Thursday, May 17, 2012

USIA SENDIRI umNO(Baru) PUN MENIPU, APA LAGI MEMERENTAH. MATI DI DUNIA TETAP MATI. HARAM PASTI HARAM


Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.

25 Jamadil akhir 1433/17 Mei 2012 – Khamis.

umNO(Baru) KELENTONG UMUR KELENTONG  RAKYAT. NAFI SANGGAH SEJARAH KELAHIRAN umNO(Baru).

Dalam apa-apa pekara sekali pun yang berjenama sifatnya penipu; tipu umur, tipu bini, tipu rakyat dll. Ianya adalah penipu, menjadi menipu dan terus menipu sampai kiamat. Akhirnya lama kelamaan, penipuan tersebut dilupai yang penipuan tersebut berkesudahan diterima menjadi betul. Apabila setiap hari diratip disebut keatas penipuan tersebut diputar. Tipu itu dilupai oleh rakyat dan pemimpin buat-buat lupa. Tetapi hati nuraninya tidak dapat ditipu termasuklah sejarah hakiki negara. Ini kerja kepimpinan umNO(Baru), hidup menipu nama. Atas apa-apa alasan sekalipun; tipu tetap tipu, tipu dan tipu. Walau sekalipun professor sejarah pengampu, membenarkan penipuan menjadi benar. Tipu pasti tipu walau proses kongkalikung dipekung menjadi busung disanggah.

Inilah dilalui dan diwarisi pembohongan berkaitan usia umNo(Baru) ditubuhkan oleh Dr Mahathir Mohamed kununnya mencapai usia 66 tahun, mendapat sambutan tawar dan hambar dari ahlinya. Wajib fakta tersebut adalah dusta akbar. Walaupun begitu, ianya kini diterima pakai pembohongan tersebut menjadi benar. Ianya bukan fakta, tetapi sebenarnya adalah  dusta, auta semata-mata. Sila berkunjung ke Arkib Negara. Disana terlakar dan terungkap kebenaran yang disimpan. Pasai umNO asal oleh Dato’ Onn Jaafar adalah berbeza walau nampak namanya, sama dengan umNO(Baru) bin Dr Mahathir Mohamed yang melahir dan mendaftarkan penubuhan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan dahulu.   

Saya tidak dengki jauh dari khianat dan dendam kesumat melihat melihat juak-juak umNO(Baru) kaya meliana, mengaut mengukor harta negara jadi warisan keluarga. Sebabnya mereka tidak dapat melepaskan diri diakhirat kelak. Pasti berdepan dengan Allah disana kelak mendapat pembalasan. Tetapi membohongi sejarah hakiki, dengan matlamat menipu dan mengeliru rakyat, tiada maaf bagimu sampai bila-bila. Mencipta berjela-jela auta dengan rakyat disogok, mencelarukan minda rakyat. Meracuni pemikiran rakyat supaya mudah lupa dalam paksa dengan silap mata. Iaitu memperdayakan rakyat dengan persepsi UMNO tidak perubahan, tetap  seperti yang asal lagi asli, adalah salah lagi mengelirukan. umNO(Baru) bin Dr Mahathir bin Mohamed umpama jauhnya seperti langit dengan bumi  dengan UMNO asal. Jangan jadi penipu dan terus menipu dalam hal ini.  

NdR baru merayakan ulangtahun umNO(Baru) dengan kelentong mencapai   usia palsu 66 tahun memerentah negara, minggu lepas dan belum berakhir siri-siri agenda merayakannya. Walau pun hambar kalau mau dibandingkan sambutan rakyat jelata di perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 yang lepas.

Sejarah telah membenarkan kepada kita, bahawa UMNO asal-tulin lahir hasil selepas Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama. Diusahakan oleh  Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru UMNO telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar. Penubuhan UMNO oleh Dato’ Onn bin Jaafar diterajui sebagai Yang DiPertua Agong UMNO MALAYA pertama.

Dato’ Onn Jaafar
Natijahnya dapat mengelak orang-orang Melayu di Malaya  dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi semasa ketika itu. Walaubagaimanapun Dato’ Onn bin Jaafar telah keluar dari memimpin dan keahlian UMNO. Yang memimpin UMNO selepas itu adalah YBM Almarhom Tunku Abdul Rahman Putra alhaj. Dipenghujung usianya YBM Almarhom Tunku Abdul Rahman Putra alhaj keluar meninggalkan UMNO. Memberi sokongan besar kepada Parti Melayu Semangat 46 yang ditubuhkan oleh YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. Tentang keahlian Tengku Abdul Rahman dalam Parti Melayu Semangat 46 saya tak dapat mengingat dengan pasti.



YBM Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj

Selepas peristiwa trajedi 13 Mei 1969, Almarhom Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein mengambil alih memimpin UMNO. Kematian Tun Razak, kepimpinan UMNO berpindah tangan iparnya iaitu putra kepada  Dato’ Onn bin Jaafar iaitu Tun Hussein bin Dato’ Onn. Kematian Tun Hussein makanya Presiden UMNO diambil alih pula oleh Dr Mahathir bin Mohamed. Disinilah persimpangan berlaku. Kejayaan terbesar Dr Mahathir Mohamed adalah mematikan  UMNO Asal dikafan dan ditalkin di mahkamah tinggi Kuala Lumpur difaktorkan seperti dibawah:-


Tun Abdul Razak Dato’ Hussein

Selepas pemilihan AMT  UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada 24 April 1987. Keputusannya  Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed telah menewaskan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan lebih undi 43 majoriti untuk jawatan Presiden. Manakala Encik Ghaffar Baba kalahkan Dato’ Musa Hitam majoriti 40 undi untuk  jawatan Timbalan Presiden. Kesannya macam apai dalam sekam, berkesudahan dengan pembabitan perang dan perpecahan besar dalam UMNO berlaku. Selepas persidangan yang mulanya bertunas berputik bibit-bibitnya sebelum persidangan agung lagi lagi.

Akibatnya wujud Kumpulan 12, dikalangan ahli UMNO pada 25 Julai 1987  mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Supaya mengisytiharkan bahawa pemilihan AMT UMNO pada 24 April 1987 batal dan tidak sah kerana penipuan. Makanya pada 4 Februari 1988 Mahkamah Tinggi telah mengisytihar UMNO sebagai pertubuhan tidak sah (haram – bukan haram jadah)).


Tun Hussein Onn

Kerana didapati wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO. Maka mati dan berkuburlah UMNO ASAL tersebut dalam Mahkamah tinggi Kuala Lumpur dikerusi keramat YAA Hakim Tan Sri Harun Hashim (kini almarhom – alfatehah untuknya).

Sebaik sahaja UMNO diharamkan ketika masa pada 4 Februari 1988, maka UMNO lenyap dibumi fana ini, itu adalah hakikat dan reality. Matinya UMNO ketika itu UMNO pupus sebagai komponan diantara parti menganggotai BN. Semua yang mewakili UMNO yang diharamkan itu, menganggotai kabinet dan sebagainya adalah diatas nama individu sebagai AP, ADUN atau Ahli Senet. Sama ada ditulis atau tidak itu adalah kebenaran sebenar. Maka bererti umur dan usia UMNO Asal yang diasas ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar itu, cuma berumur mutlak hingga 4 Februari 1988 adalah seusia 41 tahun 8 bulan 23 hari.  

Apa-apa pun lahir selepas mati haki secara teknikal ianya adalah sah mati mutlak. Kerana mati parti dan haram parti UMNO Asal, tidaklah matinya seperti mati wanita Monggolia Altantuya disebabkan peledak peletup C4. Manakala haramnya UMNO Asal, tidaklah umpama haram babi, bukan haram jadah. Sebaik UMNO Asal mati dan dikafankan sebaik ditalkin. Alternatif nya 2 kumpulan yang bertarong, kedua-dua kumpulan tersebut adalah ahli-ahli kepada gemulah-aruah UMNO Asal. Mereka berebut kepejabat Pertubuhan untuk menubuh satu parti baru. Untuk dibawa masuk, dipertimbangkan agar sah menganggotai komponan BN, menerusi parti yang baru daftar, menerusi sijil pendaftaran baru (kalau ibu yang melahir anak, sijil lahir baru).  

Diatas kepintaran dan nasib menyebelahi Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed mantan Presiden UMNO Malaysia. Beliau bergabong dengan beberapa mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Makanya permohonan pendaftaran umNO(Baru) pada 13 Februari 1988 dilakukan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertbuhan pada hari yang sama iaitu 13 Februari 1988 kalau tidak salah ingatan saya (maaf, kalau terlupa tarikh). Dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pihak Dr Mahathir menghantar permohonan kepada BN. Dewan Tertinggi BN menerima keanggotaan parti yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan iaitu parti umNO(Baru) menjadi komponan BN yang baru pada 16 Februari 1988.


Tun Dr Mahathir Mohamed
Justeru usia dan umor umNO(Baru) yang diluluskan pendaftarannya pada 13 Februari 1988, maka usua hakiki umNO(Baru) sejak didaftarkan itu sampai pada hari ulang sebenarnya pada 13 Februari 2012 adalah 24 tahun. Jangan tipu daaaa!!! Kata Almarhom TS P. Ramli. Manakala umur umNO(Baru) disaat artikal ini dibuat (17 Mei 2012) adalah 24 tahun 3 bulan 4 hari. Tipu lah NdR dan sekelian pemimpin umNO(Baru) menyambut umNO(Baru) dah 66 tahun. 

Kira macam mana? Sifir mana dipandu diikut wahai pimpinan umNO(Baru)? Wahai NdR!!! Wahai Tun Dr Mahathir.

Jadi kerja buat di bawah ni kita nak kata apa? Fikir-fikirlah. Lu fikirla sendiri, kata Nabil.


Sila tengok kelih petikan sebahagian dari artikal dibawah:-

66 Tahun Perjuangan UMNO Limpahkan Nikmat Kepada Seluruh Rakyat – Najib
Oleh : Alkam Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selama 66 tahun penubuhannya, UMNO telah membuktikan bahawa perjuangan parti itu telah memanfaatkan semua rakyat Malaysia, ia telah melimpahkan nikmat kepada semua tanpa mengira kaum, anutan agama mahupun fahaman ideologi.
Sambil menyifatkan UMNO adalah satu pertubuhan massa yang bersifat kebangsaan dan demokratik, beliau berkata keunikan UMNO ialah ia parti yang sentiasa terhubung dengan denyut nadi serta menggarap aspirasi rakyat.
Justeru tegasnya tuduhan liar pihak tertentu bahawa UMNO ialah parti rasis, anti demokrasi mahupun parti elitis tidak benar sama-sekali. “Hari ini genap 66 tahun usia UMNO. Alhamdullilah 55 tahun daripada kewujudan tersebut telah menyaksikan UMNO menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Barisan Nasional yang semenjak merdeka terus diberi kepercayaan melalui pilihan raya yang adil dan bebas oleh majoriti rakyat untuk memimpin negara.
“Sepanjang tempoh tersebut juga menyaksikan bagaimana UMNO dan rakan-rakannya di dalam Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional menyelamatkan demokrasi dari rahang kediktatoran komunisme, menjadi bidan kepada pembentukan Malaysia, membawa pembangunan kepada kawasan luar bandar, melancarkan perang terhadap kemiskinan dan buta huruf, merencana kejuruteraan sosial yang menyaksikan pembentukan kelas menengah yang besar, melaksanakan prakarsa pembaharuan tanah melalui FELDA, melakukan pelaburan besar di dalam bidang pendidikan dan prasarana asas negara dan merubah status negara dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi”, katanya dalam satu perutusan sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 di sini, hari ini.

YBM TS TENGKU RAZALEIGH TENGKU HAMZAH



(Gambar Ogos 1983)
Berserban Almarhum Ayahandaku, T-Shirt Merah Datuk Manan Osman Menteri Pertanian, Baju Putih Tangan Panjang YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah, Mengadap Almarhum Ayahanda Haji Nizamuddin Kodiang.

Akibatnya UMNO ASAL sudah tidak wujud lagi didunia fana, jauhlah menjadi sebagai komponan dalam BN.  Maka Dr Mahathir Mohamad  terpaksa menyerahkan tugas Pengerusi  BN  kepada Presiden MCA ketika itu adalah Datuk Seri Ling Liong Sik. Justeru   Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan dalam tempoh  beberapa ketika. Malaysia tanpa 'Perdana Menteri  buat beberapa hari sehinggalah UMNO(Baru) ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Datuk Seri Ling Liong Sik.

Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO , Menara Dato Onn , syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO Asal tidak dapat dikenalpasti. Ini adalah sejarah sebenar yang tidak diwar-warkan, ketika itu dan sampai kini.

Diatas kepintaran dan nasib menyebelahi Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed mantan Presiden UMNO Asal. Beliau bergabong dengan beberapa mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Makanya permohonan pendaftaran umNO(Baru) pada 13 Februari 1988 dilakukan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertbuhan pada hari yang sama iaitu 13 Februari 1988 kalau tidak salah ingatan saya (maaf, kalau terlupa tarikh). Dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pihak Dr Mahathir menghantar permohonan kepada BN. Dewan Tertinggi BN menerima keanggotaan parti yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan iaitu parti umNO(Baru) menjadi komponan BN yang baru pada 16 Februari 1988.

Dustalah umNO(Baru) itu telah mencapai usia 66 tahun dirayakan.  Sedangkan ia ditubuh dan didaftarkan pada 13 Februari 1988. Tipu sungguh rupanya puak-puak umNO(Baru) ni.

Yang mati tetap mati dan pasti mati, begitulah yang dialaminya. Saya berpegang teguh dan beriman sesunggunya yang mati dan hidup kembali. Adalah ceritanya yang dinukilkan oleh Allah didalam Al Quraan. Maksud Surah Al Kahfi : 18 : 12 - 14

“ Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). “

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”

“Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

(Maksud Surah Al Kahfi : 18 : 12 – 14)

Penutupnya, saya menyangkal dengan fakta dan hujah umNO(Baru) tersebut dah mencapai usianya 66 tahun.

Oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB.

25 Jamadil akhir 1433/17 Mei 2012 – Khamis.



Wednesday, May 16, 2012

KEMBALI 3 | NdR DAH SIAP KUBUR uBn DI PRU13.



Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.
23 Jamadil akhir 1433/15 Mei 2012 – SELASA.

Rakyat masih ingat dan seolah-olah ianya baru sahaja berlaku, keatas penjawat awam (negeri/persekutuan) di negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya telah dimalukan menerusi secara resmi penghinaan anugerah hadiah penyapu sampah sebenar. Dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohd Khir Toyo. Dr Khir toyo adalah Ketua Eksekutif kerajaan umNO uBn Selangor dahulu, menjelang sebelum  PRU12 diadakan. Hadiah penghinaan kepada penjawat awam tersebut, diberi  kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs). Dihari Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006. Amat biadap lagi kurang ajar, jenis hadiah dihulurkan oleh Menteri Besar yang kurang ajar dan kurang adab susila.



Ianya adalah cara-cara resmi pertama oleh kerajaan umNouBn yang diketuai oleh Dr Khir Toyo selaku YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Darul Ehsan. Ianya adalah bentuk pengiktirafan membalas budi dan jasa diatas perkhidmatan penjawat awan kepada negeri Selangor. Satu donia tau penghinaan tersebut. Kerajaan Yahudi di Isreal yang zalim lagi kejam dan dilaknat oleh Allah itu pun, tak sampai hati untuk memberi  hadiah penyapu kepada kakitangan kerajaannya. Malangnya pemimpin besar dari umNO uBn dari manusia bertaraf cap ayam, cap obor-obor dan cap katak sahajalah yang mampu menghulurkan  hadiah terkutuk seperti itu itu. Lupa yang dirinya adalah  seorang Menteri Besar dari  umNo Bn. MB umNO uBn ini dari spesis  manusia pupus akhlak, muflis budaya bangsa dan agama dianuti agaknya.  



Mereka dimalu dan dihinakan sesungguhnya dengan angkuh, bongkak lagi sombong oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Darul Ehsan YAB Dato’ Sri Dr Khir Toyo. Siapakah Dr Khir Toyo? Ketika mana hadiah penyapu dihulurkan kepada penjawat awam tersebut, beliau adalah Ketua Eksekutif Kerajaan uBn, Ketua Perhubungan umNO Negeri Selangor juga Pengerusi Bn Selangor. Pasti penerima hadiah penyapu tersebut, satu penghinaan besar keatas mereka yang memalukan. Mangsa penerima hadiah penyapu tersebut, mereka duka nistapa lagi  hiba dan tidak terduga. Pemberinya adala Menteri Besar Selangor, bukan penghuni di hospital Tanjung Rambutan atau Tampoi.  Penerima dan keluarga penerima  anugerah penyapu tersebut, pasti tidak melupai bahkan akan mengingatinya sehingga ke akhir hayat.

Tindakkan tersebut adalah kerangka  misi penghinaan  dari ketua kerajaan negeri dari umNO uBn Selangor dahulu. Direkod dan disimpan di arkib negara menjadi bahan rujukkan sejarah. Ianya akan terus dikenang, manakala penerima dan keluarganya mengundang marah kepada Khir Toyo dan parti umNO uBn yang tidak bertindak dan menghukum keatas Dr Khir Toyo prilakunya oleh Jawatankyasa disiplin umNO. Salah dan tolak pandang tersebut, akhirnya rakyat sendiri yang mengajar dan menolak DR Khir Toyo bersekali dengan kerajaan dan partinya umNO uBn kelongkang dipembalasan PRU12.

Ketikamana kuasa berada ditangan, ia terlalu kejam dan sesungguhnya kejam sekali Menteri Besar uBN Selangor ketika itu. YAB Dato Menteri Selangor Dato’ Seri Khir Toyo dikala itu, dikala mana dia berada di pucuk dan di puncak tampuk kekuasaan, dia menjadi zalim lagi rakus. Sombong, angkuh diatas kekuasaan dan kekayaan yang dikaut dikukur semahu-mahunya. Ketika itulah maruah penjawat awam-kakitangan kerajaan dipijak dan dienjetnya. Dihinanya secara resmi sebagai ketua kerajaan uBn Selangor diprogram resmi. Eh!!!!! Ehhhh!!!!! Tak patut, biadap lagi kurung ajar dia. Kini nasi dah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh undur terlajak hulur hadiah penyapu Khir Toyo tersungkur dan merapu. Khir Toyo dapat tulah dari penyebab hadiah penyapu tersebut.

Balasan setimpal dan tunai, Dr Khir Toyo terima musibah mendapat padah.Disebabkan bias dan sialnya penangan hadiah penyapu tersebut.  Sumpah seranah dari penerima dan keluarga dan seluruh penjawat awam dan rakyat dengan menadah tangan berdoa. Akhirnya terungkap dan terjawab sudah. Allah, rakyat menghukum dan membalas penghinaan Dr Khir Toyo didalam peti-peti undi sebagai penentangan dan bantahan resmi dan tuntas di PRU13. Akhirnya umNO uBn merudum dan tewas dalam PRU12. Pasti diantara gejala dan penyebab, punca kalahnya umNo uBn dalam PRU12 di Selangor, Dr Khir Toyo menerima dan akur akan kesan badi hadiah penyapu itulah; diantara punca besar rakyat tolak umNO uBn.

Peristiwa tersebut berlaku ketika hampir PRU12yang lepas. Pengerusi Perhubungan umNO Selangor/Pengerusi Bn Selangor melakukan kesilapan amat besar. Yakni  penghinaan khusus kepada penjawat awam dan keluarga dan amnya rakyat negeri Selangor Darul Ehsan dengan hadiah penyapu sampah. Akhirnya rakyat menyampah dengan dengan kezaliman penghinaan hadiah tersebut. Rakyat menyambut dan   mengajar didalam peti undi. Makanya kerajaan umNO Bn Selangor menjadi aruah dan mendiang selepas PRU12. Ini adalah kenyataan, reality rakyat. Padahnya Dr Khir Toyo, Allah hina dirinya dengan macam-macam musibah. Menjadi kupang tembaga dimata rakyat. 

Itu kesah 4 tahun dahulu yang pahit macam jadam, macam akar seruntun dialami okeh unNo uBn Selangor dan umNO PWTC. Kalau tindak tanduk MB Selangor mampu sebuah kerajaan umNO uBn tersungkur, menjadi aruah dan gemulah. Mari kita sama-sama mengamati kesah ini pula dengan sabar. Ianya berlaku menjelang hampir dengan PRU13. Apa cerita dan kesahnya? Ambil perhatian berat dan utama. Jangan sesekali kita lupa atau buat-buat tak ingat. Penghinaan NdR kepada rakyat, selaku PM.

Sejarah jahanan dan berkuburnya sebuah negeri, kerana Menteri Besar biadap dengan rakyat, tidak menjadi iktibar, teladan oleh NdR – Najib dan Rosmah. NdR terlupa sejarah tersebut yang berlaku 4 tahun yang lepas. Nyata NdR mengikut jejak langkah Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo. Kini beliau tidak lagi Menteri Besar, tidak juga bergelar Dato’Seri setelah sultan rentap balik bintang kebesaran (bukan penyapu). Maka dikenali Dr Khir Toyo. Allah membalas dengan memalukan beliau secara segera, melakukan salah rasuah didapati bersalah, dan dihukum penjara, jadi banduanlah beliau.

Itu kesah hancurnya Kerajan Negeri Selangor umNO uBn yang menjadi kebanggaan rebutan sama sakat umNO. Oleh Menteri Besarnya sendiri iaitu Dr Khir Toyo. Kini menjelang sebulan saja lagi PRU13 (dalam pengamatan dan hemat saya). Tiru macam saya tetapi lebih besar dari apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor umNO uBn. Ianya telah dilakukan sendiri oleh Presiden umNO Malaysia – Pengerusi bN 1Malaysia YAB DS Najib bin Tun Razak Alhaj. Lebih mesra dengan nama timang-timangan NdR. Bala sedang dihadapi oleh umNO uBn dalam menghadapi persediaan PRU13. Diatas biadap dan celuparnya lidah tidak bertulang NdR.

Kehancuran umNO uBn dalam PRU13 adalah hasil yang ditanam oleh NdR Presiden umNO merangkap Pengerusi bN. Kalau masin mulut anakku, masin mulut isteriku, peristiwa biadap yang diungkap oleh Perdana Menteri 1Malaysia NdR. Sekiranya mimpiku di kamar pembedahan jantung, mengkhabarkan kepadaku oleh  temanku, sahabatku dan guruku, iaitu Almarhom Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusoff Meranti (ayahnda kepada YB Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud – Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Mansor Daud – Mudir Mahad Mahamadi (Perempuan) Kota Bharu, kalau tidak silap saya dan anak-anak almarhom yang lain: Kalau diizinkan saya akan membincangkan khusus tentang Tok Guru Haji Daud Meranti, Inshaallah kalau kesihatan mengizinkan).

Ini adalah badi dan ganguan besar kepada NdR untuk menghhadapi dan berdepan dengan PRU13. (petikan dari blog-blog sahabat. Maaf dan terima kasih. Ini dapat menjimatkan masa saya).

 ‘HARAM JADAH’: KATA-KATA BIADAP DAN KESAT PM NdR umNO Bn.



KUALA LUMPUR 13 Mei: Majoriti peneroka Felda berang dengan tindakan biadap perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan perkataan makian kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding  (FGVH). Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, perkataan ‘haram jadah’ yang digunakan Najib langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin, apatah lagi negarawan yang baik.

“Najib sangat terdesak dan panik dengan kebangkitan peneroka yang menuntut hak mereka hingga sanggup mencerca peneroka Felda. “Ramai peneroka marah dengan kata-katanya. Adakah orang seperti ini masih mahu dipertahankan?,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan. Pada 8 Mei lalu, Najib menghamburkan perkataan biadap ‘Haram Jadah’ sebanyak dua kali dan menyatakan pengkhianat tidak boleh menerima ‘durian runtuh’ yang diberi oleh Felda. Kata-kata itu diucap di Felda Jengka 8, Pahang ketika mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka.

Bagaimanapun, kata Suhaimi, wang berkenaan merupakan umpan supaya peneroka bersetuju dengan penyenaraian FGVH, malah pembayaran sebanyak tiga kali yang dibuat juga mencurigakan. “Semua peneroka Felda tahu ganjaran RM15,000 itu hanyalah umpan. Pelik rasanya bila dibayar secara berperingkat, sebanyak tiga kali. “Kalau Najib yakin boleh menang, beri terus wang itu. Kenapa berperingkat? Kita bimbang janji tinggal janji. Kalau Barisan Nasional kalah kelak, baki wang tak dillunaskan,” kata Suhaimi. Kata Suhaimi, sebagai talian hayat Umno-BN, pengundi Felda terus diasak dengan taburan ‘wang segera’, semata-mata untuk mengekalkan sokongan.

Pada masa ini terdapat 54 kawasan Parlimen dan 96 Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan penempatan Felda di 317 tanah rancangan.

JERANTUT, 9 Mei 2012 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda. Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.

“Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak lihat muka-muka ini, nak terima durian runtuh atau tidak. “Saya tidak redha mereka ini menerima durian runtuh,” kata Najib sambil mendapat sorakan dari hampir 50,000 warga peneroka hadir pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri. Najib turut menyifatkan pembangkang sebagai sudah kehabisan dan ketandusan modal untuk meracuni pemikiran rakyat sehingga penyenaraian FGVH dipolitikkan.

“Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. “Kalau mereka tidak mampu memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba kaedah mencelarukan pemikiran. “Yang baik dipolitikkan, yang menguntungkan diselewengkan kenyataan dan fakta supaya pemikiran rakyat bercelaru dan boleh salahkan UMNO,” tegas Najib 

Celuparnya mulut NdR dan biadapnya mengatasi Dr Khir Toyo, lingkup negeri Selangor membaham tanah. Kini berganti dan bergilir NdR umNO bN menemui lubang kubur yang digali oleh NdR sendiri di Jerantut, negeri datangnya NdR.

Sama-sama kita tengok keputusan PRU13 nanti. Kerajaan Firaun dan Namrud hancur. Inikan pula umNO bN.

Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.
23 Jamadil akhir 1433/15 Mei 2012 – SELASA.

Monday, May 14, 2012

KEMBALI 2 | GERUN DI IBU NEGARA – TEMBERANG DI GUA …………….. (TUDIA!!!!!!! PM 1MALAYSIA dari uBn)



Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.

23 Jamadil akhir 1433/14 Mei 2012 – ISNIN.

Rakyat dari negeri-negeri seluroh negara, walau sekalipun diancam dan dikecam, diberi amaran oleh penguasa uBn melalui komponan bersekutu mereka (PDRM, Mahkamah dan macam-macam lagi) “jangan ke Dataran Merdeka” pada 28 April 2012 diperhimpunan “BERSIH 3.0 – DUDUK dan BANTAH”. Rakyat telah meraikan tunjuk bantahan kepada kerajaan uBn pimpinan NdR (Najib dan Rosmah) dianggarkan mencecah setengah juta peserta atau dengan angka 500,000. Tujuan penganjur dengan fokas dan matlamat, supaya   perjalanan susunan pilihanraya negara yang dikendali selia oleh SPR (Setia pada Rosmah) dibebaskan dari semua jenis penipuan dan penyelewengan. Yang selama ini, ianya menjadi senjata penyelamat uBn dalam PRU-PRU.

Putar belit pulas pusing, bercabang lagi berlapis maka berkukulah ia. Yakni sepupu NDR yang berkuasa di KDN - Menteri Dalam Negeri. Kuasa telunjuknya bisa mengigil mengeletar macam demam kora. Maka menikuslah sekelian penghuni Bukit Aman, dari spisis PDRM dan jabatan sewaktu dengannya. Hishamuddin bin Hussein - HBO mengendali perjalanan peserta bersih dari menara Bukit Aman yang bergelora. HBO meneropong menerjah, mengarah menghulurkan taktik dan teknik. Dapatkan ilham cara-cara menukar peserta bersih aman menjadi huruhara dalam sekelip mata. Peserta BERSIH 3.0 aman sentosa sejak petang 27 April sampai pukul 2.30 petang 28 April. Angkara harubiru dari penyamar anggota PDRM sendiri, maka jadilah huruhara sebiji macam dihajati uBn untuk modal kutukkan selepas itu. Ini bukan auta, ianya adalah nyata.

Untuk apa? Makanya jadilah PDRM samseng berlesen, menganas mencari mangsa tak kira dimana dipremis ibukota negara pada 28 April yang lalu. Prilaku samseng tersebut tersimpul dijadikan modal haram menuding telunjuk kearah musuh dan lawan saingan politik uBn. Diwar-war dicanang semua media perdana pecacai uBn. Kununnya   cemar sungguh perhimpunan BERSIH 3.0. Itu saja senjata uBn yang berbaki. Kini yakni fitnah dan propaganda megiringi PRU13 memayungi uBn. Peristiwa mengganas dan zalim PDRM melindungi uBn, dah terukir menjadi rekod dalam akib sejarah negara.

Apabila perpaduan rakyat menerima dan mengiktiraf ‘BERSIH 3.0” adalah satu wadah keramat, untuk menghalau hanturaya, hantukaya, hantutipu yang dah 12 PRU bersarang dalam uBn. Sesungguhnya rakyat mengharapkan dalam PRU13, tidak lagi diulang penipuan dalam semua sudut disemua pekara semasa mengurus dan mengendali sebelum dan selepas PRU 13 nanti oleh SPR, tak lama lagi. Himpunan duduk bantah 500,000 peserta di BERSIH 3.0, 28 April 2012 Sabtu lalu. Kesan yang segera dan nyata penghuni di PWTC tak dapat tidor lena. Manakala penguasa  Putrajaya bergegar dan mengeletar. Saksikan himpunan rakyat BERSIH 3.0 dalam tuntut keadilan perjalanan PRU13.

BERSIH 3.0 telah menyatukan etnik utama negara Melayu, Cina, India dan etnik yang lain berganding dan bersilang tangan dalam matlamat SATU TUJUAN. Justeru uBn menjadi tak ketahuan, macam jantan galak mati pucuk.Terkejut terperanjat besar.

uBN NdR 1Malaysia dan TSMY tak taukah BERSIH 3.0 akan disempurnakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012? Mereka tahu. Sebab tulah awal-awal lagi buat-buat program selari serentak masa dengan BERSIH 3.0 diadakan. Kenapa? uBn dah agak dah untuk NdR dan TSMY menyimpulkan 28 April 2012 dapat bertahankah benteng usang yang keramat yakni PDRM melindungi uBn? Akhirnya sehari sebelum dan pada 28 April 2012 hari Sabtu NdR dan TSMY, serahkan ibu negara Kuala Lumpur kepada rakyat  berhimpun untuk BERSIH 3.0, biar dikendalikan oleh PDRM diawasi oleh sepupunya NdR. Mereka lari mendapatkan sokongan di Kucing dan di Kota Kinabalu. Rakyat tidak dapat memahaminya membaca tersurat dan tersirat NdR-TSMY, tetapi bacaan saya dan hemat saya ada kebenarannya.

Kejayaan 500,000 peserta dari pelbagai etnik negara berada di ibu negara Kuala Lumpur. Peserta kotakan, merealisasi BERSIH 3.0 dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Walau dihalang, sekalipun digalang oleh uBn melalui pecacai mereka seperti Nenek Bandar Kuala Lumpur, polis maupun dari kamar Mahkamah dari hakim cap beruk, cap ayam maupun cap kera. uBN panas mengelegak, SPR menjadi nanar dan gila babi. Lagi berganda gila babi bila rang undang-undang pindaan perkemas dan perkasakan uBn berkaitan mudahtipu perjalanan pilihanraya yang sedang dibentang dibincang di Dewan Negara oleh anggota Senet di rentap, ditarik balik. Apa kejadahnya berlaku kepada uBn ini, jadikan Parlimen sekian tunggangan mereka, bukan sekali. Berulang kali.

Justeru sekembalinya NdR – TSMY dari Kucing dan kota Kinabalu. 8 hari kemudian selepas gerun melihat rakyat 500,000 menjayakan BERSIH 3.0 di ibu kota ibu negara Kuala Lumpur. NdR – TSMY melarikan diri kegua untuk mendapatkan sokongan penghuni pendalaman etnik orang Asli di Gua Musang pada 5 May 2012, serta melakukan propaganda, fitnah sakan kepada BERSIH 3.0. NdR bukan saja pindah gol, tetapi dia NdR pindah ubah stadium bersekali dengan pemain, pengadil dan penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak. Sabdanya di gua, Gua Musang, kira-kira seperti berikut:-

“Perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi”.

Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah. “Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan”. “Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik.NdR semasa  lawatan politik uBn sehari ke Kelantan  di padang Pusat Sivik, Gua Musang.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Beliau berkata dalam cubaan kumpulan terbabit menawan Dataran Merdeka, mereka telah bertindak ganas antaranya mencederakan anggota polis dan wartawan serta merosakkan kenderaan polis dan harta awam. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.“Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi. “Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi  perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.“Mereka tolak Stadium Merdeka kerana niat mereka itu, kalau negara harmoni dan semua dalam keadaan baik, mereka tidak boleh duduk di takhta Putrajaya,” katanya. “Saya tabik kepada orang Gua Musang, kita boleh beritahu pada puak yang berhimpun dekat Dataran Merdeka bahawa orang Gua Musang lebih bertamadun   daripada mereka“. Mereka (penduduk Gua Musang) mencerminkan masyarakat madani, menghormati prinsip undang-undang dan tidak mahu kacau bilau,”. Sabda NdR.


Ibu kota ibu negara terlepas dari uBn, makanya NdR ke Gau Musang secara simboliknya merayu kepada YBM TS TRTH MP Gua Musang, janganlah tibai uBn dan belasah dengan pelepah nyior belakang NdR dalam mengemudi AMANAH. Itulah yang tersirat.



Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.
Siap jam 10.54 pagi.
23 Jamadil akhir 1433 - ISNIN.



Sunday, May 13, 2012

KEMBALI 1 | INFO KAMI UNTUK ANDA

KEMBALI 1

INFO KAMI UNTUK ANDA 

Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.

22 Jamadil akhir 1433/13 Mei 2012 

Kini kesihatan saya diambang pulih, dengan izin Allah, dapatlah secara slow bergerak dan dalam kadar termampu menghadapi lap top usang. Terima kasih kepada teman-teman, rakan taulan (BUKAN yb Dato’ Taulan Rasul) yang menziarahi saya semasa di Hospital Kulim, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan Hospital Pulau Pinang. Penghargaan khusus kepada semua anak-anak dan menantu, adik-adik dan sanak keluarga yang menziarahi. Mengertilah apa itu sakit jantung, yang ianya tidak dapati pengkhabaran tahap sakitnya seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Dah saya lalui hampir 2 tahun. Tidak ada baris dan bait maupun kalimat yang mampu saya menjelmakan disini. 

Untuk diperkatakan kepada budi baik isteri tersayang disisiku, menemani ku ketika menderita sakit di ketiga-tiga hospital tersebu. Bersama-sama dengan anak-anak yang akan menghadapi pepereksaan PMR,SPM dan sebagainya. Doanya, tabah hati dan cekal memberi peransang motobasi kepada ku, menghadapi berdepan sakit jantung dengan seribu kemungkinan. Banyak cuti khas diambil kerana menemani ku. Keiklasan tersebut dengan redzaku pasti Allah mengiringi meredzainya. Pasti, Allah dah tentukan pembalasan dan pahala yang setimpal dengan kudus hatinuraninya menjagaku, kerenah sakit dan macam-macam lagi. 

Kepada team doctor Kardologi di HSB Alor Setar dan team doctor Kardologi di Hospital Pulau Pinang team yang di ketuai sendiri oleh Ketua Jabatan Kardologi Hospital Pulau Pinang iaitu Dato’ Dr Omar Ismail, melakukan pembedahan. Jazakumullah, terima kasih diatas daya usaha Dato’ Dr Omar dan doctor-doktor yang terlibat, berusaha, berikhtiar dengan segala pengalaman, pengetahuan, didikasi yang tinggi dalam misi baik pulih repair jantung saya yang menghadapi sakit kronik. Diatas dayausaha team doctor yang iklas, Alhamdulillah Allah izinkan jayakan usaha-usaha mereka Berjaya. Kepada Dato’ Dr Zahari Noor terima kasih sudi membantu. 

Subhanallah, degup jantungku kini terus berdegup, so far so good, Inshaallah. Selepas tiga hari Sasterawan Rakyat Marhean Ustaz Azizi bin Abdullah, mendapatkan rawatan susulan kerana pelbagai kronik penyakit di Hospital Pulau Pinang. Manakala aku sendiri untuk rawatan susulan wajib untuk repair jantung sebagaimana dialami oleh Ustaz Azizi tempoh April 2011 dulu. Hari ketiga itulah aku tanggalkan unifom hospital dengan memaki pakaianku sendiri. Ku pinta isteriku tercinta menolak ku ke bilik icu yang ditempatkan Ustaz Azizi. Nyata tidak disenangi oleh isteriku dan dibantah oleh doctor dan Ketua Jururawat, aku tak peduli, isteriku patuh kena setuju pi sama bantuku kedistinasi Ustaz Azizi terlantar.. “Tak baik Pak Cik sakit jantung dan lusa nak lakukan benda sama, pi ziarah orang sakit jantung dah lakukan pembedahan”. Aku adalah dari jenis yang degil, dalam melawan suasana. Ketika aku di Hospital Pulau Pinang bersama Ustadz Azizi dan ratusan pesakit jantung yang lain. 

Ketika itu jugalah isteriku khabarkan yang Ustadz Azizan (Menteri Besar Kedah) dan Dr Haron Din di IJN Kuala Lumpur. Sebak dada menahan rasa melihat dari jauh, pemimpinku mengalami sakit yang sama berulang dan sedang mendapat rawatan. Selepas isteriku menolak ku menuju ke wad – bilik yang menempatkan Ustadz Azizi, ku bangun gagahi tunjuk gagah menyerandang papah disisi isteri ku, ke katil temanku Ustaz Azizi yang dirinya serabut dengan pelbagai wayer dan bermacam mesin rawatan dapat kutengok. Ketika itu Ustadz Azizi tidor. Sebaik melihat keadaan Ustadz dengan dawai wayer yang berserat jadi alat rawatan, ketika itu sebak dadaku, air mataku bercucuran. 

Teringat sangat apakah aku juga kesudahan macam dilalui oleh Ustadz Azizi, menghadapi proses selepas pembedahan. Sebab itulah aku ditegah melawat pesakit yang sama sakit dialami. Lagi cuba ditahan air mata dan hiba, nyata ianya berganda pula berguguran mengalir. Kira-kira sepuloh minit, Ustaz Azizi terjaga dari lenanya, dengan bahasa isharat yang aku fahami dan isteriku juga memahaminya, iaitu “Sapa bersama-sama dengan anta”. Saya bercakap bersama dengan isharat katakan “Isteri ana”. Ustaz Azizi tarik sikit kain (selak), sambil tunjukkan bekas-bekas bedahan. Tak dapat ku gambarkan simptiku keatas Ustaz menanggung derita sakit. 

Aku sendiri sembunyi dan rahsiakan sakitku kepadanya. Bila pertanyaan Ustadz kepada ku, “Anta memang mai zerah ana?”. Aku mengangguk dengan mombohonginya, yang aku sendiri dua hari lagi akan mendapat rawatan sepertinya yang lebih dulu dirawati dariku. Hampir setengah jam, jururawat dan doctor datang memangil aku balik kembali kekatilku. Pasti ketika itu Ustadz Azizi sangka doctor datang untuk merawatinya dan aku bersama isteri akan mengundur diri. Sebelum aku beredar, aku mencium pipi kiri kanannya, dan kucup dahinya, nyatalah air matanya mengalir. 

Selepas itu, kami salam genggam erat tangan dalam erti sama-sama keuzuran. Ketika salam itu aku sertakan wang RM, orangnya hebat. Nyata sama sekali dia tidak perlukan pemberian itu. Sampaikan mesin memberi peringatan dekatku, ‘jangan ganggu emosi pesakit’. Itu merupakan pertemuan terakhir kami, yang disaksikan oleh isteriku. Sebaik beredar dari bilik icu yang menempatkan Ustaz Azizi, diatas alat bantu roda tiga, aku menangis sepuas-puas. Rupanya isteriku turut serta mengalir air mata dan sebak, melihat sendiri tentang sakit dan kesihatan Ustaz. 

Terfikirlah juga, terkenanglah juga apakah aku juga akan jadi macam tu sebaik menjalani pembedahan. Rupanya isteriku juga terlintas, lintasan ingat yang sama apabila perasaan kecilnya dikhabarkan padaku, mengenangkan dihadapi oleh Ustaz (dua perkatan yang setiap masa mengikut keadaan saya menyapa dan memanggil isteriku, iaitu ‘Ummi atau sayang). Sememangnya Ustaz Azizi telah menjalankan pembedahan jantong pada April 2011 yang lalu. Dimasukkan untuk mendapat rawatan pelbagai penyakit sejak 11 Ogos di Hospital Pulau Pinang. 

Selepas enam hari pembedahan saya dibenarkan keluar dari hospital. Seminggu saya diputuskan dengan dunia luar oleh isteri dan anak-anak saya, disemua aspek. Akhirnya seminggu selepas itu, isteriku menunjukkan paparan skrin laptop, nyata dah berlalu tujoh hari Uztas Azizi Abdullah telah kembali kepangkun pencintaNya. “Dari Allahkita datang, kepada Allah kita pulang”. (al Fatehah untuk temanku Almarhom Ustaz Azizi. PASlah yang menyatu dan mengeratkan kami sejak aku di Kelantan selama 28 tahun). 

Tertera tarikh meninggalnya pada 21 hb Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan 1432 hari Ahad sekitar 7.50 pagi. Ustaz Azizan Razak dan Dr Haron Din semakin sehat dan bertenaga. Saya sendiri koi-koi segar dan mampu menghadapi laptop dan blog yang usang terbiar, agar dapat diaktifkan mengikut kisaran suhu kesihatan. Kini hamper menjangkau 10 bulan almarhom Ustaz Azizi Abdullah, sasterawan rakyat marhean mengadap pencintaNya Allah arRahman arRahim, mudah2an rohnya ditempatkan ditempat yang selayaknya bersama-sama Rasul alAmin. Mudah2an, diizinkan Allah kekuatan terus menulis walau sedikit buah akal, untuk santapan kita bersama. 

 Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB 
Siap : 6.20 ptg.