Monday, November 30, 2009

Islam Se Malaysia - PAS, Di Tahta dan Di Gila





Islam Se Malaysia - PAS, Di Tahta dan Di Gila

5.15 Petang : 30 November 2009 Isnin 12 Zulhijjah 1430

MELANGKAH - MENONGKAH BERSAMA BARAKAH. JAGA PULIHARALAH PAS SEBAGAI WADAH MODIUM DAKWAH BEKALAN MEMERENTAH.

HARGAILAH RAKYAT, PENGUNDI DAN PENYOKONG SETIA PAKATAN RAKYAT.

JADIKAN PR - PAKATAN RAKYAT (PAS, DAP DAN KEADILAN) SATU ENTITI DISAHKAN BERDAFTAR DENGAN ROS UNTUK BERDEPAN DENGAN BN PADA PRU 13 KURANG DARI 2 TAHUN MASANYA.


RANGSANG MINDA

Hari ini genaplah usia Parti Islam Se Malaysia - PAS 58 tahun 8 hari. Saya meyakini dengan pandang dan pendapat rambang (statistic cokia) sama ada di peringkat PAS Pusat mau pun PAS Negeri, PAS Kawasan dan di cawangan-cawang seluroh Malaysia, kurang dari satu pertiga (1/3) yang memimpin PAS itu, seumur atau tua sedikit dengan usia PAS sendiri. Sedangkan dua pertiga (2/3) atau lebih dari mereka menjadi pemimpin adalah dilahirkan selepas penubuhan PAS dan selepas Negara mencapai kemerdekaan sama ada Malaya - Persekutuan Tanah Melayu ataupun Malaysia. Termasuklah ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong setia PAS disituasi usia yang sama.

Sesungguh dan sebenar-benarnya, ramai dalam kalangan rakyat jelata dan segelintir pemimpin tidak menyedari dan mampu memberi perangsang, dan membangkitkan semangat sokongan keramat rakyat kepada Parti Islam Se Malaysia - PAS untuk tampil mendapat peluang dan tempat seperti menjolak sarang tebuan. Pemimpin wajar tiupkan semangat perkasa kepangkuan rakyat Negara, bahawa Parti Islam Se Malaysia - PAS merupakan parti yang bersifat Nasional penuh sama seperti penuh simbolnya BULAN PURNAMA. Kerana semua negeri-negeri menerima seadanya Parti Islam Se Malaysia - PAS.


NEGERI-NEGERI SENEGARA MENERIMA SEADANYA KEHADIRAN PAS

Semua negeri-negeri di Semenanjung termasuklah di Sabah dan di Sarawak menerima terbuka kehadiran Parti Islam Se Malaysia - PAS . Di negeri Sabah dan Sarawak Parti Islam Se Malaysia - PAS mempunyai pemimpin yang dihurmati dan beritegriti di peringkat Cawangan, Kawasan dan Perhubungan Negeri. Bergerak dan berbakti kepada rakyat multi mengikut kemampuan seadanya, Inshaallah. Parti Islam Se Malaysia - PAS telah lama berada di bumi Sabah mendahului UM no, tetapi UM no diharamkan masuk ke Serawak oleh rakyatnya bersekali parti pemerentah sedia ada dari kalangan parti komponan BN. Sedangkan UM no adalah kebelakang daripada Parti Islam Se Malaysia - PAS di sudut penerimaan negeri dan rakyat masuk ke Sabah adalah benar, Alhamdulillah.

Tetapi malang macam Lebai Malang, yang mana UM no di no di tolak dan diharamkan untuk masuk ke bumi Sarawak ini hakiki yang reality dulu dan terkini. Jelas hakikat perbedaan penerimaan rakyat diantara Parti Islam Se Malaysia - PAS di bandingkan dengan parti UM no rekod dan sejarah kemasukkan ke Sabah dan Sarawak. Dalam keadaan itu pun UM no menyalak dan membuka dada mereka adalah parti yang diterima oleh rakyat di seluroh Negara dan semua negeri-negeri di Malaysia, pooorrrahh, auta no wahid. Pemimpin-pemimpin UM no berkukuk menggunakan harta rakyat dalam menjana propaganda mendapat sokongan dan kuasa. Eehh! Eeeeehhhhh!!!!!!

Sekiranya UM no berhajat dan berhasrat untuk masuk dan berperanan di bumi Serawak, ia terlebih dahulu mestilah menjadi pembunuh. Ya! Pembunuh parti politik saingannya terlebih dahulu, ini adalah fakta dan kenyataan bukan fitnah melulu. UM no terlebih dahulu bertindak sebagai parti pembunuh dan pembuli parti pribumi yang pernah memerentah negeri. Sekirannya UM no berhajat memasuki negeri Sarawak pada bila-bila, sebagaimana UM no bunuh USNO di Sabah apabila UM no nak masuk ke Sabah. Ini sejarah yang benar direkodkan bukan fitnah reka-reka berita.

Kemana pergi parti USNO yang diasaskan oleh Almarhom Tun Datu Mustapha bila UM no berlabuh di Sabah? Ini adalah reality, hakikat yang hakiki dicatatkan menjadi sejarah Negeri Sabah dan Negara, saya perkukuhkan hujah. USNO dikuburkan oleh UM no di Sabah tanpa kubur dan batu nesan. Inilah sebenarnya kelaku dan gelagat sebenar parti perkauman sempit yang bernama UM no. Oleh kerana tidak mampu dan terdaya UM no dan pimpinannya untuk bersaing mendapatkan tempat dan kepercayaan dari rakyat dan pengundi-pengundi Sabah, maka SATU jalan adalah membunuh parti USNO terlebih dahulu dengan SATU akai pembunuh moden caranya adalah membubar USNO dan ahli-ahlinya diserapkan kedalam UM no.

Kenalilah sekelian rakyat itu jalan pintas UM no merampas Sabah. Kini PBB di Sarawak berjaga-jagalah anasir pembunuh itu. Saksikanlah PAS sekarang digeruni dan di cemburi oleh UM no kerana lama berada di bumi Kenyalang Sarawak sedangkan UM no menjadi pemerhati dari Kota kinabalu sahaja, kesian dekat UM no. Saya yakin dan saya percaya sekiranya UM no berhajat nak masuk dan berlabuh di Sarawak seperti mereka masuk Sabah 10 tahun dahulu. Makanya pastilah terlebih dahulu parti PBB pimpinan TS Taib Mahmud dijadikan manyat dan aruah terlebih dahulu senasib dengan USNO di Sabah dikerjakan UM no sesama dalam timbangan dacing BN. Barulah peluang terbuka untuk UM no masuk Sarawak.

Di atas reality yang terpaksa ditempuh dihadapi dijanakan UM no itulah, mengakibatkan UM no sampai lanie gagal dan haram masuk ke Sarawak. Sama-sama kita tengok kesudahan fokas saya ini akan menjadi fakta catatan sejarah. Justeru berasaskan fakta dan bokti diatas, PAS, DAP dan Keadilan tidak usah gentar dan malu untuk berdepan dan bersaing dengan UM no. Kerana UM no adalah parti pondan pintu belakang sahaja terdaya termampu ia masuk ke Sabah, menerusi manipulasi membunuh parti sesama komponan BN. Maka dengan itu jalan pintasnya kalaulah UM no merasai partinya ketinggalan dan dipulau di haramkan ke Sarawak.

Relakah PBB, pimpinan dan rakyat Serawak membenarkan diri partinya PBB dibunuh semata-mata untuk memberi tempat kepada UM no untuk mengetuai kerajaan di Sarawak? Kerana untuk bersaing dengan pengaruh yang kian berkembang dari PAS, DAP dan Keadilan di Sarawak juga di Sabah. Untuk menguburkan PBB sebagaimana UM no menguburkan USNO, maukah wahai rakyat dan pengundi Sarawak? Fikir-fikirkanlah. Beranikah UM no merampas kuasa di Sarawak? Sebagaimana UM no lakukan keatas kerajaan PR SAH di Perak merampaskuasa kudeta di Perak. Inilah dilemma besar yang menghantui kepimpinan UM no dalam cubaan menyekat kemaraan dan cambahan PAS, DAP dan Keadilan atas nama PR di Sarawak dan Sabah. Pemimpin UM no cukup gusar dan menyedari fenomina ini. Fenomina diharamkan bergerak secara resmi di Serawak.


KOMIT DAN KOMITED, MAMPU MENDINGIN DAN MENDAMAIKAN

PAS dan kepimpinannya yang komited sejak dahulu, sekarang dan bila-bila. Ianya hidup diatas jajaran dari ahli-ahlinya yang komit dan komited, rela redza berkurban apa sahaja, hartaan atau pun nyawa (syahid) berdepan dan mengharungi semua jenis tribulasi. Peristiwa bersejarah pahit manis yang telah terpehat korban dan syahid telah ahli dan pejuang PAS laksana boktikan. Di atas mengalirnya darah merekalah, makanya beberapa Kerajaan negeri PAS dan PR terbina sekarang (Al Fatehah untuk mereka). Ini adalah hakikat yang seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahlinya yang mengerti mampu menerima hasil ghaib ini, adalah benar.

Justeru! Wahai pemimpin-pemimpin besar PAS, jangan rumah yang pejuang dan syuhada kita (maksudnya PAS) bina , anda disitu dan disana, bercakaran untuk menjual atau melelongnya. Hentilah anda wahai pemimpinku, samada anda menjelma menjadi direktor maupun aktor. Kalau hasil film itu membawa kehancuran dan kemusnahan. Jangan untung sekupang rugi 1,000, jangan...... dicuba dan diteruskan. Kembalikanlah kepada aspirasi ahli dan kehendak pengundi. Saya menyedari diri saya disisi pemimpin-pemimpin PAS yang alim lagi cendiakawan bergelar bertaraf lima bintang, untuk dibandingkan dengan saya. Disisi PAS saya adalah seculin temukut dalam senaleh beras, diluar value harga dibawah nilai disisi anda pemimpin bijaksana.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, ia tidak mengambil masa yang panjang untuk berkembang dibeberapa negeri disemenanjung. Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di negeri Perak , di Kuala Kangsar pada 10 April 1952 yang diketuai oleh Tuan Guru Hai Abdul Samad Noh. Manakala Cawangan PAS pertama di Perlis ditubuhkan pada 8 Mei 1952 diantara tokoh-tokoh awal diantaranya adalah Cikgu Ahmad Long, Yahaya Baginda, Cikgu Taharim, Haji Mahmood dan beberapa tokoh lagi kalau tidak silap ingatan saya (maaf kalau tersilap). PAS bertapak di Selangor apabila Cawangan PAS Kuala Lumpur ditubuhkan pada 13 Julai 1952 oleh Haji Mas’ud Hayati. Kejayaan besar PAS apabila berjaya mengadakan Muktamar Agung Pertama pada 2 Januari 1953 di Madrasah Ad-Dairat Al-Ma’arif, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pas melangkau berkembang ke Pantai Timur Semenanjung apabila Cawangan PAS pertama ditubuhkan di Pekan Pasir MAS oleh Ustadz Amaluddin Darus bersama bisannya Haji Ahmad Bin Yatim, Cikgu Haji Omar Kubang Bemban dan ramai lagi (Inshaallah saya akan bincangkan tajuk khusus PAS di Pasir Mas 1978 - 1988, Inshaallah). Disebalik kejayaan-kejayaan tersebut, PAS berhadapan cabaran pertama yang getir ketika itu apabila Yang Dipetuan Agungnya Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan, meletakkan jawatan disandangnya dan terus keluar dari menganggotai PAS. Kerana menyambut ajakkan sahabat karibnya Dato’ Onn Bin Jaafar menganggotai Parti Negara.


PAS DI ERA BARU

Sebelum dan selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008 yang lepas, sampai saat ini, seluruh kepimpinan UM no dan BN menjadi bengong, menjadi tak ketahuan hala dalam memikir dan menyaksikan dengan penuh dengki dan dendam kesumat. Bagaimana PAS, DAP dan Keadilan mulakan kerjasama dalam menghadapi UM no dan BN untuk seluruh Negara menghadapi PRU 12 dengan pertembungan satu lawan satu. Hasil pertandingan satu lawan satu itulah sekali pun menerusi parti masing-masing (PAS, DAP dan Keadilan) kesannya besar kepada keputusan PRU 12 tersebut. UM no BN dinafikan penguasaan 2/3 dalam Parlimen. UM no BN, Gerakkan BN hilang kuasa di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan UM no BN tewas besar di Wilayah Persekutuan.

Natijah dari itu, untuk menguasai dan menubuhkan kerajaan jalan keluar makan Pakatan Rakyat - PR diwujudkan terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan hasil keputusan PRU12. Semua kerajaan PR mendapat halangan dan macam-macam pengkhianat diletakkan oleh UM no BN untuk menghalang kelicinan dan kelancaran PR merealisasikan kerajaan PR di negeri masing-masin. Apabila UM no sudah kehabisan tenaga dan stamina, mandom lembek bagai batang pisang untuk menghadapi kemaraan sokongan rakyat. Cemburu dan dengki mendalam UM no BN kepada kerajaan PR cukup tebal dan amat berdendam.

Diatas kekuatan dulu, kini dan selama-lamanya UM no hakikatnya tidak mempunyai kekuatan jantan dan jati diri dikalangan pemimpin dan pengikutnya. Maka untuk berdepan dengan PR UM no dan BN merealisasikan semua kerja-kerja politik mereka berdepan PR, berdepan dan berdada dengan PR mengantikan pondan-pondan UM no adalah menerusi proksi dan lembu tunggangan setia mereka yang bernama SPR, PDRM, SPRM, Mahkamad/Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan KSN dan Penjawat Awam Jusa. Mereka semua berkhidmat untuk SATU UM no, SATU BN bukan untuk Negara. Tetapi rela dan menjadi barua pak sanggup kepada UM no dan pemimpinnya menpertahankan UM no dari melengahkan, lewatkan masa masuk kedalam lubang kubur.

Kini UM no BN lagi gerun, UM no BN sedang berkira Pendaftar Pertubuhan janganlah mudahkan PR yang terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan didaftarkan menjadi SATU parti resmi bernama PAKATAN RAKYAT MALAYSIA - PR dengan SATU simbul untuk menghadapi bekalan dan persiapan PRU13 tidak lama lagi. Ramai dikalangan UM no kawasan dan dikalangan UM no celek politik berkata, sedangkan diatas persetujuan 3 parti pun separuh Negara telah ditawan. Maka barang tentu atas SATU PARTI bernama PR dan SATU SIMBUL, pasti menghadapi PRU13, UM no BN telah menemui lubang kubur liang lehat, kerana hayatnya putus dan pupus di PRU13 nanti. Sama-samalah kita tengok keleh.


Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB

Siap 1.00 Pagi : 1 Disember 2009 - Selasa - 13 Zulhijjah 1430