Sunday, May 13, 2012

KEMBALI 1 | INFO KAMI UNTUK ANDA

KEMBALI 1

INFO KAMI UNTUK ANDA 

Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.

22 Jamadil akhir 1433/13 Mei 2012 

Kini kesihatan saya diambang pulih, dengan izin Allah, dapatlah secara slow bergerak dan dalam kadar termampu menghadapi lap top usang. Terima kasih kepada teman-teman, rakan taulan (BUKAN yb Dato’ Taulan Rasul) yang menziarahi saya semasa di Hospital Kulim, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan Hospital Pulau Pinang. Penghargaan khusus kepada semua anak-anak dan menantu, adik-adik dan sanak keluarga yang menziarahi. Mengertilah apa itu sakit jantung, yang ianya tidak dapati pengkhabaran tahap sakitnya seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Dah saya lalui hampir 2 tahun. Tidak ada baris dan bait maupun kalimat yang mampu saya menjelmakan disini. 

Untuk diperkatakan kepada budi baik isteri tersayang disisiku, menemani ku ketika menderita sakit di ketiga-tiga hospital tersebu. Bersama-sama dengan anak-anak yang akan menghadapi pepereksaan PMR,SPM dan sebagainya. Doanya, tabah hati dan cekal memberi peransang motobasi kepada ku, menghadapi berdepan sakit jantung dengan seribu kemungkinan. Banyak cuti khas diambil kerana menemani ku. Keiklasan tersebut dengan redzaku pasti Allah mengiringi meredzainya. Pasti, Allah dah tentukan pembalasan dan pahala yang setimpal dengan kudus hatinuraninya menjagaku, kerenah sakit dan macam-macam lagi. 

Kepada team doctor Kardologi di HSB Alor Setar dan team doctor Kardologi di Hospital Pulau Pinang team yang di ketuai sendiri oleh Ketua Jabatan Kardologi Hospital Pulau Pinang iaitu Dato’ Dr Omar Ismail, melakukan pembedahan. Jazakumullah, terima kasih diatas daya usaha Dato’ Dr Omar dan doctor-doktor yang terlibat, berusaha, berikhtiar dengan segala pengalaman, pengetahuan, didikasi yang tinggi dalam misi baik pulih repair jantung saya yang menghadapi sakit kronik. Diatas dayausaha team doctor yang iklas, Alhamdulillah Allah izinkan jayakan usaha-usaha mereka Berjaya. Kepada Dato’ Dr Zahari Noor terima kasih sudi membantu. 

Subhanallah, degup jantungku kini terus berdegup, so far so good, Inshaallah. Selepas tiga hari Sasterawan Rakyat Marhean Ustaz Azizi bin Abdullah, mendapatkan rawatan susulan kerana pelbagai kronik penyakit di Hospital Pulau Pinang. Manakala aku sendiri untuk rawatan susulan wajib untuk repair jantung sebagaimana dialami oleh Ustaz Azizi tempoh April 2011 dulu. Hari ketiga itulah aku tanggalkan unifom hospital dengan memaki pakaianku sendiri. Ku pinta isteriku tercinta menolak ku ke bilik icu yang ditempatkan Ustaz Azizi. Nyata tidak disenangi oleh isteriku dan dibantah oleh doctor dan Ketua Jururawat, aku tak peduli, isteriku patuh kena setuju pi sama bantuku kedistinasi Ustaz Azizi terlantar.. “Tak baik Pak Cik sakit jantung dan lusa nak lakukan benda sama, pi ziarah orang sakit jantung dah lakukan pembedahan”. Aku adalah dari jenis yang degil, dalam melawan suasana. Ketika aku di Hospital Pulau Pinang bersama Ustadz Azizi dan ratusan pesakit jantung yang lain. 

Ketika itu jugalah isteriku khabarkan yang Ustadz Azizan (Menteri Besar Kedah) dan Dr Haron Din di IJN Kuala Lumpur. Sebak dada menahan rasa melihat dari jauh, pemimpinku mengalami sakit yang sama berulang dan sedang mendapat rawatan. Selepas isteriku menolak ku menuju ke wad – bilik yang menempatkan Ustadz Azizi, ku bangun gagahi tunjuk gagah menyerandang papah disisi isteri ku, ke katil temanku Ustaz Azizi yang dirinya serabut dengan pelbagai wayer dan bermacam mesin rawatan dapat kutengok. Ketika itu Ustadz Azizi tidor. Sebaik melihat keadaan Ustadz dengan dawai wayer yang berserat jadi alat rawatan, ketika itu sebak dadaku, air mataku bercucuran. 

Teringat sangat apakah aku juga kesudahan macam dilalui oleh Ustadz Azizi, menghadapi proses selepas pembedahan. Sebab itulah aku ditegah melawat pesakit yang sama sakit dialami. Lagi cuba ditahan air mata dan hiba, nyata ianya berganda pula berguguran mengalir. Kira-kira sepuloh minit, Ustaz Azizi terjaga dari lenanya, dengan bahasa isharat yang aku fahami dan isteriku juga memahaminya, iaitu “Sapa bersama-sama dengan anta”. Saya bercakap bersama dengan isharat katakan “Isteri ana”. Ustaz Azizi tarik sikit kain (selak), sambil tunjukkan bekas-bekas bedahan. Tak dapat ku gambarkan simptiku keatas Ustaz menanggung derita sakit. 

Aku sendiri sembunyi dan rahsiakan sakitku kepadanya. Bila pertanyaan Ustadz kepada ku, “Anta memang mai zerah ana?”. Aku mengangguk dengan mombohonginya, yang aku sendiri dua hari lagi akan mendapat rawatan sepertinya yang lebih dulu dirawati dariku. Hampir setengah jam, jururawat dan doctor datang memangil aku balik kembali kekatilku. Pasti ketika itu Ustadz Azizi sangka doctor datang untuk merawatinya dan aku bersama isteri akan mengundur diri. Sebelum aku beredar, aku mencium pipi kiri kanannya, dan kucup dahinya, nyatalah air matanya mengalir. 

Selepas itu, kami salam genggam erat tangan dalam erti sama-sama keuzuran. Ketika salam itu aku sertakan wang RM, orangnya hebat. Nyata sama sekali dia tidak perlukan pemberian itu. Sampaikan mesin memberi peringatan dekatku, ‘jangan ganggu emosi pesakit’. Itu merupakan pertemuan terakhir kami, yang disaksikan oleh isteriku. Sebaik beredar dari bilik icu yang menempatkan Ustaz Azizi, diatas alat bantu roda tiga, aku menangis sepuas-puas. Rupanya isteriku turut serta mengalir air mata dan sebak, melihat sendiri tentang sakit dan kesihatan Ustaz. 

Terfikirlah juga, terkenanglah juga apakah aku juga akan jadi macam tu sebaik menjalani pembedahan. Rupanya isteriku juga terlintas, lintasan ingat yang sama apabila perasaan kecilnya dikhabarkan padaku, mengenangkan dihadapi oleh Ustaz (dua perkatan yang setiap masa mengikut keadaan saya menyapa dan memanggil isteriku, iaitu ‘Ummi atau sayang). Sememangnya Ustaz Azizi telah menjalankan pembedahan jantong pada April 2011 yang lalu. Dimasukkan untuk mendapat rawatan pelbagai penyakit sejak 11 Ogos di Hospital Pulau Pinang. 

Selepas enam hari pembedahan saya dibenarkan keluar dari hospital. Seminggu saya diputuskan dengan dunia luar oleh isteri dan anak-anak saya, disemua aspek. Akhirnya seminggu selepas itu, isteriku menunjukkan paparan skrin laptop, nyata dah berlalu tujoh hari Uztas Azizi Abdullah telah kembali kepangkun pencintaNya. “Dari Allahkita datang, kepada Allah kita pulang”. (al Fatehah untuk temanku Almarhom Ustaz Azizi. PASlah yang menyatu dan mengeratkan kami sejak aku di Kelantan selama 28 tahun). 

Tertera tarikh meninggalnya pada 21 hb Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan 1432 hari Ahad sekitar 7.50 pagi. Ustaz Azizan Razak dan Dr Haron Din semakin sehat dan bertenaga. Saya sendiri koi-koi segar dan mampu menghadapi laptop dan blog yang usang terbiar, agar dapat diaktifkan mengikut kisaran suhu kesihatan. Kini hamper menjangkau 10 bulan almarhom Ustaz Azizi Abdullah, sasterawan rakyat marhean mengadap pencintaNya Allah arRahman arRahim, mudah2an rohnya ditempatkan ditempat yang selayaknya bersama-sama Rasul alAmin. Mudah2an, diizinkan Allah kekuatan terus menulis walau sedikit buah akal, untuk santapan kita bersama. 

 Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB 
Siap : 6.20 ptg.