Salam Puan
Rohana Hana, Embak Eda, Ummu Anis Abd Rahman dan sahabat seperjuangan yang lain. Ambo sebagai diantara orang
lama yang usang lagi terbuang, bersekali dengan teman-teman yang lain. Ramai dikalangan
kami yang telah kembali kepangkuan Allah setelah mereka berbakti mewakafkan perjuangan
mereka dalam PAN Malaysian Islamic Party-PAS sekian lama. Takdir ketika itu
ambo berada diposisi depan sebagai gurkha yang tidak diundang, tidak didendang akan
peranan bakti yang disemadi telah dicurahkan. Ketikamana parti lama kita 40
tahun dulu, ketika itu berdepan dengan fenomina surut dan kemarau PAN Malaysian
Islamic Party-PAS untuk mendapat sokongan dari rakyat.
Makanya
disitu ambo berada, berpeluang ambo saksi dengan mata ambo, yang tersurat dan tersirat di premis 1960 Jalan
Dato' Pati Kota Bahru. Termasoklah di
Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat, Gua Musang dan Jeli ambo berkelana. Syukur ambo
dapat bertentang mata belajar mantik teknikal tektikal politik dari mereka.
Ambo dapat dudok berbincang dengan pemimpin dahulu, dihargai dan dipeduli
dengan pandangan dan pendapat ambo berkaitan politik semasa ketika itu.
Alhamdulillah. Disitulah ambo mengenali pemimpin terdahulu yang fael akhlak
mereka tidak macam pemimpin PAN Malaysian Islamic Party-PAS yang mewarisi
sekarang. Berkedudukkan tinggi tetapi, lebih tinggi celupar agas ego habis.
Mereka menjadi kaya dan berona sebaik Dato’ BS Tuanguru Dato’ Nik Aziz Nik Mat
lepas jawatan politik-kerajaan. Dan
sementelah sebaik Tokguru meninggal dunia, menjadi-jadinya mereka.
Segan malu
silu mula, telah pupus dan terhakis
dikalangan mereka, aduh!!!!!!!! Sedih dukacita ambo kelih tengok, pemimpin
parti agama KNK tenggelam dengan kemewahan melampau. Mereka pemuka menjadi
pemimpin yang menguasai menunggang parti lama kita selepas PRU 13. PAN Malaysian
Islamic Party-PAS sekarang, samada mereka menjadi penunggang turus utama parti
bersekali penunggang kuasa penting KNK di Kota Darulnaim sekarang. Rakyat pengundi
negeri Kelantan Darulnaim ( Kelantan & yang bekerja bermastautin luar
Kelantan) sedang menyaksikan lakonan pentas mereka dalam melaksanakan perjalanan urustadbir
KNK cukup serabut. Penuh dengan mehnah cacamerba dan kongkalikong. Kerana minda
yang terkepong serta lompong yang dimiliki oleh Ketua Eksekutif KNK dan para
Exconya yang mandom. Mereka sengotinya sekadar hanya harimau kertas dan singa
pelastik .
Rakyat
sedang scan dan menilai pemimpin di Jalan Dato’ Pati dan di Kota DN yang mana
mereka telah gagal urus tadbir telus bersih KNK beramanah. Yang mana HISBAH
tidak ada dalam kamus pentadbiran mereka tempat timbangtara. Disudut pembahagian
hasil mahsul negeri milik rakyat, ianya berkisar dan beredar dikalangan sesame
sendiri yakni kroni, keluarga dan macai
walak setia. Hatta khazanah rakyat negeri Kelantan ini, tergamak kepimpinan
pucuk tertinggi PAN Malaysian Islamic Party-PAS berpusat di Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur, sanggup bersekonkol dengan pemimpin PAN Malaysian Islamic
Party-PAS di Jalan Dato’ Pati Kota Bharu. Mereka macam singa lapar - buaya
membedal, pakat bageh lombong di GM siap dengan plan tanda dan solat hajat.
Mereka berbalah tentang bagih tanah di RP, memanjang pakat telanjang londeh panau kurap mereka
ke Mahkamah Tinggi Kota Baru, ianya nyata bukan auta.
Penguasaan
KNK sekarang, kelemahan yang berligar dipejabat Kota DN, mereka kini berdepan
dengan siri saman, tidak cakna dan angkoh dalam mengendali untuk menangani perbincangan-perundingan
dengan pihak luar yang membabitkan perjanjian projek. Ego dan angkoh tidak
bertempat. Kini mereka KNK kalah memanjang dalam perbicaraan dimahkamah dengan plaintif. KNK sekarang beriringan dengan akhbar perdana Utusan Melayu
yang menjadi lidah resmi PAN Malaysian Islamic Party-PAS kini kalah memanjang dalam
saman dan perbicaraan. Diluar sana, mereka sesekali tidak berpakaian malu segan
silu dekat rakyat. Mereka tidak takut
dengan rasuah, pecah amanah dengan ikrar janji (baiah) angkat sumpah
memegang jawatan. Mereka tolak ketepi
dan khianatinya.
Mereka
tidak merasai bersalah dengan jawapan kepada pertanyaan Adun Pembangkang dalam
Dun. Jawapan dungu dan diberi. Jujurnya exco menjawab dalam persidangan di DUN, semuanya berkait rapat kerana cuai lalai tidak peka. Dungunya mereka dalam
memperinci pekemaskan butiran perjanjian untuk merelisasi sesuatu projek yang
dirancang untuk dilaksana. Banyak ending bertemu dengan perkataan tersohor
iaitu ‘tergendala dan gagal dilaksana siapkan’. Kerana dari awal dan penamat
projek dirancangkan mereka penuh dengan muslihat. Kemungkinan mereka
membelakang dan tolak keserambi, peranan Penasihat Undang-undang Negeri dalam perundingan
dengan pelabor. Untuk menasihat dan memberi pandangan disudut undang-undang, untuk
kepentingan khazanah rakyat negeri dipulihara tidak dikhianati. Mungkin selama
ini, perjanjian secara ghaib-misteri jadi keutamaan.
Seingat
ambo sah sampai saat dan detik ini, ambo masih ingat teman-teman ambo seluroh
jajahan di Kelantan yang mereka adalah saf utama penyokong dan pemimpin tegar
PAN Malaysian Islamic Party yang mewakafkan diri mereka hatta tenaga dan wang
ringgit. Berkurban untuk parti yang didukongi dengan kerengat air mata. Berdepan
denga tribulasi saki baki pemuda UMNO-Pemuda Tahan Lasak sejak zaman Senu Abdul
Rahman. Tidak perlu ambo bariskan nama mereka disini. Ketika itu ukhwah cukup
erat dengan kasih sayang, diantara satu dengan lain mengerti hadhir program
pati tidak ada pitih, dan yang mengerti masokkan pitih kesaku tanpa diminta.
Kerana kejujuran dan keiklasan. Ketika itu tidak ramai ustaz lebai dari timor
tengah sanggup dan berani terjun menjana perjuangan ini. Kerana mereka lebih
empok dan selesa sebagai penjawat awam. Pennsyarah, perguruan, PTD dan
sebagainya.
Premis
tersebut telah merekodkan sejuta khazanah politik PAN Malaysian Islamic Party -
PAS yang tidak direkod secara resmi dijadikan sejarah. Ambo baru 12 tahun tidak
diami buminya berada di SK PS. Ambo menyimpan banyak khazanah lama yang ianya
sah terpehat menjadi sejarah diri ambo selama semasa babitkan diri dalam parti
lama kita. Ambo simpan khazanah-khazanah lama seperti kertas kerja, makalah,
majallah khusus, manifesto PRU lama yang ambo simpan. Kerana ambo disitu ketika
itu menerangkan butiran manifesto dulu dekat pengundi.
Rupanya
pengalaman dan pengetahuan langsong selama membabitkan diri dalam PAM Malaysian
Islamic Party, berguna juga bila datang seorang
siswi sedang dalam proses membuat sarjana menemui ambo untuk dapatkan maklumat
untuk pengisian thesisnya. Ambo tanya sapa suroh jumpa saya. Sahabat Pak Sheikh
yang suroh saya berjumpa. Siapa Prof tersebut? Rupanya Ustaz Kamil Majid adik
Ustaz Mahmood Zuhdi menantu gemulah Mufti Haji Ismail yang pinta temui ambo.
Ambo yakin pemuka penunggang parti Islam PAN Malaysian Islamic Party yang
berada di Jalan Dato' Pati dan di Kota Darulnaim sekarang ini, manifesto yang
ambo paparkan ini, mereka tidak memiliki sendiri sekarang. Kecuali kalau nak
tunjukkan juga mereka dapat dari sumber lain bukan simpanan mereka, kerana
mereka bukan penunggang parti ketika itu dalam menghadapi PRU1978.
Detik itu,
ambo masih sah ingat Ayah Mat (TS Asri Muda) Dato' Nik Man, Cikgu Ahmad
Fakaruddin Abdullah, Cikgu Hussein Yaakob, Cikgu Wan Ibrahim, Cikgu Musa
Salleh, Che Weil Golok, Wan Islamil Machang, Salahuddein Abdullah, Nik Mohd
Kamil, Haji Saufi Othman, Omar Eletrik WCY, Jack Nik Amin, Peguan Che Hassan
Ishak, Wan Suleiman, Wan Ismail, Ishak Lutphi, Cikgu Zain Bachok, Wan Mat Semut
Api, Hashim Haji Omar, Haji Abidin Batu Gajah, Pak Nik Lah Arshad, Omar
Muhammad, Wan Jamil Wan Mahmood, Ustaz Halim Abdul Rahman, Wan Rahim Wan
Abdullah, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Wan Hassan Guchil, Jaafar Rawas, Ustaz
Mustapha Ibrahim, Mokhrat Salleh Pulai (maaf betulkan tempatnya di UK), Ismail
Market GM dan ramai lagi kalau ambo nak bariskan. Kemungkin pemimpin sekarang
telah melupai mereka semua, apa lagi nak ingat kebajikan kepada balu dan
anak-anak mereka tanya khabar.
Sahabat-sahabat
semua, dalam ingatan itu, ambo tidak dapat
tulis bariskan semua Adun dan AhPar parti lama ambo itu yang bertahta berkuasa sekarang.
Sesunggohnya mereka bukan tenaga pelengkap dalam mengharungi cabaran tribulasi
UMNO dalam menghadapi PRU 1978 dan PRU 1982. Jadi, kalau lidah mulut mereka
biasa kafirkan kita diantara peneroka pekerja parti 1978 dan 1982, nyatalah
mereka spesis menesia buta sejarah. Sesunggohnya mereka megah dan agas dalam
mewarnai politik Kelantan sekarang dengan pakaian sombong lagi angkoh. Semuga
pengikut baru parti lama ambo, usahlah kafirkan kami semua kerana anda bukan
wakil tuhan jaulah tuhan semesta alam dok kafirkan ambo dan teman2 ambo.
Dalam
manifesto itu, ianya amat comea, tetapi comenya intipati dan saripati manifesto
tersebut dan manifesto yang parti lama ambo bakal keluarkan untuk PRU14, ianya
amat bergadas dan berlawanan dengan akhlak dan prilaku pemimpin party lama ambo
yang ada lalanie. Sekiranya mereka nak lagi sekali bertemu mandat rakyat, pasti
rakyat hakim besar PRU 14 akan tolak mereka kesungai Sungai Kelantan. Kerana
mereka kini adalah penunggang saudagar agama mix dengan saudagar bangsa
mengundang kemusnahan besar kepada rakyat negara bangsa. Maaflah, ini adalah
rintihan orang lama dok saksikan sarkas politik parti lama ambo.
Kini, ambo,
isteri dan 2 anak, telah tambat dan ikat diri kami, yakni ambo sebagai parti ke
2 terakhir ambo menyertai bersama PARTI AMANAH NEGARA bersama-sama dengan
teman-teman ambo yang menubohkan PARTI AMANAH NEGARA. Ambo dan isteri, telah
ikat serta simpai perjuangan ini menghadapi sisa2 hidup yang berbaki dalam AMANAH,
Insha-Allah. Ambo berdoa, anak ambo 2 orang bakal tamat medic MBBS, ambo ingin
mereka berkhidmat dalam kerajaan baru negara dan negeri dibawah kerajaan
PAKATAN HARAPAN-PH, Insha-Allah.
Harapan
dan permintaan ambo, khususnya kepada Sdrku sahabat lama ambo Cikgu WARWA,
Ustaz Muhammad Hussein, Ustaz CIM dan Sdr Husham Musa sendiri. Sebaik-baik
dengan izin Allah AMANAH-PH dapat tuboh kerajaan Negeri Kelantan selepas PRU 14
nanti. Usah ambil masa panjang, anjorlah satu program taut kasih budi jasa
dikenang. Kalau mereka dan meninggal, jemput balu atau anak-anak mereka. Temukan
kembali semua teman-teman lama walau dimamah usia bertungkat berkereta surong.
Teman usang dan yang segar yang pernah membanting tulang tenaga kudrat dan
samas serial. Jemputlah dalam satu majlis kesyukuran khas untuk mereka. Kerana
firasat ambo, parti lama ambo akan kecundang sekadar bertahan dengan 8 KaDun
sahaja, maaflah kalau laju membuat keputusan PRU 14.
Maafkanlah
ambo, berbicara diluar kotak orang2 muda. Maaf ambo Cikgu WARWA, maafkan ana
Ustaz CIM. Maafkan ambo Puan Rohana Hana, maafkan ambo Embak Eda, Ummu Anis Abd Rahman. Marilah kita sama2 bertekad menjadi saksi sesama kita,
bahawa kita menjadi saksi dalam perjuangan dengan AMANAH ini adalah perjuangan
suci kita menyaksikan sesama kita. Subhanallah.
IBN ABDULLAH AL AWAB
24032017 – JUMAAT
(Edited dari fb semalam jadi rencana
pendek).