PANTUN
SIDANG PARLIMEN OKTOBER 2016
Karipap Mek Bunga, intinya kentang
Sedap dimakan, kenyang tak terkata,
Bajet sedap telinga, Najib dah
bentang
Rosmah tak menteri, dapat RM85 juta.
Menyusu kera dihutan, pelihara panda
Minda Tanjung Rambutan, tangan puaka,
Belanja JPM Najib tambah berlipat ganda
Senang mewah berjoli, belanja ikut
suka.
Keranamu 1MDB, ramai Najib sudah
cantas
Untuk membendong, mengawal suasana,
Bajet 2017 Najib, smart cantik diatas
kertas
Hakikat sebenar, Najib tak mampu laksana.
Dah ramai kerana 1MDB, menjadi mayat
Diperkatakan rakyat di kota di
kampong,
Najib1MDB beretorit, perbodohkan
rakyat
Ekonomi kukuh, hakikatnya dah lompong.
Nasi dalam periok, air di isi dalam
cawan
Dimakan diminum Rosmah gedit berhias,
Heboh AP pembangkang keluar dewan
Najib jadi kleptokrasi, kenapa tak dibahas?
Oh say men, tukang kayu & tukang
simen
Najib Rosmah menteri, pagi raya
berdangsa,
AP umnO(b)bN, membela Najib di
parlimen
Bukan membela, nasib hidup rakyat
bangsa.
Berlenggang berjoget, menari nyonya
Nyanyianya merdu, bersuaranya juara,
Bentang bajet, celoteh Najib bertanya
Siapakah sebenarnya main sendiwara?
Nelayan Kg. Sanglang, petani Kubang Rotan
Pekerjaan warisan diwarisi, cukup
serasi,
AhPar pembangkang, jawab respon
spontan
Jawab tanya, siapakah MOJ lanun kleptokrasi?
Bunga kebangsaan, bunga melor cempaka
Dipetik di simpan rapi, di dalam upih,
Perbahasan bajet KP, Najib absen tak
peka
Inilah namanya, kata dulang paku
serpih.
Berok disusu, Najib membela panda
Panda tidak tidor, dibaroh dilembah
Dia beradu diami macam Najib di vila,
RUU 355, sekadar menambah denda
Perkasa mahkamah, merotan ditambah
YB Marang, bacaan kali kedua bila?
Bila air surut, turun kelaut tengok bubu
Ketika pasang, pakat-pakat memancing,
RUU355 di parlimen, dah menjadi
kelabu
Mungkin AP Marang, Najib dah kencing?
Boros joli bermewah, Najib Rosmah
jadi bala
Rakyat sengsara, kos hidup naik
setiap masa
Pemimpin jadi broker, ada yang jadi
barua,
Mek Menteri lepas tangan, RUU355 jadi
bola
Speaker dah bermadah, dia tidak ada kuasa
RUU355 MP Marang, untuk baca kali kedua.
Memancing tenggiri, yang dapat kerapu
Tenggiri masak lemak, di campor
petula,
Biarkan kita ditipu, jangan PAS jadi
penipu
Kerana kena tipu, kita hebat dapat
pahala.
IBN
ABDULLAH AL AWAB
24
OKTOBER 2016 - ISNIN