Thursday, February 9, 2017

KITA MERDEKA DARI PENJAJAHAN NAJIB TAR – APA CARANYA?

KITA MERDEKA DARI PENJAJAHAN NAJIB TAR  – APA CARANYA?

Ibn Abdullah Al Awab – 3 Februari 2017 – Sabtu.

Hulur persahabatan mantap perjuangan.

Saya hulur jabat salam persahabatan dekat semua anda di luar sana. Terutamanya pemimpin elit dikalangan PH dari  DAP, PKR AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Negara negeri Kedah, sementelah kepada pemimpin utama AMANAH di semua perengkat  Kawasan/Bahagian dan cawangan. Terima dan sambutlah, salam perjuangan yang belum selesai, dekat semua bernama pejuang untuk merealisasi perjuangan keramat ini kepangkuan ahli serta semua penyokong setiakawan.

Para pejuang wira wirawati denyut nadi perjuangan yang kini amat mencabar, mendebarkan untuk kita berdepan dalam menghadapi tribulasi selusin cengkaman kuku tembaga suasa, dari percatoran penguasaan politik cemar di Putrajaya. Dalam pengamatan saya, seolah-olah saya sedang tengok bakal keganasan dan kezaliman untuk aktifkan intipati kuasa MKN akan berfungsi menjelang kawal PRU 14 akan menjadi kenyataan andai Najib TAR melalui tukang tiliknya Sami Siam, mentelah dirinya bahaya selepas PRU 14 kelak.

Sekiranya Najib TAR Rosmah terdesak bila diasak pembangkang. Kni penceramah PH berterusan langsong dalam siri ceramah, memberi maklumat penoh, siapakah Najib TAR Rosmah tersebut. Sikap bertanggungjawaban ahli dan penyokong yang rela berkorban apa sahaja, hartaan ataupun nyawa, bertepatan dengan lagu dinyanyi Almarhum TS P Ramli, lirik lagu nostalgia peninggalan Almarhum dekat kita (al Fatehah Almarhum TS P Ramli dan Almarhumah PS Saloma isterinya), saya amat teruja. Terima kasih rakyat semua.

Sebenarnya ketika saya (diakhir Januari diawal Februari 2017) beberapa malam dan harinya saya di wad hospital, untuk mendapat rawatan susulan yang saya tidak mengundangnya. Mendapat serangan pantas dan lekas yang tetiba, terpaksa saya mengalah dan menyerah. Saya tidak engkar akan kehendak Allah, Subhanallah dan pasrah dekatNya dengan sabar, sedetik terlintas, Tuhanku! Adakah ini-ini penghujung usiaku Ya! Tuhan!. Saya baru sahaja bebas dari wad hospital petang kelmarin (Jumaat 3 Februari), teman ziarah terima kasih. Alhamdulillah agak ok keadaan kesihatan jasad menurun (mungkin bermasa untuk siap rencana ini).

Ketika berada diwad, saya cuba mengurangkan untuk bebas lupakan akan sakit yang dialami, dengan membuat nota catatan untuk bikin rencana bila balik nanti. Kalau Allah izinkan. Saya bertekad sebaik keluar, untuk bikinsiap satu rencana (rencana inilah yang terhasil) kerana isinya berligar berputar didalam kepala. Walau diminta berehat oleh doctor yang merawat, apalagi isteri saya. Laptop usang tak dibawa, isteri elak dan halang dari fc dengan nota bicara.
Sahabat taulan sekalipun jasad ini sarat kaya dengan penyakit kedai runcit, tetapi akal dan minda saya agak mampu berfikir. Terdaya ala kadar menulis berbicara  tentang rencah ratus bekoyan kehimpitan dan kesengsaraan hidup dan kehidupan rakyat Kedah dan Negara lalanie, Insha-Allah. Berbekalkan pengalaman yang secangkir dapatlah kita kongsi fikir merungkai masalah yang dipinggir. Agar dapat kita hayati bersama dikalangan pemimpin elit PH dengan blogger gurka usang kaki 5 seperti saya. Kerana AMANAH adalah parti saya sekeluarga, azam sebagai parti terakhir untuk ambo, isteri dan anak dah lebih setahun menyertainya, Insha-Allah.

Sampai saat dan detik ini, sepanjang saya mengikuti ceramah PH secara langsong, menerusi live streaming yang diikuti setiap ceramah di Kedah bumi bermastautin, di Kelantan denyut nadiku, Pulau Pinang dan di Selangor serta dilain negeri.  Program ceramah sedang aktif berjalan serta mendapat sambutan baik daripada rakyat pelbagai yang amat memberansang, terutama di Felda selama ini TMnya milik total umNO(baru)bN. Mulanya dulu pembangkang PH tidak ada tempat dihati peneroka. Tetapi, mereka peneroka Felda cair juga hati koi. Bila Tun DMM turun bersalam dengan denyut nadi rakyat.

Telah dozen rencah resipi, issu nasional Negara yang gawat yang tercemar kerana penguasaa zalim di PWTC dan di Putrajaya empunya angkara yang berjaya diputar Najib TAR siang malam mengintai peluang untuk merompak harta rakyat dan menjualnya. Sekarang kerana kecelakaan durjana Najib Razak memerentah mengendali kerajaan habrap umNO(baru)bN, rakyat amat gusar berada dalam keadaan menderita sengsara menghadapi cabaran tekanan kehidupan. Sedangkan penjarah bernama NajibTAR Rosmah dan geng elit sedang dan terus membena berfiesta kekayaan diatas rompakkan milik mutlak rakyat Negara pembayar cukai, macam harta peninggalan kepala bapak mereka.

Saripati serta intisari ceramah yang sarat dengan pengetahuan informasi benar disampaikan oleh penceramah, untuk tempoh 5 bulan lepas. Saya tekun mengikuti dengan teliti, akan isi mauduk ceramah politik semasa penceramah. Yakni intipati syarahan yang diluahkan oleh pemimpin kanan elit PH untuk tatapan dan pertimbangan rakyat berfikir dan mencari jalan keluar. Kini rakyat baru insaf dan menebus diri mereka iaitu dengan sikap baru merdeka minda. Iaitu benci dan tolak  Najib TAR Rosmah dan partinya umNO(baru)bN dalam peti undi PRU1 nanti.

Kerisauan dan ketakutan Najib TAR menghadapi hari-hari hitam penguasaan keatas Negara, makanya  Najib TAR Rosmah sedang memantau semua penceramah tegar PH. Macai pecacai itu adalah pemilik rumah agama bertaraf istana khabarnya beharga lebih RM5,000,000.00 setaraf dengan istana menteri dan pemuka umNO(baru)bN yang lain (maaf kalau silap). Tosey amat alim dengan mana-mana akta tuntas untuk dikenakan kepada penceramah PH yang setiap ucapannya jadikan Najib TAR Rosmah sasaran busar panah. Kini AKTA HASUTAN amat berkesan untuk takutkan pemimpin PH dan  melumpohkan pemimpin PH dengan pemusnah tuntas tidak dapat bertanding dalam PRU 14 nanti. Sama seperti peledak C4 digunakan untuk letupakan gadis Mongolia Attantuya dulu, berkecai.

Akta haramjadah ini, AKATA HASUTAN kini aktif. Tosey bertindak sewenang-wenangnya demi menjaga memulihara tuannya. Kong kalikong tindakkan melindungi dan membalas budi. Sanggup menjadi melacor seperti  jalang CKR KL. Tosey gadai bodi dan jawatan, jadi syaitan dia sekarang. Telah ramai akta hasutan tosey pecacai Najib TAR Rosmah gunakan menangkap pemimpin yang lantang menceritakan dalam ceramah mereka, maklumatkan reality Najib TAR Rosmah akan kerja utamanya sekarang selain PM dan Menteri Kewangan utama. Kini Najib TAR  PM1M’sia adalah ketua  perompak kepala lanun kawaq terhandal menyamar di Sri Perdana  Putrajaya.  Terohor dengan scandal terbesar diabad ini pecah rekod dunia SCANDAL 1MDB, derma Arab Gila RM2,600,000,000,000.00 kepada Najib TAR Rosmah PM1Malaysia yang bertaraf miskin tegar papa kedana.

Peluru yang dibedil dilancarkan oleh penceramah elit PH dari AMANAH, DAP, PKR dan terbaru BERSATU tepat kesasarnya PWTC & Putrajaya yang diputar ligat sekarang. Sasaran busar kedada Najib TAR presiden umNO(baru) pengerusi kerajaan bN tepat mengena. Mereka jelaskan hakikat sebenarnya si Najib Razak yang tempang gampang, menyimpang dalam menjalankan tugas hakiki sebagai PM dan MK. Najib tergelincir tersasar menjunam kedalam gaung puaka yang sarat dengan pelbagai bangkai bersaiz mega. Najib Razak merealisasi kerajaan umNO(baru)bN mengikut 180c sifunya yang goda Adam Dan Hawa dulu,  iaitu iblis. Najib TAR jelmaan dictator terpimpin dengan peralat parlimen ditunggangnya seperti kuda lumba dan Najib Razak sebagai joki lanun perompak worldclass champions atau prashad dalam film Hindi lama ‘SHOLAY’. 
  
Pemimpin PH berceramah dengan berani bertanggongjawab mengutara kepincangan Negara. Penyelewengan kerajaan umNO(baru)bN yang  Najib Razak mengendalikan parti dan kerajaan. Kerajaan  yang sarat dengan penyelewengan pecah amanah, tiris jerlus menjadi  virus barah tahap 4 di Putrajaya.  Kemusnahan kekangan ekonomi yang gawat menuju musnah, kepincangan politik menjadi cacamerba dan pengurusan urus tadbir kerajaan diporak peranda dengan kejam oleh Najib Razak 1MDB kleptokrasi. Tujuanya untuk kebal dirinya menjadi terlindung dan selamat. Najib TAR pasong dan kepong dengan pagar dedak dan pangkat kepada kesemua penguatkuasa Negara, agar patoh taat setia kepadanya walau Negara punah ranah.

Baik pemimpin politik pembangkang, hatta dikalangan pemimpin umNO(baru)bN sendiri sekarang, sampai kepada ahlinya telah mula sedar dari tersedak dedak secekak, yang menjadi virus merbahaya cengkaman zalim selama lebih 50 tahun. Kini mereka bersuara dan mula berpaling kiblat daripada takut taat setia ugutan daripada Najib Rosmah umNO(baru)bN berhasrat mengundi calun PH. Dibelakang Najib Rosmah kini, mereka sedang sesah balon Najib. Memperkatakan Najib Rosmah dengan sumpah seranah tak layak tulis disini. Mereka di Felda, dibendang dan dimerata pelusok Negara, sedang berbicara kedurjanaan Najib Rosmah memerentah meratah Negara. 

Fenomina ini berlaku bilamana mereka berdepan kehidupan kian terancam dengan kesempitan kos saran hidup yang naik setiap minggu, kerana penipuan berangkai Isa Najib FGB dan bermacam-macam alasan untung berganda. Kini FGV menyembah bumi dan rebah tersungkor. Pasti keadaan ini mengancam kehidupan peneroka. Didepan macai dan pecacai tegar Najib Rosmah bernama Ketua umNO(baru)bN bahagian yang sedang mereka saksikan berfesta kekayaan melampau umpama Korun hasil merompak hak mereka rakyat pembayar cukai. Mereka menari menyanyi guna dana rakyat pembayar cukai. Celaka!

Dulu sokongan bawah dari akar serabut menjadi lembu kenyang, keranamu segenggam dedak. Najib TAR Rosmah. Jadikan umpan secekak dedak itu sebagai senjata ampoh untok melumpoh mandom dan singkir minda berakal yang  merdeka untuk peneroka Felda berfikir untuk bangun  bertindak. Secekak dedak itu mampu kesannya menjadikan mereka pengecut bacul untuk yatakan kebenaran bila berhadapan dengan penguasa Najib Rosmah yang batil dalam tempoh yang lama. Kini mereka telah sedar dari penipuan jerat jerangkap samar yang memerangkap dan melemahkan minda dan fizikal mereka.

Kekangan khurat dan tahyul kepercayaan kebertanggongan tuntas kepada umNO(baru) pemberi dedak penjaga rezeki rakyat Negara kian dinafi ditolak ketepi. Dulu seolah-olah umNO(baru) itu tuhan pemberi rezeki. Hakikatnya adalah parti syaitan milik Najib Rosmah and the geng. Alat terompah untuk merompak khazanh Negara rakyat dan dia menjadi kepala kleptokrasi Negara kaya billion. Sayang parti bani agama yang terjebak telior dengan dedak first class, sanggup mereka cabut kepiah serban dan tanggal jubah, bersekali mempertahankan dan sanjung tinggi Najib TAR Rosmah kerana mu setan dedak. Terbalik kuang nampanya mereka, macam kura-kura ditelentang dada kelangit ditengah panas, tidak mampu lagi berlari berjalan sekadar keluar dan sorok kepala sahaja. 

Sampai peringkat pemimpin dunia terpaksa anugerah gelaran Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tersebut, dengan title bertaraf dunia No 1, dengan jolakkan kleptokrasi, tetapi dalam Negara Najib TAR dipuja oleh macai-macai yang kenyang dedak masok dalam perut dan dedak jenis jawatan jusa dan pangkat gelaran. Hafal dengan faseh, bahawa Najib TAR adalah Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN. PM kleptokrasi 1MDB yang dilindungi dipertahankan bersunggoh dalam parlimen oleh AhPar bN yang mendapat dedak berjuta.

Setiap kali Parlimen bersidang, dijadikan batu loncatan semudahnya mereka pinda tambah undang-undang untuk pulihara kebal Najib TAR tidak lut akan tindakkan undang untuk mengugat Najib Rosmah penyimpan duit sejak dalam kandongan rahim ibunya. Sekalipun Najib Razak Rosmah itu sah binti jelas mendapat gelaran dunia Perdana Menteri kleptokrasi. Gelaran klepokrasi dunia anugerah dekat Najib TAR Rosmah, pendekar dikerusi Speaker macam badak air berendam. Parlimen ditangan pendekar, pendekar barua jadikan persidangan parlimen sebagai sarkas dengan menghalan kepentingan Negara diharamkan untuk dibahas di OSAkan.

Inikalilah, sekiranya peluang terbaik ini, rakyat masih sayangkan Najib rosmah terus merompak harta rakyat Negara pembayar cukai, mungkin 50 tahun lagi, peluang sebegini mungkin tidak datang lagi.

Ibn Abdullah Al Awab
3 Februari 2017 – Sabtu.