Tuesday, April 21, 2009

UM No /BN DI PORAKPERANDAKAN - PM6 MENGIGAU


UM No/BN DI PORAK PERANDAKAN – PM6 MENGIGAU
KES FAIRUS LETAK SEBAGAI ADUN N 12 PENANTI

Setelah melepas dan meletak jawatan sebagai YB Mohammad Fairus Khairuddin Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 yang lalu setelah 13 bulan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memerentah. Berikutan dengan perletakkan sebagai TKM 1 PP diikuti pula dengan pengumumannya perletakan jawatanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N 12 Penanti, berkuatkuasa sertamerta pada 16 April 2009. Speaker DUN PP telah maklumkan sehubungan perletakkan sebagai ADUN N 12 Penanti oleh YB Mohammad Fairus Khairuddin Timbalan kepada SPR. Pehak SPR akan mengadakan mesyurat sehubungan perletakkan ADUN tersebut pada Rabu 22 April 2009 ini.
Perletakkan jawatan kembar selang tempoh seminggu oleh YB Mohammad Fairus Khairuddin Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berikutnya melepas dan meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N 12 Penanti. Ianya umpama letupan dan ledakkan berulang C4 yang mengkecaikan wanita Monggolia menjadi mangsa. Kejutan dan badi takut kepada mayat Altantuya dikalangan kepimpinan wahid dalam UM No khususnya dan BN amnya. Perletakkan jawatan Fairus ianya telah mengundang malapetaka, porakperanda dan pertentangan pendapat serta pertembungan hujah dalam menangani perletakkan jawatan dan terpaksa menghadapi PRK N 12 Penanti. Badi ketakutan menghadapi PRK keatas Presiden UM No/Pengerusi BN iaitu YAB DS Najib Tun Razak yang baru menjawat PM6.
Ngeri, badi menghadapi PRK samalah dengan badi mengigil lutut dan mengkocak jantung kalbu, sekiranya nama Altantuya disebut atau terdengar ledakkan berbunyi, maka C4 sahaja yang menghantui, dan mengundang ketakutan yang amat sangat termasuklah nama-nama yang punyai kaitan hubungan dengan altantuya dan badi hantunya diharamkan disebut dalam siaran tv swasta dan tv negara. Kesannya jelas sampai diketahui oleh manusia diperengkat dunia global, sekalipun ucapan itu glokal di Pekan dikhabarkan dayus dan pengecut penakutnya Presiden UM No Malaysia merangkap Pengerusi BN hatta PM^ dan Menteri Kewangan keatas hantu badi PRK, kenapa?
Baculnya sebagai Presiden UM No/Pengerusi BN iaitu YAB DS Najib Tun Razak, ianya telah mendatangkan kemarahan dan penghinaan diatas dayusnya untuk menghadapi PRK N 12 Penanti oleh sifu usang lagendanya TUN che Det, yang nyata lebeh bermaruah dan lebeh berani sebagai pahlawan UM No sejati biarkanlah mati dimedan perjuangan pertandingan menghadapi PRK sebagai Pahlawan dari menjadi pengecut dan pemberani dikalangan gelanggang sendiri di rumahtangga UM No/BN.

Nyatalah semboyan PM6 untuk menjadikan ONE MALAYSIA – SATU MALAYSIA, sekadar menjadi buaian untuk cucunya dibuai hayun. Bagaimana hendak wujudkan Satu Malaysia – One Malaysia, sedangkan diatas perletakkan dan kekosongan kerusi N 12 Penanti, dikalangan pemimpin UM No sendiri dan di kalangan pemimpin kom[onan BN bertelagah sesama sendiri atau tepatnya dalam kes ini UM No/BN tidak One Malaysia-Satu Malaysia diputuskan. Jadi sekecil PRK perengkat DUN pun tidak satu tidak one keputusan dikalangan UM No dan BN bagaimana nak ajak seluroh rakyat menjadi One Malaysia – Satu Malaysia yang sebahagianya adalah dikalangan Pakatan Rakyat yang mempunyai pemimpin dan vesinya untuk negara tercinta ini.
PM6 YAB DS Najib dayus tidak mau melibatkan diri atau kata tutasnya memulaukan PRK N 12 Penanti. Bermakna biarkan PR melalui calun PKR menang tidak bertanding. Sedangkan sifu lagenda usang besi buruk telah mencabar dan memperlekehkan hatta melecea mertabat pengecut kepada Najib kerana koro dan dayus menghadapi pilihanraya. Dengan alasan ianya merugikan dan membazir dan membuang masa. Kerana PRK yang diadakan bukannya disebabkan kematian atau keperluan. Tetapi ianya adalah bertujuan test market selanjutnya untuk memerangkap UM No/BN khususnya menguji Najib sendiri sebagai PM^ dan sokongannya dikalangan rakyat dan pengundi. Ehhhhh!! Eeeeehhhh!! Kesian Sifu lagenda bertarong bertelagah keputusan dalam PRK N 12 Penanti.
Rupa-rupanya pertelingkahan samada menyertai atau memulaukan PRK N 12 Penanti ianya akan melakarkan sejarahnya tersendiri dikalangan pemimpin-pemimpin UM No. N 12 Penanti ini pula adalah negeri bekas mantan PM5 Tun Lah Badawi. Hatta N 12 Penanti ini berada dalam Parlimen Permatang Pauh yang Mpnya adalah mantan Pemangku PM, MP Permatang Pauh, Ketua Umum PKR serta Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia DS Anwar Ibrahim. Ertinya PRK N 12, sesiapa pun yang menjadi calun mewakili PR-PKR N 12 Meranti ianya adalah pertembongan besar pengaroh dan keyakinan rakyat di antara PR dan BN, inilah hakikatnya yang sabenar.
Pertembongan dalam pro vs kontra dan atas angin dalam menghadapi atau memulau PRK N 12 Penanti masing-masing sehingga hari ini masing-masin terdapat pengikut dan penyokong tegar samada berpehak kepada PM6 Najib atau mantan PM Lagenda Usang Tun Che Det.
Pengikut dan penyokong mantan Lagenda Usang PM Tun Che Det UM No/BN wajib menyertai PRK N 12 Penanti, adalah:-
(1) - Menteri di JPM, DS Mohamed Nazri Aziz berkata, tiada sebab untuk BN memberikan kemenangan percuma kerana tidak semua pengundi di DUN Penanti bersetuju dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Kalau tidak bertanding kita macam sudah mengaku kalah”.

(2) - Presiden MIC, DS S. Samy Vellu berkata, BN mesti menyertai pilihan raya itu bagi mempertahankan integriti, prestij dan imejnya."Sebagai parti pemerintah sejak negara mencapai kemerdekaan, tindakan menarik diri daripada pilihan raya akan memberi gambaran BN kini gentar untuk berdepan dengan pembangkang".

(3) - Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, UUM, Prof. Dr. Mohamed Mustapha Ishak menganggap pilihan raya kecil itu adalah peluang terbaik BN memberi penjelasan kepada rakyat. "BN mesti melihat setiap pilihan raya dengan serius, kalau dianggap beban ia akan memberi gambaran bahawa parti itu sudah 'letih'. BN tidak perlu rasa malu dan takut untuk hadapi sekali lagi kekalahan,"

(4) - RAUB, 19 April (15:46 PM Bernama) – BN Tidak Sepatutnya Mengaku Kalah Di Penanti - Dr Mahathir - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang. "Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.
(5) - Gerakan syor BN letak calon Bebas di Penanti - Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB - Ahad April 19, 2009 - PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak boleh memberi laluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tanpa dicabar. Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkan pertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh bagi mereka (PKR) menang percuma. BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding sebagai calun bebas.

(6) - K Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata jika kepimpinan BN berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu adalah muslihat politik PKR dan pembaziran wang rakyat maka parti itu akan mematuhi sebarang keputusan yang diambil. "Sebagai individu, saya berharap BN akan bertanding merebut kerusi itu kerana tidak mahu melepaskan atau menghampakan penyokong setia BN di kawasan itu."Kita perlu bertindak adil kepada pengundi yang selama ini memberi sokongan padu kepada BN".

Pengikut dan rakit samada sauh atau pelampong tidak mau menyertai PRK N 12 Penanti atau memulaukan sebagai sokongan cadangan dan pendapat kepada YAB PM6 DS Najib adalah seperti berikut;-
(1) - BN Mesyuarat Akhir Bulan Tentukan Sama Ada Sertai P/raya Kecil Penanti - PEKAN, 18 April (Bernama) – Najib - Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat akhir bulan ini bagi menentukan sama ada mengambil bahagian atau tidak pada pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.
"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," Sehubungan itu, Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu. "Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya. "Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya."Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.
(2) - PBP UMNO Perlis, DS Shahidan Kassim bersetuju BN tidak menyertainya kerana pilihan raya kecil itu tidak menyumbang kepada pembinaan bangsa. Katanya, pilihan raya itu adalah hasil polemik politik kotor parti pembangkang bagi menghalalkan percaturan mereka.
(3) - KW UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap semua parti komponen BN akan menyokong cadangan Perdana Menteri bahawa BN mungkin tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil berkenaan.
(4) – S/U A MIC, Datuk Dr S Subramaniam, bagaimanapun berkongsi pandangan Najib bahawa tidak perlu bertanding kerana ia membazirkan masa, tenaga dan wang rakyat. Bernama memetik Subramaniam sebagai berkata, sebaliknya masa yang dibazirkan dalam pilihanraya tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain yang berfaedah.
(5) - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan. Menurutnya, ia adalah satu idea yang baik untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil yang berpunca daripada masalah dalaman Pakatan Rakyat.
(6) - Naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan turut menyokong cadangan Najib itu bagi mengelak pembaziran wang dan tenaga, tetapi menyarankan agar kepimpinan BN supaya menghalang ahli-ahlinya daripada bertanding sebagai calon bebas.
(7) - AMT PPP, Datuk T Murugiah berkata, pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsung tidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja.
(8) – KP MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkan tindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat. "Jika (BN) bertanding, ini akan menghabiskan masa kita dan wang pembayar cukai," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
(9) - Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BN tidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuat pembangkang."Saya pernah menyuarakan pada pilihan raya kecil sebelum ini, BN tidak perlu bertanding jika kekosongan sesuatu kerusi itu bukan disebabkan kematian wakil rakyat kawasan itu terutamanya di kawasan pembangkang.

Pendapat atas pagar kayu bulat adalah:-
(1) - PULAU PINANG 16 April 2009 6:19pm — Gerakan lihat ada motif PKR di Penanti Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu. “Dia sengaja mencipta ’ombak’ ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi,”
“PRK seperti ini dirancang dan dicipta dengan motif tertentu iaitu untuk meraih populariti dan sokongan rakyat. Tidak mustahil ia akan berlanjutan sehingga pilihan raya umum ke-13 sebagai usaha memusnahkan Barisan Nasional,” kata Teng. - Bernama
(2) – T/Menteri PA&Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, mana-mana parti politik yang memaksa diadakan pilihan raya kecil atas sebab-sebab selain kematian atau sakit sepatutnya dikenakan denda sewajarnya.
"Mungkin juga boleh dipertimbangkan supaya parti berkenaan dihalang dari bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut," katanya. Beliau berkata, tindakan mengadakan pilihan raya kecil tanpa alasan kukuh, satu penyalahgunaan proses demokrasi selain membazir duit rakyat dan parti yang bertanding.

(3)Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula bimbang trend penyalahgunaan demokrasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga boleh mengelirukan rakyat tentang maksud sebenar konsep tersebut. "Biarpun demokrasi memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan, namun tindakan sengaja mengosongkan kerusi tertentu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil adalah tidak wajar," katanya.

Setelah UM No/Bn ditolak oleh rakyat melalui kekalahan berturut-turut dan berganda bermula di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, maka kekalahan-kekalahan tersebut menjadikan Presiden UM No/Pengerusi BN hatta sebagai PM^ negara, sudah bengong, habis stamina, pupus strateji serta menerima malu yang amat sangat. Kerana ianya berkaitan rapat seiring dengan kepupusan kepercayaan, kepupusan sokongan dan kepupusan kekuatan kudrat parti khasnya pupusnya semangat yang terkulai-kulai. Barangkali sedang mencari jamu dan tongkat ali dan manja kanji dan kacip patimah untuk memulehkan maruah dan kembalikan semangat.

Sementelah kalau ketika YB DS Abdullah ahmad Badawi memegang jawatan sebagai Presiden UM No/ Pengerusi BN khususnya sebagai PM dikala negerinya tempat tumpah lahirnya UM No/BN tewas dalam PRU12 8 Mac 2008 dan di perentah oleh PR yang berketua menterikan YAB tuan Lim guan Eng.

Samalah juga mengiringi dan sejajar YAB DS Najib menjawat Presiden Um No/Pengerusi BN dan menjawat PM dan Menteri Kewangan sebagai hadiah kepulangan sambutannya katanya sampai 70,000 rakyat jelata menyambutnya kelmarin di Pekan Pahang, maka hari ini pula yang dikaitkan cerita lama penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Kemuncak hadiah Pahang kepada YAB DS Najib sebagai PM6 anak Pahang ialah berita gembira yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan Menteri Besar UM No/Kerajaan UM No/BN Pahang sebagaimana petekan berita berikut:-

MB Pahang diarah bayar syarikat balak RM63 juta - KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak. Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Inilah hadiah Kerajaan Pahang pimpinan UM No/Bn dari YAB DS Adnan Yaakob. Ap ini news ada tipu juga ka? Apa macam ini duduk cerita? Boleh kasi selesai ka? Apa la susah, chhhhheeeehhh! Itu duie celah gigi saja tau!!!!!

Kalau dikatakan pembaziran PRK N Penanti, Najib jangan pusing, jangan bunoh fakta dan janga auta bila jadi PM6. Ingatlah dikala UM No letak batang pisang pun boleh menang menghadapi lawan, ingatlah wahai YAB DS Najib. Kisahnya bukan lama sangat, tak membazirkah? Bila Datuk Lim ah Lek memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA, maka Presiden MCA dan MCA ketika itu memutuskan Datuk Lim ah Lek Mestilah di lantek menjawat menteri Pusat kerana statusnnya kanan dalam MCA. Ketika itu UM No/Presiden UM No mengalah dan sememangnya ketahui kegagahan sokongan rakyat Pahang kepada UM No/BN.

Untuk memenuhi hasrat Mca tersebut, maka Datuk LAL ketika itu adalah saorang ADUN merangkap Exco KN Pahang. Maka Lim Ah Lek meletakkan jawatan kembar Adun dan Exco dan saorang MP MCA Pahang juga meletak jawatan sebagai MP. Maka kedua DUN dan Parlimen tersebut kosong dan keua mereka bertukar kawasan. Akhirnya Datuk Lim Ah Lek di bawa kepusat dan di lantek menganggotai Kabinet BN pimpinan Tun Che Det lagenda usang, adala lupa ka Nsjib ini cerita.

Samalah juga melayan kes UM No iaitu untuk gantikan MB Selangor yang pelari anak Sultan menikah dibawah pokok dan ditangkap kerana pelari keluar duit negara RM berguni berkilo lari keluar negara kanggaro, didapati salah dan terpaksa meletak jawatan MB dan Ketua Perhubungan UM No Selangor. Alternatifnya kerana UM No perkasa ketika itu boleh corak apa saja, maka menteri pusat ketika itu Datuk Seri Abu Hassan Omar yang ketika itu seorang Ahli Parlimen bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dalam tahun 1997. Wahai PM6 Najib/UM No/BN jangan timbus padam cerita tawarrekh ini. Pilihan raya kecil DUN itu juga sengaja diadakan, bukan disebabkan ada kematian," Najib jangan membohongi kenyataan realiti negara.