Thursday, March 17, 2016

PANTUN: PAS IKAT HUDUD

PANTUN: PAS IKAT HUDUD

Marang Rusila, perjalanan laju ke Pekan
Ke Pekan hajatnya membeli berangan,
Belum pun surat pernikahan didaftarkan
PAS buang  hudud nyawa perjuangan.

Juta RM hangus, agkaramu panda
Ibu bapa panda, memancut kencing
PAS lanie bukan serak tersedu nada
Tetapi terkeluar real, larinya pitching.

Tak cukup cengal, dikebas kempas
Sayang cengal balak, disita tersadai
Haron Din kata Hudud nyawa PAS
Kenapakah  nyawa dijual digadai? 

Ramainya berjemaah di Mesjid Pendek
Mesjid indah, berkualiti material bahan
Anjongnya terlindong disebab dahan,
Ustaz Ahmad  Yaakob MB akalnya pendek
Sumpah dalam DUN, hudud jadi tarohan
2015 MB letak cau, kalau hudud tak jalan.

Badud terlepas, tersimpanglah haluan
Haluan ke Kobah, sampai ke Mekebang,
Hudud: PAS ubah strategi ikut keperluan
Itulah hakikat, ulamak lidah bercabang.

Peguam hakim yoya, rebah luka berdarah
Himpun di Padang Merbok betina jantan,
Dulu Hadi  kata kelabu, hari ini kata merah
Hajatnya ke utara, turned pula ke selatan?

Haramjadah serta barua broker perkataan kesat
Diucapkan oleh kedua-dua pemimpin atasan,
Taki kata, hudud diserah kepada kerajaan pusat
Bil persendirian dibawa, belakang keputusan?

Terlepas nak makan, laksa Telok Kecai
Dilampu isyarat Alor Janggus baru perasan,
PR dan PAS sudah hancor telah berkecai
Baru faham pindaan itu libat perlembagaan?

Hujah MP bN, ramai yang mengampu
Mengampu berhujah naik urat belakang
Khalid, Rafizi, Hatta sering mereka  ganggu,
Abdoh kata mana baik ditipu atau menipu
Yang mana lebih afdal kita berpegang
Ditipu atau menipu, KP berkecek dungu.

Si Tora Harimau Jadian, film Patong Kencana
Cerita hikayat rakyat, dongeng dahulu kala
Mamak Kadir kata, hudud tak sesuai dilaksana
Haji Hadi setuju, mengia menganggok  kepala.

Dr Azman Ismail ahli parlimen Kuala Kedah
Menjimat penggunaan elektrik, dia guna dian
Terkejut terkencing, bila bertalu dipalu rebana,
Pasal hudud Mamak Kadir bermadah sudah
Hadi Awang kata, hudud kita fikirkan kemudian
Bil private ana, bukan hudud nak dilaksana?

Nik Mahmood Nik Hassan, dermawan berjariah
Delima Husham Musa haromanis ke karet,
Merenam Joker, Raj Kapoor berwatak badud,
Untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah.
Mahkamah syariah terendah dari court majistret
Kenapa gagea mula, mu dakwa pindaan hudud?

CM Lim Guan Eng integrity, memacu kemajuan
Sumbang seribu dekat alHafiz menghafal Quraan,
Haji Hadi mengemudi PAS sesat arah dan tujuan
Perkuda PAS, menuju musnah bala kehancoran.

Untong meniaga manusia, dari berniaga unta
Manusia GRO jalang, pamir dikamar kaca,
Ustaz Haron (PAS), ana mau tanya anta
Hudud mu letak ketepi, DAP kah yang punca?

IBN ABDULLAH AL AWAB – 17 MAC 2016 – KHAMIS (8.18 malam)


Wednesday, March 16, 2016

PANTUN PARLIMEN 16 MAC 2016

Dara Sulu ramping, pakai bengkong
Makan tengah hari, makan pulasan,
MP Bintulu menyinga kong ka likong
Bantah Najib1MDB, sokong barisan.

Kenapakah di roboh Kota Melaka
Kota di bena dengan simen dan bata
Bata dipikul Pakndak dan Paklong,
Penerbangan Negara MAS jadi puaka
Menanggong hutang daily RM lima juta
Apa lagi harta yang hendak dilelong?

Bahana GST, rakyat miskin jadi sengsara
Tengok anak kelaparan perasaan hiba,
Penerbangan MAS sembeleh rakyat Negara
Mata air MP Bintulu, meleleh basah ke riba.

Pemimpin umNO dok bersengketa
Sengketa nak korek, ada nak palam
Korek dan palam mereka berlaga,
Malaysia Air Port turut diperkata  
Bila hujan lebat, berubah jadi kolam
Pakat-pakat timba air dengan raga.

Megah para pemimpin di atas astaka
Pemimpin yang menipu banyak masalah,
Kenapa semua itu menjadi malapetaka
Kerana projek rasuah, tak mula Bismillah.
Bila hujan lebat, kuyup dan basah

Menteri Besar Kedah baru Ahmad Basah
Sesama umNO(baru) dia dibangkang
JKR pula MP bintulu peluang belasah
Bukan buat jalan, tetapi buat longkang.  

DS Rosmah Mansor titlenya al hajjah
Lakinya di cadang PM sampai kiamat,
MP Semporna Shapie bangun berhujah
keselamatan kawasannya, tak selamat

YB Tan Sian Giau bijak bermadah
Madah berbunga, serta berbahasa,  
BLOK KE 3 pembankang dilancar sudah
Parti agama dengan Ikatan bangsa.

Khalid al Walid pakar memanah
Kebolehan yang hebat, Allah kurnia,
Tergugatkah PR dan PARTI  AMANAH
Kelahiran BLOK KE 3, lahir kedunia.

IBN ABDULLAH AL AWAB – 16 MAC 2016 - RABU



Sunday, March 13, 2016

PANTUN ANGKAT ROSMAH NAJIB

PANTUN ANGKAT ROSMAH NAJIB

Sayor lemak bayam, bersama tauhu
Beras pulut ditanak, dibuatnya wajib,
Wahai rakyat Negara, saya bagi tahu
Rosmah Mansor adalah bini ke2 Najib.

Menebang belantara hutan, menjadi pamah
Kelulusan hak Melayu, digadai dekat Nyonya,
Bencinya rakyat dan meluat dekat Rosmah
Lagak sombong Rosmah mengatasi lakinya.

Subor dan segar tanaman, kerana dibaja
Bantuan baja daripada Pengerusi Mara,
Rosmah bukan malukan lakinya sahaja
Tetapi tempiasanya juga kepada Negara.

Bersimpang siur, lencongnya teros
Silap persimpangan, sesat ke Bota,
Heboh sedunia, Rosmah joli dan boros
Ambil duit mana, beli cincin 24 juta?

Sesunggohnya, tak tumboh tak melata
Didalam kuali berpasir, goreng berangan,
Mampunya Rosmah, beli cincin 24 juta
Dia menabong, sejak dalam kandongan.

Pondok yang tersohor di Bukit Besar
Apa kurangnya, pondak di Penanti
Dibina dengan kayu bersama keluli,
Hobinya Rosmah berbelanja besar
Barang berjenama mahal, pilihan hati
Tentang membayar, apa aku peduli?

Sungai Berembang, disebelah sini  
Terkenal dengan haromanis dan sawa,
Orang dok sembang, Najib takut bini
Rosmah guna bomoh Siam dan Jawa.

Thian Chua member Parlimen Batu
Melintangnya berlalu, membujor kata,
Rosmah Najib kenduri sambut menantu
Kataanya bunga import, harga 3 juta.

Ada pulut wajib, makan yang tanak
Dudok makan santai, ditepi lombong,
Rosmah Najib bukan walimah anak
Jamuan bongkak, tunjuk sombong.

Anak pinak menteri kaya, menjadi peran
Kerana bapak mereka, lanun dan pencuri,
Rakyat Negara jadi bengong dan heran
Rosmah ka PM or Najib Perdana Menteri?

Berubat tradisi, dengan bomoh main petri
Selepas petri, belum tentu semboh selamat,
Kalau nak tau, siapa jadi perdana menteri
Pergi mengadap Agong, dapat maklumat.

Selepas menuai, membakar jerami
Api merebak menjadi melarat,
Dayusnya DS Najib menjadi suami
Biarkan Rosmah mendedah aurat.

Menisan nipah, madunya kelulut
Kelulut yang asli di dalam hutan,
Bab ini bukan sengaja gatal mulut
Tetapi amaran Quraan kalam Tuhan.

 Sekarang scan, dulu bidan jamah
Jamahnnya perut berlapik serban,
Tamparan hebat berdepan Rosmah
Adnan Satim suroh, Najib berbini Iban?

Kehulu mudik menahannya lukah
Lukah ditahan oleh, Pak Derani
KM beri jaminan Najib ok menikah
Jantan wirakah Najib tambah bini?

IBN ABDULLAH ALAWAB – 
13 March 2016 – SUNDAY - 12.20 TH


Saturday, March 12, 2016

PANTUN ORANG LAMA.

PANTUN ORANG LAMA.

Abuya Hamka, ulamak terbilang di Nusantara
Alim ilmunya, kental perjuangan anak jantan,
Kalau Najib 1MDB@NajibRM2.6B beban Negara
Husham kata, Amar Abdullah beban di Kelantan.

Meyabit lalang dan rumput dengan keri
Lalang rumput sarat diisi kedalam sampan,
Kedua mereka beban Negara dan negeri
Kenapa parti merentah masih dok simpan?

Barang beban diangkat  menguna kren
Beban berat, kren patah lintang jambatan,
Andai Husham harumanis menjadi oren
Maaflah, relakah Cikgu bertukar jawatan?

Ramainya ulama, olala ulamak haid dan nifas
Ratusan juta duit rakyat, untuk 2 ekor panda
Sayangnya si panda, dipelokoh monyet kera,
Bertambah ganda  NajibRM2.6B sesak nafas
Undang2 apa lagi, yang Najib1MDB nak pinda
Nak selamat diri dari dakwa, elak ke penjara?

Cakmar di ukir, berhati-hati cermat
Pengukir handalan Paktam Mat Saman,  
Amar disingkir, Pas Kelantan selamat
Pecatkan Najib1MDB, Malaysia aman?

Kuala Perlis, Kuala Kedah pengkalan dadah
Bekalannya senang dapat, harganya murah
Bila berdengung, Mat pit kata ok nyaman,
Billion PM Najib seleweng, Rafizi terus dedah
4 billion wang pencen, Najib mentah kedarah
Kenapa Najib1MDB, tidak mau menyaman?

Melilit bersimpai akaconda ular sawa
Belit lagi Zahid Zamry di Nibong Tebal,  
WSJ, NY Post dikatakan tak berwibawa
Berita Heran Utusan Meloya taraf global?

Adilfitri menyanyi menari di Sri Perdana
Rais Yatim, tua bangka menari berdansa,
Sekolah hospital, kritikal kontang dana
Sebabnya Najib rompak salahguna kuasa.   

Cubit peha kiri, peha kanan merasa
Ketika mencubit, dimasok syaitan,
27 Mac himpunan Negara bangsa
Kita tuntut Najib1MDB letak jawatan.

Menara mesjid, muaazim azan bergema
Gema azan, tersentak padri dan biara
Runtuhan bangunan di Telok Aden,
Rakyat jelata, mari tampil turut sama
Soladariti keramat selamatkan Negara
Dari kezaliman Najib PM lanun moden.

Derita penoreh, malam pasang pelita
Pemerentah Putrajaya kata, cerita gampang
Cukuplah Najib1MDB, rakyatmu menderita
Jangan sampai rakyat mati gelimpang.

Cakap malam dengar, cakap siang pandang
Ahli parlimen berhujaH, tegak kebenaran,
Sekarang dewan rakyat tengah bersidang
Bill persindirian Haji Hadi, jadi kenyataan?

Ulam pegaga, sayor cendawan dan gubis
Diberi kepada anjing, upah menyalak,
Tepoh dada dakwa, dirinya pahlawan Bugis
Kenapa ajak berdebat, sentiasa menolak?

Habis hutan balak, ditebang pamah
Anak balak cucu balak, mereka balon,
Tinggi harga sanggol lentang Rosmah
RM1,200 sekali Rosmah, kunjungi salon.

Derita penoreh, malam pasang pelita
Pemerentah Putrajaya kata, cerita gampang
Cukuplah Najib1MDB, rakyatmu menderita
Jangan sampai rakyat mati begelimpang.

IBN ABDULLAH ALWAB

12 MAC 2016 (SABTU) 5.30 petang.

PANTUN MELANTON.

PANTUN MELANTON.

Ikan merah, gulainya tenggiri
Ikan kukup dijemoran pagar,
Liku lurah Najib TAR gali sendiri
Tak cukup PM, nak jadi saudagar.

Tanjong Pagar, Hutan Melintang
Menjerat naga di Tasik Bera,
Menjadi saudagar kaya hutang
Scandal 1MDB Negara sengsara.

Mee Kuey Tiau, bihun dan laksa
Enak ditambah budu dan cuka,
KWSP, T Haji, KWAP jadinya mangsa
Langsai  hutang 1MDB, racun puaka.

Dari Adnan bertukar Tengku Adnan
Titih keturunannya ayam serama,
Tun Razak dinobat Bapa Pembangunan
Najib anaknya pula, bapa apa kenama?

Kelantan kata tuak, Perlis kata nira
Niranya menjadi, diisi kedalam bejana
Buat jamu minuman teman dan rakan,
Deklarasi Rakyat penyelamat Negara
Selamatkan Negara dari petaka bencana
Lanun kepalanya Putrajaya, ekor di Pekan.

Jerubu kelam mulanya asap
Undang malapetaka rakyat merasa,
Petaka 1MDB modal, taukeh lesap
Kini, rakyat Negara menjadi mangsa.

Bertarong berentap disampan kolek
Bersampan kolek di Tanjong Benta,
PM1MdB NajibRM2.6B, nak di colek
Huh!!! TPMni, jenaka atau pun auta?

Melancong mengembara ke Bukit Setanggi
Pendudoknya rosak membaham ganja,
Rakyat menderita, kos sara hidup tinggi
Angkara duit rakyat salah guna belanja.

Nira nipah dibuat manisan dan cuka
Mat Lan 3.5 dan Ku Nanan tari samba,
Undi tak percaya Ahmad Said kemuka
Jadikan umNO Terengganu cacameraba.

Pandanga kebawah rasanya gayat
Akhirnya Pak tongkol menjadi pengsan,
Berakhirnya kerajaan, membantu rakyat
Dengan GST zalim rakyat bantu kerajaan.

Huma padi tumboh di tepi tangga
Amanah dijunjung, kita kerjasama.
16 Mac Hadi nak tuboh, Blok ketiga
Tengoklah indiviu parti akan jelma.  

Ibn Abdullah alawab – 12 Mac 2016 – Sabtu.



Thursday, March 10, 2016

PANTUN SIDANG

Ibn Abdullah alawab – 10 Mac 2016 – Khamis.

Niat dudok, hakikat membantah
Sifat manusia selepas bersara,
Megah menjulang bN memerentah
GST beroperasi rakyat sengsara.

Rajiv Ghandi, isterinya Sonia
Ratu Sara anakndanya Raja,
Bank Bumiputra, hilang didunia
Angkara pemimpin umNO durja.

Bela pacat di Bukit Keteri
Bukit Keteri dibalik sana,
Mukhriz dipecat jadi menteri
Najib ganti Bashah kaki lena.

Pantai terhakis kerananya ombak
Ombak membadai Pantai Merdeka,
Dun Terengganu dilambong ombak
Ujian kuat umNO sesama mereka.

Enak dan sebab pulut dan kuaci
Lebih zalat kalau dikukus,
AG Pandi Ali dah Najib TAR disuci
Kenapa di Parlimen Najib menikus?

Kurap panau sukarnya semboh
Kuat digaru, sakitnya merasa,
MKN dicincang menjelang Suboh
Senjata ampoh Najib berkuasa.

Mukhriz telah menjadi mangsa
Tidak diberi peluang membela,
WSJ Najib nak saman Selasa
Tetapi nak tanya, Selasa bila?

Najib diangkat pemimpin wibawa
Wibawa apa 1MDB rugi ribu juta,
Utusan Melayu lidah berwibawa
Sebab itulah hutang rugi berjuta.



Wednesday, March 2, 2016

PANTUN PUJA PUJI NAJIB PERDANA MENTERI.

PANTUN PUJA PUJI NAJIB PERDANA MENTERI.

Dana ratusan juta, untukmu panda
Pelaksanaan pemimpin kepala botak,
Bukan PAC, SPRM Najib porak peranda
Pegawai siasat PDRM ditukar serentak.

Pohonnya dokong, buahnya langsat
Pokoknya tinggi tidaklah berduri,
PAC hampir selesai 1MBD disiasat
NajibRM rombak PAC selamatkan diri.

Orang memberi, kita yang merasa
Sambil merasa Mat Lan 3.85 berakit,
PAC Najib1MDB jadikannya mangsa
Peguam Negara dibuang dikata sakit.

Bunga kiantan, daunnya lebat
Sayang pokok di makan kera,
Siasatan SPRM terbokti Najib terlibat
Pegawai SPRM pula ditukar segera.

Haram bertafakur dihadapan tugu
Padanlah berarak, mengusong panji-panji,
Semua kaki pengampu, dah dapat panggu
Dilantik menteri, India Pengerusi T Haji.

Boros jolinya Najib & bini bukan rahsia
Titih pahlawan Bugis gelaran kurnia,
Mulanya NajibRM dikenali PM1Malaysia
Kini Najib1MDB nama tersohor didunia.

Dicucok tebok mengusong kabadi
Gendang dipalu serunai bergema,
NajibRM di hati pemerentah Saudi
Hati pemurah 2.6B dihulor derma.

Pasangan menyundal di Tasik Bera
Acankonda dan buaya mati di tuba,
Scandal 1MDB, malapetaka Negara
Angkara Najib Tar, tomak haloba.

Cempedak nangka diperam kabat
Nangka yang muda dibuat pajeri,
Lepas1MDB 2.6B,  SRC pula terlibat
Apa kejadahnya Najib jadi P Menteri?

Jabib Hasbi dagang merantau
Dagang batik, songket bertenun,
Najib1MDB, RM2.6B aku kasi tau
Agong lantik jadi PM, dia jadi lanun.

Terbentangnya luas sawah padi
Sayangnya padi rosak binasa,
Najib Rosmah melawat Saudi
Sambil berumrah, kambus dosa.

Berakit kehilir, bermudik kehulu
Muatan sarat padi dan dedak,
Najib pinta balik, duit dipulang dulu
Dilangsai penderma, entahlah tidak.

Tayang tuboh nampaklah bera
Tudung sendat, rambut terjulai,
umNO bN bangga perentah Negara
Rakyat ditekan, Bengalasia dibelai.

Pantun Seloka  : IBN ABDULLAH ALAWAB
Tarikh                : 2 Mac 2016 - Rabu


Tuesday, March 1, 2016

PANTUN BERMADAH, KITA BERHUJAH.

PANTUN BERMADAH, KITA BERHUJAH.

Ketang kedada, manisnya nyonya
Batiknya merah jalornya belang
Benci UMNO bukan benci ahlinya
Benci pelacoran, bukan benci jalang.

Siakap sembilang dimasak 2.6B rasa
Sekarang timbang kilo, dulu timbang kati
Pas berpolitik bukan nak rampas kuasa
Nak jadi pecacai UMNObN sampai kemati.

Dari sana posman membawa surat
Surat titah junjungan Paduka kurnia
Suka ana  hadir absen mesyuarat
Kan ana ini ulamak tersohor dunia?

Baja organic serta baja camporan
Dibuboh banyak pokok merana
Sayang Rosmah terkena seduan
Hadi Haron pencetus kehancoran
Belah punah Pas macam timun Cina
Kerana gila nak Kerajaan Perpaduan.

Pergi meminang dara di Tokai
Siap meminang balik Semadong
Apakah ilmu Najib1MDB pakai
Hadi Haron dicucoknya hidong?

Tiang dan alang kayunya kempas
Pelapitnya pula batang kelapa
Nak dengan UMNO, nyah dari Pas
Ustaz Idris marah, tuju kesiapa?

Bawa kapak, parang pergi menebang
Ditaket batang dengan penendang
Penendang singah kemuka abang,
Ketika umNObN nazak dah nak tumbang
Tampil ulamak Hadi Haron jadi serandang
Selamatkan NajibRM2.6B dari tumbang.

Bersabong ayam lembu dibon Penanti
Kerja haramjadah, bedosa lagi berpuaka
Angkoh sombong, hambat keluar parti
Bila pakat-pakat keluar katanya derhaka.

Gulai masak, nasinya mentah
Goreng pedas ikan cencaru
Kerabu perut ubi sengkuang,
Membujor lalu melintang patah
Patah Haron bisannya Tokguru
Abdoh NIAT simbulnya juang.

Mencangkul gembor sebidang tanah
Untuk menanam ketum dan sawi
Keluar beramai tuboh PARTI AMANAH
Hadi dakwa haram, fatwanya Qardawi.

Menahan bubu di muara kuala
Dapat haruan, sepat dan keli
Sampai kerumah terlupa jala
Hadi ke Tesco membeli sekilo gula
Ana beli gula, manis tak nak beli
Kompom kata, ini kerja orang gila.

Buah duku dokong dan langsat
Tanah pamah telah dipagar
Amar kata mati belum kerat pusat
Kini AMANAH berkembang megar.

IBN BADULLAH ALAWAB – 1 MAC 2016 – SELASA.