Tuesday, November 2, 2010

BAHAGIAN 1

BAHAGIAN 1
KOPAK KANDANG, UNDANG SERIGALA BAHAM TERNAKAN.
(TINDAKAN SEPAROH PEMIMPIN PAS PENDANG BUANG JAWATAN. SEGELINTIR AHLI PAS BUNUH NYAMOK BERSEKALI KELAMBU & RUMAH DIBAKAR, JADI WIRA PEKASAM LAMPAM)
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
13 Oktober 2010 - Rabu - 5 Zulkaedah 1431
Ketika mana menghadapi pergerakan yang terbatas, bergelut dengan internet yang lesu sama lesunya dengan kesihatan yang saya mengalami sedekat setengah ini. Allah anugerahkan penyakit sebagai ujian hidup dan kehidupan. Justeru saya akur menerima sepenuhnya dengan redza diatas ketentuan Allah. Lalu saya berusaha berikhtiar mengubati dan bertawakkal dan pasrah. Dalam mengalami kesihatan menurun, ianya menjadi penghalang kepada saya dalam menjana minda di lebuhraya internet, dengan saya amat bersyukur kehadzrat Allah. Namun gangguan kesihatan, saya merasai juga ruang dan peluang walau pun terbatas, untuk memberi sumbangan minda di PRK N45 Galas dan Parlimen Batu Sapi, Inshaallah.
Tetapi berlipat terkedu dan sengsara adalah berita, tindak tanduk separoh pemimpin veteran PAS Kawasan Pendang, apabila dilanda sunami kepimpinan. Iaitu mengambil sikap pendirian lari dalam memikul tanggungjawab kepimpinan parti. Pasti ianya berhadapan serta mengundang persepsi dan memerlukan jawapan yang tuntas. Ketika menghadapi keadaan yang lompong vakum, ia memerlukan penerangan dan penjelasan yang bersepadu dan menyeluruh dan konsistan. Sebagai tindakan dan usaha membuat imformasi, penjelasan kearah memahamkan kepada rakyat dan pengundi Pendang. Khususnya kepada ahli dan penyokong Pas itu sendiri.
Mereka yang bertindak meninggalkan persada kepimpinan, sekalipun berlandas iklas dan luhur. Untuk kepentingan parti, serta jemaah dan penyokong katanya, mereka pasti tidak terlepas dari persepsi dan reaksi di semua keadaan. Walaupun mereka dah beri jawapan dan alasan mudah, barang tentu ia tidak mampu mengurai yang kusut dan meluruskan yang bengkok. Mereka seolah-olah telah hilang pedoman dan bertindak meninggalkan amanah memimpin. Jadikan mereka sifar mantik serta keliru siasah. Apakah dengan meletak jawatan itu, telah hadhir kepuasan hati dan kepuasan perjuangan dan matlamat anda selama ini tertunai?
Sesungguhnya pada hemat ana yang seusia anta, mengatakan anta gelojoh dan kalut ketika menangani perbedaan pendapat dan gagal dimeja perundingan dalam berbincangan, berunding secara hikmah. Kenapa anda bertindak meletak jawatan menjadi keutamaan. Tetapi disana penganalisa politik dan dikalangan blogger, penyokong dan lawan tradisi PAS khususnya umNObn. Mereka membeli dan menjual kes perletakkan separuh AJK PAS Kawasan Pendang mengikut selera dan herba mereka. Seperti mereka menanak gulai, rendang berempah dan sebagainya. Samada masak tanaknya dengan kawah atau periok besar tembaga. Apa-apa pun namanya, mereka telah melari dan uzurkan diri dari medan memimpin ketika ahli meletakan mereka dipersada kepimpinan melalui dan menerusi muktamar PAS Pendang.

Sesungguhnya melarikan diri dari memikul amanah kepimpinan dalam parti (PAS) walau diatas kepelbagaian alasan membolehkan dikalangan mereka meletakkan jawatan, ianya bukanlah satu keselahan jenayah kepada PAS. Tetapi disana kesan dan natijah perletakan jawatan kalian, menjadi berita gempar dan mendapat perhatian semua pihak dalam PAS Kedah dan PAS Pusat, ini adalah kebenaran. Sebaik berlakunya perletakan jawatan kalian, mengiringinya adalah mengekorinya dengan macam-macam analisa yang berbagai jenis ragamnya. Ianya mengundang tohmohan kepada mereka pemimpin yang meletak jawatan itu tidak cermat, gopoh dan mengundang masalah sampingan yang jauh lebih besar dari sebelum perletakan jawatan.
Dan ianya mampu mengegarkan Kompleks PAS Batu 10 dan melantun sampai ke Wisma Darul Aman (WISDA) yang penghuni disitu merasai kurang aman dalam menjalankan tugas-tugas resmi kerajaan dan dikepala bermain mehnah dan kerenah parti sendiri macam kiaq buloh dan semilu menusuk. Melalui cara-cara meletak jawatan untuk menyelesaikan masalah dalaman yang bersimpul bersirat, tidaklah cara-cara protes meletak jawatan berkumpulan. Perletakan jawatan itu sebenarnya telah memesong jauh dan tersasar disudut membina, memulihara keutuhan parti dan kemantapan parti (PAS). Yang menang dan berjaya adalah musuh dan lawan kita selama ini. Mereka menang dalam kes perletakan jawatan AJK PAS Pendang dan mereka merayakannya dan menepuk tangan diatas kemenangan tersebut.
Seolah-olah keadaan dalaman PAS kawasan Pendang itu, seperti kata orang tibai menantu terajang mentua. Disebabkan anak kita makan gulai ketam yang rempah ratusnya atau herba bahasa sekarang, menantu perempuan jana ramuan gulai atau ingredients tidak seimbang. Maka gulai ketam itu kita terap dan kalih periuk tanah pungkoknya keatas. Walaupun mereka petah, lancar bistari membuat penjelasan mengizinkan perletakkan jawatan separoh pemimpin PAS Pendang. Sekalipun sedingin zam-zam ditelaga, seharum mawar kasturi serta secantik delima, nilam dan zamrud. Disana sekalipun berjela kitab kita membukanya dalam membuat penjelasan didepan penyokong bersekali dengan penyokong setia, team teman dan taulan (bukan Dato’ Taulan Rasul) bersama-sama meletakkan jawatan.
Namun perletakkan jawatan itu, adalah perletakan jawatan politik yang PAS kelaskan kita sebagai ‘harakah’ berdakwah. Itulah berpolitik dalam jual beli jawatan menguji nilai dan harga pasaran sokongan semasa kedudukan kita. Ini adalah pendapat pribadi saya dan teman-teman lain yang menghala kes tersebut kerana dan kenapa saya diamkan diri? Tidak membuat rencana sejak akhir-akhir ini. Lihatlah, tengoklah, ambil pengajaran darinya dan jadikanlah ianya sebagai sempadan dan teladan untuk hari-hari berikutnya. Saksilah, suka dan gembirakah kita apabila kita melagang memberi kepayahan kepada parti menonjolkan aksi isu buang jawatan. Panasnya mengeluarkan haba dan bertukar suhu mampu menjadi bahang yang memanaskan. Walau tidak sepanas belerang gunung merapi.



Bukan saja di PAS Pendang, tetapi sinar silaunya sampai ke Kompleks PAS Batu 10, serta terkejut, tersentap dan tersentak menyengkoi mengkarong menjalar sampai WISDA menjadikan penguasa di WISDA tidak aman. Seronokkah kita sebaik kes PAS Pendang didendang sunami buang jawatan. Mengiringi tindakan tersebut gayung bersambut dan ianya cukup serabut dalam menanganinya. Dalam jarak masa yang cukup dekat, isu naiknya tarif air. Pulak!!!! Segelintir ahli PAS sedar dari lena, peka dan pekak jahil siasah, tampil menanganinya berdemontrasi diperkarangan WISDA. Mereka kedepan berpekek, tonyoh tojai kerajaan, mereka lawan diluar berbekalkan fakta dan realiti. Sehubungan dan berkaitan kenaikan tarif harga air diluar asas yang kukoh.
Kenapa dan mengapa dari manakah ibu puncanya kenaikan tarif harga air berlaku. Sewajar dan sebaiknya terlebih dahulu diambil pedulikan mendapat info maklumat dari pihak berkuasa kerajaan, barulah diikuti dengan tindakan susulan. Bukan membabi buta melawan dan menetang kerana jolak puji dan ampu, kita otang hebat kita orang berani, kita perkasa jiwa. Ketika mereka demonterasi itu, macam dirasuk hantu tanpa memikirkan kesan baik, kesan buruk kerja-kerja mereka, kepada parti dan kesannya pada kerajaan. Macam ambil air kencing basoh berak cirik.
Nak jadi hero janganlah zero pengetahuan buat kerja tak ketahuan. Nak jadi wira penuhkan ilmu didada. Dapatkan maklumat penuh dari sumber sah yang pasti letak duduk keadaannya. Bukan membabi buta macam mabuk air daun kesum, terhoyong hayang dengan poster bergayut menentang kerajaan. Melaungkan kami adalah ahli PAS menentang pasai harga air dinaikan oleh kerajaan PAS-PR. Penguasa di WISDA mengakui, “benar mereka ahli PAS”. Ianya ditangani secara cetet dan cangkatnya nizam siasah disudut pembacaan liku lengkok politik mainan politik lawan yang jelas bersekali dengan musuh dalam selimut. Sesungguhnya dalam perkiraan mereka pasti mereka mendapat hasil, laba yang yang berlipat kali ganda besarnya.
Sedangkan hakikatnya mereka faqir minda, hakikatnya mengundang rugi bersekali dengan modal-modalnya hangus, rugi seluas Tasik Pedu. Benarlah pandangan serta sangkaan saya dan isteri, yang berpengalaman 26 tahun mengajar di SMK di Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan sekarang di Kedah. Beberapa sekali ia mengungkap kebimbangan dan persoalan sehubungan ahli-ahli PAS dan ahli-ahli umNO. Kebimbingan isteri saya dan saya sendiri kini menjadi kenyataan. Iaitu sikap rakyat khususnya ahli dan penyokong PAS; ahli dan penyokong umNO. Dalam menangani suasana yang sama-sama mereka mengalaminya yang ianya telah menjadi realiti dan hakikat dalam menjana sejarah negeri Kedah.
13 Oktober 2010 - Rabu - 5 Zulkaedah 1431
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -