Sunday, December 27, 2015

BULAT AIR KERANA PEMBENTONG – TEGUH AMANAH KERANA AMANAH.

BULAT AIR KERANA PEMBENTONG – TEGUH AMANAH KERANA AMANAH.

Kita sama-sama bertekad untuk membina dan memberi nilai tambah kepada parti kita AMANAH yang usianya baru kurang lebih tiga bulan. Justeru menjadi keutamaan kepada kita, setiap individu dikalangan kita hendaklah memberi sumbangan sebanyak mungkim mengikut kebolehan, kepakaran dan kemampuan masing-masing. Sejak 40 tahun dahulu lagi, saya menyedari bergiat dalam prti politik bukanlah gedong membuat harta pusaka dan gedong bergudang. Kalau adapun, mereka adalah spesis badut dan joker politik murahan.

Saya mengakui kelemahan saya, tetapi adakah wajarnya saya gantong medium yang saya mampu memberi sumbangan berbentok rencana dan sebagainya. Ianya dapat dibaca dan dikongsi maklumat. Yang baik jadikanlah pedoman dan yang burok buang sahaja kelongkang. Bilamana suasan parti lama kita berada dalam keadaan yang burok dan membosankan untuk saya membicarakannya, jadinya hampir 2 tahun saya tidak menulis. Tetapi sebaik AMANAH dilahirkan, panggilan dan desakkan amat kuat supaya saya mengambil sikap untuk menulis. Dan saya InshaAllah akan menulis. Membicarakan dalaman kita AMANAH, diluar sana parti lama kita dan apalagi umNO(baru)bN akan saya bicarakan.

Saya menaroh keyakinan penoh, sesunggohnya kepimpinan AMANAH negeri Kedah dan AMANAH Padang Serai sebagai pemimpin perintis dan penerus, mereka mampu menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan tersusun. Aktif dan proaktif. Kita memerlukan pemimpin yang komit dan komited dengan tugas yang diamanahkan dapat dilunasi dengan penuh tanggungjawab. Manakala ahli-ahli disemua peringkat, amatlah diharapkan sekadar tidak menjadi penunton, tetapi jadikanlah diri kita penyibok kepada merealisasi AMANAH menjadi parti yang kehadapan dalam smeua perkara daripada parti lama kita. Itulah harapan kita sekarang dan seterusnya.

Saya yakin beberapa langkah susunan dengan penambahbaikan dalam usaha memperkenalkan AMANAH dengan menyusus struktur organisasi yang kemas berdayamaju disudut mendapat sambutan dari orang ramai, ianya membanggakan dan telah menuju kepada point sasaran yang disasarkan. Kita perlukan anjakkan paradigma yang bersepadu, terancang dapat dilaksanakan mengikut keperluan setempat. Kita wajar merancang beberapa aktiviti komuniti untuk semua perengkat, untuk menarik minat penyertaan orang ramai mengenali AMANAH dan pantas menyertainya, setelah mereka mengenali secara mendalam dan berpengetahuan.

Dalam melineum sekarang, kecanggihan langit terbuka yang bermaklumat serba pantas dan serba lekas, makanya pengurusan AMANAH tidak lagi diurus kendali ditakok lama seperti parti lama kita dahulu. Hendaklah kita bernilai tinggi dengan displin pengurusan dan displin berinteraksi sesame kita apalagi bila kita berinteraksu dengan orang awam yang kita perlukan mereka menjadi ahli AMANAH bersama kita. Jadinya kita elaklah semungkinnya dengan perkara-pekara yang mengundang kontroversi, kerana kita terpaksa buang masa dan kadang wangr inggit untuk menghadapi dan menghindarnya.

Untuk tempoh sekarang, perjalanan AMANAH negeri Kedah dan kawasan-kawasan ianya amat positif dan terpaksa rakan lama dalam parti lama kita turut bergerak. Mulanya mereka pandang kita AMANAH sebelah mata. Tetapi kini bukan sekadar pimpinan kawasan yang mata menjadi terbeliak menyaksiakn PECUTAN AMANAH sebaik didaftarkan, Naip Presiden PAS tengah merayu supaya AMANAH tidak jadikan PAS sebagai musoh dan beliau mengemis janji AMANAH. Pergolakkan politik bulan Disember 2015 ini, ianya membebankan parti lama kita bilamana top 3, top 5 telah memberi kuliah politik kepada presiden mereka sendiri. Dan pintu terbuka untuk presiden nyah dari PAS.

InshaAllah kita akan pungut laba dalam episode ini, setelah 6 bulan dahulu mereka menghina dan sumpah seranah kita. 

Rencana pandak :  IBN ABDULLAH ALAWAB


Tarikh                   :  15 Rabiulawal 1437 (Ahad) 27 Disember 2015

Saturday, December 26, 2015

NAKKAN umNO(baru), MEREKA BERENTAP LAGI.

NAKKAN umNO(baru), MEREKA BERENTAP LAGI.
Air tenang buaya berenang.
Seusai muktamar agong PAS ke 61 di Kuala Selangor, dzahirnya Negara menyaksikan kemenangan tuntas safcai ulamak dominasi memimpin PAS, Alhamdulillah. Satu tindakkan terancang 10 bulan menjelang muktamar, mereka gemilang cemerlang melakukan pembersihan pimpinan professional dan bukan ulamak. Kemenangan besar macam rekod para sahabar dahulu menang dalam peperangan Uhud, yang ianya disambut dengan gema laungan takbir dan sujud syukur. Dengan kemenangan tuntas itu, ianya difikirkan bahawa PAS dalam jubah ulamak itu akan berfungsi 120% untuk memertabatkan Islam yang syumul. Umpama  ianya setenang sedingin air dikali, setidak-tidaknya seperti air dalam tempayan.
Itu yang kita tengok lihat dalam tempoh 3 bulan pertama mereka, sebaik mereka mendapat mandat mengemudi PAS dialam maya ini. Kita melihat pimpinan safcai dengan segala kewibawaan dan khebatan dan hemah mereka, mereka gagal samasekali mendampingi teman-teman yang mereka singkir secara hina dina untuk kemeja perbincangan. Malahan mereka merayakan kemenangan menjadi safcai dengan memaki, menempelak dan menerus pasak paku gelaran. Ulamak yang memimpin PAS menerusi safcai itu pula ramai yang menjadi tok nujum dan tukang tilik dengn sini, berkaitan parti baru yang diwar-warkan oleh pemimpin bersama mereka dahulu. Gerakkan kerja PASMA yang penuh bertanggongjawab, akhirnya 3 bulan lepas parti termuda dalam Negara kita pun dilahirkan iaitu PARTI AMANAH NEGARA yakni AMANAH.
Amanah bergerak pantas dan lekas mendapat tarikkan rakyat Negara menjadi ahli. Terutamanya AMANAH menerima keahlian yang ramai dari mantan ahli-ahli PAS itu sendiri. Hatta dalam masa yang singkat AMANAH Berjaya ditubohkan disemua negeri-negeri dalam Negara mengatasi umNO(baru) yang ditegah, ditolak tuntas untuk masok ke Sarawak. Kerana pandangan dan pendapat warga Sarawak, umNO(baru) adalah racun pemusnah yang lebih bisa dari cobra dan aconkonda. Sebagaimana mereka lakukan keatas USNO di Sabah dan mereka kurban dan kafankan semaa-mata untuk member peluang umNO(baru) ke bumi Sabah. Akhirnya Sabah rebah dikaki umNO(baru) menerusi bN yang zalim bin kejam itu.
Malangnya 6 bulan kemudian, rupanya air tenang tersebut tidak berterusan tenang lenang. Tiba-tiba airnya berolak, beralon, bila menangkapnya buaya besar timbul menjelma dipermukaan air. Air tenang beberapa bulan itu, ianya bertukar menjadi ombak besar mampu menengelamkan kapal apa lagi bot-bot yang kecil. Buaya besar timbul bukan sengaja timbul bro n sis, tetapi ianya telah melonjak dan melibas ekornya dan buaya besar tersebut berpuaka dan mengenali mangsanya secara tuntas. Rupanya bukan sekor buaya besar yang timbul, tetapi sudah beberapa ekor buaya besar yang timbul dengan maksud yang sama. Kini anak cucu cicit berserabut dan menjadi tenda Tanya apa gerangan kesudahannya. Bijak pandai dapat menzahirkan cerita kias diatas. Tetapi dari kita niat cerita baiklah kita zahirkan agar kita orang awam mengetahuinya.
Jarum kompas yang terkulai patah.
Bermula dengan TP PAS yang rajin menulis dan berketib respon macam menyanggah Presiden bila niat Presiden yang mendapat dukongan serendang sepenuhnya dari Mursidul Am yang saya sebutkan mereka kembar 2H. Mereka berhajat dan berhasrat niat yang lama terpendam sejak tahun 2008 lagi, kini bila pisau dan timun ditangan kita, maka ikut suka kitalah kita kapten, kita nahoda PAS kini untuk kemana kita bawa. Makanya tak sabar-sabar mereka untuk terjermah dan dizahirkan untuk PAS bersama-sama dengan umNO(baru). Ketika bahtera PAS di samudera luas terbentang dikemudi Presiden dan disisinya MA, kemungkinan jarom kompas patah terkulai tiba-tiba mereka tersasar tidak sampai ke Pelabohan Jedah untuk ke Mekah dan Madinah. Tetapi bahtera PAS yang mereka kemudi dalam pelayaran itu tersasar jauh ke Lautan Hindi, dan mereka menlanda bangkai Titanic.
Ketika terantok dan berdentum melanda bangkai Titanic, baru masing-masing perasan mulanya yang nakhoda tersalah kompas menuju pelabohan yang hendak ditujui, dan terdampar dipelabohan yang ganjil untuk belaboh turun dan naikkan dagangan. Disini ada dua keadaan penumpang kelas pertama super, penumpang kelas pertama, kelasi dan penumpang biasa berfikir maupun untuk bertindak. Akhirnya penumpang kelas pertama super, kelas pertama berani ketepikan walak kepada nakhoda yang mengemudi bahtera telah tersasar haluan pelabohan. Jadi dengan berani mereka memberi kata dua kepada nahkoda,’sekiranya tidak mahu berlaboh di Judah, dan sengaja nak berlaboh di Tokyo, sila turun dan tinggalkan kapal ini sekarang’. Nampak macam garang beraninya penumpang kelas super menolak dan membantah niat nakhoda nak diterjermahkan.
Kini bahtera PAS dilambong ombak yang kuat. Sekiranya penentang berterusan nahkoda mampu buat pusinngan U tetapi tiupan topan semasa kompas jaromnya patah dan haluannya tersasar, sayang, jubahnya telah koyak rabah dan semutar sudah tidak dinilai lagi kerana nakkan umnO(baru) bahtera terkecai dan bersepai. Inilah namanya perjuangan Pandir.
Oleh       : IBN ABDULLAH ALAWAB

Tarikh     : 14 Rabiulawal 1437 (Sabtu) 26 Disember 2015 

Thursday, December 24, 2015

Kapan gigi mereka tercabut.

Kapan gigi mereka tercabut.

Cikgu Razak dan teman-teman seperjuangan dalam AMANAH Padang Serai, maafkaanlah tidak dapat menyertai program besar AMANAH kawasan kita, maafkanlah. Kapan gigi mereka tercabut, biarkanlah mereka berketip mencerca, menabor fitnah dan sebagainya kepada kita. Kerana kita amat yakin dan percaya bahawa tindakkan kita tinggalkan parti lama kita, kerana jangkaan dan jangkauan politik kita sejak bermuktamar di Batu Pahat, Johor DT (2013) adalah tepat dan tidak tersasar.

Kita telah tengok bagaimana kepimpinan pucuk PAS telah tersepak tunggul ditengah hari. Mereka menjadi rabun dan buta kerana mereka berhasrat untuk menawan pelangi untuk dijadikan azimat dan benteng pertahanan. Selepas muktamar 61 di Kuala Selangor, kepimpinan PAS melalui dan menerusi gugusan cai, secara mutlak mereka menguasai PAS mereka amat terhibur raya sakan. Mereka raikan dengan paluan gong dan tingkah gendang ibu berkerapak dengan serunai berirama zapin. Mereka membuka langkah tari digelanggang dengan menghunus keris berligar mencari menikam lumat mangsanya, yakni kita.

Cikgu, ketika mereka rayakan kejayaan tumpaskan gulungan kita sebagai musoh utama mereka, kemungkinan mereka teruja dan tertipu dengan fenomina permainan Rusila 1982 telah diulang semula. Tempoh 7 bulan berlalu, pelangi yang kita Nampak dari jauh itu cantik, kini dihantui penentangan tuntas dalaman yang mampu pecahkan lagi sekali Pas kalau-kalau tidak kena edar dan berwaspada. Angkara 2H yang terketar untuk bersama umNO(baru)bN, kalau di Kula Selanggor mereka menjadi pokko pak anggok macam disihir, kini mata mereka terbuka luas sebaik eyemo dititik.

Mereka nampak pemandu ulamak dunia yang muktabar itu, sedang pandu mereka terjun kedalam telaga burok yang penoh dengan racun dan sampah sarap. Sering saya peringatkan, pertelingkahan diantara no 1 dengan no 2, ianya akan mempercepatkan menjadi pecah, retak dan berselerak. Timbalan Presiden, Naib, Presiden Kanan dan Naib Presiden bawah dan mereka juga mampu belah 2 sekali lagi AJK pusat dan ianya akan memanjang dan melebar sampai kebawah keakar umbi. Ertinya Presiden, Naib Presiden tengah akan bertarong untuk mendapat sokongan.

Mereka boleh kata apa sahaja dengan membuat alasan, tetapi rakyat ahli penyokong dan pengundi sedang membuat penilitian dan memantau pemimpin mereka kearah mana setereng dipulas. Kalau sebelum muktamar ke 61 pemimpin memantau sunggoh ahli pengikut dibawah, kini ianya terbalik. Ahli dan penyokong mereka mengenali mereka samada rambutan atau pulasan. Atau samada langsat, duku, rambai atau dukong. Kesilapan kali ini kalau tidak diluruskan, ianya mampu petai itu di biokan menjadi jerok. Semua itu masa, keadaan dan tindakkan bijak atau tindakkan pander yang menentukan nasibnya.

Barah perengkat 2 yang dialami oleh parti kita dahulu, ianya sebagai pengajaran apa yang kita lalui 2 tahun dahulu. Kini suasana gawat itu telah mereka reka dan mereka cipta perpecahan kerana presiden nakkan umNO(baru) menjadi rakan kongsi dan telah mengundang pertentangan yang tuntas dari dalaman. Ahli politik usah bersikap bohong walaupun kita didakwa bertaraf ulamak dunia dan muktabar. Pasti apa-apa tindakkan kita, ianya berbau politik disudut hasil. Walau dalam masa yang sama tercabut gigi palsu kita menafikan. Jadi bila hasrat dan niat untuk berbaik dengan umNO(baru) dan sanggup memaafkan kesalahan 60 tahun mereka, makanya itu adalah matlamat politik berkuasa bukan penasihat.

Cikgu Razak, kita tinggalkan bencana yang akan dihadapi parti lama kita, biarkan mereka mengatasinya. Jadi, pemimpin diperengkat bawah, usahlah sombong dan agas meninggi bila berdepan dengan kami AMANAH ini. Sesunggohnya kami mengenali anda yang memimpin dan kami mendahului anda memimpin dan anda menjadi pengikut kami dahulu. Hentilah kerja kebudak-budakkan itu. Jadilah kita pemimpin yang berhemah dan berwibawa sepanjang masa.

Kita adalah generasi sulung menganggotai dan memimpin AMANAH diperingkat kita yang baru berusia beberapa bulan. Saya menerima banyak info dari pelbagai gulongan dan komuniti dalam kawasan kita. Rumusan yang dapat saya ketenghakan disini, ianya bukan info sekadar untuk menghiburkan hati kita semata-mata. Tetapi AMANAH telah mendapat tempat dihati rakyat pengundi. Apa yang dilalui oleh PKR perengkat awalnya, kini kita berada diposisi tersebut.

Sebenarnya apa yang bergelora di Jalan Raja Laut dan di PWTC, sifir politik ahli rakyat dibawah jarang tersasar. Rakyat pengundi sedang tunggu PRU 14 dan mereka akan zahirkan dalam pangkah peti undi. PAS kini bergelora dilambong ombak akan menjadi topak sekiranya presiden dan mursidul am tidak labohkan sauh. 2H dalam bahaya. Kita tunggu kesudahannya kurang 2 tahun dari sekarang.

12 Rabiulawal 1437 (Khamis) 24 Disember 2015

Tuesday, December 22, 2015

PASANG SURUT DOMINASI PAS DI KELANTAN. MAMPUKAH BERTAHAN? (BAHAGIAN 2)


Rencana:  Bahtera Sejahtera 
Tarikh    : 23 Safar 1437 (Sabtu) 5 hb. Disember 2015
Gerhana yang diduga.

PAS Kelantan telah mencipta rekod sejarahnya tersendiri di era Almarhum TS Dato’ Asri Haji Muda menjadi PSJ PAS, Dato’ Ishak Lutphi dan Dato’ Muhammad Nasir menjadi MB. Bertukar kepada era UMNO, TS Mohammed Yaacob menjadi MB selama 12 tahun. Makanya legasi Tokguru Nik Aziz menggalas tugas PSJ sebagai peganti sebagai jenderal empat bintang bertembong dengan umNO(baru) dalam PRU beberapa kali. Akhirnya UMNO tewas dalam PRU 1990. PAS Pusat melantik PSJ PAS Kelantan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menjawat jawatan MB era baru.

Bagaimana kejayaan dicapai? Kejayaan tersebut dicapai bila PAS bersama-sama dalam  Angkatan Perpaduan Ummah - APU. Gandingan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah dan parti BERJASA di ketuai Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad. APU telah mencita rekod keramat benamkan umNO(baru)bN dengan sapu cuci 43 KaDun di PRU tersebut. Punca kemenangannya adalah kesan langsong dari perbalahan kepada perpecahan tuntas, diantara geng Dr Mahathir Muhammed dan puak Ku Li. Justeru, labanya dipungut oleh PAS.

Setelah 22 tahun lebih menjawat kerusi MB dan PSJ Kelantan, memandangkan kepada faktor usia Tokguru serta kesihatan yang sering terganggu. Ianya terkesan ganggu sebagai PSJ untuk menguruskan perjalanan parti dan tugasan MB mengetuai kerajaan terganggu. Disebabkan sakit  yang memanjang, ianya  menghalang dan membataskan pergerakkan kehadirannya di Kota Darulnaim dan di Jalan Dato’ Pati. Barang pasti keadaan itu mengundang parti dan kerajaan terjejas. Tokguru yang memimpin PRU 13  menang di KaDun Chempaka. Rakyat kena akui faktor hambatan kesihatan Tokguru dan memberi peluang dan ruang rehat. Makanya beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar pada 6 Mei, 2013 dan diganti oleh Dato’ Ustaz Ahmad Yaakub.
Walaupun telah melepaskan jawatan politik dan kerajaan, kesihatan Tokguru terus merosot dan sentiasa mendapat rawatan dan rumah keduanya adalah HUSM. Ketika di HUSM, Tokguru bila celek jaga akan sebut bertanya, “Husham ada ka”. Negeri Kelantan dan Negara selurohnya, mungkin sebahagian pendudok dunia yang menganut Islam khususnya di Asia Tenggara, mereka dikejutkan dengan berita kematian tonggak, tulang belakang dan simbul spiritual penyatuan umat dan rakyat Kelantan khususnya untuk PAS itu sendiri. Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Mursidul Am PAS juga mantan MB Kelantan meninggal dunia dirumahnya di Pulau Melaka, pada usia 84 tahun pada 12 Februari, 2015 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1436 malam Jumaat. 
Saya masih ingat kematian Tokguru disahkan oleh Pakar Neurologi HUSM Profesor Dr Jafri Malim Abdullah. Prof merupakan ketua perubatan selama dan semasa Tokguru menerima dan mendapat rawatan di HUSM bermula 19 Januari 2015 lagi, dan ditaganinya terus walau Tokguru kembali kerumahnya. Terima kasih Prof Dr dan team perubatan anda. Lebih kurang 22 bulan berehat dari parti dan kerajaan, tokguru telah dijemput Allah kepangkuanNya (al Fatehah).
(al Fatehah untuk Tokguru Nik Aziz. Detik saya teruskan BAHAGIAN 2 - PASANG SURUT DOMINASI PAS DI KELANTAN. MAMPUKAH BERTAHAN, mungkin saya lewat sikit mendapat info tentang putra ke 4 Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, mangkat pada usia 25 tahun yang bergelar Tunku Laksamana Johor, sekitar jam 7.00 malam (5 Disember 2015 - 23 Safar 1437) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Patik sekeluarga merafak sembah salam dan ucapan takziah ke Bawah Duli Tuanku, Sultanah dan kerabat diatas kemangkatan paduka anaknda Tuanku. Bersabarlah dengan ujian Allah dan redza pasrah dengan kita panjat doa kepangkuan  Allah. Mudah2an dicucuri rahmat rohnya, serta ditempatkan bersama-sama roh para Nabi dan Rasul. al Fatehah. Allah maha pengampun semua dosa hambanya)
 (Sambong rencana – 7 Disember 2-15 – Isnin)

Walaupun susok fizikalnya bersaiz kecil Tokguru Nik Aziz ini, disebalik itu Tokguru memiliki sekeping hati yang kental dan pejal sekukuh Gunung Tahan segagah Gunong Reng ketikamana berdepan menghadapi lawan politiknya, ketika berdakwah dan berhujah. Tegar serta berhemah 22 tahun menjadi MB Kelantan memerentah. Mesra kawan dan lawan. Tetapi Tokguru tidak meratah dan punggah sebahagian daripada khazanah perbendaharaan negeri balik kerumah atau keakaun pribadinya atau anak bini dan keluarganya, seperti fenomina biasa kepada pimpinan Negara sekarang. Walau khazanah dilautan, dalam perut bumi apa lagi dihutan belantara berada dalam genggam tangannya. Tempoh 22 tahun bro, bukan 22 hari. Mata dan mata hati Tokguru tidak seperti mata nenas.  

Tokguru ditengok pandanga zuhud sederhana dan mudah didekati dan berbudi tinggi serta pemurah. Memang sengoti Tokguru zuhud dan sederhana, low profile walau dimana beliau berada. Itu adalah hakikat nyata yang tidak sesiapa pun mampu untuk menafi dan menidakkannya. Termasok musoh terpaksa memperakui sikap berjimat cermat berhati-hati dengan amanah dalam membelanja setiap sen dana rakyat melalui perbendaharaan negeri. Sifat yang membazir dan Tokguru tidak telior serta  mengkhianati AMANAH yang dipertanggungjawab keatasnya.  Maaf, rindunya aku dekatmu Tokguru.

Memiliki pembantu kepercayaan.

Hebatnya Tokguru mendudoki dikerusi MB Kelantan selama 22 tahun kerana disisinya, dirumahnya di Pulau Melaka, beliau memiliki isteri sejati yang mithali. Tuan Sabariah Tuan Ishak yang mengendali mencakna melayani dan menangani sepenohnya Tokguru sebagai suami dan bapa kepada anak-anaknya. Isteri yang kalis dari godaan nafsu seperti sesetengah isteri pemimpin Negara maupun negeri. Isteri setia yang solehah tidak membebankan suami dengan permintaan untuk memperagakan kemewahan, boros dan membazir. Tidak sombong diri dengan melangkau mendahului suami. Tidak mengutamakan perhiasan cincin ratusan ribu harganya, beg tangan dan semua perhiasan itu bukan menjadi keutamaan hidup. Kelakuan sebegitu mampu mengundang kepala rambut suami tercabut serta gugor berselerak diatas bantai dan menjadi botak bersinar terkena pancaran neon dan mentari.

Manakala dipejabat di Kota Darulnaim, Tokguru dibantu pula oleh TMB dan saf Ecxonya. Dikalangan Exco kerajaan Tokguru itu, disisinya berdiri (ketika awalnya seorang anak muda) Exco kanannya Husham Musa. Husham Musa inilah yang Tokguru jadikan gedong kepercayaan dan stesyen mengadu luar dan dalam ketika berdepan keloh kesah dirinya berdepan masalah. Waima masalah berkaitan mengemudi parti dan masalah kerajaan yang dihadapi. Husham menjadi teman berbincang. Secara resmi mauun tidak resmi. Husham mampu mengeluar dan memberi pendapat dan cadangan pandangan yang digarapkan, disepoh untuk mendapatkan permata untuk negeri. Merencana memikir dan mengolah untuk mendapat dana, buat menjana kerajaan. Sesunggohnya buah pendapat fikiran dan pandangan Husham, ianya menjadi santapan dan bekalan minda. Pasti memudahkanlah Tokguru memacu parti dan kerajaan dipimpinnya. Alhamdulillah.

Ketika mana sepanjang 22 tahun Tokguru menjadi MB Kelantan, selama itulah juga pimpinannya dipinggir dan dizalami oleh Putrajaya umNO(baru)bN sejak PM Dr Mahathir Muhammed sampai kepada PM Najib TAR. Hakikatnya mereka cemburu dan dengki dekat Tokguru yang mampu mengurus mentadbir negeri Kelantan. Mulanya geng umNO(baru) tanpa segan silu mereka menjadi pawang dukun mengatakan paling lama 3 bulan kerajaan Kelantan Nik Aziz dapat bertahan.

Musoh politik Nik Aziz sanggupnya mereka ungkapkan demikian kerana mereka telah pasang niat dan akan laksanakan kepongan dan penderaan kepada Kelantan berterusan. Diatas sikap burok dan cabok Putrajaya itu 22 tahun Tokguru memerentah mereka tidak berjaya. Sedangkan melebihi 22 rahun Tokguru mampu berkhidmat menjalankan tugas resminya sebagai MB Kelantan yang sukar dicari ganti selepas ini serupa dan standing dengan zuhudnya Tokguru. Alhamdulillah, Tokguru berhenti kerana kekangan syaari kesihatan bukan umNO(baru)bN dengan bala tenteranya mengalahkan Tokguru di PRU 13 yang kepas. umNO(baru)bN merancang, Allah maha perancang.

Walau tanpa Pusat membantu seperti negeri lain dikuasai bN. Namun, Nik Aziz mampu dengan cemerlang mengendalikan  kerajaan Kelantan pimpinannya dalam menjalankan pengurusan dan pembangunan negeri kerana Tokguru tidak tangan panjang. Tidak penipu mencuri khaazanah negeri rakyat, tidak membazir dan boros. Berhati-hati dan berjimat dalam perbelanjaan menjadi formula kenapa dan mengapa Tokguru selesa mengendali kerajaannya. Tokguru tidak pergi mengemis menadah tempurong jantan melutut di pintu Putrajaya. Subhanallah, Alhamdulillah. Dengan berbekal semangat yang kental dan pejal saya sebutkan diawal tadi, Tokguru tidak mengalah untuk melangkah atau memacu Porshe atau Range Rover, celapak ke pintu Putrajaya yang berduri dan bernoda itu.  Tokguruku yang hebat dan berkat hidupnya dan kerajaan dipimpinnya MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

Husham budak Tokguru.

Tokguru berupaya merintis membangun negeri dan menyatukan rakyat dengan berkat. Diatas personalitinya yang unggul kerana cakap dan bikinnya adalah kembar seiras. Tokguru dihurmati dan dikagumi oleh kawan dan lawan dari semua kaum, kecuali spesis lahiriah manusia tetapi berjiwa hewan. Tokgurulah sebenarnya menjadi tonggak kepercayaan dan perlindungan. Menjana nadi kekuatan dan penyatuan PAS dan penyokong dapat bersatu. Maaf cakap walaupun Tokguru telah melepaskan jawatan dalam kerajaan, tetapi peganti dan yang lain masih merasai malu dan rasa hurmat keatas Tokguru. Diatas sifat itulah apa-apa mehnah dan kerenah yang sememangnya Tokguru belaga hati dan bersetuju, pihak-pihak yang terbabit dan yang berkenaan tanggoh simpan kemas kemin niat dijadikan hasrat yang nyata. Terutamanya pemimpin yang ego, egonya disimpan bila berdepan dengan Tokguru.

Persahabatan yang hakiki dengan kepercayaan bulat (maksudnya mutlak, maaf) Tokguru kepada Husham Musa (Dato’ Paduka Haji Husham Haji Musa – maafkanlah ana Dato’ kerana berbasa Husham, itulah panggil dekat dihati 35 tahun dulu). Peluang inilah diaplikasi semaksimanya oleh Husham memusatkan seluroh akal minda kecerdikkanya. Dilakar sepenohnya dengan simpai yang tegoh dengan teras berkeyakinan. Husham, beliau mampu menggalas serta menjalankan tugas yang diamanahkan. Husham berusaha mendapat sumber-sumber dana dan usahasama untuk membangun Kelantan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM dipraktikkan. Semua cadangan Husham direstui Tokguru. Hatta Tokguru memperakui kejujuran dan kebijaksanaan serta pandangan jauh Husham, bukan sahaja Allah anugerah untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia juga. Huuuh!!! Sayang, tokguru tidak puji aku macam pujiannya dekat Husham, dekat pemimpin yang lain entahlah kalau aku tidak dapat info tentangnya.

Tokguru dengan kepercayaan yang kashaf dan laduni, diatas semua-semua itulah yang Tokguru memilikinya, maka  sentiasa pasti membela Husham bila terdapat anasir yang memusuhi, membencinya dan menabor fitnah keatas Husham. Puncanya kerana Husham rapat dengan Tokguru serta pandangan, cadangan maupun teguran dari Husham dengan memberi alasan yang padat dan padu yang tidak merapu, Tokguru menerimanya dengan berlapang dada. Tokguru lunggok kepercayaan dekat Husham walau Husham bukan ulamak. Beliau seorang professional yang hidupnya berorentasi ulamak. Pada ilmu dan tindakkannya, Husham yang memilik daya intelek yang berprofil tinggi.  Professional dalam kerjaya, memiliki pandangan yang tajam seperti busar panah ditangan Khalid ibn Al Walik. Maka banyak tindakkan yang melebar, berbekalkan perhubungan pribadi ‘good will’ dengan banyak pihak dalam Kelantan dan luar dari Kelantan dan global, Husham dimanfaatkan untuk mewarnai Kelantan.

Makanya terbukti Husham dapat menyelesaikan banyak masalah dengan cemerlang dalam merealisasi amanah berpaksi kepada jawatan Exco kanan yang Tokguru bebankan keatas kepalanya tidak salah pilih orang. Husham bertangganjawab memikulnya dengan AMANAH dan bertanggongjawaban, ianya mengundang cemburu iring hati dari beberapa kalangan dalaman. Husham sebagai seorang thinker saver yang jangkauan cukup advance. Berlatarkan pengajiannya di UM dalam bidang ekonomi, ianya menjadi nilai tambah disudut menelurkan pandangan dan pendapat yang bernas yang tidak terjangkau oleh Exco-exco yang lain (akan saya bahaskan selepas ini kebenarannya).

Tanpa Husham, jadilah kerajaan Kelantan sekarang gerhana dengan susut kering perbendaharaan dan lebih malang Kerajaan gagal mencarum gaji penjawat awamnya. Macam pacat menghisap darah petani disawah padi di kawasan Kemubu-Kada.

Tokguru tidak salah dan tidak silap memilih serta melunggokkan kepercayaan dekat Husham. Beliau mampu mengurangkan beban hakiki yang dipikul oleh Tokguru sendiri. Dan sepanjang dibawah dagu Tokguru, Husham tidak pernah mengkhiananti kepercayaan yang Tokguru harapkan kepadanya. Husham tidak membalas kepercayaan dan keyakinan Tokguru dengan kesulitan, kepayahan   reba dan tuba atau mengkhianati tikam belakang.

Perginya tonggak, pegantinya tengkorak.

Seluroh ahli-ahli PAS dan penyokongnya, serta lawan dan musoh PAS secara tradisi iaitu umNO(baru)bN mengakui dan menobatkan bahawasanya Dato’ Bentara Setia Tuanguru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan tonggak yang unggol serta simbul penyatuan dan kesatuan ahli-ahli dan penyokong PAS selama ini. Dikalangan komuniti kaum Cina, India mereka turut menyakini dan meletakkan Tokguru Nik Aziz sebagai simbul spiritual dan kepercayaan rakyat bangsa.

Tidak keterlaluan, sepanjang saya bergaul rapat dengan kaum Cina, India lebih 30 tahun ramai mereka letakkan Tokguru Nik Aziz pemimpin kepercayaan mereka, pemimpin yang mereka mempercayai apa-apa yang terkeluar dari mulut lidahnya, ianya adalah datangnya dari dzamirnya. Tetapi mereka tidak meletakkan kepercayaan sedemikian kepada pemimpin ulamak PAS yang lain. Kenapa dan mengapa?

(Sebagai rekod politik untuk pengetahuan anda, kini wujudnya PH ganti kepada PR yang telah mati. Sebelumnya  APU, BA dan CCC. Berkisar dalam CCC ini diperengkat mulanya, dalam perjumpaan meja bundar di hotel Jalan Pudu, KL dalam tahun 190??? Saudara Mat Sabu ketika itu KDP PAS Pusat dan Haji Bahari Ali KDP PAS Perlis telah called saya mengajak untuk menyertai perjumpaan tersebut mewakili DPPP bersamanya. Masih ku ingat Mat Sabu dan Haji Bahari, “Bang Mi mampu menghadapi dan berdepan dengan peserta yang lain”. DAP diwakili KPnya Saudara Lim Guan Eng, Hu Sepang, Saudara Lim Keat Siang dll. DPP yang hadhir Haji Mat Sabu, Haji Bahari, saya dan beberapa lagi. NGO dan akademik yang hadhir adalah Almarhom YAH TS Harun Hashim, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram  pensyarah ekonomi di UM (kini PSUA Pembangunan Ekonomi di Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Dorsett) sejak tahun 2005). Sejak itulah saya mengenali LGE dan LKS dan sampai sekarang. Sekalipun saya cuma seorang curkha). Isteri jua menemani ke hotel dengan 2 orang anak berusia 2 tahun ketika itu. Dan kami terus bermalam di hotel tersebut). 

Peganti Tokguru telah meguasai premis Jalan Dato’ Pati dan di Kota Darulnaim dengan pasang azam, pasang niat serta tekad dengan harapan yang mengunung untuk dominasi Kota Darulnaim. Kalau boleh tidaklah mahu dibayangi style Tokguru. Saf baru kerajaan mula melaksanakan niat diiringi dengan angan-angan  untuk membangun negeri dengan acuan sendiri. Buka langkah dahulukan eksekutif kerajaan negeri supaya berada di suasana yang selesa, baru diikuti peduli terhadap rakyat pengundi.

Sekiranya rumah agam belum sempurna, sempurnakan. Kalau unta merah gemok belum cukup bilangan ekornya, cari yang lebih gemok dan lebih besar kerana itu sunah kita menunggang untuk pantas terjun kemedan perang moden. Kalau gaji elaun tidak tinggi, pekemas dan tegakkan. Wajarlah lengkap kemewahan sudah kehidupan menjadi sempurna, baru bergaya kita bertemu mata rakyat pengundi. Barulah Tok Wakil merasai diri pemimpin sengoti, bukan hina kerana karat. Ooooohhhhhhh!!!!!!

Ketika mereka melangkah ke Kota Darulnaim dan Jalan Dato’ Pati, detik itu juga mereka bawa bersama-sama dengan sampah sarap. Mereka menghadapi dan berdepan dengan cabaran besar. Yakni asakkan dari dalaman parti dan dari luarnya. Bila mereka mahu  dikatakan selesa ketika berkuasa di Kota Darulnaim, mereka terpaksa mencari kembiri  hitam terlebih awal untuk disembeleh buat aqikah dan qurban.

 Sekiranya apa-apa projek dahulu tidak dapat mereka teruskan penyiapan pelaksanaannya, makanya mereka menuding jari meratip mencari kesalahan pemimpin terdahulu. Bukan mereka bistari dengan minda yang kreatif bertindak siap pelaksanaan dengan memikul tanggungjawab besar. Mereka sekadar menjadi bijak laksana meletakkan kesalahan kepada pemimpin terdahulu. Tetapi, mereka tidak memperakui  hakikatnya mereka dibelit, dibelenggu pasif menjadikan mereka gagal untuk menerus dan menjayakan  legasi Tokguru dahulu.

Kalau semua kemelut kepimpinan kerajaan dan parti tidak segera dirawat dan ditangani dengan bersepadu sekarang, untuk mengembalikan kepercayaan rakyat yang sudah tergoris dan undur surut kebelakang. Selepas Tokguru melepaskan jawatan politik dan jawatan eksekutif kerajaan dengan cemerlang dan gemilang mendapat pujian dari rakyat dan Negara amnya. Apa lagi selepas kematian Tokguru, saya melihat sekarang, kerajaan PAS Kelantan berwajah ulamak itu, umpama gasing pakunya longgar atau porshe dan range rover tidak ada pemandu sehandal Aleax Yong untuk memacunya.

Akhirnya penyelenggaraan Kota Darulnaim itu berwajah kusam tanpa dicat semula dengan Nippon dan seni taman menjadi semak taman. Suasana persekitaran Kota Darulnaim adalah cermin dalamannya.  Ianya ditambah parah bila kritik itu datangnya dari dalam PAS sendiri disemua gulongan.

Riaksi dan aksi rakyat pengundi.

Justeru, rakyat dapat pintas dengan deria informasi terkini, iaitu mampu menghidu kelemahan dan kekurangan idea yang ideal akan tindakkan serta usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan sumber perolehan pendapatan negeri. Kecuali penguasa Kota Darulnaim sekarang, mereka sekadar pandai menggali lubang dan mempeduli hutan belantara dan hasil mahsul bumi. Yakni khazanah negeri berkaitan pengurusan kawal selia dan sebagainya adalah kuasa penoh penguasa di Kota Darulnaim mengoda dan menodanya seperti  pelacur tua di Chow Keat Road.

Rakyat negeri dengan lekas dan pantas terus mengukor serta membuat bandingan dengan kerajaan Tokguru Nik Aziz mula memerentah 22 tahun, yang bergandingan dengan Exco kanan kepercayaan Tokguru yakni Husham. Tokguru sendiri memperakui ketika membela secara terbuka bahawa, “budak Husham ni Allah buat untuk Kelantan saja, tetapi untuk Malaysia. Dia aset besar untuk Kelantan”. “Jagea kata dia nak berenti, dia minta nak letak jawatan sekalipun, ambo tak beri, sebab gapa nak letak jawatan ?”. Lebih kurang itulah kalimat keramat Tokguru membela Husham Musa. Ada sesiapa untuk menyangkal dan persendakan itu-itu adalah fitnah, Tokguru tidak sebut???

Sama ada pihak kerajaan Kelantan bersetuju atau menentangnya, tetapi rakyat pengundi yang berada di Kelantan, maupun tinggal diluar Kelantan. Serta masyarakat umum Negara berpendapat bahawa dengan penyingkiran ecxo kanan Tokguru tersebut dalam menyertai cabinet baru negeri Kelantan, iaitu Dato’ Peduka Husham Musa walau dengan alasan apa-apa sekalipun yang diberi oleh kerajaan Ahmad Yaakob dan Amar Abdullah untuk halalkan penyingkiran Husham. Rakyat ramai masih tidak mempercayaai sampai sekarang.

Makanya pegantinya yang memegang jawatan penting yang selama ini disandang oleh Husham Musa, nyatalah exco baru tersebut  gagal berperanan merealisasi sepenohnya jawatan penting yang disandang untuk membantu dalam menjana pembangunan ekonomi negeri dengan mebawa masok pelabor dan dana untuk pembangunan untuk keselesaan kerajaan. Barang pasti ianya juga adalah keselesaan kepada rakyat penguundi Kelantan sendiri.
Beberapa saman diluar sana, diatas baban dan kedegilan Kota Darulnaim menangani dengan mesra beberapa kes-kes mahkamah, akirnya mahkamah menghukum dengan mendenda kerajaan Kelantan diatas sebab tidak peduli dan menangani secara bersatu esatu kes yang dibawa kemahkamah. Akhirnya duit rakyat labor membayar denda diputuskan mahkamah keranamu Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad dan Amar khazanah perbendaharaan negeri perlahan bertambah surut dan kering.

Antara wajah dan arca.

Sebaik rakyat beri mereka peluang berkuasa, akhirnya lama-kelamaan mereka lupa dekat rakyat pengundi. Pemimpin dah pandai seni selok belok untok tebok lubang dan palam lubang. Makanya disinilah lahirnya kroni yang melindungi memulihara pemimpin. Walau rakyat resah dan gelisah dengan tindakkan songsang, tetapi penguasa Kota Darulnaim dengan lidah yang faseh tampil berhujah balas menjawap dengan jawapan beralaskan al Quraan dan ditokok pula dengan sokongan hadis Nabi dan kias. Kadang-kadang secara sinis mereka mempertahankan diri mengatasi kemelut.

Seringkali tindak balas kerajaan menjawab tidak berfakta dengan reality kebenaran. Jawapan sekadar beralasan untuk melepas batok ditangga yang bersifat sementara ketika menjawabnya yang terlintas dikepala, bukan fakta sebenar hujah jawapan yang diberi. Yang jelas adalah jawapan untuk menutup dan cover diatas kelemahan yang mencacatkan Kota Darulnaim dan Jalan Dato’ Pati sendiri. Justeru, rakyat sedang melihat reputasi Kota Darulnaim dan setanggi di Jalan Dato’ Pati, rakyat sedang menilai akan tadbir urusnya. Ianya berkait rapat dengan kepentingan kebajikan rakyat pengundi yang dikatakan terus terabai. Ia disebabkan  kekangan perbendaharaan negeri kian meruncing, kering dan amatlah merunsing.

Seolah-olah tidak ada jalan keluar dengan alternatif yang dirancang untuk mengatasi kemelut perbendaharaan kering. Kenapa begitu berlaku? Tempoh 22 tahun Tokguru dapat mengatasi dalam menghadpi mehnah dan kerenah ujian dalaman kerajaan dapat dihadapi dan diatasi dengan sempurna seada-adanya. Walau pun Tokguru tidak pernah melangkah mengemis ke Putrajaya dan PWTC. Tetapi negeri masih steady. Musoh dijadikan kawan, kawan dijadikan sahabat. Malang sekali, walau peganti sekarang beberapa kali menjejak kaki ke Putrajaya, kekangan kewangan lebih parah dialami dan dihadapi. Kenapa? Dimana silapnya?

Secara rambangnya saya mendapati pengurusan Kota Darulnaim sekarang tidak masak dengan penglaman dan tidak kaya pengetahuan yang vocal dalam usaha tambah nilai. Usaha mendapatkan sumber pendapatan baru untuk kepentingan negeri dan rakyat, kecuali yang diwarisi secara tradisi.  Kota Darulnaim tercalar, dicalar oleh  tangan-tangan berangkai penguasa Kota Darlnaim sendiri yang mengundang ketirisan.

Mereka mengandong, melahirkan sendiri kroni balak, kroni lombong. Kroni perkhidmatan awam jawatan politik, yang menjadi khadam mereka. Yang enggan mengikut telunjok pasti berdepan dengan pemecatan. Apa nak jadi!!!!!!!! Habis ulu hilir ditarah dikikis. Fenomina pemimpin parti Jalan Dato’ Pati yang menguasai Kota Darulnaim, cukup kencang dan lancang rakyat perkatakan tiga dalam satu.   Mereka penguasa menjadi taukeh,  mereka juga menjadi broker dan agen. Penampilan dan permainan ini sudah tidak dapat disembunyi macam menutup bangkai gajah. Ianya telah mula rakyat perkata dan rakyat protes.

Rakyat tergores hati dengan membekam dan geram dok kepam gusi. Marah. Rakyat menentang banyak pekara terhadap permainan kong kalikong di Kota Darulnaim. Penguasa Kota Darulnaim sedang kearah membelakang kepentingan dan kebajikan rakyat pengundi. Rakyat telah mula sembang dan gebang ditempat-tempat awam secara terbuka. Bukan berbisek soksek sembang diwakaf, gebang dikedai kopi dan diwarong. Rakyat kata, penguasa Kota Darulnaim sudah naik tagang dengan langkah panjang, pantang tengok peluang. Itu kata rakyat marhean. Benar entah fitnah, anta anti siasatlah sendiri.

Dikhabarkan terdapat dikalangan eksekutif utama Kota Darulnaim sekarang, ketikamana dia selam, sambil minum air bercapor madu. Sekelip mata sahaja dengan jawatan yang disandang, wajah sebenar mereka dari ulamak bertukar jadi ular dalam semak. Mereka membena  gedong kekayaan dan kemewahan. Mereka melahir kroni dan belaci. Amat ketara dengan gaji elaun  diterima dengan belanja yang mewah tidak berimbang. Kekayaan dan kemewahan mereka sanak keluarga bersekali kroni, rakyat pengundi amat curiga dan penoh dengan sejuta tanda tanya? Terhadap kekayaan dan kemewahan mereka perolehi. Rakyat penoh curiga dari sumber-sumber mana dikendong kekayaan tersebut. Fantastik.

Adik kakak Pulau Gorek, kekayaan kemewahan mereka, rakyat nampak keleh. Kerana kekayaan dan kemewahan bukan bersifat ‘NIAT’ tak nampak tengok. Tetapi mereka telah zahirkan clear didepan mata dok tengok keleh. Rakyat keleh meleleh air lior belenja. Kagum tengok  pemimpin ulamak yang mereka angkat pilih dalam PRU 13 dulu.  Puncanya kerana 25 tahun lebih, penguasaan mereka Kota Darulnaim tidak dikawal oleh penguasa dan penguatkuasaan ‘HISBAH’. Badan HISBAH ini mereka abaikan sejak PAS memerentah Kelantan.

Kenapa???? Sebab kalau ada hisbah, pasti mereka rebah dikaki mahkamah. Tanpa hisbah, seolah-olah kesalahan dan penyelewengan terjadi, diangkat dimanipulasi menjadi hikmah dan mereka terus dapat berhemah dengan rakyat pengundi, yang mereka anggap tuli pekak bodoh. Rentetan dan sebutan-sebutan diatas, sampai kepada bah besar dipenghujong tahun 2014 dan sampai diawal tahun 2015, rakyat kian menjadi resah dan gelisah. Tengok penguasa Kota Darulnaim yang sikap tidak peduli dan membuli mantan exco kanan kerajaan zaman 22 tahun lebih Tokguru Nik Aziz mengetuai Jalan Dato’ Pati dan Kota Darulnaim.

Bah, persepsi dan aksi.

Sesunggohnya malapetaka banjir besar bah mega diakhir 2014 dan diawal 2015 lalu yang melumpohkan Jajahan Kuala Krai dan beberapa jajahan yang lain. Ianya merupakan ujian langsong dihadapi oleh kerajaan era baru pimpinan Ahmad Yaakob dan Amar Abdullah sebagai ujian yang dihadapi dan terpaksa ditangani. Kemampuan Kerajaan pimpinan Ahmad Yaakob dan cakna PAS itu sendiri dalam missi menghulor bantuan kepada mangsa banjir teruji.

Rakyat memperkata dan telah rakyat menilainya disudut kemampuan kudrat kerajaan pimpinan Ahmad dan Amar. Makanya rakyat telah tengok dengan mata lendir dikalangan wakil rakyat yang turun tampil dengan jujur lagi iklas bertungkus lumus cakna mengharongi bah mega atau sebaliknya.  Justeru, rakyat berhak memberi markah atau menafi markah kepada wakil mereka. 

Saya tidak berniat mengangat sesaorang, dalam masa yang sama kita menekan dan memperlekeh orang lain pula. Tetapi, semuanya telah diketahui umum oleh rakyat Kelantan baik dikalangan ahli dan penyokong PAS maunpun disebelah pembangkang umNO(baru)bN. Dari bisul menjadi barah dan melarat menjadi busong ketika banjir mega melanda Kelantan dipertengahan Disember 2014 sampai awal 2015.  Ketika itulah lahirnya kalimat MB swasta dan MB Kerajaan dan sebagainya. Dikatakan MB swasta bersama-sama NGO yang diasaskannya bersama-sama berganding dengan NGO yang lain mendahului MB kerajaan tampil mengharong banjir dan menghulorkan bantuan dan sebagainya. Saya tidak berhajat panjang bincangkan banjir mega tersebut.

Kesannya selepas mengharongi banjir dalam seri menghulor dan menemui mangsa-mangsa banjit tempoh dua bulan atau lebih, MB swasta ditimpa sakit yang serius. Beliau mendapat rawatan dan mengarahkan demi untuk kesihatan beliau mestilah berehat sepenoh untuk tempoh yang lama. Demi untuk kesihatan dan masa depannya. Ianya turut terkesan kepada KNK pimpinan ulamak dengan  penyakit berangkai  yang tak diundang, iaitu perpecahan PAS Pusat dan perpecahan PAS Kelantan.

Hasil daripada keputusan  selepas Muktamar Agong PAS ke 61 di Kuala Selangor beberapa bulan yang lepas. Watak-watak yang terlibat diperengkat PAS pusat, mereka juga adalah pemain dan pencetus perpecahan PAS Kelantan yang menjalar sampai kepada PAS Kawasan dan PAS Cawangan. Ianya menjadi reality dan menjadi mimpi ngeri yang menakutkan kepimpinan PAS Kelantan juga peneraju eksekutif KNK sekarang.

Walau mereka di Kota Darulnaim dan di Jalan Dato’ Pati cuba menafi dan menolak reality ahli-ahli PAS yang berpecah. Seahagiannya terus menyokong PAS. Sebahagianya keluar PAS menyokong PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH yang lahir selepas MA PAS ke 61. Sentohan langsong ulamak yang mengemudi pelayaran bahtera PAS, mereka lantang membujor lalu melintang patah.   Semua-semua itu bermula selepas Muktamar Agong ke 60 di Batu Pahat Johor lagi. Seterusnya dipanjangkan dan diterjermah sepenohnya pada  Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor.

Semua tindak tandok penyokong geng ulamak mereka gilap membena imej ulamak mereka dengan membuat lanskap pemisah dengan pemimpin yang profesioanl yang proaktif dalam menghadapi berdepan cakna dengan rakyat. Mereka ratip dan mereka mengilap dengan mendapat lampu hijau dari Presiden dan Mursidul Am sekarang. Iaitu rangkaian kalimat pemisah yang tajam umpama keris panjang tidak berluk menusok. Mereka mencipta komponan penghinaan kepada teman seperjuangan yang melebihi 35 tahun bergelumang dalam PAS, jatuh dan bangunnya.

Tetapi kerana berbeda pandangan dan pendapat mereka pimpinan ulamak dengan galak meraikan pengikut mereka yang setahun jagong dok balon pemimpin kanan dan AJK Pusat sampai dimembar oleh khatib berkhutbah dengan penghinaan munafik, beranak cacat, haraki, anwarinas, dapig, endorgan, anak polybag, jebon, barua broker, pengkhianat, barua dap, parasit,anjing menyalak bukit, baru ngandung, ,dan macam-macam lagi. Akhirnya mereka dapat medal berganda; emas dan platinum di MA PAS ke 61 di Kuala Selangor. Handalannya mereka mengator strateji, dan kini strateji itu akan makan diri akhirnya.

Tersingkirnya pemimpin PAS yang berpengalama yang vocal menentang umnO(baru)bN kerana rasuah dan penipuannya dalam mengendali PRU. Ianya merupakan  kejayaan besar para broker dalaman dari PAS yang bersekonkol dengan agen pencator politik. Inisiatif konspirasi bersepadu dari umNO(baru) itu, makanya Pakatan Rakyat hancor dan PAS berbelah dua.  Perpaduan ahli dan kepimpinannya berkecai dan bersepai. Justeru sebagai alternative, lahirlah PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH mengisi kekosongan dalam PR dahulu dengan wajah baru dikenali dengan PAKATAN HARAPAN yang mengundang cabaran kepada PAS Jalan Dato’ Pati dan kerajaan sendiri di Kota Darulnaim.

Selebihnya ahli PAS dan penyokong sedang menunggu masa dan saat yang sesuai untuk ramai-ramai tinggalkan PAS. Mereka terdiri dari Adun-adun, Ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin PAS dan penjawat awam politik dari PAS. Sekarang gulongan ini tersohor dengan jolokkan MEMPELAM HAROMANIS disamping sepsis ahli PAS yang tegar seperti KARET OREN. Mereka melangkah tanpa menoleh kiri dan kanan terus menyeberang kebahtera bahru perjuangan yang bernama AMANAH. 

KNK telah tercalar dicalar oleh jari jemari dari tangan KNK sendiri yang mengundang ketirisan, mengandong dan melahirkan sendiri kroni. Pimpinan taukeh dan taukeh kroni yang tidak dapat disembunyi lagi kini. Sebab kekyaan terhasil dari kecurigaan rakyat yang ianya bukan berbentuk ‘NIAT’ yang terselindung lagi tersembunyi didalam dada, tetapi ianya dizahirkan terang-terang, rakyat memandang dan meradang.

Jangkauan pandangan yang dilontar oleh pengkritik dalaman atau dari luaran, pasti ianya samasekali tidak disukai, dilarangi oleh pemerentah kerajaan sekarang. Walaupun mereka bukan berada dalam zon selesa dan lega dalam semua pekara untuk lengkap rempah ratus dan herba ramuan sebagai seuah kerajaan yang peduli rakyat berkebajikan. Kini banyak pertanyaan dan permasalah mengundang tandatanya yang perlu pencerahan. Rakyat akan terus tuntut Ketelusan dan Bertanggungjawaban sehingga Tadbir-Urus kewangan negara menjadi baik dan pulih bagi memacu sebuah ekonomi yang mapan dan sistem kewangan negara yang mampu ditangani keluar dari kemelut agar tidak melarut.

Rencana     :  Bahtera Sejahtera 
Tarikh siap :  10 Rabiulawal 1437 (Selasa) 22 Disember 2015




Saturday, December 19, 2015

“Apakah pandangan tuan dengan kelahiran AMANAH, dan adakah dijangka?

Rencana :  IBN ABDULLAH ALAWAB    
Tarikh     : 15 DISEMBER (Selasa) 2015 3 Rabiulawal 1437

Bulat air kerana pembentong.

Salam untuk semua sahabat pemimpin AMANAH Padang Serai, Saudara Cikgu Razak, Saudara Azeim dan lain-lain. Salam ukhwah untuk Pimpinan AMANAH Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Dr Ismail bin Salleh - DADISA (mantan Exco KNK DA), Dr Rohani Mutalib dan teman-teman seperjuangan yang bersama DADISA. Di atas sudinya teman-teman menziarahi saya dan keluarga minggu lepas. Terima kasih. Barakallah.

Sesunggohnya masa sedang hambat dan ligan kita untuk memacu dan pecut perjalanan parti AMANAH Rahmat untuk semua, supaya bertebaran memenuhi ufuk bumi Kedah Darulaman dan Negara selurohnya. Apa khabar semua!!!!! Bersedialah kita bersama-sama AMANAH, InshaAllah. Sekarang merupakan masa yang tepat untuk memacu dan memecut AMANAH, bukan kita berkesot dan bertatih secara senyap dikaki lima.Tetapi hendaklah kita tampil ketengah medan gelanggang rakyat Negara. Dengan menawarkan perjuangan yang serius demi untuk selamatkan Negara bangsa, dari cengkaman zalim PM1Malaysia YAB DS Najib TAR yang menekan rakyat Negara dalam semua aspek setiap hari.

Sebagai orang lama yang usang  usia, dengan kesihatan yang sarat dibelenggu rahmat penyakit yang membataskan pergerakkan. Jadinya amatlah kerdil  saya ini, untuk membicara topik besar perjuangan. Penghalangnya adalah himpunan penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan kecemasan tak tentu masa. Perjuangan besar yang kita lalui selama ini, yang didalam azimat dan kalimat perjuangan itu; ianya tersimpanlah khazanah pengurbanan yang lengkap, wakaf diri dan usaha besar yang gigih secara berterusan dalam membina lonjakkan kekutan. Yakni kita berjihad untuk meransang kepada rakyat pengundi supaya menyertai AMANAH. Sejujurnya saya tidak mampu serta berupaya merealisasinya seperti sahabat-sahabat melakukannya, maaf. AMANAH akan kerdil dan tak kemana, tanpa penyertaan pemimpin iklas yang tabah, dalam mempertahankan hak rakyat yang dizalami.

Apa-apa pun inilah   sumbangan yang saya mampu dengan sebidang lembaran celek fikir berupa tinta rencana untuk kepimpinan AMANAH menghidunya. Itu pun kalau-kalau mereka sudi membacanya. Juga sebagai santapan ulangkaji saya sendiri. Maafkanlah. Sudi-sudilah membacanya, mungkin terdapat juga manfaat didalamnya, InshaAllah. Maafkanlah wahai pemimpin, sekiranya bicara ini umpama ketam diantara saya ini dengan sahabat-sahabat semua. Biarlah ketam atau sotong yang dicandat, asalkan saya berjenama karet oren tidak mempelam haromanis yang lambat masaknya. Setelah bersama lama berladang petai lebih dari 35 tahun. Sekarang kita teruskan perjuangan dengan lebih bermaruah bersama AMANAH dalam Pakatan Harapan - PH. Sah kita terpaksa berdepan dengan cicak mengkarong bila AMANAH menjadi rumah baru kita. Usah toleh lagi kekiri atau kekanan, jalan terus bro n sis.

Ketika kunjungan ziarah sahabat AMANAH Kawasan Padang Serai dan AMANAH Kedah menjelang Asar 9 Disember 2015 – Rabu, saya berhutang jawapan keatas pertanyaan yang diajukan oleh Naib Pengerusi 2 Dr Rohani Mutalib kepada saya iaitu, “Apakah pandangan tuan dengan kelahiran AMANAH dan adakah dijangka?”. Jawapan awal saya yang simple Dr Rohani, saya bukan  tuan, sekadar gurkha dalam AMANAH, itu adalah hakikatnya Dr Rohani. Dr adalah tuan kepada saya, sah terjawab soalan Dr Rohani. Berasa lapang dada, lega hati saya berpeluang menjawab soalan berat dari Dr Rohani. Maaf dan terima kasih Dr.

Saya berpegang kemas serta berkeyakinan, bahawa AMANAH adalah parti siasah dan dakwah yang tidak boleh dipisah. Saya menganggotai AMANAH bukan menjadi tok turut untuk mengharapkan sekepal nasi seketul lauk darinya. Bukan penyertaan kami seekeluarga sekadar simbolik, serahan borang dan yuran untuk iklan dan promosi. Tetapi disana ia tersimpan khazanah lama, yang sekali sekala wajar kita bicara untuk mengenali hati budi mereka yang lama memakan petai dari pokok yang mereka semai tanam lebih dari 35 tahun dahulu. Sesunggohnya perpecahan PAS yang akan melahirkan parti baru telah saya tulis dalam satu rencana tahun 2006 lagi. Kini kenapa dan mengapa saya menyertai AMANAH?

Sejak berlalunya muktamar PAS ke 60  di Batu Pahat Johor lagi, garis pemisah dengan sebilah pisau  tajam menerusi lidah beracun sedang belah PAS sudah berlaku. Yang mana saya ambil iktibar - ibrah  dengan yakin, turning pointnya adalah doa laknat berpuaka yang dilafaz oleh Ustaz Dr Azhar Yaacob (isterinya sentiasa dikaca tv mengisi ruang agama). Manakala pimpinan ulamak muktabar  bersekali dengan geng ulamak, amat kudus menadah tangan  mengaminkan doa beracun tersebut dengan kyusuk. Tanpa pengerusi tetap dan pimpinan ulamak menegor dan melarang doa tersebut dari terus dibaca. Makanya inilah petanda sah dan saheh doa laknat tersebut mendapat izin restu. Tunjukkan sikap pucuk pimpinan doa itu dizahirkan bukan niat didalam hati. Ketika itulah hati nurani saya terdetik, rencana tahun 2006 saya tulis dahulu sah PAS akan berpecah dua seperti belah temikai. Pasti ianya akan berlaku, masa sahaja yang akan menentukan.

Perjuangan hakiki AMANAH adalah bermatlamat. Tindakkan kita sekarang adalah merangka objektif. Matlamat perjuangan kita adalah untuk jangka panjang. Manakala pengisian jangka pendeknya ialah objektif. Pencapaian kepada objektif AMANAH amat penting untuk menjadi sebagai alat pembantu dan penyumbang kepada matlamat AMANAH  yang suci. Untuk mencapai matlamat tentulah kita memerlukan tempoh masa yang panjang. Tetapi untuk mencapai objektif faktor usaha mencapainya adalah dalam masa tempoh yang singkat setahun dua sahaja. Walau singa dan naga menghalang, kita teruskan perjalanan dengan tabah. Jangan izinkan kita rebah dan mengalah. Janjinya kita tabah menghadapi mehnah dan kerenah demi perjuangan. Wajar sangat kita warga AMANAH berdepan rakyat pengundi dengan salam dan senyum.

Saya menyertai AMANAH kerana sikap dan sifat saya seperti  tukang jahit - tailor. Saya mengukur berulang kali, menanda dengan teliti. Bentuk paten baju dan seluar, kerana kainnya jenis terbaik dan harganya mahal. Apalagi pemiliknya orang ternama maka  sais diukur adalah sepadan tuannya. Saya yakin dan pasti  dengan tanda dan ukuran yang dibuat, barulah saya mula gunting, eron dan sebagainya serta menjahit menjadi pakaian yang selesa berjenama. Saya tidak mejadi seperti tukang kayu amatur yang kerat kayu diluar perhitungan. Seperti nak guna kayu panjang sejengkal, dikeratnya kayu yang panjang 5 depa yang ada didepan mata tanpa berfikir panjang. Pasti ianya melakukan tindakkan yang salah yang disengajakan. Sedangkan kayu sehasta panjang dipelupok mata, tidak diambil untuk kegunaan sejengkal tadi. Ertinya bertindak diluar kotak berfikiran sempurna, matang dan berhati-hati.

Muafakat itu berkat.

Saya teruja sunggoh-sunggoh menyaksikan gulungan ulamak dan cendiakawan Islam, berganding erat dengan gulongan professional dan NGO. Watak dan tindakkan mereka mengikut acuan Islam dalam mengemudi bahtera AMANAH. Mereka cerdik pandai, bistari dan terserlah. Mereka tahan diuji tidak termakan sogokkan umpan musoh. Mereka telah menterjermah perjuangan ini dengan harga yang mahal. Ke penjara, kelokap serta dikatok dibantai FRU telah mereka melalui dan lali. Mereka bermandi air acid dan melalui tribulasi sepanjang masa, ketikamana mereka dalam mengerakkan parti lama. Bakti merekalah, parti lama mendapat perhatian rakyat. Mereka bukan sekadar berjuang diatas membar mesjid dan surau. Berkuliah berakhir dengan hulur terima salam sampul yang sohor dikatakan orang.  

Percayalah rakyat pengundi, AMANAH beruntung kerana parti ini dipimpin oleh pemimpin yang kaya pengalaman dalam  pengurusan, berkeupayaan melakar strateji yang lengkap. Jangkaun dan bacaan hirok pikok politik yang tajam. Makanya diatas bistari dan pandangan jauh untuk menyelamatkan Negara tercinta ini, jadinya AMANAH telah digarap dan digilap dengan penuh tanggungjawab untuk memberi peluang kepada rakyat menyertainya. Kerana AMANAH terangkum berpaksi pada strategi, tindakkan dan tugasan yang akan membentuk pribadi anggota AMANAH dalam persiapan dan persediaan yang mampan.

Justeru wahai warga AMANAH, wajar kita bersiap sedia dengan lipat ganda usaha serta tingkatkan pengurbanan mengikut kemampuan dan kebolehan diri kita masing-masing.  Kita memperkemaskan pengurusan serta memperkasakan imformasi AMANAH. Supaya mendapat nilai tambah untuk daya tarikkan dan perhatian rakyat pengundi menjadi penyokong. Terpenting, supaya mereka turut menyertai menjadi ahli AMANAH yang proaktif mengendali dan menjana AMANAH secara terancang untuk menghadapi lawan dan kawan. Kerana mereka meletak kepercayaan tinggi dengan harapan besar kepada kita. Subhanallah. Hendaknya kepercayaan yang rakyat lunggok itu, sesekali jangan kita mengkhianatinya.

Saya menyaksikan bahawa kelemahan parti petai dulu ianya berkait rapat dengan cara-cara pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan terutamanya yang amat luas bidangnya yang diabai tidak dijadikan keutamaan untuk memperkasakan parti – jemaah. Beratnya di cawangan-cawangan yang tidak memiliki rekod, yakni bermacam rekod penting. Makanya fenomina tersebut tidak terus dibawa oleh kita menjadi amalan ketikamana kita berada untuk mengurus AMANAH disemua peringkat. Sebenarnya ramai dikalangan kita kurang mengambil berat dan keutamaan dalam aspek pengurusan, dan ada yang mengurus tidak berusaha diri untuk mendapat ilmu berkaitan dan berkenaan pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan dan lain-lain.

Walau pun mereka seorang ustaz yang hebat dengan amalan wajib dan sunatnya yang termaklom. Tetapi bila mereka berdepan dengan amanah kepimpinan, pasti mahu atau mengelak mereka pasti berdepan dengan pengurusan. Hasil pengurusan mereka jadi nana dan tidak serius dalam mengendalikan pengurusan berlandaskan peratoran - perlembagaan bertulis yang termaktob. Aktiviti parti – jemaah mungkin menjadi lemah hatta boleh menjadi lumpoh sekiranya aspek pengurusan yang penting itu diabai dan tidak dipeduli dan cakna dibiarkan berteruskan. Mengundang masalah besar untuk menghadapi muktamar-mesyurat agung. Ramai dikalangan kita mengendali pengurusan parti – jemaah dalam skop yang sempit. Sedangkan pengurusan itu, skopnya amat luas seluas bidang muamalat.

Ianya berkait rapat dengan pentadbiran pengurusan pejabat, pengurusan kewangan dan berkaitan dengan harta derma wakaf dan sebagainya. Pengurusan juga berkait rapat dengan kepimpinan, tenaga kerja serta senarai hakiki tugasan kerja. Perancangan aktiviti dalam dan luaran dan beberapa pekara lagi. Maaf cakap, saya amat sedih walau pun kita bergerak dan berjuang dalam obit Islam dan islam syumul mengajar kita. Tetapi kita yang dalam jemaah ini, sentiasa aspek pengurusan ini diabaikan. Saya menyedari terdapat cawangan yang tidak memiliki rekod pentadbiran, rekod kewangan dan sebagainya. Rekod keahlian dan yuran pun bertabor macam padi beneh ditapak semaian. Serabut dibuatnya. Itu bro cerita lama 20 – 35 tahun dulu. So, dalam pengurusan dan pentadbiran AMANAH kita urus tadbir dengan canggih sesuai kita hidup di kurun ke 21 ini.

Jadi AMANAH kawasan dan cawangan yang dituboh, makanya aspek pengurusan wajar menjadi keutamaan untuk kita mencapai matlamat perjuangan. Kita hendaklah memperkemas dan mengerakkan sepenuh jentera organisasi AMANAH yang memerlukan kesunggohan pemimpin. Dan pemimpin tersebut hendaklah mendapat sokongan dan kerjasama erat dari ahli dan penyokong. Saya amat yakin berpandukan pengalaman langsong saya. Sekirnya pemimpin menunjukkan kesunggohan, kejujuran, keiklasan dan serius dengan memikul tugas yang diamanahkannya, makanya ahli-ahli akan cair hati dan dan ringan tangan dan minda, InshaAllah mereka bersimpati. Pasti mereka tidak sekadar menjadi pemerhati dan penontun sahaja. Yakinlah mereka akan turut turun berganding membantu merealisasi pelaksanaan aktiviti parti. Simpati itulah mengundang mendapat sokongan bantuan kewangan dan sebagainya.

Iktibar sebagai real perjuangan.

Pemimpin  AMANAH kini, mereka telah mengambil iktibar dan menggali pengalaman yang panjang, selama semasa dalam parti petai dahulu. Kita terpaksa tinggalkan parti lama kita dengan lelehan air mata. Setelah kita dihina, dihambat seperti anjing kurap dengan jalinan penghinaan yang bermacam gelaran diberi. Bukan penghinaan itu datangnya dari pengikut spesis anak ayam mata berdenea. Tetapi penghinaan datangnya dari pemimpin ulamak Negara dan dunia yang dikatakan hebat oleh cai dan pengikut. Sahabat-sahabat ku, kesatlah air matamu, usahlah bersedih tentang harta sepencarian. Usah berduka durja mengenangkan nasib diri. Ayuh! Ayuh! Ayuh! Ready!!! Bangun bangkitlah anda, rumah baru telah kita bina, AMANAH namaya. Mari kita membina keluarga besar sekarang, mailah  sama-sama kita mendiami. Dalam masa serentak, kita perkukoh dan kita pebesarkan rumah kita. Kita akan memimpin Negara, InshaAllah.

Semua-semua itu kita jadi ianya sebagai sempadan untuk perjuangan dan pergerakkan kita dalam AMANAH dengan amanah dan berjiwa besar. Teman dan taulan semua, usah panau dan kurap dalam parti lama kita dahulu dibawa bersekali kedalam AMANAH, nescaya menanah dan punah kita dibuatnya kelak.  Berubatlah dahulu dan dapatlah rawatan sebelum kita menyertai AMANAH. Kalau virus panau kurap dibawa bersama-sama dalam AMANAH, pasti amanah juga akan musnah akhirnya. Maaf cakap.

Kita wajar mengingat, bahawa objektif amat penting untuk kita capai matlamat. Kita sama sekali tidak boleh mengutamakan sebahagian tertentu dan mengabaikan bahagian yang lain. Kita membuat keputusannya ianya tidak penting. Dulu-dulu sentiasa saya memperingatkan kita tidak mahu ahli AMANAH cuma memiliki keperbadian yang baik terpuji, tetapi dalam masa yang sama organisasi kita lemah bercempera. Atau organisasi tersusun dan terancang, tetapi kualiti ahli dan kepimpinan lemah dan sebagainya. Kita mau adalah keperibadian ahli dan pemimpin yang hebat dan terbaik, maka dia pasti berperanan lebih efektif membangun organisasi berkualiti dan special.

Diatas keinsafan dan rasa tanggunjawab kepada AMANAH yang saya sebahagian darinya, maka ini-inilah sumbangan awal saya berbentuk nasihat untuk saya sendiri dan teman-teman diluar sana. Maaf, tidak terlintas samasekali untuk saya mengajar itik dan buaya berenang. Cuma niat untuk membena AMANAH menjadi lebih kehadapan dan hebat. Agar AMANAH dalam tempoh terdekat akan menjadi ikutan menjadi perhatian dan keinginan rakyat pengundi menjadi ahli dan setidak-tidaknya menjadi penyokong dan penyumbang.

Saya berpegang kepada apabila semua-semua kita mengembeling tenaga, minda fikiran dan sumbangan material dan sebagainya, sesunggohnya ianya mendekatkan kepada AMANAH menuju dan mencapai objektif yang dihajatkan. Makanya harapan untuk mendaki matlamat AMANAH yang besar bersama PH menghadapi PRU 14 akan menjadi lebih mudah jalannya. Kita mampu gerakkan usaha-usaha AMANAH disudut penerangan, kempen dan perangsaraf untuk menarik perhatian rakyat pengundi dengan licin dan tersusun. Saya merasai serangan balas dari lawan kita, akan mudah kita pertahan dan kembali kita menyerang. Akhirnya AMANAH akan menuju keambang kejayaan, InshaAllah.

Amanah diyakini mampu memimpin.

Penyertaan saya dalam AMANAH, bukan disebabkan ia dikemudi dan dipimpin oleh sahabat saya yang saya kenali mereka diperingkat pusat, negeri pada tempoh yang amat lama dan sebaliknya. Tetapi saya telah meneliti dengan penoh pengharapan terhadap  objektif misi dan visi yang jelas, kelahiran AMANAH arah haluannya. Penubuhannya tepat pada masa dan tuntutan keadaan yang memerlukan. Fenomina politik Negara yang bergelora dan membara, baik pada umNO(baru)bN maupun dikalangan PR yang mati. Makanya Pakatan Harapan-PH mengambil tempat meneruskan perjuangan. Justeru AMANAH lahir kerana tuntutan keperluan rakyat Negara menjadi wadah pilihan yang tuntas, untuk mengangkat menjulang kembali pengkalan politik bersepadu bersama PH untuk menentang umNO(baru)bN di PRU 14.

Itulah realiti dan hakikatnya menjadi fokas utama AMANAH untuk memerentah Negara berganding dalam komponan PH. Bukan batalkan perjuangan selama 64 oleh pejuang terdahulu, macam keciwa dan tersungkur ditengah perjuangan. Dengan kalih tungging, kini niat baru sekadar menjadi PENASIHAT kepada parti diketuai lanun penyamun dan perasuah. Untuk nasihat kepada bapa penzalim dan perasuah dan salah guna kuasa. Barangkali penasihat APCO gagal berfungsi menunaikan peranan menasihat yang difikir-fikirkannya. Kini biar ulamak donia dari Negara pula cuba tampil mendampingi  serta berperanan sebagaip enasihat di PWTC sekaligus di Putrajaya. Mudah-mudahan suksess hendaknya. Mungkin ganjarannya menjadi PENASIHAT fee perkhidmatan tentu setaraf dengan bayaran dekat APCO Yahudi itu, masakan tidak bro n sis ketandas awan  pun kena bayar 50 sen. Inikan pula penasihat kerajaan1Malaysia pimpinan pahlawan Bugis kerana 1MDB tersohor donia dan rangkaiannya.

PM1Malaysia DS Najib TAR MP Pekan, Presiden umNO(baru), Pengerusi bN juga Menteri Kewangan yang dengan rakus, ganas dan panas dengan isu terbesar diabad ini skandal 1MDB dan RM2,600,000,000.00 kong kalikong ke dalam akaun batang tubohnya dan leboh tanpa kesudahannya. Dengan tanganya yang cemar dan berdanor itu, Najib TAR  sedang musnahkan  Negara menuju kehancuran ekonomi dan kemusnahan politik Negara Politik dan ekonomi Negara menjadi porak peranda dan papa kedana dibuatnya. Sayang, semua komponan kerja salahguna kuasa dan penyelewengan tersebut untuk kepentingan Negara dan rakyat. Nyatalah PM1Malaysia berminda kabat berfikir dalam kotan Negara purba zaman Majapahit dan Langkasuka.

Sayang bukan kepalang, durjana Najib TAR kepada Negara dan rakyat jelata yang menderita menghadapi tekanan hidup berdepan dengan kos sara hidup dan perbelanjaan tidak sepadan dengan pendapat. Rakyat dihimpit  miskin dan berdepan dengan papa kedana keranamu Najib TAR. Disaat kebejatan PM1Malaysia DS Najib TAR Presiden umNO(baru) berdepan dengan tekanan dan desakkan dari dalam partinya sendiri serta mantan penguasa parti diwarisinya supaya letaka jawatan politk dan kerajaan demi untuk selamatkan Negara tercinta.

Rupanya ada yang sesat tampil kedepan memberi pelampong kepada Najib TAR untuk selamatkan dia dari tenggelam dan karam. Tidak disangka, cempedak menjadi nangka. Negara digegar macam dilanda tsunami kali kedua, suisnya di Rusila mentolnya menyala 1000 v di BBB menerangi Putrajaya dan PWTC. Iaitu ulamak dunia dan ulamak muktabar Negara dikalangan parti petai menjadi penghalang ganti mempertahankan Najib TAR. Gandingan 2 ulamak pemutus dalam petai, mereka sintuk limau sucikan Najib, cuma mereka tidak sunatkan kali kedua anu DS Najib TAR kembali menjadi remaja. Mereka sensing lengan baju, pekemas semutar menjadi wira pahlawan membuka langkah songsang dan langkah tempang.

Iaitu mereka membawa tong oksijen dan pedang mata berkilat mempertahankan kewibawaan dan sucinya Najib TAR dari cacat cela. Mereka membela Najib TAR dengan perisai diri menerusi lidah keramat mereka sebagai  perisai. Rakyat pengundi menyaksikan tindakkan 2 ulamak tersebut sebiji peranan mereka macam kaldai dan kibas. Disaat ahli umNO(baru) sendiri sedang berjuang  menentang untuk nyahkan Najib TAR dari PWTC dan juga di Putrajaya. Timbul pembelanya dari pohon petai dari tunjang dan perdu. Ahli-ahlinya berbelah dua melihat pemimpin mereka menjadi badut hidup. Saya akan pungut mempelam haromanis yang ranum bersam-sama perkuatkan perjalanan AMANAH dalam masa yang terdekat ini, InshaAllah.

AMANAH parti politk dan dakwah bukan NGO.

Mungkin kita berbeza pendapat dalam para ini, tetapi jangan jadikan ia barah dan nanah. Maaf cakap, warga AMANAH wajib membentuk peribadi terbaik dalam tugasan kita sebagai ahli - jemaah. Pribadi kepimpinan dan ahli yang beriman, berilmu dan beramal dengannya. Jangan sekadar kita seorang yang warak, soleh solehan lagi alim faqeh tetapi sejajar dengan itu, biarlah kita juga seorang mujahid yang berkemampuan menjalankan tugasan amar-makruf nahi mungkar. Hatta kita mampu berdemonterasi di lebohraya maupun di Dataran Merdeka. Untuk menyata menegakkan kebenaran dengan menolak yang batil, walau berdepan dengan hujan asid dan belantan diketuk dikepala oleh FRU.

Hendaklah kita menjadi pemimpin seorang yang strategis dalam percaturan “politk pilihanraya” yang menjadi keperluan dalam system demokerasi berparlimen dalam Negara kita. Yang ianya telah menjadi keperluan dan keutamaan untuk masa kini. Tidak cukup dengan zikir panjang dan sujud yang lama berdoa. Sedangkan diwaktu yang sama kezaliman, rasuah, penipuan, pembelot kita biarkan tanpa tentangan dan sikap kita menjadi syaitan bisu apalagi niat untuk menghulur bantuan, membantu dalam apa keadaan. Apalagi bercadang nak menjadi penasihat, sedangkan kecelakaan kepada rakyat yang bertimbun nak dihapus kira dengan mudah. Kerana Najib sebangsa dengan kita, ianya perlu diselamatkan?

Tetapi hendaklah kita peka dengan tuntutan permintaan keadaan dan jangan kita menjadi pekak badak. Sewajarnya kita tampil menawarkan diri meguasai keadaan tersebut dengan bijaksana dan berstrateji. Tetapi biarkanlah ianya selari mengikut lunas-lunas yang diredzai Allah dan diterima oleh akal yang sihat.   Bukan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Biarkanlah warga AMANAH disemua posisi dan keadaan mampu bertindak menjadi agen perubahan ummah rakyat Negara bangsa. Untuk mencapai cita-cita itu semua, kita warga AMANAH hendaklah diikat dengan latihan- tamrin secara amali dan teorinya.

Sekiranya kita berada diposisi kepimpinan maka hendaklah kita sentiasa dikawal dengan program sebagai proses membaiki rohani, memiliki akli dan fizikal untuk melahirkan ahli AMANAH yang kental disudut keimanannya. Peribadi yang unggul sahajalah yang mampu untuk membimbing diri sendiri, famili dan komuniti dengan memikul tugas tanpa berbelah bagi. Kepimpinan dan ahli  AMANAH yang berkualiti semacam itulah baru tercetus perasaan dan keinginan dikalangan komuniti diluar sana, sebagai daya tarikkan – magnet untuk mendekati AMANAH. Mereka cuba mendekati bertanya khabar untuk mengenali beramah mesra dan puncanya dari kita samada orang menyertai AMANAH atau sebaliknya.

Dalam tempoh yang lama saya menyaksikan dalaman parti  duhulu, ianya berkait rapat dengan kualiti pengurusan yang tidak menjadi keutamaan dan main cincai sahaja diperengkat cawangan. Terutamanya yang berkait dengan kewangan, derma dan sebagainya. Kelemahan dengan sikap cincai itulah membawa kepada kita terkeluar real dan terkelincir. Samada dalam bentuk tindakkan maupun ketika mengeluarkan pendapat dengan petah dan garang menemui komunit semasa berucap. Pantang tengok mikrofon. Ianya menjadi arahan atau sekadar percakapan biasa yang tidak mampu dikategori fikir oleh ahli dan pengikut dibawah. Ianya mengundang persepsi dan menjadi aksi selepas itu. Pemimpin tidak mampu kawal mulut lidah, parti mengundang masalah dan ahli bercempera. Tidak  mendapat penjelasan dan ketelusan dalam banyak perkara penuh misteri. Pemimpin menjadi bisu kelu, kerana menjaga hati macai dibawah.  

Sebaik kita terpaksa bersemuka dengan rakyat hakim mutlak pengundi dalam PRU akan mereka tolak kita. Jadinya wajiblah kita letakkan keperibadian yang tinggi sejajar kita yang menggalas tanggungjawab memimpin AMANAH mengikut susun atur diri masing-masing. Semuanya penting, semuanya utama dalam keluarga AMANAH kita.  Jangan akhirnya  kita bermata putih terus merintih. Jadi, bersihlah, sucilah kita dalam AMANAH mengelak menjadi punah. Maaf kalam kalau ianya makan dalam, demi pencerahan sebagai sempadan kawalan awal untuk parti kita AMANAH dijaga dipulihara. Maaflah kalau ianya tidak sedap dihati.

Rencana :  IBN ABDULLAH ALAWAB    

Siap        : 19 DISEMBER (Sabtu) 2015 7 Rabiulawal 1437