Selama ini Presiden Pas Haji
Hadi Awang beranggapan dan merasai dirinya sebagai Presiden Pas ditakuti dan
digeruni oleh Timbalan Presiden PKR juga Dato’ MB Selangor YAB DS Azmin Ali.
Sebab itulah ketika bersama dalam PRU13
dahulu, PAS atas nama PR membekalkan 15 Adun dalam Dun Selangor. Haji Hadi dan
kepimpinan ulamak merasai mereka dipuncak dipucuk untuk menjuarai KNS. Pas
dalam PR yang bersama dalam KNS, malangnya Pas seolah-olah umpama duri dalam
daging dalam pentadbiran.
Pertembongan dalaman Pas
yang mengundang bencana besar bila PR mau gantikan MB dahulu TS KI dengan YB Azmin
Ali. Disinilah peranan Presiden Pas menjadi batu api dan juara lembu laga dalam
PR. Kerajaan PR Selangor menjadi porak peranda kerana Presiden Pas tidak
bersama PR tetapi curangnya beliau menyokong TS KI dan bersekonkol dengan umNO(baru).
Hadi inilah punca ibu, yang merancang gagasan terpendam kerajaan ‘UG’, dan program
UG tidak pernah padam kerana ada broker dan barua politik yang menerus
menjalankan hasrat dan niat Hadi tersebut.
Nafsu politik rakus Hadi, TS
KI yang bersekonkol dengan umNO(baru) itu, telah dikekang dipalang oleh dua
adun dari Pas dengan tindakkan memintas,
mengistihar keluar secara resmi sebagai ahli Pas dan menjadi Adun bebas. Siasah
matematik aljibra Hadi menjadi punah tak berharga lagi, bila Pas ada 13 Dun
berbaki. Justeru langkah Hadi, TS KI dan umNO(baru) terbantut dan mati akal dan
pupus segala ikhtiar dan petua. Hadi, TS
KI dan umNO(baru) terpinga-pinga dan ternganga melihat perancangan mereka
terkulai. Dua mantan Adun Pas tersebut menjadi wira yang diundang untuk
selamatkan kerajaan PR.
Natijahnya Hadi Awang
terkehel rancangannya dan berputih mata. TS KI akhirnya terpaksa melepaskan
kerusi MB. Pengalaman dan mantik politik dangkal Hadi tidak membantu TS KI dan
umNO(baru) tumbangkan kerajaan PR Selangor. Sebaik selesai YB Azmin Ali
dinobatkan menjadi Dato’ MB Selangor yang baru mengantikan TS KI, Pas masih
bersama dalam KNS. Tatapi saiz Exconya telah mengecil dari tiga menjadi dua
Exco sahaja. Walaupun begitu, Exco KNS dari Pas ini, kadang-kadang nampak cekang
dan tegang dalam menghadapi PARTI AMANAH yang baru ditubohkan dan menghidupkan
kembali PR dengan PH yang dianggotai PKR, DAP dan PARTI AMANAH.
Saya mengulanginya disini,
selepas pemilihan pemimpin dibuat dalam muktamar terakhir di SM KS, kemenangan
total seluroh pemimpin yang senada satu suara serakit secai dengan Haji Hadi.
Segugus setandan pemimpin professional dan NGO diketuai oleh Saudara Mat Sabu
dibungkus dibuang oleh perwakilan. Sekira-kiranya kata Hadi, ”Pemimpin yang ada dipilih pada hari ini
adalah pemimpin tapisan pilihan Tuhan”. Sesunggohnya tempoh tidak lama,
sekelian kepimpinan Pas kini telah mendapat tapisan dan pilihan Tuhan, mereka
tidak tahan dengan keadaan kuku besi, pendapat Hadi tunggal yang mencorak dan
mewarnai Pas.
Bahayanya kepada umat
Muhammad, bila sesaorang pemimpin itu diangkat dan dinobatkan dengan kedudokkan
amat tinggi disanjong dilambong. Sampaikan tidak sesiapa sesama pemimpin yang
dipilih menerusi muktamar pun tidak dapat menegor dan memberi pandangan kepada
pucuk pimpinan yakni Presiden. Berbeda pandangan dan berbeda pendapat pun,
ahli-ahli dibawah yang hingus itu yang didoktrin dengan penoh punah pegangan,
mereka muncul sebagai penyelamat dan penyokong setia Hadi. Anta semua lawan
Presiden tidak walak kepada kepimpinan ulamak. Ulamak apa?
Ketika tentera Turki gagal
dalam cubaan kudeta keatas kerajaan Presiden Erdorgon, kemungkinan diatas sikap
sokongan rakyat secara total gagalkan tentera merampas kuasa. Yakni kuasa
rakyat ‘people power’ bersama bergandingan dengan Presiden Erdorgon yang mereka
pilih melalui PRU dan dilantik menjadi presiden Turki melalui parti AK. Diatas pemerhatian
dan reality itulah, keberangkalian makanya TP Pas TITM bersuara agar
pembangkang (ditujukan khas kepada partinya snediri yakni Pas) mengadakan “GENCATAN
SENJATA”. Kita berganding bersama-sama dalam PRU14 untuk tumbang musok kita
sebenar iaitu umNO(baru)bN.
TP Pas TITM sekelip mata
sahaja disisi pengikut ahli Pas yang didoktrin oleh Hadi, inilah tidak taat
setia dan walak kepada pemimpin yakni Haji Hadi. Mereka telah hambat TP Pas
TITM keluar dari Pas. Sedangkan suara hati nurani TP Pas TITM telah mendapat
sokongan bulat dari semua Adun Pas dalam Dun Selangor dan AhPar Pas Selangor.
Tidakkah semua mereka juga adalah pemimpin dan mempunyai pengikut yang ramai?
Rupa-rupanya walau pandangan
dan cadangan GENCATAN SENJATA tersebut diterima dandisokong sepenohnya oleh
Adun Selangor dan AhPar Malaysia dari Selangor. Mereka telah secara resmi
bersama-sama dengan Naib Presiden ke3 jua PSJ dan Exco menandatangai surat
sokongan bersama menyokong TP Pas TITM dimajukan kepada Presiden Pas Haji Hadi
Awang. Sah kini berjemaah rupanya mereka yang lawan dan tidak walak taat dekat
Hadi, datangnya dari TP Pas sendiri, dari Naib Presiden ke3nya, PSJ Selangor
dan semua Adun dan AhPar. Apakah tindakkan selepas ini akan Pas lakukan kepada
mereka yang lawan tidak walak dekat Hadi?
Detik inilah, ketika Pas
dalam keadaan bercempera dan porak peranda inilah dalam membina ketaatan kepada
pemimpin yang membelakang rakyat dan menyantuni rakyat. Makanya ketika yang
tepat, waktunya yang mengena, Dato’ MB Selangor De, YAB DS Azmin Haji Ali telah
mengajar ABCDEF, 123456 dan Alif Ba Tha Tsa Jin mantik politik dan siasah
kepada Hadi Awang dan Pas itu sendiri. Semalam – kelmarin selaku Ketua
Eksekutif KNS DS Azmin Ali telah secara hurmat pinta Adun Pas yang berjawatan
Exco sila keluar dari pejabat masing-masing dengan cara terhurmat. Begitulah
diikuti dengan penjawat politik kerajaan yang lain, berambus dari Kerajaan PH
sekarang.
Disinilah Tuhan akan sekali
lagi tapis, sekelian muka-muka Adun Pas yang jadi Exco KNS, pemuka-pemuka Pas
yang duduk dalam CLC dan sebagainya adakah mereka ada maruah dan nilai harga
diri? Adakah mereka pants dan tangkas keluar dari kerajaan PH yang telah tidak
dikehendaki oleh KNS sekarang?
Inilah kemenangan berterusan
Hadi sebagai Presiden Pas yang pasti Pas akan terus mengecil dan terpencil.
Rencana oleh: Ibn Abdullah al Awab
Tarikh: 21 July 2016 - Khamis