Monday, April 20, 2015

POLITIK 1MALAYSIA YANG MENDONG – KEMELAR PR SUKAR DI TUDONG: BILAKAH MASA PENYELESAIANNYA?

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 14 APRIL 2015 SELASA 24 JAMADILAKHIR 1436

Belabohnya ufuk Maghrib  2014 dan menyinsingnya fajar gerbang 2015, dan sepanjang tahun 2014 dan sampai saat ini, hampir semua parti politik dalam Negara kita, yakni parti-parti yang mendukong komponan bN di Semenanjong dan di Sabah – Sarawak. Kebanyakkan komponan bN berterusan berdepan dengan pelbagai masalah. Ianya bersabit dan berkaitan rapat  dengan kepimpinan dan hala tuju yang tergelincir dari keputusan resmi parti dari hasil mesyuarat agong atau muktamar agong yang disiseh di tolak ketepi.  

Sejujurnya PR juga sedang  mengalami dan berdepan dengan masalah mega  dalaman seperti penyakit 3 serangkai. Ianya berkait rapat dengan haluan dan halatuju komponan parti yang dikemudi dan dijulang oleh pemimpin ulong mereka dengan tidak pedulikan keputusan resmi parti. Mereka menjulang aspirasi tuntas parti masing-masing, dengan beranggapan macam kuman keputusan AJK Pusat dan keputusan muktamar. Ditendang ketepi semangat dan aspirasi PR kelongkang. PR sedang diuji diasak diatas lincahnya tari silat pendengkar. Gendang dan gong dipalu bertalu-talu. Mereka galak mencipta rentak  mengikut selera  dengan semangat membara. Mereka menafikan selera ahli dan penyokong PR yang membentok kerajaan beberapa negeri. Ianya mengundang  kesepakatan dan kejituan PR itu sendiri dibadai longlai, terkulai dikaki pemimpin fakeh tidak koman ego dan sombongnya ada.  

Kini PR sedang diperinci oleh ahli-ahli dan penyokong dengan lelehan air mata dukacita yang amat sangat. Pemimpin PR sedang berusaha untuk merungkai hancurkan PR, walau sekalipun mulut menafikan, tetapi tangan berusaha merungkai dan kaki menendang terajang. Seolah-olah, tindakkan mereka adalah kearah tuju untuk hancurkan PR. Rakyat majority 52% saksikan lidah mereka dan biarkan macai mereka faseh memancong pemimpin dan ahli parti sendiri dengan mencipta pelbagai istilah dengan mengariskan jalor-jalor fitnah. Jadi apalah sangat kepada pemimpin parti komponan PR, ianya menjadi santapan lauk kacang sahaja mereka godam dan hentam dan sebalinya apa kurang jadahnya PKR dan DAP.

Pemimpin Islam dan pemimpin Melayu bersatu menghina ahli dan pengikut mereka. Mereka petah dengan kalimat beracun haramjadah, pengkhianat, barua dan broker yang berbisa seperti cobra, mencengkam dan membukum hati nurani ahli dan penyokong. Kini menjadi santapan halua mulut kepada pemimpin pejuang Melayu dan pemimpin ulama bejuang Islam. Mereka 2 X 5 sahaja broo an sis.  Ahli parti dan penyokong keciwa diatas tindak tandok gila yang melanda pemimpin ulong mereka. Akibatnya bila-bila masa sahaja PR akan runtoh dan roboh kalau dibiarkan tanpa dirawat. Manakala bN akan berdepan dengan lubang kubor kerana kebejatan pemimpin ikut nafsu, ikut hati dan takut dekat bini. Apanak jadi! Apa nak jadi!! Apa nak jadi!!!!! Wahai Haji Hadi dan Najib TAR? Steady le broo and sisi. Tengok adegan dan langkah kami seterusnya. Jangan dok balon dan dok kata apa2. Kamilah pemimpin serba boleh dan serba tahu.

PR walau terdiri dari 3 parti PAS, DAP dan PKR juga turut berdepan dengan masalah dalaman yang merkah, umpama barah menjadi kuman pembunoh bersekala besar dah sampai tahap 4 kalau penyakit kencing manis. Seolah-olah PR ini berbini 4 dengan bilangan anak 40 orang dan cucu 100 dan cicit 30 orang. Gah, komponan parti politik 1Malaysia bN dan PR sedang berperang menghadapi cacamerba dan bercempera tak kesudah. Rakyat kini naik menyampah sambil menyumpah diatas tindak tandok dungu pemimpin mereka dalam melaksana dan tidak peka dalam integrity telus lagi bertanggongjawaban memerentah negeri, Negara. Pemimpin pucuk, mereka gagal memulihara parti masing-masing. Pemimpin berjiwa kerdil dalam tindakkan untuk  menangani, berdepan dan menyelesaikan masalah ahli parti dan penyokong.

Sekiranya tidak terdapat mana-mana pehak menghulorkan usaha umpama duta yang berusaha bersunggoh-sunggoh menjalankan peranan penyelamat kepada PR. Sah, kubur dah menghampiri PR. Pasti penyokong dan ahli PR akan menangasi dan menyumpah pemimpin mereka yang bodoh sombong. Kini, PR tidak perlu tok juara ayam belaga dan juara laga lembu digelanggang dijadikan panduan dan pedoman oleh puak UG mengasak mencandu ahli-ahli dengan kalimat Arab yang menjerat ahli dan pengikut. Wajib sekarang satu tindakkan yang drastic yakni usaha-usaha perdamaian dan gencatan persengketaan dikalangan semua pemimpin utama yang terus ego, serta bongkak dan sombong untuk menangai masalah yang dicipta mereka sendiri kembali dingin kepala dan kawal nafsu. Natijahnya ramai ahli, penyokong dan rakyat menjadi mangsa percaturan pemimpin mereka yang bertindak macam dok pakai lampin seperti cucuku yang usianya setahuan 4 bulan.

Mereka pemimpin besar tetapi berjiwa kerdil, pemimpin mega kununnya bijaklaksana dan bijak pandai lagi fakeh. Tetapi mereka gagal menangani mengatasi badai dan gelombang dengan akai yang sejahtera. Kerana, kerana mereka mendului keluarga dan kroni dan membina rumah agam dan ligan mal yang menjadi keutamaan mereka. Mereka menjulang keutamaan dan kepentingan parti masing-masing dengan buang titik persamaan dengan mencari 1,000 perbedaan. Lebih parah kepentingan diri dan membalas budi dalam macam-macam aspek menjadi sesak nafas dibuatnya. Kesan perbalahan pertembongan yang berpanjangan itu, nyayalah ianya mampu membakar hangus dan menghancorkan kerajaan PR. Kalau penyelamat bomba  lewat menanganinya kebakaran dengan alat pemadan canggih yang sepadan bahang kebakaran tidak dimanfaatkan.

Maka itulah saya simpulkan kepanasan perbalahan dan kepercayaan kepada presiden parti-parti politik dalam bN maupun PR sedang dan terus dipertikai oleh ahli dan penyokong. Kesan sumpah presiden ‘haramjadah dan pengkhianat” serta “barua dan broker” sepanjang tahun 2014 adalah tahun-tahun yang mencabar dan mencakar untuk bN maupun PR. Kepanasan itu terus mengelegak dan mendidih sebaik masok 2015 sampailah saat rencana saya buat ini. Mereka seperti anjing bertemu kucing. Lebih malang lagi seperti serahkan amanah seberkas sireh kepada pak kambing. Habis sireh dikebas dipelehapnya. Sama dengan pemimpin-pemimpin yang pelehap kuasa, pelehap benda, pelehap pangkat dan yang sewaktu dengannya.

Dipehak PR, jelas rakyat penyokong 52% majority sedang tengok dan memerhati pemimpin PAS, DAP dan PKR dok belaga, dok berantak tak kesudah. Seperti lembu dan ayam dok belaga beradu didalam bon. Mereka bertekak macam anjing dan kucing berbalah, masing-masin keras keng tidak mau mengalah dan kembali kemeja bundar untuk kembali berbincang, berunding mencari titik penyatuan. Komponan 3 parti tidak resmi dalam PR ini, mereka melebar sengketa membuka pekong dan bangkai busok diri masing –masing didedahkan kepada penyokong dengan sombong dan kepada musoh politik hakiki mereka yakni umNO(baru)bN. Mereka sedang membina kilang peluru untuk dihadiahkan kepad bN untuk dijadikan senjata keramat untuk hancorkan PR dalam PRU14 nanti. Itulah yang dapat saya simpul letak kesudahan episode yang dilalui sekarang.

Nyata selesai PRU13 yang lalu, Negara berkerajaan umNO(baru)bN yang dipopular digazet oleh DS Najib TAR alHaj “Kerajaan1Malaysia” dengan rangkaian retorit keramatnya yang lanie jarang-jarang diperkatakan. Samalah hilangnya rukun ‘Islam Hadhari’ sudah dilupakan. Sudah basi untuk disebut atau diingati bilamana imamnya Pak Lah belah dari Putrajaya dan good bye PWTC. Saya hampir khatam rukun Islam Hadhari yang dipelopori oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi alHaj dulu, kini ingatnya hanya pada 3 rukun mulanya sahaja. Saya tidak tahu, wujudkah lagi kerusiIslam Hadhari di university-universiti sebagaimana dinobatkan dahulu, entahlah!!!!!!!

Kini. Kerajaan1Malaysia yang goyang dan pincang dengan tekanan yang hebat dari dalam perut umNO(baru)bN sendiri. Rakyat dan mantan pemimpin sedang mengadili dan mengasak dengan mendesak berterusan supaya PM1Malaysia DS Najib TAR PM@Menteri Kewangan terkemuka Negara, Presiden umNO(baru) dan Pengerusi bN agar pantas nyah dari Putrajaya dan segera tinggalkan PWTC.

Kini mereka kembali padu kekuatan lama yang masih berbisa. Tun Dr Mahathir, tun Daim Zainuddin, TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, TS Zam, A Kadir Jasin, Saudara Shabuddin Hussin. Mereka telahsinsing kai seluar dan gulong tangan baju. Mereka kepal penumbok dan sepakat mereka jadikan DS Najib TAR sebabnya punca. Dikatakan mereka Najib TAR menyeleweng dan gagal tadbir parti dan Negara kerana takut WPN DS Dr Rosmah Mansor, puncanya Najib TAR hilang pedoman.

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 20 APRIL 2015 - ISNIN - 1 REJAB 1436

Monday, April 13, 2015

SENJATA AMPOH umNO(baru)bN, MENGHADAPI PRU14 - RUU PINDAAN SUBOH

Saya samasekali tidak berhajat dan berhasrat untuk mengulas dan mengupas panjang atau pendeknya, berkaitan hujah-hujah kerajaan umNO(baru)bN yang dikemukakan oleh YB Menteri Dalam Negeri ketika, kenapa dan mengapakah bersunggoh-sunggoh dan teramat berkepentingan berkala besar, kerajaan1Malaysia umNO(baru)bN terpaksa membentang 2 RUU Pindaan dalam sesi persidangan Parlimen minggu lepas. Yang persidangan penting dan genting itu, cukup berdebar dan mencabar, berakhir menjelang waktu Suboh pada 10 April 2015 hari Jumaat yang lepas. Dalam parlimen ketika persidangan sedang berjalan, terdapat pro sokongan dari bN dan penentangan tuntas penolakkan dari PR. Hinggakan ramai AhPar bN dan PRyang tidor lena dan berdengkor. Ramai pula yang ponteng dan pandang enteng sepi undang puaka tersebut.

Fenomina penentangan - pertembongan  didalam Parlimen semasa perbahasan berjalan, sesunggohnya, ianya tidak berakhir dan berkesudahan tamat disitu. Ianya berterusan diperkatakan oleh semua pehak baik penyokong kerajaan1Malaysia umNO(baru)bN maupun penentangan lantang berterusan dari penyokong majority PR 52 % sampai limpahannya keluar dari parlimen. Pasti ia diperdebat dihentam oleh pemimpin dan penyokong PR dengan alasan yang kemas, bernas dan konkrit. Makanya terpaksalah dijawab kembali oleh menteri dalam negeri dan jabatan dibawahnya.

Mereka yang bernama kerajaan pusat, bukan mereka sekadar menjawab, tetapi mereka menjawab dengan taring disisinya adalah undang-undang puaka untuk fungsikan sepenuhnya rang undang-undang pindaan itu, akan berbakti dan buat pahala kepada uMNO(baru)bN dengan mengugat dan menyekat suara dan menghalang, mengkritik. Pemimpin yang datangnya dari penyokong PR yang berhujah. Untuk menjunam umNO(baru)bN. Situasi kalah hujah kepada hujah-hujah yang diketengahkan oleh pemimpin PR, ia akan mengundang, untuk berdepan PR adalah  komponan berkuasa (PDRM) PN dan Mahkamah akan sedia setia untuk berkhidmat mengugat menjalankan tugas perentah kepada tuannya umNO(baaru)bN. Kesan denda dan penjara menjadi senjata ampoh umNO(baru)bN untuk menafikan sekelian pemimpin PR untuk menjadi calun-calun yang berkelibar dan berpotensi dalam PRU14 nanti, sebaik didenda dan didenda. Itu adalah gambar tersembunyi yang dulu-dulu menjadi teka teki dalam majalah. 

Dikaca mata dan dizamir Menteri dalam Negeri juga Naib Presiden Kanan umNO(baru) calun TPM (saya doakan sekiranya masih ada kerajaan umNO(baru)bN), bersabit dan berkaitan dengan komen-komen kontra yang membantah dan menolak Pindaan  Akta Hasutan 1948. YB Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dan akan terus menafi dan mempertahan dengan  membuat pembelaan tuntas walaupun terpaksa menyerah kepada PDRM, PN dan mahkamah untuk mematikan cabaran dan asakkan berterusan dari pemimpin PR. Diwaktu diposisi kerajaan1Malaysia YAB DS Najib TAR berada  dihujong tanduk, dan umNO(baru)bN itu sendiri sedang meniti dititik-titik akhir perjalanannya yang sarat dengan penyelewengan dan cemohon untuk mati dan dikafankan bersekali dengan bN, kalau-kalau penawar dan vaksin tidak menjadi untuk merawat PRU14 nanti.

Walau berbuih mulut menteri dalam negeri YB DS Dr AZH membuat pengakuan penafian, seperti berbuih mulut Sabri Chek ketika berdebat dengan DSAI dulu. Masihkah kita ingat?. Bahawasanya kerajaan umNO(baru)bN tidak akan samasekali untuk salah guna kuasa dan menggunakan kuasa beracun yang berpuaka Akta Hasutan tersebut untuk menangkap musoh-musoh politiknya kerana gagal berhujah menjelang PRU14. Itu adalah janji, janji lidah yang tidak bertulang sama sekali tidak bersanadkan akidah kental yang pejal. Ada anda dapat percaya?

Sesunggohnya penafian yang dibuat oleh menteri dalam negeri itu sama sekali pembangkang majority Negara PR 52 % tidak mempercayainya sampai kiamat walau alasan sedingin salji di Kashir 30 tahun dahulu. Kerana ianya kita pandukan dari pemerhatian tindak-tandok kerajaan umNO(baru)bN lain cakap lain tindakkan dilakukan kepada musoh politiknya. Perjanjian resmi dikhianati. Janji dalam parlimen pun dinafi oleh pemimpin puncak dan pucuk umNO(baru)bN.


Kerana pengkhianatan janji yang telah dibuat oleh menteri maupun perdana menteri sejak zaman Perikatan cap kapal layar, sampai zaman UMNO asal bN bertukar kepada umNO(baru) bN cap dacing lagi mereka kelentong, mereka mengkhianati mungkir janji. Sekali pun janji itu diikrar dalam dewan Parlimen yang mulia sedang bersidang dan akujanji resmi dihadapan rakyat jelata dinafikan seperti janji lidah biawak gabok yang lidahnya bercabang lagi berlapis. Walau apa-apa alasan yang dikeluar beliau sebagai sokongan tunjang kepada pindaannya. Beliau berlapek dengan alasannya untuk  menjaga  keamanan mutlak Negara. Itulah bait dan nizam diratip mereka, hakikatnya hampas belaka.

Tengoklah, berapa kerat komunis ditangkap? Melainkan pemimpin pembangkang yang membahayakan kepada umNO(baru)bN yang kesanya rakyat mendapat kebenaran. Dan diatas kebenaran itulah rakyat akan sokong gagasan PR untuk PRU14. Oleh kerana pakar strateji umNO(baru)bN menyakini umNO(baru)bN akan kalah dalam PRU14 nanti, setelah ramai mantan pemimpin-pemimpin kanan umNO(baru)bN, terdiri dari mantan-mantan Perdana Menteri, mantan Menteri Kewangan dan mantan Menteri Kanan dan mantan jurnalis kanan bersama-sama tampil dengan rakyat marhean yang ditindas umNO(baru)bN selama ini, mereka bangun menentang lantang dan bersuara secara berani dan terbuka mendesak dan menceritakan keburukkan pemimpin berkuasa sekarang. Kesannya Putrajaya menjadi amat goyah dan PWTC tinggal gusi sekarang ini.

Makanya tindakbalas kerajaan dengan menggunakan parlimen, makanya kedua-dua RUU Pindaan itu terpaksa dibuat. Semuanya sebagai amaran dan peringatan kerajaan1Malaysia pimpinan YAB DS Najib TAR @ Menteri Kewangan negara yang bijaklaksana untuk menyekat dan empang pengaroh suara rakyat. Yang kini seolah-olah dipimpin oleh YBerbahagia Tun Dr Mahathir Muhammed, YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin, A. Kadir Jasin berpadu tenaga mengikut cara masing-masing yang disimpulkan bersama-sama dengan PR, PAS, DAP dan PKR yang umNO(baru)bN mengelabah, tunggu masa untuk rebah dalam PRU14.

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH    : 13 APRIL 2015 ISNIN 23 JAMADIL AKHIR 1436 

Saturday, April 11, 2015

TUN MAHATHIR BERTEMBONG NAJIB TAR ALHAJ - YANG TERSUNGKOR YANG MENGELUPOR

Dalam pemerhatian saya, sejak 9 bulan terakhir ini, umNO(baru) yang dikandong bari benih dan baka Tun Dr Mahathir Mohammed al Kutty itu. Lantaran penolakkan dan bencinya yang membuak-buak dari dalaman perdana umNO(baru) dan rakyat jelata, diatas kegagalan banyak sebab dalam mengisi merealisasi pemerentahannya, makanya Dr Mahathir Muhammed terpaksa melepaskan kuasanya di Putrajaya juga diasaskannya bersama-sama dengan kerusi empok keramat di PWTC, kepada pegantinya ketika itu, iaitu Mr Clean. Yakni DS Abdullah Ahmad Badawi yang senonim dengan panggilan Pak Lah.

Sepanjang Pak Lah mentadbir negara di Putrajaya dan berkuasa di PWTC, seiring Dr Mahathir melepas dan meninggalkan jawatan, sebagai balasan lamanya masa memerentah, Dr Mahathir Muhammed mendapat bintang gelaran baru membawa kepada panggilan Tun. Belum lendik dan selesa Pak Lah berada di puncak Putrajaya dan di PWTC, Tun Dr Mahathir ini mula langkah dan tingkah dok balon berkelon memangkah Pak Lah tak kesudah. DS Abdullah Ahmad Badawi menjadi serba salah dalam pentadbirannya. Semua gerak kerja dan tindak tandok yang dijalankan oleh Pak Lah, semuanya tidak kena dimata dan dihati Dr Mahathir. Semuanya tidak secucok dan selari dengan kemahuan hati nurani Tun Dr Mahathir. Jadinya Pak lah menghadapi laluan payah dan sukar keranamu Tun DMM untuk memerentah dengan seadanya.

Sesunggohnya tempoh 22 tahun menjadi PM, dengan jasa yang banyak ditinggalkan Tun DMM, bersekali dengan penyelewengan salah laku yang mencacatkan selama di PWTC dan semasa di Putrajaya. Walau itu-itu pun  rupa-rupanya suara dan taring berbisa Tun Mahathir masih ada berbaki sampai sekarang dikenang. Suaranya masih berbisa dan taringnya masin tajam meruncing berbisa bak racun cobra. Makanya komponan dan komplot untuk tendang Pak Lah dari PWTC dan terajang kencang Pak Lah dari Putrajaya mendapat sambutan dan sokongan. TS MY and the geng berperanan bersunggoh-sunggoh untuk merealisasi kehendak telunjuk dan hasrat Tun Mahathir. Dan berkesudahan dengan jayanya, maka Pak Lah pun terpaksa belah taksempat bermadah.

Pusingan ini Tun Mahathir menang. Pak Lah kena belah dari Putrajaya dan terpaksa angkat kaki lari dari PWTC. Makanya naga dan buaya yang selama ini pendam susok dan penangan. Maka Peganti Pak Lah selepas itu bergelar Tun Abdullah Ahmad Badawi bertahta di Putrajaya dan di PWTC adalah anak bangsawan dari mantan PM Ke2 iaitu Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak kini dikenali dengan nama YAB Dato' Seri Muhammad Najib bin Tun Razak dan saya bisa sebut tulis DS Najib TAR. 

Dan akhirnya dalam mendapat balasan setimpal diatas keberanian dan kesunggohan TS MY menjadi hulubalang menghunus keris menghambat Pak Lah, setimpal denganya maka TS MY mendapat laba dari gerakerja terancangnya. BeliauTS MY mendapat kerusi TPM, Menteri Pendidkan dan Timbalan Presiden umNO(baru) dan Timbalan Pengerusi bN. Kini, TS MY dengan posisi yang berada dalam genggam tangan dan kakinya mengorak langkah, cuma setapak untuk tiba dan sampai kepucuk dan kepuncak baik di PWTC mau pun di Putrajaya hanya senafas dan seincisahaja jaraknya. Adakah TS MY akan berjaya? Masa dan keadaan yang menentukan.

Sykur Alhamdulillah, Tun DMM Allah Taala telah dan sedang memanjangkan usianya. Dengan usianya yang panjang dan kaya pula dengan pengelaman dan sepak tendang politik. Tetapi sayang, Tun DMM yang tersohor itu, ianya tidak memiliki ilmu laduni yang berkualiti dan special dalam kontek mengenali serta memilih mencari pegantinya dulu dikalangan pemimpin cap intan permata, serta pegenti tempatnya selepas dari itu. Kedua-dua pilihan dihati Tun DMM itu tidak tepat mengikuti acuan dan terowong yang dikehendaki oleh tun DMM. Akhirnya peganti ditunjukkan oleh Dr Mahathir itu, dirinya sendiri tidak menghormati dan memberi sokongan, memberi kerjasama dalam memandu kerajaan dan parti. Kedua-dua pegantinya dikecam, dibalon, disakai dan dibedai sebersunggoh-sunggoh hati. Tak kira masa   dan dimana, Tun DMM bersunggoh-sunggoh memusuhi pegantinya.

Pastilah kesan buroknya cukup besar kepada batang tuboh kepada Pak Lah dahulu dan terkini kepada DS Najib TAR. Ianya telah mengundang kesan burok dan tekanan besar yang hebat kepada parti sebagai Presiden umNO(baru) dan Pengerusi bN. Hatta ianya turut menganggu dan mengundang masalah tak kesudah menjalankan tugas sebagai PM1Malaysia @ Menteri Kewangan nan bijaklaksana. Pasti Najib TAR berdepan malu sakan dan tak tertahan jiwa dan perasaan dibuatnya. Sunggoh-sunggoh ianya  mencengkam dan membukom dihati DS Najib TAR. Fenomina ini ianya wajib dan wajar tempiasnya dirasai juga oleh semua anggota jemaah kabinet Najib TAR, ianya tidak dapat dielak. Broo inilah negara kita sekarang.

Kak kata macamana.Maka sekadar penawar, Sebagai balasan kritik dan penghinaan bermega perdana dihadapi oleh DS Najib TAR yang tak berkesudahan dan berhenti mengunci mulut Tun DMM dan rangkaian Tun DMM, makanya makanya muncullah PM1Malaysia @ Menteri Kewangan negara yang bijak laksana itu di kaca TV  untuk membuat penafian dana sambil bertindak menolak segala himpunan tudohan keatasnya. Sayang semua yang dinafi oleh DS Najib TAR dikaca TV, rakyat masih kekalkan tidak percaya diatas kewibawaan dan integriti PM1Malaysia DS Najib TAR bersekali dengan bini ke2nya Wanita Pertama Negara YBerbahagia DS DR Hajjah Rosmah Mansor. DS Najib TAR masih gagal untuk menjawab berhujah dengan mengeluarkan bokti yang konkrit dengan fakta balas yang tepat dan padat. Bukan dengan auta sepanjang masa. 

Kini kepada YAB DS Najib TAR alHaj Presiden umNO(baru) Pengerusi bN, PM1Malaysia @ Menteri Kewangan negara, Tun DMM menudoh secara terbuka dan resmi. Iaitu "Najib lebih terok dari Pak Lah". Pulak dah. Tak sudah-sudah Tun DMM berbalah sampai berperang dan garang dengan pegantinya. Kenapa dan mengapa? Kalau Pak Lah sekadar Pak Lah dan menantunya KJ dibelasah Tun DMM, tetapi mai pada PM1Malaysia sekarang DS Najib TAR disersah oleh Tun DMM bersekali dengan YBerbahagia Wanita Pertama Negara DS Dr Hajjah Rosnah Mansor rambut gerbang sanggol melintang bersama dengan anak tiri PM1Malaysia yakni anak bini ke2nya dengan laki mula dan ahli perniagaan dan usahawan bertaraf global dunia antarabangsa kaum cina Jho Lo keapa kenama? Susah aku nak ingat namanya. 

Najib TAR dan bini ke2nya adalah pasangan yang dok tak sedar diri, yang joli dan boros hora membazir duit rakyat negara. Baik seketika dok dalam negara dan mereka menjadi buaya dan naga. sampai peringkat lanun bila mereka keluar negara dengan pesawat Jet rakyat negara seolah-olah mereka pewaris kekayaan seperti raja-raja Arab. Sedangkan mereka dok mentad kedarah duit rakyat negara dari cengkaman peloh denyut nadi rakyat marhean yang membayar cukai.

Tidaklah saya nak membutir sebiji-sebiji jelujor rangkain tuduhan penentangan Tun DMM yang bernafsu besar dok balon DS Najib TAR dah lebih dari tempoh 3 tahun tak henti-henti. Ada-ada sahaja yang dibongkar yang diselongkar oleh Tun DMM. Mantan PM Tun DMM adalah negarawan ulung dan wira sepanjang hayanya. Jadi Tun DMM sentiasa berdegar-degar pula menghebahkan secara terbuka melalui blog, tweet dan wacana dan sebagainya tanpa rasa takut dan macam tun DMM merasai dirinya kebal dan tebal dari diambil tindakkan.. Hasil bahan selongkar yang dipugarnya dan yang digalinya berkaitan dengan urus kepimpinan dan urus mentadbir yang lengkap dengan manis, garam dan herba dan rebanya. Maka Tun canang kepada rakyat jelata  negara untuk pengetahuan rakyat seadanya. Bangkai yang disimpan kemas keming selama ini, dah didedah dibuka terbentang. Anda ada turut menghidu bau busuknya?

Tun DMM selama 22 tahun menjadi PM dan sebagai bapa dan ibu yang mengandong dan melahirkan umNO(baru) ilham yang tercetus sebaik UMNO asal diharamkan kerana pertembongan diantara Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaleigh Hazah dulu. Pasti, walau Tun DMM melepas kan Putrajaya dan nyah dari PWTC. Percaya dan yakinlah Tun juga telah meninggalkan pesaka pentadbiran, pesak penyokong tegar disemua peringkat disemua posisi akan penyokong-penyokong tegarnya seperti api dalam sekam dihadi oleh DS Najib TAR. Apabila Tun DMM bermadah DS Najib lebih terok dari Pak Lah, so, YAB DS Najib PM1Malaysia @ Menteri kewangan negara, Presiden umNO(baru) dan Pengerusi bN jangan ambil mudah dan sambil lewa dok berselindong dicelah kangkang bini ke2 yang rambut kembang sanggol melentang tu.

Kalau untuk membersihkan diri kita sekadar muncul dikaca TV dengaan skrip soalan selamat dan sekadar penafian dibibir dan dilidah, ianya tidak mencukup dan mengenapkan untuk rakyat jelata dapat menerimanya sebagai alasan yang konkrit 100% yang dipercayai dan diyakini. Ianya adalah progrem santai menjawab balas akan kritik dab belasah dari tun DMM dan pengkritik yang lain sekadar memenuhi ruang lensa TV dengan skrip tanya jawab yang disepakati lebih awal.

Kalau rakyat jelata menolak dan tak percaya dengan sanggah penafian dibuat oleh DS Najib TAR, apalagi spesis jenama yang bersekala besar mega perdana seperti Tun DMM, YBM TS Tengku Razaleigh, Tun Zain Zainuddin, A. Kadir Jasin, TS Maydeen Zam, mampu dan dapatkah mereka-mereka ini mempercaya penafian yang dibuat lafaz oleh Najib TAR itu? Jauh api dari panggang, jauh KL dari Ulam Batu kepada mereka akor mempercayai dan menerima mentah tan[a dibedah forensit akan penafian DS Najib TAR di TV. 

Kalaulah style dan kaedah penafian longlai bin longgar yang lemah gemalai itu menjadi keutamaan kepada YAB DS Najib TAR dalam kaedah membuat penafian dan sanggahan, untuk menafikan asakkan lontaran peledak C4 dari Tun DMM. Dapatkah jawapan YAB PM1Malaysia @ Menteri Kewangan negara, Presiden umNO(baru) dan Pengerusi bN itu mampu diangkatkan kenyataannya menjadi sebongkah emas segunong permata yang nilainya amat tinggi yang berintegriti? Tidak seperti nilai saham Felda FGV dan 1MDB juga dikaitkan dengan Najib TAR.

Baik FGV maupun 1MDB yang merudum menjunam seperti heli menjunam di semenyeh baru-baru ini berkecai dan malapetaka korban manusia. Sesunggohnya kini YAB DS Najib TAR sedang meniti diatas seutas tali yang dipenghujung tali itu pintalan talinya, cuma tinggal 35% sahaja akan putus. Kalau tali yang hampir putus itu, turut berakit bersama-sama Najib TAR, WPN DS Dr Hjjah Rosmah Mansor. Turut anak tirinya bersekali Jho Lo  meniti ditalian genting itu, ianya masa lebih cepat tali di titian itu putus dan turut jatuh tersepok bersamanya DS Najib TAR. Kalau salah edar dan salah meniti dengan teliti dan berhati-hati

Terkini, bilamana YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah, bersalaman dengan Tun DMM untuk bersama pasong tenaga dan kekuatan untuk menyerang DS Najib TAR. Kalau lima enam bulan ini baten itu berganti bertukar diantara kepada A Kadir Jasin, TS Zam, TS Sanusi, Tun Daim dan beberapa lagi. Rupa-rupanya komponan baru ini diltengok perati sebagai pengancam tuntas kepada Najib TAR dan sekelian rakitnya. Makanya selama ini kambing janapari yang selama ini yenyak berehat tidor dikandang, tiba terkejut dari lena dan lamunan. Makanya jaganya memberi makna dan isayarat besar tempias dan kesan kepada menantu. Akhirnya Pak Lah bangun mempertahankan DS Najib TAR bersabit dan berkaitan dengan mangsa C4 gadis Monggolia @ Attantuya.

Kerana pada hemat saya, sekiranya Najib TAR tumbang, maka menantunya adalah sasaran utama kepada Tun DMM untuk belasah dan sesah. Demi untuk selamatkan menantu tersayang KJ dikerusi Menteri Belia dan semuanya selepas ini. Maka Tun Abdullah Ahmad Badawi alHaj tampil terkebil-kepil turut membantu mendinding Najib TAR diperengkat permainan dius dan tambah masa kecederaan 3 minit. Tetapi semuanya telah lambat, telah terlewatdengan masa yang berbaki kini.

Sesunggohnya Pak Lah bersuara YAB DS Najib TAR tidak terlibat dan terbabit dengan kematian dan pembunohan gadis Mongolia altantuya itu. Jadi aku seronak dok tengak bangsawan keudara. Yang mana pelakon dan pengarah bangsawan ini telah masok lakonan mereka, masing-masing sedang berlakon dalam masa kecederaan. Kini takdir telah  menghimpun melibatkan 2 mantan PM bertembong  PM berkuasa sekarang. Masihkah rakyat percaya dengan mereka bila mereka selak seluar dan cukor bulu kemaluan mereka dan didedahkan kepada rakyat? Akhirnya siapa YANG TERSUNGKOR YANG MENGELUPOR.

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH    : 11 APRIL 2015 SABTU 21 JAMADIL AKHIR 1436

Wednesday, April 8, 2015

GST LEBIH ZALIM DARI PACAT DAN LINTAH

Sah walau bejela bedepa, pembela PM1Malaysia DS Najib TAR,membela dan mempertahankan PM1Malaysia @ Menteri Kewangan Negara yang bijaksana itu dengan segala hujah dan contoh. Samada contoh  Pandir dan hujah Wak Dogol yang dinyatakan oleh beberapa menteri cak ayam dan cap lembu kondo. Selagi mereka terus memberi penerangan, yang wujudnya adalah rakyat sangsi dan geli geleman mendengar hujah-hujah merapu dari menteri. apalagi dalam keadaan terdesak bila diasak, mereka lantas menjadi Mufti lalu mengeluarkan fatwa. Kalur dibuatnya.

Rakyat marhean 52% majoriti termasoklah sebahagian penyokong kerajaan minoriti 47% umNO(baru)bN. Rakyat pasti dan tetap tidak percaya kepada GST 6% dan falsafah GST 6% yang didendangkan hampir 2 tahun di RTM dan semua canel Media Prima yangmana peranan GST 6% ini membela rakyat dan memberi kesenangan dan kemakmarun kepada rakyat bila GST 6% dilaksanakan.

Bantahan rakyat marhean mula dari Kuah {ulau Langkawi dan sampailah ke kaki Kucing di Sarawak, termasok bantahan keras dan penolakkan total GST 6% oleh mantan-mantan PM dan mantan-manta Menteri kewangan yang berwibawa dahulu juga dikalangan mereka adalah pakar ekonomi. Namun semua bantahan dan kelohan rakyat jelata ditolak buta oleh Menteri Kewangan yang bijaksana @ PM1Malaysia Presiden umNO(baru), Pengerusi bN.

Kerana mereka yakin GST 6% yang akan dikenakan kepada rakyat jelata kelak, ianya adalah ramuan herba yang mujarab sebagai tranformasi mega untuk keluarkan rakyat jelata dari papa kedana untuk menuju negara maju 2020. Setelah kejayaan besar Menteri Kewangan @ PM1Malaysia YAB DS Najib TAR cemerlang, gemilang dan terbilang dalam melonjak pendapatan dan laba berganda setinggi menara kembar KLCC, atau setidak-tidaknya Menara KL iaitu Felda @ FGV dan kini Najib TAR tlah meletak dan tinta namanya dipucuk dan dipuncak iaitu 1MDB mencipta kejayaan seluas Lautan Hindi dengan wang negara rakyat hilang dan lesap.

1 April 2015 Rabu 11 Rabiulakhir 1436 makanya lahirlah GST 6% hasil dari baka dan zurait YAB DS Najib TAR PM1Malaysia, Presiden umNO(baru) Pengerusi bN juga Menteri Kewangan negara yang bijaksana. Sudah pasti rakyat akan kenang bahawa sesunggohnya Najib TAR akan dikenali dengan label "BAPAK GST @ PM TAKUT BINI". 

Semasa rencana pendek ini dibuat usia GST 6% telah masok hari ke 8. Usianya baru seminggu tetapi mangsanya adalah rakyat marhean 26,000,000 broo. Tetapi dalam seminggu itu kalau nyamok ianya telah matang dan melahirkan berjuta dan berbillion nyamok yang akan terus menghisap darah mangsanya pada setiap detik, setiap masa walau dimana-mana kita berada. 

Maka itulah kesan dan habuan GST 6% yang dilaksanakan PM1Malaysia YAB DS Najib TAR kepada rakyat. Dimana-mana sahaja sekarang rakyat semua perengkat sedang membincang, serta menyumpah, maki hamun bala GST 6% yang diperkenalkan NAJIB TAR dan ahli jemaah kebinet dapornya yang pengampu dan pecacai kepada Najib TAR.

Rakyat sedang menikmati bala sengsara GST 6%. Menteri pula terus berhujah macam orang gila babi dan sebiji macam orang gila, dikala mana mereka bersilat, berkuntau dalam menerang dan beralasan segala susah payah adalah sementara sahaja. Semuanya akan dapat diatas dalam sekelip mata dan kesan GST 6% itu rakyat akan mendapat laba. Kepala bu..... hampa. Hakikatnya adalah rakyat menghadapi papa dan bala kemiskinan angkaramu GST 6%.

Kesan segera kepada GST 6%, topak RM30.00 terpaksa dibeli dengan harga RM31.80. Cukuplah wahai kerajaan PM1Malaysia umNO(baru)bN DS Najib TAR alHaj. Jangan menipu rakyat Najib TAR alHaj. Yangmana GST% adalah baik dan bahagia sentoasa untuk dinikmati rakyat. Mu pelawak PM, mu bohong PM. Mu suroh rakyat berjimat, mu dan bini ke2mu YABerbahagia DS Dr Hajjah Rosmah Mansor rambut gerbang sanggol melintang adalah BAPA dan IBU joli dan pemboros harta rakyat negara. Insaf dan sedarlah anda berdua. Bertaubatlah. Bukan menjunjung alQuraan menafikan apa rakyat kata tudoh dekat mu di dalam mesjid maupun didalam kolam.

Kesimpulannya wahai PM1Malaysia YAB DS Najib TAR alHaj @ Menteri Kewangan yang buijaksana: 

wAHAI Presiden umNO(baru), Pengerusi bN dan AhPAr Pekan. GST 6% LEBIH DZALIN DAN KEJAM DARI PACAT DAN LINTAH MENGHISAP DARAH. PACAT DAN LINTAH MENGHISAP DARAH, BILA KENCANG IA BERHENTI DARI MENGHISAP DAN LUROH DENGAN SENDIRI. TETAPI PUAKA GST 6% INI AKAN TERUS KEKAL SELAMA-LAMANYA KEPADA RAKYAT JELATA. KECUALI umNO(baru)bN DALAM PRU14 INI, DINAFIKAN KUASA.

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
8 APRIL 2015 RABU 18 JAMADIL AKHIR 1436
(BERTEMU KOK)

Wednesday, April 1, 2015

RAKYAT JELATA TIDAK MIMPI!!! HAKIKI MENDAPAT GST

Rencana: Ibn Abdullah al Awab

GST dah mai

Sebagaiman janji dan ikrar, azam dan kesunggohan untuk membalas jasa dan budi baik rakyat jelata khususnya rakyat marhean di Felda, di kampong pendalaman, nelayan tradisional. Diatas sokongan dan dokongan mereka memangkah dan mengundi calun-calun umNO(baru)bN, makanya andalah telah bertanggongjwab dan wajib memikul tanggongjawab sepenuh kerana anda telah melanjut dan meneruskan umNO(baru)bN dan legasi mereka untuk terus memerentah. 

Pemegang amanah rakyat yang anda nobatkan mereka terus menjadi penguasa di Putrajaya, sesunggohnya mereka pasti akan tidoq tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, berterbangan diangkasa raya dengan jet perdana tak akan selesa seadanya. Sekiranya penguasa Putrakaya PM1Malaysia YAB DS Najib TAR dan bini ke2nya YBMulia WPN DS Dr Hajjah Rosmah Mansor rambut gerbang sanggoi melentang, tidak pantas lakukan sesuatu untuk membalas jasa bakti rakyat marhean.

Hari ini, detik dinanti ditunggu, makanya dengan besar hati dengan besar perasaan dan besar sanggoi makanya transformasi bijaksana PM1Malaysia YABDS Najib TAR untuk melepas dan keluarkan rakyat jelata dari kepompong kepayahandan penderitaan susah hidup yang dialamai sejak merdeka. Jesteru itu, denga niat dan lafaz yang mulia hari ini RAKYAT NEGARA MENDAPAT LABA DAN NIKMAT PERDANA MEGA GST 6%. Bertujuan keluarkan taraf hidup dan kehidupan rakyat marhean dari miskin kepada taraf berpendapatan tinggi dan setinggi-tinginya keranamu GST 6 %.

Ini buka rencana april Pool, ini adalah hakikat kenapa dan mengapa GST 6 % dilaksakan dengan penuh keceriaan dan kebanggaan untuk keluarkan rakyat dari papa kedana kepada kaya meliana. Terima kasih YAB DS Najib TAR PM1Malaysia yang sekelian rakyat kasihi.

GST 6 % dirai dengan kenduri kesyukuran

Rupa-rupanya rakyat1Malaysia khususnya Ketua Bahagian umNO(baru) dan sampai pemimpin akar tunjang dan akar serabut, JKKKK, putri dan putra umNO(baru), sekelian juak-juak  dan sebagainya yang sewaktu dengannya.Betapa mereka bersyukur dan amat berterima kasih kepada PM1Malaysia YAB DS Najib TAR selaku Menteri Kewangan utama negara kerana berani lagibijaklaksana bertekad dan telah tunaikan GST 6 % yang kami penyokong umNO(baru) tegar disemua posisi dan semua perengkat dok tunggu GST 6 % lahir kepersada kami. 

Kami penyokong tegar dan penyokong kental umNO(baru) menaroh kepercayaan yang amat tinggi diatas kebijaksanaan Menteri Kewangan @ PM1Malaysia YAB DS Najib TAR merealisasi kehendak inspirasi penyokong umNO(baru) tegar menepati janji melaksanakan GST 6%. Syukur kami penyokong umNO(baru) tegar kepada Allah dan amat-amat terima kasih padamu PM1Malaysia yang dikasihi dimata kami yang kami doakan seadanya.

Kami penyokong umNO(baru) tegar dan cekal mempercayai GST 6 % berganding dengan BR1M, menjelang 2020, saha dengan yakin kami akan keluar dari kepompong susah dan menderita hidup. Keranamu GST 6% dan BR1M akan membela dan menjadi garis pemisah papa kami menjadi setaraf dengan kayanya kroni-kroni 5 bintang selama ini.

Kami yakin dan yakin lagi yakin diatas bijaklaksana PM1Malaysia kami, tempoh 5 tahun sahaja, kerana peranan dan sumbangan GST 6 % dan BR1M itu, semua anak-anak kami akan memiliki ijazah sekurang-kurangnya. Kami mampu membina rumah agamtersergam paling tidak 10 bilik, 5 bilik air dan kolam renang serba canggih lagi serba guna. Kami tidak lagi guna kapcai. Tetapi kami akan pakai guna pengangkutan heli dan kereta mewah setiap bini dan setiap anak.

Ini-ini semua bukan ingauan wahai puak-puak tiga suku penyokong Majoriti 52 %, ini akan menjadi realiti sengoti. tengok tuan-tuan dan puan sejak pukoi 12 menjelangnya 1 April 2015, betapa ajaib dalam acsaya dah terkumpol RM100,000.00. Baru berapa jam saja GST % berfungsi. Jadi yang lain tak sah dok cakap le Mamat Leha oooooiiiii!!!!!! Menjadi sunggoh dan mujarab rupanya GST ^ % dan BR1M sebagai senjata sakti kepada penyokong 48% Kerajaan1Malaysia YAB DS Najib TAR. Padan muka hampa penyokong PR.

Tak aci wahai PM1Mlaysia GST 6 % tidak menepati, please tingkatkan kepada GST 52 % baru fantastik kekayaan kami penyokongmu YAB DS Najib TAR PM1Malaysia yang kami kasihi.

Faedah dan padah

Dengan apa yang dikatakan itu, faedah besar yang dicapai dan dikapai oleh penyokong PM1Malaysia minoriti kerajaan 48%, dalam PRU14 nanti PR bungkus dan mampu mereka kambus. Mereka akan sifarkan PR PAS, PKR dan DAP nyah keluar dari Parlimen dan di Dun dalam negara.

Besar sunggoh sumbangan GST 6 % dan BR1M kepada umNO(baru) YAB DS Najib TAR PM1Malaysia @ Menteri Kewangan yang bijaklaxsana dinasehati oleh bini ke2nya YBMulia DS Dr Hajjah Rosmah Mansor rambut serbang sanggoi melentang. Apa khabar semua 48 % penyokong minoriti? 

Rencana: Ibn Abdullah al Awab
Tarikh: 1 April 2015 - Rabu - 11 Jamadilakhir 1436