Tuesday, April 4, 2017

APA NAK JADI! - BILA LEBAI PEMIMPIN PARTI AGAMA, JADI SAUDAGAR AGAMA + BANGSA PULA

Oleh    : IBN BADULLAH ALAWAB
Tarikh : 04 - 04 - 2017 (SELASA) 7 Rejab 1438H

Selepas PRU 13 sebaik  DBS Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat,  melepaskan jawatan politik dan dalam kerajaan, kerana sakit yang berpanjangan serta faktor usia tua. Mungkin juga tekanan dari dalaman juga menjadi factor penyebab. Sah pegantinya dan saf exco tidak sehebat perjalanan pelaksanaan kerajaan Tok Guru selama 23 tahun. Usia KNK telah mencecah 27 tahun. YB Ustaz Ahmad Yaakub mengangkat sumpah jawatan MB Kelantan pada 6 Mei 2013, maknanya Ustaz Mat sudah hampir mendekati tempoh 5 tahun memimpin parti agama sebagai Pesurohjaya dan Menteri Besar KNK.

Parti agama yang memerentah KNK dan MBnya Ustaz Ahmad Yaakub Adun Pasir Pekan, kini sedang mengalami situasi mandom yang ranum, dalam merealisasi tugasan hakiki kerajaan terhadap rakyat. Ustaz Mat mewarisi KNK dari peninggalan Tok Guru DBS Nik Aziz dalam keadaan baik dan tidak cemar. Tetapi sekarang KNK telah khianat dekat rakyat pengundi, dengan mengabai tanggungjawab. Perjalananyang tempang, tidak sejajar dengan kehendak Islam yang syumul, yakni yang  berkait rapat dengan tuntutan kebajikan kesejahteraan rakyat negeri. Kini KNKmacam tidak peduli hatta mencabuli kepentingan rakyat. Bila pemimpin bergelut berebut balak, lombong dan tanah. KNK menekan rakyat dengan beban cukai yang tinggi, serta bermusoh dengan rakyat. Gejala  tersebut, sudah tentu terkesan mendalam, mengundang dendam rakyat tak kesudah, balanya parti agama ini akan mendapat padah.

KNK gagal menunaikan akujanji PRU 13 yang digazet dalam manifesto. Mereka petah berkempen menabor janji langit-bulan ketika mengemis undi. Janji yang diukir telah dimungkir tidak ditepati. Pasti mereka  akan berdepan dengan hakim rakyat dalam PRU 14 sekali lagi. Sama ada sang  penghuni di Jalan Dato’ Pati KB, yang juga menjadi hang penguasa di Kota Darulnaim KS. Kini mereka berbekal dengan senjata keris telanjang panjang sedepa. Berubah senjata dan pakaian dari Arab ke pakaian Melayu tua purba. Turut berubah sama adalah tingkah laku, perangai dan adab berkawan dan bermusoh tak terduga. Biar dalam keadaan sedar atau mereka diulik mimpi, sembang cekang mereka ahli  syurga kerana hafal no ahli parti mereka sertai. Walau menjadi KNK tidak adil, menerima rasuah bersekala mega. Serta gagal dalam  melunasi janji PRU13 dekat rakyat pengundi. Kini rakyat pengundi perhati dengan teliti, setiap jejak bekas tapak langkah mereka kehutan, kekelombong bukan lawatan kerja tetapi untuk dapatkan laba dapat kaut dan rembat. Rakyat pengundi tak buta dah.

Sekarang mereka pasang copong jaja kepelusok negeri, melaporkan auta selama mereka bentok KNK. Dengan retorit ’Membangun bersama Islam’, nyawa nadi PAN MIP-Pas Hudud tenggelam terbenam. Jaja pula RUU 355 setelah ramai rakyat dikafir  dimurtadkan mereka. Kini mereka meraba mencari kesempatan untuk melangkah diatas duri dan ranjau yang mereka sendiri  semai. Cheh!!!! Diri sendiri petualang gagalkan perbahasan dua kali dalam parlimen setelah diizinkan Pendkar speaker. Segarang Marang kebengongan menghujah, maka minta tanggoh dari dibahas, 2 kali dah bro. Sayang, sekarang MP Marang sedang dok cari  petualang yang menggagalkan RUU 355 dibahaskan di parlimen, peluang terdedah depan mata sendiri nafikan. Sama seperti kucing jalang tersengeh tengok ikan tawar disemanggng. Jembalang penghalangnya, adalah MP Marang sendiri. Jangan menuding nak sabit orang lain dikambing hitamkan. Itu modal yang telah basi tuan.

Puncanya menjadi nanar dan cacamerba kerana pendedahan di Affin Bank. Disitu tersimpan rasuah politik RM90,000,000.00 dari Najib umNO(baru) untuk hancurkan PH dan singkir penentang umNO(baru) tegar yang memimpin PAN MIP-Pas dulu. Percayalah, tugas Najib Rosmah perkuda peralatkan pemimpin utama PAN MIP mata duitan telah Berjaya dengan cemerlang gemilang. PAN MIP hancor berkecai. Kini Najib pegang ulu keris bogel panjang sedepa, sedang menghunus hujung mata keris tersebut tepat kesasarannya keperut Hadi. Dalam keadaan tersebut Hadi Wang tak terdaya menyanggah menepis atau melawan. Sakit dan geli tidak Hadi Wang merasainya. Kerana penangan pendedahan yang tak mampu dinafikan. Iaitu di Affin Bank disitu tersimpan harta karun rasuah politik RM90,000,000.00 dari Najib umNO(baru) diperkatakan untuk Presiden PAN MIP.

Justeru fenomina punah integrity parti agama bersekali dengan pemimpinnya, mereka terpaksa bayar dengan harga yang mahal menghadapi PRU 14 nanti. Silap-silap ramai dikalangan mereka akan tenggelam dan karam dibenam oelh rakyat pengndi. Sangat menyimpang dan tersasar jauh dalam pelaksanaan misi tunai serta memenuhi keperluan tuntutan rakyat. Pemimpin agama mereka bergaya tambahkan gedong kekayaan dan mencengkam rakyat. Dengan berpakaian agama dan glamor habis serta hidup bermewah. Makanya prilaku mereka yang terlibat dengan kepincangan penyelewengan dapat tengok dengan mata kasar. Tetapi ianya amat payah kepada ahli pengikut dungu macai malaun dibawah untuk memeprcayainya. Kerana terhalang, mereka  terpesona dengan cakap bunyi Arab. Orang kampong kata dok baca Quraan dan Hadis. Masakan lebai pandai mehong? Apalagi pakai pula dengan budaya Arab, Arab pun tewas dengan mereka ni..

Pengikut tegar yang taksub,  terperdaya habis dengan pakaian Arab, ana and  anta,  auta wal unta. Macai terperangkap lali terlena berdengkor.dengar lidah mereka faseh baca al Quran, Hadis dan kias. Apalagi dikepit  semasa berkuliah dan dimembar mesjid dan surau. Walau sekolah cuma mengaji setakat STU. Tetapi palu dan copong kabat amat hebat serta berbisa. Ego dan celupar menjadi pakaian resminya. Berfatwa menghukum dengan STU mengalahkan Mufti dan penyandang PHD syariah dari Azhar tunjukkan alimnya. Sampaikan pakat-pakat nobat ‘Singa Kelantan” Ambo kata singa pondan singa pelastik bacul berdebat. Teringat ambo akan Panglima jihad Pas mula, almarhom Ustaz Hassan Adli. Sedangkan mereka hakikatnya ular dalam semak, gunting dalam lipatan. Pepat diluar runcing didalam macam api dalam sekam. Mereka terlibat dengan berdozen  skandal heavyweight tanah, lombong dan hutan. Sambil selam sambil minum air, serta berak kencing bersekali. Sejak mereka bersahabat dengan pemimpin umNO(baru). Perangai tingkah laku pemimpin umNO(baru) sejengkal, sehasta, sedepa mereka ambil mamah ditelan semuanya.

Kini  penghuni Kota DN merasai bahang haba panas tahap 50c. Pewalak macai di Jalan Dato’ Pati KB atas nama agama sedang asah golak, bergasak sesama sendiri untuk dapatkan kelayakkan dan kepercayaan. Pasang angan-angan untuk naik setakah menongkah, nak jadi calun Dun-KaPar menerusi taukeh politik yang disokong diampu selama ini menjadi kroni setia yang tegar. Tetapi dalam masa yang sama mereka kejam menindas, zalim dekat rakyat pengundi pembayar cukai. Hatta macai Tok Penghulu pun tocangnya mengancam mampu takutkan anak buah. Macam Melayu takut dekat tentera Jepun dan Bintang Tiga ketika Perang Dunia Kedua dulu.

Sampaikan dengan orang Asli pun KNK berwajah agama itu telah berbalah sampai kemahkamah tinggi. Sampai hati KNK gunakan jentera penjawat awam memburu orang Asli di Gua Musang macam pendatang haram. Orang Asli ditangkap dilokap dengan zalim oleh kerajaan agama Mat Yakub. Kerana orang Asli  bangun dan bangkit membantah terpaksa pertahankan hak mereka yang termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan yang mereka dilindungi. Kesal diatas sikap dan tindakkan melampau KNK menceroboh habitat hutan mereka diami sejak turun temurun. Dengan tebang balak licin gondol, keranamu ulamak membalak mesra melayan taukeh dan kroni kerana ada mashhhuuukkk al pitih. Justeru, pada hakikatnya KNK parti agama sekarang mereka berhadapan bertemu dengan bantahan hukuman dari rakyat pengundi hakim agong pilihanraya. Dah lama dah, lebih 25 tahun rakyat ditipu dengan pakaian agama. Tetapi pakaian agama sahaja diutama, sedangkan isi kandonganya dihumban kesungai.

Natijahnya KNK mengusir rakyatnya yang tulin yakni orang Asli yang mendiami dihutan Gua Musang sejak ratusan tahun yang lampau dengan menafikan hak mereka. Sesunggohnya orang Asli, hakikatnya mereka mendahului sebarang akta dan undang-undang yang digubal untuk menindas mereka di GM dan atau dimana-mana juga hutan dalam Negara. Sesunggohnyaorang Asli telah mendiami dalam hutan belantara  sejak turun temurun. Kerajaan agama Mat Yakub salah guna kuasa. Ustaz Mat sewenang-wenangnya, peralatkan jentera penjawat awam menghalalkan  tindakkan salah kerajaannya yang bertopeng agama untuk tebang balak gondol licin tanpa memikir lingkup musnahnya alam dan khazanah negeri akan hutan simpanan dan tadahan air.

Mengusir orang Asli dihutan habitat mereka hidup dan mencari rezeki dimusnah. Diganggu dan gugat ketenteraman kehidupan mereka dan menghina mereka pula.  KNK kalah dimahkamah, mahkamah secara tak langsong sahkan KNK pimpinan Mat Yakub zalim. Usir  dan menindas  orang Asli serta menafikan hak pemilikkan tanah dan kebajikan kehidupan mereka. “Membangun bersama Islam”. Kerajaan Mat Yaakub tidak cakna kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan hidup mereka. Bila kerajaan Ustaz Mat musnahkan habit mereka semahu-mahunya. Sampai cicit piut balak sebesar anu Mokh Snake pun ditebang habis. Kerana walak ulamak dekat balak, hutan ditebang licin tanpa kawalan penguatkuasa. Patoh dan bersekonkol dengan penguasa ganas KNK Kota Darulnaim. Mereka pakat-pakat berjemaah bergandingan tangan tunjukkan kuasa mengusir rakyat sendiri, apa lagi orang Asli. Inilah KNK bertopeng agama cukup lama merka berlakon.

Sayang seribu kali sayang, pemimpin parti agama KNK sekarang, mereka tidak ambil iktibar, belajar dari sejarah 40 tahun lalu, gejala mungkar yang mengundang PAN MIP-Pas tersungkor dibumi Kelantan dalam PRU tahun 1978. Pengundi Kelantan telah mengajar pemimpin dan partinya dalam PRU Ke 5 tahun 1978 lampau. PAN MIP-Pas rebah menyembah bumi kerana balak. Isu tersebut diulangi balak ditebang lebih licin dari dahulu serta sampai perengkat KNK bertempor dengan penghuni berzaman yakni orang Asli sejak ratusan tahun nenek moyang mereka hidup dalam belantara Gua Musang, hutan mereka ditebang habis.

Realiti ini merupakan pandangan ambo. Benar ambo sedang menyaksi keadaan tenat dan penat parti usang ambo mula PAN MIP-Pas yang menguasai KNK sejak 1990 sampai sekarang. Kini sedang berdepan dengan sikap rakyat Kelantan akan mengulangai untuk cipta sejarah berulang seperti episode PRU 1978. Kerana rakyat tengok KNK parti  agama memerentah sekarang, kini mereka ganas dan panas hati nurani dekat rakyat memberi undi kepada mereka dalam PRU 13 dulu mereka lupa. Kini mereka  bersungguh-sungguh ulamak galak meratah balak, lombong dan tanah khazanah rakyat negeri. Dibageh kepada kroni dengan berani. Tak takutkan Allah dan tidak gerun berdepan dengan rakyat pengundi sebagai hakim mutlak PRU 14 nanti.

Hakikat sebenarnya bermula MB, TMB, Exco dan Adun PAN MIP-Pas lalanie, dalam menghadapi PRU 13 lepas. Realitinya mereka bukan pembena diantara mata-mata rantai pelengkap PAN MIP-Pas dalam blok Dewan Pemuda dalam tahun 1978 atau awal dari itu. Dimana mereka tersebut ketika itu? Rakyat Kelantan sendiri, carilah dimana mereka berada ketika itu. Mereka yang berada di Kota Darulnaim dan di Jalan Dato’ Pati KB mereka bukan pembela parti disaat parti yang mereka warisi sekarang dicincang lumat oleh UMNO dan umNO(baru)bN yang mereka kini bersamanya zahir dan batin. Tetapi, pembela dan pemain disemua posisi menjaga PAN MIP-Pas adalah semua pemimpin kanan yang bergelomang dengan PAM MIP lebih dari tempoh 38 tahun.

Kini pemimpin-pemimpin tersebut dimusoh habis gila. Mereka kafirkan murtadkan teman mereka mengenali selama ini semahu-mahunya sampai diatas membar ketika menjadi khatib berkhutbah Jumaat. Ketika menyampai kulih, menjadi hidangan mereka belasah Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Husham Musa dan ramai lagi. Sampai Kak Wan Azizah pun murtad kena tanam di jirat Cina. Pemegang kunci agama PAN MIP-Pas lantang sombong di Jalan Raja Laut ibu Negara dan yang celupar ego di Jalan Dato’ Pati Kota Bharu pun tidak kurangnya. Kini Najib Rosmah kleptokrasi dan umNO(baru)bN segala-galanya cukup mutlak pandangan tasauf mereka, wajib ditangani disantuni dipercayai sampai akhirat.

Jadi ganti musoh baru untuk diserang dan ditentang, dimaki dengan menkafir murtadkan, adalah Mat Sabu mantan timbalan presiden dan teman seperjuangan sehidup sematinya yang 40 tahun membangun PAN MIP-Pas. Mereka nyah dari parti mereka bena dulu dengan berpindah keparti PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH kerana dihambat tuntas oleh Hadi Wang. Melalui rangkaian syaitan penyingkiran segugus pemilihan cai dalam muktamar di MS KS 2 tahun lalu. Pemimpin parti agama ini, suka benar buat bandingan kesat lagi ego disama banding dengan spesis haiwan yang keji. Dan mereka itu sendiri letak dikategori bangkai menatang mana pula?

Kini KNK seolah-olah umpama kerajaan Ali Baba dengan 40 penyamun seperti telah difilmkan oleh Almarhom TS P. Ramli 52 tahun dahulu. Rupa-rupanya TS P. Ramli tahu pemimpin PAN MIP akan lakukan menjejaki cerita filmnya mengikuti Najib Razak kleptokrasi Presiden umNO(baru) Pengerusi bN. Parti agama dan KNK pimpinan Ustaz Mat kini, ianya sedang bergelut dengan kemelut kronik yang membusong. Ianya berkait rapat dengan non integriti pengurusan pentadbiran-pengurusan kewangan negeri, Kepimpnan parti agama dan KNK, mereka berdepan dengan ratip serta zikir, bersekali dengan sumpah seranah rakyat. Dengan unggapan, “demo tidak seperti mula lanie, agas dan sombong”.

Fenomina tersebut  didapati melalui medium fc, tweeter dan sebagainya. Rakyat kata pemimpin parti agama dan KNK yang mereka sokong dan dukong dulu, kini telah tidak pedulikan lagi kebajikan kehidupan yang menghimpit mereka. Keutamaan pemimpin KNK dari parti agama lalanie, mereka mesra sakan harmoninya  mereka layan habis, lengoh tangan menandatangani kawasan balak -  kawasan lombong. Setiap purnama secara  tanpa tender dekat kroni. Lulus, fulus, bukan bayang tetapi wang bro.

Dikhabarkan sejak 4 tahun kebelakangan ini, sang broker tanah – broker lombong betapa bebasnya mereka, dapat layanan karpet hijau dibeberapa jabatan penting KNK di Kota DN. Kehadiran  broker  siap bersekali plan bertanda dan borang dok berbincang bro. Tidak perlu dihotel maupun diwakaf kaki 5 untuk deal. Mereka berkeliaran di Kota DN macam VVIP dilayan habis. Natijahnya lahirlah eksekutif taukeh KNK, melalak bila berdepan dengan rakyat dan pemimpin parti lawan mereka, tak ketahuan keluar hujah berhelahnya mereka menepis menyangkal. Sedangkan emas berbungkal dah disimpan dibawah bantal.

Gejala inilah melahirkan pemimpin parti agama yang tunggang KNK di Kota DN, macam mereka tunggang unta merah gemok warisan Tok Ki mereka. Jawatan eksekutif KNK sepenggal selepas Tokguru tiada, kini mereka menjadi jutawan lekas pantas, kerana mereka spesis pelakun agama wajah iblis. Eksekutif KNK disitu terdapat peluang dapat laba dibeham. Mereka kaut sampai sibuta tengok terbelik akan kekayaan diperolehi pada tempoh yang pantas mereka ragas. Angin mereka, anak bini dan kroni tinggi. “Membangun bersama Islam” tenggelam ghaib dari kamus perjuangan nyawa halkum mereka. Mereka ratip doa songsang beransang pengikut dunggu dengan RUU 355 menjadi bala kafirkan, murtadkan dan macam-macam tuduhan dekat sesiapa sahaja yang beri pandangan akan RUU 355.

Fenomina champion penunggang parti agama PAN MIP-PAS juga penunggang eksekutif KNK sekarang, hakikat sebenarnya mereka setapak untuk menjebak mengulangi kesilapan  yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu PAN MIP-PAS tahun 1978 dahulu. Akibatnya  mengundang kerajaan PAN MIP-PAS tersungkor menyembah bumi. Berbaki 2 batu nisan selepas batu asas PAN MIP-PAS tenggelam ruyup ditelan sejarah. Kerana kafarah diatas perlakuan pemimpin mereka yang rakus dalam tahun 1978. Mereka berlumba 4 X 400 ela (belum m diperkenalkan) sesama mereka untuk  mencari kekayaan dengan jawatan yang mereka sandang. Kini itu-itulah dijejaki sepenuhnya oleh pemimpin parti agama PAN MIP-PAS di Kota DN maupun di 1960 Jalan Dato’ Pati KB berlumba beremba sebat peluang dicipta mereka.

Pemimpin di 1960 Jalan Dato’ Pati KB dan di Kota DN di  Kampung Sireh, lalanie  mereka telah siap perasap kemian sunah, pelimau dengan limau kasturi keris panjang sedepa dengan pakaian purba yang di pakai oleh Hang Tuah Hang Jebat dulu. Pemimpin parti agama juga penjawat eksekutif KNK yang power serta sekelian  Adun PAN MIP_PAS, mereka sekarang berdepan dengan tandus kemarau serta fakir idea berfikir untuk membangun negeri, cakna rakyat.

Rakyat Kelantan yang berdepan dengan kehimpitan kesengsaraan kos sara hidup tak kesudahan, dihulu maupun diilir. Sesungguhnya sayang, pemimpin parti agama KNk, mereka lebih mesra dan cakna dengan taukeh balak taukeh lombong. Mesra percaya dekat kroni, dekat macai dan pengampu tegar disemua perengkat. Terangkat mereka menjadi leka dengan kehidupan mewah yang melampau. Pendapatan - perbelanjaan diluar kemampuan gaji elaun bulanan mengikut di slip gaji. Mereka terlupa serban sebakul dikepala dan jubah hijau meleret dipakai, menjadi bangkai yang mereka pakai. Bukan lagi pakaian sunah; tetapi pakaian punah.

Sebab itulah sebaik Tokguru meninggal dunia, nyatalah lakonan alim warak yang bersengkak membengkak selama ini, itu-itu semua terpaksa diletak ditangga dekat kedai gunting Sheikh Hamid 1960 Jalan Dato’ Pati KB dan dipagar utama Kota DN Kampong Sireh. Termasoklah Abdoh. Jadi mereka telah zahirkan sifat sebenar mereka, mereka adalah spesis pemimpin pedagang serta saudagar  agama yang berjaya, berdayamampu menipu rakyat. Mulanya mereka pemimpin setakat  cicak up sikit menjadi biawak, dan melonjak dari biawak menjadi buaya membedal bangkai dan apa sahaja dapat dirembat disebat. Ganasnya mereka broo.

Oleh    : IBN BADULLAH ALAWAB
Tarikh : 04 - 04 - 2017 (SELASA) 7 Rejab 1438H