Friday, May 8, 2009

PELAKON DAN PELAGA
(Kembalikanlah kepangkal jalan-jangan mudah lupa)


Sejak akhir-akhir ini, saya menyaksikan ramai dikalangan pemimpin-pemimpin PAS sesetengahnya telah menjadi bertukar kepada pelakun diatas pentas. Sesetengahnya sudah tidak beralas dan berlapek ketika semasa mengeluarkan pandangan dan pendapat beralasan semata-mata untuk mendapat tempat menjadi pemimpin dalam mukatmar nanti. Semacam kita berada di Bursa Malaysia. Sedang melihat di Papan 1 atau 2 yang mana sahamnya sedang naik, dan yang mana sahamnya kian merudum. Tanpa terlebeh awal kita membuat penyelidekkan dan tinjauan tentang kualiti halal haramnya mengikut syarak dan dagangan apakah yang di dagangkan.

Begitulah saya melihat diantara pemimoin PAS yang telah menghampiri dan memasuki zon menawarkan diri untuk menjadi pemain dan pelakun dalam pemilihan di muktamar PAS kawasan dan lebeh hebat dalam Muktamar PAS Pusat ke53 di Stadium Melawati nanti. Fenomina fitnah, fenomina berkempen dan mengwujudkan blok-goup kepimpinan sebagai rakit kumpulan untuk mendaki dan menjawat kepimpinan dalam PAS. Ketika ini, kedengaran galak dan mengelegak suhunya mempersoalkan dari mana datangnya pemimpin itu? Ulamakkah dia? Profesionalkah dia, Koridor cokiakah dia? Tiga kategori ahli-ahli PAS yang dijorong ini, merupakan elemen kearah lemusnahan PAS mejadi perkasa dalam negara.

Selepas itu ahli-ahli dibawah melihat bila ramainya profesional dan feudal telah nampak Bukit Uhud ditawan PAS, maka mereka tokoh gergasi berpangkl Profesor, Profesor Madya, Datuk, Datuk Peduka, Datuk Seri, Ir, DR dan sebagainya. Mereka ghairah membicara fokaskan untuk merebut jawatan dari satu takah ketakah yang lebeh tinggi dari yang disandang kini. Seolah mereka punyai matlamat dan agenda dalam PAS. Saya melihat mereka tidak saja, dalam masa mereka untuk melonjak itu, mereka sanggup siku dan singong kawan, luku kepala dan sepak pungkoq kawan. Kadang-kadang perengkat songkok, kepiah dan serban kawan dipertikaikan.

Saya amat pelet dan amat heran diatas terbabas dan terlepas ingat hatta terlepas tindakkan. Ramai dikalangan pemimpin-pemimpin Perdana PAS, samada mereka dalam kawah ulamak atau mereka dalam periok profesional dan kita dari ahli pengikut koridor cokia yang tak pernah pasang angan-angan dan cita-cita untuk merebut jawatan tersebut yang menjadi buruan kepada Pemimpin Perdana PAS. Kadang-kadang dalam isi-isu yang tertentu, perkara-perkara tertentu di muatkan kedalam dada akhbar perdana milik UM No-BN, diputuskan pemimpin PAS ianya adalah FITNAH dan macam-macam lagi marahnya pemimpin Perdana PAS kepada Utusan Melayu/Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3-Media Prima.

Akhbar perdana dan media elektronik ini berniat dan bertujuan jahat kepada PAS dan kepada pemimpin, kata depa. Ayuh ajak ahli-ahli pulau dan baikot akhbar-akhbar tersebur dan baokot tok sah tengok lagi tv dan mendengar berita karut, berita palsu fitnah dan sebagainya, cukup hebat penentangan tersebut sngguh tutas. Hatta sanggup buat bantahan demonterasi setengah-setengah pemimpin itu, berkelon asap dan marak api kerana membakar akhbar-akhabr tersebut. Nak tunjuknya marah dan bahayanya akhbar perdana tersebut kepada PAS dan pemimpinnya. Alhamdulillah, ahli dan rakyat bergembira melihat begitu hebat dan konsistannya pemimpin dalam menjaga maruah parti (PAS) bersekali dengan pemimpinya.

Tetapi, dalam musim Pas sedang memasuki zon muktamar untuk pemilihan mencari pemimpin atau apa-apa juga pemimpin untuk menjana masej kepada ahli dan rakyat. Ketika itu pemimpin kita berubah warna dan berubah marah dengan senang. Mudah lupa dan sengaja terlupa, mereka inilah dulunya yang tanjai bakar UtusanMelayu, bakar Berita Harian, Sinar Harian. Orang yang samalah juga, pemimpin ulamak, pemimpin profesional dan pemimpin feudal ketika mereka bergelut naj jadi calun dalam mendapat mana-mana jawatan yang ada dalam PAS, mereka gunakan medium media Perdana UM No termasuk RTM dan TV3. Mereka tinggalkan HARAKAH sebagai gedung menyalor pendapat mereka.

Lambat saja wartawan RTM, TV3 & Media Prima sua mikrofon, maka bijak bicaralah mengeluarkan macam-macam, bla blaaaaaaaaaaaa. Kadang-kadang disitu lah fitnah berpunca. Mereka dalam nak naik diri mendapat tempat, tak pa nak guna medium yang pernah mereka caci marah dan membakarnya seperti akhbar perdana, RTM, TV3 dan seumpamanya. Jenis apakah ini pemimpin? Kita ada Harakah, pemimpin PAS gnakanlah gelanggang dalam harakah untuk membulat dan perkasakan pemimpin. Bukan memperkasa dan memperkosa dikalangan kita dengan menggunakan lidah musoh kita berada dalam Utusan Melayu, Berita Harian dan RTM serta TV3.

Fenomina inilah rakyat koridor cokia dibawah pening menyaksikan fael dan telatah beberapa elit kumpulan pemimpin diatas sedang belakon diatas pentas. Apa lagi mereka mempunyai jawatan besar dalam kerajaan PR. Ia dijadikan pas-tiket untuk menjadi pemimpin utama. Sampaikan jangan abaikan kita ADUN, AP kepada pengundi dan rakyat. Ini amat merbahaya, sebab 3 taun lagi kita akan menemui pengundi dan rakyat semula. Sat sat boleh, sat sat tak boleh. Tidakkah RTM, TV3-Media Perima itu merupakan juara lembu pelaga, juara pengadu dumba kepada Pemimpi PAS untuk bergasak sesama snedir?

Mereka telah berjaya berperanan dan berkesan melagakan macam kerbau dikalangan pemimpin kita yang ahli pengikut koridor meyaksikan cabaran dan tuduhan membogelkan diri pemimpin sedang live berjalan. Hentikanlah semua ini. Kembalikanlah kepangkal jalan, sama-sama kita berfikir.

Tegurun di pagi Jumaat.

Maaf dengan teguran Pemimpin-pemimpin.

Wasallam.
IBN ABDULLAH AWAB – 7.40pagi 8 Mei 2009

Thursday, May 7, 2009

SAKSI REAKSI DAN MENGERTI

SAKSI REAKSI DAN MENGERTI DENGAN FAHAMI NEGARA KINI.


1. Saksikanlah wajah sebenar dalaman PM6 DS Najib, One Malaysia- Satu Malaysia. Pelaksanaannya adalah tersasar dan payah diterima termasuk realiti dalam UM No. Temberangnya nak satukan UM No pun terkial-kial. Bukan UM No Pusat. Nak satukan UM No Terengganu gagal, nak satukan UM No Kedah menjadi padah. Nak Satu UM No Perak berselerak berak dan semua UM No negeri-negeri telah dibelah dan dikerat, macammana nak satukan One Malaysia-Satu Malaysia, ini adalah wap baru mula jawat PM saja.

2. PM6 DS Najib takdak bayang ka, ada bayang ka dirinya, kini nampaknya didepan la ni banyak bercakap fasai dasar negara macam mantan lagenda usang PM22T. Kadang-kadang sokong, kadang-kadang pekong PM6 DS Najib. Banyak dah lagenda mantan PM ni godam pasai Kabinet tomyam PM6 ni. Awas kot-kot jadi koleh macam Tun Lah, serba salah ditibai semacam oleh Tun Dex ini. Takut PM6 stamina dan kudrat pupus.

3. Tengok hari ni 7 Mei 2009, UM No sememangnya memiliki pengikut dan ahli yang bacul dan ahli bergerak bertindak dengan upah rasuah dalam semua, baju t, tambang, makan n air botoi. Nak harap dekat Pekida dan Omar Din leteh dan depa tau semuanya mau upah. No upah, no kerja. Bila bacoi tak dak penyokong pemimpin UM No tau sangat hal ni. Sebab tu dari malu diluar donia tengok UM No-BN dah pupus penyokong-pengundi di Perak, maka jalan tutup malu kreatkan isu keselamatan Perak.

Hakikatnya keselamatan melindungi maruah UM No. Immuniti dari Polis menjadi raja gila pelindung pengampu UM No tegar khusus dalam Perak la ni. Menjelmakan hakikat “Satu Malaysia; Rakyat didahulukan” maka tangkapan borong lawan kepada UM No dibuat oleh agensi immuniti UM No dari Polis dan KDN tangkap pemimpin PAS, DAP, PKR dan NGO. Semboyan baru satu tindakkan UM No-BN untuk selamatkan kerajaan haram kudeta. Satu Malaysia menjadi Negara Polis brandy UM No berpresidenkan Najib dengan sepupu Menteri Dalam Negeri dan Tongtong-penyu Menteri Pertahanan,

4. Menteri Penyu-tongtong. Siapakah menteri penyu-menteri tongtong tersebut? Kena tau ni menteri penyu-menteri tong-tong adalah sekor tong-tong atau penyu boleh bertelor pulohan dan ratusan biji telor dan menetas kembali menjadi penyu atau tong-tong. Pongpong, kong kong kali kong, menteri tongtong dan menteri penyu adalah DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bila Menteri Penyu – Menteri tongtong bersabda akan mengwujudkan setiap kawasan Parlimen pasukan/kem Askar Wataniah cap Dacing-sarong keris (ibu tong-tong/ibu penyu) menjelang PRU13 ni, untuk apa? Sebaik ibu penyu-ibu tongtong ini dibesar diletakkan di setiap kawasan Parlimen. Lepas tu dia akan bertelor berpuloh dan beratus ekor, apa? Itulah pengundi PENGUNDI POS UNTUK modai tambah dalam menyelamatkan UM No di PRU13 nanti. Menteri Penyu/Menteri Tongtong taok sah bagi alasan ikan kepala busok, aku dan rakyat PR dah nampak, UM No pun tau tekiar tekki M Penyu ini. Ehh!!!! Ehh!!! Menteri Penyu.

Mudahan-mudah pembaca blog ini, jangan simpan marah kepada saya diatas lebeh 120 rencana dan gurindam anda membaca menerima dan mencercanya. Kalau mulai besok ia tidak menjelma, makanya rohnya dicabut oleh pemilik membenarkan kita membuka blog melunasinya. Hukm alam karma kesihatan boleh kita menghadapi dengan izin Allah, tapi dana hayat blog tenggelam dan lemas dan luputlah sementara/kekal Tinta Al Awab.

Walau pun untuk diperkata tentang Perak, PKR N12 Penanti, hari guru dan belangsung kapa pimpinan kita, maaf semua.

DI NOTA:

TALIHAYAT AKHIR – DANA HAYAT BLOGKU TERBABAS, BESOK NADI SARAFNYA DISEMBELEH 8 MEI 2009 – MAAF PADA SEMUA, DOA-DOALAH KESIHATAN SEHAT N HAYAT BLOG MAMPU DISAMBUNG TAKDIR DILORONGKAN ALLAH, ALLAH MENGUASAI DAN MENGATUR SEMUANYA. KEPADA PEMBACA BLOG INI, AMPUN MAAF, PENGIKUT AMPUN MAAF.
– ibn abdullah al awab. Mungkin sementara saja lepas ni tiada 016 – 4606 324

Wednesday, May 6, 2009

NAKKAN SEKEPING ROTI, KILANG DAN LADANG GANDUN DI BAKAR

PENANTI – NAKKAN SEKEPING ROTI, KILANG DAN LADANG GANDUM DI BAKAR


Untuk menyempurnakan tajuk besar, yang selayaknya dikoyak dan dikupas oleh blogger lima bintang, tidak pengulasan yang disajikan oleh blogger cokia koridor seperti saya, tentulah umphnya sekadar nilai terompah atau macam kasut Jepun (selipar Jepun). Tetapi selagi manusia adalah manusia, ilmunya layak atau tidak orang macam saya ini beban dan ketegaq. Maseh mahu mencelah memberi pendapat, maafkanlah diatas sikap ini.

Saya telah menerokai dan bergurindam khusus dalam turut membabit dikala awal membincangkan berkait dengan PRK N.12 PENANTI yang pasti berlaku seperti tarikh diumumkan oleh Pengerusi SPR baru-baru ini, walaupun neraca digunakan semasa memutuskan terjadi PRK dengan menggunakan timbangan DACING . Samada PR melalui PKR menang tanpa bertanding diluar penyertaan UM No-BN atau berlawan bertanding dengan calun bebas proksi UM. Nampaknya begitulah.

PM6 DS Najib dan TPM TS Mohyaddin Yassin, sementelahlah Pengerusi Perhubungan UM No Pulau Pinang yang baru menggantikan anak jati Pulau Pinang sebagai Perdana Menteri YAB DS Abdullah Ahmad Badawi, lanie mantan PM dengan gelaran feudal baru YA Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi – Tun Lah. Digantikan dengan anak Perak jauh jawatan dalam kerajaan lebeh rendah dari PM5 DS Abdullah Ahmad Badawi mengetuai UM No PP. Diganti sekadar Menteri Pertahanan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Saya tinjaukan sejenak tentang ini sekadar mengacah untuk mendapat info balas dari pemuka-pemuka pemimpin UM No Pulau Pinang untuk menyetujui atau menyanggah pandangan saya ini:-

1. Matlamat PM6 DS Najib untuk menghapus kikiskan bayangan penguasaan cengkaman Tun Lah keatas pemimpin UM No Pulau Pinang.

2. Presiden UM No DS Najib tidak mempercayai dan mengiktiraf pemimpin-pemimpin UM No PP yang berjasa selama ini sebelum PRU12 untuk memimpin kepimpinan UM No PP yang menang di 10 kerusi DUN dan sepasang batu nisan perkuburan, termasuk yang kalah tetapi berwibawa.

3. Memberi peluang menebus dosa yang dilakukan oleh DS Dr Ahamd Zahid merampaskuasa menjadi Timbalan Pengerusi UM No Perak sekali gus berperanan berjasa sebagai timbalan kudeta dan penubuhan kudeta MB haram kudeta, yang pohon restu rakyat di Bukit Gantang UM No-BN dilongkang terlentang.

4. Serta sebagai penguasa ke3 dalam UM No, lari meninggalkan tahii jamban pusing dan jamban terbang di Perak agar kesah kudeta tersebut tidak dipalit dikaitkan dengan Nain Presiden Kanan UM No tersebut.

Walauapapun saya kembalikan pembicaraan saya dengan tajuk : NAKKAN SEKEPING ROTI, KILANG DAN LADANG GANDUM DI BAKAR. Tajuk ini, ianya menjadi kiasan kepada saya, dengan dipadukan terhadap telatah Mantan Ketua- Ketua Baru Dewan Pemuda PAS PP dan PAS Kawasan Permatang Pauh menuntut kehendak akar umbi, yang menjana akar serabut kepada PAS PP dan PAS Pusat. Mereka telah pacak, mecacak mati tanjai dan hindek dua seta tumang kedalam bumi. Tinggi semangat, kuatnya jihad menuntuk hatta memaksa untuk meletak calun PAS dalam PRK N.12 Penanti.

Sebelum saya melanjutkan bicara rencana ini marilah sejenak, sekalipun kita saorang hafiz, kita pemimpin besar kawasan dan negeri dan mempunyai pengikut dan penyokong akar umbi yang tegar. Sudi-sudilah kita menoleh dan mengambil iktibar dari peringatan pemilik bumi langit dan angkasaraya untuk menjana minda dan keputusan tindakkan kita, yang ianya releven sampai hari kiamat.

Sesungguhnya kita terpaksa dan wajib mewarisi tugas kepimpinan sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W, tidak telunjuk lurus kelingking berkait. Justeru untuk menjadi pemimpin wajarlah berdepan dengan hakikat hukum fitrah bagi mendapatkan ganjaran yang baik menerusi ujian susah-payah seperti kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecah ruyung tidak dapat sagunya.

Kejayaan dalam memberi dua pengertian besar mengikut tuntutan masa dan keadaan. Pusingan keadaan menentukan melarikan diri adalah dayus - bacul dan haram. Tetapi disana dalam masa-masa tuntutan tertentu menarek diri dan tidak diperalatkan lebeh besar ganjaran dalam membina muslihat awam yang lebeh besar dijaga pulihara hatta dapat di lindungi muslihat awam yang lebeh besar. Hal-hal inilah perjuangan nafsu payah untuk akor dan menerima diterjermahkan oleh gulongan cerek pandai dikalangan intelektual tidak diperengkat gurkha menerimanya.

Ujian kandas dan gagalnya perjuangan itu Allah s.w.t. menggariskan bahawa manusia akan diuji sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ankabut ayat 2: Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata: "kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?."

Manakala firman Allah yang lain dalam surah al-Baqarah ayat 214: Maksudnya: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu?. Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehinggalah berkata rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersertanya; "Bilakan datangnya pertolongan Allah?. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah".
Allah terus melakarkan kepada kita semua dengan firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 22: Maksudnya: "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan dibumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab kami (pengetahuan kami) sebelum kami jadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".
Dan menerusi ayat yang lain "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, yang demikian ialah limpah kurnia Allah diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besa (Surah al-Hadid ayat : 21)
Kepada kepimpinan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh. Saya ketengahkan satu soalan jujor cepu emas kepada anda. NAKKAN SEKEPING ROTI, KILANG DAN LADANG GANDUM DI BAKAR? Berkerat rotan berpatah arang maukan juga bermati-matian bertegang urat untuk merampas N.12 Penanti dari PKR untuk ditandingi oleh PAS? Tiindakkan anda semua samalah umpama berjaya mendapat sekeping roti yang bernama N.12 Penanti dimakan dicicah dengan teh tarek. Tetapi dalam masa yang sama anda juga berjaya dan sukses membakar kilang roti bersekali dengan ladang gandumnya bersekali. Iaitu meruntuhkan dan meranapkan kerajaan PR di Kelantan, di Kedah, di Selangor di Pulau Pinang?

Selanjutnya anda semua untuk menutup terus peluang kerajaan PR kembali dengan izin Allah berkuasa di negeri Perak Darul Redzuan? Kelantangan dan kesungguhan anda memutuskan untuk merampas dan meletakkan calun PAS di Penanti, ramai dikalangan rakyat penyokong PR tidak merestui dan membantah sanggah kerjahajat dan kerjabuat anda semua. Untung setahil laba rugi sekoyan. Saya tidak mau lagi mengimbau apa yang keras keng anda perkatakan melalui medium media. Seolah-olah anda gembira perkasa dengan keputusan anda tersebut. Hakikat sebenarnya anda mendapat sokongan dan dukongan penuh dari lawan kita UM No-Bn, menjana kerap kipas api berlawanan dan bertekak dengan PAS dan pemimpin tertingginya, itulah yang jelas saya nama dan tafsirkan.

Keputusan anda kepimpinan PAS pusat dukacita yang amat sangat dan kesal dengan tindakan anda DP PAS PP dan PAS Kawasan Permatang Pauh. Anda telah speed terlalu laju dijalan yang bengkang bengkok seperti ular tedong selar dan melakukan pusingan u – u turned. Seolah-olah jalan kampon lebuhraya PAS pemandunya adalah DP PAS PP dan PAS Kawasan Permatang Pauh sahaja? Serta tidak mempunyai pengguna di jalan kampon dan lebuhraya tersebut, lantas sesukahati anda memacu PAS untuk dicucuk di tandu?
Amaran dan nasehat PAS Pusat kepada anda dengan melihat skop yang luas bukan skop kepompong N12 Penanti sebagaimana cair anda manipulasi dan ketengahkan dengan seribu alasan dan seribu hujjah untuk membenarkan tuntutan anda. Anda perhatikan keputusan resmi PAS dikeluarkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Cikgu Pa sebagaimana paste sepenuhnya dibawah:-

PAS larang ahli lawan PKR di Penanti May 5, 09 1:06pm - PAS kekal dengan pendiriannya melarang ahlinya bertanding menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti demi menjaga semangat setiakawan. "Kita tidak akan izinkan orang kita bertanding atas tiket bebas melawan parti komponen," Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dipetik berkata selepas perjumpaan tertutup dengan kepimpinan PAS Pulau Pinang di Butterworth malam tadi.

Sebelum ini, Pemuda PAS negeri dan kawasan Permatang Pauh mendesak parti meletakkan calonnya dengan alasan akar umbi tidak berpuas hati dengan tindakan ADUN PKR Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusinya.Mustafa meminta anggota parti itu tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imej parti kerana keputusan telah dibuat sebelum ini iaitu mana-mana parti dalam gabungan pembangkang yang telah bertanding di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum lalu berhak meletakkan calon mereka sekiranya berlaku kekosongan kerusi itu atas sebarang sebab.
"Bagaimanapun, kita boleh berbincang jika parti yang bertanding sebelum ini tidak bersedia untuk meletakkan calon mereka pada pilihanraya kecil," katanya.Mustafa berkata, beliau akan memaklumkan perasaan dan suara akar umbi PAS Pulau Pinang yang mahukan parti itu bertanding kepada pimpinan tertinggi parti pada mesyuarat bulanan 10 Mei ini dan juga kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya telah mendengar dan memahami kehendak mereka dan saya juga telah memberi penjelasan mengenai alasan kita tidak bertanding di situ. "Bagaimanapun, kedudukan kerusi pada pilihanraya umum akan datang boleh dibincangkan," katanya.Turut hadir pada pertemuan itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, timbalannya Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Pemuda yang baru, Mohd Yusni Mat Piah

Manakala YB Tuan Guru DS Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS telah menegaskan, “Pegang janji kita dengan DAP dan PKR. PAS tidak perlu letak calon. Ini keputusan parti dan saya yakin kita boleh terima keputusan ini. Kita sudah matang, saya tidak fikir ada ahli kita yang akan sabotaj di Penanti” Pendapat dan pandangan pemimpin utama sebagai PRESIDEN PAS MALAYSIA yang memimpin partinya, ianya lebeh mengetahui dan arif dari anda dalam hal ini. Nasehat dan amaran kepada yang terlibat wajarlah diterima dengan dada yang lapang suci murni sesejuk zam-zam diperigi.

Bagaimana Mursidul Am PAS Pusat YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz, mengistiharkan kepada umum sikapnya yang tegas dalam kemelut Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh, menegaskan, “Kita kena tau itu kawasan siapa. Kalau kawasan PKR, PKT-lah. Itu perjanjian yang telah kita buat. Walaupun PAS Pulau Pinang nak bertanding kita kena balik kepada perjanjian”.

Tidak ada kilas dan khilaf diantara Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz, hattapun selari dengan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Cikgu Pa (aku kenal Cikgu PA sebagai Ketua Pemuda-ku dulu hatta sempat berketua dengan Haji Abdul Wahab Yunus). Apakah maseh lagi DP PAS PP dan PAS Kawasan Permatang Pauh mengatasi tiga arahan ini?

Kenyataan Presiden dan kenyataan Tok Guru Mursidul Am, ianya mematikan sangkaan dan tuduhan beberapa pehak yang merendah dan menaikkan membuat perbandingan dalam apa-apa diantara kedua-dua pemimpin ini. Tok Guru Mursidul Am dan Tuan Guru Presiden adalah intan permata yang telah kita canai dan kita sepuh lebeh 50 tahun dan kita letakkan mereka berdua dipersada tahta memimpin kita. Sokonglah mereka, kita wangi dan kita berbaiah dengan kudus agar bahtera PAS umpama bahtera Nabi Nuh yang menyelamatkan umatnya dulu dalam peristewa banjir dunia yang direkodkan dalam Al Quraan.

Maaf! Sehingga kini, saya tidak pernah melihat dan menyaksikan betapa kasih dan sayangnya umpama dari saorang anak kepangkuan ayahnya setiap kali berjumpa dengan memeluk merangkum, mengkucup dahi pipi kiri kanan dan mencium tangan Tok Guru. Ini keiklasan yang terpancar diterjermahkan oleh Presiden Pas YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi kepangkuan Mursidul am Pas YAB Tok Guru Nik abdul Aziz Nik Mat. Inilah sekian kasih sayang terpehat diantara mereka berdua umpama bolt and nuts. Setiap kali mereka berpelukkan setiap itulah deraian air mataku menitik, kenapa?

Aku inginkan menterjermahkan kasih sayangku kepada mereka berdua, penghalangnya adalah aku seorang cokia blogger koridor-kakilima yang jahil tukil, dan kedapatan kadang-kala ada penghalangnya untuk aku merapatkan diri untuk lakukan itu semua sebagaimana ku lakukan kepada Almarhom abahku. Mungkin rinduku kepada pelukkan kaseh sayang Almarhom abah akan terubat dengan aku memluk dan mencium pemimpin ku ke dua ini.

Akhirnya saya berseru kepada DP PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatng Pauh, undurkanlah kebelakang, putuskanlah dari hasrat bertanding kerana ianya lebeh baik dari segala-galanya. Itulah kemenangan anda yang sebenar iaitu patuh dan akur dengan pandangan dan arahan pemimpin tertinggi PAS. Sekiranya anda engkar dan degil, sememangnya jalan gugur dalam perjuangan ini luas terbentang. Istihar keluar dari PAS dan bertandinglah diatas batang tubuh anda sendiri sebagai calun bebas dan sesekali jangan seburkan PAS kena mengena dengan anda. Ayuh bertandinglah. Cari pengkeras RM5,000, pencadang, penyokong dan saksi dihari pernamaan calun bertandinglah anda.

Keputusannya pengundi dan rakyat akan sempurna memangkah. Tapi ingat tatkala anda memimpin usah libat dan sebatikan nama anda dengan PAS. Ketika itu Sabtu, ahad, Rabu Khais baru ku tahu, selama ini aku disokong kerana aku adalah aku; atau aku disebabkan PAS. Berfikir dan sama-samalah kita fikir-fikir.

Dipenghujung kalam dari :

IBN ABDULLAH AL AWAB

Rabu 6 Mei 2009 – jam 10.10pagi




Sunday, May 3, 2009

Posted by Picasa

MENYUNSOR JALAN PINTAS

MENYUSOR JALAN PINTAS, TETAPI BERLIKU – DURI PEDUKANG KEPALA BUSOK; HAKIKAT UM No-BN DI PERAK.

Silih berganti naik turunnya mentari, pasti berlakunya kemaraan hari dan tarikh menjadi tua dan meningkatnya setiap usia dan umor dari semua jenis mahluk sedunia, dalam bumi, di mana mana juga . Semuanya tidak ada kuasa diatas dunia fana ini mampu mengganggu sanggah kerja Allah ini. Walau sekalipun seluruh manusia dunia dan di planet, hatta dengan kuasa besar dunia bertindak bersatu minda dan bersatu tenaga dan kekuatan untuk menghalang tuanya umur dan usia dunia dari terus berpusing dan beredar, mengikut perentah arahan Allah. Sesungguhnya pastilah, tidak temampu dilakukan oleh manusia.

Ianya pasti berlaku samada mau atau manusia menolak, mengeluh dan menafikannya. Sebagaimana tabie keatas perubahan berlaku kepada setiap perempuan, perubahan dari kanak-kanak menjadi dara sunti, remaja berpinggang kerengga, monipus dan tua usia, menjadi ketakutan wanita. Ketakutan yang tidak dapat di elak dan melarikan diri. Ianya pasti akan di hadapi. Maka sanya ketakutan dan kengerian begitulah yang melanda UM No-BN negeri Perak Darul Redzuan sejak 6 Februari 2009 sehinggalah disaat saya membicara rencana ini.

UM No-BN menghadapi dan berdepan dengan ketakutan dan badi musibah yang akan terus menghampiri dan menghantui diri dan punak pribadi Zambry mamak pedukang. Samalah juga umpama ketakutan hakiki dan ngeri sekali dengan menyebut sahaja Altantuya Shaaribu dan peledak C4 dikalangan pimpinan utama negara mengikut berita dan ceritanya. Apalagi beban memikul serta cuba menjalankan kerja-kerja tugas haram MB haram dari produk haram rampasankuasa yang dikepalai oleh kepimpinan utama negara lanie iaitu DS Najib dan Menteri Pertahanan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi keatas negeri Perak Darul Redzuan.

Begitulah episod kerja-kerja rampasan kuasa haram dan episod menaja penubuhan kerajaan haram UM No-BN sejak 6 Februari 2009 dalam penuh peristiwa yang penuh dramatis. Umpama Zorro dan paling tidak ala Rambbo telah berlaku di Negeri Perak Darul Redzuan. MB haram UM No-BN yang haram itu, umpama sembilang pedukang hidup yang di kelar-kelar badannya, dalam memikul bangkai bewak hidup yang ditinggalkan kepadanya oleh kepala perampas kuasa yang cemar dan mencemarkan. Itu PM DS Najib dan M Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi. Sebaik-baik mereka berdua di pileh oleh ahli-ahli UM No menjawat peneraju utama dan penguasa mutlak ke3 rangking-haraki genggaman penguasaan dalam UM No baru-baru ini.
Diantara langkah awal dan tindakkan sulong adalah melepaskan reba dan duri kerkuk, beban diri terus keluar serta bebaskan dari memikul - cursed black stone - batu hitam sial dan sumpahan rakyat Perak keatas mereka berdua. Iaitu melarikan diri dari tanggungjawab hasil perancanaan kerja cemar haram lagi buruk cemar, dalam sesi kronologi merampas kuasa yang tidak dapat diselesaikan di Perak. Sekalipun UM No-BN dikelilingi immuniti yang pakej komplek di dapati mereka UM No- BN. MB haram mamak pedukang, dalam kerjausaha untuk menimbul dan mewangikan bangkai yang menusuk dirinya sebagai MB haram dan kerajaan UM nO-BN haramnya, yang terpaksa pula berdepan dengan tarikh lupus – tamat.

Maka bertambah ketar dan menggigil, macam gila babi sampai usaha mendapatkan pertolongan dari para dukon, pawang dan bomoh untuk pelimun ADUN dikalangan Kerajaan Sah PR. Keliru dan bercelarunya untuk mendapat pengesahan dari mahkamah untuk menghalalkan haram jawatan MB yang disandangnya yang telah berlanjutan 3 bulan. Rakyat telah kotakan menolak dan kelongkangkan MB haram ini bersekali kerajaan haram UM No-BN dalam referendum rakyat di PRK P.59 Bukit Gantang pada 7 April yang lepas.Rakyat Perak tengoklah betapa celaru dan kelirunya apabila jalan pintas dikehendaki MB haram Zambry di mahkamah terhadap saman Zambry.

Tetapi Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi. Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.

Kali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan. Hakim-hakim tersebut dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah didengar di Mahkamah Tinggi minggu ini. Jelas percanggahan antara apa yang diikrarkan oleh Ahmad Kamal dalam afidavitnya dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Mohd Nizar dan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 Februari 2009.
"Saya menegaskan bahawa semasa saya menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan, saya tidak pernah menyatakan dan tidak memaklumkan, dan tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan bahawa terdapatnya kehilangan kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar oleh majoriti ahli-ahli DUN. Saya juga tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. "Merujuk kepada afidavit penasihat undang-undang, saya menyatakan bahawa versi Datuk Ahmad Kamal berkenaan apa yang telah berlaku adalah salah dan tidak tepat," kata Sulaiman ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar.

Beliau juga berhujah Ahmad Kamal telah mewakili Zambry apabila kes itu disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof pada 18 Februari. "Datuk Kamal telah mewakili Zambry dan ini jelas menunjukkan yang beliau tidak bersikap berkecuali," kata Sulaiman. Justeru di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata ia mengharapkan bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad. "Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu)

Apa yang berligar di Perak sekarang ini, adalah rentetan mempertahankan kerajaan haram UM No-BN Perak yang bermenteri besar haram mamak pedukang Zambry yang akan berhadapan dengan lupus umur persidangan DUN Perak yang sampai tahap wajib. Mamak pedukang MB haram bukan saja bergelut menyembah susun jari merokok memohon dan meminta restu sokongan rakyat rakyat, sebagaimana rukuknya jenis manusia hipokrit mantan MB Perlis Shahidan Kassim mengucup tangan PM iaitu kepala perampas kuasa di Perak baru-baru ini, yang memual lagi memuntahkan seperti muntah badang. Gelagat pemuka, pengampu UM No untuk terus mencengkam menjadi lanun negeri dan negara. Sama-samalah melihat mereka ini.

Samalah saya umpama dan kiaskan disini, akan apa yang telah dikerjakan oleh DS Naib dalam mengepalai merampaskuasa dan menubuh kerajaan haram UM No-BN yang ditolak oleh sekelian rakyat kerana menjatuhkan kerajaan PR yang dipileh oleh rakyat melalui PRU12. Samalah saorang itu mendirikan solat tanpa berwuzuk. Pakaikanlah pakaian tutup aurat macammana sekalipun mengikut sunah Rasulallah serta bermandi minyat atar (menggunakan jubah dan minyak attar curi). Rakaat pertama khatam surah Al Baqarah dan rakaat kedua khatam surah Yusof, penuh dengan khusyuk bacaan. Tetapi solat itu tetap tidak sah kerana ianya tidak dalam berkeadaan berwuzuk dalam keadaan sedar mendirikan solat.
Begitulah cara menubuh kerajaan UM No-BN adalah menerusi melanun haram rampasankuasa. Menubuhkan kerajaan juga sudahpasti kerajaan haram UM No-BN secara merampaskuasa juga. Maka pastilah akan berlanjutanlah kerja-kerja haram yang melanggar perlembagaan dan undang-undang negeri Perak akan dihadapi oleh MB haram Zambry dari UM No-BN. Mereka pasti membelakang kelangit, perentah-perentah mahkamah yang cuba menyekat kehendak nafsu serakah Zambry mamak pedukang disaat ia perlu mendapat pengesahan mahkamah tentang suci bersih dirinya. Termasuk beliau maseh percaya fungsi DUN mesti dihidupkan untuk umurnya berbaki sebagai MB haram jadah yang dipegangnya hampir mencecah 3 bulan yakni kurang 3 hari.

Sebaik dukun dan pawang memutuskan, sebelum hasil jampi serapah langkah penyelamat mengikut menghalalkan cara adalah puleh dan mesti berada didewan sebelum luput luput edah. Maka MB haram akan terus menjanakan kerja-kerja haram untuk menyelamatkan jawatan haram yang disandangkanya itu. Iaitu Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia akan bersidang 7 Mei ini.Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker.

"Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar). "Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini.Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan. "Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya.Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut."Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang.
MB haram membuat keputusan terdesaK dan sesak nafas kerana dihadapannya adalah jurang dalam beracun sedang menunggu serta ledakkan peletup lebeh dahshat dari C4 akan UM No-BN menghadapinya. Iaitu DUN Perak akan luput tarikh kalau tidak diadakan persidangan genap 6 bulan pada 13 Mei ini. Diatas fktor itulah MB haram UM No menjadi keruan dan gila haluan dan gila dalam tindakkan disudut menyelamat keadaan dan menyelamatkan diri dan kerajaan haram terus berfungsi haramnya. kalau tidak silap saya. Menteri Besar haram UM No-BN Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak melalui pintu istana dan Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak melalui arahan dan panggilan Speaker melalui notis lazim dibuat.

Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. Mamak pedukang terus tidak menghurmati dan mematuhi, wajib baginya patuhkan setelah mahkamah putuskan kedudukkan haramnya menjawat MB haram yang akan dibicarakan pada 4 atau 5 Mei 2009 iaitu besok atau lusa. Tetapi penjenayah tidak berpegang kepada undang-undang dan peraturan. Sebab itulah haram pekerjaan, haramlah juga jalan keluar dicari dan di temui mamak pedukang Zambry cambry pada 7 Mei 2009 ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidang pada 7 Mei ini walaupun kes semakan kehakiman mengenai siapa Menteri Besar yang sah yang difailkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih belum diputuskan mahkamah. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak adalah sah selagi mahkamah tidak membuat apaapa keputusan berkenaan pelantikan beliau ke jawatan itu."Tuan Yang Dipertua Dewan mesti mengiktiraf dan menghormati pelantikan kami sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Untuk mengenjur dan melanjutkan kerajaan haramnya dan jawatan haramnya menjawat MB haram, maka istana terus digunkan oleh mamak pedukang ini. "Sebagai Menteri Besar, kita memberi pandangan dan kuasa yang terakhir untuk menentukan bila tarikh persidangan dewan diadakan ialah Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Sultan yang menentukan tarikh itu (7 Mei)," katanya. Sementara itu, Zambry berkata beliau menerima dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam yang menolak notis usul yang difailkan beliau di bawah Fasal 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff memutuskan bahawa pertikaian antara Zambry dan Mohammad Nizar mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi. Zambry berkata beliau sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak Zambry berkata, tindakannya memfailkan notis usul berkenaan adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh Mohammad Nizar.

Rakyat ingin melihat mahkamah dalam sesi perbicaraan di Mahkamah tinggi untuk mahkamah dalam membuat keputusan Menteri Besar Haram UM No-BN dijadikan halal menerusi pintu mahkamah sekali pun rakyat telah menolak menyatakan ianya kerajaan haram rampasan kuasa dan Menteri Besar haram dan diterjermahkan tutas di PRK P.59 Bukit Gantang melalui referendum dan melalui bukit Selambau.
Sama-samalah kita saksikan untuk besuk Selasa 4 Mei, lusa Rabu 5 Mei dan tulat 6 Mei yakni hari perbicaraan di MT fasal MB haram sekarang di Perak. Bagaimana kesnya yang berserabut macam akar serabut dan cacing kerawit mampu beliau untuk memintas secara haram dengan melalui pintu istana memohon ehsan atau paksaan untuk membuka pintu DUN PDR melalui cara-cara haram dan hitam bermesyurat wajib.

Kita tunggu dan kita saksikan kronologi yang berikutnya.

Rencna di buat oleh: Ibn Abdullah Al Awab.
Isnin - 3 Mei 2009 jam 3.10ptg.

Saturday, May 2, 2009

N.12 PENANTI: ANTARA MENANG ANGIN DAN MENANG HAKIKI

Kadang-kadang dalam kita ghairah, bersemangat kerana sifat kita atau disatukan pula dengan tolakkan dan anjakkan dari pengikut setia kita dalam memperjuangkan sesuatu perkara, maka kita melihat dan memutuskannya adalah terbaik. Tanpa kita memikirkan apakah kesan dan resiko yang jauh lebeh besar dari apa yang kita putus tentangkan dengan menafi dan menidakkan kuasa-kuasa dan peraturan yang mengikat kita di perengkat bawah ini, yang wajib akur dipatuhi.

Justeru saya mengingat iri saya dengan Allah memerintahkan kita umat Islam agar benar-benar bersaudara. Asas persaudaraan dalam Islam, bukanlah sekadar hubungan kekeluargaan, atau suku sakat sesuatu bangsa sahaja, bahkan ia merupakan satu ikatan akidah yang cukup kukuh dan utuh, Firman Allah dalam surah a-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: " Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".

Menang atau tewasnya sesuatu perjuangan atau sesuatu pertandingan, adakala masa ketentuan kalah menangnya dipastikan penyertaan tersebut menerusi pertimbangan dari juri atau hakim yang memutuskan ianya menang atau kalah secara muktamat yang ditauliahkan diawal-awal lagi. Samada ianya disenangai terhadap keputusan hakim dan para juri yang dibuat, itu adalah penerimaan penolakkan atau penerimaan oleh mana-mana pehak.

Termasuklah dalam kategori menang kalau itu, bukanlah kerana kita gah dan berpuas hati selepas kita berjaya menunaikan kehendak nafsu kita dan kumpulan menunjukkan heronya kita, tegar berpendirian, mempertahankan akarumbi, akarserabut dan akartunjang dengan bangga perkasa sebagai pahlawan. Sedangkan tindakkan kita dalam masa yang sama kita sebenarnya mencipta penentangan besar kepada induk negeri dan induk pusat dan dalam pakatan memulihara induk yang lebeh besar dari itu.

Pimpinan yang mewakili PAS Kawasan Permatang Pauh kalau ianya mendapat mandat 100% sokongan ahli sekalipun atau Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendapat juga sokongan 100% dari sokongan AJK Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, maseh jauh ketinggalan sokongan dari sokongan dan dokungan rakyat dan ahli kepada Tok Guru Mursidul Am dan Anggotanya. Sokongan negara kepada Peresiden PAS dan AJAnya disemua Dewan-dewan jauh perbandingan seperti langit dan bumi sokongan yang diperolehi oleh Pimpinan PAS Permatang Pauh dan Ketua Pemuda PAS PP.

Apa yang saya nampak 5 hari ini, kejayaan PAS Permatang Pauh atau Ketua Pemuda PAS PP merupakan kejayaan angin yang gah dengan mendapat sokongan dan galak puji dari musoh. Sedangkan Ketua Pengarah JPP Pusat yang bertanggungjawab mewakili PAS induk pun telah menyatakan keputusan penentangan dengan keputusan solo yang bersifat invidualistik itu ditolak. Sekalipun kita melihat saolah-olah PAS Permatang Pauh dan Ketua DPP PP adalah wira menuntuk dan mempertahankan hak. Dalam masa yang sama sekalipun diatas apa alasan mereka telah bertentangan lawan langsung dengan kepimpinan PAS Negeri Pulau Pinang dan PAS Pusat.

Bentuk dan cara yang berbeza, masa yang berlainan, keperluan dan tuntutan secara terdesak tanpa kita terlebeh awal, mendapatkan maklumat yang tepat dari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, dari S/Agong PAS Pusat atau Penggarah JPP Pusat terlebeh dahulu, sebelum kita membuat keputusan bantahan dan menolak berkaitan penyertaan PRK N.12 Penanti dengan menggunakan saloran media ketika Pakatan Rakyat memerlukan solid keputusan dan tindakkan dalam satu fokas, satu tindakkan, satu selogan dalam mengisi menghadapi PRK N.12 Penanti berlawan bertembong dengan UM No-BN.

Ertinya kepimpinan PAS Permatang Pauh dan Ketua PP PP memutuskan pekara besar PAS diluar kota kebenaran, sokongan dan pengiktirafan dari PAS Pusat disudut menjaga pulihara muslihat negara dan kepentingan keutamaan Pakatan Rakyat yang lebeh utama dari kepentingan PAS dan Pemimpinnya di Permatang Pauh.

Sekarang dihadapan Pimpinan sahabat-sahabatku PAS Permatang Pauh serta Ketua Dewan Pemuda PAS PP, lebeh besar dari yang mereka pertahankan adalah keiklasan perjuangan besar yang berkaitan dengan akhlak dan nafsu terus membara iaitu memohon maaf kepada kepimpinan lebeh tinggi disemua perengkat diatas laju yang lajak, derasnya keputusan dibuat baru-baru ini. Mudah-mudahan keputusan besar itu akan memulihkan penghurmatan tinggi kepada anda semua ditas sifat kita berorgansasi dan ikat mematuhi dalam menjana persafahaman yang lebeh penting kehadapan.

Akhirnya demi semuanya maka kita benamkan sifat sombong dan suka menyebar fitnah serta menghasut dan menghalang seseorang daripada mematuhi pemerintah diputuskan di perengkat negeri dan perengkat pusat. Sikap suka mendedah dan memburuk-burukan keburukan dalaman sehingga membawa kepada permusuhan dan menggugat keharmonian sesama sendiri dalam masyarakat terpinga-pinga. Lebeh jauh dari itu leburkanlah sikap mementingkan diri sendiri dan perasaan tamak sehingga sanggup mengadai dan menjual kepentingan PAS Negeri, PAS Pusat maruah ahli dan rakyat
Catatan sebelum dzuha: IBN ABDULLAH AL AWAB
Semalam 1 Mei 2009. adalah tarikh kelahiran isteriku. Selamat menyambut ulanglahir Ummi ke 45, mudah-mudahan kita berjaya mengharungi gelombang hidup dan kita berada dalam alun ombak besar menimpa negara yang memerlukan perjuangan.
2 Mei 2009 - 7.16pagi

Friday, May 1, 2009

N.12 PENANTI:SEMANGAT YANG BERGELEGAK MENDIH, DINGINLAH SEKETIKA.

N.12 PENANTI:SEMANGAT YANG BERGELEGAK MENDIH, DINGINLAH SEKETIKA.

BERTEMULAH DISATU TITIK; CARI MUSOH TULIN, LAWANLAH!!!!!.

Menerusi blog sahabat blogger, saya menemui berita kembar sehubungan dengan PRK N.12 Penanti, keduanya dari PAS. Kedua-dua berita kembar tersebut, saya pastekan keperluan sebahagian diantaranya, untuk memudahkan semua pehak mengikuti info berita kembar tersebut. Serta masing-masing menoleh pula kepada titik pandangan saya, Inshaallah.
Sebagai orang tua yang tidak buta matahati, tidak pekak pendengaran, tidak lompat mengikut paluan gendang. Hatta bergerak dan bertindak tidak bantuan menerusi bunyian tiupan serunai, paluan gong dan rebana, semata-mata semua itu anjakkan untuk menggerak dan untuk kita bangun bertindak.

Sebagai orang tua juga, saya tidak akan taburkan garam kunyit diatas luka yang terperuak, sudah tentulah luka tadi akan bersekali dengan tuannya jeritan menahan kesakitan, sekalipun pandangan kasarnya ianya untuk berubat. Garam kunyit adalah baksin sesuai untuk dibubuh lomoq kepada ikan keli yang dikelar atau ketulan ayam untuk digoreng. Luka terperuak tadi sewajarnya walau sekalipun sakit seketika, wajarlah ia dituangkan dengen spirit, atau tok kita dulu boh gula kopi dan barut cara lama atau di sapu idion atau luka tersebut di jahit oleh doktor pakar, maka akhirnya akan sembuhlah ia, Inshaallah.

Kadang-kadang sesuatu itu menjadi kalut, kerana kaedah dan penyelesainya dilakukan tidak diatas paksi keiklasan sejati tulin. Adakalanya ianya menerima jual beli diatas angin tanpa melihat barang yang akan di beli. Siapa penjual dan taraf qualiti serta standard sesuatu barang kita nak beli itu. Dan kita pula bertujuan untuk menjualnya kepehak yang lain, yakinkah keaslian ketulinannya?

Maka disini kita tidak perlu dengung paluan gong untuk membeli, atau menggunakan tiupan angin topan pula untuk menjual.Sebelum ini, saya cuba membendong diri saya disuut menasehati iri saya sendiri, dan saya panjangkan terus untuk sama-samalah kita membuat penilaian dan muhasabah. Dengan merenung betapa pertelagahan diri dalam sesuatu persatuan atau pasukan, disebabkan matlamat pribadi diletak dipuncak agar pengikut memperjuangkannya di atas nama perjuang dan akar umbi.

Pastilah ianya akan mengundang pertelagahan dan menuju kehancuran bermasam muka dan lebeh jauh dari itu kesannya. Sesiapa sahaja yang bernafsu besar, serta memasang pelana cita-cita tinggi diluar kerezaan Allah menjadikan PAS ditungganginya sendiri atau agen-agennya diatas kejituan perjuangan dan macam-macam gagasan yang harum mewangi berlari sebaris dengan perjalanan politik diluar dari real PAS. Musibahnya dulu, kini dan selama-lamanya, watak-watak tersebut gugur dari kamus perjuangan harakah PAS. Saya saksikan ini kebenarannya.

Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana pemimpin yang terlibat dengan politik wang, tamak kuasa, mengutamakan puak dan keluarga, dan gila wanita adalah penyebab utama tumbangnya kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Persoalan besar timbul ialah jika pemimpin sendiri berpecah belah dan terlibat pula dengan amalan-amalan buruk, maka bagaimana ia mahu menyuruh rakyat bersatu padu dan berakhlak mulia?.

Rasulullah s.a.w menegah umat Islam daripada meminta-minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa satu ketika Abdul Rahman bin Samurah telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w. Mafhumnya: “Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan”

Hadith ini menjelaskan bahawa dalam Islam, jawatan pemimpin adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia bukan suatu status yang direbut bagi mendapatkan sanjungan dan keistimewaan tertentu. Oleh sebab itu, Islam menegaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh ditagih-tagih mengikut desakan naluri dan nafsu semata-mata.

Info menerusi blog semalam Rabu 29 April 2009, berkaitan dengan: PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta. Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi. Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:

"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini. Ditanya sama ada keputusan tersebut bermakna PAS kawasan tersebut tidak akan membantu PKR dalam pilihanraya kecil 31 Mei depan, Omar berkata:

"Kita baru lepas mesyuarat agung kawasan, dan pilihanraya (kecil Penanti) lambat lagi... ada 25 hari lagi. 'Tunggu arahan. "Kita tunggu arahan selanjutnya daripada (kepimpinan) PAS kawasan (Permatang Pauh)'. Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.Tindakan tatatertib "Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ," katanya.

Kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut. Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: "Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri".

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.Ditanya sampai bila pembekuan jentera pilihanraya tersebut, Omar berkata: "Sehingga keputusan PAS kawasan seterusnya". Lagi pula, kata beliau, pihak yakin dengan kemampuan jentera pilihanraya PKR untuk mengekalkan kerusi DUN Penanti. "PKR mempunyai jentera tersendiri dan yang terkuat dalam Permatang Pauh," kata Omar. Ditanya mengenai kemungkinan PAS kawasan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS pusat, beliau berkata: "Kita tak fikir lagi (mengenainya) kerana kita mengutamakan kehendak akar umbi".

Di atas apa bahasa sekalipun, apa hujjah bernama alasan yang dikeluarkan untuk kita mempertahankan - defending apa yang telah kita lontar dan cakapkan keluar secara terbuka untuk diketahuai orang ramai serta ditujukan khusus kemana-mana pehak (ibu induk PAS – induk PKR hatta PR). Kadangkala cara kita bertindak dan berurusan itu, ianya macam merupakan gugusan permohonan, peringatan atau lebeh kahadapan menjelma bertukar kepada ugutan. Untuk apa? Untuk bermatlamat mengenggam apa yang dikehendaki dan apa yang dihajat tercapai. Mulanya adalah seperti api dalam sekam, lanie menjadi abu angin.

Janganlah kita bersembunyi dan berselindung di belakang seutas benang hijau diatas alasan, "Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ". PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta. Adakah PAS Kawasan Permatang Pauh ini terlucut dan terlepas tidak punyai sebarang ikatan dengan perlembagaan PAS?

Atau sudah merdeka anda serta berdaulat terpisah dari Badang Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang hatta lebeh dari itu memisahkan diri dari PAS Pusat PAS Malaysia. Untuk siapakah anda letupkan peluru tersebut? Untuk mencederakan PKR? Atau anda hendak robekkan PAS? Atau anda menggunakan baju PAS Permatang Pauh untuk menghancurkan PR? Semuanya memerlukan jawapan. Kerana tindakkan PAS Permatang Pauh tidak mencermin dan mendapat galakkan dan sokongan dari PAS Pulau Pinang dan PAS Pusat.

Tidakkah lebuhraya sehala PAS Kawasan Permatang Pauh terus menemui Presiden YB TG DS Haji Abdul Hadi Awang, tanpa merujuk atau bersama-sama PSJ negeri ke Jalan Raja Laut. Apakah salur galuran peraturan kita berorganisasi telah kita ikuti dan menjadikan displin di antara penyumbang dan penjana memperkukuh dan memperkasakan harakah PAS kita? Patuh kepada disiplin parti, patuh dan walad kepada pemimpin tidakkah ianya di tuntut? Berkocak air ditelaga, pengalaman pengail lama; dia dah tahu jenis ikan dan jantinanya yang mengkap tadi? Demekianlah apa yang telah dibuat oleh kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh.

Usahlah kita mengambil kesempatan untuk memperaga yang kita adalah jenis tegar mempertahankan tuntutan ahli-ahli PAS untuk bertanding dalam PRK N.12 Penanti tersebut. Kilat dalam kilau pemimpin PAS Pulau Pinang dan Pusat hatta orang lain dapat membaca speed dan coner kita. Tindakkan anda di Permatang Pauh atas nama PAS KPP ianya hakikatnya menjadi barah dan nanah kepada beberapa individu yang cuba menjadikan PAS kuda tunggangan mereka. PAS bukan kuda tunggangan sesiapa, ingatlah peramatan tersebut. Sejak penubuhan PAS sesiapa sahaja hatta mantan beberapa Presiden, Timbalan dan Naib Presiden serta YDP, yang mereka lebeh keras, lebeh hebat perjuangan mereka dari Pas itu sendiri.

Akhirnya mereka terbabas dan lip pok lip pok duduk dalam UM No dan mati dalam UM No, saya boleh peturunkan satu persatu tokoh-tokoh PAS lebeh hebat dari yang memimpin PAS di Permatang Pauh. Semua pemimpin bertaraf itu, sememangnya PAS tidak layak dengan anda, akhirnya saya merasai lambat laung anda terpaksa membawa diri, kerana PAS tidak akan tunduk dengan mereka. Kerajaan, wakil rakyat ADUN atau MP boleh ada dan boleh tiada. Tetapi PAS wajib ada di muka bumi Allah Malaysia ini diatas paksinya. Saya simpulkan untuk penguasa sementara di Permatang Pauh yang macam cuba menjadikan PAS sebagai ladang, hentilah.

Sebilangan besar di kalangan pengikut PAS, ahli-ahli PAS, tidak terkecuali diperengkat cawangan-cawangan dan Kawasan-kawasan, sering mendengar, “Besar sangat ka Perlembagaan PAS tu yang wajib kita ikut dan patuhi?”. Dulu sampai sekarang masalah iru dibangkitkan untuk menghalalkan cara tindakkan dan kehendak suara hati kita sebilangan dikalangan ahli-ahli. Saya pernah menjawab pertanyaan tersebut dalam tahun 1982 di Dewan ZM, 1960 Jalan Dato’ Pati, Kta Bharu kepada suatu pertanyaan dari peserta bersama saya berganding dengan Almarhom Peguam Haji Che Hassan Che Ishak saya menjawab, bagi pehaknya kepada keras keng peserta mangkok hayun dari Pulau Gorek Tumpat (Ianya menjadi sahabat saya yang ikrab selepas itu).

“Kalau anta merasai perlembagaan PAS dan peratoran tidak penting untuk mengurus dan mendidik ahli PAS dalam tatatertib berorganisasi, sekarang sila anta baca Fatehah, ikut suka hati anta, agak-agak boleh tak. Kedua anta sayangkan anak atau adek sunti comea, tak bagi dia kahwin takut punah dapat tok laki rimau, jadi bolehkah anta guna dan pakai sendiri? Atau kertiga, ya sengoti isteri anta, mentang-mentang isteri bini anta segak comea lotea, dah nak tunjuk hebat tahan lama, jadi bolehkan anta melayari, tuntutan sex berahi anta bersama isteri ditempat terbuka disaksikan oleh penonton yang ramai?

Dalam mengiringi tindakkan yang dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta. Dalam permainan berpolitik ianya untuk mendapat nilai, pasaran dan untuk mejadi pahlawan. Semuanya tindakkan PAS Permatang Pauh, kepimpinan PAS Pulau Pinang dan Pusat hatta semua dewan-dewan, tidak akan membela anda. Maruah dan harga perjuangan itu lebeh tinggi dari penentangan, gertak dan sikap negatif yang diambil. Untuk 3 hari ini pemimpin PAS KPP menerima rugi hatta pemimpin Pulau Pinang dan Pusat memedam rasa dengan anda.

Untuk KDP PAS Pulau Pinang yang berkeras dengan selogan Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini. Sukakalah saya bawa cerita dalam tahun 1974 dimana apabila ramai dikalangan pemimpin PAS menyanggah kepimpinan PAS ketika itu, berakhir mereka keluar dari PAS dan mereka bertanding sebagai Bebas Bersatu (tak perlu saya detail dengan peturunkan watak dan aksi) di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Justeru diatas realiti tersebut sekiranya Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mengatakan Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini. Kata mudahnya saya terjermah calun yang layak itu adalah KDPPPP sendiri adalah calun terlayak iaitu Mohd Hafiz Mohd Nordin, maka jalan terbentang luas untuknya adalah bertanding lah anda sebagai calun bebas. Anda akan tahu letak duduknya. Sokongan undi kerana batang tuboh atau kerana PAS yang keramat itu. Fenomina ini bukan saja anda alami lanie tetapi peyakit ini sejak dulu dan saya saksikan dengan mata lendir sendiri dalam PRU 1974.

Pertelagahan diri dalam sesuatu persatuan atau pasukan, disebabkan matlamat pribadi diletak dipuncak agar pengikut memperjuangkannya di atas nama perjuang dan akar umbi, ianya akan mengundang pertelagahan dan menuju kehancuran dan berpecah, masam muka dan lebeh jauh dari itu. Sesiapa sahaja yang bernafsu besar, serta memasang pelana cita-cita tinggi diluar kerezaan Allah menjadikan PAS ditungganginya sendiri atau agen-agennya diatas kejituan perjuangan dan macam-macam gagasan yang harum mewangi berlari sebaris dengan perjalanan politik diluar dari real PAS dulu, kini dan selama-lamanya. Orang sebegini amatlah mudah untuk mereka tanpa merasa malu melantik proksi atau agen dalam usaha mendapatkan penyokong dan kuasa.

Allah s.w.t telah mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melaui teladan sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubat ayat 128: Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman.”
Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 142:Maksudnya: “Dan berkatalah Musa kepada saudaranya Harun: Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.”

Mudah-mudahan saya mengharapkan kembalilah masing-masing ke pangkal jalan. Demi untuk kita merempuh dan bertentangan dengan musuh pasti kita dalam jaloran politik negara kita dengan wadah PAS diatas keluarga besar bernama Pakatan Rakyat, Alhamdulillah.

Nota dicatat orang tua: IBN ABULLAH AL AWAB.

6 Jamadilawal 1430 / 1 Mei 2009 – 2.00pagi