Sunday, October 4, 2009

DUA KALI RAYA - BILA KACA DI ABUI PERMATAN

DUA KALI RAYA - BILA KACA DI ABUI PERMATA;
ALIH BAHASA MENGHALALKAN CARA

(3 Oktober 2009 - 10.20 pagi – Sabtu - 14 Syawal 1430)


Info Aidil Fitri

Lebih sedikit dua bulan terputus hubungan saya dengan pembaca disebabkan keuzuran dan baru seminggu kembali bersama keluarga di minggu kedua Syawal 1430, amatlah saya bersyukur kehadzrat Allah dan amatlah berterima kasih kepada doktor dan kakitangannnya yang lain, tanpa jemu merawat, menasihati saya berkaitan penyakit dan mendapatkan ubat dan sebagainya termasuklah teman-teman yang lain. Walau masih terdapat pesakit yang lebih dulu masuk dari saya dan masih juga belum keluar. Walau saya pulang seminggu, telah sekali saya kembali berkunjung menziarahi mereka di temankan isteri dengan sedikit bekalan kuih raya dan ketupat kepada teman pesakit dan perawat-perawat saya. Bersabarlah menghadapi musibah penyakit yang Allah sahaja Maha Mengetahui, kawan-kawanku.

Sebaik diizinkan doktor dapat keluar dan pulang di 9 Syawal minggu lepas, ianya macam merdeka kebebasan, khususnya rindu dan dada yang berombak memberontak untuk pantas membuka laptop usang untuk kembali menjelajah dunia dan bersama belari mengetahui info dunia dari sumber internet yang tidak dilaporkan oleh akhbar perdana, RTM dan gugusan Primework-Media Prima. Sayangnya daerah dan taman yang saya mendiami ini, mendapat masalah besar yang bernama GSL Broadband Celcom tidak berupaya memberi perkhidmatan terbaik kepada penggunanya termasuk saya; indah khabar dari rupa dan ceritanya samalah sahaja masalah perkhidmatan buruk yang tidak memuaskan seperti perkhidmatan TmNet, stremex oleh Telekom.

TmNet, stremex oleh Telekom mereka yang menghulurkan perkhidmatan ini adalah dari bapa yang sama menerusi ibu yang berlainan. Umpama bentuk rupa sama tetapi saiznya membezanya sebutan antara biawak dan cicak itulah perkhidmatan kemudahan internet samada dari Telekom atau Celcom, sama sahaja. Berjam baru dapat talian, bila dapat menyusur macam sepah bulan, bergulung dan ghaib hilang dari paparan.


Dua Kali Raya

Kalau di penghujung Shaaban dan penghujung Ramadan 1430 pantai Teluk Kemang menjadi diantara pantai di Malaysia tempat melihat teropong hilal Ramadan dan Syawal untuk menentukan puasa dan raya Aidil Fitri. Hari ini 3 Oktober 2009 Sabtu 14 Syawal, lagi sekali Albadrul raya pula kelihatan untuk menyambut dan meraikan raya. Ya! Meraikan RAYA, yakni PILIHANRAYA KECIL N.31 BAGAN PINANG. Sudah sah bertembung diantara UM no+BN dengan PR-PAS. Pribadi calun PAS dan pribadi calun UM no macam langit dengan bumi jauh jaraknya walau bumi dapat kita pijak tetapi langit jauh tetapi kita nampak.

Langit yang jauh manusia nampak tetapi rasuah yang menjalar dimuka bumi yang berbelit berligar di Bagan Pinang UM no+BN tak nampak untuk dipilih diketengahkan buat pengundi sintuk lumau untuk diangkat menjadi YB Perasuah, eh! Eehhh!!! Eeeeeehhhhhh. Kalau UM no+BN buta siang dan buta malam, jangan sampai ajak pengundi dan rakyat Bagan Pinang turut bersekali bergelumang untuk menjadi buta SATU BAGAN PINANG, BUTA SATU NEGERI SEMBILAN dan BUTA MALAYSIA SATU.

Pasti seluruh penduduk Bagan Pinang akan meraya sakan mengatasi raya aidil fitri disambut baru-baru ini dan masih lagi kita dalam Syawal. Saya yakin banyak kapal milik lanun dan kapal milik naga tidak termasuk kapal selam satu baru sampai, akan memunggah barang dagangan samun dan rompak dilabuhkan pelabuhan di Pantai Pork Dikson untuk dicambah kepada pengundi-pengundi N. 31 Bagan Pinang. Tukang agih dan tukang baginya adalah calun Um no+BN sendiri menjadi kepala pahlawannya iaitu mantan MB N9 dan mantan Menteri WP yang UM No+BN telah sahkan ianya kaki pengamal perasuah.

Tukang kempennya pula adalah cap sauh Rasuah juga disahkan oleh UM No+BN iaitu KM Melaka Ali Rustam dan Ketua Pemuda UM no Menantu mantan PM Tun Lah YB Khairi Jamaluddin. Pasti semua dagang dari kapal lanun dan kapal naga akan anak bulan. Untuk pelengkap tukang syarah dan tukang ampu untuk bersihkan menangkan calun UM no+BN, tokoh besar seperti TS Anwar Musa AlBukit Marak turun ramaikan di PRK N.31 Bagan Pinang ini biar gah jadi Bagan Nyok kalau tidak Bagan Sawit.

Itu baru dagangan dari kapal lanun dan kapal naga yang berlabuh di tepi pantai Port Dikson. Yang lain akan di sambung besuk dengan tajuk beriringan. KAPAL PECAH YU KENYANG; BAGAN PINANG LONYAI JADI LAMBUK UM no. Mudah-mudahan minda berfungsi sekalipun kesihatan dalam 70% sejahtera, Alhamdulillah.

Rencana dari : IBN ABDULLAH AL AWAB

10 mlm 3 Oktober 2009-10-03 – 14 Syawal 1430