KENAPA? SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA, KINI LESU DAN LAYU?
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
24 SYAWAL 1434 (SABTU) 31 OGOS 2013
Ungkapan yang menikam.
Ungkapan sengat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Ke IV Yang
Berbahagia Tun Dr Mahathir Muhammed, acapkali diucpkan oleh beliau ketika
mana beliau menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.
Tun telah ucapkan secara resmi beberapa kali dengan sinis yang bersahaja
termasuk selepas belia melepaskan jawatan PM, juga beliau lancang
bermadah. Saya masih ingat dan seingat-ingatnya, dulu sampai lanie
serta respon ungkapan Tun tersebut. "MELAYU MUDAH LUPA". Sungguh-sungguh macam ada kebenarannya untuk mereka yang mengakui Melayu
tulin, bertepatan dengan ungkapan Tun tersebut. Cuba-cubalah you fikir
sejenak ketika bersantai dikedai kopitiam atau di warong Sudin Gagap KKM
(Kota Kuala Muda).
Walau Tun Dr Mahathir itu sendiri bukan hadhirnya dari rumpun Melayu,
yakni datangnya dari alam Melayu Nusantara. Tetapi Tun tidak temberang
tentang asal usul datang mai diri beliau. Katanya kira-kira bermaksud; "Walau
seculin darah Melayu ada dalam diri saya jadilah saya Melayu". Nampaknya
Tun tumpang semangkok, anggok mendakwa dirinya juga adalah Melayu".
Kerana sifat Melayu semula jadi barangkali terlalu pemurah. Sentiasa
menyerah dan berlembut. Jadinya bangsa Melayu tulin sering diperdaya
mereka dulu, kini dan seterusnya. Cuba anda semua teliti dan amat-amati
dengan pernyataan tersebut. Benar atau dusta fakta dikemuka?
Diatas sifat lemah lembutnya perangai Melayu tulin dahulu dan sekarang,
umNO(Baru) dan UMNO dulu, mengambil kesempatan dan mengambil
peluang memintas pekena pedaya Melayu tulin itu, tanpa syarat tanpa surat.
Pantas mereka dapat menerima pendatang dari Turkey, dari India, Pakistan
Ceylon dan dari Arab dijadi Bumiputra @ Melayu. Ianya cukup ajaib, fantastik
dan teruja. Mereka didaulat dan dinobat, diterima menjadi pemimpin kepada
orang Melayu seadanya. Maka mereka pun menjadi Presiden UMNO dan
umNO(Baru). Hatta "the lion of UMNO" itu pun Almarhum TS Syed Jaafar Syed
Hassan Albar pun datangnya dari Sanaa Hadarulmaut Yamen. Termasoklah
"Panglima Bahasa Melayu" Tun Syed Nasir Ismail orang Arab Yamen. Apa
macam bro.
Ini-ini adalah hakikat kepada orang-orang Melayu khususnya kepada aruah
UMNO lama yang dah mati. Hidup umNO(Baru)!!!! Hidup Melayu!!!!!!! Melayu
putra mana????? Ianya sebiji mengena dan serasi dengan fael usang dan
lapok yang semacam menjadi budaya, dikalangan kebanyakkan dari orang
Melayu yang fakir dan marhean, yang mendiami di Felda, Felcra, serta
kampung dan setaraf dengannya.
Harga rasuah dan nilai diri 5 tahun Melayu susah faqir.
Mereka terus dipupuk didungukan dengan diulek mayang ditatang selama 56
tahun. UMNO-Perikatan dan umNO(Baru)bN terus projekkan Melayu dan
rakyat merana susah agar terus berada dalam kepompung diposisi kemiskinan
tegar. Pastinya ianya memberi impak bersekala besar kepada umNO(Baru)bN
selagi ada matahari dan bulan. Keperluan hakiki untuk umNO(Baru)bN
manfaat sepenuhnya menjadi perkasa menyertai PRU untuk terus berkuasa.
Makanya diatas Melayu papa susah itulah UMNO - umNO(Baru)bN mengambil
peluang dan kesempatan. Maka tindakkan berkala oleh umNO(Baru)bN
mengikat dan menambat hati Melayu susah tersebut, dengan hulur dan tabur
berjenis umpan bersekali dengan kail jorannya dengan yakin tinggi pasti
mengena. Saling tak tumpah umNO(Baru)bN jadikan mereka-mereka tersebut, sebagai mangsa dan hamba tradisi kepada calun-calun
umNO(Baru)bN mendapat undi dalam PRU.
Diatas kesusahan dan penderitaan Melayu, rakyat kampong dan Bumiputra
yang lain, maka diatas penderitaan tersebut, umNO(baru)bN membina
platform kemiskinan kefaqiran tegar menjadi dana undi PRU. umNO(baru)bN
jadikan mereka seperti tugu dan azimat tangkai keramat, senjata
memenangkan calun-calun umNO(Baru)bN dalam setiap pilihanraya. umNO(Baru)bN pancing undi dengan manipulasi minda, mengolah derita rakyat dalam setiap PRU dan PRK dengan omong dan janji dusta yang diulang-ulang dengan bunga bahasa setiap menjelang pilihanraya. Sekalipun racun yang ditebarkan oleh umNO(Baru)bN setiap menghadapi PRU dan PRK tersebut, rakyat faqir yang diprojek oleh umNO(Baru)bN selama 56 tahun itu gagal dalam meletakkan maruah harga diri politik mereka yang sejagat.
Rakyat susah tersebut terpaksa menelan racun-racun tersebut semacam madu dan gula-gula kepada mereka. Penerimaan mereka terhadap sogokkan rasuah politik PRU yang dihulur terpaksa diambil dengan rela dan ada yang terpaksa. Dan lebih malang mereka diugut dan digugat sekiranya memberi undi kepada PR. Tidak temberang hal ini bro n sis. Cuba bro n sis buat selidik sikit.
Diatas tipu daya bersematkan peraturan dan undangundang lelabah, kanun
rimba dihadapan hakim beruk dan pendakwa kancil emas.
Berpaksikan kebal dan tebalnya umNO(Baru)bN menguasai dan
menekan semua cabangcabang seni dalam memertabat dan mendaulatkan
negara bangsa. Nyatalah sesunggohnya umNO(Baru)bN menguasai dan
menoda kedamaian negara bangsa sekarang dengan kejam kepada rakyat.
Jadilah umNO(Baru)bN secara terbuka, tanglaq, secara langsung melalui
semua media menawar sogokkan projek rasuah politik setiap kali menghadapi PRU dan amat ketara bila menghadapi PRK.
Kini macam tandus dan pupus penguatkuasaan undangundang yang
mampu memberkas umNO(Baru)bN. Kerana sebilangan besar kepala-kepala penjawat aman negara telah menjadi pecacai dan penjilat telor dan
buntut pemimpin umNO(Baru)bN dengan lidah terjelir sejengkal. Apa lagi
yang rakyat dapat harapkan keadilan dan pembelaan dari mereka? Seperti
minta sisik dari belut, nak masin dari gula. Dunia sedang melihat negara kita
dengan sinis berkaitan dengan undangundang, perjalanan mahkamah,
pendakwaan dan sebagainya. Ketika negara didakwa nak capai negara maju,
jenayah tembak bunuh cukup subur dan mendebar. Tekanan hidup rakyat
cukup mencekam dengan harga barang melambung.
Orang menilai.
Dua anak saya yang memiliki Ijzah Sains Statistik, secra berseloroh dan
bergurau, macam gurau berok kata orang Kelantan. Cukup mendalam dan
mencekam sampai sum-sum sulbi bagi mereka yang berfikir. Kata anak-
anakku itu, "kalau dibahagi didharap ditolak dan dicongak dengan detail lagi
terperinci, maka jumlah sogokkan rasuah politik yang diberi oleh umNO(Baru)
bN secara langsung kepada pengundipengundi PRU, samaada duit maupun
bentuk material yang dihulur oleh umNO(Baru)bN.
Jelaslah, nilai hargapengundi Melayu tegar yang mendapat rasuah politik dari
umNO(Baru)bN di PRU tersebut, air soya segelas kecil lebih mahal harganya
dari nilai harga yang umNO(Baru)bN campakkan kepada setiap pengundi
Melayu.
Habuan yang mereka dapat sekadar lima kupang sahaja (fifty sen only) bro
and sis. Untuk tempoh 12 jam bukan 24 jam tempoh selama 4 - 5 tahun
tempoh penggal pilihanraya umum. Sekor kambing jantan yang cukup umor
untuk aqiqah atau untuk qurban pun bro n sis, kini mencecah RM1,300.00
sekor harga dikampong. Jangan ambil kiralah sekor lembu kondo atau
dibandar akan harganya?
Tetapi nilai Melayu miskin yang mendapat sogokkan dari setiap PRU dari
umNO(Baru)bN sepadan harga 4 batang gigi kambing tersebut. Sahlah,
pastilah betapa penting disisi umNO(Baru)bN orang-orang miskin Melayu
khususnya dan India di Semenanjung. Manakala kaum Bumiputra di Sabah
dan Sarawak sebagai aset tetap kepada umNO(Baru)bN dijadikan senjata,
perisai dan modal tetap PRU. Seusai PRU Adun dan AhPar umNO(Baru)bN
menyepi dan tidak peduli lagi kepada mereka.
Tetapi, umNO(Baru)bN akan kembali ambil kesah dan ambil peduli kepada
mereka bila PRU akan diadakan. Jamban, acar dan tahi lembu kondo
dikandang mereka ambil peduli dan mencemar diri membaham dan menjadi
tok faqir memintah sedekah undi. Kerana itulah aset gudang undi, yang
menjadi kebergantungan kepada setiap calun-calun PRU umNO(Baru)bN
dapat menang dalam PRU bersekali dengan ugutan semua kelumpuk oleh
penjawat awam yang menjadi pecacai dan cai kepada umNO(Baru)bN, yakni
tuan dan taukeh mereka.
Disini perselisihan dan pertembongan yang cukup melebar dengan saya
dengan beberapa pemuka umNO(Baru)bN baik mereka berada di Putrajaya
dan dimana-mana. Apa lagi pengemar songkok dua jengkal tenggek diatas
kepala, berselepang dan bertanjak.Kini mereka sentiasa mempersoalkan
keturunan Cina dan India kesetian kepada negara dan taat setia. Sampai
mereka ligan dan hambat balik kenegara datuk nenek mereka, semata-mata
dalam PRU13 yang lalu mereka tidak memberi undi kepada calun umNO(Baru)bN. Sedangkan yang menyalak menghambat Cina balik ke Tongsan dan India balik ke India, wajah dan muka mereka itu pun bukan sebelah tetapi sebiji sebiji seperti India atau Cina yang mereka hambat itu. Hakikatnya mereka sejarah keturunan mereka.
Inilah namanya tibai anjing tak tengok tuan, tersilap sakai terkena wolf
serigala. Sikap terpilih inilah negara menuju lubuk puaka yang bahaya.
Kalau sikap Putrajaya terus membisu dan lesu, gagal dengan formula keramat
penyelamat negara dibuat, akhirnya dengan umNO(Baru)bN terpaksa rakyat
sisih.
Macam lembu kondo menyeberang sungai, ekor cacak keatas.
Sudah 56 tahun umNO(Baru)bN manipulasi dan pulas pusing diatas pentas
negara berkaitan dengan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.
Khususnya bersabit dan berkaitan rapat dengan tokoh-tokoh utama dan
penting sebagai peneroka yang mencetuskan pertentangan melawan dan
berperang melawan penjajah Inggeris untuk kemerdekaan negara. Semua
pejuang negara bangsa keturunan Melayu yang jauh terlebih awal tampil
sebagai pahlawan negara terbilang sebelum lahirnya UMNO telah berjuang
telah mendapat sokongan rakyat.
Tokoh UMNO yang terpaksa untuk mencari tempat untuk mendapatkan
sokongan dari rakyat dulu, mereka terpaksa bergayut dan bergantung
dikangkang dan ketiak telor batang penjajah Inggeris British keparat. Apa
yang Inggeris British dulu kata dan tuduh kepada pejuang pahlawan Melayu
yang menentang Inggeris British. Makanya pemimpin UMNO turut bersekali
menudoh dan lebih berat tuduhan keatas pahlawan pejuang tulin bangsa
negara, dari apa Inggeris British kata dan tudoh dulu.
Diatas kesunggohan permintaan belas rayu ehsan oleh pemimpin asal UMNO
demi UMNO mendapat duduk diatas persada politik negara ketika itu. Demi
menjamin UMNO agar dapat mewarisi, mendapat faraid peninggalan kuasa
penjajah. Untuk terus mndukung dan merealisasi kandungan program
penjajah Inggeris British untuk memerentah negara. Makanya sekelian ramai
penentang Inggeris British yang ditunjuk oleh UMNO serta sekutu sewaktu
dengannya terus gayung bersahut. Pejuang pahlawan tulin yang menentang
penjajah Inggeris British pantas diburu, ditangkap dan dipenjara ditudoh
sebagai penderhaka, komunis dan sarat dengan tuduhan yang direka.
Semua itu perancangan untuk menghalalkan tindakkan mereka. Samalah
seperti laknat kudeta di Mesir kini, sedang merangka kerangka tuduhan
kepada Ikhwan Muslimin dan Dr Morsi di Mesir sekarang sebagai penjenayah
pembunuh.
Selanjutnya, sebaik pemimpin pejuang pahlawan tulin ini dinafikan dengan
tindakkan yang kejam dan zalim, maka proses selanjutnya adalah UMNO
bersunggoh-sunggoh dan beria mendapat tempat terutama dimata dan
dihati Inggeris British sebagai pihak yang layak dan berhak mewarisi faraid
Inggeris British untuk merealisasi memerentah Malaya. Sebagai ganti tempat
pencetus menuntut kemerdekaan tulin pejuang negara dipenjara dan parti
mereka diharamkan.
Sebab itulah UMNO dan umNO(Baru)bN kini, bila mereka mendakwa sebagai
pencetus pejuang untuk negara Malaya merdeka, maka saling tak tumpah
sikap UMNO, umNO(Baru)bN tersebut macam membeli lembu kondo dari
hasil rompak dan curi dimalam gelap yang pekat. Samalah macam kata orang
UMNO umNO(Baru)bN umpama lembu kondo punya susu, sapi nama dapat.
Itu macam ka Tok Bah? Sesunggohnya UMNOlah yang bersekongkol dengan
penderhaka dan penjenayah negara yakni Inggeris British. Sikap talam banyak
muka, makanya UMNO mencelarukan rakyat tentang pejuang kemerdekaan
dan pahlawan wira negara yang sebenar, kini rakyat sedang menilai sejarah.
Penjajah Inggeris British dan UMNO sekata.
Sebab itu penjajah Inggeris British dan UMNO bersekongkol secara sepakat
meletakkan semua penentang dan pejuang kemerdekaan bangsa negara sejak
zaman Almarhum Tun Mat Kilau dan Almarhum Tun Haji Ishak Haji Muhammad
(Pak Sako - Hantu Raya) serta pejuangpejuang yang lain dicop dan dicap
sebagai penderhaka. Pejuangpejuang tulin kepada negara dan nusa, sekali
gus mereka juga adalah pendakwah ketika zaman mereka. Subhanallah.
Biarkanlah gelaran TUN itu saya dan keluarga nobatkan kepada pahlawan
berdua sempena negara, ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 56
tahun, pada hari ini Sabtu 31 Ogos 2013 ini.
Disini saya saran semuga SPB YDA, usah hirau kepada pendukong umNO(Baru)
bN, mudah-mudahan Tuanku mempertimbangkan gelaran pemimpin dan
pahlawan negara, bukan mengikut telunjuk dan acuan umNO(Baru)bN.
Transformasi secara telus yang adil lagi saksama wajar dilakukan demi
keadilan kepada mereka pejuang bangsa negara yang berjasa.
Jangan sampai pandangan ini dituding oleh kelumpok tertentu, dijadikan
kambing hitam apalagi seperti lembu kondo sekandang dan mengundng
malang. Samada dari kalangan songkok hitam tinggi dua jengkal dikepala, dari
jalor tiga ayahnda dan sewaktu dengannya. Makanya satu sikap murni dan
penilaian baru harus dibuat. Diterokai dalam membuat penilaian saksama
kepada pahlawan wira negara berjasa secara menyeluroh dalam semua posisi
kehidupan rakyat warganegara. Bukan pengiktirafan tempang dalam satu
bidang kerja menjadi pahlawan wira kepada negara.
Semak dan rombab.
Semua yang berbentuk dan bernama prasangka selama ini, apalagi prasangka
burok yang digemborkan menjadi persepsi dan akhirnya rakyat menerima pula
menjadi realiti. Sejarah kemerdekaan negara dan pahlawan pejuang negara
wajar disemak, dirombak menjadi sejarah sejati kepada negara merdeka yang
berdaulat. Bukan berpaksikan kepada UMNO, umNO(Baru)bN yang tunggal
sesuka hati membuat sejarah songsang.
Fenomina inilah akhirnya negara berdepan dan menghadapi masalah
pertembongan dalam semua perkara dan kita berada diposisi tersebut
sekarang. Semuanya diakibatkan diatas kelalaian dan kealpaan pemimpin
semua pihak. Ini-ini semua berpunca kepada kekuasaan ditangan yang
mengundang ego megah di Putrajaya, disebabkan tidak mahu memberi ruang
dan peluang keppada majoriti PR duduk semeja melihat kedalam, akan
kemusnahan negara. umNO(Baru) mengharapakan orang Melayu kembali
memberi sokongan kepadanya dengan menakutkan Cina dan India. Dengan
bertanya, apa lagi mereka mahu?
Membina sokongan.
Kini umNO(Baru) melalui kerajaan minoriti di Putrajaya bersunggoh-
sunggoh untuk membina perpaduan negara bangsa. Tetapi perpaduan yang
nak ditegakkan oleh umNO(Baru)bN itu, saling tak tumpah macam membina
Menara Warisan diatas tanah gambut di Pulau Mati. Menara tersebut tanpa
diperkukuh dengan cerucuk yang kukuh. Dengan usaha-usaha untuk menarek
kembali sokongan Melayu kepada umNO(Baru). Sayangnya mereka mengguna
sekotak mancis dan segelen petrol untuk mencari damai seperti digurun
sehara yang panasnya mengelegak otak.
Mereka bermain apai dengan menakut dan mengugut rakyat dengan undang-undang dan angka peratus. Mereka tengok kaum-kaum Cina terutamanya dan
India berkaitan sokongan dalam pilihanrayu dan peti undi pada PRU13 yang
lepas. umNO(Baru) tidak melihat sikap dan gejala tersebut ianya adalah jalan
yang salah dan terbabas. Bagi umNO(Baru) ianya adalah jalan betul yang lurus
dan menepati sifir perpaduan, kununnya.
Tetapi rakyat luar daripada umNO(Baru) sedang menyaksikan perlakuan
tersebut umNO(Baru) dan kerajaan Putrajaya sedang menurun lurah yang
curam dibawahnya penuh dengan naga dan singa lapar. Atau seperti
mendaki gunung 90 darjah kecondongan. Seperti tayangan film PUTRA,
pasti ada udang disebalik mee. Semua itu pantang ditegur, pantang dicabar.
Selama ini sehubungan dengan itu oleh penguasa negara dan penguasa negeri
hendaklah pemimpin-pemimpin dan ahli sejarah duduk dimeja bundar,
berbincang dengan kepala yang dingin, tabah menghadapi realiti sebagai
pemimpin sejagat kepada rakyat. Ambillah darinya keputusan emas zamrud
delima dengan mengira semua di sudut keatas kelumpuk warganegara. Dalam
satu keputusan bersama mengenali hakikat wira pahlawan sejati.
Hendalah ia-ianya bibuat disimpul luar dari wadah politik kepartian seperti
dinilai sekarang. Yang rakyat cukup keciwa dan berdukacita. Supaya titik
pertemuan dicapai agar terlerai dan terungkai yang kusut yang bersimpul
mati selama ini.
Bersabit gelaran TUN tersebut, saya telah gatai mulut dengan menobatkan
gelaran TUN kepangkuan Almarhum Tun Mat Kilau dan Almarhum Tun Haji
Ishak Haji Muhammad (Pak Sako- Hantu Raya) dihari negara kita menyambut
ulang kemerdekaan Ke 56 tahun. Kerana saya tunggu lama dari mereka, agar
cadangan sebegitu rupa diketengah dilangsaikan. Cukup hampa, rupanya
mereka terlepas pandang, tersasar hala perjuangan. Ketikamana mereka
di Putrajaya menekan bangsa lain warganegara Malaysia, dalam ketika yang
sama juga mereka menolak, menekan dan ketepikan teman sebangsa
seugama mereka. Seperti tangan kanan mengenggam Al Quraan manakala
ditangan kiri menjamah peledak C4 yang suis diaktifkan. Perdamaian apa
macam itu?
Saranan dan penangan.
Sesungguhnya aku yang amat kerdil ini, sentiasa melihat bahawa pemimpin
negara yang bertahta di Putrajaya itu, sebenarnya mereka tidak memiliki jiwa
yang besar dengan azam yang tinggi luhur mewangi. Setidak-tidaknya kalau carpet biru waaima carpet hijau, atau setidak-tidaknya tikar mengkuang atau gulungan plastik dihampar.
Dengan resmi menjemput kepimpinan majoriti PR berbincang secara tulus
iklas hati nurani kesepakatan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan
negara dengan sepakatan thema yang tunggal diatas pentas negara dan
dipentas negeri negeri diraikan bergandingan bahu. Dengan realiti hujah ini
nyatalah anda pemimpin negara hakikatnya berjiwa kerdil seperti pejat dan
terpencil keiklasan kepada rakyat jelata yang berduka nista. Usah temberang.
Cukup mencabar dan mendebar ketika tergerak secara spontan fikiran - hemat
saya, tiba-tiba terlintas gelaran TUN kepada dua tokoh tersebut. Kerana saya
menyedari tidak punya apa-apa hak untuk saya sempurnakan mengeluarkan
anugerah tersebut. Ianya mengugat dan mengigit kedamain keharmonian
kehidupan diri saya.
Jadinya justeru, sempena menyambut merdeka negara ke 56 tahun hari ini.
Saya sekadar mengusik dan mencuit sikit minda dansemangat patriotik
Perdana Menteri Ke VI sekarang YAB DS Najib Rosmah Tun Razak juga
anak Perdana Menteri Ke II Almarhum Tun Abdul Razak Hussein anak
Pahang tulin itu. Pasti lontaran ini DS Najib tercabar, tahanlah sabar mendapat
cabaran ini.
Jadi, sudi-sudilah DS Najib melihat kebenaran apa yang saya perkata
angkatkan ini. Bukan hendaknya dipandang dengan sinis dilawan dengan
bengis, diluar minda terbuka dengan semangat negara merdeka ke 56 tahun.
Wajar (dalam makna wajib bukan DS Najib) menyedari negara kini hendaklah
kembali mengangkat menjulang tinggi memperingati tokoh sebenar dalam
mewakafkan diri mereka berjuang mempertahankan negeri dan negara.
Kini, hendaklah didambakan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri
terbabit meletakan mereka dipersada sebenar dengan imbuhan tulus
disempurnakan kepada waris warahnya, keturunannya melalui duit
sekepiang atau tapak rumah sekangkang kera. Yakni sikap ambil peduli
keatas nasib anak cucumeraka, terbelakah mereka? Dalam mengambil
tanggungjawab mengenang dan membalas jasa meraka.
Walau mereka Almarhum pejuang tulin terbilang tersebut, tidak memintanya
atau meninggal pesanan dan wasit bertulis maupun lisan. Keturunan Leftenan
Adnan maca mana? Anak-anak Aziz Ishak maca mana? Jangan sampai Melayu
yang berada di Putrajaya sekarang, tegar mereka berterusan menafikan
mereka yang tidak sehaluan dengan UMNO - umNO(Baru)bN dan tidak selari
dengan azam dan citarasa penjajah British Inggeris dahulu.
umNO(Baru)bNsampai kini mengamalkan sangkaan dan tuduhan kolot dan
terpesong tersebut. Yakni sindrom menafikan kemerdekaan negara ini
dimulakan oleh pejuang dan pahlawan terdahulu daripada wujudnya UMNO
apalagi umNO(Baru)bN. Lapang dadalah wahai pemimpin umNO(Baru)bN.
Terimalah realiti yang UMNO itu kemudian lahir dari parti-parti yang lain yang
menentang penjajah. Jangan angkuh dan terus menafikan sejarah negara kita.
Mereka mengeluh.
Perdana Menteri DS Najib Rosmah Tun Razak, Menteri Kumunikasi Multimedia
DS Ahmad Shabery Cheek dan SU Agung umNO(Baru) merangkap Menteri
Wilayah Persekutuan DS Adnan Mansor resah gelisah melihat koi-koi jalur
gemilang detik 31 Ogos pun masih rakyat tidak ambil peduli disudut memasang
dan mengkibarkannya walau pun satu, itu pun dah memadai dari langsung
tidak berkibar khususnya dirumah kediaman ditaman-taman perumahan,
taman elit dan dikampong-kampong apa lagi dipendalaman. Mereka cukup
gusar dan mengelabah menghadapi sikap dan fenomina rakyat diambang
menyambut kemerdekaan yang dikaitkan rapat dengan semangat patriotisma.
Antara kibaran jalur gemilang yang lesu atau rakyat majoriti tolak DS Najib?
Sesungguhnya, sebelum penguasa kerajaan pusat minoriti umNO(Baru)bN
mengambil sikap menyerang rakyat khususnya kepada rakyat majoriti
berkaitan nak kuatkuasakan undang-undang dalam berhasrat untuk
memaksa rakyat negara memasang dan mengibar jalur gemilang.
Dikediaman dan seumpamanya, nescaya negara akan terus menirus dengan
kerajaan minoriti akan berdepan langsung penentangan dari rakyat jelata.
Nyatalah tindakkan tersebut diluar cita-cita murni yang hakiki dikehendaki
oleh rakyat majoriti yang berbentuk paksaan bersifat wajib. Samalah statusnya untuk rakyat warganegara mau berdaftar atau tidak dengan SPR sebagai
pengundi. Hatta sebaik berdaftar itu pun tidak ada paksaan kepadanya untuk
keluar mengundi. Demikianlah dengan memasang jalur gemilang. Jadi usahlah
melatah dan berkerat rotan berpatah arang.
Sedangkan terdapat pejabat-pejabat kerajaan dan perbadanan kerajaan
di Putrajaya sendiri menyepi serta culas memasang jalur gemillang. Kalau
memasang pun sekadar seperti melepas batuk ditangga sahaja. Sengajakah
mereka? Disana sekandang hujah dan bertindan masalah diangkat sebagai
sebab dijadikan alasan kenapa dan mengapa jalur gemilang tidak berkibar
dalam kuantiti yang membanggakan pemimpin minoriti di Putrajaya yang
diharapkan mengembira pemimpin umNO(Baru)bN di Putrajaya agar berada
dalam kedudukkan selesa.
Jadinya mengadakan cadangan buat undang-undang memasang jalur
gemilang wajib dipasang oleh rakyat negara, makanya ia seperti macam
sembeleh lembu kondo dengan kerat atau tetak ekornya.Lentang pukang
dibuatnya nanti.
Tengok panau korap sendiri dulu bro.
Kehadapan kepangkuan pemimpin umNO(Baru)bN di Putrajaya, sebelum
menudoh melontar tudohan kepada rakyat khususnya rakyat majoriti negara
amat lesu dan layu dengan semangat mengibarkan jalur gemilang bendera
keramat negara. Jadi, pada hemat saya kerisauan dan kekesalan yang amat
berkaitan rakyat tidak mengibar jalur gemilang setiap kali menyambut ulang
tahun kemerdekaan negara Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukkan
Malaysia.
Jadi disini, saya berpesan dan harap penguasa kerajaan umNO(Baru)
bN di Putrajaya, cuba toleh dan kerling sat pandangan dan realiti di pejabat
umNO(Baru)bN di PWTC Kuala Lumpur. Pastikan dengan teliti dan pasti panau
dan korap bebas dari hinggap ditengkok, dibelakang dan kangkang kita sendiri
terlebih dahulu. Sehubungan dengan memasang jalur gemilang bendera
keramat negara yang rakyat macam mengabai atau memulau disudut pasang
kibar jalur gemilang.
Barulah setelah kita yakin seyakinnya kita bebas dari penyakit panau dan korap
tersebut, makanya layaklah kita menghala tunjuk yang musoh kita seluruh
bandanya kaya dengan panau dan korap. Jangan sampai seperti, 'kata orang
paku serpih, kata orang kita yang lebih'. Yang rakyat jelata dikalangan
pengikut majoriti rakyat, penyokong PR tidak patriotik dalam menyambut
kemerdekaan negara ke 56. Dan sebelum dari itu yang telah 2 dekad
diperkatakan, tulonglah jangan celupar dan sedap mulut membuat dan
mendakwa tuduhan, gunakanlah cermin keadilan sebelum menudoh. Cuba
bertafakur dan berfikir-fikir sejenak.
Semua keluhan tersebut bila ianya dirujuk kepada kibaran 'Jalur Gemilang"
bukan jalor tiga tidak dapat respon dari warganegara tulin rakyat negara,
tidak memberi perhatian dan kesunggohan turut memasang dan kibarkan
bendera jalur gemilang negara. Baik dirumah, premis pejabat dan digudang-gudang perniagaan dan sebagainya. Ketika berada dalam zon sepanjang
menyambut kemerdekaan negara dan Malaysia. Bulan Ogos dan September
setiap tahun sampai hari kiamat. Kenapa dan mengapa sampai jadi macam tu?
Cubalah jawab mai sat.
Sambutan memperingati merdeka kini hambar tawar hebiaq dikalangan rakyat
jelata. Kerana rakyat sudah celek minda diantara menjana memberi dana dan
laba kepada umNO(Baru)bN atau sambutan ulang tahun merdeka negara yang
hakiki dianjurkan selama ini oleh kerajaan pusat umNO(Baru)bN selama 56
tahun yang menggunakan dana rakyat negara.
Sebelum pemimpin umNO(Baru)bN menuding jari menudoh rakyat penyokong
majoriti tidak patriotik, sabar dan tangguh dulu sangkaan tudohan tersebut.
Lebih baik sejenak berkoreksi merenung dan berfikir dengan matang saksama
dengan adil lagi bertanggungjawab. Tengoklah sendiri kedalam ahli umNO
(Baru) yang didakwa ahli yang berdaftar sejumlah 3,200,000 orang ahli. Dan
ia tidak termasok ahli-ahli komponan bN 16 yang lain.
DS Najib, DS Ahmad Shabery bin Cheek dan SU Agung umNO(Baru)
merangkap Menteri Wilayah Persekutuan DS Adnan Mansor cuba renung
dan fikir. Mungkin ahli-ahli komponan dalam bN mencecah 6,000,000 ahli.
Kalaulah ahli umNO(Baru) yang seramai itu, ditokok lagi dengan ahli dalam
komponan bN yang lain, pasti fenomina lesu dan layu jalur gemilang tidak
berkibar menjadi kesedihan.
Disinilah saya nampak umNO(Baru)bN gagal dalam memberi semangat
patriotik kepada ahli sendiri, gajah seberang mata buta tak nampak, kuman
diseberang mata terbungkang. Jadi semangat memasang bendera jalur
gemilang dikalangan ahli umNO(Baru)bN tidak mendapat sambutan, kerana
inilah budaya amalan umNO(Baru)bN dulu, kini kerana amalan sogok dan
dapat percuma telah menjadi budaya keutamaan dalam umNO(Baru)bN
disudut mengumpol ahli. Ertinya pengurbanan tidak ada dalam kamus
disetengah mereka untuk membeli jalur gemilang. Kerana mengharapkan
pemberian percuma, free dari ketua-ketua mereka disemua perengkat.
Pentas kemerdekaan pentas mendamba umNO(Baru)bN.
Bukan sekadar kitar dan putar kabilah dikalangan kelumpok umNO(Baru)bN
dah 56 tahun mereka gunakan pentas menyambut kemerdekaan negara
dengan wang rakyat untuk menjana umNO(Baru)bN atas nama kerajaan bN
pusat dengan dana rakyat negara. Semasa rencana ini di buat jam 8.30 pagi.
Kerana kerajaan umNO(Baru)bN tak ingatkan jasa pengurbana mereka kecuali
suku sakat umNO(Baru)bN yang layak mendapat gelaran dan dinobatkan
mendapat gelaran TUN dulu dan kini adalah mereka yang seraga dan dalam
sejaras bersama beriring menjana dan membina umNO(Baru)bN.
Walau diakhir kerja mereka menjadi penjenayah penipu dan songlap terus
tersemat TUN didada busong mereka.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
24 SYAWAL 1434 (SABTU) 31 OGOS 2013