Tuesday, April 25, 2017

PRU 14 SARAT DENGAN DEDAK – RASUAH ADALAH SEDEKAH, LEBAI BERMIMPI.

(SELALAUNYA PENERIMA MENJADI PENAKUT DAN MENIKUS DEKAT TANGAN YANG MENGHULUR) 

Sejarah hitam yang menimpa keatas orang Melayu Terengganu, Kelantan, Kedah dan beberapa negeri yang lain, dari masyarakat harmoni kepada perpecahan  porak peranda serta pulau memulau. Ianya mengundang  kebencian serta permusohan dan berselisih faham yang berpanjangan dan dendam kesumat. Kerana pemimpin politik PAN Malaysian Islamic Party - PAN MIP menjadi perdagang agama untuk dapat sokongan laba politik ditunggangnya. Kerajaan tidak mampu menangani dan menghalang. Kerana fenomina itu umpama tsunami yang ganas melanda, tak dapat dihalang  hampir 4 dekat yang lepas.

Masyarakat kampong jadi porak peranda pulau memulau cukup melampau.  Ianya berpunca  padah dari lidah yang cukup faseh serta lantang, berkumandang dari corong suara membar mesjid Rusila dan ceramah dimerata tempat yang disampaikan oleh beliau. Anak muda lepasan  Azhar Mesir, susok tuboh badan itu, ianya adalah Haji Hadi Awang. Idola anak muda ketika itu, termasoklah aku, yang lebih 4 tahun berulang, dua minggu sekali bersama teman ABIM. Tetapi acap kali secara solo dari Pasir Mas ke Rusila dengan kapcai, diawal tahun 1980han, cukup istikamah habis dan walak gila ketika itu. Aduh!




  
Kesan daripada syarahan Hadi Awang yang bersemangat menanam jihad, di Kampung Banggol Peradong Kuala Terengganu, pada 7 April 1981. Natijah dan padahnya cukup besar sampai sekarang, ia meresap menjadi pegangan tambah dalam mengharongi kehidupan ini. Peganan dekat ucapan Haji Hadi tersebut, ianya menjadi diantara punca Melayu bermasalah kepada terjadi perpecahan yang besar. Hadi Awang berkemampuan meniup, menyemarak permusohan, dengan slogan kafir mengkafir tidak kesudah. Diantara ahli penyokong PAN MIP berdepan umNO(baru) yang dikafirkan dengan senang. Ramai mati dengan berpegang ajaran Haji Hadi. Persengketaan laki bini bercerai anak pinak selerak. (http://amokpang5.blogspot.my/2009/12/berikut-adalah-petikan-daripada-ucapan.html)

Manakala peranan umNO(baru) pula bermain dengan sensitive perkauman bangsa, menghunus kris perkauman takutkan orang Cina. Identiti umNO(baru) dulu dan kini, telah dan sedang mereka julang dewa perjuangan api perkauman Melayu. Melayu terancam dengan orang Cina kafir harbi. Setiap kali berdepan pilihanraya, pasti umNO(baru)  aktif putar dewa perkauman ini, bilamana umNO(baru) berada dalam keadaan terdesak dipinggir oleh rakyat. (https://www.roketkini.com/2011/11/30/kerana-mahu-jadi-juara-melayu-pemimpin-umno-main-api-perkauman/)
   
Ucapan Haji Hadi itu, digarap dan diangkat  menjadi AMANAT HAJI HADI. Dibikin  poster. Seingat ambo Ustaz Omar Khalid diantara taukeh besar kaset dan poster (di 1960 Jalan Dato’ Pati KB) untuk dijual kepada umum ketika itu. Poster itu ditempek didinding rumah, markaz parti bersekali dengan poster Presiden Shiah Farsi Kheomeni. AMANAT HAJI HADI menjadi pegangan pemisah perjuangan oleh  ahli PAN MIP totok berdepan dengan ahli umNO(baru). Termasok pengikut serta penyokong tegarnya dimerata tempat yang saban mingguan mengikuti kuliah Jumaat dan syarahan. Haji Hadi di Rusila. Ianya jelera mencekam hati nurani orang Melayu Terengganu, yakni pengikut penyokong PAN MIP. Penyakit ini menjalar ke Kelantan serta tempias menular merata negeri. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi)

Intipati utama amanat Haji Hadi itu, tuntas fokas umNO(baru) ‘kafir’.  Kata Hadi Awang dalam syarahannya di Kampong Banggol Peradong, Saudara-saudara sekelian percayalah, “Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka”.



Percayalah saudara-saudara sekelian,“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku”. (http://www.addindeen.com/2016/01/rahsia-tuan-guru-haji-abdul-hadi.html). (https://www.malaysiakini.com/news/379455)

Selepas 35 tahun kemudian orang yang sama bergelar, DS Tuanguru Haji Abdul Hadi bin Awang, mantan MB Terengganu sepenggal. Kini  Presiden PAN MIP (baru disahkan menang tak bertanding) juga ulamak Dunia No 2. Hadi sekarang  dimamah usia 70 tahun (20 Oktober 1947) dan sarat dengan penyakit, sering kali terganggu macam aku juga. Keadaan tersebut pastilah, turut menganggu minda dan hala tuju tindakkan beliau memimpin. Ketika mengemudi bahtera PAN MIP dilautan yang bergelora, terpaksa menepoh merempoh dan meredah gelombang taufan. Menghadapi jerong dan halangan luar jangka seperti dedak denak yang jijik. (http://www.tranungkite.net/lama/berita10/kapal.htm)


Hadi sedang  diperhati oleh rakyat dengan maklumat canggih kini. Rakyat bermaklumat yang berfikir secara waras, bukan seperti hidup di tahun 1980han dahulu. Bila Hadi banyak kali tidak hadirkan diri ke mesyuarat Muafakat Presiden PR, disitu letak yang tersirat yang tersurat dihalkum Hadi. Sulit untuk beliau berterus terang. Rakyat scan dengan forensik akan  perubahan besar sikap Haji Hadi dalam mengemudi menangani PAN MIP bersekali saf cai. Serta hala tuju  dewan menjadi dewa-dewa. (https://aidcnews.wordpress.com/2015/06/10/lim-kit-siang-tuduh-pas-telah-bunuh-pakatan-rakyat/comment-page-1/)

Hari-hari yang berlalu ianya adalah sejarah. Sejarah lemahnya Hadi dan sikap melari diri dari pemimpin PR dan komponan. Ianya terserlah ketika Hadi mendapat rawatan perubatan kronik di Turkey ketika lawatannya. Ramai pemimpin dan pewalak Hadi berada ditanah air, bingkas dan lekas dapat penerbangan ke Turkey. Tidak macam dulu-dulu dok melengum untuk dapatkan duit tiket, hotel dan alas perut. Fikir fikir serta mengloh untuk dapatkan fulus. Musim susah itu telah berlalau kepada pemimpin PAN MIP dibawah Hadi. Perubahan mendadak menyacak. Keranamu Najib suap dedak denak, jinak pemimpin PAN MIP agar tenggelam. 


Pasti gerenti, pemimpin PAN MIP sekarang fulus ketat pakit kredit kad bertindan. Apa nak heran setakat Istanbul Turkey. Sedangkan planet Marikh pun mampu mereka terokai sekarang. Kerana kenyang melampau dedak Najib Razak sumbat ketat kemulut.  Hadi Wang tak pandang Mat Sabu bersusah payah ziarah tidak ada nilai kepada Hadi. Lebih ironinya, penziarah bernilai tinggi disemua sudut kepentingan, adalah arahan  PM Najib Razak kleptokrasi kepada Duta Besar negara di Turkey ambil tanggongjawab penoh kebajikan perubatan dan rawatan di Hospital Istanbul. (http://pakdin.my/najib-hubungi-kedutaan-minta-bantu-hadi-awang-di-turki/)

Kesan layanan kerajaan Najib Razak dekat Presiden PAN MIP di Hospital Istanbul, bukan mengundang cabul perhubungan diantara Hadi - Najib. Banyak kejayaan, laba politik Najib pungut hasil ambil berat kebajikan sebangsa seugama mereka. Kejayaan cemerlang Najib, beliau berjaya berkas Hadi dengan diplomasi, manipulasi. Yakni dengan modal perangkap dedak denak untuk menjinak. Ilmu halus itu mampu  Haji Hadi makan ditapak tangan Najib Razak. Yakni rasuah politik dari Najib Razak untuk tegak kuat Islam. Rasuah tersebut diniatkan Hadi menjadi sedekah. Najib berjaya jinakkan Hadi yang liar dari PR mendekati PWTC. Minda jasad Hadi jadi lemah. Akhirnya Hadi bercakap berbelit macam CEO Zoo Safari Taiping
(https://www.roketkini.com/2017/04/07/dakwaan-pas-terima-rm90-juta-dana-1mdb-bila-mahu-saman/)

Setelah seluroh ketua-ketua komponan parti bN, seluroh ketua bahagian umNO(baru) dan bN Najib Razak beri dedak. Semua ahli dewan rakyat dan ahli dewan negara, Najib Razak beli macam borong ikan kembong di pasar borong Selayang. Bersekali  sekelian jusa penjawat awam dan instutusi utama negara lumpoh kerana dedak rasuah Najib Razak.  Akhirnya tibalah giliran ulamak dunia No 2 Presiden PAN MIP Tuang Guru Haji Hadi Wang turut tersungkor bersama 16 orang kepercayaannya. Mengelupor dikaki Najib Razak. Sah Najib Razak merupakan penjinak manusia negara no 1. Dengan  power fulus lulus secara halus,  ‘cash is king’. Rupanya jubah, serban kepiah tak lekang dibadan dan dikepala, juga terpaksa ditanggal kerana mengejar kedudukkan tempat dan kekayaan. Jubah kepiah dan serban ianya bukan simpul iman yang kental, sekadar simbul pakaian manusia dagang agama sahaja. 














Justeru Najib Razak berjaya membataskan mulut laser Hadi, yang lantang palu kejahatan pemimpin umNO(baru). Berubah wajah berubah langkah menjadi kelu untuk  mengecam  menentang umNO(baru) khasnya batang Najib Razak Rosmah sendiri. Kini Hadi terkulai, becakap macam penghuni warga Kolej Tampoi dan Kolej TR. Kakinya dirantai dan mulut bersepai dipenuhi dedak dan temukut. Hadi kaku tak mampu melawan Najib Razak keranamu terperangkap rasuah politik Najib Razak. Kendati pun Hadi Awang niat menerima sedekah, disuci dengan doa, taubat dan zikir. Kini mulut Hadi Wang terkunci dengan mangga tembaga 2.6 kg berat dengan 17 anak kunci. Hadi jadi keju beku, membisu dari melawan  menempelak jenayah perdana Najib. Kesan penangan rasuah, dapat saya ceratkan disini, seperti singa garang takurkan melawan seekor kancil kerdil. (http://pakdin.my/pm-ziarah-hadi-awang-di-ijn/)
   
Kesunggohan Hadi untuk membawa PAN Malaysian Islamic Party berseleingkoh dengan umNO(baru) berbelit berbolok. Hadi berada dalam kedaan berani dalam takut, Hadi pengecut untuk berterus terang akan pemimpin kanan kepada ahli sejuta dan penyokong. Hadi berjiwa kerdil jauhlah memeliki integriti. Hadi susut kemas keming akan dedak Najib telah memenuhi mulutnya untuk mertabat kuatkan Melayu Islam diangkat kununnya. Sedangkan pergerakkan Hadi telah dikunci oleh Najib Razak. ‘Cash is king’ Hadi rebah cetong, berat nanang. Kejayaan Hadi sampai kekemuncak mengendali menangani PAN MIP. 

Maka Hadi bertindak dengan telunjuknya menerusi muktamar di MS KS. Perwakilan muktamar yang walak Hadi melalui senarai cai, singkir setandan penentang yang menghalang hasrat Hadi nak bersama Najib umNO(baru). Itulah  kejayaan cemerlang Hadi Awang dan kejayaan terbilang Najib Razak Rosmah. Berpadu tenaga dan usahasama yang erat  melaksanakan kerja berat, yakni Hadi selamatkan Najib Razak. Pembiayaan power rasuah dipadu dengan power lidah yang berbisa oleh Hadi yang terjebak dengan penangan power rasuah oleh Najib Razak. Hasilnya bersekala perdana mega bro. Hadi Wang bunoh pancong PR ketika Tokguru Nik Aziz tiada didunia. Melengkapkan kejam dan zalimnya mereka. Mereka mampu memecat sesiapa sahaja  yang cuba menentang. Yang berhajat untuk gagal agenda mereka, elak malang gerhana yang menjahanamkan masa depan kehidupan mereka. Mengelak kepenjara disisa-sisa hidup. http://pakdin.my/hudud-abdul-hadi-tidak-pasti-masa-depan-pakatan/
   
Penangan rasuah yang menjalar seluroh badan, kesannya amat berhasil kepada Najib Razak. Dari pemimpin kanan PAN MIP, mereka menjadi pelindung pemuja pemuji Najib Razak dan Rosmah Mansor binike2nya. Rasuah itu mampu mengubah mata dan hati mereka mengatakan, kini  Najib berubah, menjadi tawaduk  sejajar  Khalifah Omar Abdul Aziz. Boktinya Najib nak kembali kerajaannya nak daulat perkasakan Islam.  Menerusi RUUP 355 AhPar Marang. Setelah agenda Melayu Najib jadi porak peranda badai berkecai dan bersepai. Selepas melakukan maksiat macam amalan zikir bergencok melalak menyanyisecara berjemaah, lengoh kakai tangan di rumah milik rakyat negara. Sebaik itu, Najib pakai jubah berkepiah putih bersama lebai junior PAN MIP dok dipadang, dendang yahana memanjang. Smart mereka menyamar berlakon,  mereka mengabui pekena rakyat nak kembali dekat Islam.

Mereka sedondong berjingga berpimpin tangan lagi, aduh!!!! Menjadi lakonan hero tua film Melayu Islam baru. Angkat julang puaka RUUP 355 nak rak di padang burong merbok. Najib Razak kleptokrasi guna Ilmu halus, jampi serapah zikir tewaskan doa wirid Hadi Wang. Yakni rasuah RM90,000,000.00. Barang sah penangan menjadi. Kesannya PR mati mengelupor berkubor. Dipancong oleh Hadi. Najib – Razak. 

Rosmah kenduri epal dan tamar kismis setan jamu buaya Tasik Chini, merai kesyukuran PH mati berkubur bersekali penentang Hadi dalam PAN MIP juga penentang tegar untuk kerjasama politik dengan Najib Razak Rosmah, sudah tiadak ada lagi dalam PAN MIP. Kerana musoh utama menjelang PRU 14 yakni PR, untuk tumbangkan mereka telah berkubor ditangan Hadi Wang sendiri. Hadi bunoh PR yang Najib Rosmah geruni. Mati PR  tidak perlu guna peledak C4 macam mereka bunoh gadis Monggolia Attantuya dulu. Cukup dengan power lidah Hadi. Presiden PAN MIP anda mampu. lakukan dengan berhemah?. (http://wrlr.blogspot.my/2015/08/najib-ada-rm26-bilion-haron-hadi-masih.html)
  
Malapetakanya partinya berselerak belah dua macam belah buah temikai, Hadi tidak kesahtidak merasai bersalah dan kesal. Makanya lahirlah PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH yang diketuai mantan TP PAN MIP dulu iaitu Mat Sabu. Jadi pantas serta lekas aku, isteri dan anak dibulan awal pendaftaran menyertai menjadi ahli AMANAH kunjung ziarah Dr Ismail Salleh Cikgu Razak dan pemimpin utama AMANAH Kedah. Alhamdulillah. Mat Sabu bergandingan dengan dengan Salahuddin Ayub serta semua pemimpin yang disingkir segugus dalam muktamar di MS KS. Kini sokongan yang menyeluroh diseluroh negara, berbondong ahli dan dan penyokong PAN MIP menyertai AMANAH disemua perengkat dan posisi. 

AMANAH sekarang berdepan tuntas dengan PAN MIP. Setahun setengah lebih, kini parti nyamok yang  mereka hina pelecea, mereka merasa gerun dan takut tengok, aktiviti ceramah dan pelbagai berterusan berjalan dengan lancar seluroh Semenanjong. (http://www.sinarharian.com.my/politik/kehadiran-hadi-bawa-mesej-islam-yang-jelas-1.463574)

Manakala umNO(baru) dibawah cengkaman diktator  Najib Razak Rosmah kleptokrasi, mereka berdepan dengan tulah, badi dan sumpah yang berterusan dari roh mendiang Altantuya. Serta group sumpah roh orang ramai yang  mati ditembak, yang bersabit serta dikaitkan dengan Najib Rosmah kelibat yang terlibat. Kelibat roh mangsa bunoh kini, sedang menghantui mengekori mereka, mereka kaya raya tetapi jasad seksa takut merana. 

Ditambah lagi  dengan  badi ngeri 1MDB, SRC dan sewaktu dengannya. Kini sedang berkeliaran memburu dan hurong Najib Rosmah walau dimana mereka bersembunyi. Bersekali mereka yang menerima sedekah jariah wang daripada hasil rompakkan khazanah negara oleh Najib Razak, yang dibagih difaraid macam harta kepala bapak mereka yang punya. (http://www.malaysiakini.com/news/332717)

Najib Razak Rosmah, dipenghujung titik kuasanya yang dibincang diperkatakan sedunia. Najib Rosmah adalah kepala perompak kepala lanun bersekala kleptokrasi dunia No 1. Manakala Hadi Wang berkedudukkan ulamak duni No 2. Habat tautan pemimpin parti agama dengan pemimpin parti Melayu berpadu 1 hadapi PRU 14. Justeru Najib Rosmah muram durja yang berpanjangan. Tak berkesudahan memikirkan kemana mereka selepas RU 14 nanti. Badi 1MDB itu pula tempiasnya sampai ke JRL musafir ke pejabat PAN MIP. Pasti silap-silap edar akan juga turut mendapat tulah dan masalah dn hukuman Allah atas sumpah doa rakyat. Bila mendong menjadi cerah, sebaik selepas PRU 14 nanti, Najib terpaksa pindah menjadi pembangkang “lawan tetap lawan” telah mula berkumandang. Najib Razak sudah belajar baru-baru ini, yakni cara-cara jadi ketua pembangkang dan menjadi penghulu di Sungai Buloh atau Kajang. Berjemaah untuk  mengiirngi Najib isterinya  ke2nya tercinta Rosmah Mansor. 

Percaya dan yakinlah wahai rakyat negara sekelian, bahawa Najib dan Rosmah, mereka tidak berdua kesana wahai rakyat jelata. Mereka akan berangkai menjadi penghuni universiti lanjutan. Kemuncak kezaliman kemusnahan kuasa, Najib Razak menekan rapat parti dan kerajaan mesti melindungi dirnya dan bini selamat dan terjamin. Lantas serta bingkas Najib dengan punasehat kelambu RM bertindak memecat sesiapa yang cuba menentang dan menyusahkan beliau.

Najib terpaksa pecat pemimpin kanan selepasnya dari umNO(baru) dan kerajaan bN, bila sering bangkit bertanyakan menatang apakah gerangannya puaka 1MDB?. Demi mengelakkan timbalannya membena kekuatan dalaman untuk menentang dirinya, serta kumpol sokongan kerabat bN untuk menolak Najib dari puncak kuasa. Tetapi pahlawan Bugis ini, dengan penasehat kelambu dan punahsehat baru agama yang menungkat serandang Najib dari kenoktah penamat hayat Najib. Tampil punahsehat agama menjadi pendoa, penjampi serapah pulihara roh kuasa dari tercabut. Hakikatnya inilah yang menanggohkan lewatkan kematian kuasa Najib sebagai PM kleptokrasi. Makanya  Najib terlebih awal pintas dan singkir pecat TS MY dan musohnya yang lain. Nasiblah tidak dimasokkan kedalam tong dram dan disemen. Najib berjaya sekat dan singkir penentang beliau dalam parti dan turus pegawai kerajaan.
  
Walau pun begitu, Najib Rosmah gagal menghalang mantan pemimpin umNO(baru) yang disingkir dari parti dan kerajaan kerana tidak mau dipalitkan dengan dedak dam makan sehidang dedak dan denak tersebut. Sayang sejuta kali sayang, pemimpin parti agama yang berjubah berjanggut bersimpai serban, sedia rela  menerima makan dedak dan terpalik dengan rasuah. TS MY dan temannya terus berjuang lawan tentang Najib Rosmah secara totok, tersusun lagi berkesan diluar umNO(baru) dan kerajaan. 

Makanya kemuncak penentangan TS MY dan temannya yang dipecat menyeluroh. Lantas tertubohlah PARTI PRIBUMI BERSATU NEGARA - BERSATU. Diketuai oleh mantan TP umNO(baru) juga mantan TPM berganding dengan mantan MBK DS Mukhriz DMM. Mereka dibantu oleh mantan pemimpin utama umNO(baru) yang berpengalaman dalam parti dan kerajaan. Kemunculan BERSATU yang mendapat tempat dihati rakyat negara khususnya dikalangan ahli umNO(baru) dan penyokong, terutama rakyat peneroka di Felda.

Fenomina mantan Presiden umNO(baru), mantan PM selama 22 tahun dengan usianya 92 tahun. Tun DMM ditemani oleh isteri terhebat Tun DSAA kembali cergas dalam kancah   politik negara secara aktif, kerana Najib Razaksedang pelingkop musnahkan negara yang dibena oleh PM sebelumnya. Tun DMM. turun saban malam pusing Semenanjong bersceramah, terutamanya di kawasan Felda. Pengalaman, pengetahuan dan mengenali setiap AhPar dan menteri kabinet dapor Najib, ianya menjadi buah keras Tun pukul maut dekat mereka. Ketika saksikan kemusnahan negara lepas satu, satu Najib lakukan. Kalau dibiarkan terus Najib berkuasa negara punah musnah macam kaca terhempas kelantai simen.  

Najib mengikut arahan bininya Rosmah Mansor lakukan apa saja asalkan mereka selamat. Demi untuk melindungi kerja penyelewengan pecah amanah beliau selama menjadi PM sejak TPM lagi. Demi dirinya dan Rosmah terselamat. Mereka rela biarkan negara menjadi punah ranah. Negara rosak menjadi padang jarak padang terkukor asalkan dirinya dengan Rosmah, anak tiri syaitan, anak emasnya Jin Jholo selamat dari diseret kemuka pengadilan. Sebab itulah kita kena berjaga-jaga dengan simpanan haram yang menggunong Najib Rosmah memiliki sekarang, tidak pelek Najib rosmah sanggop belanja rasuah PRU 14 untuk menjamin kemenangannya duit sejuMlah RM3,000,000,000.00akan membeli pengundi dan ketua2 parti dan pemimpin jerong melompat kebubuNajib -Hadi, menjelang pembubaran parlimen dan penamaan calunRU 14. 

Jadi Najib bertindak lakukan  sesuka hati campor tangan pecat sesiapa sahaja yang dirasakan mengancam dirinnya.  Sekalipun  dunia telah sahkan Najib adalah kepala perompak, kepala penyangak, kepala lanun kleptokrasi negara. Seruan semua pemimpin PH yang disahut oleh rakyat yang tertindas dipijak oleh Najib. Mereka rakyat kampong dan warga Felda telah sedar dan bangun bersama Tun DMM dan PH. Ini kali dalam PRU 14 tidak lama lagi, kepala penyamun, kepala perompak Najib Rosmah kleptokrasi ini dapat  dihapuskan dalam PRU 14 agar tidak terus berkuasa, bermaharajalela bersultan dihati. Di Putrajaya yang diputarnya berselerak sekarang. Najib secara kejam lagi zalim telah pecat ketua jabatan, disingkir, dipindahkan dari kedudukkan asal. Semuanya tindakkan Najib bertujuan untuk menghalang usaha tindakkan membawa belaiu kemuka pengadilan. 

Kembalinya Tun DMM kepersada politik negara, ianya menjadi mimpi negeri dan ditakuti oleh Najib Rosmah kian lemah. Tuntulah  memberi impak besar kepada PH yakni nilai tambah kepada keyakinan rakyat. Ketuanan Melayu di kampong di Felda khususnya, tidak jadi puaka tohmohan Najib Rosmah dapat dikunci tinggal gusi Najib kali ini. Serangan Tun DMM kepada Najib lebih daripada2 tahun, ianya tidak mendapat perhatian dan semak dengar imbang oleh Najib, insaf dan kembali kepangkal jalan. Usaha pulih pentadbiran dan pengurusan kewangan negara dengan cermat dan berhemat. Tetapi Najib bertindak tingkat ganda menambah kedurjanaan dan kecelakaannya perengkat gaban. 

Tun dan rakyat negara bangsa sedar, langkah dan pekerjaan Najib itu, kalau tidak segera disekat dihalang dengan kuasa politik, pasti sedetik sahaja  negara dan rakyat akan berdepan dengan kehancoran semua segi disemua perengkat. Serta negara diambang papa dan muflis, tidak dapat dielakkan kalau sikap berhutang Najib rosmah sampai langit ketujuh tidak disekat. Dalam tempoh 3 tahun lagi, penjajahan ekonomi keatas neagara kita, pasti tentu akan berlaku oleh penjarah bersusok Najib Razak Rosmah. Presiden umNO(baru) Pengerusi bN. Najib berhutang dan membena kekayaan dirinya disisi hutang yang dimenteri dengan negara China dan beberapa negara lagi. 

Melebarkan imformasi yang 1MDB itu telah mmasok kesaku pemimpin kanan PAN MIP menjangkau 17 penerima. Kaya mereka dengan bertopeng perjuangan Islam, tetapi serentak mereka pijak tendang Islam kerana mereka adalah pelakon agama terbilang negara berbekalkan jubah, faseh membaca Quraan dan Hadis. Terpedaya melaun macai dibawah, terkebil-kepil walak dekat ulamak dan lebai yang durjana.

Tokoh pemimpin rakyat Sdr Mazlan Aliman (alim warak bab Felda, sebagai pengerusi ANAK) dan lelainnya. Tun DMM diiirngi Tun DSAHA  dengan progrem SEMARAK KASIH tambil menemui peneroka Felda, dan penoraka telah memberi sambutan hebat dan mereka menjadi ahli BERSATU. Dulu Felda dan penoroka haram pembangkang menemui mereka. Angkara FGV menjadikan mereka kembali susah merana, mereka bersama BERSATU PH menebus kebejadan Najib Isa Samad. Mereka akan hadiahkan kepada PH 30 kawasan parlimen Felda dalam PRU 14 nanti, Insha-Allah. 

Perubahan sikap hala tuju Hadi serta juak-juaknya menjadi ketara, bila banyak statement yang dikeluarkan oleh Hadi, cukup mesra dengan umNO(baru)bN hatta lengkap memuji Najib Razakyang nakkan Islam daulatkan RUU 355. Sanggop berpimpin bergandingan tangan dikhalayak ramai macam pengantin usang ditatang. Dimana-mana juga peluang yang terhidang Hadi sentiasa dilayan habis, dilayan gila oleh Najib, ada makna tu. 

Hatta tempoh 2 tahun, pemimpin kanan dari PAN Malaysian Islamic Party mendapat liputan positif di akhbar perdana, di RTM dan MediaPrima menerusi TV ¾ dan sebagainya. Liputan kepada pemimpin PAN MIP, sampaikan kentut kencing pemimpin PAN MIP mendapat berita untuk sajian propoganda. Kesempatan itulah Hadi bersunggoh beria-ia menghambat semua penentang pemimpin PAN MIP yang tidak sebulu, tidak cocok citarasa dengannya, tidak belaga angin dengannya untuk bersepakat bersama umNO(babru)bN pentas UG. Demi untuk kepentingan Islam dan kepentingan Melayu. Semua anta sila keluar dan tinggalkan PAN MIP. Hadi acap kali menghambat sahabat-sahabat bersamnya yang telah membena PAS 35 dahulu dengan cukup mudah, kerana… kenapa dan mengapa?  

Presiden PAN MIP dan peguamnya juga SUA PAN MIP, janji nak saman SR yang memberitakan untuk makluman tatapan umum, ianya berkait pembabitan rasuah politik Hadi dan PAN  MIP. Sayang kerana mereka pentingkan akidah tetapi tendang ketepi integriti jati diri, makanya sampai saat ini mereka tidak saman untuk perbicaraan dimahkamah. Tetapi gimik naik rak himpun 10 saksi. Samalah seperti yoya yoya bentang RUUP 355 di padang burong tempoh hari. Ya! Mereka tidak miliki keberanian dan kekautan kerana dikekang ketakutan kes saman bicara itu akan terherat tengkok sendiri. Kerana hati nurani membantah sebab tuannya hakikatnya sememangnya bergelomang dengan rasuah. Sayang report dan saman menjadi sepi dan gedi. Sah Hadi mengiringi sejengkal kesetapak menjejak sifunya Najib Razak yang telah 2 tahun Selasa berlalu, tidak juga-juga saman SR. Kenapa ya!!! 

Jadi, Hadi-Najib mereka serupa tidak berani angkat mertabat integriti mereka dimahkamah dikamar hakim, untuk menangkis, menepis dan membersikan diri. Melainkan cakap-cakap capoi serta mengeluar jawapan menafi kepada media perdana sebagai pembelaan diri. Itu-itu semua, itu adalah fitnah pembangkang untk rosakkan reputasi kami dan cemburukan kuasa dan kekayaan kemewahan kami perolehi. Pada peluang dan kesempatan untuk kami rembat walau sampai hutan belantara. Sayang mereka berada dalam kandang persepsi burok, mereka biar dan izinkan fitnah berligar berputar menjahanamkan. Tampa azam untuk mendapat pembersihan diri (integriti) dikamar hakim bersihkan kekotoran jenayah rasuah yang rakyat menyakini mereka terlibat. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/wajah-baharu-politik-pas-1.338757/abdul-hadi awang-tiga-dari-kanan-memotong-pulut-semangat-dengan-sebilah-keris-sebagai-simbolik-1.3).

Integriti Adun AMANAH Salor DP Husham Musa membuat kenyataan resmi, duit dari Najib Razak kleptokrasi umNO(baru) masok keakaun pemimpin PAN MIP di Affin Bank. Walau tidak perlu ke High Court at London, cuma di Mahkamah Tinggi KB,. Saman yang dijanjikan, telah masok 3  bulan rakyat geleng kepala penuh tanda tanya. Kenapa dan mengapa PAN MIP tidak pantas saman Husham? Sedangkan pemimpin kanan PAN MIP, Naib Presiden Amar, SUA Takiyuddin, KDU Ahmad Yaacob dan KDPP Nik Abdoh semuanya dari NK DN. Sahlah mereka cuma singa muzium, berani dalam kamar pejabat sahaja.  Pengecut hangit untuk mengheret Adun AMANAH Salor  ke MT KB. Mungkinkah kerana para pelakonnya  adalah pemimpin utama PAN MIP berganding dengan Najib Razak kleptokrasi? Ianya benardan benar belaka?.   Sayang mereka tidak menemui pagar dan pintu MT KB atau MT KL. Disinilah pengukuhan fakta rasuah bersekala besar terungkai dikalangan pemimpin PAN MIP dengan Presiden umNO(baru)bN Najib Razak kleptokrasi benar buka main tudoh.

Kemuncaknya, ujian bersekala besar kepada perpaduan kental, solidariti pembangkang PH terkini tanpa PAN MIP. PH terdiri dari DAP, PKR, AMANAH dan BERSATU. Negarawan ulung Tun DMM telah bergandingan dengan DSAI bertauat hati nurani dengan berjiwa besar, buang yang keroh dengan mula perjuangan baru. Satu tekad satu matlamat menjulng perjuangan sehala yang tuntas. Yakni untuk buang kepala perompak kepala lanun kleptokarsi di Putrajaya disingkir dikalahkan ditumbang singkir Najib Razak kleptokrasi dan Rosmah melalui PRU 14 ini. So dengan azam dan kerja keras dah berjalan hampir setahun komponan PH  PKR, YB LKS DAP, AMANAH Mat Sabu dan BERSATU TS Mohyiddin Yassin berpadu tenaga serentak diatas satu pentas menghadapi berdepan dengan rakyat. (http://m.utusan.com.my/rencana/utama/pas-dan-perpaduan-melayu-1.152556/2.785)

Dalam mendepani PRU 14 yang kian menghampiri dan menghantui rakyat negara bangsa. Akan keganasan dan kerakusan Najib Razak yang bergandingan dengan PAN MIP diketuai sendiri Tuang Haji Hadi Wang, rakyat perlu bijak memilih pemimpin untuk membentok kerajaan yang mampu membela dan mendaulatkan Negara bangsa. Adakah rakyat pengundi akan mengundi kepala perompak kepala lanun kleptokrasi yang berganding dengan saudagar agama untuk membentik kerajaan persekutuan selepas PRU14? Atau PH yang mampu membawa rakyat bebas dari belenggu cengkaman hutang dan cukai.

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB.
25 APRIL 2017 – SELASA.