Monday, November 14, 2016

SOLIDARITI DEKAR RAFIZI RAMLI

Rafizi! Kesat air matamu. Sesekali jangan anda biarkan ianya gugur kebumi Allah kerana keciwa dengan hukuman dari kerajaan Firaun moden. Rafizi! Allah sedang uji kamu, Allah sedang uji kamu, Allah sedang uji kamu. Adakah syarahan politik anda yang berani sebaris dengan hati nurani yang sesuci debu2 kaki kuda tentera Uhud. Rafizi! Iman mu yang kental, jiwa mu yang pejal, perjuangan mu yang telah merobek sebahagian umNO(baru)bN telah anda berjaya terjermahkan dalam diri anda dalam perjuangan anda. Berat mata memandang, lebih berat lagi bahu memikul. Rafizi! Rafizi! Rafizi! Anda telah boktikan kepada dunia, anda telah boktikan kepada sekelian pembesar2 PH dari DAP, PKR, AMANAH, BERSATU dan WARISAN betapa anda telah mewakafkan seluroh keranka jasad dan roh yang berbaki itu diatas nama perjuangan sucu ini menjejak sifu dan gurubesar mu DSAI untuk menyertainya merengkok didalam penjara. Ianya bukan kerana anda curi lembu, curi harta khazah negara dijual, anda bukan kerana menjadi kepala lanun kepala penyamun kleptokrasi milik rakyat negara. Anda sebiji menjejak sifu gurubesarmu kerana mengisi isi-isi perjuangan untuk menyelamat rakyat marhean dari kezaliman kerajaan firaun moden perwira Bugis. Wahai diri aku! Wahai Mat Sabu! Wahai Azmin Ali! Wahai LGE! Wahai Antoney Loke! Wahai Mahfuz Omar! Wahai Husham Musa! Wahai Mukhriz Tun DMM! Wahai Steven Sim! Wahai Maria Chin! Wahai anak mendiang Karpal Sing! Wahai Mujahid Yusoff Rawa! Wahai Nasir Mustafa! Wahai Cikgu Azman Nazaruddin, akan kita berpeluk tuboh melihat rejim Najib1MDB Kleptokrasi terus menganas? Ayuh! kita lawan kecelakaan ini dengan 19 November ni beramai2 ajak pengikut masing2 turun ke DATARAN MEREKA UNTUK KITA RAYAKAN RAIKAN BERSIH 5. KALAU TIDAK LEBIH RAMAI LAGI KERAJAAN FIRAUN MODEN INI AKAN TANGKAP DAN PENJARAKAN KITA SEMUA. JANGAN TAKUT DENGAN UGUT JAMAL PONDAN SB ITU.

Friday, November 11, 2016

MENYUSUR KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN – KURANG 14 JAM DARI SEKARANG.

MENYUSUR KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN – KURANG 14 JAM DARI SEKARANG.
Kadang-kadang perjalanan politik, bermain politik dan berpolitik dikalangan PH awalnya DAP, PKR dan AMANAH ianya saya nampak seperti pengurusan dan pengendalian sebuah  pasar borong walau tidak macam mengurus wrestling champions atau tomoi Siam digelanggang. Saya tidak berhajat melabohkan contoh-contoh untuk tambahkan parah PH, kerana rakyat pengundi sedang membuat penilaian dan scan kita akan kemampuan dan mandomnya PH untuk menyertai PRU 14 yang masanya cukup hampir dan mendesak.
Dikala Presiden umNO(baru), Pengerusi bN, AhPar Pekan Najib TAR menjadi PM1Malaysia @ Menteri Kewangan utama, rakyat amat benci kepada NajibRM dan sebagainya dengan cemuhan. Kemuncak kebencian dalam umNO(baru) itu sendiri umNO(baru)telah berpecah dan parah di Johor, Sabah dan beberapa negeri dalam Negara. Disaat itu jugalah kepimpinan dalam PH berlaga dikalangan komponan tidak resmi itu bertinju bergasak. Lebih malang lagi apabila sesama dalam parti kepimpinan tertinggi bertikam depan belakang atas nama bertanggungjawaban, ianya seperti sebilah mancis dibirai setangki petrol.
Sepatutnya setahun yang lepas, sewajarnya (bacaan erti kata wajib) PH telah mementeri dikanun terlebih awal. Berdiri megah dengan ditegakkan oleh PKR, DAP dan AMANAH untuk menentang dan bertembong langsong dengan bN dalam PRU14 nanti. Malangnya harapan dan kehendak rakyat yang tinggi menggunung itu kepada pemimpin PH, mereka lebur dan kubur dengan kurbankan harapan dan permintaan rakyat marhean pengundi untuk menyaksikan penyatuan berdaftar dengan ROS. Kerana pemimpin PR mereka lali dok perati seronak tengok umNO(baru) berpecah, dan kepimpinan utama penting disingkir dari parti dan kerajaan.
Seolah-olah perpecahan yang dialami oleh umNO(baru) dan kerajaan bN, nama PH pandangan dikalangan pemimpin macam PH sekuat parti Demokrat atau Republikan dapat sokongan dan kepercayaan rakyat dengan mudah untuk menang dalam PRU 14. Sebab itulah terdapat segelintir pemimpin dalam PH (tidak resmi itu) air liiur mereka belenja meleleh. Mereka saya berpandangan menyambut dengan permaidani merah Tun DMM, TS Muhyaddin Yassin, DS Mukhriz, DS Shapie Apdal dan lain-liainnya. Kita buka rumah kita kepada mereka siang dan malam ke utara, keselatan, ketimur, kebarat mengaturkan mereka berceramah dalam rumah kita. Saya tengok, kadang-kadang pemimpin kita sendiri kita ketepikan. Tetapi mereka-mereka yang dipecat oleh Najib dari parti dan kerajaan mendapat tempat special, bak menantang minyak yang penuh.
Lalinya pemimpin PH yang tidak resmi itu, melayan dan merai dan menyanjung tinggi kepada bekas ahli-ahli umNO(baru) merai, menyusu dan membendung mereka. Hakikatnya, dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin PH seolah-olah mereka sedang pinggirkan pendaftaran PH secara resmi dan jarang dibincang. Mereka bertali arus pula membuat saranan agar pakat ramai-ramai menyertai BERSATU di Semenanjung dan WARISAN di Sabah. Ada pemimpin yang membuat seruan itu terlupa seru bersama orang ramai menyertai parti yang diwakilinya.
Terbantutnya pendaftaran PH ianya sedikit banyak, disebabkan kehadiran parti baru BERSATU dan WARISAN yang ramai pemimpin PH tengok macam pelangi dikaki langit, terpesona dengan silauan tujoh warnanya. Mereka lupa hakikat sebenarnya, maaf cakap maaf saya tulis. Saya tidak berhajat untuk memperkecilkan semua pemimpin kanan PH dari DAP, PKR dan AMANAH. Kesemua anda sudah pasti tidak mampu untuk selangkah kehadapan atau bersuara tinggi dengan Tun DMM dan TS Muhyaddin Yassin. Pengalaman politik anda dan pengalaman berkerajaan, Tun DMM dan TS Muhayaddin Yassin akan telan anda sekor-sekor. Kerana mereka benar-benar berpengalaman, alim dalam politik dan alim dan khatam sebagai PM dan TPM.
Kehadiran BERSATU dan WARISAN yang dipimpin oleh mantan taikun umNO(baru) dan kerajaan bN itu yang kaya dengan pengalaman. Serta sepak tendang bola politik, padang yang berlopak, berlubang berduri, semuanya dalam minda mereka. Pengalaman dan pengetahuan yang tinggi berpolitik dan pengalaman lama dalam kerajaan. Sudah pasti semua pemimpin PH tidak dapat menafi dan menolak ketepi kenyataan tersebut. Sama ada kita bersetuju atau bersikap tidak bersetuju, tetapi kehadiran mereka mendampingi PH anda semua pasti telah terpersona dengan hujah dan percaturan kerangka politik yang dicanang mereka kerana kita akur dengan pengalaman dan kemampuan mereka memimpin. Justeru kita ternganga terlompong mendengar hujah dan terpaksa mengikut rentak langkah mereka.
Sebab itulah kehadiran mereka tempoh 10 bulan, PH dan pemimpinnya lupa mereka hakikatnya hadir dari DAP, PKR dan AMANAH. Makanya sepi gedi, senyap sepi PH dan seketariatnya lesu tidak bermaya. Mereka pemimpin PH dari DAP, PKR dan AMANAH tenggelam dalam ombak dan badai nama besar Tun Dr Mahathir, TS Muhayaddin Yassin, DS Shapie Apdal, DS Mukhriz dan yang lain-lainnya. Kesempatan Tun DMM, TS Muhyaddin Yassin mendampingi pemimpin PH dan berteduh mencari tapak baru selepas disingkir. Tempoh tidak lama BERSATU dengan Presidennya TS Muhyaddin Yassin sedang mengajar pulihara politik selamatnya untuk BERSATU. Sama ada BERSATU baik dengan PH yang terdiri dari DAP, PKR dan AMANAH atau BERSATU lebih baik dan terserlah mengikut matamatik dan sifir politik labanya lebih bersama dengan PAS dan WARISAN.
Licinnya TS Muhyaddin Yassin Presiden BERSATU, standing licinnya belut maka TS Muhyaddin tanpa memikirkan perasaan pemimpin parti lain, depan belakang beliau berbincang dengan PAS dan saya yakin tawaran dan alternative telah mereka bincang sesamA mereka dan pastilah WARISAN menyertai kem ini. Ini-inilah menjadi kerisauan dan kebimbangan saya yang PH telah menjadi kuda tunggangan dan batu loncatan mereka. Yang selama 10 bulan mereka menumpang rumah kita PH sebagai tapak untuk mendapat sokongan dari penyokong kita.
Seperti Pak Mat Kampong Sentuang Utan Aji, dengan denak dan pipit cup (tiup) pipit kuar, kuar, kuar. Bila banyak burung dapat dipikat, semua burong-burong itu mereka kepak tengkok makan tanpa memlepawa kita untuk makan bersama.
Sebab itulah Konvensyen PH besok 12112016 (Sabtu) kalau sekalipun BERSATU tidak mau menyertai untuk menandatanganinya bersama, sekadar tampil diri untuk berceramah, sah dan nyata kegusaran saya selama ini, ianya ada kebenarannya. Walau alasan-alasan lunak dan halua telinga diberikan oleh TS Muhyaddin Yassin. Adakah DAP, PKR dan AMANAH akan teruskan missi dan vissi rakayat supaya PH ditubohkan secara resmi. Dan besok, adakah DAP, PKR dan AMANAH kepimpinan utama mereka akan menandatangani penubohan resmi PH?
Atau mereka DAP,PKR dan AMANAH – PH sanggup menangis tidak berlagu untuk saksikan dengan melompong yakni penyatuan bertulis PAS, BERSATU dan WARISAN? Perjalanan politik serba mungkin, serba janggal dan ada kalanya kejam.
Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB –
11 November 2016