HIMPUNAN RANG UNGGU UNGGU 355
(RUU 355) : HADI AWANG SEDIH BERDUKA - NAJIB RAZAK KECIWA HAMPA.
Sabtu, 18
Februari 2017 selesai sudah fiesta patahkan ego Presiden PAN Malaysian Islamic
Party (PAN MIP), kerana kehadiran
peserta “Baju T Unggu” yang diberi free termasok pengangkutan percuma dari
tangga rumah ke Padang Merbok. Ianya disediakan oleh PAN MIP untuk yoya yoya,
soya soya, shalala shalala R Unggu Uunggu 355. Hebat! RUU 355 telah mendapat
liputan besar dari TV ¾ serta media cetak
perdana apa lagi Harakah lidah resmi PAN MIP. Editor serius buat promosi hebahan
sampai ketelinga rakyat Negara. Namun rakyat telah memekak telinga terus menolak
untuk hadir diri yoya yoya di Padang Merbok.
Malang
walaupun TV ¾ dan sekutunya membuat hebahan. Mengikut statistic sedap mulut, PAN
MIP dakwa memiliki 1,500,00 ahli, umNO(baru) pula dengan 3,000,000 keahlian
berdaftar. Ditokok pula dengan pengikut tegar ngok 3 suku ‘baju merah’ Jamal al
Jamban 300,000 orang. Tetapi ahli mereka sendiri tolak menunggeng himpunan
fiesta Rang Unggu Unggu 355 dengan kehadiran setakat 20,000. Ianya mengundang sedih
dan amat mengeciwakan penganjor. Pasti sedih sangat pucuk pimpinan parti Agama
Hadi Awang dan presiden parti Melayu Najib Razak. Mereka amat keciwa dan hampa
tak berbaloi dengan pelaboran dedak bertan-tan dilaborkan.
Kehadiran
hambar (baca penolakkan) ahli PAN MIP, walau 2 hari sebelum itu Timbalan
Presiden PAN MIP TITM sahkan 300,000 ahlinya akan mengepak sayap memenuhi Padang
Merbok. Tetapi mereka patah sayap terbang jua, sekitar 20,000 sahaja. Sampai
saat ini (Sabtu, 25 Februari 2017) sudah berlalu seminggu, tidak ada pihak
dikalangan penyokong parti bani Agama maupun dari parti bani Melayu tampil mengulas
bersabit himpunan RUU 355 tersebut. Untuk membicara impak, laba atau ruginya
RUU 355, sekadar seperti campak garam kelaut Rusila.
Sah reality
ini akan menjadi landmark-batu tanda kepada PH + Bersatu kepada sokongan
rakyat dalam PRU 14 nanti, Insha-Allah. Melalui dan menerusi viral
youtube fc dan sebagainya, dapatlah saya katakan bahawa himpunan Rang Unggu
Unggu 355 Padang Merbok, nampak sangat seperti himpunan 5 bintang dalam
persiapan penganjor untuk tetamu dan pemimpin perdana PAN MIP itu sendiri
termasok artis celebriti. Layanan antara dua derjat. Nampak pemisah layanan dan
sambutan, dengan jemputan khas dan pemimpin kanan parti agama dan selebriti
bertaraf 5 bintang.
Manakala
peserta rakyat kampong dok teropong, melompong mampu tengok sahaja. Jemputan khas,
pemimpin utama dan artis selebriti dengan layanan istimewa. Santap di meja
bulat beralas serta berkipas ada pelayan lagi. Mereka bengkong makanan belehak,
santap hidangan khas yang menyelerakan umpama berkelah berfiesta bodohkan
rakyat untuk kepentingan politik mereka yang serba tenat. Kini mereka sedang berdepan dengan krisis
kepercayaan, krisis akhlak. Sikap merekalah yang mengundang PAN MIP berdepan
kemarau sokongan sekarang.
Jamuan khas
itu sekadar menjadi jamuan kenyang mampu tengok kepada peserta seperti Che
Bedah dan Yaasin, yang mai dari Felda Teloi Kanan, Mat Ketapang dan Minah radio
Malaya dari Felda Kemahang, termasoklah peserta
dari kampong yang lain. Sedihnya penwalak setia spesis gaban, sanggop
kayoh gerek dari Baling ke Padang Merbok.
Sedangkan
pemimpin mereka, zoom! Zoom!! Zoom!!! Zoom!!!! Menjalar Porshe Cayman, Audi Q7,
Range Rover, Mercedes, Toyota Alphard, BMW dan jenama hebat terkini berdudun bersusun
seperti bilik pameran kereta mewah 2017 Tan Chong Motor. Oh! Oh!! Oh!!! Oh!!!!
Mewahnya mereka pemimpin parti agama sekarang. Hebat sejajar setapak kesetapak
dua biji macam pemimpin umNO(baru) dalam menunaikan nafsu serakah kehidupan
dengan menjual agama sebagai tarohan sandaran menekan rakyat yang jumud
bertaraf gaban.
Hasil permainan
gandingan politik sedondong, haluan tuju Hadi Awang - Najib Razak macam ular
tedong bertembong dengan biawak. Jalinan politik diantara ulamak pengampu, barua
politik dan broker projek dengan Najib Razak, pemimpin tersohor bekerjaya
utama perompak kleptokrasi disamping
tugasan hakiki PM dan MK. Mereka kong kalikong, untuk selamat diri dipenghujung karear politik mandom dan
cacamerba. Pendekatan kerjasama politik Hadi – Najib seperti tahi dengan kentut.
Justeru penilaian dikaca mata, dihati rakyat khususnya orang Melayu memandang
jijil lagi cemar. Gerangan perubahan sikap yang tuntas Hadi Awang terpaksa berselingkoh
dengan Najib Razak. Manakala PAN MIP bersekedudukkan pula dengan umNO(baru), kenapa
dan mengapa jadinya mereka jadi macam itu?
Jawapannya,
kesan penangan najis babi rasuah dedak berprofil tinggi yang mengakibatkan terkuncinya
serta terkancing mulut gigi ulamak dunia no 2 dari berkata benar, kecuali petah macam bertih dengan perkataan sombong
dan angkoh kepada lawan politiknya. Rasuah itu juga merantai pergerakkan
langkah Hadi Awang bersama dengan ngok
saf chainya untuk meneruskan perjuangan bersama
PR. Mereka berpaling tadah menjadi pecacai umNO(baru). Menghalalkan dedak dan
berlindung dikangkang Najib, makanya terpaksa DAP dijadikan bahan sandaran dan
alasan, cheh!. Sah Hadi Awang telah menjadi malaikat maut bunoh PR dengan
lidahnya sendiri, keranamu umpan dedak rasuah politik RM90,000,000.00 dari
umNO(baru). Akhirnya Hadi Awang membelasah sesiapa sahaja dijadikan kambing hitam
untuk membenarkan haluan yang Hadi pacu sekarang.
Kini, rakyat
yang celek politik dan minda terbuka, rakyat terus memerhati dan scan menilai
akhlak budi pekerti mereka disebalik jubah dengan simpai serban seraga. Rakyat
tengok terselindong dengan kurap panau dan kutu. So, orang Melayu tawar pudar.
Mereka sedar telah 60 tahun penipuan perjuangan berlandaskan agama dan bangsa
yang dilaung-laungkan oleh mereka adalah hipokrit. Jadinya orang Melayu mulai sedar bingkas maukan
kebenaran perjuangan keadilan yang dituntut mereka. Rakyat kali ni akan tolak
parti politik dagang agama dan politik jual bangsa.
Itu adalah modal
politik cemar makan kelilingnya mereka, pemimpin bani Melayu bersekonkol dengan
pemimpin bani Agama yang subor dengan rasuah, menjadi taukeh lombong, broker
beli tanah dan pelakon prono dikalangan mereka. Dan mereka yang terlibat tidak
pertahankan integrity diri menafikan diperengkat undang-undang Negara. Berani
dengan nafi dan sumpah, menyampah saksikan perangai pemimpin parti agama ini.
Kini rakyat
mula tolak politik peralatkan agama dan
politik ragas bangsa untuk mendapat sokongan dalam PRU 14 yang sudah dekat.
Justeru, itulah jawapan rakyat 20,000 hadhir berhimpun di parlimen Padang
Merbok untuk lulus Rang Unggu Unggu 355. Setelah Hadi Awang 2 kali tanggoh
dalam parlimen bila kesempatan Speaker Pendekar beri peluang setelah penyokong
dan pencadangnya menteri dari umNO(baru) dan menteri dari PBB Serawak. Hadi
tercungap-cungap gagap dan terpinga-pinga diatas kebenaran Pendekar speaker
untuk mu Marang baca kali pertama racun dan madu RUU 355 yang Hadi Awang yang
didalamnya terjerat pekerjaan songsang menongkaah Gunong Titiwangsa.
Kepentingan politk parti mereka, mereka angkat menjadi kepentingan ugama dan
berhimpun berfiesta mengemis sokongan dari rakyat.
Petualang
besar rupanya mereka. Mereka lari dari perbahasan di parlimen sebanyak 2 kali
dibawa ke Padang Merbok sebagai fiesta, mereka semudah goreng kerupok Losong melaknat,
menkafir, menudoh sesat kepada sesiapa sahaja yang tak bersama mereka untuk
yoya yoya Rang Unggu Unggu 355. Setelah AG bersetuju pinda Akta 355 sebagai
sebahagian roadmap undang-undang. Cadangan dengan hukuman yang sama taraf kuasa
dengan Mahkamah Sesyen. Roadmap asal pindaan Akta 355 hendaklah dibawa oleh
menteri kerajaan pusat, bagi pehak kerajaan persekutuan. Kerana AG sudah mula buka
ruang dan langkah. Yang mana prosudornya lebih mudah dan praktikal untuk
undang-undang ini dipakai untuk Negara dan negeri-negeri.
Sayang ketika
Jawatankuasa berada diperengkat akhir, tiba-tiba AhPar Marang Hadi Awang
Presiden PAN MIP dalam pengetahuan bersekonkol dengan menteri umNO(baru) dan
Najib sendiri, izinkan Hadi Awang
merompak RUU 355 ditengah jalan. Merompak RUU 355 itu daripada
Jawatankuasa, menjadi usul persendirian AhPar Marang, malang mereka pentingkan
politik, sanggop benam Islam hakikatnya. Dunia mau kiamat nampaknya.
Pembangkang PAN MIP miliki AhPAR seculin nak bentang rang undang-undang
persendirian. Penentang dikalangan AhPar Melayu mereka jadi sasaran sumpah
seranah. Sedangkan kerja membuat undang-undang ini bukat terletak diatas
kewajiban pembangkang. Samalah macam kerja gila babi Jamal wal Jamban menganggu
dan mengajar PDRM untuk mencegah maksiat dan judi. Itulah hakikatnya Hadi
lakukan dengan RUU 355 untuk mengaut laba politik bersama diantara PAN MIP
dengan umNO(baru).
Punah ranah
dibuatnya. Jadi saya yakin RUU 355 Hadi Awang dan Najib Razak yang mewakili
parti bani Agama dan parti bani Melayu angkat RUU 355 ini sebagai senjata
mengugut dan menakutkan rakyat khususnya orang Melayu dengan label yang diluar
intipati RUU 355 itu sendiri. Penentang RUU 355 Hadi Awang cukup ganas dan
celupar menudoh siapa sahaja yang tidak mau sokong RUU 355 yang dirompak itu,
dijadikan halal dengan fiesta takfiri dan gelaran tudohan berat. Rang Unggu
Unggu 355 tersebut. Walaupun pengkalan negeri Rang Unggu Unggu 355 mereka
memelihara Singa Kelantan dan singa itu sendiri kini singa darat bapok pula. Bokti penolakkan
rakyat Kelantan berada di Kelantan dan di Lembah Kelang sejumlah 500,000 tidak telior
dengan gula-gula Ahmad Yaacob akan cuti khas hari ahad. Tetap rakyat Kelantan tolak
Rang Unggu Unggu 355 disahkan kehadiran difiesta Rang Unggu Unggu 355.
Perubahan sikap
serta gaya hidup pemimpin parti agama,
sah ianya berkait rapat dengan rasuah politik dari umNO(baru) RM90,000,000.00
keakaun Affin Bank pemimpin parti bani agama seperti Adun AMANAH Salor DP
Husham Musa dedahkan. Nampak sangat lalanie pemimpin parti agama kebelakangan
ini, mereka menerima mengikuti tuntas kemegahan kebanggaan pemimpin bani Melayu
dalam semua perkara menjadi pekerjaan resmi dan pakaian resmi mereka termasok
bini-bini dan anak pinak, menyacak bongkak, berdepan rkayat jelata.
Kehadiran
peserta turun untuk Rang Unggu Unggu 355 ini, yang mengeciwa dan mengundang
sedih kepada Hadi Awang dan Najib Razak sendiri, kerana pelaboran sejak 2012
sejumlah RM90,000,000.00 tidak telior dan terpanggil oleh rakyat jelata
dikalangan orang Melayu bersama PAN MIP kerana flip flop Hadi Awang dan Najib
Razak itu sendiri. Sedangkan peserta ‘Bersih 5” yang berdepan menghadapi
berdepan dengan pelbagai pancaroba. Sekatan dan halangan dzalim yang sengaja
diadakan oleh kerajaan kleptokrasi Najib Razak dengan niat jahat seperti iblis
syaitan. Najib Razak tidak Berjaya menghalang rakyat marhean semua bangsa
dikatakan sejuta yang hadhir. Cekal dan tabahnya peserta ‘Bersih 5” berdepan
menghadapi kekejaman dan kezaliman kerajaan Najib Razak Kleptokrasi.
Sedangkan
peserta Rang Unggu Unggu 355 mendapat kerjasama penoh dari kerajaan Najib Razak
dengan kemudahan dan layanan rakyat special class. Sedangkan layanan kepada
peserta ‘Bersih 5’ dan dalam siri-siri Bersih macam pendatang haram dan
penjenayah. Kini, Hadi Awang dan Najib Razak, mereka berdua bukan magnet yang
mampu menarik besi melekat melutut kepangkuan mereka, masanya telah berlalu dan
akan diletakkan menjadi sejarah dia Arkib Negara.
Rakyat
khususnya orang Melayu telah saksi dan perhati serta berdendam dengan apa yang
berlaku sebelum itu di Pelabohan Klang pada petang Jumaat 3 Februari 2017.
Iaitu gandingan awal yang gagal untuk melancarkan misi bantuan dekat ethnic
Rohinngya di Burma dengan genggaman erat diantara Hadi Awang dengan Najib
Razak. Kepada gandingan bersilang tangan Tuan Ibrahim Tuan Man dengan Najib
Razak.
Pelancaran
bantuan kemanusiaan Nautical Aliya sarat 1,500 tan bekalan makanan, ubat-ubatan
bersama dengan sukarelwan dari PAN Islamic Party, umNO(baru) NGO dan beberapa
pihak lagi. Halangan tertunda untuk kapal belayar dan halangan untuk berlaboh
dipelabohan yang dicadangkan gagal. Missi PAN Islamic Party dan umNO(baru) gah
megah akan mereka canang misis bantuan kemanusiaan diselanggarakan oleh
kedua-dua parti bani Melayu dan parti bani Agama.
Sayang
ketua missi sukarelawan itu, dipihak umNO(baru) diketuai India Muslim AhPar
Baling dan PAN Islamic Party entah siapa ketuanya. Pasti ketua besarnya adalah
AhPar Baling India Muslim itu (panas dan marah sikapnya aku tak nak sebut tulis
namanya). Sayang seramai yang berada diatas kapal tersebut dengan muatan yang
banyak itu. Dengan ugutan junta Manyamar, haramjadah mereka serahkan bantuan
tersebut kepada tukang sembeleh, tukang bakar, kaki zina ethnic Rohingya mereka
serahkankepada kerejaan penjenayah tersebut untuk beri kepada musoh yang mereka
bakar bunoh sembeleh selama ini.
Bacul dan
petualangnya misi menghantar bekalan makanan dekat umat islam rohingya
umno(baru)bN dan PAN MIP. Celakasunggoh mereka ini rupanya. Mereasetelah
diugut, semua kepala goncang, menyembah pengecut. Akhirnya petualangnya mereka,
mereka serah kepada tukang sembeleh, tukang bakar, tukang bunoh ethnic Rohingya
untuk sampaikan kepada erhnik Rohingya. Ini-ini juga rakyat telah tidak percaya
kepada integrity dan berani pemimpin PAN Malaysian Islamic Party dan umNO(baru)
untuk misi urusan luar Negara, mereka gagal tepati dipenuhi terhadap amanah dan
harapan rakyat. Amat sedih lagi keciwa. Lanjutan itu rakyat bertambah tidak
yakin dan percayakan PAN MIPdan umNO(baru)bN lagi.
PRU 14 mereka
pasti kecundang untuk terus memerentah Negara dengan modal politik mereka jual
agama dagang bangsa. Sedangkan rakyat setiap hari berdepan dengan penderitaan
kehiupan kerana Hadi Wang sokong GST kecelakaan Najib Razak zalim kepada rakyat
mndapat sokongan besar dari Hadi Wang.
Ibn Abdullah Al Awab
25 Februari 2014 - Sabtu