dengan rasuah dan salahguna kuasa mentadbir urus.
Rasuah dalam umNObaru, samalah seperti
nyamok aedis dengan denggi. Tanpa rasuah, umNObaru dah 60 tahun dulu berkubur. Hinggakan
adik kandungnya sendiri terpaksa menegur keras abangnya DS Najib RM melalui
mengkesahkan semula sifat ayahnda mereka Almarhum Tun Razak dalam satu rencana
panjang berkajang-kajang ketika mengingati ulang kematian (al Fatehan untuk
almarhum Tun Razak).
Realitinya kerajaan1Malaysia penuh sarat
dengan penyelewengan rasuah, salahguna kuasa, tiris dalam perbelanjaan mengurus
harta rakyat Negara dengan rakus tidak takutkan dosa dan pahala, syurga dan
neraka. Retorit yang sedap dan enak dipalu, ianya adalah halua telinga untuk
rakyat hazam ketika propaganda dalam setiap PRU khususnya pada PRU13 yang lepas.
Rakyat keliru dan tipu dengan AKUJANJI Bn PRU13. Kini menjadi janji capati bercicah bilis dan sading cap 3A (AAA).
Semua-semua itu adalah kenyataan. Bukan
rakyat nak tabor fitnah dan iring hati akan kayanya demo wahai sekelian para
kroni anak bini dalam komponan umNObaruBn dah 60 tahun dah bergelomang dengan
rasuah salah guna kuasa. Merekadah telah lali dan kebal dari takut, dari malu
hatta dari pembalasan dosa Allah Taala sekali pun. Kerana semua kebejatan
mereka dilapor dan disahkan oleh Ketua Ordit Negara (KON). Bukan Ya Capit Kuala
Ketil yang penuh korap panau longsor dok pandai-pandai kata tudohdekat
umNObaru. Tetapi dari KON yangdilantik kerajaan. Bukan PR yang lantik.
Rakyat,
sedarlah kita.
Ketua Ordit Negara melalui dan menerusi
laporan tahunan pengurusan perbelanjaan kerajaan1Malaysia dan kerajaan-kerajaan
negeri, disemua posisi KON bertanggungjawab membuat laporan. Laporan
Kerajaan1Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri. Sedih dan dukacita amat sangat
kerana setiap tahun penyelewengan,
rasuah, pengkhianatan dalam perbelanjaan pembiayaan pembangunan dan pengurusan
pentadbiran terus meningkat. Puluhan billion setiap tahun harta rakyat Negara
hangus berkubur sepertimana dilapor digazet dalam Laporan Tahun Perbelanjaan
Negara oleh KON. Meningkat penyelewengan dan rasuah, tiris dan sebagainya.
Tetapimereka kalis dengan undang-undang, tindakkan dan hukuman.
Realiti yang ditunjukkan oleh KON dengan
hutang yang menimbun setinggi menara KLCC Petronas, kalau dibiarkan dekat DS
Najib RM, Negara kita berdepan papa kedana. Dengan nilai RM merudum. Barang
naik angkara DS Najib nak menampung dapatkan dana untuk memerentah. Mengundang membeban
rakyat jelata dengan kos sara hidup yang melengkar dan membelit. Rakyat
sengsara menderita keranamu DS Najib RM 1Malaysia.
Tambahlah kutipan cukai setinggi PWTC,
pertambahan pendapatan seribu kali ganda dari sekarang. Bertimbun macamana
sekalipun, banyak mana pun kalau berdepan dengan kerajaan umNObarubN. Semuanya masih
sedikit dan tidak mencukupi untuk menjadikan kroni setaraf Qarun dan Haman.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
16 Jamadilawwal 1435H - (Selasa) - March 18, 2014