Sunday, January 25, 2009

PASONG TIDAK MENGENA

Dari Langit Ke Bumi.

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan 'Allah-lah tertera langit dan bumi dan adalah 'Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana". - (Surah Al-Fath: Ayat 4)

"Dan 'Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan 'amal-'amal saleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya". - (Surah Maryam: Ayat 76)


"Orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui 'Allah berkata: 'berapa banyak terjadi gulongan yang sedikit dapat mengalahkan gulongan yang banyak dengan izin 'Allah dan 'Allah beserta orang-orang yang sabar". - (Surah Al-Baqarah: Ayat 249)


'Bandingan orang-orang mu'min dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluroh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakit'. - (Hadis Diriwayatkan: Muslim didalam Sahihnya)



UMNO-BN: Ambillah Iktibar.


Berakhirnya PRU12 pada 8 Mac 2008 Sabtu, serta berlalunya PRK P.44 Permatang Pauh 26 Oogos 2008 Selasa tahun lepas, ianya telah memberi hukuman dan pengajaran hitam kepada BN khususnya UMNO itu sendiri. Biarkan keputusan PRU12 tersebut mengingaukan UMNO-BN. Tetapi keputusan PRK P.44 Permatang Pauh wajar diambil perhatian oleh UMNO-BN yang mana rakyat dan pengundi Permatang Pauh telah menerus menafikan dengan menolak UMNO-BN masuk kedalam moonson drain bersaiz besar 8' lebar, pasti menghadapi karam, lemas berkesudahan dengan maut akhirnya.


Calunnya YB Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat undi 15,525 iaitu undi kurang dari majoriti yang diperolehi calun PKR-PR. Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 31,195 undi dengan majoriti 15,671. Manakala calun bebas dari Tanah Merah Kelantan Encik Hanafi Mamat hilang pitih depositnya cuma mendapat 92 undi. Ianya umpama peledak C4 diletupkan kepangkuan Pengarah Pilihanraya BN P.44 Permatang Pauh, TPM DS Najib Tun Abdul Razak.
Sebagaimana berkecainya gadis Monggolia Altantuya Shaaribu yang malang itu yang dihubungkaitkan juga dengan TPM kita DS Najib sehingga kini terapong terawangan rakyat mempersoalkannya kes tersebut. Sudah pasti ledakan tersebut sama-sama diterima dirasa, dihadapi oleh PM DS Abdullah Ahmad Badawi dan ramai lagi deretan rakit mereka serentak merasainya kesan ledakan bunyi dan bisanya bahan kimia yang terdapat pada C4 tersebut.
Lebih dari itu padah dan celaka yang menimpa BN-UMNO itu adalah tiupan api perkauman sebagaimana petani membakar jerami dibendang selepas menuai. Suis yang datangnya dari denyutan nadi urat jemereh UMNO melalui dan menerusi Datuk Ahmad Ismail. Iaitu Ketua UMNO Bahagian Tanjung. Ia bertembung langsung secara terbuka disemua keadaan dicanang dengan memalu gong perkauman berhadapan GERAKAN ketua parti komponan BN bekas aruah kerajaan BN Pulau Pinang pada 8 Mac 2008 Sabtu tahun lepas.
Hinggakan ianya menjadi hesteria, sampai perengkat menjurus kepada gila babi dan babi gila macam kutu babi membuta tuli. Datuk Ahmad Ismail diangkat dan dijulang dengan pakaian Melayu bertanjak dan berkeris panjang umpama jembalang belang, dibangunanTebal UMNO negeri yang mendapat pengiktirafan dari UMNO kaki dan UMNO pusat. Secara kebenaran langsung maupun kebenaran tidak langsung diatas sikap lepas tangan UMNO Pusat membiarkan mengilanya Datuk Ahmad Ismail yang ditangannya sekotak mancis cap cabai ditepi stok stesyen simpanan petrol dan gas.
Berlanjutan dengan merentap turun, baling buang, koyakrabak gambar dan memijak gambar resmi mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Soh Khon. Perbuatan diluar garis siuman manusia sejagat yang dilakukan tidak kena pada masa dan tempat serta punca sebab musabab dan kesnya dalam sebuah rumah tangga BN. Kesan rentap, baling dan pijak gambar resmi mantan KM tersebut, terjawbalah untuk sementara jawapan dengan talak 3 BN diperengkat negeri Pulau Pinang antara Gerakan dan UMNO. Yakni negeri kelahiran YAB Perdana Menteri DS Abdullah Badawi yang parti dipimpinnya tewas dan gagal meneruskan cengkaman menguasai Pulau Pinang.
Pasti tindakan gila babi tersebut amat tergoris dan tertusuk hati jantung, khususnya keatas Presiden Gerakan Pusat juga Pengerusi Perhubungan BN Pulau Pinang juga Pengerusi Gerakan Negeri Pulau Pinang iaitu TS DR KSK dan amnya ahli-ahli Gerakan senegara. Untuk mereda tindakan membendung fenomina pertelingkahan-pertentangan UMNO-Gerakan umpama peperangan diantara Isreal dengan Palastine yang berlarutan diantara sesama komponan BN. Iaitu tonggak BN yang menjadi tengkorak-UMNO dengan Gerakan menjadi Beraksakan.
Maka dengan itu, nun dibukit sana nujum BN yang bersemadi dan bersemayam di Bukit Aman telah mengenali dan mengesan puncanya. Ramalan Nujum Bukit Aman mendapati puncapangkalnya hendaklah dengan menangkap dan mengISAkan pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang sebagaimana pengalaman terdahulu yang berjaya dilaksanakan oleh BN-UMNO yang dilangsaikan oleh pehak Polis. Lain yang binjul lain tempat yang disapukan ubat dan ditawarkan bisa ditempat lain juga. Inilah kelebihan wajah sebenar UMNO-BN, dulu, kini dan selama-lamanya menyelamatkan dirinya.
Kalau rakyat mendiamkan diri menjadi spesis batu dan kayu tunggulah kemusnahan rakyat dan lingkupnya negara kita gerangan puaka UMNO-BN berkuasa. Stop! Hentilah rakyat merdeka dan berdaulat, jangan menjadi rakyat yang berkulat, koro dan rela setiap ditandu dicucuk hidong selama-lamanya oleh UMNO-BN memijak kepala kita rakyat marhean ini, diatas kalimat lama diulang didodoikan ditelinga rakyat Malaysia sampai jadi azimat iaitu ungkapan "Pembangunan dan Keselamatan". Rakyat dan pembangkang menjadi kurban.
Bahtera UMNO Berketua Salah.
Persepsi yang saya tinta dan saya nukilkan disini, ianya adalah didalam lengkaran kenyataan, yang sedang dan terus berlaku didalam UMNO dan diperdebatkan sekarang untuk mencari jalan keluar. Ahli UMNO sahajalah yang berkemampuan dan merekalah yang menjadi perwakilan adalah tuan sejati untuk bersuara dan mencorakan UMNO. Lainlah pemimpin jadian sitora yang naik maiwa turunnya disebabkan rasuah fulus. Mampukah disangkal kenyataan ini? Fitnahkah kenyataan ini wahai saudara-saudaraku ahli-ahli UMNO?
Sekiranya anda semua telah menjadi koro dan telah terlucut jatidiri sebagai insan beriman, melainkan menjadi bahan api neraka terhadap pemberi dan penerima rasuah yang menjadi raja bermaharajalela. Tersohor sebagai pelengkap saling melengkapi dengan kepentingan tawaran dan deman anjakan mendapat taraf Ketua semua perengkat dan Perwakilan semua perengkat menuju ke PWTC yang tersergam megah berdepan menjunam rebah.
Saya yang dilahirkan dari som-som dan sulbi UMNO kira-kira 8 tahun sebelum kemerdekaan Malaya dengan merdeka pada 31 August 1957 hari Sabtu sebagaimana yang dishorkan oleh Alfaqeh Almarhom Tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim Bin Haji Ahmad - Abdullah Fahim (ianya amat disanjungi dan sentiasa dibibir Alamrhom abah saya termasuk anaknya Almarhom Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Abdullah mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pertama) dengan nama Persekutuan Tanah Melayu - Federation of Malaya bersama-sama dengan Enchek Saadon Bin Haji Jubir Ketua UMNO Malaya ketika itu.
(Nota: Ingatan saya masih segar, ketika beberapa bulan lepas merdeka Almarhom Abah saya bersama Almarhom Cikgu Ali Haji Ahmad (mantan Guru Besar dan mantan YAB MB) bersama dengan Almarhom Cikgu Mat Arief Puteh (Pak Lang) Sungai Berembang iaitu Ayahnda kepada Tuan Haji Abdul Rahim S/U Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sekarang, kami kerumah Almarhom Abdullah Fahim di Kepala Batas. Sebaik bertemu, Abahku mencium tangan dan memeluk; pelukan mereka masihku lihat titisan airmata persahabatan mereka, amat hebat. Tetapi Abahku tidak mencium tangan Haji Ahmad Haji Abdullah sekadar berpelukan sahaja. Aku yang masih kecil jahil dengan pengetahuan dan anak kampung tak tau apa-apa, tetapi aku mencium kedua ulamak besar itu dan mereka membongkok memelukku. 20 tahun selepas itu barulahku tahu siapalah mereka itu. Kalau kedua-dua Ulamak Besar itu masih hidup sekarang pasti ku terus mencium tangan mereka - al Fatehah untuk mereka semua- Sekarang pun kalau melalui Kepala Batas pasti ku singgah untuk membaca Al Fatehah untuk mereka dan bertawasul dengan mereka).
Percayalah UMNO sekarang ini sedang ditandu oleh dikalangan anak dan elet bangsawan. Mereka telah melengkong, mereka telah keliling membeli rakyat marhean dengan kepelbagaian cara dengan cara pandangan halus, pandangan kasar dan secara peras ugut melalui dagangan rasuah jualbeli. Ya! TPM kita lanie DS Najib Tun Abdul Razak anak mantan PM Ke2, Datuk Hishamuddin Tun Hussein anak mantan PM Ke3 mereka berdua saudara sepupu sebelah bonda mereka.
Datuk Mukhris Tun Dr Mahathir anak mantan PM Ke4, YB Khairy Jamaluddin menantu kepada PM sekarang. TS Mahayuddin Yassin, Datuk Seri Abdul Hamid Albar, dan ramai lagi kalau mau dibariskan, semua mereka adalah datangnya dari gulongan elit, bangsawan dan billionwan. Mereka memeliki harta 3 keturunan tidak luak, kata sesetengah orang yang saya pinjamkan disini.
Mereka pemimpin bertaraf *****star X 2, tinggi songkok hitam mereka sekaki=12" kira-kiranya, domoi kasut mereka lanie seperti kepala boya panjangnya. Pakaian mereka berjenama dan dari luar negara. Prestej mereka amat tinggi. Breakfirst, Lunch dan dinner mereka sehari (di hotel/di rumah) samalah dengan nilai perbelanjaan kita, orang marhean seperti aku dan keluarga tahan selama 2 minggu dan mungkin untuk penoreh getah di Baling, Nelayan di Juru mungkin mencecah persamaan belanja sebulan makan. Depa pemimpin bangsawan elit ini pederas joli sari saja, ini adalah realiti. Kereta mereka banyak buah dan jenamanya aku nak eja sebut tak tau.
Kita pilih depa sebagai pemimpin? Depa tidak dapat mewakili hatinurani anak nelayan, hatinurani pesawah, hatinurani pemandu perkhidmatan awam, hatinurani penyadat nyior, hatinurani oku dan hatinurani pelbagai lagi. Pemimpin negarawan elit ini; depa tidak pernah berjalan kaki kesekolah, depa tidak pernah erti makan nasik berlaukkan temenung kering, gelama kiat tamban kiat. Depa tak pernah kenai erti jerit perit hidup dan kehidupan kita. Mereka tak mempunyai bapa dan emak seperti kita yang sedang mengandung 7, 9 bulan jam 4.30 pagi masih tekun sabar membilang perdu getah untuk mendapatkan hasil sesuap nasi untuk kita.
Mereka anak pemimpin elit bangsawan dan mereka juga pasti bangsawan; Tidak mempunyai bapa sebagaimana kita memperolehi dianugerahkan 'Allah bapa sejati walau umor 60 tahun dulu (1950-1980) masih menanggung guni memunggah naik turun guni padi jalor seisi lebihkurang 12 tin minyak tanah-tin besar, sampai saat saya melayari blog ini saya dapat saksikan ingatan kesusahan tersebut dilalui seolah-olah semalam saja berlalu. Saya kalam benar disini, dikalangan mereka ini 'Allah kurniakan kejayaan anak-anak mereka, Alhamdulillah.
Ya! Mereka pemimpin elit mereka cuma berlakon dan terpaksa, memaksa diri mereka sekalipun hatinurani mereka membantah untuk pura-pura menjadi seperti kita anak marhean. Lakonan mereka tidak menjadi, mereka pura-pura auta sahaja. Depa tidak pernah berayah yang pakaiannya hampir tidak pernah kering dibadan. Kerana terpaksa dengan hati sucinurani membadai kelaut menjadi nelayak berperahu kecil 7 kong, kira-kira panjangnya 14 - 16 kaki dengan dayong tiau, ketika dulu jarang-jarang berinjin sangkut injin bulat. Dapat ikan segar, udang, ketam semuanya dijual untuk membeli beras dan sebagainya akhirnya berlauk ikan temenong kering, tamban kiat juga.
Cukup untuk membicarakan kususahan ini, kita bincangkan dalam satu tajuk yang khusus. Justeru, kenapakah kita tidak mau mengangkat dikalangan kita yang marhean ini menjadi pemimpin? Celaka sangat dan sengket sangatkah kita tidak tau memilih tapis memimpin? Kenapa elit negarawan yang menindas yang merompak yang melanun harta kita, harta rakyat harta negara ini menjadi pilihan rakyat marhean mengangkat mereka menjadi pemimpin? Sedangkan mereka lebih lanun dari naga sebab naik turunnya mereka, mereka sendiri memperakui kerana dagang memperagakan rasuah. Sedangkan layaknya pemberi dan penerima rasuah adalah dalam api neraka. Naga tak masuk neraka, sehuduh-huduh babi pun tak masuk neraka, amati dan fikir-fikirkanlah tentang ini.
Persolan Dan Renungan.
Persoalannya kekalahan calun UMNO-BN khususnya UMNO itu sendiri dengan harga yang amat mahal dengan penjanaan pembiayaan rasuah yang amat besar dalam semua tindak tanduk. Rasuah langsung maupun rasuah tidak langsung. Seperti salahguna secara rasuah kemudahan awam dan rasuah penggunaan dan memperkudakan modal insan awam. Khususnya rasuah projek adhoc hatta rasuah wang membeli undi dan kepelbagaian lagi rasuah!!!. rasuah!!!!, rasuah!!!!


Perjalanan dan pembiayaan rasuah yang bersepadu dan kolektif mengisi sepenuhnya dalam jentera pilihanraya UMNO-BN medan hadapan dalam membantu calun mereka yang bertarong dalam PRK P.44 Permatang Pauh. Rasuah melalui PIBG, rasuah melalui peruntukan Mesjid, suarau dan rumah ibadat kaum-kaum lain. Menggunakan FRU, Polis, SPR, SB untuk menakut dan mengertakkan pengundi.
Disinilah saya mengajak SPR dan seluroh Anggota Suruhanjaya SPR yang dicadangkan oleh YAB PM dan dipersetujui perlantikan oleh DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, secara jujur, secara sama-sama memikul dan menggalas amanah dengan penuh tulus iklas untuk negara kita Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia ini, kepada yang anggota berugama Islam percayalah dengan azab kubur dan balasan dihari kiamat dipadang Mahshar yang tidak ada pembantu dan pelindung ketika itu. Ingatlah pesanan Junjungan Rasulallah dan Qalam 'Allah yang benar itu;
Adakah rasuah yang ditintakan diatas itu termaktub didalam kitab utama SPR yang muktabar? Atau ianya dibenarkan tidak menjadi kesalahan kepada BN-UMNO? Disebabkan ianya dilaksanakan oleh PM atau TPM yang kebal dari undang-undang dan akta rasuah? Ianya special dibenarkan kepada UMNO-BN setiap kali menghadapi PRU maupun PRK diatas nama "pembangunan" dan kalimat keramat "keselamatan". Saya ingin mendapat info dan penjelasan sepenuhnya dari Anggota Suruhanjaya Pilihanraya Ceo dan Eksekutif SPR dalam persoalan rasuah yang diketengahkan saya ini. Inshaallah saya sedang sabar untuk mendapat jawapan dari SJ SPR. Inshaallah.
PRK P.36 KUALA TERENGGANU - 17 JANUARI 2009 SABTU
Kembali kepada PRK P.36 Kuala Terengganu yang berlalu pada 17 Januari 2009 hari Selasa yang lepas. Saya tidak mau bariskan semua jenis rasuah dan nilai dana rasuah yang dihulur atau dihebahkan oleh semua media; media cetak maupun media elotronik tv, radio maupun saloran iT jalor lebar, saya ingin bertanya kepada SPR sekali lagi tidakkah semua itu melangar dan melanda semua peraturan dan undang-undang besar akta dalam pilihanraya? Atau semua yang dilakukan oleh BN-UMNO itu dilihat dan dipandang halal suci bersih oleh SPR?
Sudahkah bahagian statistik-lojistik, atau bahagian apa-apa tik-tik membuat satu kajian khusus/statistik induk. Menghimpun gabungkan dan merekod untuk sejarah negara dan sejarah SPR itu sendiri dalam sudut perbelanjaan pukal dan perbelanjaan berangkai yang berlapis dan bersambong dalam mengendalikan PRK P.36 Kuala Terengganu. Berpakah jumlahnya nilai perbelanjaan yang UMNO-BN gunakan untuk menghadapi mengisi PRK P.36 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 Sabtu yang lepas termasuklah semua perbelanjaan tenaga manusia untuk kepentingan UMNO-BN atas nama keselamatan???
Soalan besar dan cepumas ini saya halatujukan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) dan BPR sekiranya ada. Macamana kilat dan pantasnya SPRM sebaik saja suiz dipetik oleh GERAK yang EMN ketuai dulu dan berak mendakwa dapat maklumat tulin dari dalam berkaitan lembu kurban di Bandar Tun Razak oleh YAB MB Selangor. Maka terbanglah bak burong Ababil layaknya jaksa-jaksa dari SPRM membuat siasatan hingga khabarnya menekan Pemangku PB PKNS sebut dan ucap berlakunya rasuah dalam pembelian 46 ekor (kuantiti salah betulkan) lembu kurban tersebut. Ini masalah negara tau, rasuah salah besar, sama besar dengan menteri besar. Aduhhhhhhhhhhhhhh.
Sebelum letak batu asas BN-UMNO menamakan calun oleh Pengarah Pilihanraya BN P.36 Kuala Terengganu YAB TPM merangkap Menteri Kewangan DS Najib Tun Razak. Dan pada hari menamakan calun PRK P.36 Kuala Terengganu yang diumumkan oleh TPM/MK DS Najib Tun Razak mewakili BN-UMNO sebagai calunnya mempertahankan kawasan P.36 KT dengan pengumuman Senator Datuk Wan Farid Datuk Wan Salleh elet bangsawan menjadi calun mantan TMP mantan S/U Politik PM Ke5.
Selepas penamaan calun pada 6 Januari 2009 Selasa, sehinggalah jam 5.00 petang pada hari mengundi 17 Januari 2009 hari Sabtu. Pertanyaan saya adakah sejak sebelum batu asas BN-UMNO menamakan calun sehinggalah jam 5.00 petang 17 Januari 2009 hari Sabtu seluroh SPRM atau BRP kalau ada seluroh organisasi mereka diperengkat Pejabat Pusat Putrajaya dan diperengkat negeri Terengganu Pejabat Kuala Terengganu dibekukan peranan dan fungsinya atau selurohnya bercuti seperti seorang champion dunia badminton menggantung reketnya dari bermain bersumpah tidak mau masuk gelanggang?
Atau penganggotaan ahli suruhanjaya yang dipilih oleh YAB PM disahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong terdiri dari yang buta pengelihatan dan buta minda ataupun mereka apa? Ataupun pilihanraya PRK P.36 Kuala Terengganu yang berlaku sebelum dan selepas 17 Januari 2009 itu selurih Ahli SPRM dan SPR yang beragama Islam yang mengucap Dua Kalimah Syahadah; dapatkah anda dari SPR dan SPRM mengangkat sumpah dengan sukarela: Wallahi! Wabillahi! Watallahi kami dari SPRM dan kami dari SPR menafikan 100% tidak berlaku dan terjadinya rasuah dalam PRK P.36 Kuala Terengganu.
Saya serahkan untuk anda menjawabnya untuk rakyat Malaysia mendengar dan mengetahunya jawapan sumpah anda tersebut.
(Nota Utama: Alhamdulillah! Saya sebagai orang tua, saya kalah dengan anda berdua wahai Saudaraku Zubli Zainordin dan Saudaraku Nabisha, anda adalah pahlawan blogger, saya tewas dengan kejujuran anda. Maafkan saya oran tua ini, jauh kotak hatinurani saya mencari kemenangan sesama kita, tetapi fitrah kebenaran yang saya warisi dari Almarhom Abah saya yakni kebenaran. Doakan saya sehat kesihatan fizikal semuga kita cantumkan minda dijalor lebar kita bina keadilan. Bersama kita londeh kebatilan UMNO-BN- Maaf teruskanlah bertinta alam blogger)
Rabu: 28 Januari 2008 / 1 Safar 1430
Jam : 2.00 pagi