Monday, May 11, 2009


WIRA PR DUN PERAK – APA PUN HAKIM MEMBUAT KEPUTUSAN
ALLAH ADALAH TEMPAT KITA BERGANTUNG MUTLAK
RAKYAT AKAN MENGAJAR UM NO-BN DI PRU13 NANTI.


Kini, tidak saya saorang yang sedang menunggu keputusan mahkamah kedudukkan sahnya Menteri Besar Perak DR diantara MB haram UM No-Bn Dr Zambry Cambry 150cc dengan MB sah rakyat Pakatan Rakyat YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin sebagaimana diwar-warkan kurang sejam dari sekarang.

YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah mengajar kita ahli-ahli PAS dan PR dalam menerima dan menangani kesabaran dalam berdepan dengan kezaliman, kekejaman lanun dan samseng di dalam dan di luar DUN Perak DR.

Wira-wira PR dalam DUN Perak, kami sentiasa bersama anda dengan pertolongan apa yang ada dan mengikut keupayaan kami memilikinya. Kami mengharamkan diri kami yang bersyahadah membiarkan anda 28 dihina dimalukan oleh bajingan UM No-BN.

Rakyat adalah HAKIM BESAR DALAM PRU13 YANG AKAN MENGAJAR UM NO-BN, SUPAYA SAMSENG DAN LANUN MEREKA DISIMPAN DALAM ARKIB NEGARA DAN DIMUZIUM TAIPING.

Sama-samalah dalam menghadapi UM No-BN ini akhlak ADUN PR Perak wajarlah kehadap dari mereka UM NO-BN, sebagaimana sabda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana sabdanya : Maksudnya : “ Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ” ( H.R. Thabrani )

Untuk sahabat ADUN berugama Islam pacak iman dengan taqwa dengan iman yang mantap Maka kerana itulah keimanan yang mantap adalah penting sebagai penghalang daripada terjerumus ke lembah lemah semangat menjemput tewas dalam perjuangan dan jangan syirik dengan Allah. Biarkanlah kita mengatur perjalanan hidup yang selamat dan diredhai Allah s.w.t.

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 2 : Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah ( bertawakal )”.

Firman Allah dalam surah Lukman ayat 13 : Yang bermaksud : “Sesungguhnya perbuatan syarik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 110 : Yang bermaksud : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.

( Surah al-Hujurat ayat : 15 ) Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.

Mudah-mudah, inilah yang terdaya dan termampu alfaqirrullah ana Ibn Abdullah Al Awab, mengiri dan bersama-sama menanti keputusan, dan sentiasa berdoa.

Jam 1.50th isnin 11 mei 2009

Sunday, May 10, 2009

MEMERHATI, MENELITI, MENGIMBAU KEMBALI-

MEMERHATI, MENELITI, MENGIMBAU KEMBALI –
NGERINYA UM No-BN MENDEPANI PAKATAN RAKYAT.

Membelah Pandangan.
Mendepani dan menyusur menyaksikan perjalanan, perati sambil tengok pengisian negara kita dalam semua aspek, disudut duka dan gembiranya. Fenomna aksi dan reaksi anjakkan evelusi perubahan dalam pegangan anuti berpolitk kepartian sejak PRU1990, tibalah kepada ketika PRU tahun 1999. Jelas evolusi berlaku dikalangan semua komposisi kaum. Melayu, Cina dan India di Semenanjong. Cetusan rasa dan peralehan menjadi menjadi mengapor dan matang, ketika rakyat membuat keputusan dalm PRU12 pada 8 Mac 2008 lalu. UM No-BN telah melakar sejarah memerentah negara kita dalam beberapa kategori dan tahap keupayaan dan penerimaan rakyat/pengundi kepada UM NO-BN. Suka dan dukanya diterima rakyat dan dialami oleh UM No-BN itu sendiri menghadapi cahaya dan suramnya.
Tahap Pertamanya UM No-Perikatan cap kapal layar, di alam mendapat pengaroh dikalangan rakyat. Sejak sebelum merdeka dan peristiharan permashoran merdeka bernama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia, sehingga akhir tahun 1968. Tahap kedua pula UM No-Perikatan menghadapi penentangan rakyat dan penolakkan rakyat keatas UM No-Perikatan di perengakat negeri-negeri Semenanjong. Sebaik sahaja selesai PRU1969. Ianya berkesudahan dengan mengundangnya peristiwa hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei (tidak bertujuan untuk membincang punca, dan siapa watak utama membuka gelanggang 13 Mei). UM No-Perikatan gagal untuk menubuhkan beberapa kerajaan negeri.
Makanya untuk terus berkuasa, maka UM No-Perikatan terpaksa bertindak memanipulasi rakyat dan negara. Justeru, mereka membuka venue-panggong baru. Panggong untuk sambongkan talihayat walau di luar gelanggang demokerasi yang di agongkan merka. Maka tindakkan alternatif yang negatif (dalam kamus demokerasi berparlimen) dengan bertindak secara madatori kepada rakyat dan negara. Yakni membolehkan UM No-Perikatan melalui baju buruk ganti dipakai baju baru untuk meneruskan hayat memerentah negara. Melalui pintar dan putar UM No/Perikatan cukup drastik bertindak menerusi pintu tertutup belakang, iaitu dharurat negara dengan menggantung perlembagaan negara dan perlembagaan negeri-negeri diganti dengan peristiharan Majlis Tindakkan Negara-MAGERAN. Mageran berkuasa penuh dalam meneruskan memerentah negara.

Diatas nama Mageran selama kira-kira hampir 6 tahun. Negara berada di luar kotak demokerasi dalam meneruskan kesinambungan memerentah. Diantaranya timbulah RUKUN NEGARA distharkan dan DEB dekemukakan. Dalam masa inilah sepenuhnya UM No mengambil dan menggunakan sepenuhnya berperanan menguatkan kembali cengkaman dan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat. Dicelah-celah inilah sekembalinya Pengarah Mageran Almarhom Tun Razak dari melawat negara China, dengan menemui pemimpin besar komunis ketka itu. Iaitu Presiden China Mau Tze Thong dan Perdana Menterinya Chou Eng Lai. Maka terbentuklah Kerajaan Champoran yang PAS bersama-sama dengan UM No/Perikatan. Akhirnya wujudlah tahap lebeh besar dan zon selesa iaitu lahirnya BARISAN NASIONAL - BN. Disuasana zon selesa inilah UM No-BN cemerlang menghadapi PRU 1974 dan PRU1978.
Dalam menikmati zon selesa inilah UM No-BN mula bertukar wajah dan arah mengisi perjuangan bertukar arah dan kiblat dengan UM No-BN memperkosakan sepenuhnya DEB. DEB menjadi mangsa kepada keseluruhan Bumiputra dalam peluang mendapat bahagian DEB. Negara melalui DEB telah melahirkan dikalangan pemimpin UM No-BN dengan UM No Putra, India Purta dan Cina Putra. Mereka membelakangkan urat nadi rakyat yang mengangkat mereka (UM No-BN) menubuhkan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. Rakyat yang memerlukan pembelaan total dalam keperluan asas infastruktur. Dikalangan pemimpin UM No, MCA, MIC dan lain-lain, mereka berlumba dalam perlawanan jarak dekat dan jarak jauh perlumbaan mendapatkan rampasan kekayaan dan pangkat.
Iaitu aktif dan terancang mereka membina istana dan vila, membesarkan gedung perniagaan dan merampas semua peluang kerajaan untuk rakyat di rampas dan dimonopoli oleh kepimpinan UM No-BN. menghimpun harta dan melungguk harta menjadi utama keperluan. Disamping mengejar meligan dana dan harta karun, merek jua gila gelaran elit Datuk, Dato’, Tan Sri dan Tun. Bercambah macam kulat tumbuh diatas tahi kerbau-tahi lembu dibendang padi dalam tahun 60han-70han padi semusim diusahakan sebaik hujan kapak keranji mula turun. Fenomina ini memisahkan pengundi, UM No-BN dengan rakyat. UM No berpaut hidup dengan mengugut Kerajaan BN mendpat semua peluang dalam bumi, diudara angkasa dan diatas muka bumi. Pemimpin gila kuasa, gila betina dan gila harta.
Mereka tua di padang golf, di hotel *****. Minum breakfast, lunch dan dinner di kopi house cafe ternama. Hebat mereka ketika itu. Imbau-imbaulah ingatan kita. Pangkat dan kekayan melampau melahirkan mereka pemimpin hotel dan pemimpin korporat. Beli undi dan beli peluang secara rasuah berhadaapn berterangan dihadapan pegawai dan pejabat BPR. Sampai di awal tahun 1980 UM No menghadapi perebutan kuasa dan UM No dibelah kepada beberapa kabilah. Bertentangan dan berlawan menghunuskan keris sampai tahap mahkamah. Akhirnya UM No menjadi haram, parti yang haram seketika dihukum oleh Mahkamah Tinggi disebabkan beberapa kesalahan faktor utama yang berlaku kepada UM No. Maka pupus dan berakhirlah UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar.
Ini adalah hakikat yang direkodkan oleh sejarah negara keatas UMNO. Adapun UMNo Baru sekarang, adalah UM No yang diasaskan oleh Tun Dex untuk membolehkan dirinya terus mendapat sokongan dari parti yang baru diasaskannya sendiri iaitu UM No Baru sebagai pelengkap menjadi Perdana Menteri dngan menafikan peluang kepada musoh no wahidnya TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. Apa pun nak diperkatakan tetapi UM No sekarang bukanlah UMNO diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar pada tahun 1946. Kuasa dan cengkaman ditangan akhirnya manipulasi hakikat dinafikan.
Akhirnya sumpah realiti dan kepelbagaian silap mata maka seolah-olah UM No baru tersebut macam UMNO asal dan mendapat perakuan Pendaftar Pertubuhan. Maka manipulasi lawak sejarah dibuat dengan mengatakan UM NO ditubuhkan Tun Dex adalah kesinambungan UMNO asal, “pelawak bedeah” kata orang Kelantan. Biarlah semua itu.
Mereka menghadapi zon selesa sejak 2003 – pertengahan 2007 dibawah Mr clean Tun Lah. Leka dan lali dengan pujian. Rakyat dijadikan mangsa Pemimpin-pemimpin UM No-BN bermaharajalela mengaut khazah dan harta rakyat dengan rakus. Menghimpun dan melunggok tanpa belas kasihan kepada rakyat dan merasi tidak bersalah melakukan semua jenis rasuah. Ketika inilah kem PLKN negara ditubuhkan dan kem-kem dalam UM No mengiringinya kepada beberapa kem dan kem-kem perengkat negeri dalam UM No-BN. Berterusan berentap dan bertinju dalam UM No-BN dengan kepimpinan tertinggi mempertikai dan melondeh, membogel pimpinan sesama UM No yang lain. Sampai tahap dan perengkat seolah-olah mereka berdepan dengan lawan dan musoh diluar UM No-BN. Sakan depa berlawan.
Dalam keadaan itulah UM No-BN terpaksa menghadapi PRU12 pada 8 Mac 2009. Akhirnya dalam keadaan bergelomang dengan korap sengkela, hiv serta ingau hantu Altantuya fenomina peledak C4 dan naga beracun Tingkat 4 KementerianPM$. Ketika itulah UM No-BN menawarkan diri menghadapi PRU12 dan mereka mendapat jawapannya dari rakyat dan pengundi. Iaitu kejayaan dicapai dengan kecundang terterap hilang kuasa di bebrapa negeri dan gagal mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen dan di Negeri Sembilan. Lebeh malang ramai menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen yang tewas dikalangan pimpinan kanan UM No-BN pusat dan perengkat negeri macam dilanda topan tsunami. Sememangnya di Semenanjung UM No-BN telah kalah tersungkur. Hanya simpanan tetap dari Sabah-Serawak menyelamatkan hayat UM No-BN dalam Negara. Ini maklumat benar dalam negara.


51 Tahun Memerhati UM No/Perikatan/BN
Saya tidak berniat untuk menempelak dengan menghukum dan pasang sangkaan jahat kepada UM No-BN. Tetapi ianya adalah pemerhatian bebas saya yang saya melihat sendiri. Selama saya melihat dengan mata kurniaan Allah, Allah jua menganugerahkan otak dan akal kepada saya untuk berfikir. Maka minda saya membicarakan mengikut versi saya tentang apa yang dihadapi dan apa yang wajar UM No berusaha mengatasinya. Saya tidak mencampori rumah tangga UM No. Oleh kerana UM No-BN maseh menjadi kerajaan dan pemerentahan negara maka itulah hubungkait rakyat dengan kerajaan dan parti yang mendukungi kerajaan wajarlah kita melakukan pemantauan muhasabah kepentingan bersama untuk negara.
Gelanggang ini adalah terhad untuk diperincikan dengan hujah dan fakta-fakta. Maka saya cuba sedaya upaya merengkaskan maklumat ini. Sesungguhnya perpaduan dan kerjasama serta bermacam-macam selogan yang disajikan untuk rakyat melalui semua media resmi kerajaan, ianya adalah seruan dan selogan yang tidak mampu serta terdaya disebati dan dihayati untuk solid diterjermahkan menjadi kenyataan dalam batang tubuh UM No- BN sendiri. Semua informasi dan selogan diwar-warkan macam tiupan sentuang tandok kerbau zaman dulu sekiranya musibah menimpa kampong, dimaklumkan tiupan rentak dan tingkah tiupan masyarakat dulu telah mengetahui jenis musibah dan kampongnya, hebat orang-orang dulu iTnya. Umpama tuang air diatas daun keladi, tak lebeh sebagai retorit sahaja.
Bersatu dan kerjasama UM No dalam parti-parti komponan dalam BN cuma diperengkat zahir-luaran kulit sahaja. Tidak diperengkar azam dalaman dan kepercayaan tulin dalaman dalam duduk memerentah. Ini adalah maklumat benar tidak sebagai fitnah. Saya imbaukan untuk menguatkan hujah saya, dengan melihat realiti UM No/Gerakan-BN di Pulau Pinang. Sejak kerajaan Perikatan Pulau Pinang yang di kuasai oleh MCA, UM No dan MIC diawalnya. Kerjasama dan azam mereka adalah dihujung lidah perpaduan yang terjalin. Ianya lebeh terserlah benderang dalam masa kerajaan BN Pulau Pinang yang diketuai oleh GERAKAN sejak Tun Lim Chong Yu lebeh ketara tajam perkauman kerajaan BN di zaman TS Dr Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.
Hujahnya, tolak ansor dan kepercayan tidak terjalin dan terserlah dalam BN diantara GERAKAN dan UM No di Pulau Pinang. Dalam satu masa sejarah politik negeri Pulau Pinang menyaksikan, UM No yang mencapai kemenangan lebeh banyak kerusi DUN dalam PRU mengatasi GERAKAN. Gerakan tidak memberi peluang dan laluan kepada UM NO untuk mengetuai dan mengepalai menubuh kerajaan BN dengan jawatan KM disandang oleh UM No. Begitu jua UM No tidak mempunyai keberanian Melayu sesuai setaraf dengan nama partinya dan kekuatan politik. Jauhlah azam politik tulin untuk meminta dan mendesak mendapatkan hak untuk merasai nikmat mengetuai Kerajaan Pulau Pinang. Kenapa dan mengapa?
Untuk menjawab kenapa dan mengapa, ianya bertitik tolak diatas kenyataan yang diantara UM No dan Gerakan tidak akan memberi laluan dan memperakui kepada UM No menjawat Ketua Menteri. UM No boleh berhak mendapat peluang yang terlepas dahulu untuk merebut jawatan KM Pulau Pinang, sememangnya UM No alim dengan fakta ini. Pasti sebaik sahaja KM UM No Pulau Pinang mengangkat sumpah dihadapan Gavenor, pastilah, sejajar dengan mengangkat sumpah UM No menjadi KM, mengiringina sedang sedia menunggu dua cabaran terbuka luas dihadapan kepada KM UM No tersebut sekiranya direalitikan dahulu. Iaitu undi tidak percaya dari ADUN Gerakan, MCA, MIC dan DAP ketika itu. Ini adalah pasti.
Ataupun semua ADUN dari Gerakan, MCA, MIC ketika itu akan mengumumkan keluar dari BN dengan menganggotai parti baru bersama-sama dengan DAP. Maka bakal kerajaan KM UM No itu pasti hancur, tinggal ADUN UM No akan menjadi pembangkang dalam DUN Pulau Pinang. Oleh mengelak berlakunya ranapnya UM No dalam Pulau Pinang, UM No yang mempunyai ADUN dari jenis spesis shemale takut untuk menuntut hak. Politik perut adalah di dulukan sebab itulah, sebelum mereka menjadi jantan mengadap Gabenor nakkan jawatan KM dari UM No. Tetapi oleh kerana pondan, kelu seribu keberanian, melainkan seperti singa singa tua diserkas di tandu tuannya atau setidak-tidaknya anjing kurap menyalak bukit.
Itulah hakikatnya perpaduan yang menjadi selogan BN. Selogan umpama secawan beras, secawan gandum, secawan kacang hijau dan secawan kacang kuda dicampurkan kedalam satu bujam atau bakul dan digongcangkan. Ianya menghasil bercampur tidak bersatu zat. Semuanya maseh kekal dan menebal dengan keaslian masing-masing. Itulah perpaduan yang terdapat dalam BN dulu kini dan selama-lamanya. Perpaduan yang tidak dijalin sebagaimana dimixkan, dikisarkan diadunkan dengan mengeluarkan ketulinan kesepakatan diislahkan mampu dilaksanakan diterjermahkan dengan gagah perkasa dan berani. Sekalipun dalam percubaan luaran reformasi BN lanie berkemudikan PM6 DS Najib, lagi berkecamok dan lagi bercelaru.
Diatas sebab itulah UM No menjadi parti pinggiran dan antah dalam BN-Gerakan di Pulau Pinang, sehinggalah kecundang dalam PRU12 baru-baru ini. Maka ganti mengambil tempat kerajaan BN di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor adalah kerajaan baru, wajah dan azam baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat-PR dengan PAS dominasi terus kemas di Kelantan terus memerentah dengan berbaki 6 jahanam. Maka tertubuhlah kerajaan PR di Kedah berMBkan PAS - YAB DS Ustaz Azizan Razak, Pulau Pinang berKMkan DAP – YAB Tuan Lim Guan Eng, Selangor berMBkan PKR – YAB TS Khalid Ibrahim dengan PAS terus menguasai Kelantan dengan YAB TOK GURU meneruskan misinya menjadi MB Kelantan.

Sedar lamunan, pegangan lama menguat dan menjauhkan.
UM No-BN, Gerakan-BN yang mencekam lama bertapak memerentah negara di Semenanjung, sampaikan satu perengkat PAS hilang deposit dalam PRU beberapa kali samada di DUN dan Parlimen untuk sesetengah negeri. Sukar dan sulit untuk PAS menembusi untuk mendapatkan tokoh sebagai calun pun sukar. Tetapi lama kelamaan ianya bertukar untuk seluroh negara sejak 5 kali PRU termasuk yang terakhir. PAS tidak hilang deposit. Pembangkang sesama pembangkang berentap menghadi BN, maka jalan mudahlah pembangkang memberi kredit laluan menang mudah kepada BN dihulurkan oleh pembangkang iaitu PAS dan DAP setiap kali tiba PRU.
Kematangan berpolitk dan pemimpin pembangkang telah mengambil keputusan besar dalam sikap tindakkan yang besar dan berani iaitu, bersepadu dan kolektif sama-sama berhadapan lawan BN satu lawan satu. Tidak sesama sendiri. Alhamdulillah, bunga dan kelopak sudah nampak. Pemimpin baik PAS maupun DAP yang keng keras macam tanah koi itu dulu, telah tersentak dan membengongkan UM No-BN, kerana pimpinan PAS, DAP dan PKR umpama singa, harimau dan beruang boleh berkhemah didalam satu kandang. Singa lapar, harimau baru beranak, beruang mengawan tidak berperang dan berkelahi, tetapi sekadar cuba mencakar.
Inilah menjadi senjata ampoh dan butir beracun, pukulan maut di hadapi UM NO-BN selama 40 tahun mereka menguasai menbendung keadaan ini. Menghindar dan melagakan pembangkang agar pemisahan mesti dilakukan dikalangan pembangkang. Jangan biarkan mereka bersama apalagi bersatu dalam matlamat dan fokas politik negara. Ianya amat merbahaya dan malang dihadan UM No-BN, ianya adalah realiti. Diantara adalah faktor PAS di Kelantan dengan selogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM yang berMBkan YAB Tok Guru Nik Aziz. Di lihat secara dekat oleh mereka akan corak dan berhemahnya Tok Guru menjaga dan melindungi rakyatnya dengan penuh amanah dan tanggungjawab keatas Allah memikul amanah. Dengan memberi keadilan kepada kaum Cina dan India. Tidak rasuah, tidak berubah pakaian dan kediamannya, tidak mendiami dikediaman resmi No.10, Downing Street Kampong Sireh.
Ikon ini menjadi sebutan dan menjadi ikutan kepada orang-orang India dan Cina. Selama ini mereka melihat PAS dan Islam dari mulut dan lidah UM No dan media perdana Kerajaan BN, semuanya adalah temberang. Kesedaran inilah memudahkan dari Angkatan Perpaduan Ummah kepada Pakatan Rakyat (Umpama dari Perikatan kepada Camporan dan BN). Pemerentahan PAS yang berMB dari PAS iaitu Tok Guru, tempoh memerentahnya telah menghampiri 20 tahun usia kerajaan Tok Guru. Tinjauan saya secara rambang, untuk rakyat tulin Kelantan, atau yang dilahirkan di Kelantan yang menjangkau umur mereka 28 – 32 tahun, mereka terasing dan diluar pengetahuan mereka tentang kerajaan BN pernah terbentuk di Kelantan.
Mereka tidak mendapat info yang Tan Sri Mohamed Yaacob pernah menjadi MB BN Kelantan dan TS Hussein Ahmad dan Datuk Ahmad Rastum Ahmad Maher pernah menjawat TMB BN Kelantan. Celek-celek mata, mereka membesar dalam melihat TO Guru Nik Aziz menjadi MB Kelantan dengan bersimbulkan BULAN PERNAMA menerusi partinya PAS – PARTI ISLAM SEMALAYSIA. Ya! Mereka mengenali dan melihat Tok Guru Nik Aziz adalah MB mereka yang mudah bekira dan mudah dalam memenuhi adek kaka dibawah tanpa sekatan dan protokal, kegembiraan anak muda Kelantan. Saya yakin keadaan ini akan berlanjutan. Celek-celek budak-budak Taski, sekolah rendah, mennegah dan mahasiswa/i mereka mengenali kerajaan PAS dan Tok Guru, Alhamdulillah.
Sokongan dan dokongan dengan memberi kepercayaan dan kerja sama kepada PAS akan berlanjutan untuk beberapa dekat, sekiranya kepimpinan PAS dan pelapis dapat menjelmakan fael Tok Guru kedalam hidup harian pimpinan PAS yang lain bersekali dngan famili mereka. Fenomina ini telah dihidu dan UM No mengetahui keadaan penerimaan dan sokongan anak muda adalah tegar kepada Pas, Tok Guru dan kepimpinan PAS yang lain adalah simbulnya. Makanya untuk menghindar kedaan sokongan sedemikian berlanjutan berterusan keatas negeri-negeri PR yang kain, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Usaha dan perancangan jahat untuk menjathkan kerajaan PR diusahkan langsung kini oleh PM, Menteri Pertahan dan Menteri Dalam Negeri melalui agensi dan jabatan masing-masing dibawah kuasa telunjuk mereka sebagai menteri.
Maka UM NO akan mengganas dan mengila apacara sekalipun untuk menawan negeri-negeri tersebur agar rakyat tidak dapat merasai dan menikmati berpanjangan nikmat pemerentahan PR sebagaimana di Kelantan yang terus memisah dan menjauhkan UM NO-BN dari hati nurani rakyat Kelantan. Maka UM No-Bn berusaha untuk menghancurkan kerajaan PR demi mengelak menjadi nasib mereka seperti di Kelantan. Diatas untuk mengelakkan itulah PM6 DS Najib sanggup menjadi kepala haram perampas kuasa dan meneruskan kerja haramnya dengan menubohkan kerajaan kudeta UM NO-Bn di Perak dengan keadaan cemar dan kotor umpama air ndir belakang mati.
Jadi PR mestilah menyiapkan semua persiapan senjata ampoh dan yang canggih menerusi team padu yang solid berpaksikan keutuhan perpaduan sejati melalui kepimpinan yang berintrgriti, amanah, soleh, zuhud dan mengenali mata kati hidup. Mengenali mereka adalah harapan rakyat. Inshaallah dalam PRU13, rakyat dan pengundi akan terjermakan TSUNAMI @ dalam PRU 13, Inshaallah.
Menjelang Maghrib: 6.45 petang.
Ahad – 10 Mei 2009 /15 Jamadilawal 1430
Minda tinta oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Saturday, May 9, 2009

WIRA DISANJONG

Ibn Abdullah Al Awab,
Isteri dan anak.

YB Tuan V Sivakumar – Speaker Sah DUN Perak DR
YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin – MB Sah PR Perak DR
YB Datuk – Exco Kanan Kerajaan Sah PR
Exco-exco Kerajaan PR PD
Pengerusi BBC & ADUN PR.

Assalamualaikum warahmattullah dan Salam Sejahtera,
Bismilahirrahmanirrahim

WIRA DISANJONG DOA DI JUNJONG MEMOHON PELINDUNG.

YB Tuan Speaker V Sivakumar
YAB DS Ir Nizar
YB Exco-Exco dan ADUN PR,

Alhamdulillah, semalam pelusok negara dan sentaro dunia, telah berpeluang dan menyaksikan bagaimana missi konspirasi yang ditaja oleh UM No-BN dalam keadaan terdesak, tempoh sebulan kepala yang mencetuskan wabak selesma babi menjawat jawatan PM6 menyaksikan retotiknya Satu Malaysia, rakyat didahulukan, kebajikan rakyat adalah utama adanya. Dalam mana kerakusan diepisod menjayakan rampasan kuasa haram di negeri Perak DR. Diikuti dengan penubuhan kerajaan haram mutlak kerajaan UM No-BN dengan melantek menteri besar haram Dr Zambry cambry 150cc.

UM No-BN melalui ndirnya dalam DUN Perak semalam, terus menjalankan kerja-kerja haram mutlak dengan Zambry cambry menjadi kepala bapak konspirasi membawa samseng-samseng kedalam dewan untuk membantu mempertahankan diri mereka bukan disebabkan provokasi dari Adun-adun PR. Tetapi disebabkan ndir UM No-Bn Zambry cambry sudah tidak terdaya dan mampu ketahanan dan keupayaan jantan tulin, dan keupayaan asli PR mempertahankan amanah rakyat dan pengundi dalam menjaga kerajaan yang rakyat amanahkan, Alhamdulillah.

Saya terkedu dan menyaksikan betapa anda semua, sebenarnya jenis mahluk yang memikul dan menerima memikul amanah dan mempertanggungjawabkan dengan seamanah dan seadanya. Anda semua tidak tewas, tidak kalah dalam berhadapan berlawanan menghadapi ndir UM No-BN yang diketuai mamak pedukang Zambry cambry dalam DUN semalam. Anda mencapai kemenangan besar dalam kontek perjuang yang hakiki. Anda semua mampu meghadapi UM No-Bo hatta ndir-ndirnya.

Ndir-ndir UM No ini, realitinya adalah sememangnya mereka haram dan UM No selepas Parti Komuis Malaya parti haram keduanya adalah parti haram adalah UM No dan yang ada lanie UM No Baru made Tun Dex, ini adalah fakta. Mereka ndir-ndir UM No-BN telah mejadi samseng dan menjalankan konspirasi terancang merampas haram mengadakan sidang dalam sidang dalam dewan yang sama di masa yang sama. Itulah wajah ndir-ndir UM No-BN yang donia saksikan. Mereka menjadi samseng dan lanun, keluar tv menudoh lawan mereka, itulah UM No.

Diatas wira anda semua, rakyat menyokong dan menaroh harapan yang tinggi kepada anda semua, teruskan perpuangan, kentalkan semangat kerjasama dan padat solidkan kerjasama hakiki dalam PR dengan teraskan pakatan dan kerjasama dalam satu matlamat dan satu tujuan. Menggengam bara api biarkanlah menjadi abu. Rakyat, pengundi pasti tidak membiarkan anda dihina oleh ndir-ndir UM No-BN. Pengundi dan rakyat akan memenangkan total PR dalam PRU13 dengan referendum keramat untuk mengajar ndir-ndir UM No-Bn a, b, d samseng mereka membaham tanah.

Justeru, sememangnya anda tidak kalah dan tidak tewas dalam pandang mata hati nurani rakyat Perak dalam menghadapi episod cacamerba yang dibuat oleh ndir-ndir UM No-Bn sekarang. Inshaallah apa yang berlaku dikonspirasikan olh ndir-ndie UM No itu, ianya telah mengundang anjakkan sokongan tambahan kepada kita PR. Hatta beberapa pehak yang berada diatas dapat menyaksikan wajah sebenar ndir-ndir UM No-BN bagaimana konspirasi samseng untuk mengharamkan mereka dilanjutkan disah haramkan oleh dewan dikalangan ndir-ndir UM No-BN memutuskan.

Inshaallah semua pehak sedang memerhati, membuat penyaksian, dan menghitongkan bagaimana samsengnya UM No-Bn didalam dan diluar DUN menguruskan negeri Perak. Disinilah kemenangan moral dan kemenangan sokongan yang berterusan kita dikacamata pengundi. Apakah roh dan jasad haram UM NO-BN akan ditentukan dengan bubarnya DUN Perak diatas perkenan Tuanku, apabila UM No-Bn tipu tuanku diatas konsporasi lanun mencolek Speaker sah juga ADUN oleh ndir Zambry dan gerombolan samsengnya didalam dewan dengan speaker hantu Altantuya menjelma DUN.

Seteruanya samada Mahkamah Isnin ini akan bungkus ndir-ndir UM No atau terus mereka mahkamah menjadi ndir kepada Putrajaya.

Pesanan saya dan famili kepada wira PR ADUN-ADUN sekelian, tabahkan hati, kuatkan azam, banyaklah berdoa, sabar dan ingatlah rakyat bersama-sama kita walau kita terpaksa terus menghadapi immuniti yang berspekat mejatuhkan kita.

Doa restu dari saya dan keluarga. Wasallam dan Amin.

Salam hurmat dan salam seperjuangan dari;

IBN ABDULLAH AL AWAB & KELUARGA.

10.42pagi – 9 Mei 2009-05-09

WIRA PERKASA DALAM DAN LUAR DUN

MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN BERTEMBONG DENGAN JEMBALANG.

DUN Perak Darul Redzuan, telah mencatatkan rekod dunia baru terkini pada Khamis 7 Mei 2009 bersamaan 12 Jamadilawal 1430, yang wajar (wajib) dicatatkan dalam “Malaysia Book of Records”. Diatas dua peristiwa dicatatkan menjadi ‘hari ini dalam sejarah’iaitu sejarah hitam negeri Perak. Tidak pernah berlaku dalam dunia aorang Raja terpaksa lebeh dari tempoh 5 jam masa menunggu untuk melakukan upacara ‘Ucapaan Resmi Pembukaan Sidang Dewan’ yang wajib disempurnakan.
Keduanya MB haram UM No-BN Datuk DR Zambry cambry mengundang samseng-samseng dalam membantu beliau sebagai MB haram membawa masuk samseng sejumlah diantara 300-400 mencolek, mengusong, menarek keluar cara paling biadap Speaker DUN juga ADUN Perak iaitu YB V Sivakumar.

MB haram Zambry cambry telah melakukan konspirasi cemar bersama-sama SUK, Setiausaha haram DUN, bersekali anggota polis beruniform dan SB serta samseng-samseng diatas. Ala ramboo samseng mereka bersepadu dan nekad seperti lanun mencolek Speaker DUN yang sah, YB V Sivakumar juga saorang ADUN ditempat duduk resmi speaker ketika semasa menjalankan tugas resminya.
Arahan MB haram dan SUK Negeri Perak mendalangi mengetuai konspirasi jahat dan terkutuk itu, dengan mengurung YB Speaker lebeh sejam untuk membolehkan kerajaan haram UM No-BN bermenteri besar haram untuk meneruskan langkah dan tindakkan haram untuk kerja-kerja haram dilaksanakan didalam DUN untuk menyelamatkan hayat haram Zambry cambry terlupus talihayat haramnya dalam menjawat MB haram.

Disinilah hakikat sebenarnya, sesungguhnya UM No-BN yang menubuhkan kerajaan haram UM No-BN dari hasil haram rampasankuasa yang dilakukan kepala perampaskuasa kini adalah PM6 Malaysia dan timbalan kepala merampaskuasa adalah menteri penyu/menteri tongtong/menteri kura-kura iaitu DS Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bila ikan kepalanya busuk, maka keseluruhan bernama ikan tersebut adalah busuk umpama bangkai babi.
Makanya MB haram yang mereka lantek haram itu, sebenarnya dikalangan jenis manusia yang tak dak teloq peliaq, keberanian sejati dan hakikinya pengecut lebeh dari pondan tua belakang mati. Keberanian tercabut dari sifat jantannya maka nafsu perasaan pondan menjadi dalam dirinya.

Bacul dan tidak mempunyai kuahdah diri, berbomoh makan diri, tidak mampu berhujah dan berdepan dengan wira dan hero Pakatan Rakyat, bermula Speakernya YB V Sivakumar, MB YAB DR Ir Nizar Jamaluddin, Exco dan ADUN Pakatan Rakyat. Mereka bersemangat kental waja dan wira. Tidak silap dan tidak salah pegundi dan rakyat memberi undi dan memangkah menghantar mereka berperanan dalam DUN.
Semuanya terbukti mereka adalah hero dan wira didalam DUN, diluar DUN hatta berhujjah didalam Mahkamah. Nyatalah semangat pengecut, semangat bapok, semangat pondan menusuk dalam nafsu bacul Zambry cambry.

Apabila ketahanan dan kekuatannya telah pupus dalam tempoh perlawanan berdepan 4 jam dengan Speaker Resmi sah dan Kerajaan Sah PR didalam DUN bersidang. Beliau gelisah dan takut akan berlaku dikalangan ADUNnya akan merajuk dan meraju untuk keluar dari dewan. Untuk mengatasi kemungkinan kemelut ADUNnya keluar maka jalan pintas cemar yang ada dalam kepala hotaknya adalah kompirasi bersama-sama samseng-samseng.
Termasuklah bersekali bersekududukkan dengan SUKN Perak DR dan penjawat awamnya mengundang haram samseng-samseng/[polis untuk menawan dan mencolek Speaker yang sah. Sahlah Zambry cambry direkodkan adalah kepala kompirasi yang mencolek, menawan dan mengurong Speaker YB V Sivakmar keluar dari DUN semasa beliau menjalankan tugas resminya.

Peristiwa tersebut telah disaksikan oleh komposisi negara dan diperengkat dunia. Betapa UM No-BN telah bertindak rakus dan ganas menjadi samseng dan menjadi lanun dalam kompirasi keatas Speaker YB V Sivakumar untuk membolehkan secara haram untuk Zambry melunasi agenda haram. Dunia dan negara sempat meyaksikan betapa Paduka Raja Muda Tuanku Dr Nazrin spontan menjemput dan memangil mengadap YAB DS Ir Nizar dan Datuk DDDDDbbbb.
Seluruh ADUN PR menerima bulat titah Tuanku disampaikan oleh YAB DS Ir Nizar. Tuanku dimaklumkan cara beradap oleh YAB DS Ir Nizar apa yang telah berlaku kepada speaker yang sah juga ADUN yang dicolek oleh pehak UM No-BN.

Tuanku Raja Muda juga disembahkan bahawa didalam dewan telah dicemari yang mana pehak UM No-Bn telah membawa masuk samseng-samseng yang terlalu ramai bersama-sama polis-SB yang tidak dijemput dan dibiarkan masuk dengan bebas sedangkan MP PR tidak dibenarkan masuk.
Sebaik sembah realiti didalam DUN, Duli Peduka Tuanku Raja Muda serta merta menitah dan menghambat semua samseng dan pois-SB segera keluar dari DUN untuk DUN tidak dicemari dengan kehadiran samseng-samseng dan polis yang seramai 300-400 untuk melindungi Zambry Cambry. Hakikatnya inilah sebenarnya UM No-Bn dalam dan luar dewan adalah pengecut, bapok lagi pondan. Ini hakikat yang disahkan dalam DUN Perak. Mereka adalah spesis pengecut dan bacul seada-adanya.

Disinilah betapa hebatnya anda ADUN Pakatan Rakyat bila berada didalam dewan bermesyurat dan mempertahankan maruah dan harga diri anda dan harapan rakyat tempat bergantung sebagai kerajaan rakyat yang sah. Anda semua telah mencapai tahap jantan tulin. Anda adalah wira dan pahlawan rakyat, pemimpin rakyat.
Anda semua menang menghadapi pondan-pondan ADUN UM No-BN. Alhamdulillah. Tetapi anda menghadapi gerombolan kompirasi samseng yang yang diimpot kedalam dewan oleh UM No-BN mempertahankan MB haram UM No-Bn Zambry cambry dengan pertolongan ganas, biadap, dari penyamun lanun samseng-samseng upahan, yang itulah sebenarnya tentera samseng upahan UM No-BN untuk menyelamatkan MB haram Zambry cambry.

Semuanya belum berakhir, keutusan sementara maseh di tangan Mahkamah Tinggi Khas Kuala Lumpur yang akan membuat pengumuman oleh hakimnya jam 2.30 petang pada Isnini ini 11 Mei 2009. Siapakah MB yang sah? YAB DS IR
Sekiranya keputusan maseh mereka untuk memehak kepad UM NO-BN Zambry cambry, tetapi 3 tahun dari sekarang, perkara yang paling UM No-Bn/Zambry cambry mamak pegukang ini takut adalah PRU13. Disinilah rakyat akan menghukum mereka, Inshaallah, tunggulah masa dan timenya pasti akan tiba, correct! Correct!!!!

12.25 pagi

9 Mei 2009 - Sabtu
Direncanakan oleh : ibn abdullah al awab

Friday, May 8, 2009

Free Flash banner at FlashBannerNow.com

Free Flash banner at FlashBannerNow.com

Friday, May 8, 2009

PELAKON DAN PELAGA
(Kembalikanlah kepangkal jalan-jangan mudah lupa)


Sejak akhir-akhir ini, saya menyaksikan ramai dikalangan pemimpin-pemimpin PAS sesetengahnya telah menjadi bertukar kepada pelakun diatas pentas. Sesetengahnya sudah tidak beralas dan berlapek ketika semasa mengeluarkan pandangan dan pendapat beralasan semata-mata untuk mendapat tempat menjadi pemimpin dalam mukatmar nanti. Semacam kita berada di Bursa Malaysia. Sedang melihat di Papan 1 atau 2 yang mana sahamnya sedang naik, dan yang mana sahamnya kian merudum.
Tanpa terlebeh awal kita membuat penyelidekkan dan tinjauan tentang kualiti halal haramnya mengikut syarak dan dagangan apakah yang di dagangkan.Begitulah saya melihat diantara pemimoin PAS yang telah menghampiri dan memasuki zon menawarkan diri untuk menjadi pemain dan pelakun dalam pemilihan di muktamar PAS kawasan dan lebeh hebat dalam Muktamar PAS Pusat ke53 di Stadium Melawati nanti. Fenomina fitnah, fenomina berkempen dan mengwujudkan blok-goup kepimpinan sebagai rakit kumpulan untuk mendaki dan menjawat kepimpinan dalam PAS.
Ketika ini, kedengaran galak dan mengelegak suhunya mempersoalkan dari mana datangnya pemimpin itu? Ulamakkah dia? Profesionalkah dia, Koridor cokiakah dia? Tiga kategori ahli-ahli PAS yang dijorong ini, merupakan elemen kearah lemusnahan PAS mejadi perkasa dalam negara.Selepas itu ahli-ahli dibawah melihat bila ramainya profesional dan feudal telah nampak Bukit Uhud ditawan PAS, maka mereka tokoh gergasi berpangkl Profesor, Profesor Madya, Datuk, Datuk Peduka, Datuk Seri, Ir, DR dan sebagainya.
Mereka ghairah membicara fokaskan untuk merebut jawatan dari satu takah ketakah yang lebeh tinggi dari yang disandang kini. Seolah mereka punyai matlamat dan agenda dalam PAS. Saya melihat mereka tidak saja, dalam masa mereka untuk melonjak itu, mereka sanggup siku dan singong kawan, luku kepala dan sepak pungkoq kawan. Kadang-kadang perengkat songkok, kepiah dan serban kawan dipertikaikan.Saya amat pelet dan amat heran diatas terbabas dan terlepas ingat hatta terlepas tindakkan.
Ramai dikalangan pemimpin-pemimpin Perdana PAS, samada mereka dalam kawah ulamak atau mereka dalam periok profesional dan kita dari ahli pengikut koridor cokia yang tak pernah pasang angan-angan dan cita-cita untuk merebut jawatan tersebut yang menjadi buruan kepada Pemimpin Perdana PAS. Kadang-kadang dalam isi-isu yang tertentu, perkara-perkara tertentu di muatkan kedalam dada akhbar perdana milik UM No-BN, diputuskan pemimpin PAS ianya adalah FITNAH dan macam-macam lagi marahnya pemimpin Perdana PAS.
Marah menyinda dan menyala kepada Utusan Melayu/Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3-Media Prima.Akhbar perdana dan media elektronik ini berniat dan bertujuan jahat kepada PAS dan kepada pemimpin, kata depa. Ayuh ajak ahli-ahli pulau dan baikot akhbar-akhbar tersebur dan baokot tok sah tengok lagi tv dan mendengar berita karut, berita palsu fitnah dan sebagainya, cukup hebat penentangan tersebut sngguh tutas. Hatta sanggup buat bantahan demonterasi setengah-setengah pemimpin itu, berkelon asap dan marak api kerana membakar akhbar-akhbar tersebut. Nak tunjuknya marah dan bahayanya akhbar perdana tersebut kepada PAS dan pemimpinnya.
Alhamdulillah, ahli dan rakyat bergembira melihat begitu hebat dan konsistannya pemimpin dalam menjaga maruah parti (PAS) bersekali dengan pemimpinya.Tetapi, dalam musim Pas sedang memasuki zon muktamar untuk pemilihan mencari pemimpin atau apa-apa juga pemimpin untuk menjana masej kepada ahli dan rakyat. Ketika itu pemimpin kita berubah warna dan berubah marah dengan senang.
Mudah lupa dan sengaja terlupa, mereka inilah dulunya yang tanjai bakar UtusanMelayu, bakar Berita Harian, Sinar Harian. Orang yang samalah juga, pemimpin ulamak, pemimpin profesional dan pemimpin feudal ketika mereka bergelut naj jadi calun dalam mendapat mana-mana jawatan yang ada dalam PAS, mereka gunakan medium media Perdana UM No termasuk RTM dan TV3. Mereka tinggalkan HARAKAH sebagai gedung menyalor pendapat mereka.Lambat saja wartawan RTM, TV3 & Media Prima sua mikrofon, maka bijak bicaralah mengeluarkan macam-macam, bla blaaaaaaaaaaaa. Kadang-kadang disitu lah fitnah berpunca.
Mereka dalam nak naik diri mendapat tempat, tak pa nak guna medium yang pernah mereka caci marah dan membakarnya seperti akhbar perdana, RTM, TV3 dan seumpamanya. Jenis apakah ini pemimpin? Kita ada Harakah, pemimpin PAS gnakanlah gelanggang dalam harakah untuk membulat dan perkasakan pemimpin. Bukan memperkasa dan memperkosa dikalangan kita dengan menggunakan lidah musoh kita berada dalam Utusan Melayu, Berita Harian dan RTM serta TV3.Fenomina inilah rakyat koridor cokia dibawah pening menyaksikan fael dan telatah beberapa elit kumpulan pemimpin diatas sedang belakon diatas pentas.
Apa lagi mereka mempunyai jawatan besar dalam kerajaan PR. Ia dijadikan pas-tiket untuk menjadi pemimpin utama. Sampaikan jangan abaikan kita ADUN, AP kepada pengundi dan rakyat. Ini amat merbahaya, sebab 3 taun lagi kita akan menemui pengundi dan rakyat semula. Sat sat boleh, sat sat tak boleh. Tidakkah RTM, TV3-Media Perima itu merupakan juara lembu pelaga, juara pengadu dumba kepada Pemimpi PAS untuk bergasak sesama snedir?
Mereka telah berjaya berperanan dan berkesan melagakan macam kerbau dikalangan pemimpin kita yang ahli pengikut koridor meyaksikan cabaran dan tuduhan membogelkan diri pemimpin sedang live berjalan. Hentikanlah semua ini. Kembalikanlah kepangkal jalan, sama-sama kita berfikir.Tegurun di pagi Jumaat.Maaf dengan teguran Pemimpin-pemimpin.Wasallam.
IBN ABDULLAH AWAB –
7.40pagi 8 Mei 2009
Posted by al 'awab at 7:50 AM